Sabtu, 10 November 2012

KEADILAN MEMANG KEHENDAK SEMUA RAKYAT...KEADILAM MEMANG DITUNTUT OLEH SYARAK..JIKA SEBALIKNYA MAKA SUDAH TENTU ALLAH AKAN MENGHUKUMNYA....HUKUMNYA ALLAH SAJA YANG MENGETAHUINYA

Polis datang lagi ke Mkini, beredar dengan emel penulis
6:17PM Nov 9 2012
Polis datang semula ke pejabat Malaysiakini petang ini untuk hari kedua berturut-turut bagi meneruskan siasatan mereka berhubung surat pembaca mengenai kenyataan 'tiada paksaan dalam Islam' oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Mereka bertemu dengan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan; Ketua Pegawai Eksekutif, Premesh Chandran dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar selama kira-kira setengah jam.

NONEPihak Pengurusan Malaysiakini ditemani oleh peguam hak asasi
manusia Murnie Hidayah Anuar.

Dengan keizinan penulis surat tersebut, Steve Oh, Malaysiakini menyerahkan alamat emelnya kepada pihak polis.

"Saya tidak mahu anda (Malaysiakini) kehilangan komputer anda, jadi anda boleh berikan kepada pihak polis butiran emel saya, dengan bantahan, dan beri mereka kerjasama sepenuhnya...," kata Oh dalam surat terbukanya hari ini.

Polis beredar tidak lama selepas itu. Tidak seperti semalam di mana kenyataan diambil daripada tiga staf Malaysiakini, tiada kenyataan  diambil hari ini.

Pasukan yang diketuai pegawai penyiasat kanan ibupejabat polis Subang Jaya, ASP Nadzri Harun terdiri daripada tujuh anggota - kira-kira separuh daripada pasukan 15 orang semalam.
Mereka tiba di ibupejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, pada pukul 4 petang dan beredar di sekitar jam 4.30 petang.

Waran geledah Baru

Setibanya di pejabat Malaysiakini, mereka menyerahkan suatu waran geledah baru yang dikeluarkan oleh Majistret Petaling Jaya di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Tiada apa-apa yang dirampas.

NONEWaran geledah yang mereka bawa semalam dikeluarkan di bawah Akta Hasutan, yang mungkin merupakan satu kesilapan di pihak polis.

Nadzri mengulangi bahawa siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, bukan Akta Hasutan.

Seksyen ini berkaitan dengan kesalahan "menurutkan kata-kata... dengan niat sengaja untuk melukakan perasaan keagamaan seseorang".

Jika disabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga tempoh satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Surat yang sedang disiasat ditulis oleh Oh dan diterbitkan oleh Malaysiakini pada hari Isnin, bertajuk 'Nurul's watershed idea for the nation'.

Semalam, polis menghabiskan masa selama 90 minit merakam kenyataan Fathi; Pengarang Berita, Gerald Martinez dan Pengurus Sumber Manusia, A Shamini.

NONEGan (kiri) menyifatkan pertemuan dengan pihak polis hari ini sebagai
mesra.

"Tiada komputer kami yang dirampas. Oleh itu, kerja-kerja kami tidak terganggu," katanya.

Malaysiakini diserbu oleh pihak polis pada tahun 2003 dan 19 komputer dirampas. Insiden itu juga berkaitan dengan sepucuk surat kepada editor yang ditulis oleh seorang pembaca.

Bagaimanapun, tiada pertuduhan difailkan dan kes itu akhirnya ditutup dua tahun kemudian.
Perhimpunan aman bantah AES di pejabat MP Lumut
6:25PM Nov 9 2012
Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO hari ini mengadakan perhimpunan aman membantah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di hadapan pejabat ahli parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga menteri pengangkutan.

NONEPerhimpunan yang dianjurkan oleh NGO BANTAH AES diadakan selepas solat Jumaat di Masjid An-Nasyirah, Setiawan sebelum berarak ke pejabat Kong di situ.

Ia disertai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya ADUN Teja Chang Lih Kang, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Ketua Srikandi PKR Siti Aisyah Sheik Ismail.

Koordinator Bersama BANTAH AES Saifullah Zulkifli mewakili kumpulan itu juga menyerahkan memorandum kepada Kong, antara lain mengemukakan empat sebab sistem tersebut ditolak.
NONEMemorandum tersebut diterima oleh seorang kerani di pejabat itu. Kong yang juga adalah setiausaha agung MCA.

"BANTAH AES ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani masalah kemalangan adalah disokong tetapi dalam isu pelaksanaan AES ini aspek pelaksanaannya adalah meragukan dan membebankan rakyat," kata Saifullah dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kumpulan itu memberi tempoh seminggu kepada menteri untuk membatalkan pelaksanaan sistem itu atau berdepan satu lagi perhimpunan di Parlimen.
Dua militan terlibat bom dua hotel di Indonesia ditahan

  • Bernama
  • 6:41PM Nov 9 2012
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Republik Indonesia (Polri) menahan dua suspek warga Indonesia Rabu lepas, yang dipercayai terbabit dalam serangan bom di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, Indonesia pada 2009.
  
Dua suspek itu, Taufik Balaga atau dikenali dengan nama Upik Lawanga dan Ahmad Fauzi masing-masing berusia 40-an, yang menjadi anggota militan Jemaah Islamiyah (JI), ditahan semasa cuba merentas sempadan Malaysia-Kalimantan di Nunukan, Kalimantan Timur.
  
Menurut sumber polis Bukit Aman, kejayaan itu adalah hasil perkongsian maklumat risikan antara PDRM dan Polri.

Mereka disyaki sering berulang-alik dari Tawau ke Nunukan (Kalimantan Timur) sebelum ini, kata sumber berkenaan kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber itu, kedua-dua suspek itu dihantar ke Jakarta pada hari yang sama selepas proses soal siasat.

Kedua-duanya dipercayai terlibat dalam kejadian dua serangan pengebom berani mati pada 17 Julai 2009 di kedua-dua hotel berkenaan yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan 53 yang lain.

Serangan itu turut dikaitkan dengan kumpulan JI yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Upik sebelum ini turut dikaitkan dengan insiden memenggal kepala tiga pelajar di Poso, Sulawesi Tengah pada 2005.

Menurut sumber itu, Upik dipercayai terbabit dengan kumpulan JI dan mempunyai kepakaran menghasilkan bom buatan sendiri.

Upik dan Ahmad Fauzi kini sedang disiasat oleh polis Indonesia, dan dipercayai mempunyai seorang lagi rakan warga Malaysia yang sedang disiasat, kata sumber polis itu.
  
- Bernama
DUN P Pinang lulus Belanjawan negeri 2013

  • Bernama
  • 5:12PM Nov 9 2012
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ditangguh hari ini setelah meluluskan Belanjawan negeri 2013.

Belanjawan berjumlah RM1.133 bilion itu bertemakan 'Agenda Ekonomi Saksama' yang bermatlamat mensejahterakan kebajikan rakyat serta membasmi kemiskinan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata untuk membasmi kemiskinan di negeri ini, kerajaan negeri akan menilai pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM770 sebulan.

Persidangan kali ini turut meluluskan rang undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012, bertujuan membanteras amalan melompat parti.

Rang undang-undang itu memperuntuk seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik berkenaan atas apa-apa juga sebab.

Persidangan DUN kali ini juga menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) digantung kali kedua daripada menghadiri persidangan DUN selama enam bulan.

Keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, setelah Azhar gagal memberi penerangan dan penjelasan mengenai kenyataannya pada 8 Mei lepas yang menghina kemuliaan dewan, Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain dan petugas DUN apabila menyebut bahawa catatan persidangan (verbatim) boleh dimanipulasi.

Persidangan DUN ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

-Bernama
Khidmat Heng sebagai senator, timbalan menteri tamat Khamis

  • Bernama
  • 6:35PM Nov 9 2012
Perkhidmatan Datuk Heng Seai Kie sebagai Ahli Dewan Negara dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berakhir pada 15 November ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
  
Beliau berkata Heng telah dilantik sebagai Senator untuk tempoh dua penggal itu iaitu selama enam tahun, had maksimum bagi seseorang anggota Dewan Negara memegang jawatan.
  
Heng, 50, dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 16 November 2006 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 10 April 2009 dan kemudian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 4 Jun 2010.
  
"Mengikut Perkara 45(3) dan (3A) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan seseorang Ahli Dewan Negara untuk satu penggal ialah selama tiga tahun dan tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal sama ada secara terus menerus atau terputus-putus," kata Ali dalam satu kenyataan media hari ini.
  
Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Heng di atas sumbangan, khidmat bakti dan perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara dan timbalan menteri.
  
Heng, yang berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan Naib Pengerusi Wanita MCA.
  
Dalam pada itu, dalam satu majlis di Putrajaya, Heng berkata beliau tidak pernah mengesyorkan sesiapa untuk menggantikan tempatnya dalam suratnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
"Saya menulis kepada Perdana Menteri berhubung tempoh penggal saya sebagai Senator berakhir pada 15 Nov ini dan untuk beliau mengambil tindakan susulan serta turut mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan.
  
"Tetapi saya tidak pernah membuat sebarang syor mengenai pengganti kerana itu adalah di luar prerogatif saya. Ia bergantung kepada presiden parti saya atau Perdana Menteri membuat keputusan," katanya.
  
Heng berkata selepas tempoh penggal sebagai Senator tamat, beliau akan bercuti untuk beberapa hari dan kemudian terus melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

- Bernama
Nurul buat laporan pada JAIS terhadap Utusan

  • Kow Gah Chie
  • 2:46PM Nov 9 2012
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Utusan Malaysia, mendakwa akhbar telah memutarbelit kenyataannya dalam satu forum mengenai Islam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menemui Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dan membuat satu laporan lisan terhadap akhbar tersebut, kata setiausaha politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil ketika dihubungi.

Katanya, Nurul Izzah telah membuat laporan terhadap akhbar tersebut kerana untuk memutarbelit kenyataannya yang telah digunakan oleh pihak lain untuk menyerangnya.

Nurul Izzah, semasa pertemuan selama setengah jam dengan Marzuki, juga menjelaskan bahawa apa yang beliau katakan semasa forum Sabtu lepas telah diputarbelit, kata Fahmi.

Menurutnya, hadir sama pertemuan Nurul Izzah dengan pihak JAIS itu ialah peguam syarie Fadhlina Siddiq.

Nurul mengemukakan laporan Utusan Malaysia, satu salinan CD audio dan transkrip kenyataan beliau di forum tersebut kepada JAIS sebagai bukti, katanya.
Siasatan SPRM bebas daripada campurtangan mana-mana pihak

  • Bernama
  • 12:59PM Nov 9 2012
Semua penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil.

Sehubungan itu, beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pun tidak boleh campur tangan dalam urusan siasatan SPRM memandangkan semua hasil siasatan oleh SPRM akan dibentang kepada PPO untuk pandangan ahli-ahli panel.

"Hubungan SPRM dengan menteri adalah beliau hanya bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkaitan isu rasuah atau mengenai SPRM yang dikemukakan di Parlimen berdasarkan maklumat oleh SPRM," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau menjelaskan PPO adalah satu daripada lima panel bebas yang ditubuh oleh SPRM tiga tahun lepas ekoran banyak tohmahan dan tuduhan ketika itu kononnya agensi itu tidak mempunyai kebebasan dan banyak kes ditutup sewenang-wenangnya.

Dr Hadenan berkata PPO yang dianggotai oleh kalangan profesional yang mempunyai integriti berkuasa untuk memberi keputusan muktamad sama ada sesuatu kes itu boleh ditutup atau tidak.

"Kami tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya selalu menyatakan bahawa panel ini bebas.

"Selama tiga tahun ini, kami telah membuat keputusan adakalanya tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh SPRM dan juga Peguam Negara untuk kita menutup sesuatu kes. Tidak ada orang yang mengarahkan sama ada ia seorang menteri atau perdana menteri supaya pihak panel dalam menentukan sama ada kes itu hendak ditutup ataupun tidak," katanya.

Beliau berkata hakikatnya ialah sejak tiga tahun beroperasi, PPO tidak pernah menghadapi isu campur tangan daripada pihak luar.

Dr Hadenan berkata menangani pencegahan rasuah di Malaysia banyak melibatkan pembetulan persepsi campur tangan pihak luar.

"Jadi saya berharaplah pada mereka yang mempunyai persepsi salah mengenai peranan ini, saya memperbetulkan bahawa kami bebas," katanya.

Merujuk kepada kecenderungan pihak pembangkang untuk mempolitikkan isu rasuah, beliau menggesa semua pihak supaya menghentikan perbuatan itu memandangkan usaha pencegahan rasuah bukan sahaja menghendaki kerja kuat oleh SPRM tetapi komitmen daripada semua pihak rakyat, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan.

"Suatu pihak sahaja tidak boleh dipertanggungjawab sepenuhnya dalam pencegahan rasuah.

"Ahli politik mempunyai peranan untuk dimainkan, begitu juga rakyat.

"Kalau kita hendak mengatasi isu-isu berkaitan rasuah...kalaulah semua orang berpandangan lurus, tidak mempunyai niat-niat terselindung dan tidak mempunyai tanggapan yang salah, saya rasa SPRM lebih mudah menjalankan kerjanya," katanya.

-Bernama
13,540h di Pahang akan diwarta tanah rezab Orang Asli

  • Bernama
  • 6:52PM Nov 9 2012
Lebih 13,540 hektar tanah akan diwarta sebagai tanah rezab Orang Asli di Pahang tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
  
Beliau berkata kerja-kerja mengukur dan menanda tanah yang akan diwartakan di seluruh daerah di negeri ini sedang dijalankan oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah.
  
"Apabila selesai kerja-kerja itu, tanah berkenaan akan terus diwartakan sebagai tanah milik Orang Asli.

"Dengan perwartaan itu Orang Asli tidak lagi boleh sewenang-wenangnya menceroboh kawasan tanah termasuk hutan simpan dan tanah kerajaan yang lain," katanya ketika merasmikan majlis Program Mesra Minda Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang di Kampung Sungai Gapoi, Pelangai, Bentong hari ini.
  
Beliau berkata kerajaan turut memproses kira-kira 36,825 hektar tanah yang dimohon oleh Orang Asli di seluruh negeri ini.
  
"Kerajaan terpaksa mengambil masa untuk meneliti permohonan itu sebelum diluluskan kerana tidak mahu kawasan itu melibatkan kawasan tanah tadahan air milik kerajaan, hutan simpan atau sebagainya," katanya.
  
Adnan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai berkata terdapat 65,000 penduduk Orang Asli yang tinggal berselerak di 265 kampung di seluruh negeri ini membabitkan 13,000 ketua isi keluarga.
  
Beliau turut memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional akan terus mempertingkatkan usaha ke arah memperkasa masyarakat Orang Asli terutama dalam bidang pendidikan, pertanian dan ekonomi pada masa akan datang.
  
- Bernama

Tiada ulasan: