Jumaat, 23 November 2012

ISLAM TAK MENGGALAKKAN KEGANASAN...MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU

MB cadangkan banyakkan kursus kemahiran

Salmah Mat Husain, 22 Nov 2012
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyarankan Limkokwing Academy serta kolej-kolej lain memperbanyakkan kursus kemahiran di tempat masing-masing.

Katanya, ianya bertujuan untuk memudahkan golongan muda memilih bidang yang mereka minati untuk dipelajari.

Menurutnya, selain memberi peluang pada golongan muda meningkatkan ilmu kemahiran mereka dalam bidang yang diminati, ianya juga dapat ‘menyejukkan’ hati pelajar yang tidak dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan setiap kali kita akan berhadapan dengan pelajar yang kecewa kerana tidak memperolehi keputusan yang cemerlang.

“Kerana itu hasrat untuk melanjutkan pengajian di IPT begitu sukar, kerana itu saya sarankan supaya Limkokwing menyediakan banyak peluang untuk berbanding yang telah sedia ada,”ujarnya.

Beliau seterusnya berkata, untuk menjadi seorang insan yang berjaya tidak semestinya mempunyai pendidikan yang tinggi.

“Andainya kita rajin berusaha, mengikuti kursus kemahiran di mana-mana insyaallah kita akan berjaya di suatu hari nanti,”ujarnya.

Namun apa yang penting, tambahnya ilmu untuk mengenali Allah perlu diterapkan pada apa yang dipelajari, khususnya sains.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap pada majlis taklimat Limkokwing kepada Tuan Guru, di akademik itu tengahari tadi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Pengarah Akademinya, Haji Zainal Rahman, memberitahu sejak ianya ditubuhkan, akademi telah berjaya ditubuhkan cawangannya sama ada dalam dan luar negara.

Menurutnya, selain Melaka cawangan terbarunya, Bali, Indonesia dan Kemboja.

Katanya, selain kursus komputer, pihaknya turut memperkenal kursus warisan tempatan, keusahawanan dan perniagaan juga kraf.

“Ianya memberi peluang anak muda memilih mana-mana kursus yang mereka minati.

“Selepas memperolehi diploma, mereka berpeluang membuka perniagaan sendiri, bekerja atau melanjutkan pengajian di Universiti Limkokwing,”ujarnya.

Rakyat Sarawak wajar tuntut hak royalti 20%

Pemuda PAS Sarawak, 22 Nov 2012

ULASAN-Kita tidak memerlukan ihsan sesiapa, yang kita mahukan ialah keadilan dan kesetaraan. Kita tidak kepingin hak orang lain, yang kita mahukan hanyalah hak royalti kita!

Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat Sarawak memandang serius isu royalti petroleum Sarawak yang kini hanya pada kadar 5%.

Berdasarkan perangkaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, kadar 5% ini adalah berjumlah RM 2.05 bilion, meningkat lebih 18% berbanding tahun sebelumnya.

Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak tidak menafikan bahawa ini adalah satu jumlah yang besar namun, persoalan yang harus difikirkan oleh setiap rakyat Sarawak ialah adakah ini memadai?

Dengan kadar kemiskinan ketiga tertinggi di Malaysia iaitu pada kadar 5.3%, Indeks Pembangunan Jalanraya (RDI) yang tercorot pada kadar 0.38 dan kira-kira 1/3 rakyat Sarawak masih belum mendapat bekalan elektrik dan air bersih, adakah jumlah ini adil untuk kebajikan rakyat Sarawak?

Sekiranya kadar royalti ini dinaikkan kepada 20%, sebenarnya, jumlah yang akan diperoleh oleh Sarawak akan menjadi jauh lebih besar iaitu sekitar RM 8.2 bilion.

Sebagai perbandingan, jumlah ini adalah 3 kali ganda lebih besar daripada keseluruhan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk BRIM 1.0 untuk seluruh Malaysia.

Dan perlu diingatkan di sini bahawa, rakyat Sarawak sebenarnya hanya menerima sekitar 4% daripada keseluruhan bajet BRIM 1.0 walaupun negeri ini mempunyai bilangan keluarga miskin ketiga teramai di Malaysia. Jelas, tawaran royalti 20% ini jauh lebih bermanfaat untuk rakyat Sarawak berbanding BRIM!

Segala fakta di hadapan kita ini nyata menunjukkan bahawa kerajaan BN bukanlah juara rakyat Sarawak.

Hasil bumi negeri ini seharusnya digunakan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Sarawak terlebih dahulu sebelum ia digunakan untuk kebaikan bersama di peringkat persekutuan. Konsep keadilan ini sememangnya menjadi intipati ajaran Islam yang mementingkan pengagihan hasil negeri dan negara secara saksama dan ‘equitable’ demi kesejahteraan rakyat.

Konsep ini jugalah yang sebenarnya menunjangi tuntutan PAS dan Pakatan Rakyat dalam tawaran Buku Jingga kami yang mahukan kadar royalti bagi negeri-negeri pengeluar petroleum termasuklah Sarawak dinaikkan kepada 20%.

Ini bukanlah tuntutan melampau malahan ia adalah satu tuntutan yang sangat adil kerana realitinya ialah rakyat Sarawak adalah jauh lebih memerlukan kepada dana tersebut berbanding Putrajaya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat Sarawak di semua peringkat berfikir sejenak tentang masa depan kita.

Sampai bilakah kita harus terus dibiarkan terpinggir tanpa pembelaan di bumi yang serba bertuah ni?

Kita tidak memerlukan ihsan sesiapa, yang kita mahukan ialah keadilan dan kesetaraan. Kita tidak kepingin hak orang lain, yang kita mahukan hanyalah hak royalti kita!
*Dewan Pemuda PAS Sarawak

Beranikah Najib pasang kamera AES di Pekan?

Harakahdaily, 22 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memasang kamera AES di Pekan untuk menunjukkan sokongan kepada keputusan kabinet yang diketuai beliau bahawa sistem ini adalah baik untuk rakyat?

Sumber dalaman Umno yang berang dengan keputusan kabinet untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata sepatutnya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menunjukkan model contoh dengan memacak beberapa kamera AES di Pekan dan Pagoh.

“Bagi ahli parlimen BN yang menyokong juga sepatutnya membawa 4 kamera seorang untuk balik ke kawasan masing-masing untuk mengurangkan kadar kemalangan. Sudah tentu rakyat di kawasan parlimen mereka sokong.

Bagi Menteri Besar negeri-negeri BN pula tunjukkan sokongan kamera AES yang Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak mahu pasang, semua dibawa ke negeri masing-masing. Kena bermula dengan Pahang dan Johor, negeri kelahiran Najib dan Muhyiddin,” sindir beliau yang ternyata sangat berang dengan keputusan tersebut.

Ketika ditanya Harakahdaily, mengapa kabinet Umno BN masih meneruskan hasrat untuk memasang kamera AES meskipun tahu ia bakal mengundang kehilangan undi di PRU13, sumber dalaman Umno tersebut tidak menjawabnya secara direct.

“Lu pikirlah sendiri. Apa yang Umno dewakan sehingga tidak sanggup menarik balik AES. Mengapa AES tidak seperti juga GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang ditangguhkan sehingga PRU13 selesai. Lu pikirlah sendiri lagi,” jawabnya sambil berseloroh.

Mengenai perhimpunan Umno akan datang, sumber dalaman Umno itu berkata pasukan Muhyiddin kini sedar kemungkinan tuan mereka menjadi Ketua Pembangkang adalah amat tinggi.

“Jikalau Umno kalah pilihanraya, anta ingat Rosmah sanggup digelar sebagai isteri Ketua Pembangkang? Sudah pasti, Muhyiddin yang bakal jadi Ketua Pembangkang masa itu. Siapa lagi yang sanggup jadi Presiden Umno yang pertama yang jadi Ketua Pembangkang, tiada yang sanggup, tapi next in line ialah Muhyiddin,” kata beliau.

Ditanya apa pandangan dalam Umno mengenai Muktamar PAS ke-58 yang baru berlangsung baru-baru ini, sumber dalaman Umno berkata ada satu perkara penting yang ingin ditutup Umno dan medianya.

Perkara paling penting katanya ialah deklarasi harta oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, yang disambut oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

“Yang paling kita tidak sangka, pada ucapan penggulungan Abdul Hadi (Tuan Guru Presiden PAS) turut menyatakan sokongan terbuka kepada tindakan Nasrudin. Jika PAS betul dapat mewajibkan deklarasi harta untuk semua calonnya di PRU13, Umno akan sangat tertekan, kerana calon-calon yang dipilihnya ramai yang tidak sanggup melakukannya, terutamanya sekarang dengan kewujudan Rafizi (Ramli) dan NOW yang fokusnya untuk mencungkil maklumat kroni Umno,” kata beliau.

Deklarasi harta Nasrudin, katanya menjadikan keadaan perbandingan Umno dengan PAS menjadi 8-0 untuk pimpinan atasan – di mana Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dibandingkan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Najib dibandingkan dengan Tuan Guru Abdul Hadi, Muhyiddin dengan Mohamad Sabu, Hishamuddin, Ahmad Zahidi, Shafei Afdal dibandingkan dengan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Husam Musa, Ahmad Maslan dengan Datuk Tuan Ibrahim dan terkini Nasrudin dibandingkan dengan Khairy.

“Bagi Dewan Muslimat PAS, kalau Siti (Zailah) dapat buat deklarasi harta dan menekan Shahrizat Jalil, akan terus jadi 9-0,” kata sumber dalaman Umno itu lagi.

Minyak sawit ke Israel, demo di pejabat Felda esok

Harakahdaily, 22 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sekali lagi mengajak orang ramai menyertai penyerahan memorandum membantah penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.

Memorandum akan diserahkan ke Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak selepas Solat Jumaat esok. 

Menurut Pengerusi Anak Lembah Klang, Nasaie Ismail, penyerahan memorandum akan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

"Penyerahan akan diketuai Presiden Anak, Mazlan Aliman dan diiringi Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu, Ketua Pemuda, Nasruddin Hasan serta beberapa pemimpin  dan lain-lain," kata beliau kepada Harakahdaily.

Justeru, orang ramai diminta menunaikan Solat Jumaat di Masjid UTM Jalan Semarak sebelum berarak ke Pejabat Felda.

Ahad lalu, Mazlan sewaktu berucap di Muktamar Tahunan PAS di Putik, kelantan mendedahkan dokumen berupa invois penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.

Beliau mensasarkan 5,000 orang menyertai penyerahan memorandum esok.

Benarkan peguam Scorpene masuk Malaysia

Harakahdaily, 22 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dicabar membenarkan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham- yang terlibat menyiasat isu skandal kapal selam Scorpene- masuk ke negara ini.

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis itu untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene di sini.

"SAMM dengan ini mencabar kerajaan Malaysia supaya berani atas nama kebenaran untuk memberi laluan kepada peguam Perancis ini masuk ke Malaysia.

"Kerajaan perlu berani dan jangan jadi penakut walaupun untuk katakan 'tidak boleh', " kata pengarah propagandanya Edy Noor Reduan.

William Bourdon dan Joseph Breham sebelum ini didakwa pernah memasuki Malaysia namun diarah keluar pada pada 22 Julai tahun lalu.

Kedua-duanya dijangka hadir sekali lagi ke Parlimen minggu ini bagi memberi taklimat berhubung perkembangan isu Scorpenen ini.

Bagaimanapun sehingga kini mereka belum mendapat sebarang maklum balas dari kerajaan berhubung kebenaran untuk memasuki negara ini dan sesi taklimat tersebut ditangguh ke minggu depan.

Kemenangan tekad perjuangan rakyat Gaza

Harakahdaily, 22 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut dan mengalu-alukan pengumuman genjatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza yang dikatakan dikuatkuasakan pada 19:00 GMT Rabu 21 November 2012.

“Ini adalah kemenangan kepada daya tahan dan tekad perjuangan rakyat Gaza.

“Kami kagum dan menyatakan sokongan penuh kami kepada kepimpinan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza yang tidak berganjak bersama rakyat Gaza menghadapi serangan ganas tentera Zionis Israel yang telah membunuh lebih seratus rakyat awam Gaza,” ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Majlis Perindingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut dan mengalu-alukan pengumuman genjatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza yang dikatakan dikuatkuasakan pada 19:00 GMT Rabu 21 November 2012.

Ini adalah kemenangan kepada daya tahan dan tekad perjuangan rakyat Gaza. Kami kagum dan menyatakan sokongan penuh kami kepada kepimpinan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza yang tidak berganjak bersama rakyat Gaza menghadapi serangan ganas tentera Zionis Israel yang telah membunuh lebih seratus rakyat awam Gaza.

Kami menyatakan sokongan kepada perjanjian genjatan senjata namun mengutuk penolakan Israel untuk menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. Isu sekatan adalah isu kunci untuk mendapatkan genjatan senjata dalam jangka panjang dan untuk memulihkan Gaza dari kemusnahan yang dideritai rakyat Gaza.

Kami kesal dan mengutuk serangan yang berterusan yang dilakukan oleh tentera Israel pada hari ke lapan walaupun usaha diplomatik sedang dijalankan untuk bersetuju terhadap genjatan senjata.

Ini menunujukkan bahawa Israel sebenarnya tidak mahu genjatan senjata dicapai. Dalam serangan itu lebih 12 orang awam terbunuh di Gaza yang meningkatkan bilangan yang terbunuh di Gaza seramai 150 orang sejak keganasan Israel pada 14 November.

Agenda genosid yang jelas oleh Israel dapat dilihat bila operasi tenteranya bukan sahaja membunuh rakyat awam tetapi juga infrastruktur awam di Gaza.

Dunia tidak boleh memejam mata terhadap jenayah Israel ini.

Kami kecewa terhadap pernyataan Setiausaha Negara AS Hillary Clinton yang menyatakan  heartfelt concern for innocent lives lost yang telah berlaku dikedua belah pihak sedangkan dunia dan beliau tahu betapa fakta yang berlaku ialah Gaza telah menanggung kemusnahan dan kehilangan nyawa yang jauh lebih tinggi.

Serangan yang kononnya dikatakan "serangan tepat" oleh Israel adalah suatu penghinaan terhadap penyaksiaan jutaan manusia di seluruh dunia yang melihat operasi tentera Israel melancarkan roket secara rambang ke Gaza termasuk di kawasan perumahan awam.

Kami hormati dan menyokong kepimpinan President Mesir Dr Mohammad Morsi yang teguh pendiriannya terhadap keganasan Israel. Pernyataannya yang tegas dan membenarkan sempadan Rafah dibuka untuk membolehkan bantuan di hantar ke Gaza dan mereka yang cedera dibawa keluar untuk mendapat rawatan di Mesir adalah petanda yang sangat memberangsangkan.

Malah tindakan beliau untuk menghantar Perdana Menterinya ke Gaza ketika serangan memuncak adalah sangat mengkagumkan. Ini adalah tindakan politik yang bersungguh dari seorang pemimpin Arab untuk membantu Gaza.

Kepimpinannya amat menyerlah untuk memberi pengharapan bagi membebaskan Gaza dari sekatan yang dikenakan oleh Israel dan akan menjadi titik mula menyelesaikan perjuangan hak Palestin dalam jangka panjang.

Syarat untuk mendapat penyelesaian jangka panjang yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hanya satu lakonan bagi Israel melancarkan pencerobohan ke atas Gaza. Memusnahkan Hamas akan membina laluan bagi Israel merampas Gaza menjadi wilayah Israel.

Pembangkang Syria rayu bantuan USD60 bilion

Terjemahan Mohamad Yahya, 22 Nov 2012
Pembangkang Syria berkata mereka memerlukan bantuan sebanyak USD60 bilion  untuk mengelakkan ekonomi negara daripada runtuh jika mereka berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan dari rejim Presiden Bashar al-Assad.


Gambar: Berjuta-juta orang awam telah dipindahkan akibat pengeboman rejim di kawasan perumahan seluruh Syria [Reuters]

George Sabra, pemimpin pembangkang terkemuka, memberitahu pemberita Rabu lalu di Dubai, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, bahawa ekonomi Syria boleh runtuh dalam tempoh enam bulan jika tidak mempunyai wang.

Sabra juga menggesa perwakilan di mesyuarat "Perkongsian untuk Melabur dalam Masa Depan Syria" (Partnership to Invest in Future Syria) di Dubai untuk segera melancarkan Rancangan Marshall untuk negara Arab, sama seperti program pemulihan besar-besaran bagi Eropah selepas Perang Dunia Ke-Dua.

Syria telah menyaksikan pertempuran bersenjata dalam konflik yang bermula dengan pemberontakan terhadap Assad pada Mac 2011 tetapi telah bertukar menjadi perang saudara yang mengakibatkan lebih daripada 38,000 orang terbunuh, menurut aktivis.

Untuk "tempoh enam bulan pertama kita memerlukan USD60billion" untuk pembiayaan segera bagi pembinaan semula negara, beritahu Sabra kepada pemberita di luar mesyuarat.

Syria telah musnah terutamanya oleh penggunaan pengeboman udara dan tembakan meriam oleh kerajaan dalam usaha untuk menghancurkan pemberontakan.

Sabra berkata wang mesti datang dalam bentuk bantuan daripada "saudara-saudara Arab kita dan masyarakat antarabangsa yang kami berharap akan memenuhi tanggungjawab mereka dalam krisis kemanusiaan yang negara kami hadapi".

Pembiayaan diperlukan untuk "menyelesaikan isu-isu yang paling sensitif dan jelas," bermula dengan "menyediakan perumahan untuk rakyat selepas 2.5 juta rumah telah dimusnahkan" dalam konflik itu, kata Sabra, Presiden Majlis Kebangsaan Syria.

"Apa yang digambarkan sebagai 'Rancangan Marshall untuk Syria" tidak boleh ditangguhkan sehingga rejim Assad jatuh. Ia mesti dimulakan dengan segera," Sabra memberitahu perwakilan di mesyuarat itu.

Beliau menyeru untuk "sokongan perniagaan masyarakat Arab dan antarabangsa sepenuhnya atau hampir sepenuhnya" untuk membebaskan di bandar-bandar utara Syria Aleppo, Idlib dan Tal Abyaḑ.

"Rejim sedang jatuh dan tidak akan bertahan lama," katanya kepada agensi berita AFP. (aljazeera.com)

Pembangkang Syria rayu bantuan USD60 bilion

Terjemahan Mohamad Yahya, 22 Nov 2012
Pembangkang Syria berkata mereka memerlukan bantuan sebanyak USD60 bilion  untuk mengelakkan ekonomi negara daripada runtuh jika mereka berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan dari rejim Presiden Bashar al-Assad.


Gambar: Berjuta-juta orang awam telah dipindahkan akibat pengeboman rejim di kawasan perumahan seluruh Syria [Reuters]

George Sabra, pemimpin pembangkang terkemuka, memberitahu pemberita Rabu lalu di Dubai, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, bahawa ekonomi Syria boleh runtuh dalam tempoh enam bulan jika tidak mempunyai wang.

Sabra juga menggesa perwakilan di mesyuarat "Perkongsian untuk Melabur dalam Masa Depan Syria" (Partnership to Invest in Future Syria) di Dubai untuk segera melancarkan Rancangan Marshall untuk negara Arab, sama seperti program pemulihan besar-besaran bagi Eropah selepas Perang Dunia Ke-Dua.

Syria telah menyaksikan pertempuran bersenjata dalam konflik yang bermula dengan pemberontakan terhadap Assad pada Mac 2011 tetapi telah bertukar menjadi perang saudara yang mengakibatkan lebih daripada 38,000 orang terbunuh, menurut aktivis.

Untuk "tempoh enam bulan pertama kita memerlukan USD60billion" untuk pembiayaan segera bagi pembinaan semula negara, beritahu Sabra kepada pemberita di luar mesyuarat.

Syria telah musnah terutamanya oleh penggunaan pengeboman udara dan tembakan meriam oleh kerajaan dalam usaha untuk menghancurkan pemberontakan.

Sabra berkata wang mesti datang dalam bentuk bantuan daripada "saudara-saudara Arab kita dan masyarakat antarabangsa yang kami berharap akan memenuhi tanggungjawab mereka dalam krisis kemanusiaan yang negara kami hadapi".

Pembiayaan diperlukan untuk "menyelesaikan isu-isu yang paling sensitif dan jelas," bermula dengan "menyediakan perumahan untuk rakyat selepas 2.5 juta rumah telah dimusnahkan" dalam konflik itu, kata Sabra, Presiden Majlis Kebangsaan Syria.

"Apa yang digambarkan sebagai 'Rancangan Marshall untuk Syria" tidak boleh ditangguhkan sehingga rejim Assad jatuh. Ia mesti dimulakan dengan segera," Sabra memberitahu perwakilan di mesyuarat itu.

Beliau menyeru untuk "sokongan perniagaan masyarakat Arab dan antarabangsa sepenuhnya atau hampir sepenuhnya" untuk membebaskan di bandar-bandar utara Syria Aleppo, Idlib dan Tal Abyaḑ.

"Rejim sedang jatuh dan tidak akan bertahan lama," katanya kepada agensi berita AFP. (aljazeera.com)

Gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza

Terjemahan Mohamad Yahya, 22 Nov 2012
Gencatan senjata telah berkuatkuasa di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza, selepas Israel dan Hamas bersetuju untuk menghentikan permusuhan.

Sesetengah rakyat Palestin di Gaza City meraikan gencatan senjata di jalanan malam Rabu lalu, membunyikan hon kereta dan menyalakan bunga api

Menteri Luar Mesir mengumumkan perjanjian gencatan senjata beberapa jam sebelum ia berkuatkuasa pada 19:00 GMT hari Rabu.

Mohamed Kamel Amr mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan gencatan senjata ketika beliau membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di ibu negara Mesir, Kaherah.

Di bawah syarat-syarat gencatan senjata, Israel perlu menghentikan semua serangan terhadap Semenanjung Gaza dari darat, laut dan udara, termasuk serangan rentas sempadan dan pembunuhan yang disasarkan.

Puak Palestin juga perlu menghentikan semua serangan dari Gaza ke Israel, termasuk serangan roket dan serangan di sempadan.

Dua puluh empat jam selepas gencatan senjata ini berkuat kuasa, Israel akan bertanggungjawab untuk membuka semua laluan sempadan dan memudahkan pergerakan keluar masuk rakyat dan barangan ke enklaf tersebut. (aljazeera.com)

Tahap ancaman teroris kepada negara hari ini

Harakahdaily, 22 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang tahap ancaman teroris kepada negara hari ini.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan mengapakah kriteria pemilihan terhadap jawatan Profesor Gred Turus tidak mengecualikan ahli akademik yang terlibat di dalam pentadbiran supaya peluang ahli-ahli akademik yang memperuntukkan sepenuh usaha mereka kepada bidang penyelidikan tidak terjejas.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-
(a) rancangan kementerian bagi memastikan pesakit wanita terutama pesakit puan hanya dilayan oleh petugas dan doktor sakit puan wanita; dan
(b) nisbah bilangan pegawai perubatan sakit puan dan pesakit sakit puan terkini.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah golongan profesional negara dan bidang kepakaran mereka yang sedang berkhidmat di luar negara.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan jumlah tindakan yang diambil terhadap mereka yang menjalankan aktiviti mengemis di bawah Akta Orang Papa semenjak tahun 2000 dan dari jumlah ini beberapa peratus terdiri dari OKU.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada Tol Batu 3 dan Sungai Rasah akan dimansuhkan pada hujung tahun ini ataupun sebaliknya.

Majlis Hi-Tea Gganu Kite 24 Nov di Ipoh

Harakahdaily, 22 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Setiausaha Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong berkata Sekretariat Perantau Negeri Perak akan menganjurkan  Majlis Hi-Tea Gganu Kite pada 24 November jam 5 petang di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.


Beliau diberitahu oleh sekretariat Perantau Perak, seramai 500 orang anak-anak Terengganu di Perak telah dihubungi untuk hadir memeriahkan majlis dan berdialog secara langsung dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS Terengganu.

"Program ini adalah kesinambungan kepada program yang sama pada tahun lepas dan berharap anak-anak Terengganu yang berada di Zon Utara yang berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut dapat hadir sama," katanya.

Tiada ulasan: