Selasa, 6 November 2012

DARI MILO SUAM

Pemimpin parti politik tipu pengusaha katering, beri cek tendang


SEORANG pemimpin parti politik didakwa telah menipu pengusaha katering yang menyediakan makanan dalam satu majlis dianjurkannya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampar Perak september lalu.

Pemimpin parti politik itu memberikan cek tendang kepada pengusaha katering untuk membayar kos makanan di majlis sambutan Hari Raya yang dianjurkannya. Ini menyebabkan pengusaha itu berang lantas membuat sidang media mendedahkan penipuan pemimpin itu.

Tidak susah untuk meneka meskipun laporan Sinar Harian tidak menyiarkan secara spesifik identiti pemimpin parti politik itu serta parti manakah yang dipimpinnya [Sinar].

Sidang media yang dibuat oleh pengadu diadakan di pejabat PKR, dan pengadu, Jamal Mohd Azman, 46 merupakan lelaki berbangsa Melayu, maka bolehlah kita simpulkan bahawa pemimpin penipu itu memimpin parti Umno.




Baca laporan ini, ReJaM© teringat dengan kisah salah seorang sahabat pengusaha sate yang ditipu oleh Adun Barisan Nasional tempatnya. Pesan sate sampai 10,000 cucuk, tapi sehingga sekarang difahamkan sahabat ReJaM© itu masih belum menerima bayaran.

Alasan yang diberikan oleh Adun itu ialah, dia tidak percaya pengunjung programnya makan sate sampai 10,000 cucuk. Jika sahabat ReJaM© itu izinkan, kita akan dedahkan nama dan kawasan dewan undangan negeri Adun Barisan Nasional yang didakwa menipu itu.

Bukan apa, sahabat ReJaM© ini penyokong kuat Barisan Nasional, jadi kalau dia sendiri tak mahu beri kerjasama tak guna juga setakat dedahkan nama dan kawasan dewan undangan negeri Adun BN itu tanpa bukti-bukti sokongan.

ReJaM© "U.M.N.O - Umno Menipu Nombor One... "

Ribuan warga asing Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA - Saksi

SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.



Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

Barangkali pendedahan ini akan merungkai kisah penempatan orang-orang Myanmar yang telah diberi kerakyatan di kawasan Parlimen Pekan, Pahang untuk menyelamatkan karier politik Najib Razak.

Penduduk kampung ini dipercayai telah diberikan hak kerakyatan dan diarah untuk mengundi Barisan Nasional di parlimen tempat Najib Razak bertanding rujuk sini [Pemuda Sarawak]




ReJaM© "Sekali lagi negara digadai di depan mata... "

DAP berjanji akan pertahankan Islam, jika Islam dihina


BERUCAP di hadapan puluhan ribu rakyat yang terpaksa berhujan di dataran Taman Seremban Jaya, Seremban Negeri Sembilan 3 November, Ketua Pemuda DAP berjanji bahawa parti itu akan mempertahankan Islam, jika Islam dihina.

"Politik di Malaysia sudah masuk era baru di bawah Pakatan Rakyat, pada hari ini kalau agama Buddha dihina, saya yakin pemimpin PAS akan pertahankan"

"Kalau agama Hindu dan agama Kristian dihina, pemimpin PKR akan pertahankan"

"Kalau agama Islam dihina, DAP akan pertahankan" kata beliau.

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini di parlimen mengecam presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sambil mempertahankan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

"Saya nak ulang sekali lagi, pada malam ini di depan tuan-tuan dan puan-puan saya nak kata, Chua Soi Lek adalah presiden MCA yang paling biadap sekali" kata beliau sambil mempamerkan kemarahannya.

Ketua Pemuda DAP itu mengecam Chua Soi Lek kerana menyokong kenyataan senator Heng yang mendakwa Tuan Guru Nik Aziz membenarkan orang Islam untuk merogol orang-orang bukan Islam.

Saksikan video di bawah yang tentunya tidak akan pernah disiarkan di dalam Buletin Utama TV3 kerana tidak selari dengan propaganda media kawalan Umno itu yang menyifatkan DAP sebagai parti anti Islam


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/dap-berjanji-akan-pertahankan-islam.html#ixzz2BRLjpaCk


Ribuan rakyat sanggup berhujan di Himpunan Kebangkitan Rakyat, Seremban

PERHIMPUNAN Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan di Taman Seremban Jaya, Seremban malam tadi membawa mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah tidak mampu diperbodohkan lagi oleh media propaganda arus perdana kawalan Rejim Barisan Nasional.

Propaganda demi propaganda yang pelik, menghairankan, serta mencabar akal yang waras untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat disebarkan setiap hari secara terus ke rumah-rumah seluruh Malaysia melalui media-media kawalan Rejim Barisan Nasional.

Hal ini mendorong rakyat untuk mencari kebenaran, lantas mereka berpusu-pusu ke program-program ceramah Pakatan Rakyat untuk mendengar sendiri apa yang disampaikan dari mulut pimpinan PAS, KEADILAN dan DAP.

Malam tadi, di Himpunan Kebangkitan Rakyat, menyaksikan puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa sanggup berhimpun bersama-sama meskipun di dalam hujan lebat dan suasana tapak himpunan yang becak semata-mata untuk mendengar ceramah daripada pimpinan Pakatan Rakyat.



Rakyat pelbagai lapisan umur, bangsa, dan latar belakang tidak berganjak di tapak perhimpunan meskipun hujan begitu lebat sekitar jam 7:00 hingga 9:00 malam tadi. Ada yang memakai baju hujan, berteduh dengan payung dan khemah, malah tidak kurang yang bersahaja meskipun basah kuyup.



Gelombang rakyat ini benar-benar sungguh mengagumkan. ReJaM© dapat lihat dengan mata kepala sendiri malam tadi bagaimana ribuan rakyat pelbagai bangsa berpusu-pusu ke tapak perhimpunan ketika hujan lebat.

Tapak perhimpunan dipenuhi puluhan ribu rakyat dalam masa yang singkat, seolah-olah puluhan ribu rakyat ini turun dari langit hadir bersama titisan-titisan hujan lebat yang turun di tapak perhimpunan.



Semakin giat media propaganda kawalan Rejim Barisan Nasional cuba memperbodohkan rakyat, semakin galak rakyat hadir di program Pakatan Rakyat untuk membuat perbandingan bagi mengetahui kebenaran.

ReJaM© "Petanda jelas Rejim Barisan Nasional bakal berkubur di Negeri Sembilan "

PRU13 agenda khas Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia


MUKTAMAR Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia 2012 (Gamis) yang telah selesai semalam menjadikan PRU-13 sebagai agenda khas Gamis sesi ini.

Muktamar yang dihadiri hampir 200 orang perwakilan dari seluruh negara itu merupakan transisi kepimpinan Gamis era Akram Ikrami taib Azamudden kepada Presiden baru, Muhamad Azan Safar.

Menurut beliau, PRU-13 dan Pasca PRU-13 menjadi agenda khas Gamis bagi sesi ini kerana mahasiswa perlu memimpin massa untuk melakukan perubahan.

"Cabaran buat mahasiswa ialah memimpin massa dalam menghadapi perubahan, dan PRU-13 merupakan salah satu medan untuk perubahan"

"Sekiranya ahli Gamis mahukan Gamis berwajah baru, maka ahli Gamis juga mesti berubah menjadi baru, baik dari segi pemikiran dan juga sahsiah" tegas Muhamad Azan Safar.

Beliau yang merupakan Presiden Ikatan Studi Islam UKM (Isiukm) turut mencabar ahli Gamis, "Saya mencabar kalian supaya berani mencabar kelaziman. Kita bukan ahli gerakan yang pengikut setia tradisi generasi dahulu!".

Ini sejajar dengan tema ucapan dasar beliau iaitu "Mahasiswa Memimpin Perubahan". Ucapan dasar tersebut merangkumi 5 paksi utama iaitu, 1-Tabiyah Gerakan Bersifat Membina 2- Dakwah Era Baru Gamis 3- Jaringan Strategik Gamis 4- Sigma Perintis keterampilan Wanita Malaysia 5- Kepimpinan dan Budaya Kerja Profesional.

Yang menariknya, pihak Gamis memberi penghormatan kepada front mahasiswa lain iaitu Haluan-Siswa,Pkpim dan Karisma sebagai tetamu jemputan muktamar.

Berikut merupakan organisasi terkini sesi 2012/2013

Presiden : Muhamad Azan Safar (UKM)
Timbalan Presiden : Mohd Eikhwan Bin M.Ali (UIA)

Pengerusi SIGMA : Aqilah Mukhtar (UPM)
Timbalan Pengerusi SIGMA : Nur Adiela Kamarizzaman (UIA)

Naib Presiden (Strategik & Mobilasi Massa) : Syis Abd Kadir (UM)

Naib Presiden (Jaringan Kampus) : Mohd Faiz Ismail (UPSI)

Setiausaha : M.Farid Hadhari M.Rusdi (USIM)
Timbalan setiausaha 1 : Adilah Hafizah Abd Halim (UPSI)
Timbalan setiausaha 2 : Hamiza Hani Omar (UKM)

Bendahari : M.Nazrin Bin M.Zohir (KUIS)
Timbalan Bendahari : Nur Liyana Omar (UKM)

Ketua Penerangan : Mohd Khairul Izzaz B. Ismail (UIA)
Timbalan Penerangan : Siti Rabiatul Adawiyah (UM)

Majlis Politik Nasional : Ahmad Afif Zulkipli (UKM)
Timbalan Majlis Politik Nasional : Sofwatul Aufa Bakri (UM)

Majlis Dakwah dan Kebajikan : Mohd Syakirin Bin Md Zahar (UPM)
Timbalan Majlis Dakwah dan Kebajikan : Atikah Abd.Rahman (UIA)

Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional : Muhd Afdzal Shahabuddin (USIM)
Timbalan Majlis Tarbiyah dan kepimpinan Nasional : Siti Fatimah Rosli (UM)

Tiada ulasan: