Khamis, 8 November 2012

IDOLA ORANG BERMUKAH...MENYELAMAT ATAU MEMBELA ORANG BERMUKAH...LEBIH TERUK MENYOKONG ATAU MELINDUNGINYA....ORANG BERMUKAH TELAH HILANG MORALNYA

Kase buka kaunter aduan saman AES

Anis Nazri, 08 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) membuka kaunter penerimaan saman AES bermula 21 November ini, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar, berkata kaunter itu dibuka bagi memudahkan orang kena saman (OKS) mendapatkan nasihat dan khidmat peguam berhubung saman AES yang diterima mereka.

Menurut Mahfuz, kaunter penerimaan OKS itu bermula jam 12 tengah hari hingga 2  petang, dan OKS perlu membawa sekali surat saman AES yang diterima mereka.

"Pada tarikh tersebut, sepasukan peguam akan bersedia unuk memberikan khidmat peguam kepada OKS.  Jika OKS bersetuju untuk ke mahkamah, kami akan menyediakan khidmat peguam percuma untuk mereka yang terlibat," kata beliau pada sidang media, di parlimen hari ini.

Selepas tarikh tersebut, kaunter tersebut akan dibuka setiap dua minggu sekali, pada setiap Sabtu bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, kaunter itu dibuka berikutan KASE mendapat aduan daripada OKS yang mencecah 50 orang sekitar Lembah Kelang melalui panggilan telefon dan laman sosial Facebook, milik KASE.

Selain di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, KASE juga akan membuka kaunter di Pejabat PAS Kedah, Batu 9 untuk tujuan yang sama.

Dalam pada itu, Mahfuz turut memaklumkan talian hotline AES bagi negeri Perak iaitu 013-3493848.

Khidmat peguam yang ditawarkan KASE membabitkan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham).

Panas! BN cuma tinggal 110 hari untuk berkuasa

Harakahdaily, 08 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Pastinya, khabar ini menggerunkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi inilah hakikat pahit yang mesti ditelan perdana menteri sekarang, Najib Razak.

Jika mengikut tarikh pembubaran parlimen ke-11 dahulu, iaitu pada 24 Februari 2008, BN kini hanya ada 110 hari sahaja lagi untuk memerintah Malaysia.


Demikian ulasan di dalam blog Jalan Pulang http://jalanpulang1978.blogspot.com/.

Himpunan bantah Nurul Izzah, fitnah - Nasrudin

Harakahdaily, 08 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan fitnah berhubung himpunan membantah Nurul Izzah menginsafi dan memuhasabahkan diri.


Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya menafikan kenyataan mengenai himpunan itu dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.


“Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT….”

Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima beberapa panggilan dan pertanyaan dari pihak media berkenaan kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan-wartawan.

Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.

Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti kompenan di dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang mencetuskan fitnah ini bahkan yang menyebarkan fitnah ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai akhlak yang mulia. Membuat satu-satu kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan manakala menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan dan kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan?

Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ulama jadi jurucakap Chua Soi Lek

Subky Latif, 08 Nov 2012
SEKUMPULAN ulama yang makan gaji dengan Barisan Nasional telah datang kepada Dr. Chua Soi Lek bagi menyampaikan  dakwah khsusnya mengenai  hudud.
Ia satu pendekatan yang baik. Kalau gunung tidak datang  kepada Muhammad, maka Muhammad  mesti pergi ke gunung. Dan itulah yang Nabi Musa a.s.  dan Nabi Harun a.s. yang diperintah Allah, pergilah kepada Firaun, sampaikan dakwah kepadanya dan seru dia supaya menyembah Allah.

Rombongan ulama itu wajar dipuji dan teruskan dan ia boleh  dicontohi. Mungkin inilah kelayakan untuk menjadi calon Pengarah Yadim.

Tetapi jangan terhenti setakat  mendatangi Soi Lek saja justeru adanya serangan berani Soi Lek terhadap hudud.

Saya tidak suruh rombongan ulama itu mendatangi Karpal Singh kerana jadi momokan bagi UMNO kerana  Karpal pernah berkata, langkah mayatnya sebelum perkara seperiti hudud itu hendak  dilaksanakan. Itulah UMNO tidak pernah lupa. Ketika isu Karpal itu mulai reda, Soi Lek pula menghidupkannya semula. Dan serangan Soi Lek tidaklah lebih lunak dari Karpal.

Sayugialah pergi jumpa Karpal menerangkan apa yang diterang kepada Soi Lek, moga-moga Karpal dapat memahami seperti Soi Lek dikatakan sudah memahaminya.

Bahkan mereka patut jumpa siapa saja yang keliru tentang hudud. Jika boleh datangi Dr. Mahathir supaya dia juga akan faham seperti Soi Lek.

Orang lain tidak tahu reaksi Soi Lek sebenarnya. Semua tahu Soi Lek dikatakan tidak menghina Islam dari ulama yang menemuinya.

Berdakwah kepada si Soi Lek itu satu kerja mulia, menjadi  jurucakap  Soi Lek bukanlah kerja ulama.

Bila Soi Lek melantik mereka jadi jurucakapnya? Dan jangan sampai orang melihat ulama jadi jurucakap kepada Soi Lek dan MCA. Sudah cukuplah jadi jurucakap tidak rasmi kepada PWTC, janganlah sampai dilihat jadi satu dari cabang lidah Soi Lek. Itu bukan kerja ulama.

Mengikut apa yang ulama itu kata, Soi Lek tidak menentang hudud sebagai satu hukum Islam setelah mendengar penjelasan. Yang ditentangnya sekarang tinggal apa yang dikatakan ‘hudud PAS.’

Atau apa yang ketua  MCA itu tentang sebelum didatangi oleh ulama itu adalah hudud  PAS juga. Cuma orang Islam kebanyakannya mengira mana ada hudud PAS dan hudud UMNO. Yang kata hudud yang Kelantan  dan Terengganu lulus itu hudud PAS adalah Dr. Mahathir dan sekalian pencarum kepada fikirannya.

Selepas pertemuan Soi Lek  itu, seperti yang rombongan ulama itu faham, Soi Lek sudah bersih dari menghina Islam kerana yang mereka tolak adalah hudud PAS. Soi Lekdengan ini sudah sama dengan pendirian UMNO dan kumpulan ulama itu juga setuju dengan Soi Lek yang ditolak dan mesti ditolak ia hudud PAS.

Yang belum jelas pada ulama itu betulkah yang Soi Lek tentang itu hudud PAS saja?

Jika kita teliti ucapan ADUN BN Johor yang mencadangkan kepada DUN Johor supaya tiba masanya kerajaan melaksanakan hudud, ADUN itu juga telah menyebutkan tentang beza hudud sebenar dengan hudud PAS. ADUN itu jelaskan yang dicadangkan supaya dilaksanakan ialah hudud yang disarankan oleh al-Quran.

Apa kata Soi Lek tentang ADUN yanag mencadangkan pelaksaan hudud ialah ia satu cadangan yang sudah hilang akal. Jika BN bersetuju melaksanakannya ia bereti BN sudah hillang akal.

Serangan Soi Lek yang awal bukan sekadar hudud PAS tetapi adalah hudud yang Allah dan NabiNya syariatkan. Ia dikira hilang akal.

Sebagai jurucakap Soi  Lek hal ini belum dijelaskan. Soi Lek sendiri mesti menjelaskannya. Bukan jurucakapnya.

PBB gesa Myanmar lindungi umat Islam

Terjemahan Mohamad Yahya, 08 Nov 2012
MYANMAR: Penyiasat Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru memberi amaran kepada Myanmar supaya tidak menggunakan konflik di sana sebagai alasan untuk menghapuskan minoriti umat Islam Rohingya.

Ini berikutan, kira-kira 89 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara penganut Buddha Rakhines dan umat Islam  Rohingya di barat Myanmar sejak 10 hari, menurut angka rasmi terkini.

"Keadaan ini tidak harus menjadi peluang untuk selama-lamanya menghapuskan komuniti yang tidak disenangi," kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Tomas Ojea Quintana, pelapor khas PBB mengenai Myanmar, dan pakar-pakar bebas mengenai isu minoriti dan pelarian.

Mereka menyuarakan "kebimbangan mendalam tentang dakwaan kerajaan dan pihak-pihak lain bahawa Rohingya adalah pendatang haram dan bangsa tanpa kerakyatan".

"Jika negara mahu berjaya dalam proses peralihan demokratik, ia mesti berani dalam menangani cabaran hak asasi manusia yang wujud," ujar Ojea Quintana.

"Dalam kes negeri Rakhine, ia melibatkan endemik diskriminasi yang telah lama terhadap masyarakat Rohingya yang wujud dalam kerajaan tempatan dan nasional serta masyarakat pada umumnya."

Rohingya mengatakan rumah mereka telah dibakar oleh puak Buddha Rakhines yang  bersenjatakan lastik, tongkat kayu, pisau dan petrol.

PBB berkata, lebih daripada 97 peratus daripada 28,108 orang yang telah melarikan diri dari keganasan tersebut adalah umat Islam Rohingya.

Ramai antara mereka kini tinggal di kem, menyertai 75,000 pelarian lain yang kebanyakannya bangsa Rohingya selepas keganasan Jun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 80 orang.


(Pelarian yang menggunakan perahu untuk lari pohon dikasihani)

Puak Buddha dan umat Islam yang ketakutan mula melengkapkan diri mereka dengan senjata buatan sendiri, menguji pihak kerajaan yang berazam untuk menghalang gelombang keganasan yang baru.

Rita Izsak, pakar bebas mengenai isu minoriti, berkata Rohingya merupakan minoriti yang mesti dilindungi mengikut standard hak minoriti antarabangsa.

"Kerajaan mesti mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula undang-undang dan prosedur yang berkaitan untuk menyediakan akses yang sama kepada masyarakat Rohingya untuk kewarganegaraan dan menggalakkan dialog dan perdamaian antara masyarakat," katanya.

Agensi pelarian PBB telah menggesa pihak berkuasa untuk memulihkan undang-undang dan ketenteraman untuk mengelakkan pertumpahan darah dan pemindahan lebih lanjut.
Dianggarkan 6,000 orang terkandas di dalam bot atau di pulau kecil di sepanjang pantai barat Myanmar, lapor agensi berkenaan Selasa lalu.

"Kami merayu kepada negara-negara jiran, terutamanya Bangladesh, untuk memastikan sempadan kekal terbuka. Ia adalah penting supya mereka mempunyai akses ke tempat yang selamat," jurucakap UNHCR Adrian Edwards berucap ketika taklimat berita Selasa lalu.

Kejayaan Obama galak rakyat terus berubah - Mahfuz

Abdul Aziz Mustafa, 08 Nov 2012


(Tema kempen Obama mengajak rakyat untuk terus berubah)

KUALA LUMPUR: Kalau Presiden Barack Obama menang dengan slogan 'Forward', rakyat negara ini juga jangan berpaling lagi untuk menamatkan kekuasaan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Dalam tahun 2008, Obama menampilkan dirinya sebagai agen perubahan dengan membawa slogan 'Change'. Beliau menang bergaya.

"Hari ini beliau menang pilihan raya presiden Amerika dengan slogan 'Forward' pula. Maknanya beliau mengajak rakyat Amerika terus ke hadapan dengan agenda perubahan," kata beliau.

Mengambil iktibar dari sambutan rakyat Amerika terhadap agenda perubahan Obama itu, Mahfuz mengajak rakyat Malaysia bergerak dengan nada dan langkah yang sama.

Selepas menidakkan majoriti dua pertiga kepada BN dalam pilihan raya 2008 dahulu, katanya, rakyat Malaysia juga mesti bertindak bijak dan terus mara ke hadapan untuk memastikan agenda perubahan berterusan demi kepentingan mereka.

"Jangan kita pandang ke belakang lagi dan terus mara ke hadapan untuk memastikan kekuasaan Umno dan Barisan Nasional ditamatkan.

"Jangan kita pandang ke belakang lagi dan terus mara ke hadapan untuk membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan di Putrajaya," kata Mahfuz.

Kalau perubahan pada 2008 berjaya membebaskan Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak dari cengkaman kekuasaan Umno BN, pilihanraya ke-13 rakyat mesti terus mara ke hadapan dan membebaskan seluruh negara dari cengkaman Umno BN.

"Untuk menyelamatkan negara tercinta dari cengkaman kuasa Umno BN, rakyat hanya ada satu pilihan sahaja, go forward atau terus bergerak ke hadapan dengan agenda perubahan yang disemarakkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu," kata Mahfuz lagi.

Obama kekal sebagai Presiden Amerika untuk empat tahun lagi apabila menang dalam pertembungannya dengan Mitt Romney dari Republikan selepas kempen berjalan dengan sengit.

Dengan kemenangan tipis Obama di Ohio, Wisconsin, Iowa, Pennsylvania dan New Hampshire, media meramalkan, usaha Romney memintas Obama kembali sudah berakhir.

Mahathir campur tangan tender Petronas?

Nazri Deraman, 08 Nov 2012
Maklumat daripada laporan akhbar The Star yang bertarikh 2 November 2012, Jumaat melaporkan SapuraKencana Petroleum Bhd mendapat projek RM836 Juta.

Pada minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.
Jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini semalam iaitu:
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

DESAKAN NGO R

1. R meragui macamana PETRONAS memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang mana anak kepada Penasihat PETRONAS terlibat sama?
Laporan dari kenyataan media PETRONAS bahawa Sapura Kencana telah mendapat projek RM835.8 JUTA dari Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV dimana Tun Mahathir adalah Penasihat PETRONAS BHD sehingga sekarang adalah sangat diragui.
Projek ini membabitkan pengeluaran GAS dari Medan Bunga Kamelia, Blok PM301, 150km dari Kota Bharu dalam perairan Kelantan melalui syarikatnya, SapuraKencana Petroleum Bhd.Projek efektif projek ini telah bermula pada Oktober 2012 dan berakhir April 2016.
Jika merujuk kepada jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini, sangat jelas Tun Mahathir mempengaruhi PETRONAS dalam membuat keputusan bagi pemberian tander bernilai jutaan ringgit tersebut.
NGO R memohon agar pihak SPRM menjalankan siasatan keatas PETRONAS diatas kenyataan Tun Mahathir tersebut.

2. Pengeluaran gas dalam perairan Kelantan akan bermula pada tahun 2013, persoalannya adakah Kelantan berhak mendapat Bayaran Royalti/Tunai RM100 JUTA sepertimana Perdana Menteri umumkan kepada Negeri Pahang pada 30 Oktober 2012 lalu?

Jumlah Pengeluaran GAS dari medan ini ialah 110 Juta Kaki Padu/hari, sekiranya berasaskan pengiraan beradarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974Perjanjian Kelantan-PETRONAS yang dimeterai pada 9 Mei 1975 yang menyebut dengan JELAS iaitu; dan
"PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan di jual oleh PETRONAS atau ejen ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam Fasal 2."

Bermakna daripada pengeluaran 110 Juta kaki padu setiap hari, dalam setahun Kerajaan Negeri Kelantan layak untuk menerima ROYALTI/BAYARAN TUNAI lebih RM100 JUTA dalam masa setahun bermula pada tahun 2013 nanti.

3. NGO R mendesak pihak Kerajaan Malaysia dan PETRONAS menghidupkan kembali fungsi MAJLIS PENASIHAT PETROLEUM seperti yang termaktud dalam Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974, sepertimana yang dinyatakan dalam akta tersebut iaitu;
National Petroleum Advisory Council

5. (1) There shall be established a Council to be known as theNational Petroleum Advisory Council consisting of such personsincluding those from the relevant States as the Prime Minister may appoint.

(2) It shall be the duty of the National Petroleum AdvisoryCouncil to advise the Prime Minister on national policy, interests and matters pertaining to petroleum, petroleum industries, energy resources and their utilization.

Dengan adanya Majlis Penasihat Petroleum tersebut, dapatlah ia mengawal PETRONAS secara menyeluruh dan bukannya seperti apa yang berlaku sekarang yang mana Penasihat PETRONAS iaitu Tun Mahathir mempunyai kuasa penuh ke atas PETRONAS hinggakan pemberian projek-projek juga diberikan kepada anak beranak.

Penulis ialah Presiden R.

Demonstrator profesional diupah ganggu P Pinang

Harakahdaily, 08 Nov 2012


(Siapakah mereka ini kerana apabila diajak berbincang tidak mahu)

PULAU PINANG: Kerajaan negeri Pulau Pinang mendakwa,  ada kumpulan yang dibiayai untuk membuat demonstrasi secara profesional terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Farida-Hani hari ini, ia terbukti apabila pendemonstrasi ini tidak berminat langsung untuk berbincang mengenai apa yang mereka bantah.

Kenyataan ini dipercayai mengulas insiden yang berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini apabila sekumpulan manusia membuat demonstrasi menyokong pelaksanaan AES di negeri ini.

Ini ekoran keputusan kerajaan negeri menangguhkan pelaksanakan pemasangan 56 kamera AES di Pulau Pinang.

Pada hari Khamis yang lepas iaitu pada 1 November 2012, hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri telah menerima satu memorandum daripada sekumpulan penyokong Automated Enforcement System (AES).

Mereka telah menghantar petisyen agar Kerajaan Negeri melaksanakan sistem AES di Pulau Pinang bagi menjamin keselamatan rakyat Pulau Pinang.

Mereka membantah keputusan kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana tidak benarkan 56 buah kamera 1Malaysia AES dipasang di Pulau Pinang.

Ekoran itu, Ketua Menteri telah meminta penjelasan penuh diberikan oleh Kementerian Pengangkutan tentang sistem komisen untuk setiap saman trafik yang dikeluarkan yang akan menguntungkan syarikat swasta tertentu kerana ia lebih bersifat suatu alat cari wang daripada penguatkuasaan.

Namun, Kementerian Pengangkutan telah menangguhkan suatu mesyuarat yang diaturkan pada 31 Oktober lepas.

Susulan daripada penerimaan petisyen dan memorandum tersebut, Ketua Menteri telah mengarahkan agar satu perjumpaan dibuat di antara penyokong AES ini dengan pihak kerajaan negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 5 November 2012 jam 10.00 pagi bagi membincangkan perkara ini ataupun pada apa-apa tarikh yang sesuai bagi mereka.

Memandangkan memorandum tersebut tidak bernama dan juga tidak beralamat, bantuan daripada Pejabat Professor Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II telah dipohon bagi mengaturkan perjumpaan tersebut.

"Walau bagaimanapun, pihak kami telah menerima khabar mengatakan bahawa kumpulan ini tidak berminat untuk berjumpa," kata Farida- Hani dalam kenyataannya.

Ini sekaligus menunjukkan bahawa mereka ini tidak serius dan hanya mahu mencetuskan kekacauan di Bangunan Kerajaan, katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak Kerajaan Negeri berpendapat bahawa kumpulan ini bukan sahaja tidak bersungguh di dalam perkara ini malah difahamkan bahawa kebanyakan penyokong yang hadir pada hari Khamis yang lepas telah ditipu oleh pihak penganjur bahawa mereka akan diberikan wang tunai sebanyak RM50 berserta hamper sekiranya mereka hadir untuk memberi sokongan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pihak penganjur harus dicela kerana telah menipu dan menimbulkan kacau ganggu di Bangunan Kerajaan, kata kenyataan itu.

Presiden Turki perintah siasat badan-badan awam

Terjemahan Mohamad Yahya, 08 Nov 2012
Gül orders probes on a group of institutions, including the top defense body. DAILY NEWS photoPresiden Abdullah Gül memberi kebenaran kepada sebuah badan tinggi kerajaan semalam untuk mengaudit institusi-institusi pentadbiran awam untuk meningkatkan tahap ketelusan di negara itu.


Dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman web pejabat beliau, Gül mengarahkan Lembaga Audit Kerajaan Turki (DDK), yang bekerja di bawah presiden, untuk mengaudit satu kumpulan institusi, termasuk Sekretariat Industri Pertahanan, Persatuan Bulan Sabit Merah Turki (Kizilay) dan Persatuan Bulan Sabit Hijau (Yeşilay). Perintah tersebut mencakupi pemeriksaan dan penilaian kecukupan sistem kawalan dalaman.

Sistem tersebut merangkumi keselamatan dan privasi data peribadi pangkalan data milik kerajaan seperti cukai, populasi, pendaftaran tanah, polis dan pangkalan data kehakiman.

Gül telah menggunakan kuasa beliau menurut perlembagaan untuk memeriksa beberapa institusi awam yang orang ramai bimbang tidak mempunyai mekanisme pengauditan dalaman yang telus, sumber memberitahu Hurriyet Daily News, sambil menambah bahawa pengauditan sedang dijalankan.

Menurut pernyataan bertulis, DDK akan memberi tumpuan kepada pengauditan aktiviti dan prosiding Sekretariat Industri Pertahanan untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 dan tahun-tahun sebelumnya jika perlu; Agensi Pembangunan yang ditubuhkan pada tahun 2006 menurut Undang-undang No 5449 ;aktiviti dan prosiding Persatuan Bulan Sabit Merah bagi tahun 2010, 2011 dan 2012; kapasiti dan aktiviti Persatuan Bulan Sabit Hijau untuk menentang dadah dan ketagihan lain; Undang-undang Paten dan pelaksanaannya; dan aktiviti dan prosiding Institusi Paten Turki untuk tahun 2010, 2011 dan 2012.

Sejak 2008, DDK telah menjadi sebuah badan yang aktif bekerja selaras dengan sensitiviti pendapat orang ramai, Pejabat Presiden berkata dalam satu kenyataan semalam. Kenyataan presiden itu berkata bahawa DDK telah menyiasat perkara berkaitan kematian bekas Presiden, Turgut Ozal; kontroversi sekitar kemalangan helikopter 2009 yang membunuh Muhsin Yazıcıoğlu, ketua Parti Kesatuan (BBP); dan tanggungjawab penjawat awam dalam pembunuhan Hrant dink, ketua editor akhbar mingguan Agos, yang terbunuh di Istanbul pada 19 Januari 2007.

"Dengan cara ini, keperluan dan fungsi audit luaran yang digariskan oleh Perlembagaan telah dipenuhi dan juga, keperluan dan harapan masyarakat untuk pengauditan dam pengawasan yang objektif yang timbul dalam sesetengah keadaan telah dipenuhi," kata kenyataan itu sebelum menyenaraikan bidang baru pemeriksaan , penyiasatan dan pengauditan untuk DDK yang telah digariskan di atas perintah Gül.

DDK, yang mula popular dan aktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini ekoran laporan 13 Jun yang mengatakan kematian Ozal sebagai "mencurigakan" dan harus disiasat, mendorong pendakwa raya untuk membuka kes ke atas kematian tersebut. Mayat Ozal digali semula bulan lepas, tetapi laporan bedah siasat masih belum diselesaikan. (hurriyetdailynews.com)

Belajar daripada Pilihan raya Presiden Amerika

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, 08 Nov 2012
Pilihan raya Presiden Amerika 2012 menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Barrack Obama dari Parti Demokrat dengan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney.


Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik.

Keputusan terkini menunjukkan Barrack Obama mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua berturut-turut.

Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat memang terkenal sebagai negara yang mengamalkan dasar luar yang keras terhadap negara-negara lain.

Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menjatuh dan menaikkan pemimpin negara-negara tertentu. Mereka jugalah yang menentukan dasar negara-negara sasarannya supaya negara-negara tersebut ikut telunjuknya.

Namun sikap angkuh Amerika Syarikat di negara luar tidak pula diterjemahkan dalam negaranya. Rakyat di negara tersebut masih  menikmati kebebasan berpolitik dan demokrasi yang sebenarnya.

Buktinya, dalam pilihan raya Presiden semalam rakyat AS berpeluang menggunakan  kuasa mereka menentukan pemimpin nombor satu negara tersebut dengan penuh demokratik.

Sebagai seteru politik, meskipun Obama adalah Presiden Amerika, dalam menghadapi pemilihan presiden, kedua-dua pihak diberikan peluang dan ruang yang sama.

Obama tidak menggunakan jawatannya untuk berkempen dengan menafikan hak kepada lawan politiknya. Pentas di mana beliau berucap di situ juga Mitt Romney berpeluang berucap.

Mitt Romney bebas mengkritik dasarnya, berdialog malah berdebat dalam ruang terbuka. Seluruh rakyat menjadi penonton melihat kehebatan kedua-dua tokoh mengemukakan hujah balas.

Media pula tanpa berpihak memberikan liputan sama adil kepada semua penyokong. Tidak kelihatan media menjalankan propaganda memburukkan mana-mana pihak.

Untungnya Mitt Romney kerana sedikitpun beliau tidak difitnah oleh media dengan pelbagai propaganda yang direka-reka.

Malah, tidak kedengaran juga suruhanjaya pilihanraya AS dicemuh atau dicurigai rakyatnya kerana menimbulkan penipuan dalam senarai daftar pemilih, atau menjalankan sistem pilihan raya yang pincang.

Dalam mendepani pilihan raya umum ke-13 ini, sebaiknya PM belajar daripada proses pilihanraya Amerika Syarikat. Bermuhasabahlah dan bandingkan tahap demokrasi negara ini dengan Amerika Syarikat. Terlalu banyak jurang perbezaannya, sejauh langit dengan bumi dan PM boleh melihatnya sendiri.

Isunya, jika mahu menuruti proses pilihanraya seumpama AS, sanggupkah PM meletakkan jawatannya dan menyerahkan kuasanya kepada kerajaan sementara bagi mengendalikan kerajaan tatkala PRU berlangsung.

Mampukah PM turun berkempen atas nama ketua parti tanpa menggunakan kedudukannya dalam kerajaan dengan menabur janji, projek, habuan, imbuhan mahupun ugutan seperti yang berlaku selama ini?

Sanggupkah PM menggunakan jentera parti sendiri tanpa mengerahkan jabatan kerajaan turun berkempen bagi pihaknya? Adakah PM bersedia memastikan SPR tidak dikongkong atau dipengaruhi sehingga mebimbulkan kecurigaan rakyat bahawa ada tangan-tangan hitam yang mengganggu badan tersebut?

Kuatkah iltizam PM untuk membersihkan daftar pemilih, membuang undi pos, menghalang rakyat asing menjadi penguundi bagi memberi ruang pilihan raya yang benar-benar berwibawa?

Beranikah PM membenarkan media membuat liputan yang adil dan saksama kepada semua parti dan pemimpin tanpa berat sebelah atau fitnah?

Selain itu, tergamakkah PM turun berdebat dengan Ketua Pembangkang di pentas terbuka disaksikan oleh jutaan rakyat dan disiarkan di media utama sebagaimana Obama dan Romney lakukan.

Paling utama, bersediakah PM menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU13 dengan hati terbuka tanpa tindakan kotor meskipun beliau dan partinya akan kalah kepada PR?

Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Pelajar yang jadikan Chua Soi Lek idolanya dihukum

Harakahdaily, 08 Nov 2012


SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) membuat keputusan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar Malaysia, Alvin Tan Jye Yee yang menyiarkan video sex dia dan teman wanitanya dalam blog mereka.

Pelajar yang menjadikan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai idolanya, didapati oleh NUS mencemarkan imej universiti.


Media Singapura melaporkan, Lembaga Disiplin NUS memutuskan tindakan Alvin "tidak wajar dan mencemarkan nama baik dan reputasi universiti."

Alvin telah dimaklumkan keputusan itu namun tidak ada sebarang maklumat jenis tindakan yang diambil ke atasnya.

Ketika dihubungi media, jurucakap universiti memaklumkan, keputusan dalam kes Lembaga Disiplin NUS adalah rahsia.

Alvin bersama teman wanitanya telah menyiarkan video hubungan sex mereka berdua dalam blog mereka.

Ia telah menjadi bahan berita utama di Singapura, tempat Alvin belajar dan Malaysia.

Dalam satu posting dalam facebooknya, blogger sex itu menulis, “Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi.”

Tiada ulasan: