Sabtu, 10 November 2012

NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH....SAPE KAKI TIPU...PEMBOHONG...KAKI BODEK...KAKI PUTAR BELIT....RAKYAT MUNGKIN TAHU

Stadium Runtuh Tak Terbaiki, Keruntuhan Akhlak Bagaimana?
Posted on Saturday, November 10 @ 11:38:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AntiKarat

"Bercakap tentang stadium runtuh baik bercakap dengan lembu daripada bercakap dengan kerajaan negeri. Lembu, kalau tak jawab pun, padanlah dengan sifat haiwan itu. Orang pun ada umpamakan sebagai otak lembu. Bercakap dengan kerajaan negeri, dah masuk empat tahun, begitulah rupa paras stadium runtuh sekarang.

Tak masuk akal langsung. Lembu yang dikatakan dungu pun tak dapat fikir macam mana sebuah kerajaan TOP IT tak mampu nak pulihkan maruah stadium yang bernama sultan itu. Menggeleng kepala, lembu. Kata orang Terengganu, dok rok cetong. Kerajaan dok rok cetong itukah yang nak dikekalkan oleh rakyat?

Kita tak mahu lagi bercakap tentang siapa yang bertanggungjawab membaiki kerosakan stadium itu sama kerajaan negeri atau pemaju. Kita tanya tentang tanggungjawab dan kapasiti sebuah kerajaan yang ada akauntabiliti. Apakah kalau stadium runtuh itu berlaku di Brunei atau Singapura, maka sampai ke hari ini stadium itu dibiarkan sebegitu rupa?

Rumit sangatkah hinggakan beratus juta wang rakyat dibazirkan begitu?
Aku melihat secara sinis komitmen dan akauntabiliti kerajaan negeri yang siang malam berkempen untuk memujuk rakyat agar terus mengekalkan kuasanya. Kalaulah stadium runtuh pun tak mampu diselesaikan apakah jaminan kerajaan negeri berkemampuan untuk menyelesaikan  keruntuhan akhlak rakyat? Pernahkah pemimpin kerajaan negeri bercakap tentang keruntuhan akhlak rakyat secara seius? Bak akhlak, mereka bersikap macam lembu kenyang tadi. Dalam mulut mengunyah rumput, usus rancak memproses najis.

Mereka bergegar bercakap tentang ICT, kemampuan TOP IT, bercakap tentang minda kelas pertama. Bab rakyat nak lingkup kerana dadah, bebas bergaul jantan betina berkepit atas motor macam belangkas, tak sembahyang, botol arak bertimbun di kampung Melayu, persundalan hingga buang bayi dan bab remaja bunuh diri kerana gagal cinta.........semuanya dianggap remeh, kes terpencil dan masalah peribadi.

Sebagai kakitangan kerajaan negeri, aku banyak kali juga terdedah dengan majlis dan program yang dianjurkan oleh jabatan. Sebagai kakitangan kerajaan kita akurlah. Lagipun tangan akulah yang angkat kerajaan ini pada tahun 2008 dulu. Tetapi lama-kelamaan mari juga terfikir dalam hati ini, inikah standard sebuah kerajaan negeri. Mampukah sebuah kerajaan yang gagal  menyelesaikan masalah stadium runtuh, diberikan amanah untuk menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak hidup rakyat? Akan terbinakah nanti sebuah masyarakat yang tinggi kualiti akalnya tapi kohong (busuk) budinya? Sedangkan budi dan akhlak itulah nanti menjadi penentu syurga neraka di akhirat kelak.

Rakyat yang celik akan menggunakan akal untuk menilai dan memilih. Manakala rakyat yang tidur akan merapu dalam mimpi. Inilah analogi yang agak sesuai untuk membezakan antara intelek kaca dan intelek permata. Pada PRU12 dulu, intelek aku adalah intelek kaca. Setiap hari melintasi stadium runtuh telah membuka mindaku. Kalau pada 2008 tangan ini pernah menaikkan kerajaan ini, insya-Allah tangan yang sama tidak sabar-sabar untuk membuat pembetulan atas kesilapan diri.
 PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas
Posted on Friday, November 09 @ 14:32:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru.

Presiden Pendidik Normala Sudirman (gambar) berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas.

Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS.

"Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk ‘key in’ data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan ‘kerja- kerja perkeranian’.

"Ini menjejaskan tumpuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pula dengan guru yang terpaksa mengajar dua atau tiga mata pelajaran sehingga terpaksa ‘key in’ data 120 orang pelajar?"tegasnya.

Katanya, hak dan masa rehat guru serta kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian.

Dalam pelaksanaan PBS, katanya kelajuan internet adalah perkara paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu, menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk ‘key in' data tidak dapat dilakukan.

"Selagi akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah masih belum diatasi, maka tangguh dahulu PBS ini dan kaji semula pelaksanaannya," katanya ketika ditemui.

Tambahan pula soalnya, bagaimana dengan nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini?

"Apakah mereka dianggap telah terkeluar dari kerangka sisitem
pendidikan negara? Bagaimana dengan nasib mereka pada masa hadapan?Seolah- olah kerajaan meminggirkan peranan mereka yang juga merupakan warganegara Malaysia," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar guru-guru diberi kursus peningkatan secara profesional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS dapat berjalan dengan lancar. - Harakah
 PBS sangat membebankan para guru
Posted on Saturday, November 10 @ 11:35:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Aduanrakyat.com 9 Nov 2012 - Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan…

Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..
Saya merasakan peperiksaan jauh lebih baik kerana pelajar ada daya usaha, daya saing, mereka akan belajar dan menjawab dengan baik.. seterusnya guru-guru ada ruang masa melakukan kerja-kerja lain spt ko-kurikulum, membuat lesson plan, program dll
Dengan PBS, guru-guru akan menanda kertas dan memantau band pelajar sepanjang tahun…hingga menjadi semput dan sesak nafas… waktu malam pula kami bangun semata-mata mahu key-in PBS dalam talian yang sangat lambat..
Harap pihak LPM boleh mengkaji semula PBS dan mengeluarkan borang soal selidik kepada guru-guru yang terlibat..
Serkian terima Kasih
By: halina
 

Zulkifli Noordin Minta Nyawa!!
Posted on Saturday, November 10 @ 11:34:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"Nampaknya Zulkifli Noordin yang nazak meminta nyawa politiknya dipulihkan. Minta nyawa supaya karier politiknya boleh diteruskan selepas PRU nanti.

Meminta nyawa dengan menunjukkan kesedian untuk membela akhbar haprak dari disaman. Seperti biasa Zulkifli Nordin akan bercakap tinggi melangit dengan 'kejutan' yang akan dibuat beliau membela Utusan Malaysia tanpa 'bayaran'.



Boleh percaya ke orang yang minta RM60 000 daripada Anwar untuk mengosongkan Parlimen Kulim-Bandar baru nak memberikan perkhidmatan percuma!!
Dengan bangganya dia berkata Anwar dan Nurul Izzah akan "terkejut beruk" dengan apa yang akan dibuatnya.
"Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia."
Kita biarkan untuknya bercakap, agak-agaknya adakah UMNo akan mengambilnya menjadi calon PRU nanti. Insyaallah selepas PRU, dia bungkus!! Sama-sama kita lihat Naib Presiden Perkasa ini hanyut bersama Presidennya Ibrahim Ali. -EkELEH.com

"
Perbezaan pelajar PASTI dengan pelajar Tadika Kemas 1 Malaysia
Posted on Friday, November 09 @ 23:46:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: helangsenja

"Gambar ini diambil di Zoo Negara pada 8 Nov 2012 ketika rombongan lawatan PASTI kawasan Gombak ke sana. Apa yang menarik perhatian kami, perbezaan yang dapat dilihat antara pelajar PASTI (berbaju biru putih) dan juga pelajar Tadika Kemas 1 Malaysia (berbaju merah kuning). Bukan mahu menglibatkan isu politik, tetapi isunya pendidikan pra sekolah yang mana Malaysia patut tonjolkan.


 
Apa yang dapat diperhatikan di dalam gambar ini, PELAJAR  sekolah PASTI kesemua pelajarnya diasuh bertudung bagi beragama Islam dan juga berkopiah manakala apa yang anda dapat lihat pelajar Tadika Kemas, pelajarnya tidak diasuh dengan bertudung bagi pelajar perempuan dan dari kecil lagi diajar duduk bercampuran lelaki dan perempuan. Dan juga perbezaan antara guru-guru mereka.
Reaksi ini juga telah mendapat maklumbalas hangat di facebook kami dan juga mendapat like yang banyak.
"Sutan Nahu ..kedua2nya baik belaka...tetapi yg berbaju biru SIKIT LEBIH BAIK...ada semangat perpaduan antara yg berbaju biru.....persoalan...kenapa tak digalakkan percampuran antara yg biru dan merah/kuning?.... sekadar ingin bertanya...."
"Buza Yasin tadika yg tepat dengan peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebung' adalah PASTI....."
"Allblck Ketibat tapi makin ramai orang nak hantar pasti......!!! Tak gitu...kat kampung aku..tadika kemas jadi stor la nie....Mungkin buka kat kampung sebelah...kot.."
"Nurul Dalila Mohd Idris i think that was not a reason, even sekolah campur pun murid yg Islam perlu di asuh dari kecil menutup aurat, bukan faktor bngsa yg dijadikan alasan"
"Nurul Azlin Sokaraon anak takleh nk membaca tu salah mak bapak tak nak ajar anak kt umah...asyik harapkn cikgu je...jenuh la...ni la manusia...bila anak pandai.. ckp mak bpk susah payah didik langsung tlupa jasa guru2 yg mgajar...tp bila anak kurang pandai ckp sekolah n cikgu tak reti nk ajar tp lupa mak bapak sdri tak peduli anak tu buat tak homework yg cikgu kasi...."
"Mohd Razali Ibrahim Semuga adik2 yg sekolah PASTI kekal dgn asuhan yg diberikan.. KEMAS pun okay sbenarnya.. Tp time aku blajar kat skolah kemas dulu.. Cg 'tu' kan suruh mak ayah aku pangkah BN.. Kuang2.. Masih terngiang2 lg.. Then, aku blik gtau mak ayah aku.. Mak ayah gelak sakan.. Cg tu pun dah tahu mak ayah penyokong tegar PAS.. Tp xambik pusing pun.. Wat dono je.. cg 'tu' pun masih mengajar kat KEMAS tu lg sampai skarng.. Tp dia tetap cg aku sampai bila2.."
"Mustafa Kamal Mahsurom Anak guru didik. Mak & ayahnya siapa yg patut didik? Jawapan saya : ULAMAK."
"Taqiuddin Tabarani dlam soal pendidikan bukan cari salah siapa, soalnya mcm mne kita mendidik,.. sepatutnya Pasti dan KEMAS sentiasa timbal balik mana kelemahan dan kekuatan. JGN POLITIKKAN PENDIDIKAN. akhirnya, anak-anak jadi mangsa.. adakah kita mahu generasi kita akan dtg terbeza dari ideologi poliitik yg tak sihat?? saya juga AHLI PAS =)=)"
 "Eyeda Gani anak saya pun sekolah PASTI...allhamdulilah seawal 5 thn dah pandai solat degan tertib yg betul dah faham .."
"Ardawieya Q'aizan kata-kata imam al-ghazali.. anak yg dididik drpd seorg wanita yang lemah lembut, sopan dan santun mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu.. jika baik gurunya maka baik la bentuk acuannya.. wallhualam.."
"Yusri Razi klu dah tau kelemahan sistem pendidikan itu, maka perbaikilah..sapa yg bertanggungjawab? menteri pendidikan..macammana nak suruh menteri pendidikan ubah?? PRU 13 kasi tukar kerajaan.."
"Mohd Azril Mat Soom alhamdulillah,anak saya br berumur 5 tahun dihantar ke tadika PASTI dah hafal 8 hadis dan maksudnya sekali..dah masuk iqra'3..."
Apapun reaksi rakan-rakan FB Pemuda Gombak, ia terpulang kepada penilaian yang terbaik untuk memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak anda. Anak-anak adalah aset yang paling penting untuk masa depan negara dan ia bermula dari anak-anak masih kecil lagi. Dan didikan yang terbaik adalah mendidik dengan mengenal agama.
Layari www.pemudagombak.com dan FB: pemudagombak.com
 Melayu ASWJ PAS vs Melayu ASWJ UMNO
Posted on Friday, November 09 @ 16:59:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: awwal

"ASWJ umumnya terdiri dari empat mazhab.Ada yang bersetuju masukkan syiah zaidiyah,hasil dari perbahasan ulama.Rata2 disebelah sini yakni Malaysia-Indonesia majoriti memilih mazhab syafi'e.India-Pakistan_Afghanistan dan sekawasan memilih mazhab hanafi.Dan disebelah Timor Tengah kebanyakannya bermazhab maliki.

Mazhab Syafi'e adalah mazhab yang paling dekat kepada syiah,dan paling cinta kepada al-Hussein.Berikut adalah serangkai syair imam Syafi'e untuk membuktikan perkara diatas:

"Jika saya akan dituduh orang Syiah kerana saya mencintai keluarga Muhammad,maka saksikanlah oleh seluruh manusia dan jin bahwa saya ini adalah penganut Syiah"

Manakala lain2 mazhab dalam ASWJ cenderong kepada pemujaan dua sheikh iaitu Abu Bakar dan Umar al-Khattab disamping menghormati keluarga Muhammad.Orang yang bertanggongjawab membawa kearah ini adalah khalifah Umar ibnul Aziz.Dialah yang membariskan empat khalifah Abu Bakar,Umar,Othman dan Ali dalam kumpulan yang digelari khalifah ar-rasyidin.Sebelumnya semua khalifah umaiyah hanya mengiktiraf Abu Bakar,Umar dan Othman saja.Ali akan dicerca diatas mimbar masjid setiap hari Jumaat dalam khutbah.
Pernah diriwayatkan bahawa khalifah Umar ibnul Aziz ini memerhati bapanya bila berkhutbah mencerca Ali.Katanya."Kenapa aku lihat bila engkau mencerca Ali,engkau kelihatan resah dan tidak tenang"Jawab bapanya,"Kalau orang syam kenal siapa sebenarnya Ali bin Abi Thalib ini,mereka akan lari dari kita menyebelahi turunan Ali". Jadi isu cercaan terhadap Ali ini adalah isu politik.
DiMalaysia keseluruhannya adalah bermazhab ASWJ fahaman syafi'e.Ada lah sedikit yang menganut syiah sejak dari bermulanya revolusi Iran.Sesungguh revolusi Iran merupakan satu kejutan besar terhadap dunia umumnya dan terhadap pengaruh ugama mazhab syiah khususnya.Kebetulan Iran menganut mazhab syi'ah imam dua belas.Revolusi Iran ini terutamanya mengejutkan dunia Arab yang rata2nya mazhab ASWJ.Ianya seolah2 memaparkan kelesuan ulama2 besar ASWJ yang gagal membawa perubahan terhadap negara2 mereka terutama dalam menghadapi pemimpin2 mereka yang bersifat diktator dan menjadi boneka kuasa2 besar dunia ketika itu iaitu Amerika dan Soviet Russia.Iran melalui gerakan ulama syiah berhasil menjatuhkan boneka terkuat Amerika iaitu Shah.Ini memalukan ulama2 ASWJ.Dunia mula kenal sejak dari itu akan mazhab syiah.Sebelumnya tidak ramai yang tahu akan ujudnya mazhab ini.Malah hingga hari ini ada-terutama golongan muda-yang tidak tahu menahu akan mazhab syiah ini.
Maka mulalah negara2 Arab berikhtiar bagaimana untuk menyekat pengaruh revolusi Iran ini dari menyerap kedalam negara2 mereka. Umum tahu ramai bermazhab syiah di beberapa negara Arab terutamanya Iraq,Bahrain,Syria,Lebanon,Yemen malah di Arab Saudi sendiri.Langkah pertama ialah menyokong Saddam Hussein dalam tindakannya menyerang Iran dan Saddam Hussein,walaupun merupakan musuh barat dan Amerika,tapi dalam hal ini turut membekal senjata kepada Iraq dalam usahanya memerangi Iran.
DiMalaysia,orang2 melayu biasanya kelihatan menyokong Iraq,kerana Iraq itu Arab.Dan Arab itu islam-mereka tidak menyedari yang ramai arab berugama kristian terutamanya arab Lebanon dan sedikit arab Iraq dan Mesir-manakala Iran itu parsi bermazhab syiah-dan mereka didakyahkan syiah itu kafir bukan islam.Maka bangkitlah isu2 tentang kahwin mut'ah,quran syiah dan sebagainya.
Tapi bagi orang melayu yang berpengetahuan tentang islam apa lagi yang major dalam sejarah islam-rata2 ulama2 dalam PAS dan ahli2 PAS yg berpelajaran bertindak lebih matang.Bagi mereka adalah keterlaluan untuk mengkafirkan syiah.Kerana kalau benar syiah itu kafir bagaimana pula Arab Saudi boleh membenarkan mereka pergi Mekah mengerjakan haji.
Manakala orang2 melayu dalam UMNO biasanya tidak berpelajaran ugama dan mereka ini buta tentang mazhab2 ini.Dan mereka bergantung kepada pendapat pemimpin2 mereka saja.Contoh yang paling ketara ialah tidak boleh berpolitik dalam masjid.Ini dipegang cukup kuat oleh ahli2nya dikampong2.Yang faham tentang perkara ini adalah golongan2 ulama dalam UMNO-tapi mereka mendiamkan diri demi menjaga politik mereka.
Maka hari ini,ujud pendokong2 UMNO yang akan pergunakan syiah untuk mengacau PAS.Antara mereka cukup dangkal dalam sejarah syiah ini.Mereka inilah yang mati2 mengkafirkan syiah.Menuduh syiah mazhab yang pengasasnya seorang yahudi Abdullah ibnu Saba'.Mereka tidak mengenali beberapa cabang dalam syiah seperti Zaidiyah, Imamiyah, Ismailiyah, Kaisanyyah, Sabaiyah, Druze ,syiah ghulat dan sebagainya.Mereka hanya main pukul rata syiah itu kafir. Malah ada diantara mereka yang mengatakan al-Hussein itu gila kuasa kerana menentang Yazib bin Muawiyah tanpa mengetahui latar belakang sejarah perlantikan khalifah dalam islam.

Sampai2 ada yang dalam salawat tidak mahu menyebut kalimah "wa 'ala alihi'(keatas keluarganya-maksud kesejahteraan keatas keluarga Muhammad). Ini menunjukkan betapa jahilnya puak2 ini.

 Tahniah Untuk Permaisuri Agong!!
Posted on Friday, November 09 @ 16:52:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"

Alhamdulillah, menunaikan haji kali ini memberi kesan kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang telah tampil berhijab. Tuanku Hajah Haminah pulang dari mengerjakan haji pada 31 Oktober lalu.

Terkini, Tuanku (dua kanan) tampil bertudung semasa berangkat menghadiri majlis Festival Busana Islam Kuala Lumpur atau Islamic Fashion Festival (IFF) Kuala Lumpur 2012 di sini malam tadi.


Sebelum ini tuanku tampil bertudung sewaktu menghadiri Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-230 di Istana Negara. Tahniah, kerana perubahan ini. Kalau tudung tu ke bawah sedikit, lagi best!!



Dan...janganlah dihiraukan sangat dengan hajah ini.... Terkini hajah ini tampil pada majlis pelancaran buku Seorang Profesor Bersama NGO JUITA : Perkongsian Bijak Dalam Kerja Amal Kebajikan Masyarakat semalam dalam keadaan berkilau-kilau!!


-Niat yang tulus -Amanah yang tinggi -Jujur hatinya -Ikhlas tindakannya -Bersih tingkahlakunya => N.A.J.I.B seperti yang terdapat dalam buku Fardhu Ain sebelum ini.
Akhirnya Amanah Allah yang diberikan terabai... EkELEH.com

 UMNO dikejar “dosa dan bayang-bayang Memali”
Posted on Friday, November 09 @ 14:47:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh RoketkiniKUALA LUMPUR 8 NOVEMBER: Dikejar bayang-bayang sendiri, UMNO dan sekutunya dalam BN semakin hilang arah apabila mereka sendiri terperangkap dengan permainan isu agama dan politik apabila terus menerus menuduh DAP sebagai golongan kafir harbi.

Sedangkan, DAP secara jelas dan tegas menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi negara. Persoalannya, adakah perjuangan mengangkat Perlembagaan Persekutuan itu “kafir harbi”?
Tindakan jahat dan keji melabel DAP sebagai “kafir harbi” oleh lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia memnang disengajakan sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa menggelarkan orang bukan Islam sebagai “kafir harbi”.
Dalam satu kenyataannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah pun melancarkan perang terhadap Islam sebaliknya kerajaan BN sendiri bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang Islam dalam tragedi berdarah Memali, Kedah pada 1985.
“Sepertimana DAP, PAS juga tidak pernah membunuh walaupun seorang bukan Islam atau bukan Melayu, tetapi masih lagi dijadikan momok yang mengancam keselamatan bukan Melayu,
“Sebaliknya, DAP telah kehilangan ahli seperti Teoh Beng Hock yang ditemui mati di perkarangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sementara ahli PAS telah dibunuh dalam insiden Kampung Memali 1985,” ujar Guan Eng.-Roketkini.com




Generasi baru Felda dapat durian runtuh RM563 juta

10 November 2012
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Perhimpunan Generasi Baharu FELDA hari ini - Foto Bernama
[BERSAMA VIDEO] SHAH ALAM - Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru Felda sebanyak RM5,000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta.
 
Sebagai menandakan pembayaran itu, Najib menyampaikan cek replika kepada wakil dari 11 Wilayah Felda pada Himpunan Generasi Baharu Felda dihadiri kira-kira 12,000 belia dari seluruh negara di Universiti Teknologi Mara di sini.
 
Berucap pada majlis itu, Najib berkata, kini tiba giliran generasi baru Felda untuk mendapat manfaat itu selepas ibu dan bapa mereka sebelum ini.
 
"Hari ini giliran generasi kedua anak-anak mendapat rahmat daripada durian runtuh, sekali gus membuktikan bahawa sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah mungkir janji," kata beliau.
 
Sebelas Wilayah Felda itu ialah Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Bahru, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu.

Laporan media sebelum ini menyebut jumlah durian runtuh yang diberi kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua ini ialah RM1.689 bilion.
  
Najib menarik perhatian bahawa pihak pembangkang cuba menidak dan menggagalkan segala usaha baik yang kerajaan lakukan, misalnya dengan menyatakan Felda telah bankrap.
  
"Orang yang tak betul sahaja yang percaya Felda bankrap," tegas beliau.
  
Najib berkata mereka bukan sahaja mengutuk tindakan malah memfitnah kerajaan, dan kalaupun mereka mengemukakan idea, ia bersifat dangkal.
  
Sumber dana kesemua pemberian durian runtuh adalah hasil penawaran awam permulaan berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia yang merupakan penyenaraian saham kedua terbesar di dunia tahun ini.
  
FGVH menyasarkan bayaran dividen 50 peratus daripada keuntungan perniagaannya setahun.

Najib berkata kerajaan menyediakan pelbagai peluang kepada generasi baru Felda sehingga ada yang kini menjawat jawatan tinggi, berpendapatan lumayan dan mempunyai tahap kepakaran tinggi termasuk mampu menyelenggara pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380.
  
Beliau turut gembira dengan sokongan yang diterimanya hari ini dan berharap ini berterusan sehinggalah ke pilihan raya umum nanti.
  
Seorang wakil 11 Wilayah Felda berkenaan, Yip Seng Lam, 40, berkata beliau selaku wakil 36 tanah rancangan di bawah Wilayah Mempaga, Pahang berterima kasih kepada Felda dan Perdana Menteri atas pemberian kepada generasi kedua Felda hari ini.
  
Yip, yang mengusahakan tanah rancangan Felda Lurah Bilut, Bentong berkata terdapat 616 keluarga peneroka di sana melibatkan 400 keluarga Melayu, 169 Cina dan selebihnya keluarga India. - Bernama 


Saham Felda merosot menghampiri rekod terendah
Posted on Friday, November 09 @ 14:42:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.
Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.
Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.
Peruntukan ini akan membebaskan peneroka dari perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang diambil untuk membeli saham; peneroka sebaliknya akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.
Prestasi mengecewakan FGVH juga boleh menyebabkan gangguan sepanjang rentetan penyenaraian mega baru yang menolak Kuala Lumpur mendahului Hong Kong sebagai hab IPO utama di rantau ini.
Satu lagi IPO besar, Astro juga mengalami kesukaran sejak penyenaraian bulan lepas dengan saham kini turun kira-kira 11 peratus daripada kemunculan awal.
Hanya IPO profil tinggi ketiga — Kesihatan IHH yang telah disenaraikan Julai lalu meningkat lebih tinggi di atas harga IPO RM2.80, ditutup pada harga RM3.20 semalam.
Syarikat perladangan tertekan akibat kejatuhan harga minyak sawit, yang turun oleh kira-kira 25 peratus setakat tahun ini dan Indeks Perladangan turun 0.4 peratus semalam ditutup kepada 8,080.9.
“Pelabur memotong pelaburan kepada syarikat perladangan kerana harga minyak sawit mentah yang lemah,” kata seorang broker.
Tambahan kepada harga minyak sawit rendah, FGVH juga bergelut dengan penuaan pokok kelapa sawit, 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan pendapatan bagi kumpulan itu sepanjang tempoh penantian untuk pokok matang.
FGVH juga dilaporkan mengalami isu produktiviti dari segi tan sehektar merupakan ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama Malaysia.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagaimanapun telah terus mengumpul saham FGVH — menyentap sehingga 250,000 saham semalam menjadikan jumlah kepentingan langsung kepada 7.78 peratus.
KWSP, dana pencen terbesar di negara ini, berkata pada September bahawa ia membeli FGVH kerana mempunyai pandangan positif ke atas sektor perladangan, merupakan salah satu sektor kitaran yang mempunyai naik dan turun. - MalaysianInsider



MB cabar Hadi tanding di Kemaman
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Ahmad Said
Ahmad Said merenjis air mawar pada Program Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Dun Kijal 2012 di Padang Kubu, Kijal, hari ini.
KEMAMAN – Cabar-mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berterusan – kali ini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertanding di kerusi Parlimen Kemaman.
Ahmad yang juga Pengerusi Umno Terengganu berkata, Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya bertanding di Kemaman terlebih dahulu sebelum berhasrat bersaing di Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kesediaan Abdul Hadi itu (untuk) bertanding di Pekan hanya gimik politik sahaja, bohong belaka. Apa tujuan dia? Nak dapat publisiti? Nak gali kubur sendiri?

“Kalau berani, marilah bertanding di Kemaman. Buat apa pergi bertanding di Pahang. Tunjukkan kehebatan di Terengganu dahulu," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Dun Kijal 2012 di Padang Kubu, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media yang menyatakan Abdul Hadi akur dengan kemahuan parti jika diarahkan bertanding di Parlimen Pekan pada PRU13.
Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Abdul Hadi untuk bertanding di kerusi Parlimen Kemaman bagi menguji kehebatan parti itu dalam mendapatkan sokongan rakyat.
Tegas beliau, kenyataan Abdul Hadi itu juga adalah gimik kononnya pemimpin itu akur arahan parti sekali gus untuk menghangatkan suasana sebelum PRU13.
Ibrahim Ali: 'Siapa yang bohong?'
FARAH SHAZWANI ALI
10 November 2012
Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
KUALA TERENGGANU - Perkasa mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah untuk turut menyaman portal berita Malaysiakini, susulan kontroversi yang timbul dalam satu forum baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Utusan Malaysia hanya menyiarkan semula artikel laporan portal berita itu.

“Anwar dalam ucapannya di Terengganu semalam kata Nurul Izzah difitnah. Ini satu pembohongan, kerana CD yang dipertontonkan jelas menyebut kebebasan agama sama rata tetapi Anwar kata lain pula, dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.

“Perkataan Perlembagaan Persekutuan ini hanya muncul apabila kontroversi ini timbul bagi memperbetulkan kenyataan yang dibuat. Inilah yang mengecewakan seorang ahli Majlis Peguam yang bertanya dalam forum berkenaan.

“Maknanya (sekarang) siapa yang berbohong? Macam mana dia boleh kata bohong sedangkan ia sudah tersiar dan (Nurul Izzah) tidak mengaku. Saya cabar mereka untuk menyaman portal berita itu. Jika tidak, dialah sebenarnya bapa pembohong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu Kali Ke-2, 2012 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini,hari ini.

Sementara itu ketika ditanya tentang kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan Nurul Izzah, Ibrahim berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya pandai berkata-kata.

“Masalah Nik Aziz ini (dia) tidak teliti dan main cakap sahaja. Saya tidak kisah apa yang dia cakap sebab cakap dia orang dah tak pakai, sebab kenyataan dia bercanggah-canggah.

“Saya hormat dia sebagai orang tua, sebagai tok guru tetapi tok guru pun, kena betullah. Sebab itu saya katakan, sebagai anak Kelantan, bukan saya tak hormat tok guru, tetapi saya sayang Kelantan dan saya sayang agama. Jangan gunakan gelaran ulama untuk memutarbelitkan kenyataan,” katanya.


Tiada ulasan: