Rabu, 28 November 2012

JANGAN MENGHALANG KEGIATAN AGAMA YANG HAQ...IA BOLEH ROSAK IMAN...AKHIRAT MASUK NERAKA...SERTA MEREKA YANG BEKERJASAMA DENGANNYA

Umno sanggup tikam kawan, apatah lagi rakyat

Abdul Aziz Mustafa, 28 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.

"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.

Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.

Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.



Padahal semua bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu menyalah beliau (Dr Mahathir) sebagai punca segala masalah yang melanda Umno sekarang.

"Najib gunakan RTM untuk menemubual Dr Mahathir yang diketahui umum akan menyalahkan Pak Lah seorang sahaja atas semua perkara buruk yang berlaku ke atas Umno dan pemerintahan negara yang diterajui Umno.

"Semua orang boleh agak, kalau temubual Dr Mahathir dia akan belasah mangsa kegemarannya iaitu Pak Lah dan Najib gunakan apa yang diketahui umum itu untuk cuba mengelakkan dirinya dari dipersalahkan atas pelbagai kemelut yang melanda negara ini kini," kata Mahfuz.

Beliau berkata, Najib amat silap jika beliau menyangka rakyat tidak sakit hati dengan kegagalannya memerintah negara ini.

"Kalau Pak Lah hanya tahu mengumumkan koridor demi koridor, Najib pula hanya tahu sebut perkataan transformasi dan selepas itu tidak tahu apa-apa untuk memanfaatkan rakyat.

"Transformasi hanyalah gelembong kosong tanpa isi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Malah, kata Mahfuz, Najib menjadi lebih buruk di sisi rakyat apabila dilihat gunakan RTM untuk tikam kawan.

"Seperti yang didedahkan oleh seorang bekas wartawan kanan Utusan, semua orang tahu agenda media ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang diketuai Najib.

"Sebab itulah Najib dilihat memberi laluan supaya RTM boleh digunakan untuk tikam kawan sendiri demi menyelamatkan imejnya," kata Mahfuz.

Oleh kerana dalam temubual itu Dr Mahathir menyatakan keyakinannya Umno akan menang besar jika tidak berlaku cah keting, Mahfuz menyifatkan Dr Mahathirlah contoh agung perbuatan cah keting dalam Umno.

"Politik tikam kawan yang menjadi amalan Dr Mahathir seperti yang ditunjukkan dalam temubual itu menjadikan beliau sebagai contoh agung dan model utama perbuatan cah keting yang akan jadi ikutan dan amalan ahli-ahli Umno terutama menjelang pilihan raya umum ini," kata beliau.

PAS Wilayah buka kaunter serahan saman AES

Harakahdaily, 28 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan bersedia membantu mereka dengan membuka kaunter khidmat serahan AES yang bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) di Parlimen Titiwangsa, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur.
Demikian dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Wilayah Persekutuan akan menggerakkan usaha memberikan maklumat yang betul kepada masyarakat mengenai pelbagai kepincangan yang timbul dalam pelaksanaan sistem Automated Enforcement System (AES).

Bagi PAS WP, rakyat perlu mengetahui maklumat sebenar mengenai AES serta rahsia sebalik pelaksanaan AES yang amat meragukan banyak pihak.

PAS WP sependapat dengan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang menentang pelaksanaan AES kerana merasakan pelaksanaan AES dibuat secara terburu-buru.

Dalam keadaan rakyat tidak tahu secara tiba-tiba AES pula diperkenalkan dan ramai pula pemandu yang menjadi mangsanya.

Soalnya, mengapa saman menjadi satu-satunya solusi dalam menyelesaikan isu kemalangan dan keselamatan di jalan raya.

Apakah kerajaan sudah membuat kajian secara mendalam kesan pelaksanaan AES dan benarkah ia adalah pendidikan terbaik bagi mengajar pemandu di jalan raya?

Apa yang memusykilkan, daripada apa yang diketahui, dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd yang menjalankan projek AES ini akan mendapat RM 16 bagi setiap saman yang dibayar oleh pesalah.

Dalam hal ini, mengapa pula kedua syarikat ini boleh mendapat komisyen yang tinggi bagi setiap saman yang dibayar oleh pesalah, dan apakah istimewanya syarikat ini sehingga boleh dapat begitu mudah duit daripada saman trafik?

PAS WP juga menyambut usaha KASE dan JUHAM mengadakan perkhidmatan aduan saman khusus untuk membantu mangsa saman AES.

Dalam hal ini PAS WP akan memastikan para peguam di WP turun membantu mangsa saman AES mendapatkan khidmat nasihat secara percuma.

Malah, peguam daripada JUHAM di WP bersedia untuk mewakili mangsa saman AES dalam perbicaraan di mahkamah tanpa apa-apa kos guaman.

Justeru, bagi mereka yang mendapat notis saman di mahkamah sama ada di Kuala Lumpur mahupun di Putrajaya, PAS WP bersedia membantu mereka dengan membuka kaunter khidmat serahan AES yang bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) di Parlimen Titiwangsa, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Kaunter tersebut akan dibuka bermula 3 Disember 2012 dan beroperasi pada hari Isnin- Rabu mulai jam 10 pagi – 1 tengahari sahaja.

JUHAM juga akan membuka kaunter serahan saman AES di Pejabat Agung PAS mulai Sabtu 1 Disember 2012 dari jam 12 tengahari – 1 tengahari.

Lakonan pejuang Melayu bermula semalam

Harakahdaily, 28 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar).


“Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, menggelupor seperti lembu yang hendak mati,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan agama walaupun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.

Beliau berkata, Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan.

Tambahnya, mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama, cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja.

Menurutnya, pemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno.

“Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang pada hal yang mengkhianati sesama Melayu ialah Umno. Mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu,” katanya lagi.

Idris berkata, terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu tetapi Umno ‘membaling batu sembunyi tangan’ atau pun ‘seperti pencuri menjerit pencuri’.

Katanya, Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat kerana andaiannya, Umno boleh membuat apa sahaja kerana dia Melayu.

Ini,ujarnya seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno.

Mengenai Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri, Idris berkata walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanam sesama bangsa dan agama.

Tambahnya, penafian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak menyokong Umno, sebagai contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno dan lain-lain

“Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?” tanya Idris.

Musa dicabar dedah siapa sumbang wang RM40 juta

Harakahdaily, 28 Nov 2012




KUALA  LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta kepadanya jika benar beliau bersih.

Beliau mendesak agar Musa memberitahu, apa hubungan penderma/penyumbang ini dengan beliau dan Umno?

Musa juga perlu menjelaskan, apa kontrak-kontrak atau konsesi yang pernah diberikan kepada penderma/penyumbang ini?

Di samping itu, Musa juga perlu dedahkan, di mana wang itu disimpan dan atas nama siapa?

Persoalan ini dibangkitkan Rafizi ketika berhujjah bahawa badan pencedah rasuah Hong Kong, ICAC belum membersihkan nama Musa.

Bagi beliau, surat badan pencegah rasuah Hong Kong (ICAC) tidak mahu meneruskan siasatan ke atas Ketua Menteri Sabah itu bukan bukti beliau telah bersih.

ICAC hanya tidak mempunyai cukup bukti kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan Malaysia dan PKR akan membantu ICAC untuk mendapatkan bukti itu.

Rafizi Ramli berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan The Malaysian Insider bertajuk “ICAC Letter Shows Musa Aman Cleared of Graft Last December”.

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud bagi pihak Datuk Seri Musa Aman bahawa kes telah ditutup oleh ICAC Hong Kong berdasarkan satu surat yang dihantar secara peribadi kepada Dato’ Seri Musa Aman.

Berdasarkan laporan tersebut, Rafizi menegaskan beberapa fakta berikut:

1.      Surat yang diutuskan oleh ICAC itu sekali-kali tidak menyatakan bahawa Dato’ Seri Musa Aman dibersihkan dari tuduhan rasuah, atau membayangkan bahawa ICAC yakin Dato’ Seri Musa Aman bersih dari rasuah seperti yang cuba diwar-warkan oleh Umno/Barisan Nasional.

2.      Surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang ICAC perolehi setakat itu, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman.

"Jika Datuk Seri Musa Aman tidak bersetuju dengan fakta-fakta ini, maka wajarlah beliau mendedahkan kandungan keseluruhan surat tersebut, bukannya menggunakan Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk menyampaikan secara lisan sahaja kepada wartawan," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Bagi Rafizi, keputusan ICAC untuk tidak meneruskan siasatan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi setakat itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

Ia juga menguatkan pandangan beberapa pihak bahawa ICAC tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia untuk meneruskan siasatan kerana mereka tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti, katanya.

Oleh yang demikian, katanya lagi, mereka bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan bukti.

Kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zevros baru-baru ini bahawa pihak berkuasa Hong Kong mengambil keputusan untuk menghentikan siasatan berdasarkan maklumat pihak berkuasa Malaysia mengesahkan bahawa tangan ICAC terikat dari meneruskan siasatan.

"Oleh yang demikian, saya menegaskan pendirian saya bahawa surat yang disebut oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan itu tidak membersihkan nama Dato’ Seri Musa Aman, sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia," kata Rafizi.

Sehubungan itu, katanya, beliau dan pasukan dari PKR (William Leong, Hee Loy Sian dan  Chang Lih Kang) sedang giat mengumpulkan bukti termasuk penyata-penyata kewangan dan urusniaga di Hong Kong untuk dilaporkan kepada ICAC agar siasatan baru dibuka, seperti persetujuan dengan ICAC baru-baru ini.

Rombongan mereka akan menemui ICAC pada 11 Disember 2012 dalam kunjungan yang kedua.

Rafizi juga menggesa Datuk Seri Musa Aman supaya tidak terus mengheret Umno ke dalam permasalahan peribadi beliau.

Cara terbaik untuk membersihkan nama beliau adalah dengan mengisytiharkan secara terperinci maklumat sumbangan RM40 juta yang diterima beliau.

"Saya percaya maklumat-maklumat di atas bukan sahaja dituntut oleh rakyat Malaysia, malah turut ditanya oleh pimpinan Umno sendiri," katanya.

Apabila Umno/Barisan Nasional menyerang pimpinan PKR bersabit sumbangan (termasuklah isu bas jelajah Merdeka Rakyat dan penggunaan jet peribadi), pimpinan PKR yang terbabit dengan segera mengisytiharkan butiran penyumbang, supaya rakyat dapat menilai sendiri sama ada berlaku unsur salah guna kuasa, katanya.

Sikap yang sama perlulah juga ditunjukkan oleh Datuk Seri Musa Aman, jika beliau benar-benar yakin tidak ada unsur rasuah dan salah guna kuasa di dalam kes sumbangan RM40 juta kepada beliau/Umno seperti yang didakwanya.

"Kegagalan beliau berterus terang akan terus memanjangkan kes ini dan saya akan terus menumpukan perhatian untuk mendapatkan maklumat dan bukti baru untuk dibentangkan kepada rakyat.

"Sebab itu, saya tidak sedikit pun merasa tergugat dengan ancaman tindakan undang-undang seperti yang disebut oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan. Saya yakin saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan bersedia untuk mempertahankan kes yang saya bawa di mahkamah pada bila-bila masa," katanya.

Persoalannya, kata Rafizi lagi, apakah Datuk Seri Musa Aman bersedia untuk bertemu di mahkamah dan mendedahkan butiran penderma-penderma beliau di mahkamah seperti mana bersedianya beliau?

PAS khuatir tutup masjid Ar-Rahman sebab politik

Harakahdaily, 28 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai kesal dengan arahan penutupan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang dibuat oleh pihak JAWI atas alasan untuk dibaik pulih.

Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Mohd Nasaie Ismail berkata, ia suatu tindakan yang aneh apabila notis diberikan hanya seminggu untuk mengosongkan masjid dan tidak ada sebarang papan tanda cadangan projek baik pulih atau pembangunan semula didirikan di kawasan masjid.

Lebih pelik lagi katanya, semua pegawai masjid dan jemaah diarahkan berpindah ke Masjid Tun Rahah Kg Kerinchi yang baru siap dibina.

"Masjid tersebut jauh dari jalan utama dan tidak ada sebarang penghuni yang mendiami sekitar Masjid Tun Rahah tersebut.

"Kami bimbang tindakan ini sengaja dibuat untuk menutup masjid Ar-Rahman untuk jangka masa yang panjang kerana kegagalan Umno untuk menguasai masjid tersebut walaupun dipengerusikan pimpinan Umno bahagian Lembah Pantai," katanya.

Menurutnya, sebelum ini umum mengetahui bagaimana jemaah kariah Masjid Ar-Rahman selama ini memboikot jawatankuasa masjid yang dilantik JAWI tersebut kerana majoritinya bukan anak kariah dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid tersebut.

Masjid Ar-Rahman terkenal dengan pengajian ilmu yang pesat diadakan saban malam dan ini dikhuatiri membimbangkan parti pemerintah, kata Nasaie lagi.

"Kita memberi amaran kepada pihak berkenaan samada JAWI atau yang berkaitan supaya menghentikan tindakan untuk menutup dan mengganggu perjalanan masjid Arrahman atau bersedia untuk menerima tentangan daripada kami.

"Pemuda PAS Lembah Pantai bersama dengan ahli kariah tidak akan teragak-agak untuk mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya notis pengosongan masjid tidak ditarik balik," katanya.

Perancis sokong naikkan status Palestin di PBB

Terjemahan Mohamad Yahya, 28 Nov 2012
PARIS: Perancis berkata Selasa lalu bahawa mereka akan mengundi memihak kepada status negara bukan anggota Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memberi galakan kepada usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa yang lebih besar.

Kecewa kerana usaha mereka tahun lepas untuk keahlian PBB penuh telah dihalang oleh Amerika Syarikat di Majlis Keselamatan PBB, Palestin telah melancarkan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara bukan ahli, seperti status Vatican.

Cadangan itu, yang akan diundi dalam Perhimpunan Agung hujung minggu ini, secara tidak langsung akan mengiktiraf kenegaraan Palestin.

Ia juga akan memberi akses kepada badan-badan seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, di mana Palestin boleh memfailkan aduan ke atas Israel.

"Khamis atau Jumaat ini, apabila soalan itu ditanya, Perancis akan menjawab ya," Menteri Luar, Laurent Fabius mengumumkan dalam Perhimpunan Kebangsaan Perancis, dewan rendah dalam parlimen.

Usaha Palestin seakan sudah pasti untuk mendapatkan kelulusan dalam pengundian oleh 193 negara.

Amerika Syarikat mengatakan kenegaraan Palestin mesti dicapai dengan rundingan dan telah meminta Palestin untuk kembali membuat rundingan damai yang gagal pada tahun 2010 kerana pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat.

"Kami menuntut rundingan antara kedua-dua pihak serta-merta tanpa sebarang prasyarat untuk sebuah negara Palestin menjadi kenyataan," ujar Fabius.

Perancis, ahli Majlis Keselamatan PBB, di bawah bekas Presiden, Nicolas Sarkozy berjanji untuk menyokong Palestin jika dia memilih untuk menaik taraf status negara, dan tahun lepas telah memihak kepada Palestin dengan memberi keahlian penuh kepada Palestin dalam agensi kebudayaan PBB, UNESCO.

Pemberontak Syria tembak jatuh helikopter tentera

Terjemahan Mohamad Yahya, 28 Nov 2012

(Helikopter tentera Syria ditembak jatuh oleh pemberontak)

SYRIA: Pemberontak Syria berkata mereka telah menembak jatuh sebuah helikopter tentera dengan peluru berpandu darat ke udara untuk kali pertama ketika ia membedil pangkalan yang dikepung di barat laut negara.

Tembakan tersebut dilancarkan di pangkalan strategik Suleiman Sheikh, 25km barat dari Aleppo, garison terakhir kerajaan antara bandar kedua Syria dan sempadan Turki.

Ia adalah kali pertama laporan tentang pemberontak menembak jatuh helikopter dengan peluru berpandu darat ke udara.

Video klip yang diberikan oleh aktivis di YouTube menunjukkan pejuang pemberontak menjerit: "Kami menembaknya, Allah Maha Besar!," ketika sebuah helikopter menjunam ke tanah dalam bola api.

Sementara itu, di Damsyik, pemberontak menentang tentera kerajaan dalam kejiranan Kfar Souseh, di pinggir ibu negara.

Pertempuran juga telah dilaporkan di kawasan kejiranan Bab Amr di bandar Homs, kawasan yang telah ditakluki oleh tentera kerajaan Februari lalu.

Selasa lalu, jet kerajaan melepaskan bom tong gas - silinder yang penuh dengan bahan letupan dan petrol - di Abu Hilal, 2km ke barat dari bandar Idlib, lapor aktivis Tareq Abdelhaq.

Abdelhaq berkata sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 50 lagi cedera. Mangsa adalah orang awam, menurut aktivis, yang menyatakan bahawa pejuang pemberontak berada di kawasan tersebut.

Pemberontak telah menawan sekurang-kurangnya lima bangunan tentera dan tentera udara dalam tempoh 10 hari lepas, menambahkan tekanan ke atas tentera Presiden Bashar al-Assad di wilayah utara Aleppo dan Idlib dan rantau minyak timur Deir al-Zor.

Jika Pusat tiada wang, Selangor sedia dahulukan

Lizawati Madfa Selangorku, 28 Nov 2012
SHAH ALAM: Selangor sedia mendahulukan wang rizab negeri bagi penyelenggaraan infrastruktur demi memberi keselesaan kepada rakyat sekiranya Kerajaan Pusat mengeluarkan jaminan surat hitam putih untuk membayar semula wang berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesa Kerajaan Pusat menunaikan tanggungjawab kerana ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya.
Bagi melicinkan gerak kerja ini Kerajaan Negeri akan menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada Menteri Besar, Pegawai Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Pasukan khas ini akan membentangkan kepada Kerajaan Pusat mana-mana projek atau infrastruktur yang sepatutnya dibangunkan Kerajaan Pusat di negeri ini.
“Jika Kerajaan Pusat memberi kelulusan secara surat hitam putih kepada sesuatu projek menggunakan duit rizab negeri dan bersedia bayar kembali duit, Kerajaan Negeri sedia mendahulukan wang negeri,” jelas beliau.
Abdul Khalid yang juga Adun Ijok berkata demikian ketika mengulas peruntukan pembangunan bagi tahun 2013 yang diluluskan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebanyak RM59.6 juta.
Beliau turut mempertahankan sistem tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri dalam pemberian kontrak sesuatu projek sejak mengambil alih pemerintahan negeri ini.
Tambahnya, amalan ini terbukti menjimatkan wang peruntukan JKR kira-kira 20 peratus.
Setiap kontraktor jelasnya, hanya dibenarkan untuk memperolehi untung sekitar lapan hingga sepuluh peratus sahaja bagi mengelakkan mereka mengagihkan projek kepada sub-kontraktor.
“Pernah seorang kenalan memberitahu yang beliau memenangi kontrak bernilai RM2 juta namun tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana projek dijalankan.
“Ini kerana menurutnya, beliau mendapat tender kerana kenal Menteri Besar (pada waktu itu) dan sekadar membahagikan kerja kepada sub-kontraktor.
“Amalan ini yang kita akan ubah,” tegas Abdul Khalid.

Tiada ulasan: