Khamis, 8 November 2012

KANTOI..MERUDUM..RUGI..TERBUKA RAHSIA JUGA PENIPU..INI PERKATAN2 YANG DIGERUNI OLEH ORANG2 POLITIK

Apa keputusan muktamad pelaksanaan GST

Harakahdaily, 08 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar [PAS-Pokok Sena] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah keputusan muktamad tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Naib Presiden PAS itu turut meminta menteri berkenaan menyatakan berapakah kos persiapan pelaksanaan sistem GST dan berapakah yang telah dibelanjakan serta syarikat manakah yang diberi untuk menyediakan sistem GST.

Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan daripada ahli-ahli Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan jalan raya KL - KB terutamanya pada musim perayaan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh mana Kementerian menyedari bahawa Pekeliling Iktisas Bil 13/2008, Bil 5/2009 dan Bil 14/2010 memberi kuasa yang terlalu luas kepada sekolah dan PIBG untuk mengenakan yuran kepada murid/pelajar.
Adakah Kementerian berhasrat untuk mengeluarkan Pekeliling baru yang menghadkan kadar yuran tambahan yang selaras untuk semua sekolah.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan purata isirumah yang mempunyai hutang dengan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah peruntukan untuk kos pembinaan atau pembaikan dan baik pulih serta tarikh jangka siap untuk projek-projek berikut :-
(a) baik pulih dan pembaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Terengganu; dan
(b) pembinaan Istana Baru Terengganu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu dan pembinaan jambatan baru Bukit Kuang merentasi Sungai Kuang di Kampung Bakau Tinggi, Cukai Kemaman.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah bentuk mekanisme kawalan bagi memastikan hanya pelajar luar negara yang layak akademik dan mampu saraan sahaja yang dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti tempatan.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah-langkah konkrit diambil oleh Kementerian untuk mempertingkatkan j-Qaf ke peringkat sekolah menengah setelah terbukti berjaya di peringkat sekolah rendah.

Hari kejatuhan Assad makin hampir - Ketua Liga Arab

Terjemahan Mohamad Yahya, 08 Nov 2012
Rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad tidak akan kekal berkuasa untuk lebih lama, ujar Nabil al-Arabi, ketua Liga Arab, menggesa kumpulan pembangkang yang bersidang di  Qatar untuk mengetepikan perbezaan mereka.


"Ia adalah penting untuk menyatukan visi pembangkang, terutamanya kerana semua pihak mengetahui bahawa rejim di Syria tidak akan kekal untuk tempoh yang lama dan satu hari nanti akan ada situasi baru di Syria," katanya kepada pemberita di Kaherah Rabu lalu.

Komen al-Arabi datang selepas perhimpunan yang melibatkan 420 ahli Majlis Kebangsaan Syria (Syrian National Council) di Doha memilih dua badan kepimpinan dan seorang presiden.

Percubaan untuk melantik kepimpinan baru timbul ekoran tekanan antarabangsa dari pengkritik yang mengatakan kumpulan yang didominasi buangan perlu distruktur semula kerana ia tidak mewakili rakyat Syria yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menggulingkan rejim al-Assad.

Wartawan Al-Jazeera, Omar al-Saleh, yang melaporkan dari persidangan di Doha, berkata: "Proses pemilihan sedang berlangsung. Kepimpinan baru akan selesai dipilih sebelum pagi Khamis, tetapi masalah akan kekal sukar diselesaikan kerana SNC tampak lemah."

Mesyuarat itu berlangsung ketika usaha Barat untuk membantu pemberontak menggulingkan al-Assad telah beralih secara mendadak, dengan Britain berkata ia akan berurusan secara langsung dengan pemimpin pemberontak dan Turki mengatakan ahli-ahli NATO sedang berbincang untuk melindungi zon selamat di Syria dengan peluru berpandu Patriot.

Perdana Menteri Britain, David Cameron menyeru untuk pendekatan antarabangsa yang baru bagi menamatkan konflik tersebut.

Dalam satu kenyataan kepada Parlimen, William Hague, Setiausaha Luar, berkata Britain masih tidak akan membekalkan senjata kepada pemberontak dan akan menekankan kepada kumpulan pembangkang akan kepentingan menghormati hak asasi manusia.

Cameron sendiri melawat kem pelarian padang pasir untuk warga Syria di utara Jordan Rabu lalu.

"Saya mendengar cerita yang mengerikan tentang apa yang telah berlaku di Syria  jadi  salah satu perkara awal yang saya akan berbincang dengan [Presiden Amerika Syarikat] Barack [Obama] adalah bagaimana kita mesti melakukan lebih banyak perkara untuk menyelesaikan krisis ini," katanya.

Di Ankara, jurucakap Kementerian Luar Turki berkata Turki sedang dalam perbincangan dengan NATO mengenai kemungkinan menggunakan Patriots, yang digunakan sebagai peluru berpandu anti-balistik, tetapi Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, berkata mereka masih belum membuat apa-apa permintaan.

Turki telah meningkatkan keselamatan sempadan mereka dengan menambahkan bilangan kereta kebal dan senjata anti-peluru berpandu bagi menghadapi konflik merentasi sempadan, akibat mula merebaknya krisis ke setiap negara jiran Syria. (aljazeera.com)

Skandal: Kamarudin sokong Rafizi ke Hong Kong

Muhammad Faizal, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar menyokong tindakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ke Hong kong bagi menyelidik dengan lebih terperinci skandal yang dikaitkan dengan Michael Chia.

Rafizi yang sebelum ini  merancang untuk pergi ke Hong Kong bertujuan untuk bertemu dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi tujuan mendapatkan jawapan berhubung skandal tersebut.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat ketika ditemui Harakahdaily berkeyakinan bahawa ICAC akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu Rafizi berhubung penahanan jutawan balak itu sebelum ini.

"Saya menyokong apa yang dilakukan oleh Rafizi dan ini adalah usaha terbaik untuk belum mencari jawapan secara terus dengan ICAC.

"Saya juga pasti kerjasama akan diberikan oleh ICAC dalam memberi maklumat terhadap isu yang mengaitkan Michael Chia dan segala persoalan itu pasti akan terjawab," ujarnya.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil tindakan di atas segala maklumat yang ada pada ICAC dan yang disiarkan di internet.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Michael Chia, beliau berkata SPRM sepatutnya mengambil kira pengakuan Nazri yang mengenali Michael Chia yang bersama-sama pergi ke Dubai.

"Perkara ini perlu diperjelaskan dan disiasat bagi memastikan perhubungan mereka tidak melebihi dari apa yang diperjelaskan olehnya," tambah beliau.

Jelasnya lagi, perkara ini amat penting bagi membersihkan tanggapan, oleh kerana Nazri merupakan individu yang menjawab soalan berkaitan dengan Michael Chia.

"Kita mahu penjelasan dan siasatan kerana tidak mahu hubungan Nazri dengan Michael Chia itu boleh menjejaskan peranan beliau sebagai menteri kabinet yang bertanggungjawan terhadap SPRM dan juga parlimen," kata beliau lagi.

FGVH: Anak dakwa peneroka mula rugi

Salmiyah Harun, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa pemegang saham FGVH berdepan dengan kerugian apabila harga saham itu terus mengalami kejatuhan di mana terkini tercatat pada harga RM4.61.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata,  maklumat yang diperolehi daripada pihak bank mengatakan jika harga saham jatuh pada harga RM4.78 pun pemegang saham sudah kerugian.

"Kalau ditolak dengan interest, bayaran kepada bank jelas pemegang saham atau peneroka sudah rugi. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham mereka akhirnya mereka sebenarnya bukan menikmati durian runtuh tetapi sedang menghadapi malapetaka.

Walaupun katanya, peneroka diberi skim membayar RM50 sebulan kepada bank hakikatnya peneroka berdepan dengan penambahan hutang termasuklah interest serta hutang yang lain.

"RM50, berapa lama kena bayar untuk 800 unit saham? Dalam RM3600 lebih sedangkan pada waktu ini peneroka sudah terbeban dengan pelbagai potongan seperti tanaman semula, penyelenggaran ladang, hutang baja perumahan dan macam-macam lagi. Bertambah lagi beban mereka," katanya semasa dihubungi.

Masalah ini katanya bukan sahaja dihadapi oleh peneroka bahkan kakitangan Felda lebih teruk menanggung bebanan ekoran kejatuhan harga saham FGVH.

Jelasnya, kakitangan Felda ditawarkan saham lebih banyak kira-kira 10 lot tetapi mereka mengambil sikap tidak menjual saham itu kononya mahu dijadikan simpanan dengan harapan harga saham naik.

"Tiba-tiba jatuh, mereka mengadu dengan saya mohon Anak berbuat sesuatu," jelasnya.

Menurut Mazlan, purata kakitangan biasa (bukan anak syarikat) mendapat gaji antara RM1500 hingga RM3000, dalam masa yang sama mereka terpaksa membayar pinjaman saham tidak kurang RM500 sebulan kepada bank.

"Berdasarkan lot saham yang ditawarkan mereka ini tidak dibantu apa-apa, bila mereka rujuk kepada pengurusan kata biasalah main saham adatlah untung rungi," katanya.

Justeru katanya, nasib peneroka dan pemegang saham semakin 'kronik' apabila harga komoditi pula dilaporkan jatuh.

"Di waktu peneroka dibuai perasaan susah, pemimpin masih memberi pengharapan kononya suasana ini hanya sementara, sambil memujuk supaya mereka bersabar," katanya agar kerajaan menangguhkan potongan bulanan peneroka buat sementara ini.

MIC kantoi, minit sahkan mereka sokong bina kondo

Harakahdaily, 07 Nov 2012


(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)

PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

BN tak akan menang, jangan janji lebuh raya

Hazayani Zakaria, 08 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Rakyat Kelantan sangat malang kerana tidak dapat menikmati kemudahan lebuh raya seperti negeri-negeri lain, kata Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mempersoal diskriminasi Kerajaan BN terhadap Kelantan hanya kerana rakyat Kelantan tidak menyokong parti itu.

"Dulu orang Kelantan marah dengan sikap diskriminasi Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan tapi sekarang sudah tak rasa marah, tapi kecil hati.

"Kelantan satu-satunya negeri yang tak ada lebuh raya walaupun satu meter. Apalah malangnya nasib rakyat Kelantan.

"Sampai bilakah penderaan dan diskriminasi kerajaan menganaktirikan rayat Kelantan? Rakyat Kelantan juga ingin merasai perjalanan pada musim perayaan sama dengan negeri-negeri lain," katanya.

Tegas beliau juga, BN tidak perlu berjanji untuk membina lebuh raya sekiranya mengambil alih negeri itu kerana rakyat tidak menyokong parti itu.

"Timbalan Menteri kata kerajaan memang berjanji akan membina lebuh raya sekiranya BN berjaya mengambil alih negeri Kelantan.

"Suka saya maklumkan bahawa BN tak payah mimpilah nak ambil Kelantan. Rakyat Kelantan tidak akan redha dengan perbuatan ini," tegasnya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan  KL - KB terutamanya pada musim perayaan.

Timbalan Menteri, Datuk Yong Khoon Seng dalam jawapannya bagamanapun berkata, kesesakan lalu lintas merupakan perkara biasa pada musim perayaan, bukan sahaja jalan ke Kelantan.
Polis kunjungi Malaysiakini berhubung surat pembaca
9:04PM Nov 8 2012
Sepasukan 15 anggota polis datang ke pejabat Malaysiakini berhubung siasatan terhadap surat pembaca berkaitan kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

NONEMalaysiakini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan menuturkan kata-kata dengan niat sengaja melukakan perasaan agama seseorang.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara NONEsehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Surat yang disiasat itu ditulis oleh Steve Oh dan diterbitkan di Malaysiakini Isnin lalu dengan tajuk Nurul's watershed idea for the nation.

Pasukan dari ibupejabat polis NONESubang Jaya itu yang diketuai pegawai penyiasat ASP Nazri Harun iba di pejabat Malaysiakini jam 5.15 petang.

Mereka turut disertai anggota unit forensik dari ibupejabat polis Cheras.


NONEMereka membawa waran geledah yang dikeluarkan oleh majistret Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan dan mengambil masa kira-kira 90 minit merakam kenyataan dari Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar; Pengarang Berita, Gerald Martinez serta Pengurus Sumber Manusia, A Shamini.

Mereka beredar sekitar jam 6.50 petang tanpa mengambil apa-apa
dari pejabat Malaysiakini. Bagaimanapun, mereka akan kembali esok untuk siasatan lanjut.

Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan menyifatkan kedatangan
mereka sebagai "satu lagi kes intimidasi dan gangguan".

NONE"Tiada apa yang dianggap menghasut dalam surat Oh. Kami sedang mendapatkan nasihat peguam kami mengenai perkara itu," katanya.

Malaysiakini diserbu pihak polis pada tahun 2003 dan 19 komputer dirampas, juga kerana sepucuk surat kepada editor yang ditulis oleh seorang pembaca.

Bagaimanapun, tiada pertuduhan difailkan dan kes itu akhirnya ditutup.
VIDEO l 2.03 min

Tiada ulasan: