Khamis, 8 November 2012

BILA RAKYAT DAH TAK PERCAYA LAGI...SEDARLAH SIKIT....JANGAN TAK SEDAR DIRI PULAK...INGAT KUASA YANG TERATAS@PALING TINGGI IALAH ALLAH SWT

Angin perubahan sedang melanda

Harakahdaily, 07 Nov 2012
SELAYANG: Antara petanda sesebuah parti itu akan kalah adalah apabila syiarnya tidak ada atau kawasan kuatnya sudah berjaya ditembusi.

Atau, kawasan yang selama ini tidak ada  pihak yang berani kacau sudah berubah haluan.

Itulah yang berlaku di sebuah flat di Selayang, Selangor.

Selama ini, hanya bendera BN dan Umno sahaja berani diletakkan, namun kini flat ini penuh dengan bendera PKR yang akan menentang BN di kawasan ini.

Penghuni flat tersebut sudah tidak gentar dan cuak menunjukkan parti mana meraka sokong secara terbuka.

Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dulu kalau dirumah pangsa @ flat, rata-rata hanya bendera Umno/BN saja yang berkibar, namun kini,  ianya sudah jauh berubah.

Rakyat sudah maukan perubahan kerajaan berlaku dalam negara ini.

Adakah ini salah satu punca, Datuk Seri Najib Razak masih keberatan untuk membubarkan parlimen?

Sudah diketahui umum, dulu kebanyakkan penghuni rumah pangsa @ Flat adalah penyokong kuat Umno/BN namun kedudukkan itu sudah berubah.

Jangan tuduh sebelum rujuk kenyataan asal

Hazayani Zakaria, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Semua pihak harus merujuk kenyataan asal seseorang itu sebelum membuat sebarang tuduhan khususnya isu melibatkan agama.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz tidak merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam  forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

Sebaliknya beliau berkata, kedua-duanya terus membuat andaian bahawa Izzah bersetuju dengan tindakan orang Melayu memlih agama yang disukai.

"Dalam dewan ini, kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak dirujuk kepada apa yang sebenarnya disebutkan (Ahli Parlimen) Lembah Pantai dalam forum yang dihadirinya walaupun beliau telah membuat penjelasan bahawa kenyataannya disalah erti.

"Saya meminta timbalan menteri sebelum membuat apa-apa tuduhan ke atas Yang Berhormat Lembah Pantai, merujuk dahulu secara tepat kenyataan yang dibuat oleh Lembah Pantai," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Mohamad Aziz juga dalam soalan tambahannya mendakwa Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam berhak keluar Islam dan memilih agama yang diminati.

Istilah Kafir Harbi

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani mempersoal sikap berdiam diri kerajaan dalam isu guru pondok,
Abdullah Sa'amah yang mengeluarkan kenyataan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang dikatakan secara terang-terangan menentang hukum Islam.

Namun Abdullah berkata, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

"Kenapakah kerajaan ada double standard dalam tindakan yg diambil. Jika melibatkan Pakatan Rakyat cepat ambil tindakan.
Kalau melibatkan Umno, diam sahaja.

"Adakah benar DAP kafir harbi dan apakah tindakan yang diambil terhadap ustaz tersebut dan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan itu? soalnya.

Tanpa memfokuskan mengenai kenyataan Abdullah itu, Mashitah dalam jawapannya berkata, mana-mana orang bukan ISlam boleh disifatkan sebagai kafir harbi jika secara terang-terangan menentang Islam.

"Iistilahnya senang sahaja. Sekiranya bukan Islam itu menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti mengecop bahawa syariah Islam ektsremisme dengan terang-terang menyebut tidak mahu Islam. 'Tak kiralah nak langkah mayat atau tidakkah'.

"Ataupun merasakan, mempertahankan maruah Islam itu sesuatu yang membazir dan buang masa. Maka jelas ianya sesuatu yang menentang kepada Islam.

"Tetapi mereka bukan Islam boleh patuh pada Perdana Menteri beragama Islam, patuh kepada perjanjian kontrak sosial di dalam Perlembagaan Persekutuan diboleh dikategorikan kafir zimmi yang boleh dijadikan sahabat," katanya.

Amran dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal pengeluaran fatwa oleh individu yang tidak diiktiraf yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya istilah "kafir Harbi" tindakan undang-undang yang akan diambil bagi mengelak agar ia terus berulang.

Cubaan Utusan label DAP ‘kafir harbi’ gagal

Harakahdaily, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Cubaan Utusan Malaysia untuk melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam dengan melabel DAP sebagai ‘kafir harbi’ telah gagal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai ‘kafir harbi’.


Dalam jawapannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam, Jamil Khir telah berkata bahawa apa-apa kenyataan yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai ‘kafir harbi’ atau ‘kafir zimmi’ hanya pendapat peribadi dan orang Islam tidak terikat dengan pendirian tersebut.

“Utusan telah membezakan DAP sebagai ‘kafir harbi’ berbanding MCA atau MIC sebagai ‘kafir zimmi’ yang telah 'menerima negara Islam dan hudud',” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Dari segi sejarah, katanya frasa “kafir harbi” telah digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Islam yang memusuhi Islam, di mana kematian mereka dibolehkan atau diwajarkan dalam suasana perang kerana mereka dilihat mencuba untuk membunuh orang Islam.

Dalam erti kata lain, katanya maksud tersirat Utusan adalah untuk menyarankan keganasan terhadap pemimpin-pemimpin DAP, walaupun DAP tidak pernah membunuh atau mencederakan walaupun seorang Islam atau Melayu.

Seperti mana DAP, ujarnya PAS juga tidak pernah membunuh walaupun seorang bukan Islam atau bukan Melayu, tetapi masih lagi dijadikan momok yang mengancam keselamatan bukan Melayu.

Sebaliknya, jelas beliau DAP telah kehilangan ahli seperti Teoh Beng Hock yang ditemui mati di perkarangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sementara ahli-ahli PAS telah dibunuh dalam insiden Kampung Memali 1985.

“Walaupun difitnah Utusan, tiada tindakan diambil terhadap akhbar tersebut. Pemimpin-pemimpin DAP harus bersatu menentang tindakan-tindakan terdesak oleh media arus perdana untuk memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pejabat Hamas di Syria ditutup

Terjemahan Mohamad Yahya, 07 Nov 2012

(Ismail Haniyeh bertemu Morsi di Kaherah)

GAZA: Seorang jurucakap Hamas berkata, kerajaan Syria telah menutup pejabat-pejabat Hamas di Damsyik, memuktamadkan putusnya hubungan antara kumpulan Islam tersebut dan bekas penaungnya.

Jurucakapnya, Ayman Taha berkata Selasa lalu bahawa tindakan tersebut telah dijangka selepas Hamas secara terbuka beralih pihak untuk menyokong kumpulan pemberontak menentang rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.

Taha berkata langkah Isnin lalu oleh Damsyik adalah "hasil kami menyebelahi rakyat Syria dalam perjuangan mereka." Taha bercakap dari Kaherah.

Hamas, sebuah kumpulan Islam yang bersumpah memusnahkan Israel, memindahkan ibu pejabatnya ke Syria lewat 1990-an.

Tetapi hubungan antara Hamas dan Syria mula berubah sejak penindasan ganas Syria terhadap pemberontakan yang bermula Mac 2011.

Pemimpin Hamas kini berpangkalan di Qatar, Mesir dan Semenanjung Gaza.

Obama kekal sebagai Presiden Amerika

Harakahdaily, 07 Nov 2012


WASHINGTON: Barack Obama kekal sebagai Presiden Amerika untuk empat tahun lagi apabila menang dalam pertembungannya dengan Mitt Romney dari Republikan selepas kempen berjalan dengan sengit.

Dengan kemenangan tipis Obama di Ohio, Wisconsin, Iowa, Pennsylvania dan New Hampshire, media meramalkan, usaha Romney memintas Obama kembali sudah berakhir.

Kira-kira 120 juta rakyat Amerika dijangka membuang undi dalam pertembungan kali ini yang dibuat ketika ekonomi Amerika sedang sakit.

Klik di sini untuk mendapatkan laporan terkini keputusan pilihan raya Amerika kali ini.

Pemimpin Umno sanggup bertarung di kubu PAS?

Harakahdaily, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Jika Presiden PAS sanggup ke mana sahaja yang diputuskan oleh parti, apakah Umno juga sanggup membariskan pemimpin utamanya di mana sahaja yang diputuskan parti mereka termasuk di gelanggang PAS?

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor menyatakan demikian ekoran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara mudah melafazkan kesediaan bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh parti hatta di kawasan Parlimen Pekan, kubu kuat serta lubuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, bagi setengah pihak menganggap kenyataan tersebut sekadar gimik politik bagi menghangatkan iklim politik yang sedang membara ini.

Mungkin juga, ujarnya ia hanyalah sekadar mahu mengacah keberanian Perdana Menteri menyahut cabaran Presiden PAS.

“Namun demikian, dari sudut yang lain, kenyataan Presiden PAS adalah sikap sebenar pemimpin gerakan Islam. Ia sebenarnya lebih menyerlahkan jiwa besar dan keterbukaan pemimpin PAS,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Presidan PAS amat merendah diri, ikhlas dan jujur sebagai pemimpin dan sanggup meletakkan parti sebagai keutamaan dan dan bukan dirinya yang berkuasa apa sahaja meskipun beliau mempunyai kata pemutus sesuatu dasar.

Katanya, Presiden PAS mengajar ahli dan pimpinan lainnya untuk patuh dan akur kepada apa juga keputusan jemaah sekalipun ianya tidak menguntungkan individu sebagai ahli atau pemimpin.

Nik Abduh: Utusan bohong lagi

Harakahdaily, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) menempelak akhbar Umno, Utusan Malaysia yang didakwa membuat laporan tidak benar berhubung kenyataannya.

Kenyataan itu katanya berhubung komentarnya dalam isu 'kebebasan beragama' yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Utusan melaporkan kononnya beliau telah menempelak Nurul Izzah dalam komentar tersebut.

"Utusan online melaporkan saya menempelak YB (Nurul Izzah). Sebenarnya tidak.

"Saya telah sebut dalam tweet saya semalam bahawa kita harus terima penjelasan beliau yang menafikan tafsiran media terhadap ucapannya," katanya dalam Facebook hari ini.

Menurut Nik Abduh, memang ucapan ringkas Nurul kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya kemudian itu adalah penyelesaian dan jawaban.

"Ia tak macam orang kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud PAS, Itu tetap kecam hudud," tempelaknya.

Semalam juga, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan Nurul Izzah kerana ia dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Katanya, ini kerana akhbar itu sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

PAS Sarawak cadang Presiden tanding di Miri

Harakahdaily, 07 Nov 2012
MIRI: PAS Sarawak menyambut baik kesediaan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di mana-mana yang parti fikirkan wajar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, kesediaan itu wajar diberi perhatian oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kita juga sangat tertarik dengan hasrat beliau untuk bertanding di Sarawak, sekiranya parti yang mengarahkan beliau melakukannya.

"Kalau beliau diberi kesempatan untuk bertanding di Sarawak, kita cadang beliau bertanding di parlimen Miri kerana Miri adalah kawasan yang majoritinya Cina dan bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi pada sidang media semalam bahawa beliau sedia diletakkan bertanding di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan kesediaan untuk bertanding di Pekan, Pahang iaitu tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Jofri yang juga Yang DiPertua PAS Miri berkata, kesediaan Tuan Guru Presiden itu mempamerkan keberanian seorang pemimpin menghadapi risiko walaupun semua tahu kawasan yang beliau hendak bertanding adalah tempat yang sukar untuk Pakatan menang.

"Beliau tidak hanya memilih tempat yang selamat seperti yang biasa pemimpin BN lakukan.

"Tiada yang mustahil untuk beliau memenangi atau menumbangkan pihak lawan sekiranya rakyat di tempat tersebut dapat menerima beliau sebagai penganti pemimpin utama negara," katanya.


Serang Nurul golongan desperado, kata Mujahid

Harakahdaily, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Mujahid Yusof Rawa menyifatkan, kenyataan Nurul Izzah Anwar telah diputarbelitkan untuk kepentingan pihak tertentu yang desperado.

Bagi beliau, "Tiada paksaan dalam agama" adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Bagi beliau, mengaitkan prinsip ini dengan rela pemurtadan menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.

"Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara," katanya mengulas serangan Utusan terhadap Nurul Izzah.

Kenyataan itu dibuatnya dalam laman facebooknya hari ini.

Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar turut berada dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility? bersama Nurul Izzah.

Utusan hari ini juga menyerang Mujahid kononnya beliau tidak berbuat apa-apa apabila mendengar penyataan Nurul itu.

Israel bersidang bantah usaha naiktaraf Palestin di PBB

Terjemahan Mohamad Yahya, 07 Nov 2012

(Rakyat Palestine berharap taraf mereka di PBB dinaikkan)



TEL AVIV: Israel sedang bersedia untuk menentang usaha Palestin untuk menaiktarafkan status mereka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat bulan ini, lapor agensi berita AFP.

"Menteri Luar, Avigdor Lieberman bersidang bersama 27 Israel di Eropah untuk mesyuarat tergempar minggu ini di Vienna," untuk membincangkan usaha Palestin, kata jurucakap Kementerian Luar, Yigal Palmor kepada AFP Selasa lalu.

"Kesemua duta akan berusaha mencari jalan diplomatik dengan negara Eropah bertujuan menangani inisiatif ini dan untuk tujuan ini Lieberman akan pergi ke Vienna," tambah beliau.

Sementara itu, Middle East Monitor, memetik sumber Israel, melaporkan bahawa Lieberman juga telah meminta pegawai EU untuk menetapkan masa bagi pilihan raya di Palestin dalam usaha menggantikan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin, yang telah digambarkan sebagai "penghalang keamanan "

Lieberman dilaporkan berkata bahawa Abbas berada dalam "situasi lemah" dan ia adalah masa yang sesuai untuk mencari "jalan keluar dari situasi semasa."

Komen-komen tersebut muncul dengan stesen swasta Israeal, Channel 10 melaporkan bahawa Lieberman berjanji bulan lepas untuk memastikan "kejatuhan" Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority) jika usaha untuk status negara bukan ahli dikemukakan Perhimpunan Agung PBB.

Dengan rundingan damai terhenti selama lebih dari dua tahun, Palestin berusaha untuk menaik taraf status mereka daripada entiti pemerhati kepada negara bukan ahli.

Mahmoud Abbas berkata beliau akan membentangkan resolusi lewat bulan ini, sama ada pada 15 atau 29 November, menurut laporan pegawai.

Usaha Palestin mungkin berjaya dengan mudah, kerana mereka hanya memerlukan majoriti mudah di Perhimpunan Agung yang dihadiri 193 ahli, yang kebanyakannya menyokong Palestin.

S'gor cadang guna semula 2 loji air di Ampang

Selangorku, 07 Nov 2012
KLANG: Kerajaan Negeri Selangor akan membuka dua lagi loji yang tidak beroperasi di Ampang dalam usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran air yang terawat kepada pengguna Lembah Klang.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kedua-dua loji itu merupakan aset Kerajaan Negeri tetapi telah diabaikan seperti Loji Bukit Jelutong.

Katanya, pihaknya sudah meminta Timbalan Pengarah UPEN, Nor Azmi Diron untuk menyelidik potensi loji-loji itu.

“Sekiranya kedua-dua loji itu berpontensi dan benar sudah tidak digunakan, saya akan berbincang perkara ini dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

“Kita juga akan menggunakan mana-mana aset-aset ini untuk bangunkan semula loji ini dengan menggunakan kaedah teknologi membran atau kaedah konservatif,” katanya ketika ditemui TvSelangor.

Baru-baru ini, Loji Perawatan Air (LPA) di Bukit Jelutong yang ditutup sejak 17 tahun lalu akan dibuka semula untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat.

Kerajaan Negeri kini dalam proses menjalankan kajian rintis bagi membolehkan loji tersebut diguna semula dan dijangka siap Jun tahun depan.

“Dalam masa kajian yang akan dilakukan, kita akan membuka tender kepada mana-mana kontraktor yang berminat.

“Sekarang kita beri tempoh dua bulan kepada syarikat jurutera perunding untuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk mengemukakan kertas kajian yang lengkap kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Tiada ulasan: