Sabtu, 10 November 2012

ADA LAGI YANG TAK TAHU MALU...DAH BANYAK BUAT SALAH TAPI SELAMBA AJE...SAPE DIA...ALLAH LAH YANG TAHU...TUNGGU SAJA ALLAH MENGHUKUM MEREKA2 NI

Puad: Dasar pertukaran guru akan disemak, pastikan lebih jelas

10 November 2012
Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
SUNGAI PETANI - Dasar pertukaran guru akan disemak semula bagi memastikan prosedurnya dapat difahami dengan lebih jelas oleh pihak berkenaan.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sesetengah guru tidak memahami prosedur yang telah ditetapkan, sebelum membuat permohonan pertukaran tempat mengajar.
"Mengenai masalah pertukaran ini, kita faham isu ini dan amat bersimpati sebab ketika mula bertugas, tiada masalah tapi ia timbul selepas guru berkahwin dan mempunyai anak.
"Masalah ini lebih kepada soal opsyen, contohnya kalau guru Bahasa Melayu keluar dan tiada ganti, akan timbul masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Merbok dekat sini hari ini.
Beliau berkata semakan yang menyeluruh akan dilakukan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian termasuk mengambil kira polisi sedia ada dan melakukan kemas kini data guru-guru.
Mohd Puad berkata permohonan untuk pertukaran tempat mengajar dibuka dua kali setahun iaitu pada Jun serta Disember dan kelulusan diberi berdasarkan beberapa faktor kritikal antaranya ancaman keselamatan atau guru terbabit menghidap sesuatu penyakit.
"Pertukaran dibenarkan pada bulan Jun kerana pada waktu itu belum ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (atau peperiksaan besar yang lain)," katanya.
Beliau berkata bagi Disember tahun ini, pihaknya menerima 12,884 permohonan pertukaran membabitkan guru sekolah rendah dan 9,788 bagi sekolah menengah, namun hanya 1,922 (sekolah rendah) dan 1,319 (sekolah menengah) diluluskan.
Katanya antara subjek yang sukar mendapat pengganti jika seseorang guru bertukar ialah Pengajian Islam, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup.
Dalam perkembangan lain Mohd Puad mencabar pakatan pembangkang mengemukakan rangka tindakan atau perancangan strategik pendidikan yang mahu mereka laksanakan jika memerintah negara ini.
"Kalau setakat janji nak bagi RM500 kepada guru, itu bukan dasar, hanya gimik politik sahaja. Perdana Menteri beri bonus kepada semua kakitangan awam termasuk guru sebanyak sebulan setengah gaji dan jumlah itu lebih RM500 yang dijanjikan oleh pembangkang," katanya.- Bernama
Nik Aziz pertahan Nurul Izzah
ROSMIZA KASIM
10 November 2012
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.

Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk.

“Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi ‘gege gegok’ (diperbesarkan),” katanya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan di sini, semalam.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan katanya, tidak semestinya apa dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

“Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia,” katanya kepada media semalam.

Nik Aziz berkata, berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah.

“Saya pembangkang dan saya juga dituduh sebagai bapa kafir, sedangkan saya ini pejuang Islam,” katanya.


Panas! Penterjemahan Bahasa Melayu Ulasan Nurul Izzah Untuk Bloger Fitnah UMNO Yang Tak Faham Bahasa Inggeris!





Kuala Lumpur - by @tiewnama
arakian kerana media penfitnah nombor 1 negara iaitu utusan dan berita harian serta blog 
blog porno dari Barisan Nasional telah menyiarkan risalah serta penulisan fitnah terhadap 
nurul izzah, 

hari ini tim era pasca akan membuat penterjemahan dalam bahasa melayu tulin lagi 
bersastera agar mereka faham akan erti dan maksud sebenarnya ucapan nurul izzah ini, 

kerana umum tahu bahawa Bahasa Inggeris bagi media propaganda Barisan Nasional ini 
tidak begitu bagus, kerana pengarah dan editor media propanganda Barisan Nasional ini 
hanya belajar B.I di negara mexico yang terkenal dengan dadah dan penyeludupan senjata 
api, 

dan bloger lucah serta porno Barisan Nasional juga telah di suap dan di penuhi dengan lucah 
dan porno ke dalam sanubari mereka sebagai zikir amalan setiap hari, maka keimanan 
mereka hanyalah kepada seks blue dan lucah, maka mereka tidak akan dapat membezakan
antara isu agama atau isu rosmah mansor dan isterinya taib mahmud serta anak nazri aziz.

berikut adalah terjemahan penuh nurul izzah dalam sesi soal jawab mengenai 
kebebasan beragama. 

TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU

Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk 
masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."

Nurul Izzah : Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun 
telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, 
atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya 
untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas.

Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. 

Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa 
apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama 
anda hinggakan saya sendiri, 

yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan 

nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.

TRANSCRIPT ENGLISH
Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the 
Malays as well? Thanks."

Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted 
that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, 
"Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, 
of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, 
is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled 
in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society 
will not deter you. Thank you.

KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH.
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya 
menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” 
sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam 
agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak 
ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, 
ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk 
Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara
tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah 
saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. 
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan dakwah untuk memperkukuh akidah 
dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk 
dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan 
bersama.


KENYATAAN MEDIA
PADA 6 November 2012 - Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya -
Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang undang
ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk
blog blog berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian
dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

video penuh ucapan nurul izzah boleh klik SINI



Akidah Pengikut Ahlul Sunnah Wal Jemaah Yang Taat, umno boleh! Bolehland!



Menteri Agama Islam Luluskan Kelulusan Murtad Akidah.


Akidah Akidah Akidah

by @tiewnama - apa pendapat dato hasan ali mengenai akidah anak nazri aziz ini?
hasan ali - khalid samad adalah Parasit.

by @tiewnama - apa pendapat dato jamil khir mengenai akidah anak nazri aziz ini?
jamil khir - saya tidak gunakan wang zakat untuk biaya saman fitnah anwar.

by @tiewnama - apa pendapat dato mashitah mengenai akidah anak nazri aziz ini?
mashitah - nurul izzah boleh di tuduh menghina agama islam.

by @tiewnama - apa pendapat tiewnama mengenai akidah anak nazri aziz ini?
tiewnama - ini adalah akidah islam azali ahlul punah wal ranah umno sejak 55 tahun
yang lalu. kahkahkahkah

Di bawah adalah dari Pejabat PKR, bandingkan.

TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS
Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."
Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas.
Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.
KENYATAAN MEDIA
4 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.
Nurul Izzah Anwar
KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.
Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Nik Aziz: 'Itu tak betul, kalau itu ucapan Nurul Izzah'

9 November 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul.
"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu.
Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu".
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 November.
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya beliau berani untuk menyatakan kebenaran apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak berbangkit.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam, semata-mata untuk kepentingan politik. - Bernama
Suspek kes rompakan bank di Sungai Buloh mati

10 November 2012
 Mohd Adnan Abdullah
Anggota Polis mengeluarkan mayat penjenayah yang berjaya ditembak dari kenderaannya dalam satu kejadian tembakan yang berlaku di Kampung Chubadak, hari ini.-Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menembak mati seorang suspek kes rompak sebuah bank yang kerugian RM202,800 pada 5 Nov lepas, dalam kejadian di Kampung Chubadak, Jalan Datuk Senu 3 di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata seorang lagi rakan suspek yang turut berada di dalam kereta jenis Toyota Vios, melarikan diri dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi ini.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila pasukan khas polis yang dibentuk untuk menyiasat kes itu mengesan kereta sebuah BMW putih di Greenwood, Gombak, yang digunakan dalam rompakan bank di Sungai Buloh itu.
"Menyedari diekori, pemandu BMW memecut laju kereta itu dan berhenti di Plaza Tol Gombak sebelum menaiki kereta Toyota Vios yang menunggu di situ.

"Polis menghampiri kereta berkenaan sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan selaras pump gun seolah-olah mahu melepaskan tembakan ke arah polis," kata Mohd Adnan kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Adnan berkata bagi mempertahankan diri, polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek sebelum kenderaan itu memecut laju melarikan diri.
"Suspek dan polis berbalas tembakan ketika kereta itu dikejar sejauh 15km. Dalam keadaan kelam kabut itu, kereta Vios tersebut terbabas sebelum merempuh tembok sebuah madrasah di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Adnan berkata seorang suspek melarikan diri manakala pemandu kereta berusia 33 tahun berasal dari Kelantan, mati ditembak.

Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui selaras pump gun yang dirampas daripada pengawal keselamatan bank serta sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu.

"Siasatan lanjut juga mendapati kereta BMW yang ditinggalkan di Plaza Tol Gombak dilaporkan disamun di Setapak manakala kereta Vios itu disamun di Sri Damansara awal bulan ini," katanya.

Mohd Adnan berkata suspek yang mati ditembak memiliki enam rekod jenayah lampau, antaranya dua kes samun dan satu curi kereta.

Dalam kejadian pukul 2.40 petang 5 Nov lepas, tiga lelaki memakai topi besbol bersenjatakan dua pucuk pistol menjadikan pelanggan dan pengawal keselamatan bank berkenaan sebagai tebusan sebelum melarikan  wang tunai RM202,800 dalam kejadian yang hanya mengambil masa lima minit.  - Bernama
Rafizi tidak tahu malu
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Mohd Rafizi Ramli & Noh Omar
Noh (kanan) terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media kerana tempat itu dimonopoli oleh Rafizi. - Foto Faizal Salleh

SHAH ALAM - "Dia (Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR) patut c. Dia memang tidak tahu malu apabila menggunakan kemudahan disediakan kepada Ahli Parlimen. Dia yang sebenarnya yang menjatuhkan maruah Dewan Rakyat."
Demikian kenyataan sinis Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ketika mengulas dakwaan Rafizi terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.
Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan ‘Parlimen Malaysia Sidang Media’ disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.
Noh berkata, beliau bersetuju dengan laranganyangdibuat itu kerana sudut sidang media itu adalah satu kawasan khusus untuk Ahli Parlimen tetapi telah dimanipulasi oleh pemimpin parti pembangkang yang bukan Ahli Parlimen untuk membuat sidang media.
"Rafizi bagi saya ahli politik tidak matang, tidak tahu malu dan hanya mengambil kesempatan.
Lebih melucukan apabila dia pula menyalahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kononnya menggunakan kuasa menghalangnya membuat sidang media," katanya, semalam.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, Rafizi perlu cermin diri sendiri sebelum membuat tuduhankerana larangan itu hanya dikenakan kepada orang luar atau pelawat.
"Saya pernah berhadapan situasi ini. Sebagai menteri dan Ahli Parlimen, saya terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media kerana tempat itu digunakan Rafizi.
Saya hairan, dia buat sidang media atau ceramah politik kerana ambil masa terlalu lama.
"Siapa Rafizi ini? Kalau Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Saifudin Nasution (Machang) yang mengadakan sidang media tidak mengapalah kerana mereka Ahli Parlimen, tetapi mereka ini hanya menjadi 'pengiring' Rafizi pada hari tersebut," katanya.
Jika Rafizi menghormati martabat Dewan Rakyat, kata Noh, dia tidak akan buat sidang edia di lobi Parlimen, tetapi di tempat lebih sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli politik. 
"Dia boleh buat sidang media di ibu pejabat partinya sendiri kalau dia mahu. Tetapi inilah sikap pemimpin pembangkang yang perlu diketahui rakyat. Dia yang buat salah ceroboh hak Ahli Parlimen kemudian salahkan orang lain pula. Kalau dia tahu malu, dia takkan buat  begitu," katanya.
DAP: 'MCA tidak layak cakap'
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
9 November 2012
Dr Tan Seng Giaw
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw
SHAH ALAM – Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) DAP, enggan melayan desakan MCA yang disifatkan sebagai hanya membuang masa jika mereka menuruti tuntutan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal hudud.

“Sudah-sudahlah bercakap soal hal ini, MCA sekarang ini cuba jadi batu api untuk mengeruhkan hubungan baik DAP dengan Pas dan orang Melayu yang lain.

“Dia tidak perlu dan tidak layak pun bercakap soal ini (hudud), dia bukannya Tuan Guru Nik Aziz (Musyidul Am Pas) yang mempunyai kepakaran dalam hal ini, jadi buat apa kita mahu melayan cakap dia,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Seng Giaw, Soi Lek sengaja mencari pasal apabila membuat cabaran itu kepada DAP sedangkan MCA sendiri tidak pasti tentang perkara itu.

Pada Sabtu lalu, MCA mencabar PR untuk meletakkan hudud dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mereka sekiranya benar menyokong perjuangan Pas dalam menegakkan hukum Islam.

Selain itu, Soi Lek turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka,  sama ada mereka bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong mengingatkan Soi Lek untuk berhenti bercakap mengenai hal agama orang lain.
SPR nafi dakwaan Anwar cubaan tipu daftar pemilih
Wartawan Sinar Harian
9 November 2012
Kamaruddin Mohamed Baria
Setiausaha SPR. Datuk Kamaruddin Mohamed Baria

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujud cubaan menipu dalam daftar pemilih bagi suku keempat 2011.
Setiausahanya. Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, dakwaan tersebut dibuat semata-mata untuk memperlekeh SPR.
Menurutnya, berdasarkan rekod SPR, 2011 merupakan tahun paling tinggi, SPR menerima pendaftaran pemilih baru dan pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi.
"Peningkatan ini berlaku kerana kempen secara berterusan oleh SPR, faktor spekulasi tarikh pilihan raya yang semakin hampir.
"Selain ini, ianya juga disebabkan usaha gigih Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang dilantik SPR, terdiri daripada pelbagai kategori termasuk daripada wakil parti politik," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar yang disiarkan Sinar Harian pada 5 November lalu.
Kamaruddin berkata, bagi 2011, jumlah keseluruhan pendaftaran yang disahkan ialah 1,319,077 yang terdiri daripada 1,047,218 orang mendaftar sebagai pemilih baru dan seramai 271,859 orang mendaftar tukar alamat pusat mengundi.
Menurutnya, urusan pendaftaran pemilih bukan hanya dilakukan Ibu Pejabat SPR dan Pejabat Pilihan Raya Negeri, tetapi dilakukan PPP wakil parti politik.
"Seramai 584,281 orang pemilih telah didaftarkan oleh PPP wakil parti politik termasuk Pakatan Rakyat (PR)," katanya.
Beliau turut menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar supaya menyemak maklumat pendaftaran mereka dan boleh membuat aduan kepada SPR jika wujud maklumat yang tidak tepat.
Mangsa banjir di Selangor, Melaka meningkat

10 November 2012
KUALA LUMPUR - Bilangan mangsa banjir di Selangor dan Melaka yang berada di pusat pemindahan pagi ini berjumlah 1,014 berbanding 996 malam tadi.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, Selangor, jumlah itu mencatatkan peningkatan daripada 878 malam tadi kepada 938 setakat 10.48 pagi ini.
Mangsa terdiri daripada 247 keluarga di Selangor ditempatkan di empat pusat pemindahan di Kuala Langat serta masing-masing satu di Sepang dan Kuala Selangor.
Di Melaka, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 76 orang berbanding 61 semalam, namun hanya satu pusat pemindahan dibuka di negeri itu iaitu di Jasin yang menempatkan mangsa terdiri daripada 15 keluarga.
Di Johor, portal berkenaan menyatakan jumlah mangsa banjir ialah 439 orang dengan enam pusat pemindahan dibuka di Batu Pahat.

Sementara itu, portal Jabatan Saliran dan Pengairan berkata paras air di dua sungai utama di Selangor iaitu Sungai Langat di Bukit Changgang dan Sungai Selangor di Kuala Badong telah melebihi paras bahaya dan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu diminta berjaga-jaga. - Bernama

Tiada ulasan: