Isnin, 19 November 2012

KECAM SATU HAL..BANTU SATU HAL...DOA SATU HAL...DOA ORANG YANG DIZALIMI MAKBUL...DOA ORANG TAKWA MAKBUL....DOA KEKASIH ALLAH MAKBUL BUKAN DOA AHLI MAKSIAT DAN BUKAN DOA ORANG RAGU2 TERHADAP ISLAM SERTA MENOLAK HUKUM HUDUD...LEBIH2 LAGI TAK SOLAT DAN MINUM ARAK...RASUAH....PENIPU...MUNAFIK SERTA KAKI ZINA


Israel teruskan serangan, hancurkan pejabat Hamas

Terjemahan Mohamad Yahya, 18 Nov 2012


(Lapan warga Palestin terbunuh dan puluhan tercedera selepas jet pejuang Israel menyerang halaman kerajaan Hamas, terowong dan pengubah kuasa letrik.)




GAZA:
Israel dan pejuang Palestin berbalas serangan roket dan udara untuk hari keempat, dengan Israel menyerang pejabat perdana menteri Hamas dan juga menjatuhkan sebuah roket yang disasarkan ke Tel Aviv.

Angka kematian dari konflik tersebut terus meningkat Sabtu lalu ke 45 orang, dengan 40 daripada adalah warga Palestin, sekurang-kurangnya 13 daripada mereka adalah orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan tiga orang awam Israel.

Sistem pertahanan Iron Dome Israel memintas lewat Sabtu lalu sebuah peluru berpandu yang disasarkan ke Tel Aviv dengan siren memberi amaran kepada Yahudi Sabat di metropolis yang padat dengan penduduk.

Roket tersebut - yang ketiga disasarkan ke Tel Aviv dalam masa tiga hari - dilancarkan selepas Rukun Operasi Pertahanan Israel tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti menyerang, dengan tentera udara Israel berterusan mengebom Semenanjung Gaza.

Sehingga petang Sabtu, peluru berpandu Israel telah menyerang Gaza kira-kira 950 kali sejak Rabu lalu.

Serangan Israel, yang tujuh kali ganda lebih hebat daripada serangan 2008-2009 semasa perang di Gaza, mungkin hanyalah "isyarat amaran" kepada Hamas bahawa "Israel tidak gembira" dan serius tentang panggilan untuk menamatkan serangan roket, ujar Chris Bellamy, pengarah Greenwich Maritime Institute dan penganalisis ketenteraan

PAS kecam serangan terhadap Gaza

Harakahdaily, 18 Nov 2012
(Suasana bandar Gaza apabila diserang Israel)

KOTA BHARU: PAS mengecam tindakan serangan udara terbuka oleh Israel terhadap Semenanjung Gaza yang mengorbankan berpuluh rakyat, termasuk ketua sayap tentera Hamas.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS turut mengutuk kenyataan terbuka Israel untuk terus menyerang Gaza.

Beliau turut mempersoalkan tindakan membisu Wisma Putra yang masih menyatakan pendirian rasmi terhadap pencerobohan terbaru ini.

“Majlis Keselamatan PBB, Liga Arab dan OIC perlu mengadakan sidang tergempar untuk mencari penyelesaian segera.

Kekejaman terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan segera. Rakyat seluruh dunia sepatutnya bersama mengutuk kezaliman ini kerana ia telah melanggar hak kemanusiaan melampau,” tegas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau turut menasihatkan dunia Islam untuk mengetepikan soal perbezaan mahzab dan menggesa mereka bersatu memperjuangkan isu Palestine, yang berdekad lamanya ditindas Zionis Israel yang dibantu Amerika Syarikat.

Rabu lepas, tentera Israel telah mengebom bandar Gaza Palestin pada malam tahun baru Islam dalam satu misi khas yang dinamakan 'Pillar of Defence' yang sehingga kini membunuh 15 orang termasuk seorang pemimpin kanan Hamas.

Israel melancarkan serangan tersebut kira-kira jam 10 malam (waktu Malaysia) pada Rabu.
Selain serangan udara, serangan roket juga dilancarkan dari kapal tentera laut Israel ke penempatan masyarakat Palestin di Gaza.

Semalam, dua demonstrasi aman telah dilakukan untuk membantah serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap Gaza.

Di Kuala Lumpur, himpunan bermula di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat kemudiannya berarak dan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika disertai oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) dan Aqsa Syarif.

Di Kota Bharu, Himpunan Aman Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah kekejaman terbaru Israel ke atas Gaza Palestine telah diadakan di Masjid As Salam Pangkalan Chepa.

PRU13: Ada tokoh tertentu akan jadi calon PAS

Nazri Abdullah, 18 Nov 2012
KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu akan ada di kalangan calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti yang bukan dari cadangan mana-mana cawangan, kawasan mahupun negeri.

Sebaliknya, calon-calon ini adalah pilihan pimpinan tertinggi parti yang merasakan perlu untuk mereka bertanding atas faktor tertentu.

Menurut Mustafa, kebiasaannya pejabat setiausaha agung akan meminta PAS negeri mencadangkan tiga nama sama ada untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen.

Negeri pula biasanya akan meminta cadangan nama calon itu daripada kawasan untuk diserah kepada pusat bagi diteliti oleh  jawatankuasa harian PAS dan kemudia Majlis Syura Ulamak.

"Ada juga individu yang tidak dicadangkan oleh parti sama ada oleh cawangan, kawasan atau negeri, tetapi pimpinan merasakan perlu orang-orang tertentu ini diberi tempat bertanding dalam PAS, tapi jumlahnya tak ramai.

"Ini kerana mereka mungkin ada pengaruh di kalangan masyarakat dan penyertaan mereka sebagai calon akan memberi nilai tambah sokongan rakyat kepada PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap menggulung ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS semalam.

Justeru ujar beliau, ahli di semua peringkat harus faham dengan sebarang ketetapan yang akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti.

Sementara itu, Mustafa turut menjelaskan bahawa tidak berlaku dalam PAS di mana calon, mencari-cari sendiri kawasan yang dia mahu bertanding.

Sebaliknya, hal berkaitan kawasan khususnya parlimen adalah ditentukan juga oleh pimpinan tertinggi parti.

"Kalau nak kata bahawa orang tertentu mencari-cari tempat mana dia nak bertanding, itu tidak ada berlaku dalam PAS.

"Sebab syarat nak jadi calon dalam PAS ini, dia tak boleh mintak nak jadi calon. Kalau dia mintak jadi calon awal-awal lagi dia tidak akan jadi calon," katanya.

Pemuda tetapkan mekanisme isytihar harta

Hazayani Zakaria, 18 Nov 2012
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menetapkan mekanisme berhubung pengisytiharan harta yang diumumkan minggu lalu.

Perwakilan DPPP Syahir Sulaiman berkata, ketetapan itu dibuat bagi memudahkan proses pengisytiharan harta yang disifatkan sangat wajar bagi menjaga integriti dan amanah di kalangan pemimpin pemuda.

"Seluruh pemuda bersetuju dengan pengisytiharan harta untuk menjaga nilai integriti dan amanah dengan mengambil tiga ketetapan.

"Pemuda akan menggunakan format yang digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu pengisytiharan harta di setiap agensi diserahkan kepada ketua pemuda dan ketua pemuda akan menyimpan maklumat tersebut dan dipantau oleh sebuah badan hizbah.

"Dari semasa ke semasa akan diserahkan kepada presiden dan mursyidul am. Selesai proses pemilihan calon pilihan raya, pemuda secara sukarela akan mempamer borang deklarasi pengisytiharan harta untuk dinilai secara keseluruhan," katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik, semalam.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mengisytiharkan hartanya kepada khalayak ramai semasa ucapan penggulungan di Muktamar Pemuda PAS Khamis lalu.

Nasrudin, 42 mengisytiharkan, beliau bersama isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM2,800 and RM4,000 sebulan.

Beliau juga memberitahu bahawa beliau mempunyai RM9,000 di dalam simpanan semasa.

Sementara itu, Syhir berkata, DPPP akan menyediakan kepakaran dalam pelbagai bidang bagi membantu ahli parlimen dan Adun merangka dasar dan polisi negara.

"Pemuda berbesar hati mengukuhkan kumpulan pakar di kalangan pemuda dalam agenda mengisi kemenangan dan kami menawarkan sukarelawan cerdik pandai pemuda untuk ahli parlimen dalam merangka polisi," katanya.

Pembangkang Syria lantik duta baru ke Perancis

Terjemahan Mohamad Yahya, 18 Nov 2012



(Aktivis mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 106 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh Syria pada hari Jumaat)




PARIS: Presiden Perancis, Francois Hollande dan pemimpin pakatan pembangkang Syria telah mengumumkan rancangan untuk melantik duta baru untuk mewakili Syria di Perancis.

Langkah itu dibuat selepas perbincangan Sabtu lalu di istana presiden di Paris di antara Hollande dan Ahmad Mouaz al-Khatib, ketua pakatan pembangkang Syria yang baru ditubuhkan.

Perancis adalah satu-satunya negara Barat yang telah mengiktiraf secara rasmi pakatan pembangkang tersebut sebagai wakil rakyat Syria.

Duta baru Syria ke Perancis adalah Mounzir Makhous, seorang ahli akademik.

Pakatan Rakyat sudah bersedia ke Putrajaya

Aspan Alias, 18 Nov 2012
Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU diadakan jika pilihanraya benar-benar akan diadakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya.

Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan mampan serta sangat penting untuk diikuti dan ditarbiyah secara menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat.

Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN.

UMNO akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi dan ia akan memakan jumlah yang besar dan wang itu tentulah datangnya dari sumber rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah dicuri secara sistematik oleh pimpinan UMNO. UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti itu terpaksa membeli perasaan dan jiwa orang Melayu khususnya.  Wang jugalah yang akan digunakan untuk menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula berpecah di peringkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan.

TGHA juga menyentuh tentang pentingnya PAS bersedia dengan media massa alternatif yang efektif seperti Harakah dan Harakah online. Untuk menafikan fitnah dan cemuhan yang akan dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang berpihak kepada parti kerajaan secara tidak beretika selama ini.

Presiden PAS itu juga telah menelah yang UMNO akan memainkan isu perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang rakan kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR.

TGHA juga telah memperbaharui azam PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara ini. UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan BN untuk terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi ini.

UMNO tidak akan ada sempadan dalam tindakan mereka mempertahankan kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas undang-undang serta etika berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku sebagai negara demokrasi.

UMNO akan sanggup untuk menjadikan negara ini kucar kacir asalkan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka. Sebutkan apa sahaja, mereka akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur demokrasi di dalam pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah kemenangan untuk mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu bukanlah demokrasi bagi mereka.

Tidak ada ruang di dalam artikel ini untuk memberikan ulasan secara ‘detail’ terhadap ucapan yang mantap TGHA ini tetapi cukup bagi saya memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang ekonomi sebagai sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu. TGHA juga telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk diselesaikan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

TGHA telah berkata dengan terang dan jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada rakyat yang PR mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara nanti.

Di dalam muktamar ini juga PAS telah menerima permohonan dari seorang bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji Nahwari Hashim sebagai ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan ramai bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya semakin jelas merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga parti-parti lain dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk menjadi parti yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum ini.

Sempena muktamar ini juga telah diadakan Himpunan Rakyat yang sangat besar kehadirannya di stadium Sultan Mohamad ke-empat. Seramai 30,000 ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk menunjukkan kepada ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan perubahan kali ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap dan sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa di adakan oleh UMNO jika hendak membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang hendak dilakukan oleh UMNO akan memaksa parti itu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menjayakannya.

PAS yang difahamkan akan bertanding di 70 kawasan parlimen akan memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka dapati semasa PRU 2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu ‘ambience’ politik yang baru itu.

PR akan membuktikan yang mereka lebih baik dari pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan ‘coalition’ yang lebih baik dari BN.

Seperti yang saya sebutkan selalu, ‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional’. Yang ‘perfect’ hanya ada kepada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Ulasan edit gambar Rosmah terhangat

Harakahdaily, 18 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ulasan blog http://jalanpulang1978.blogspot.com mengenai sekeping gambar edit  isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang terselit di antara pasangan pengantin badminton negara, Lee Chong Wei dengan isterinya Wong Mew Choo merupakan artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-46.

Di tangga kedua ialah laporan blog http://jalanpulang1978.blogspot.com mempersoalkan mengenai publisiti meluas yang diperoleh isteri perdana menteri setaraf suaminya sendiri.

Berita muktamar Dewan Muslimat menjadi gamat seketika apabila ucapan Perwakilan Beruas Norasyikin Hashim dengan tiba-tiba menyebut nama 'Rosmah' dalam perbahasannya menduduki tempat ketiga.

Di tangga keempat ialah berita komentar Ketua Penerangan PAS Perak, Ahmad Nuri Al-Amin mengenai nasib empat Adun Bebas di Perak yang berjaya menumbangkan kerajaan negeri Pakatan sebelum ini yang umpama habis madu sepah dibuang.

Di tangga kelima ialah ulasan blog http://omakkau.blogspot.com yang membuktikan Johor bukan lagi kubu kuat Umno dan kejatuhan Umno bukan lagi perkara mustahil.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 11 November hingga 17 November, 2012.

1
Kantoi! Pengguna Facebook edit gambar Rosmah!
2
PANAS! Rosmah Memang Setaraf Perdana Menteri?
3
'Rosmah' gamatkan Muktamar Muslimat
4
Adun bebas Perak: Habis madu sepah dibuang
5
Gempar...satu kampung ahli Umno keluar parti
6
Tembelang pecah: Banner kaitkan Pemuda PAS fitnah Nurul Izzah terkantoi
7
Jika Nurul kena taubat, Harussani juga kena - Ketua Ulamak
8
Mesti Lihat! Gambar Tok Guru Nik Aziz Yang Paling Sempoi
9
Teuku Adnan sahkan Umno tidak Islam?
10
Bekas pengarah JAIS dan JAIM sertai PAS

Tiada ulasan: