Pembaca: Kenyataan Hadi hanya 'pemanas' suhu politik
3 November 2012
Abdul Hadi mengejutkan banyak pihak apabila menyatakan beliau sedia untuk dicalonkan sebagai lawan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional bagi merebut kerusi Parlimen Pekan yang disandang pemimpin nombor satu negara itu sejak 1976 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Pelbagai pihak mula memberikan reaksi balas berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.
Di pihak pembangkang, ada yang menyambut baik namun mengesahkan perkara itu belum dibincangkan di peringkat Pusat.
Sementara bagi pimpinan Umno-BN, mereka merasakan kenyataan Abdul Hadi hanya mainan politik pemimpin Pas itu dan jika benar, beliau hanya menjerat lehernya sendiri untuk bertanding di kawasan kubu kuat Umno-Barisan Nasional itu.
Sinar Harian Online sejak pagi ini meminta pandangan pembaca yang singgah ke portal kami untuk memberikan pendapat mereka berhubung kesediaan mantan Menteri Besar Terengganu itu mencabar Najib di Pekan.
Antara pandangan yang kami terima ialah dari pembaca Khairulamir Sulaiman yang berkata, "semua orang tahu Pekan kawasan tradisi Najib walaupun hampir kalah 1999 dulu.”
“Peluang Haji Hadi jika ke Pekan agak sedikit.Mungkin sekitar 35% saja untuk menang. Sama seperti Najib jika ke Marang. Najib pasti akan kalah jika masuk kubu Haji Hadi.
“Aku rasa ini hanya 'pemanas' suhu politik Malaysia saja. Jika kedua-duanya setuju untuk bertembung mungkin Parlimen Kemaman sesuai. Terletak di tengah-tengah antara Pekan dan Marang... dan peluang kedua-duanya juga seimbang,” katanya.
Muhammad Norhafiz Hashim berpendapat, "satu kejutan dan keputusan yang jika benar akan berlaku lagi tsunami politik di Malaysia.
“Pekan kubu kuat Umno dan Datuk Seri Najib, sukar untuk Pas menawan Pekan jika dilihat kepada keputusan PRU12, namun Pas telah melakukan gerak kerja sebaik saja PRU12. Hingga kini, keyakinan Pas Pekan akan bertambah yakin dengan kesudian Presiden Pas sendiri mahu bertanding di Pekan,” katanya.
Seorang yang menggelar dirinya Anak Jawa pula berkata, Abdul Hadi nampaknya sudah goyah untuk bertanding di tempat sendiri.
“Sudah tak yakin nak bertanding di tempat sendiri agaknya. Fitnah, pembohongan yang dilakukan telah menampakkan tembelang penipuannya… sebab itu nak lari tanding di luar kawasan," ujar beliau.
Seorang pembaca Abdullah Yew berkata, “try (cuba) la. Dekat sini kita boleh tengok sama ada salakan Pas yang kononnya ALLAH bersama mereka betul atau tidak. Kalau kalah maksudnya tipu la tu.
"Kalau Syed Mokhtar (Al-Bukhary) sakit, orang Pas cakap itu bala ALLAH kerana dia sokong Umno. Kalau Nicky Aziz (Nik Aziz) sakit orang Pas cakap, ALLAH nak ampun dosa dia yang konon sedikit tu," katanya.
Khairuddin Jaafar pula berkata, "tuan-tuan jangan buat-buat tak ingat, PRU11 yang lalu Najib hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Perbezaan undi hanya 2++ sahaja. Kalau bukan kerana undi pos sudah lama Najib tanam jagung dekat kampung.”
Sementara menurut Akira Bakhtiar pula, tindakan Abdul Hadi itu “satu keberanian tetapi perlu faham situasi politik di Malaysia.”
“Umno dan BN akan gunakan dan lakukan apa sahaja untuk menang.Undi pos, undi tentera, pengundi hantu, tipu undi, tukar kotak undi... semuanya akan dilakukan.
“Akan jadikan Pekan sebagai kawasan undi paling kotor dalam dunia. Kalau sistem politik dan pilihan raya seperti AS pastinya Najib kalah besar,” katanya.
Hisham Yahya pula berpandangan, Abdul Hadi hanya bermain politik, tiada niat tanding di Pekan.
“Nanti dekat-dekat nak pilihan raya dia akan kata parti tak bagi dia bertanding di Pekan. Dia kena ikut kehendak parti. Trick (helah) lama yg dah digunapakai oleh Nik Aziz yang tak jadi pencen selama bertahun-tahun,” katanya.
Amri Jengka pula berkata, “tak akan lah Presiden Pas nak tinggalkan kawasan selesa untuk mencuba kawasan yang belum pasti… di negeri orang pulak tu.”
Dalam pada itu, Ahlaa Laili pula berpandangan, “bagi calon yang berpengaruh, sepatutnya Haji Hadi bertanding kawasan calon bukan Islam lawan dengan MCA atau MIC. Insya-ALLAH boleh menang. sekurang-kurangnya kita dapat tambah kerusi Melayu Islam tanpa mengira ideologi politik.”
Menurut Rahman Anor pula, “memang bagus! Buku dan ruas Presiden Pas-Presiden Umno bertembung. Pastinya DSN (Datuk Seri Najib) dan DSHH (Datuk Seri Hadi Awang) mempunyai pengaruh dan kekuatan masing-masing.
“Pasti DSN mendapat tentangan sengit walau pun di kubu kuatnya. Saya setuju 120% dan yang lebih baiknya Pas-Umno bersatu dan berpadu demi kekuatan Umno,” tambah beliau.
Fairu Zamir pula berkata, “dulu Hadi Awang sendiri cakap dia sudah letih dan nak tarik diri untuk jaga cucu dekat rumah. Jadi tak hairan lah dia bertanding dekat mana-mana pun.”
“Kalah bukan isu besar. Inilah cara terhormat Hadi nak letak jawatan. Sekurangnya kalah bermaruah sebab bertanding dengan orang nombor satu,” katanya.
Malah banyak lagi pandangan dan komen yang kami terima berhubung kesediaan Abdul Hadi untuk diletakkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Pekan.
Setakat ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perbincangan mengenai perkara itu masih belum dibuat dan beliau 'rasa' Abdul Hadi kekal bertanding di Parlimen Marang.
“Mungkin dia cuma tunjuk kesediaan beliau yang patuh kepada keputusan parti. Mesej di situ ialah semua orang termasuk dia terpaksa patuh kepada parti,” kata beliau kepada Sinar harian Online.
SU Agung Pas ‘rasa’ Hadi tanding di Marang
3 November 2012
“Saya rasa beliau tetap (tanding) di Marang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mustafa diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang memetik kenyataan Abdul Hadi pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam.
"Setakat ini kita tidak ada bincang. Mungkin dia cuma tunjuk kesediaan
beliau yang patuh kepada keputusan parti," kata Mustafa.
"Mesej di situ ialah semua orang termasuk dia terpaksa patuh kepada parti,” tambah beliau.
Abdul Hadi, bekas Menteri Besar Terengganu, menyandang kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.
Beliau menang kedua-dua kerusi itu sejak 1990.
Abdul Hadi semalam menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di
kerusi Parlimen Pekan pada PRU13 jika parti memberikannya laluan itu.
Kerusi Parlimen Pekan merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional yang
disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 1976.
Najib, anak jati Kuala Lipis Pahang, ditentang oleh calon PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainudin pada 2008.
Baru-baru ini, Pas Pahang dikatakan sedang mempertimbangkan untuk
mengambil semula kerusi yang "dipinjamkan" kepada PKR sekiranya
mempunyai calon yang baik untuk menentang Najib.
3 November 2012
SHAH ALAM - PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR) belum membuat
sebarang pendirian berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen yang disandang Perdana Menteri
di Pekan, Pahang.
3 November 2012
MUKADIMMAH:
Berikut kenyataan penuh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung polemic semasa berkaitan dengan hukum hudud.
SAYA ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan enakmen hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
Saya telah berbincang dengan Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan enakmen hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam.
Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu, dalam isu pertikaian MCA terhadap hudud versi Pas pula Pakatan Rakyat hendak melibatkan Yang di-Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.
Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin Pas yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.
Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.
Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak merdeka.
Rakyat perlu tahu pada pilihan raya umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.
Manifesto Pas 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.
“Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah negara yang demokratik, maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sepertimana Pas meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
MCA juga ingin mencabar pendirian Pas dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya negara Islam hendak ditubuhkan di negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya, mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap 'tweet' Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This (Protest Sam Bacile)?
MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama– ama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi Pas, maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi Pas di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.
Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi, maka Pakatan Rakyat perlu meletak hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia.
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA
3 November 2012
SHAH ALAM – PKR tidak mempunyai sebarang halangan membenarkan Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Pekan walaupun
parti itu sudah menentukan calon yang layak untuk mencabar BN di kerusi
yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, pihaknya mengalu-alukan hasrat Abdul Hadi sambil menyatakan jika itu keputusan peribadi beliau, parti menerimanya dengan terbuka.
“Jika hasrat beliau itu boleh menewaskan penyandangnya, mengapa tidak parti menerimanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Fuziah yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Pahang berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kepada parti kerana semua perkara boleh dibincangkan.
Menurutnya, hasrat Abdul Hadi itu memberi kelebihan kepada PR untuk merampas Parlimen Pekan dalam saingan pilihan raya akan datang.
Pada pilihan raya umum 2008, Najib menang dengan majoriti 26,464 undi berbanding 22,922 pada 2004.
3 November 2012
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Umno sama sekali tidak yakin terhadap
kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di
kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menganggap perkara itu tidak akan berlaku kerana menyifatkan Abdul Hadi tidak rela melepaskan kerusi Parlimen Marang yang disandangnya ketika ini.
“Kita tidak yakin beliau mahu meninggalkan kerusi sedia ada untuk bertanding di Pekan. Tidak mungkin beliau mahu meninggalkan kawasan yang sentiasa menang untuk ke kawasan yang belum pasti boleh menang,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Razif berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) tiada masalah jika pemimpin tertinggi Pas itu benar-benar berbuat demikian kerana menganggap ia keputusan dan hak masing-masing.
Beliau juga pada masa sama turut mengalu-alukan ‘pertembungan’ antara keduadua pucuk pimpinan daripada dua parti berlainan itu.
“Kita sambut baik jika beliau mahu bertanding dengan Presiden Umno. Agak sesuai jika Presiden Pas mahu bertanding dengan Presiden Umno dan itu adalah hak beliau (Abdul Hadi) untuk bertanding di mana-mana,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan Pas menerima segala keputusan dengan baik terutama jika calon mereka kalah di kerusi Pekan
3 November 2012
KHARTOUM, Sudan - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
menyifatkan kerjasama pakatan pembangkang bersifat sementara dan sekadar
mahu memenangi pilihan raya umum.
Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kerjasama rapat selama 55 tahun dan persefahaman, beliau berkata, dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.
“Kita harus ingat pakatan bukan gabungan. Pakatan adalah perjanjian secara tidak bertulis yang mahu bekerjasama melawan BN, itu sahaja,” katanya mengingatkan sesetengah pihak yang dilaporkan berhasrat memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana menganggap mereka seperti “BN”.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan umum kepada 1,000 tetamu yang terdiri daripada penuntut universiti, ahli akademik dan ahli korporat serata Sudan pada Khamis, Dr Mahathir berkata, pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan negara, jauh sekali mahu menjaga kepentingan rakyat.
“Yang dijanji nak naik 20 peratus royalti kepada Kerajaan Negeri. Jadi, negeri lain yang tiada minyak akan kerugian dan ini bermakna negeri yang ada minyak sahaja boleh dibangunkan.
“Sekarang ini pun, dengan lima peratus (royalti) yang kita (kerajaan) bayar, mereka begitu kaya sekali, jauh lebih kaya daripada negeri lain,” katanya.
Mengulas mengenai “Kabinet bayangan” pakatan pembangkang yang dikatakan masih kabur, Perdana Menteri Malaysia keempat itu berkata, ia perkara biasa.
“Mereka mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia. Justeru itu, mereka perlu bentuk apa yang dipanggil sebagai Kabinet bayangan tapi dia bayang sahajalah.
“Mereka sukar untuk memilih pemimpin kerana masing-masing hendak jadi pemimpin. (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ingat dia akan menjadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar juga,” katanya.
Beliau berkata, dengan menjanjikan untuk mengadakan 10 hingga 15 jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan hanyalah sekadar umpan bagi parti pembangkang untuk bekerjasama.
Sebuah akhbar asing baru-baru ini melaporkan kepentingan Anwar dalam Kabinet bayangan masih kabur, di sebalik telah beberapa kali menyatakan hasratnya itu sejak pilihan raya umum 2008.
Menurut laporan itu, model Kabinet bayangan, yang biasanya terdapat di Britain dan Australia, membariskan menteri Kabinet masing-masing dan memainkan peranan untuk mengkritik kerajaan sedia ada dan dasar-dasarnya, dan pada masa yang sama menawarkan cadangan penyelesaian . - Bernama
3 November 2012
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan berbincang dengan Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berhubung sembilan tuntutan
termasuk berkaitan isu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya akan menetapkan tarikh perjumpaan dalam masa seminggu ke dua minggu akan datang untuk pegawai-pegawai kanan kementerian berjumpa dengan wakil NUTP.
"Kita ada Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran, kita boleh letak beberapa wakil dari kementerian. Saya hanya akan terima laporan selepas perbincangan itu selesai.
"Ini biasa kita buat. Sebelum ini pun bila ada cadangan ia akan dikemukakan oleh kesatuan, peringkat kementerian memang akan bincang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran NUTP di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, tuntutan yang sesuai dilaksanakan akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan sekiranya melibatkan implikasi kewangan, ia akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.
Presiden NUTP Hashim Adnan pada perhimpunan itu mengemukakan sembilan tuntutan melibatkan penambahbaikan profesion perguruan termasuk aspek pengurusan, pentadbiran, gaji dan peluang kenaikan pangkat.
Mengenai cadangan penambahbaikan PBS, Muhyiddin berkata, beliau sememangnya menjangkakan perkara itu berdasarkan maklum balas yang diterima kementerian apabila sistem itu dilaksanakan.
Katanya kementerian akan meneliti perkara itu termasuk aspek teknikal yang menyebabkan sistem itu dianggap sebagai 'beban' kepada guru.
Melalui PBS, murid sekolah akan ditaksir guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak bergantung kepada keputusan peperiksaan awam semata-mata.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kementerian sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan tidak pernah mengetepikan sebarang pandangan atau tuntutan yang dibuat mana-mana pihak.
Ditanya sama ada perkara yang dibangkitkan NUTP akan ditambah ke dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Muhyiddin berkata: "Kalau tidak terlewat dan boleh dibuat jika perlu."
Terdahulu, dalam amanatnya pada perhimpunan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin masalah-masalah berkaitan PBS akan dapat diatasi bagi membolehkan sistem itu dilaksanakan sebaik mungkin.
"Bermakna kita dapat beralih kepada satu sistem di mana pencapaian pelajar dapat dinilai atas keupayaan mereka di peringkat sekolah dengan dipandu Lembaga Peperiksaan agar bentuk soalan yang digunakan adalah selaras.
"Saya kira ini dapat mengubah corak sistem pendidikan kita agar menumpukan kepada pencapaian daripada hanya keputusan peperiksaan awam," katanya. - Bernama
3 November 2012
PONTIAN - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia
bertanding di Pekan, yang kini disandang oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan
sebagai "pelik".
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya melihat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan Parlimen Pekan bukan kubu kuat Pas, DAP mahupun PKR.
Ketiga-tiga parti itu komponen Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga menasihatkan agar Hadi, kini Ahli Parlimen Marang, Terengganu, tidak mengambil tindakan yang boleh 'makan diri' sendiri.
"Adakah tidak ada tokoh (Pas) di kawasan Pekan sehingga perlu mengimport calon luar atau payung terjun.
"Jelas kali, mereka umpama terdesak sehingga terpaksa meletakkan pemimpin utama parti tersebut bagi meraih undi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian jalan baru Parit Betak Darat, Benut, Pontian yang menelan kos RM532,000 di sini, pagi ini.
Ahli Parlimen Pontian ini menegaskan, walau apa pun tindakan yang diambil oleh pembangkang, Umno yakin ia tidak sedikit pun menggoyah keyakinan rakyat kepada kepimpinan yang sedia ada.
"Biarlah apa pun yang mereka (pembangkang) mahu lakukan, itu hak mereka, dan kita (Umno) menghormatinya.
"Umno yakin PM akan mempertahankan kedudukannya kerana pada (Pilihan Raya Umum) PRU lepas, PM telah mendapatkan majoriti yang tertinggi di situ," katanya yang juga Ketua Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN).
Beliau turut mengingatkan agar Hadi yang dilihat sebagai payung terjun ini benar-benar yakin dengan keputusannya kerana melihat ia boleh memakan diri sendiri kelak.
"Saya melihat seperti payung terjun, bukan tidak pernah berlaku... payung terjun yang tidak dapat dibuka pada saat saat akhir (terjunan)," katanya.
Ketika ditanya sama ada Umno akan menggunakan taktik yang sama seperti yang oleh diumumkan oleh Hadi, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, parti itu sudah mempunyai calon-calon yang berwibawa.
"Umno mempunyai strategi yang tersendiri, dan mempunyai mempunyai calon-calon yang berwibawa di setiap (bahagian) Parlimen dan Dun.
"Justeru tidak timbul payung terjun dalam Umno," katanya.
3 November 2012
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa
kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan menggantung
penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), tetapi minta Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menjelaskan pelaksanaannya
diperdagangkan kepada dua syarikat swasta.
Guan Eng berkata, Najib harus mewajarkan sendiri kamera AES dan bukan bergantung kepada Menteri Pengangkutan apabila Cho Ha bukan sahaja sudah hilang keyakinan rakyat Malaysia, malah Pemuda Umno dan Gerakan pun sudah menentang AES.
"Apa gunanya Najib minta Kong (Cho Ha) untuk menjelaskan jika Pemuda Umno dan Gerakan tidak mendengar?
"Najib harus mengambil alih dan menjelaskan keperluan AES dalam tiga perkara yang menjadi kebimbangan awam," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pertama kata beliau, ialah kenapakah pemasangan kamera AES harus diperdagangkan dan diswastakan?
"Pengeluaran saman trafik harus berunsur pencegahan dan hasilnya harus diberi kepada kerajaan dan bukan untuk manfaat syarikat-syarikat swasta sementara rakyat dibebankan," katanya.
Semalam, Cho Ha memberitahu Sinar Harian bahawa AES akan diteruskan.
Selain itu, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kenapakah tidak ada pelarasan had laju di kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai had laju yang terlalu rendah seperti 50 atau 60 kilometer sejam.
"Namun begitu, AES untuk pelanggaran lampu merah boleh diterima. Ketiga, kenapakah tiada perbincangan awam dengan rakyat, pihak-pihak berkepentingan, pengguna jalan raya serta mereka yang paling terjejas oleh kamera AES?
"Inilah tiga isu yang gagal dijawab oleh Kong dan harus ditangani oleh Najib sendiri," katanya.
Saifuddin: PR belum ada ketetapan Hadi tanding di Pekan
3 November 2012
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi
Sinar Harian Online berkata, setakat ini hasrat Hadi masih belum
dibincangkan di peringkat pusat.
“Pengumuman harus dibuat oleh Pas untuk mengesahkan hal ini.
“Kita tidak bincang lagi di peringkat pusat jadi masih tidak ada ketetapan parti dalam hal ini,” ujar beliau.
Semalam, Hadi membuat kejutan apabila mengumumkan beliau sedia
bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
“Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat
keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen
Pekan,” katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas
Negeri Terengganu semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan kekal
sebagai calon Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar
Terengganu pada PRU nanti.
Beliau bagaimanapun berkata, kedudukan calon yang bertanding di mana-mana kerusi tertakluk sepenuhnya kepada keputusan parti.
Hadi sebelum ini dilaporkan berkata berkemungkinan besar bertanding di
kerusi Parlimen Marang pada PRU13 selepas hasrat beliau untuk tidak
bertanding ditolak Pas.
Beliau memberi alasan bahawa pencalonan beliau di Parlimen kelak
memudahkannya untuk bergerak di peringkat pusat, lebih-lebih lagi untuk
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai presiden parti.
“Seboleh-bolehnya satu (kerusi) sahaja. Itu yang saya minta. Terpulang
kepada partilah (untuk menentukan sama ada Parlimen atau Dun) tetapi
saya lebih mudah di Parlimen untuk bergerak di peringkat pusat,” katanya
awal Februari lalu.
MCA cabar manifesto Pakatan terima hudud
3 November 2012
Berikut kenyataan penuh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung polemic semasa berkaitan dengan hukum hudud.
SAYA ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan enakmen hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
Saya telah berbincang dengan Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan enakmen hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam.
Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu, dalam isu pertikaian MCA terhadap hudud versi Pas pula Pakatan Rakyat hendak melibatkan Yang di-Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.
Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin Pas yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.
Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.
Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak merdeka.
Rakyat perlu tahu pada pilihan raya umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.
Manifesto Pas 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.
“Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah negara yang demokratik, maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sepertimana Pas meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
MCA juga ingin mencabar pendirian Pas dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya negara Islam hendak ditubuhkan di negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya, mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap 'tweet' Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This (Protest Sam Bacile)?
MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama– ama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi Pas, maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi Pas di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.
Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi, maka Pakatan Rakyat perlu meletak hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia.
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA
PKR sambut baik jika Hadi cabar Najib di Pekan
3 November 2012
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, pihaknya mengalu-alukan hasrat Abdul Hadi sambil menyatakan jika itu keputusan peribadi beliau, parti menerimanya dengan terbuka.
“Jika hasrat beliau itu boleh menewaskan penyandangnya, mengapa tidak parti menerimanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Fuziah yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Pahang berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kepada parti kerana semua perkara boleh dibincangkan.
Menurutnya, hasrat Abdul Hadi itu memberi kelebihan kepada PR untuk merampas Parlimen Pekan dalam saingan pilihan raya akan datang.
Pada pilihan raya umum 2008, Najib menang dengan majoriti 26,464 undi berbanding 22,922 pada 2004.
Umno Terengganu tidak yakin kenyataan Hadi tanding di Pekan
3 November 2012
Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menganggap perkara itu tidak akan berlaku kerana menyifatkan Abdul Hadi tidak rela melepaskan kerusi Parlimen Marang yang disandangnya ketika ini.
“Kita tidak yakin beliau mahu meninggalkan kerusi sedia ada untuk bertanding di Pekan. Tidak mungkin beliau mahu meninggalkan kawasan yang sentiasa menang untuk ke kawasan yang belum pasti boleh menang,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Razif berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) tiada masalah jika pemimpin tertinggi Pas itu benar-benar berbuat demikian kerana menganggap ia keputusan dan hak masing-masing.
Beliau juga pada masa sama turut mengalu-alukan ‘pertembungan’ antara keduadua pucuk pimpinan daripada dua parti berlainan itu.
“Kita sambut baik jika beliau mahu bertanding dengan Presiden Umno. Agak sesuai jika Presiden Pas mahu bertanding dengan Presiden Umno dan itu adalah hak beliau (Abdul Hadi) untuk bertanding di mana-mana,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan Pas menerima segala keputusan dengan baik terutama jika calon mereka kalah di kerusi Pekan
Mahathir: Kerjasama Pakatan Rakyat hanya sementara
3 November 2012
Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kerjasama rapat selama 55 tahun dan persefahaman, beliau berkata, dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.
“Kita harus ingat pakatan bukan gabungan. Pakatan adalah perjanjian secara tidak bertulis yang mahu bekerjasama melawan BN, itu sahaja,” katanya mengingatkan sesetengah pihak yang dilaporkan berhasrat memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana menganggap mereka seperti “BN”.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan umum kepada 1,000 tetamu yang terdiri daripada penuntut universiti, ahli akademik dan ahli korporat serata Sudan pada Khamis, Dr Mahathir berkata, pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan negara, jauh sekali mahu menjaga kepentingan rakyat.
“Yang dijanji nak naik 20 peratus royalti kepada Kerajaan Negeri. Jadi, negeri lain yang tiada minyak akan kerugian dan ini bermakna negeri yang ada minyak sahaja boleh dibangunkan.
“Sekarang ini pun, dengan lima peratus (royalti) yang kita (kerajaan) bayar, mereka begitu kaya sekali, jauh lebih kaya daripada negeri lain,” katanya.
Mengulas mengenai “Kabinet bayangan” pakatan pembangkang yang dikatakan masih kabur, Perdana Menteri Malaysia keempat itu berkata, ia perkara biasa.
“Mereka mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia. Justeru itu, mereka perlu bentuk apa yang dipanggil sebagai Kabinet bayangan tapi dia bayang sahajalah.
“Mereka sukar untuk memilih pemimpin kerana masing-masing hendak jadi pemimpin. (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ingat dia akan menjadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar juga,” katanya.
Beliau berkata, dengan menjanjikan untuk mengadakan 10 hingga 15 jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan hanyalah sekadar umpan bagi parti pembangkang untuk bekerjasama.
Sebuah akhbar asing baru-baru ini melaporkan kepentingan Anwar dalam Kabinet bayangan masih kabur, di sebalik telah beberapa kali menyatakan hasratnya itu sejak pilihan raya umum 2008.
Menurut laporan itu, model Kabinet bayangan, yang biasanya terdapat di Britain dan Australia, membariskan menteri Kabinet masing-masing dan memainkan peranan untuk mengkritik kerajaan sedia ada dan dasar-dasarnya, dan pada masa yang sama menawarkan cadangan penyelesaian . - Bernama
TPM: Kerajaan timbang 9 tuntutan NUTP
3 November 2012
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya akan menetapkan tarikh perjumpaan dalam masa seminggu ke dua minggu akan datang untuk pegawai-pegawai kanan kementerian berjumpa dengan wakil NUTP.
"Kita ada Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran, kita boleh letak beberapa wakil dari kementerian. Saya hanya akan terima laporan selepas perbincangan itu selesai.
"Ini biasa kita buat. Sebelum ini pun bila ada cadangan ia akan dikemukakan oleh kesatuan, peringkat kementerian memang akan bincang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran NUTP di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, tuntutan yang sesuai dilaksanakan akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan sekiranya melibatkan implikasi kewangan, ia akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.
Presiden NUTP Hashim Adnan pada perhimpunan itu mengemukakan sembilan tuntutan melibatkan penambahbaikan profesion perguruan termasuk aspek pengurusan, pentadbiran, gaji dan peluang kenaikan pangkat.
Mengenai cadangan penambahbaikan PBS, Muhyiddin berkata, beliau sememangnya menjangkakan perkara itu berdasarkan maklum balas yang diterima kementerian apabila sistem itu dilaksanakan.
Katanya kementerian akan meneliti perkara itu termasuk aspek teknikal yang menyebabkan sistem itu dianggap sebagai 'beban' kepada guru.
Melalui PBS, murid sekolah akan ditaksir guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak bergantung kepada keputusan peperiksaan awam semata-mata.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kementerian sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan tidak pernah mengetepikan sebarang pandangan atau tuntutan yang dibuat mana-mana pihak.
Ditanya sama ada perkara yang dibangkitkan NUTP akan ditambah ke dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Muhyiddin berkata: "Kalau tidak terlewat dan boleh dibuat jika perlu."
Terdahulu, dalam amanatnya pada perhimpunan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin masalah-masalah berkaitan PBS akan dapat diatasi bagi membolehkan sistem itu dilaksanakan sebaik mungkin.
"Bermakna kita dapat beralih kepada satu sistem di mana pencapaian pelajar dapat dinilai atas keupayaan mereka di peringkat sekolah dengan dipandu Lembaga Peperiksaan agar bentuk soalan yang digunakan adalah selaras.
"Saya kira ini dapat mengubah corak sistem pendidikan kita agar menumpukan kepada pencapaian daripada hanya keputusan peperiksaan awam," katanya. - Bernama
Umno: Kenyataan Hadi pelik, boleh makan diri
3 November 2012
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya melihat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan Parlimen Pekan bukan kubu kuat Pas, DAP mahupun PKR.
Ketiga-tiga parti itu komponen Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga menasihatkan agar Hadi, kini Ahli Parlimen Marang, Terengganu, tidak mengambil tindakan yang boleh 'makan diri' sendiri.
"Adakah tidak ada tokoh (Pas) di kawasan Pekan sehingga perlu mengimport calon luar atau payung terjun.
"Jelas kali, mereka umpama terdesak sehingga terpaksa meletakkan pemimpin utama parti tersebut bagi meraih undi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian jalan baru Parit Betak Darat, Benut, Pontian yang menelan kos RM532,000 di sini, pagi ini.
Ahli Parlimen Pontian ini menegaskan, walau apa pun tindakan yang diambil oleh pembangkang, Umno yakin ia tidak sedikit pun menggoyah keyakinan rakyat kepada kepimpinan yang sedia ada.
"Biarlah apa pun yang mereka (pembangkang) mahu lakukan, itu hak mereka, dan kita (Umno) menghormatinya.
"Umno yakin PM akan mempertahankan kedudukannya kerana pada (Pilihan Raya Umum) PRU lepas, PM telah mendapatkan majoriti yang tertinggi di situ," katanya yang juga Ketua Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN).
Beliau turut mengingatkan agar Hadi yang dilihat sebagai payung terjun ini benar-benar yakin dengan keputusannya kerana melihat ia boleh memakan diri sendiri kelak.
"Saya melihat seperti payung terjun, bukan tidak pernah berlaku... payung terjun yang tidak dapat dibuka pada saat saat akhir (terjunan)," katanya.
Ketika ditanya sama ada Umno akan menggunakan taktik yang sama seperti yang oleh diumumkan oleh Hadi, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, parti itu sudah mempunyai calon-calon yang berwibawa.
"Umno mempunyai strategi yang tersendiri, dan mempunyai mempunyai calon-calon yang berwibawa di setiap (bahagian) Parlimen dan Dun.
"Justeru tidak timbul payung terjun dalam Umno," katanya.
DAP kecewa PM tidak gantung AES
3 November 2012
Guan Eng berkata, Najib harus mewajarkan sendiri kamera AES dan bukan bergantung kepada Menteri Pengangkutan apabila Cho Ha bukan sahaja sudah hilang keyakinan rakyat Malaysia, malah Pemuda Umno dan Gerakan pun sudah menentang AES.
"Apa gunanya Najib minta Kong (Cho Ha) untuk menjelaskan jika Pemuda Umno dan Gerakan tidak mendengar?
"Najib harus mengambil alih dan menjelaskan keperluan AES dalam tiga perkara yang menjadi kebimbangan awam," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pertama kata beliau, ialah kenapakah pemasangan kamera AES harus diperdagangkan dan diswastakan?
"Pengeluaran saman trafik harus berunsur pencegahan dan hasilnya harus diberi kepada kerajaan dan bukan untuk manfaat syarikat-syarikat swasta sementara rakyat dibebankan," katanya.
Semalam, Cho Ha memberitahu Sinar Harian bahawa AES akan diteruskan.
Selain itu, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kenapakah tidak ada pelarasan had laju di kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai had laju yang terlalu rendah seperti 50 atau 60 kilometer sejam.
"Namun begitu, AES untuk pelanggaran lampu merah boleh diterima. Ketiga, kenapakah tiada perbincangan awam dengan rakyat, pihak-pihak berkepentingan, pengguna jalan raya serta mereka yang paling terjejas oleh kamera AES?
"Inilah tiga isu yang gagal dijawab oleh Kong dan harus ditangani oleh Najib sendiri," katanya.
Pecah Berita! update! Gambar sekitar seremban now!
Kuala Lumpur - by @tiewnama.
Seremban jaya.. kebangkitan rakyat telah menyebabkan hanya 30 org saja yang hadir.
by @tiewnama - nantikan update kami jam 9 malam dan 11.30 malam.
3 November 2012
SEREMBAN - Program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan
berlangsung di Taman Seremban Jaya hari ini mendapat pelbagai reaksi
dalam kalangan penduduk setempat.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, rata-rata penduduk bimbang jika penganjuran program itu akan menyebabkan kekecohan.
Mahamud Jaafar, 55, berkata, jika diteruskan, program berkenaan harus mengikut prosedur dan tatacara betul.
“Saya sudah tinggal hampir 12 tahun di sini, jadi saya cuma mahukan keadaan yang aman, itu sahaja,” katanya.
Rohaya Senin, 40-an, pula berkata, sepatutnya himpunan tersebut dilakukan di lokasi lain, bukan di Taman Seremban Jaya.
“Buatlah di stadium. Saya sebenarnya tak setuju dengan penganjuran program ini kerana ia tidak beri apa-apa kesan dan akan menyusahkan penduduk saja,” katanya.
Pendapat sama turut dikongsi seorang peniaga yang dikenali sebagai Dino, 56.
"Bagaimanapun, saya mungkin akan turun untuk jadi pendengar dari jauh dan bukannya sebagai penyokong jika program itu tetap diteruskan penganjur,” katanya.
Sebaliknya bagi M Thana, 41, sebagai peniaga, dia pula akan mengambil kesempatan untuk berniaga jika program berkenaan diteruskan.
"Saya tak minat politik dan saya dapat tahu berkenaan program ini pun dari media.Saya akan ambil peluang berniaga makanan jika program diteruskan," katanya.
Seperti yang dijanjikan, himpunan Kebangkitan Rakyat yang bermula sebentar lagi dari Senawang, Negeri Sembilan akan dibawakan secara langsung oleh pasukan unit IT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus dari tapak ceramah.
Program yang bermula jam 4 petang ini akan membariskan kesemua himpunan yang menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) memenuhi tuntutan mereka.
Empat tuntutan tersebut adalah royalti minyak untuk Kelantan yang akan memakai baju T berwarna merah, penyokong baju T berwarna oren akan menuntut perjuangan peneroka Felda dan pemansuhan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), baju T berwarna hijau untuk menuntut loji kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan ditutup dan baju T berwarna kuning untuk penyokong BERSIH yang menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum akan datang.
Untuk mengikut siaran langsung ini sila klik di pautan video siaran langsung di bawah.
Video streaming by Ustream
Bimbang himpunan bertukar kecoh

Sesi
solat dan tazkirah Maghrib yang akan disampaikan oleh Anwar akan
diadakan di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban.
Manakala
bermula jam 840 malam ini akan bermula pelancaran Himpunan Kebangkitan
Rakyat dengan saf pemidato ialah Anwar, Presiden PAS, Tuan Guru Hadi
Awang, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS,
Mohamad Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Terkini, konvoi himpunan sedang melepasi plaza tol Senawang dan bergerak ke tempat himpunan sambil membawa bendera Pakatan Rakyat diiringi puluhan motosikal berkuasa tinggi sebagai pasukan keselamatan.
Terkini, konvoi himpunan sedang melepasi plaza tol Senawang dan bergerak ke tempat himpunan sambil membawa bendera Pakatan Rakyat diiringi puluhan motosikal berkuasa tinggi sebagai pasukan keselamatan.
Untuk mengikut siaran langsung ini sila klik di pautan video siaran langsung di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan