Khamis, 8 November 2012

BAGAIMANA CHUA SOI LEK TAK HINA ISLAM KAH

Nazrin: Adakah Raja dikehendaki membisu bila rakyat gelisah?
  • Ahmad Fadli KC
  • 6:31PM Nov 7 2012
 
dikemaskini Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertanya adakah Raja-Raja Melayu wajar terus berdiam diri membisu seribu bahasa ketika institusi-institusi kerajaan kelihatan semakin 'terseret dalam kancah politik kepartian'.

Menurut baginda, integriti, profesionalisme, imej neutral serta tidak partisan institusi tersebut yang semakin dipertikaikan, menghakis rasa hormat dan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan.

"Suasana ini jika berlarutan memungkinkan warga beralih kepada opsyen-opsyen lain, memungkinkan berlakunya suasana tanpa perundangan, memungkinkan negara terjerumus ke dalam anarki.

"Adakah dalam suasana kegelisahan warga ini Raja dikehendaki bersifat pasif membisu seribu bahasa?" soal baginda ketika menyampaikan Syarahan Perdana Budaya bertajuk 'Raja Berperlembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa' di Kuala Lumpur petang tadi.
Baginda sebelumnya menegur "gelagat-gelagat politik keterlaluan" yang mengganggu kemakmuran negara.

"Politik menjelma dalam bentuk ketaksuban dan mendominasi tata urus negara sehingga penglihatan, pendengaran, pengucapan, kegiatan dan penggunaan sumber semakin berpaksikan politik.

"Matlamat jangka pendek politik bagaikan mengatasi kepentingan jangka panjang kelangsungan negara bangsa," titah baginda.

Baginda turut menegur hubungan Persekutuan dan kerajaan negeri yang kini "menjelmakan dimensi baru sehingga memeningkan kepala kakitangan awam yang berkhidmat di negeri-negeri".

Menurut baginda, pegawai-pegawai menghadapi dilema apabila berkhidmat di negeri-negeri yang berlainan parti dengan kerajaan Persekutuan.

"Berlaku keadaan pegawai-pegawai awam Persekutuan yang bertugas di negeri dilarang menghadiri acara-acara rasmi di peringkat negeri termasuk acara yang dihadiri Raja.

"Demikian juga dilaporkan pegawai-pegawai negeri turut dilarang menyertai acara anjuran Persekutuan.

"Kelainan politik antara negeri dan Persekutuan jangan sampai menjejaskan hubungan warga hingga memungkinkan warga kembali bersifat parokial kenegerian, lalu semakin tipis kesetiaan kepada negara bangsa," katanya.
Mahathir jengkel ditanya mengenai anaknya
  • Koh Jun Lin
  • 5:21PM Nov 7 2012
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

NONEMinggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan
kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.
Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

azlanSapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'screenshot' lamanweb menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.


Sekarang, PM mahu jumpa Hindraf
  • Aidila Razak
  • 6:17PM Nov 7 2012
 
Perdana Menteri telah menjemput kumpulan masyarakat India, termasuk Hindraf, untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan bagi mencari satu penyelesaian kepada masalah yang sudah lama dihadapi masyarakat tersebut.

"Ini adalah jemputan terbuka bagi pihak kerajaan. Kita menjemput Hindraf kerana kita tahu mereka adalah yang paling lantang," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sambil menambah bahawa perdana menteri, dengan pendekatan baru, akan mendengar padangan mereka.

"Kami merasakan walaupun ia kumpulan yang paling ekstrem seperti Hindraf, kita akan menemui mereka kerana ia adalah satu pendekatan inklusif," kata Mohd Nazri kepada pemberita hari ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk bertemu dengan pemimpinnya, termasuk adik beradik P Waythamoorthy dan P Uthayakumar, untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi kaum India kerana keadaan "sangat kritikal" bagi masyarakat tersebut.

Pengumuman itu dibuat selepas pemimpin Hindraf mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen minggu lepas.
'Nurul boleh dituduh menghina Islam'
  • Aidila Razak
  • 3:12PM Nov 7 2012
 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar boleh dituduh menghina Islam sekiranya beliau sememangnya membuat kenyataan menggalakkan umat Islam meninggalkan Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

NONEMenjawab pertanyaan Datuk Mohamed Aziz (BN-Gading) sewaktu sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Mashitah berkata setakat ini tiada peruntukan undang-undang sebegitu untuk menahan Muslim yang menggalakkan orang Islam lain murtad.

"Enakmen kita sebut, kalau seorang bukan Islam, dakyah (orang) Islam keluar Islam, maka ada enakmen kawalan pengembangan agama.

"Tapi yang wujud hari ini, bukan orang bukan Islam mengajak keluar dari Islam, tapi orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapa mendidik dan mewariskan agama Islam pada anak.

"Setakat ini tiada peruntukan sebegitu, tapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina," katanya.
MB: JAIS dan Nurul Izzah perlu berbincang secara baik
9:39PM Nov 7 2012  
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai tindakan positif untuk membuka perbincangan sesama Islam dan menguatkan persefahaman ummah.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk pro-aktif dan memahami maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah, seterusnya menyelesaikan sebarang kekeliruan supaya tiada perbezaan pemahaman.

Abdul Khalid yakin Nurul Izzah berniat baik ketika membuat kenyataan itu.

“Satu perkara yang jelas ialah tiada orang Islam yang mahukan saudara Islamnya meninggalkan agama.

"Adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menjaga masyarakat Islam lain dengan lebih baik,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco hari ini.

Beliau menyokong dan memuji kesediaaan Nurul Izzah  untuk berjumpa dengan JAIS bagi menerangkan maksud sebenar di sebalik ucapannya yang didakwa telah diputarbelitkan oleh media dan penulis blog.

Abdul Khalid berkata beliau mendapati ada sesetengah laporan berita yang telah lari konsep awal (maksud sebenar)  kenyataan Nurul Izzah itu.

“Pada saya ini perkara ini tidak betul dan kita perlu selesaikan dengan baik demi kebaikan umat Islam bersama,” katanya.

1. Mais: Sultan S'gor kesal kenyataan Nurul Izzah
Anwar dicabar berentap dengan Najib di Pekan
  • Bernama
  • 5:45PM Nov 7 2012
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar bertanding menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah," kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketua umum pakatan pembangkang itu diuar-uar menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang, semalam mencabar Najib menentang penyandang kerusi Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas.

Syed Ali berkata sepatutnya Anwar sendiri yang mencabar Najib jika beliau benar-benar ‘anak jantan' dan bukannya mencadangkan pemimpin pembangkang lain.

"Jika Anwar anak jantan dan bukannya pengecut, saya cabar beliau bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pekan atau pun di Marang (Terengganu)," katanya seperti dipetik laman web Umno Cheras.

Bagaimanapun, Syed Ali berkata beliau percaya Anwar tidak berani bertanding di Pekan mahupun di Marang kerana beliau tahu pasti ditolak pengundi di kawasan berkenaan.

"Saya yakin pengundi di Pekan dan Marang, sebahagian besarnya pengundi Melayu, belum bersedia menerima pemimpin politik seperti Anwar yang menyokong gerakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," ujarnya.

Syed Ali mendakwa cabaran Anwar supaya Najib, yang menyandang kerusi Pekan, bertanding di Marang adalah perancangan sulitnya untuk ‘menghapuskan kerjaya politik Hadi.

Beliau berkata Hadi merupakan penghalang besar kepada niat Anwar hendak menjadi perdana menteri. Bekas perdana menteri itu dipecat dari jawatannya dan Umno pada September 1998 dan pernah dipenjarakan atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, cita-cita politik Anwar disokong kuat sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP yang mencurigai keikhlasan PAS.

Syed Ali juga berkata beliau percaya Hadi tidak akan meninggalkan Marang yang paling selamat baginya walaupun sebelum ini membuat kenyataan bersedia bertanding di Pekan sekiranya itu adalah keputusan parti.

-Bernama
Menteri diminta jelas isu kejatuhan harga getah, sawit
  • Zulaikha Zulkifli
  • 8:14AM Nov 7 2012
 
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok memberi penjelasan tentang isu kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit mentah.

NONEPresidennya, Mazlan Aliman berkata, harga komoditi getah dan kelapa sawit mentah mula jatuh mendadak sejak sebulan lalu yang melibatkan seramai dua juta pekebun kecil.

Menurut Mazlan lagi, sehingga hari ini kerajaan tidak mengumumkan langkah-langkah bagi memberi jaminan kepada pekebun ladang kelapa sawit dan getah bagi mengatasi kejatuhan harga komoditi walaupun memorandum telah diserahkan pada menteri terbabit dua minggu lalu.

"Maklumat terakhir daripada wakil pekebun kecil yang kita terima ialah mereka kini menerima RM300 bagi satu tan kelapa sawit. Harga ini (kejatuhan harga komoditi) sangat jauh lebih buruk berbanding dua tahun lalu. Bagi getah pula sebelum ini RM5 hingga RM6 sekilo tetapi sekarang RM2.50 sekilo.

"Harga yang diterima itu belum ditolak dengan harga upah kerja dan upah pengangkutan. Kita telah serah memorandum pada menteri dua minggu lalu tetapi sampai sekarang tak dapat lagi langkah bagi menjamin harga komoditi tidak jatuh.
"Sampai sekarang tak ada yang menjawab mengenai hal ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara semalam.

NONEHarga satu tan kelapa sawit pada enam bulan lalu ialah RM550 hingga RM700.

Pada 23 Oktober lalu, ANAK menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen berhubung masalah kejatuhan harga komoditi untuk diserah kepada Bernard.

Mazlan berkata dua permohonan telah dilakukan untuk bertemu Bernard bagaimanapun gagal.

Sehubungan itu, Mazlan mencadangkan agar kerajaan menyediakan kembali skim seperti yang pernah dilancarkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu pekebun kecil yang menghadapi masalah kejatuhan harga komoditi.

Jelas Mazlan, skim yang dibuat secara "ad-hoc" pada tahun 90-an itu membantu para pekebun dengan memberi sokongan pendapatan, insentif dan penanaman semula kelapa sawit.

"Kerajaan boleh hidupkan skim itu. Skim itu dibuat masa zaman Mahathir. Skim itu membantu pekebun.

"Tetapi sekarang, bukan sahaja skim, penanaman semula kepala sawit juga tidak dilakukan dan ini juga memberi masalah pendapatan kepada pekebun yang terpaksa menerima hasil daripada pokok kelapa sawit tua," katanya lagi.

Tiada ulasan: