Jumaat, 9 November 2012

JANGAN SYOK SENDIRI...KENYATAAN BERPILIH2...CAKAP MENGUNTUNGKAN PERIBADI....MUNGKIN RAKYAT DAH KENAL....DAN DAH MELUAT

S'gor tidak benarkan penguatkuasaan AES
10:21AM Nov 9 2012  
Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONE"Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini.

"Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, tegasnya, kerajaan negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan  kepada kementerian menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi.

"Kerajaan negeri merasakan  perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan.

"Kerajaan negeri juga dimaklumkan bahawa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan 17 peratus di mana kerajaan negeri berpendapat jumlah keuntungan itu tidak wajar.

"Kerajaan negeri  juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam Akaun Amanah berbanding Akaun Yang Disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan raya," tegasnya.

Dengan cara ini, tegasnya, rakyat  yang membayar saman akan menyumbang kepada negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga.

Menerusi akaun amanah ini, tambahnya, syarikat konsesi hanya dibenarkan mengutip keuntungan wajar bagi menampung kos pemasangan kamera AES.

"Dengan cara ini juga, syarikat konsesi lebih berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik  untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang tinggi.

"Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut  keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban," tambahnya.
Shuhaimi Baba sedia bincang punca rusuhan 13 Mei
  • Abdul Rahim Sabri
  • 10:51AM Nov 9 2012
 
Pengarah filem 'Tanda Putera' Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata beliau sedia berbincang dengan beberapa penulis sejarah yang didakwanya "menyebelahi kaum Cina" berhubung rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Katanya, beliau bersedia untuk menunjukkan dokumen berkaitan sebagai usaha untuk menimbulkan kesedaran bahawa "kemestian" mengadakan perbincangan berhubung punca insiden itu berlaku untuk mengatasi peristiwa yang dianggapnya "trauma" selama ini.

"Kalau kita tidak bincang sejarah kita, kita tidak (dapat) mengatasi trauma kita... Adakah kita bersedia, saya rasa bersedia atau tidak, kita mesti berbincang.

"Saya buat filem ini, supaya lepas kita tengok filem ini, harap-harap kita duduk berbincang, bukan sahaja dengan Melayu, tetapi dengan bangsa lain. Untuk faham mengapa benda ini (rusuhan) berlaku dahulu supaya tidak berulang lagi.

"Kita ada sejarah hitam dalam negara kita, seperti negara lain. (Tetapi) adakah kita nak sorok bawah karpet. Jangan beritahu sejarah hitam kita. Kalau kita sorok, kita tidak akan tahu, apa yang berlaku," katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin sama ada rakyat bersedia menonton filem ini khususnya insiden rusuhan kaum seperti dalam sedutan filem yang ditayang dalam Majlis Diskusi Seni filem Tanda Putera di Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun, Shuhaimi juga mempersoal soalan yang dilontarkan kepadanya itu, sedangkan pertanyaan berkaitan kesediaan itu, tidak pernah dibangkitkan sewaktu menonton filem dari Hollywood, Singapura atau Indonesia - yang banyak mengeluarkan filem genre politik.

"Tetapi bila kita tanya filem kita, kita kata, adakah kita bersedia tengok filem kita. Kita berhadapan dengan perkara itu. Kita ada 'psychological problem' kita sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Shuhaimi mengakui ada di kalangan orang muda yang terkejut dan sukar mempercayai adanya peristiwa itu yang mengakibatkan pertumpahan darah.

"Sebab itu kita nak orang belajar apa yang berlaku dahulu. Benda ni memang senang berlaku dahulu. Hari ini kita tengok, percakapan (berunsur) racisme, banyak keluar.

"Kita tak tahu (bahawa) benda ini boleh berlaku dengan cakap sebegitu," katanya sambil menambah insiden rusuahan hanya lima peratus daripada keseluruhan filem Tanda Putera.

Shuhaimi juga berkata "orang yang tidak menonton wayang" sukar menerima filem yang berbentuk sejarah khususnya yang berkaitan peristiwa 13 Mei, berbanding mereka yang kerap menonton wayang dengan pelbagai genre filem.

"Sebab, bila mereka tengok mereka tidak melihat dari sudut 'creative licence' kita. Bila kita buat filem, ia filem cereka, filem adalah filem. Dalam movie itu, ada 'creative licenne' dan ada fiksyen.

"Jadi apabila tonton, tontonlah sebagai sebuah filem. Kamu sedia atau tak, bukan persoalannya. Kamu tengok filem. Jadi buatlah macam tengok filem. Kalau kamu tengok filem, macam tengok dokumentari, jadi susahlah," katanya.

Shuhaimi menjelaskan filem sejarah dari Hollywood banyak menceritakan tentang berkaitan pembunuhan John F Kennedy, Martin Luther King atau filem Holocaust serta perang Cina-Jepun. Bagaimanapun, selepas menonton, penontot tidak beremosi untuk bertindak sedemikian.

"Tak ada (yang) keluar panggung, orang Jepun cari Cina, Cina cari Jepun (untuk membunuh). Orang yang menonton wayang, dia boleh menerima apa-apa. Orang yang tidak tonton wayang, saya tengok susah nak terima. Ini masalah yang kita hadapi sekarang ini.

"Tak boleh nak tayang filem ini (Tanda Putera), sebab orang yang buat keputusan adalah orang yang tidak tengok wayang. Orang yang tengok wayang macam kita, boleh terima apa-apa... Bila kita tengok, kita kena pakai imaginasi kitalah," katanya.

Mengulas mengenai penyediaan skrip Tanda Putera, Shuhaimi berkata beliau menjalankan penyelidikan selama hampir setahun untuk meneliti fakta sejarah daripada dokumen dan buku dari dan luar negara.

Katanya, mereka merujuk pelbagai versi buku yang menceritakan mengenai insiden tersebut bagi membentuk babak supaya tidak lari daripada fakta sejarah.

"Apa yang berlaku di rumah Datuk Harun, kita kena faham, pelbagai versi yang kita ada. Kalau kita baca versi negara ini, jelas.

"Tetapi versi wartawan barat semuanya berat sebelah... Kalau kita baca tu, kita kena betul-betul buat interpretasi dan buat pilihan mana yang paling dekat dan mengikut, sejarah negara kita," katanya.

Filem yang berdurasi hampir dua jam itu, tersebut antara lain mengisahkan hubungan erat dua pemimpin negara - Allahyarham Tun Razak dan Tun Dr Ismail - sewaktu sejarah hitam 13 Mei, yang menjadi latar dalam karyanya itu.
Beta Tegap nafi kontrak AES diberi berkaitan Umno
  • Siti Zulaikha Zulkifli
  • 9:21AM Nov 9 2012
 
Beta Tegap- salah sebuah syarikat yang diberi kontrak melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) - menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan dalam perniagaan yang berkaitan dengan Umno.

Beta Tegap menjelaskan demikian dalam reaksinya terhadap dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Chang Lih Kang Isnin lalu bahawa kontrak AES diberi kepada syarikat tersebut kerana pemegang terbesar sahamnya mempunyai hubungan dengan Umno Johor.

"Ayah To' Puan Rozana yang meninggal 12 tahun lalu iaitu allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim merupakan bekas pemimpin Umno bahagian Parit Sulong," kata Pengerusi Beta Tegap, Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

"Kami dengan ini meminta supaya keluarga To'Puan Rozana tidak terus difitnah memandangkan allahyarham telah meninggal lebih sedekad lalu.

"Perbuatan memfitnah ini mencerminkan sifat tidak sensitif dan ternyata mencari publisiti murahan," kata Nik Ismail.

Mengenai kontrak yang diberi kepada syarikat itu pada tahun 2005, Nik Ismail berkata, agensi di bawah Kementerian Pengangkutan telah membuat penilaian menyeluruh terhadap perlaksanaan sistem AES di negara lain.

Katanya lagi, pada tahun 2007, sembilan buah syarikat tempatan dengan kerjasama dari pakar teknologi luar telah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam ujian secara langsung sistem itu diatas jalan raya di negara ini.

"Bermula dari 18 Jun 2007, di Lebuhraya Koridor Guthrie dan Putrajaya, tujuh dari sembilan syarikat telah menjalani ujian bagi menilai sistem mereka di jalan raya di Malaysia.

"Beta Tegap telah dipilih berdasarkan prestasi dan keupayaan dari segi teknikal yang ditunjukkan oleh rakan kongsi kami semasa ujian secara langsung itu diadakan, dan bukan kerana kami mempunyai kaitan dengan mana-mana individu berpengaruh," kata Nik Ismail lagi.
PAS 'membisu' tentang kenyataan Nurul Izzah
  • Zulaikha Zulkifli
  • 12:12PM Nov 9 2012
 
Pemimpin PAS dilihat berdiam diri dan kaku berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sebuah forum di Petaling Jaya Sabtu lalu.

Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata, selain bisu dari memberi kenyataan, pemimpin PAS kini dilihat seolah-olah mempertahankan LGBT.

"Tidak ada lagi besar daripada memperjuangkan jihad di jalan Allah. PAS kini dah tak sebut perkataan jihad. Pemimpin PAS sebut demokrasi. Pemimpin PAS sebut tentang LGBT seolah-olah mempertahankannya.

"Pemimpin PAS kaku, bisu, beku bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah. Siapa sebelah Nurul Izzah? Pemimpin PAS. Beliau seorang doktor berpelajaran tinggi, pemimpin PAS pusat, hebat.

"Tapi akhirnya dia antara manusia yang bertepuk tangan meraikan Nurul Izzah. Atas nama kekuasaan tadi, kehadirannya sendiri meragukan kita," kata Hasan yang merujuk kepada ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof yang turut menjadi panel forum bersama Nurul Sabtu lalu.

Hasan berkata demikian dalam forum Kebebasan Bertukar Agama dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

Turut hadir menjadi panel forum ialah Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina, Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI) Dr Yusri Mohamad, dan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin.

Dalam forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?", Nurul Izzah didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Nurul bagaimanapun telah menafikan perkara itu dan dijangka akan membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.

Aduan itu dibuat kerana laporan Utusan Malaysia yang dilihat membuat tuduhan dan tidak menulis seperti apa yang beliau kata sebenarnya.

Sementara itu, Zulkifli Noordin yang juga ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baru turut mempersoalkan tindakan PAS yang dilihat "mempertahankan" Nurul.

Menurut Zulkifli, PAS kini lebih mengutamakan kerusi berbanding perkara yang sebelum ini mereka perangi iaitu isu kebebasan beragama.

"Sekarang ini saya hairan dengan PAS boleh terima kenyataan Nurul Izzah. Bagaimana sekarang boleh pertahankan Nurul Izzah sedangkan sebelum ini mereka (PAS) menentang Majlis Peguam dalam menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)," katanya.

Tawar jadi peguam Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Zulkifli turut menawarkan diri untuk menjadi peguam secara percuma kepada akhbar Utusan Malaysia sekiranya didakwa di mahkamah oleh Nurul Izzah.

Nurul sebelum ini menyatakan akan mengambil tindakan perundangan terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana mendakwa kenyataannya telah disalahtafsirkan.

Justeru, Zulkifli dalam nada sinis memberitahu akan memberi kejutan kepada Anwar dan Nurul Izzah dengan barisan peguam kanan yang telah bersedia untuk mewakili Utusan Malaysia.

"Saya nak umumkan pada Utusan Malaysia, saya dan peguam kanan ini sedia jadi peguam untuk pertahankan Utusan Malaysia tanpa minta bayaran. Ini sumbangan kecil untuk pertahankan Utusan Malaysia.

"Saya nak beritahu Nurul Izzah dan Anwar siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia. Kamu akan terkejut beruk. Peguam kanan ini minta supaya nama tak didedahkan dulu.
"Ini strategi. Anwar akan terkejut. Nurul Izzah akan terkejut," kata Zulkifli yang berkata tujuan beliau membela Utusan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Selain itu, pada sidang media selepas forum malam tadi, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, forum tersebut diadakan tujuan forum itu diadakan bagi memberi memperbetulkan kekeliruan orang ramai mengenai kenyataan yang dibuat oleh anak sulung ketua pembangkang itu.

"Saya nak jelaskan di sini, forum kita anjurkan ini bertujuan untuk memperbetulkan kekeliruan mengenai kenyataan Nurul Izzah yang bahaya pada orang Islam dan Persekutuan.

"Forum ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak dan agama lain. Saya perlu jelaskan ini supaya tidak ada salah faham," katanya lagi.
Pemuda PAS kecam sebaran SMS fitnah bantah Nurul Izzah
4:34PM Nov 8 2012  
Pemuda PAS hari ini mengecam pihak yang menyebarkan SMS fitnah yang mendakwa mereka akan mengadakan perhimpunan dan menyerah memorandum bantahan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassanSelepas menerima panggilan dan pertanyaan daripada wartawan, Ketuanya Nasrudin Hasan menegaskan kiriman SMS itu "sama sekali tidak benar dan fitnah" yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungawab.

Mengulas lanjut Nasrudin berkata: "Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam kenyataannya, Nasrudin menyifatkan pihak membuat kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan dan menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan.

"Kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah," katanya sambil meminta agar individu yang terlibat dengan "kegiatan yang tidak bermoral itu supaya menginsafi dan memuhasabahkan diri.

Himpunan Pemuda PAS bantah Nurul dianjurkan Papa Gomo?

Milo Suam, 09 Nov 2012


TERBACA berita tentang sebaran SMS palsu menjemput orang ramai menyertai himpunan aman serta penyerahan memorandum oleh Pemuda PAS membantah Nurul Izzah kononnya kerana menyamakan Islam dengan agama lain serta menyokong LGBT.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi mengesahkan bahawa SMS tersebut adalah SMS palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Di bawah ini petikan laporan akhbar Sinar Harian hari ini.



ReJaM© sendiri menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang hal ini. Ramai juga sahabat yang hampir percaya kepada SMS palsu ini. ReJaM© sendiri ada menerima SMS seperti ini melalui BBM (Blackberry Messengger).

Kalau tanya ReJaM©, siapakah dajal yang menyebarkan SMS palsu ini? Pada pendapat ReJaM©, SMS ini dicipta dan disebarkan oleh gabungan blogger lucah United Malays No Otak. Kerana mesej ini dikesan paling awal disebarkan oleh blogger lucah Papa Gomo.



ReJaM© terima mesej ini daripada Papa Gomo pada jam 4:27 petang hari Rabu lepas. Maknanya Himpunan ini kalau ada pun bukan dianjurkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya dianjurkan oleh Papa Gomo. Kita dah faham sangat bahawa propaganda kononnya Pakatan Rakyat menyokong LGBT ini adalah propaganda blogger-blogger United Malays No Otak.

ReJaM© "Semua penyokong United Malays No Otak dijemput hadir kah kah kah..."


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/himpunan-pemuda-pas-bantah-nurul-izzah.html#ixzz2BgOtI37D
Peguam: 'Izzah bukan serah diri, hanya buat aduan dan penjelasan'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
9 November 2012
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hadir di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari bagi membuat aduan dan penjelasan, dan bukannya membuat sebarang keterangan kepada agensi itu.

"Saya alhamdulillah sudah memberikan aduan yang menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada Pengarah Jais, Datuk Marzuki dan alhamdulillah, Jais memberikan kerjasama baik," katanya ketika ditemui di pekarangan bangunan Jais.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengambil masa kira-kira setengah jam untuk berjumpa dengan Datuk Marzuki Hussin.

Marzuki sebelum ini dipetik sebagai berkata, Jais mungkin akan memanggil pemimpin kanan PKR itu jika sudah mempunyai maklumat lanjut beserta bukti rakaman dalam kes itu.

Sementara itu, Nurul Izzah memberitahu, beliau turut menyerahkan "keratan akhbar fitnah Utusan" kepada pengarah Jais.

"Di pihak saya, kerjasama yang diberikan Jais baik. Saya bersedia untuk bekerjasama dengan Jais dalam hal ini," ujar beliau.

Bersama-sama itu katanya, beliau turut menyerahkan kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan beliau bagi menjawab isu berhubung dakwaan kebebasan beragama di negara ini yang dikatakan turut terpakai kepada masyarakat Melayu.

Sementara itu peguam syarie beliau, Fazlina Sidek yang ditanya media sama ada akan ada lagi pertemuan dengan Jais berkata, pihaknya belum pasti tentang hal itu.

"Bukan serah diri tetapi aduan dan penjelasan berhubung fitnah yang berlaku,"katanya.

Nurul Izzah sebelum ini dipetik sebagai berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Ekoran itu, beliau terus dihentam pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mengajurkan forum malam tadi.

Sementara itu, Jais dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan kehadiran Nurul Izzah bagi membuat penjelasan kepada pihaknya.

Kenyataan ringkas itu diserahkan kepada media kira-kira 15 minit selepas Nurul Izzah selesai membuat aduan.
Muktamar Pemuda PAS jadi 'tonik' hadapi p'raya umum
  • Ahmad Fadli KC
  • 11:34AM Nov 9 2012
 
Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-53 yang dijadual berlangsung pada 14 dan 15 November ini bakal menjadi 'tonik' kepada perwakilan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil.

"Memang fokus (muktamar) adalah pilihan raya. Harapannya selepas muktamar, kita akan gariskan beberapa perkara dan ia akan beri tonik baru kepada perwakilan," kata Khairul Faizi pada sidang media pagi ini.

Beliau berkta muktamar kali ini juga menampilkan kelainan apabila perwakilan dibekalkan dengan buku laporan dan teks ucaptama Ketua Pemuda Nasrudin Hasan, dua minggu lebih awal dari tarikh muktamar, kata Khairul lagi.

"Buku laporan dan ucaptama muktamar dihantar dua minggu awal supaya mereka baca dan fahami terlebih dahulu.

"Jadi muktamar ini kita harapkan perbahasan yang lebih dinamik dan lebih baik berbanding tahun-tahun dahulu," katanya.
Chua dakwa projek AES mungkin boleh dikaitkan dengan Anwar.
  • Lee Long Hui
  • 10:26AM Nov 9 2012
 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa bahawa bekas ADUN Umno Johor yang syarikat anaknya telah dianugerahkan projek kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), adalah sangat rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA semalam, Chua mendakwa, malah Anwar sering mengunjungi rumah bekas ADUN tersebut apabila dia (Anwar) pergi ke sana (kawasan pilihan raya bekas ADUN berkenaan).

Chua yang juga bekas ahli exco kerajaan Johor selama empat penggal mendakwa pemberian projek AES itu mungkin boleh dikaitkan dengan Anwar.

Ahli jawatankuasa pusat PKR, Chang Lih Khang mendakwa baru-baru ini bahawa Pengarah Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan, yang juga pemegang saham terbesar, adalah anak perempuan sulung bekas ADUN Peserai, Tan Sri Datuk Redzuan Salim dan bekas ADUN Sri Medan, Atkah Abdullah.

Syarikat dan ATES Sdn Bhd telah dianugerahkan projek AES oleh kerajaan, yang akan memasang kamera canggih di 1,300 lokasi di seluruh negara.

Chang juga mendakwa bahawa sepupu Rozana juga seorang ADUN di Johor.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri, telah dipecat pada 1998 dan kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan liwat. Beliau dibebaskan pada tahun 2004, selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan terhadapnya.

Chua (kanan) juga menolak tuduhan pembangkang bahawa kerajaan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha telah mengamalkan kronisme.

"Saya tidak tahu bagaimana anda mendefinasikan kronisme. Umno mempunyai kira-kira 3.5 juta ahli dan MCA kini mempunyai kira-kira 1.1 juta ahli.

"Jadi, apa jua projek yang mereka lakukan, ada antara orang-orang ini akan mendapatnya dan itu tidak bermakna kronisme," katanya.

Beliau juga berkata perbincangan mengenai projek AES bermula pada tahun 2005 dan masih berterusan pada hari ini, "jadi ini adalah sebahagian daripada 'spinning' politik yang terus diamalkan oleh Pakatan Rakyat".
Kong: Saya tiada kaitan dengan pemegang saham kontraktor AES
12:10PM Nov 8 2012  
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau tidak mempunyai obligasi, tanggungjawab atau kepentingan, untuk mengetahui identiti dan latar belakang pemegang saham terbesar salah sebuah daripada dua kontraktor bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menurut laporan berbahasa Cina, Oriental Daily News, Kong (kanan) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata beliau tidak mempunyai hubungan dengan pemegang saham tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa tender AES telah dibuka oleh kerajaan pada tahun 2006 dan kabinet bersetuju untuk memberikan kontrak tersebut kepada dua firma berkenaan pada tahun 2008 sebelum beliau dilantik sebagai menteri pengangkutan.

Pada hari Isnin, ahli jawatankuasa pusat PKR, Chang Lih Kang mendakwa bahawa salah satu daripada dua syarikat yang diberikan kontrak AES itu, mempunyai hubungan dengan Umno Johor.

ADUN Teja itu mendakwa bahawa pemegang saham terbesar firma itu adalah anak sulung kepada dua pemimpin Umno terkenal di Johor.
Saksi: Datuk Salleh arah tahan bayaran RM1j pada Shamsulbahrin
8:39AM Nov 9 2012  
Mahkamah Sesyen diberitahu bekas Pengarah National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengarahkan pembayaran sebanyak RM1 juta kepada ahli perniagaan Datuk
Shamsubahrin Ismail ditahan selepas mengetahui latar belakang Shamsubahrin.
Bekas Pengurus Kewangan NFC Hashimah Ahmad, 37, berkata Mohamad Salleh mengetahui perkara itu daripadanya selepas beliau dan setiausaha bekas pengarah perbadanan tersebut menyelidik latar belakang Shamsubahrin melalui Internet.
  
Beliau berkata Mohamad Salleh kemudian mengarahkannya meminta bantuan Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah komersial (JSJK) Bukit Aman ASP Mohd Nor Hashimaizam Othman mendapatkan maklumat berhubung Shamsubahrin.

"Hashimaizam memberitahu saya memang terdapat beberapa aduan mengenai Shamsubahrin, dan saya kemudian memberitahunya (Hashimaizam) bahawa saya merasakan Mohamad Salleh telah ditipu oleh lelaki ini," katanya

Beliau menjawab soalan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa pada perbicaraan kes Shamsubahrin yang berdepan 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan  Keganasan 2001, membabitkan sejumlah RM1.755 juta.

Hasimah juga berkata tertuduh sering menghubunginya dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendesak pembayaran baki RM1 juta.

"Saya ada bertanya kepada Shamsubahrin untuk apa wang berkenaan, dan dia memberitahu ia (RM1 juta) adalah untuk membayar enam orang Timbalan Pendakwa Raya (TPR)," kata saksi ke-17 pendakwaan itu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu nama TPR terbabit kerana tidak memahami maksud TPR ketika itu.

Shamsubahrin turut berdepan lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membabitkan jumlah sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
  
Sementara itu, Hashimah berkata beliau membuat laporan polis berhubung ugutan oleh Shamsubahrin pada malam beliau ditahan polis iaitu 21 Disember tahun lepas.
  
Perbicaraan di depan Hakim Rozilah Salleh bersambung 29 Nov ini.

- Bernama

Tiada ulasan: