Selasa, 6 November 2012

DARI TKO TRANUNGKITE

PRU13: Ismail Kamus dicalon semula?
Posted on Tuesday, November 06 @ 18:38:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Khaulah Azwar
freemalaysiatoday


Kunjungan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia Ustaz Dato Ismail Kamus terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi isyarat bahawa Adun PAS bagi Dun tersebut bakal berubah menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.

Berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari parti maka ramai tercari-cari penggantinya bagi mengulangi kejayaan dalam PRU 2008.  Nama-nama yang terpampang di banner di kebanyakan tempat memaparkan gambar dan nama tiga pimpinan PAS Kawasan Gombak.

Mereka ialah Yang DiPertua (YDP) Kawasan Ustaz Sallehuddin Nasir, Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Abdul Halim dan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Ridzwan.

Namun terdengar suara daripada kalangan ahli-ahli parti yang mahu bekas Adun PAS Gombak Setia (1999-2004) Ismail Kamus kembali dicalonkan kerana beliau kini bertambah sihat dan mengunjungi Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin.

Aktivis PAS mengharapkan dengan mengemukakan semula bekas Adun tersebut maka peluang PAS untuk memenangi sekali lagi kerusi Dun Gombak Setia lebih cerah

Ketokohan Ismail Kamus diyakini dapat menyaingi ketua ‘Beras Jati’ (Hasan Ali) yang nampaknya seronok menyerang PAS dan Pakatan Rakyat terutama di luar kawasan Gombak.

Sekalipun terdapat segelintir penyokong dan ahli PAS di Dun Gombak Setia yang masih setia kepada Hasan Ali, baik secara terang- terangan atau maupun secara senyap, tetapi ianya tidak mematahkan hasrat PAS untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Nama Ismail Kamus disebut-sebut sebagai menyahut saranan pimpinan tertinggi PAS untuk menggalakkan sebahagian pimpinan agar memberikan laluan kepada calon yang boleh menang dan lebih disenangi pengundi.

Dengan pemergian dan kembalinya ke rahmatullah bekas Pengarah DUN Gombak Setia dan juga Pengarah Pilihanraya PAS negeri Allahyarham Cikgu Mohd Radhi Yusof dan juga bakal calon Dun Gombak Setia maka jentera parti agak muram sebelumnya.

Namun ianya kembali pulih setelah YDP PAS kawasan berjaya mengembleng tenaga semua peringkat jentera ke arah bersedia untuk terus meraih kemenangan khasnya semua Dun dalam kawasan Gombak beserta kerusi parlimennya sekali.

Dengan kemenangan PAS di Dun Gombak Setia nanti ianya bakal menyumbang kepada pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi penggal kedua.

Sumber: freemalaysiatoday.com
 

Ulamak Umno Cuba Redakan Kemarahan Rakyat Terhadap Chua Soi Lek ?
Posted on Tuesday, November 06 @ 18:22:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: sripetaling

"Oleh : Ustaz Azhar Yahya
Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS Pusat

Ulamak Pelapis PAS (Pusat) merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian terhadap kenyataan saudara Fathul Bari yang seakan-akan ingin meredakan kemarahan umat Islam terhadap kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan hukum Hudud.

Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 5.11.2012, antara isi utama kenyataan saudara Fathul Bari adalah penegasan bahawa Datuk Seri Chua Soi Lek bukanlah mempertikaikan hukum-hukum Islam sebaliknya beliau hanyalah mempertikaikan Hudud versi PAS.

Persoalan yang ingin diutarakan adalah atas dasar dan hujah apa yang memungkinkan pihak-pihak yang terbabit membuat kenyataan bahawa Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS adalah Hudud versi PAS dan bukannya Hudud yang disyariatkan di dalam Islam?

Ulamak Pelapis PAS(Pusat) juga ingin mempersoalkan kepada saudara Fathul Bari tentang kenyataan beliau yang menyatakan bahawa banyak perkara dalam enakmen Hudud Kelantan dan Terengganu yang bertepatan dengan Syarak dan al-Quran. Kenyataan ini menggambarkan seolah-olah ada perkara yang terkandung di dalam dua enakmen tersebut yang bercanggah dengan ketetapan Syarak.

Bagi Ulamak Pelapis PAS(Pusat), sebarang kenyataan yang cuba untuk memerangkap rakyat Malaysia dengan tuduhan bahawa hukum-hukum Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS sebenarnya adalah rekaan PAS semata-mata dan bukannya hukuman Hudud yang digariskan oleh Syariat Islam adalah kenyataan yang bersikap tidak akademik dan tidak berasas. Sehingga ke hari ini pihak yang terbabit tidak mampu membuktikan secara ilmiah bahawa Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS adalah Hudud yang tersasar daripada Syariat Islam.

Dua isu yang sering dimanipulasikan oleh pihak UMNO dalam menyokong dakwaan mereka bahawa Hudud yang ingin dibuat oleh PAS adalah Hudud versi PAS dan bukanlah Hudud yang diinginkan oleh Syariat Islam adalah berlaku percanggahan antara enakmen Hudud Kelantan dengan enakmen Hudud Terengganu dan PAS hanya akan melaksanakan Hudud kepada para pesalah yang beragama Islam sahaja.

Berkait dengan isu yang pertama iaitu percanggahan antara enakmen Hudud negeri Kelantan dengan enakmen Hudud negeri Terengganu, Ulamak Pelapis PAS (Pusat) ingin menegaskan bahawa kebanyakan perbahasan yang dimuatkan di dalam kitab-kitab fiqh Islam adalah perbahasan-perbahasan yang sering kali berlaku perselisihan pandangan para fuqaha di dalam memahami dalil-dalil Syarak termasuklah perbahasan-perbahasan yang berkait dengan hukum-hukum Hudud. Maka tidaklah menjadi satu keaiban sekiranya sesebuah kerajaan memilih pandangan tertentu di dalam sesuatu mazhab fiqh yang sesuai dengan suasana dan realiti kerajaan tersebut dengan tidak mengamalkan pandangan fiqh yang lain. Bahkan sekiranya berlaku ketidaksesuaian sesuatu pandangan fiqh terhadap realiti sesebuah negara, kerajaan berhak untuk meminda enakmen yang berkenaan dengan memilih pandangan fiqh yang lain sekiranya pandangan tersebut lebih menepati realiti setempat.

Enakmen Hudud negeri Kelantan dan enakmen Hudud negeri Terengganu yang dibuat hanyalah sebagai satu peljelmaan fakta hukum Hudud yang diambil daripada perbincangan para fuqaha Islam dengan menggunakan bahasa undang-undang semasa dengan meneliti pandangan fiqh yang paling tepat dengan realiti masyarakat di Malaysia."


 Fakta politik semasa
Posted on Tuesday, November 06 @ 18:14:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: DukunPasir

"Kepanasan berpolitik akan berlaku apabila masing masing sedaya upaya nak pertahankan pendirian mewakili parti masing masing. Apa kata kita tenang tenangkan diri sambil BERFIKIR TENTANG FAKTA ini.

- Musa Aman tidak lagi AMAN di Negeri Sabah Kerana Isu 40Juta.

- Lim Kit SIANG jarang dapat memberikan ceramahnya pada waktu SIANG kerana terpaksa SIANG ikan dirumah.

- Tahukah anda menteri Idris JALA tidak pernah meniaga JALA pada nelayan nelayan dikampung kelahirannya.

- Hanifah Aman......Menteri Luar kita ini setakat ini tidak lagi pernah menyertai MISI AMAN di Palestine .....

-Di pihak pembangkang, Isa Samad lebih dikenali sebagai ISA SMART kerana kelicikannya dalam isu FELDA, manakala AHMAD MASLAN pula dikenali dengan Ahmad Malas kerana kenyataannya yang kurang bijak walau memegang ketua Penerangan UMNO.

- Rata rata pengikut PAS tidak lagi BERMINAT untuk makan beras jenama JATI kerana Hassan Ali!


-Penyiasat persendirian P. Balasubramanian terpaksa menerima BALA kerana kes Al tantuya.

- Ahli Parlimen Batu iaitu Tian Chua dikatakan ditidak pernah baling batu pada polis kecuali gigit telinga

- Teresa Kok sudah SELESA apabila isu samannya diterima Mahkamah manakala Syed Hamid Albar KABARnya meringKOK kepeningan dalam isu ini.

-Jika kita lihat dengan betul mata Chua Soi Lek tidak celik..... tetapi mata Chua Soi Lek AKAN CELIK dengan sendirinya bila dia dengar ada orang jual UBAT KUAT!

- Polis buat laporan Polis tidak lagi pelik dalam isu menghina Sultan Johor..biarlah asalkan JANGAN Polis tidak BENARKAN kita pula buat laporan Polis lagi haruuu..

-Isu Hutang TALAM di Selangor dapat diselesaikan dengan mudah jika Pakatan Rakyat sudi bagi Talam seorang satu pada UMNO bahagian sambil meletakkan sepotong kuih Talam......

- Nazri Aziz cabar Rafizi bawa isu Hammer ke Mahkamah. Nampaknya kita akan lihat Hakim ketuk hammer lagi...... tapi Hammer yang mana hakim akan ketuk??

SUMBER - http://jomgelakla.blogspot.com/


 Cara Kita Pandang & Cara ALLAH Pandang
Posted on Tuesday, November 06 @ 17:52:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: al-bahanj

"Media seperti TV, Facebook, poster atau mana-mana jenis media sekali pun, apabila mengajak dan mempromosikan mengenai ‘wanita solehah’, pasti gambar wanita cantik yang dijadikan sebagai model. Jika lukisan, maka dilukiskan wanita-wanita yang berparas cantik sebagai mewakili susuk ‘wanita solehah’. Tubuhnya langsing, matanya bulat, keningnya rapi, bibirnya mungil, kulitnya cerah, pipinya halus dan sebagainya.

Apabila digambarkan ‘lelaki yang soleh’ pula, maka lelaki yang bertubuh sasa, berwajah kacak, berambut rapi, berhidung mancung, berpakaian bagus, bergaya hebat dan seumpama dengannya dijadikan model.

Itulah pandangan manusia kepada kesolehan manusia. Nilaian manusia terbatas pada zahir yang dilihat mata. Tidak dinafikan bahawa memang nilai sejagat manusia bahawa cantik dan kacak itu sebagai baik. Sehinggakan jika ada selebriti yang berwajah cantik memakai tudung litup, lalu gambar itu terus dijadikan ikon wanita solehah. Sedangkan itu hanya lakonan sementara. Hakikatnya dia bukan begitu. Bukan seorang yang soleh atau solehah pun.

Bukan rupa ukuran kesolehan!

Maka tertinggallah lelaki-lelaki soleh dan wanita-wanita solehah yang gemuk, gelap, senget, berjerawat, hidung kemek, bibir tebal, sumbing, buta, pekak, cacat dan sebagainya dari perhatian manusia. Tidak dipandang. Apatah lagi jika mahu ditampilkan sebagai contoh wanita solehah atau lelaki soleh, tidak mungkin.

Itulah senarionya.

Salahkah senario ini? Pada saya ia bukanlah salah. Cuma cara pandang begini tidak tepat. Secara fitrah memang manusia sukakan kecantikan dan keindahan. Lalu dikaitkan kebaikan dengan kecantikan dan kesempurnaan. Yang cantik itu baik. Begitu juga sebaliknya.

Hatta apabila Jibril `alaihissalam menjelma berjumpa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pun (merujuk kepada ‘hadith Jibril’), dijelmakan Jibril sebagai seorang lelaki yang sangat kacak, bersih, rapi dan sempurna. Perwatakan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul juga begitu sejak dulu. Kerana tanggapan manusia kepada kebaikan memang begitu. Psikologi manusia memang begitu…

Apa yang mahu disentuh dalam tulisan ini ialah agar sama-sama kita fikir bahawa tanggapan ini tidak tepat jika dilihat dari pandangan ALLAH Jalla wa A`la. Secara hakikatnya ALLAH tidak melihat pada paras dan rupa. Itu bukan nilaian ALLAH.

Nilaian ALLAH tidak begitu. Nilaian ALLAH tidak sama dengan nilaian manusia. Zahir rupa dan bentuk bukanlah nilaian ALLAH untuk mengatakan ia soleh, baik, beriman, taqwa atau dekat di sisiNYA.

Bersabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله تعالى لا ينظر الى اجسامكم ولا الى صواركم, ولكن ينظر الى قلوبكم. رواه مسلم

“Sesungguhnya ALLAH Ta`ala tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi DIA melihat pada hatimu.”


(HR Muslim)

Bersabarlah. Walaupun manusia tidak memberikan perhatian kepadamu yang tidak cantik, tidak kacak dan tidak sempurna. Walaupun pada mereka kamu bukan contoh lelaki yang soleh. Dan walaupun pada mereka kamu bukan contoh wanita yang solehah. TETAPI pada pandangan ALLAH Ta`ala kamu sama sahaja dengan manusia biasa. Semuanya setara sahaja.

Yang membezakan manusia dengan manusia pada pandangan ALLAH ialah TAQWA yang berada di dalam hati.

Tidak kiralah samada cacat atau sempurna, sumbing atau mungil bibir kamu, gelap atau cerah kulit kamu, gemuk atau langsing tubuh kamu, kekok atau bergaya kamu, miskin atau kaya kamu. Itu semua sama sahaja. Taqwa yang berada dalam hatilah yang ALLAH `Azza wa Jalla nilaikan.

Justeru, janganlah menilai manusia hanya dengan paras dan rupa. Dan janganlah kita tertumpu kepada mencantikkan bentuk kita, fizikal kita, rupa kita dan semua yang berbentuk material. Kerana ia bukan penilaian hakiki.

Sebaliknya, islahkanlah hati kita. Tumpukan pada usaha untuk mendapatkan TAQWA yang duduknya di dalam hati itu. Kerana itulah pandangan ALLAH pada kita. Itulah nilaian kedudukan kita di sisi ALLAH. Bukannya pada bentuk badan dan rupa paras atau harta.

Sebagai akhirnya, mari kita muhasabah diri kita akan firman ALLAH Ta`ala ini dalam surah asy-Syu`ara', 26: 88-89:

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ“Hari (Hari Akhirat) yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun.”
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

“Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera.”

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla membimbing kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com


*SUMBER: muzir.wordpress.com"

 Hujan Lebat Tak Halang 25 Ribu Orang Berhimpun di Seremban
Posted on Tuesday, November 06 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh KLDailyBlog
SEREMBAN, Nov 4 – Dalam hujan lebat bermula jam 2 petang dan dengan padang yang basah dan becak, tidak menghalang kira-kira 25 ribu orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam tadi.

Sungguhpun dengan keadaan padang dan kawasan yang becah, rakyat terus beruduyun-duyun datang ke tapak perhimpunan. Keadaan terus hujan hingga ke pukul 10 malam, namun rakyat tidak berganjak dan terus menunggu sehingga acara tamat.


Perhimpunan tersebut adalah anjuran gabungan dari tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang mana ia menjadi detik countdown sehingga PRU 13 kelak. Perhimpunan malam tersebut merupakan permulaan dan akan menjelajah kebeberapa buah negeri bagi meneruskan kempen ke atas tuntutan pilihan raya bersih dan adil.
Menurut Mat Sabu, yang juga Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat bahawa Negeri Sembilan dipilih sebagai destinasi pertama kerana ia menjadi sasaran awal negeri keenam yang akan diambil alih oleh PR. ” Bila tiba hari mengundi, jam 7 malam (keputusan diumumkan), Wisma Negeri kita telah tawan,” ujar Timbalan Presiden PAS tersebut.
Turut menghadiri perhimpunan ini ialah Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang, Azmin Ali, Anthony Loke dan barisan kepimpinan kanan parti DAP, PAS dan PKR.
Menurut Mat Sabu lagi perhimpunan seumpama itu, bakal diteruskan di Stadium Muhammad ke-IV di Kelantan pada 16 November ini sebelum diikuti di beberapa negeri mengikut zon - Pahang, Kedah, Johor, Perak dan seterusnya ke Melaka, Pulau Pinang dan Perlis.
Beliau turut menambah bahawa acara kemuncak perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Januari tahun depan dengan sasaran sebanyak sejuta rakyat akan berhimpun menuntut pilihanraya bersih dan adil.
“Perhimpunan seluruh rakyat di Kuala Lumpur akan menyokong tuntutan semua gerakan berwarna Hijau (Lynas), Merah (Royalti Kelantan), Oren (Anak-Felda), Kuning (BERSIH) atau apa-apa warna sekalipun,” jelas beliau.
Turut berucap pada malam tersebut ialah Anthony Loke, Ketua DAPSY; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Datuk Kamarul Baharin Abbas, Ketua MPN PKR Negeri Sembilan.
Ketiga-tiga mereka kemudiannya memeterai dengan membaca satu persefahaman untuk mendokong dan menjunjung Undang-undang Tubuh negeri serta Tonggak Nan9 iaitu janji untuk membela rakyat termasuk Orang Asal jika diberi kepercayaan mentadbir negeri itu.
Turut mengambil tempat pada perhimpunan itu ialah Sasterawan Negara dan Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said yang mendeklamasikan puisi bertajuk ‘Pelamin Kuasa’ yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin.-KLd


  Fasa akhir bangunan Tahfiz Al Fadhni perlu bantuan
Posted on Tuesday, November 06 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO

AMPANG: Maahad Tahfiz Al Fadhni, yang kini beroperasi di Kg Lembah Jaya Selatan, dekat sini, memerlukan dana lebih RM200,000 bagi menyiapkan bangunan sendiri di Batu 23, Sungui Lui, Hulu Langat.

Pengetuanya, Ustaz M Razi Asror Al-Hafiz berkata, setakat ini lebih RM540,000 telah dilunaskan pembayaran dan proses pembinaan berjalan lancar.


"Alhamdulillah, dengan sumbangan berterusan orang ramai, diharapkan bangunan sekolah baru itu dapat disiapkan mengikut jadual dan sebahagian pelajar boleh berpindah awal tahun 2013," ujarnya.
"Khusus untuk menyiapkan bangunan sekolah, kami memerlukan RM160,000 lagi. Seterusnya tambahan RM70,000 untuk kos menyiapkan infra asas seperti jalan masuk, dan keperluan asrama pelajar, misalnya katil dan almari," tambah Ustaz Razi, sambil merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang, termasuk pembaca Harakah.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun CIMB MAAHAD TAHFIZ AL FADHNI  - 12760000665106. Untuk keterangan lanjut hubungi 019-6220076 (Ustaz Razi) atau kunjungi laman web www.alfadhni.com.

DANA DIPERLUKAN: Ustaz Razi meninjau fasa akhir proses menyiapkan bangunan Sekolah Tahfiz Al Fadhni, Sungai Lui, Hulu Langat, yang memerlukan sumbangan lebih RM200,000, untuk disiapkan awal tahun depan.

 Kalau la betul TG Hj Hadi lawan Najib di parlimen Pekan...
Posted on Tuesday, November 06 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Cenangau Daun Kari

Tobat lahum aku tak percaya. Kalau 10 tahun lepas mungkin la, tapi dalam keadaan peluang Pakatan Rakyat paling besar untuk tumbangkan Umno BN dan rampas Putrajaya dalam PRU13 ni, memang boleh kata mustahil la situasi macam tu akan terjadi.


Harakahdaily melaporkan:
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.

“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya. - Hrkh.
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!! Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!! Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001 Tobat lahum aku tak percaya. Kalau 10 tahun dulu mungkin la, tapi dalam keadaan peluang Pakatan Rakyat paling besar untuk tumbangkan Umno BN dan rampas Putrajaya memang hampir mustahil la situasi macam tu akan terjadi.

Bukan takat TG Hj Hadi, kalau Anwar Ibrahim kata dia pun mungkin bertanding di Pekan pun aku tak percaya, tambah lagi la aku tak percaya kalau Lim Kit Siang kata sanggup bertanding di Parlimen Pekan. Paling aku tak percaya kalau Najib Rosmah samggup bertanding di parlimen Marang menentang TG Hj Hadi.

Tapi dari segi tarbiahnya, memang aku percaya TG Hj Hadi sanggup bertanding di mana saja kalau parti arahkan, nak bagitau yang pimpinan PAS memang cukup wala' dengan arahan parti, hatta presiden parti sekalipun.

Cumanya mustahil la parti nak arahkan TG Hj Hadi bertanding di parlimen Pekan, satu arahan yang ukup BANGANG dari segi politik.

Tapi kalau betul la jadi situasi macam tu, memang cukup menarik. Bukan setakat heboh dalam berita tempatan, berita antarabangsa pun tentu over berita tu. Tentu punya ramai wartawan asing berkampung di Pekan sepanjang tempoh kempen.

Lagi satu, tak perlu tunggu hari penamaan calon pun, cukup sekadar TG Hj Hadi buat kerja bagi nampak macam nak bertanding di parlimen Pekan, tentu punya Najib Rosmah risau tak oleh tidur malam.

Tak kira la berapa ramai Umno import bangla dan indon supaya boleh mengundi di Parlimen Pekan, tentu punya Najib Razak akan rasa risau. Tentu punya dia terfikir, takkan saja-saja kut Presiden PAS nak bertanding lawan dia di parlimen Pekan tu.

Apa pun, kalau betul TG Hj Hadi lawan Najib Rosmah di parlimen Pekan, tentu punya Najib Rosmah yang akan menang. Bukan sebab Najib Rosmah bagus atau TG Hadi teruk sangat, tapi pasai Najib Razak dah ambil pengajaran PRU10 bila dia cuma menang majoriti 241 undi.


  Isu Islam dan Melayu
Posted on Tuesday, November 06 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Nurul Izzah Anwar

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan - "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...." - daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan dakwah utk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar 
Najib tidak fikir Hadi akan tanding di Pekan
Posted on Tuesday, November 06 @ 13:36:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak fikir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di Vientiane semalam.

Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.

"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.

Najib menjadi anggota Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah anggota Parlimen Marang.
 
 Apa Bezanya Hukum Menentang Hukum Hudud dengan Wanita Yang Menentang Poligami?
Posted on Tuesday, November 06 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh : Tok Janggut
Sejak dulu hingga sekarang tah habis-habis kita bagaimana orang samada yang Islam atau yang bukan Islam memperkatakan tentang hukum hudud. Yang yang memuji, menyokong dan yakin akan keadilan hukum tersebut malahan ada juga yang mempertikai memperlekeh dan mersendakan syariat Allah itu tanpa rasa segan dan tanpa rasa berdosa (bagi yang menganut Islam) seandainya kenyataan itu boleh membuatkan mereka boleh jadi murtad. Alasan bodoh dan jahil yang sering mereka tonjolkan ialah masyarakat majmuk dan rakyat belum faham akan hukum tersebut.

Alasan masyarakat majmuk. Agaknya bila mereka boleh mempastikan bahawa negara kita tidak akan mempunyai masyarakat majmuk? Sehingga kiamat ke? Sedangkan manusia yang berbilang bangsa, kaum dan agama itu adalah ciptaan Allah dan apabila Kerajaan umat Islam melaksanakan syariat Allah maka akan terserlahlah akan keadilan yang dijanjikan Allah dan segala menafaat, kebaikan dan keadilan syaiat Allah itu akan dirasai oleh semua rakyat termasuk yang bukan Islam juga. Bukankah itu satu rahmat dan anugerah Allah yang tidak ternilai untuk kita? Tetapi mengapa sesuatu yang baik dari Allah itu kita tolak, hina dan persendakan pulak?

Alasan rakyat belum faham? Bilakah rakyat hendak faham sekiranya kerajaan sendiri yang menyekat rakyat dari diberikan kefahaman akan keadilan syariat Allah ini? Malahan ustaz atau tok guru yang menyampaikan kuliah yang berkaitan dengan hudud ini disekat dan difitnah serta dituduh mengajar bab politik dimasjid/surau, cuba menghasut rakyat supaya benci kepada kerajaan dan berbagai lagi sebagai alasan, tetapi yang sebenarnya kerajaan tidak mahu rakyat faham akan syariat Allah ini kerana jika faham semua umat Uslam akan menolak UMNO/BN kelak. Itu sebenar motifnya. Yang peliknya, kebanyakn undang-undang negara yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan tidak pula mereka bertanya kepada rakyat samda faham atau tidak undang-undang tersebut? Terutamanya jika undang-undang tersebut yang boleh membawa untung kepada kerajaan seperti melibatkan saman, denda dan sebagainya. Terus dilaksanakan tanpa dipedulikan samada rakyat faham ataupun rakyat mahu menerima atau tidak undang-undang teresebut secara paksa. Sedangkan tidak berdosa jika rakyat yang beragama Islam tidak mematuhi undang-undang yang mencekik darah mereka. Sama seperti kewajiban membayar cukai pendapatan. Tidak berdosa jika kita tidak bayar dan tidak akan dipersoalkan di akhirat nanti kerana jika cukai pendapatan ini wajib dalam Islam mengapa banyak negara umat Islam tidak ada pun bayaran cukai pendapatan ini kecuali pemerintah yang memang kerjanya menghirup darah rakyatnya saja? Dalam Quran dan hadis Nabi pun tidak disebut cukai pendapatan ini kecuali zakat sahaja untuk orang Islam.

Terlalu banyak undang-undang yang dibuat dengan tujuan untuk mengaut wang dari rakyat secara terancang dan paksaan. Yang lebih dahsyat, dibuatnya undang-undang dimana jika ada rakyat yang tak patuh akan diambil tindakan mahkamah pula. Sudahlah dipaksa, didakwa pula. Bukankah ini lebih jelas dan terang satu paksaan, penindasan dan zalim? Yang hudud belum pun dilaksanakan lagi sudah pun dikatakan zalim dan tidak adil. Inilah lidah Yahudi dan syaitan sebenarnya.

Selain dari itu mengapa kita hanya tertumpu akan pertikaian bab hukum hudud sahaja? Mengapa kini ramai kaum wanita yang mempertikaikan hukum poligami tidak pula kita ambil peduli? Bukankah hukum poligami ini datang dari Allah dan Rasul juga? Apakah golongan yang mempertikaikan hukum poligami ini dengan mengatakan sebagai zalim, tidak adil, menindas dan sebagainya itu tidak boleh menjejaskan aqidah juga? Bukankah hukum poligami ini adalah hak untuk kaum lelaki tetapi mengapa kaum wanita begitu sibuk memperkatakanya? Alasan suami tidak berlaku adil itu adalah alasan yang rapuh. Jika tidak adil, isteri seorang pun suami mungkin tidak berlaku adil juga. Jika suami tidak berlaku adil setelah berpoligami, mereka tidak akan terlepas dari azab Allah kelak dan siapa kita yang hendak mengambilalih hak Allah itu? Sedangkan isteri yang ikhlas membenarkan suami berpoligami kerana semata-mata taat dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul, sabar dengan ketidakadilan suami, redha adalah isteri yang solehah dan ganjaranya ialah syurga. Apakah isteri tidak mahu merebut peluang ini? Jika suami berlaku zalim seperti tidak lagi bagi nafkah zahir dan bathin, memukul, menyiksa membelasah setelah dapat bini muda, bukankah kita ada pejabat agama dan polis untuk meminta tolong bagi mendapatkan perlindungan? Seret dia ke mahkamah, biar dipenjara dan akhirat kelak siksa sedia menanti suami-suami itu. Serahkan pada Allah. Itu hak Allah untuk menghukum suami bukanya wanita/isteri sehingga mengeluarkan kata-kata yang membolehkan merosakan aqidah. Insaflah wahai para isteri. Yang berjibab labuh pun kini nampaknya begitu berani mempertikai hukum poligami ini. Puncanya ialah kerana penyakit hati. Tamak, dengki, ego, sombong, riak, ujub dan berbagai lagi. Bukankah sifat-sifat ini boleh membatalkan segala pahala amalan kita? Sifat-sifat begini bukan untuk ahli syurga. Kembalilah kepangkal jalan.

Selain dari itu cabaran MCA supaya Pakatan Rakyat menjadikan HUDUD sebagai manifesto PRU13 adalah cabaran orang bodoh. Hudud adalah hukum orang Islam dan hanya berkaitan dengan orang Islam. Mengapa mesti PAS menyeret sama DAP dan ahli bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dalam isu Islam? Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam menerima syariat Islam termasuk hudud. Jika dimasukan dalam manifesto PRU13, ini bermakna PAS telah memaksa DAP dan masyarakat bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat menerima syariat Islam termasuk hudud. Ini bercanggah dengan Islam malahan boleh dianggap satu kezaliman. Sepatutnya MCA meminta UMNO membuat deraf hudud yang bertepatan dengan Quran dan hadis kerana hudud yang ada sekarang dikatakan hudud PAS. UMNO boleh meminta Soi Lek dan pemimpin Gerakan duduk sama dalam panel membuat deraf hudud UMNO itu dan dipengerusikan oleh ulama tersohor UMNO iaitu Mahathir Mohamed. Tokoh agama UMNO yang lain boleh juga duduk sama tetapi hanyalah sebagai tukang angguk dan kata "setuju".

Matlamat utama Pakatan Rakyat dalam PRU13 kelak ialah untuk menghancurkan, meleburkan, dan menumbangkan UMNO/BN. Yang lain-lain boleh dibincangkan setelah berjaya ke Putrajaya kelak. Tidak ada perkara yang tidak boleh dibicangkan untuk kebaikan dan keadilan rakyat. Yang tidak boleh dibincang ialah bagaimana untuk bersatu dengan UMNO. Itu minta dijauhkan. Wallahualam. 
 Chua Soi Lek Tetap Perlu Memohon Maaf!
Posted on Tuesday, November 06 @ 12:31:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Khairul Faizi

Merujuk kepada satu kenyataan balas oleh Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan isu hudud, beliau menafikan kenyataan beliau menghina Islam dan mengandungi unsur-unsur Islamofobia. Beliau mendakwa ini adalah fitnah permainan Pakatan Rakyat berhubung isu hudud ini.

Beliau seolah-olah memberikan kenyataan yang berputar belit terhadap isu penghinaan beliau ke atas Islam melalui hudud. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya mempertikaikan hudud versi PAS dan itu tidak bererti beliau menghina Islam.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam” – Utusan, 4-11-2012 Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat respon beliau terhadap hudud dalam beberapa kenyataan beliau yang lalu tidak lansung menyebut hudud PAS. Antara kenyata beliau yang menyebut bahawa dengan melaksanakan hudud, Malaysia akan hilang pelaburan dari luar kerana pelabur-pelabur takut dengan perlaksanaan undang-undang yang kejam di Malaysia.

“Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.” – The Malaysia Insider, 4-12-2011.

Presiden MCA ini juga telah membuat kenyataan bahawa lapan daripada sebelas negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara yang paling korup dan tidak selamat - Malaysiakini, 21-10-2012

Tidakkah ini sudah jelas bahawa Dr Chua telah menghina hudud kerana telah menyatakan bahawa lapan negara tersebut adalah di antara negara yang korup dan tidak selamat ataupun mungkin Dr Chua ingin menyatakan bahawa lapan negara tersebut melaksanakan hudud PAS?

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan agar beliau tidak menyebut atau menyentuh isu berkenaan hudud lagi. Bukan kerana mahu menutup ruang bagi non Muslim bertanya tentang Islam tetapi berdasarkan daripada kenyataannya yang lalu, kami dapati beliau banyak memberikan persepsi negatif kepada masyarakat mengenai hudud dan seolah-olah beliau cuba mewujudkan suasana Islamofobia.

Beliau perlu sedar, bukan MCA yang perlu berbicara mengenai hudud. Ini kerana masih ada Umno di dalam Barisan Nasional yang lebih layak daripada MCA untuk bercakap tentang hudud. Apa yang mengecewakan UMNO bukan sahaja mendiamkan diri bahkan tidak menasihatkan rakan sekututnya itu untuk tidak menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan menyebut dan mempertikaikan hudud secara terbuka.

Dewan Pemuda PAS Malaysia masih bertegas agar beliau memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia kerana telah memberikan persepsi yang buruk terhadap undang-undang dalam agama Islam.

Apabila anda tidak bersetuju dengan satu-satu agama bukanlah bermakna anda boleh mempertikaikan agama secara terbuka dengan sesuka hati anda!


Disediakan oleh ;
Khairul Faizi Ahmad KamilSetiausaha,Dewan Pemuda PAS Malaysia

 10,000 warga asing Myanmar diberi kerakyatan di Stadium KLFA
Posted on Tuesday, November 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lipasmalas

"SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.



Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

Barangkali pendedahan ini akan merungkai kisah penempatan orang-orang Myanmar yang telah diberi kerakyatan di kawasan Parlimen Pekan, Pahang untuk menyelamatkan karier politik Najib Razak.

Penduduk kampung ini dipercayai telah diberikan hak kerakyatan dan diarah untuk mengundi Barisan Nasional di parlimen tempat Najib Razak bertanding rujuk sini [Pemuda Sarawak]

Sumber: http://milosuam.blogspot.com"

PBS membebankan guru
Posted on Tuesday, November 06 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrumen (soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting, memasukkan data ke dalam sistem – yang melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.
Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. Bayangkan berapa banyak - 160 X 216 = 34,560 data dan berapakah masa harus diambil untuk menyiapkannya.
Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error. 
Saya amat berharap instrumen (soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu.
 
Selain itu, deskriptor (kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6.
 
Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kepada pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar.
 
Terus terang guru tidak dapat fokus kepada pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.
Syahril Hasan. 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/14169-pbs-membebankan-guru

 Dua lapuran audit negara: mana yang teruk?
Posted on Tuesday, November 06 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: albangi

"Cuba analisa laporan audit 2011: antara beri duit pada rakyat dengan sapu duit rakyat dan merugikan duit rakyat.

Laporan Audit 2011 kata Selangor tak buat kerja bersungguh-sungguh. ''Setakat 2011, peratusan pendaftaran skim TAWAS adalah 19.4 peratus sahaja, namun anggaran purata perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri berjumlah RM22.87 juta setahun." (ini namanya beri duit pada rakyat, tidak ada kebocoran duit rakyat, ada ibubapa tak mahu daftar dengan TAWAS, ada yang tak tahu ada TAWAS)

Laporan Audit 2011 kata "Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta yang mana sekarang ini diletakkan di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dengan pegangan ekuiti 100%.

Hakikatnya, Rekodnya prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat telah mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2010 walaupun mencatatkan keuntungan pada tahun 2009.

Setakat 31 Disember 2010, kerugian terkumpul RapidKL berjumlah RM293.82 juta. (inii namanya penyamun menyamun duit rakyat, ada penyelewengan dalam mengurus, dan ada kroni yang sapu duit rakyat)"


 Tuan Guru Presiden Bukan Pengecut
Posted on Tuesday, November 06 @ 06:41:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: kalashnikov

"Kecoh Tuan Guru Presiden beri signal acah sedia bertanding di Pekan. Bahasa hikmah Tuan Guru:

- Tuan Guru kata terpulang pada keputusan parti. Sebenarnya beliau mahu ajar ahli2 supaya apa2 rujuk parti. Walaupun aku presiden, aku tetap akur keputusan parti.

- Terzahir jiwa besar tak main gimik, nak lawan, lawan betul2 walaupun di luar gelanggang sendiri. Bukan jaguh kampung.

- Mewujudkan satu standard politik baru. Jika betul2 nak jadi PM, buktikan awak berani lawan Najib di Pekan. Power!

~Kami bersamamu wahai Singa Rusila~"


 Ikhlas Betul Dia! Tapi...
Posted on Tuesday, November 06 @ 06:32:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"

Lelaki di dalam gambar telah mengangkat tangannya selama 38 tahun sejak tahun 1978.  Beliau sanggup berbuat sebegitu kerana ikhlas ingin beribadah untuk mendapatkan redha Tuhan yang dia percaya.  Pengorbanan dan susah payah yang dihadapi beliau tidak lain niatnya adalah untuk mendapatkan kasih sayang Tuhannya.


Andai tahap keikhlasan dan penghambaan lelaki ini kepada Tuhannya dibandingkan dengan keikhlasan dan penghambaan kita terhadap Tuhan kita, tentu agaknya kita akan kalah.  Dengan kekalahan yang teruk.

Nampak ikhlas sungguh dia.  Nampak zuhud betul dia.  Nampak `abid sungguh dia.  Nampak bersungguh-sungguh betul dia.

Tetapi, ikhlas sahaja tidak cukup untuk sesuatu amalan itu diterima oleh Tuhan semesta alam.  Ia tidak cukup.  Kerana syarat untuk sesuatu pengibadahan itu diterima olehNYA ialah:
  1. Beriman kepada ALLAH.
  2. Ikhlas kerana ALLAH.
  3. Mengikut syariat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Ini bermakna lelaki di atas tidak memenuhi satu pun syarat untuk penghambaannya diterima oleh Tuhan semesta alam, iaitu ALLAH Jalla wa A`la.

Hatta, jika dia berbuat begitu kerana ikhlas untuk ALLAH pun, dengan dia berkata, “Saya buat ini ikhlas kerana ALLAH kerana saya percaya ALLAH itu Tuhan saya”, syarat pertama dan ketiga tetap tidak dipenuhi beliau.  Kerana beliau tidak beriman kepada ALLAH Ta`ala dengan keimanan yang yang dikehendakiNYA.  Dan beliau juga tidak mengikut syariat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Sia-sialah usahanya itu.

Apabila melihat kesungguhan lelaki ini dan ramai lagi di seluruh dunia yang berbuat bermacam-macam cara untuk menghambakan diri mereka kepada Tuhan, maka timbullah rasa kasihan dalam hati kita terhadap mereka.  Keikhlasan mereka yang tulus dan suci itu tidak bermakna apa-apa dan hangus begitu sahaja pada Hari Akhirat nanti.

Dan rasa kasihan ini akan membuatkan kita rasa rajin untuk menyebarkan agama yang diredhai ALLAH, iaitu Islam, kepada semua manusia supaya manusia-manusia yang ‘ikhlas’ ini tidak tersia-sia nasib mereka pada Hari Akhirat nanti.  Sebab itulah nikmat Iman dan Islam ini mesti disampai-sampaikan kepada seluruh manusia di muka bumi ini.

Itu jika dilihat keadaan yang belum Muslim.  Bagaimana pula dengan kita yang sudah Muslim ini?

Muslim Yang Ikhlas Beribadah, Tapi…
Dalam komuniti Muslim kita pun ramai yang beribadah dengan ikhlas kerana ALLAH Ta`ala.  Mereka bukan sahaja beriman kepada ALLAH Ta`ala, bahkan berjaya mendapatkan ikhlas yang memerlukan usaha yang lebih untuk mendapatkannya.

Ini bermakna kedua-dua syarat pertama dan kedua telah pun mereka penuhi, iaitu beriman kepada ALLAH Ta`ala dan ikhlas kerana ALLAH Ta`ala.

Namun, yang menjadi kesedihan kita ialah masih ramai lagi Muslim, bahkan di kalangan `abid, yang beriman kepada ALLAH dan ikhlas kerana ALLAH, tetapi caranya tidak mengikuti cara yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sebahagiannya tidak menepati dengan sunnah-sunnah Nabi.  Sebahagiannya pula bercanggah dengan sunnah-sunnah Nabi dalam hal ibadah.

Nah, diterimakah amalan-amalan mereka?

Jika dilihat pada 3 syarat suatu amalan diterima ALLAH yang disebutkan di atas, terhukumlah secara zahir bahawa amalan tersebut tidak diterima oleh ALLAH `Azza wa Jalla.  Kerana ia gagal memenuhi syarat yang ke-3 iaitu mengikuti syariat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.

Masyarakat am Muslim, bahkan Muslim yang terlibat dengan ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan yang bid`ah jika ditanya kepada mereka adakah mereka beriman dan ikhlas kerana ALLAH?  Nescaya ramai di kalangan mereka kata “ya!”.  Mata kita kadang-kadang boleh melihat sendiri betapa mereka sanggup mengorbankan wang, harta malah nyawa untuk melakukan ibadah-ibadah tertentu sebagai bukti keikhlasan mereka.

Namun, rugilah mereka!  Dan kita juga…! Seandainya kita tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dalam hal beribadah, walaupun kita telah beriman dan ikhlas kerana ALLAH Ta`ala.  Kerana amalan-amalan ibadah yang tidak mengikuti contoh dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam adalah tertolak.

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ, فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)
Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: 

ٌّمَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أمْرُنَا, فَهُوَ رَد

"Sesiapa yang melakukan suatu amalan, bukan dari ajaran kami, maka ia adalah tertolak.”

(HR Muslim)

Justeru, ayuh kita sama-sama muhasabah diri.  Pastikanlah agar ketiga-tiga syarat di atas dipenuhi supaya amalan-amalan kita membawa keberuntungan buat kita pada Hari Akhirat nanti.  Kita khuatir jika benar kita beriman kepada ALLAH Ta`ala, jika benar kita ikhlas, tetapi disebabkan syariat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam melalui sunnah-sunnahnya tidak kita ikuti, akhirnya kita melopong, kecewa dan menangis ketakutan pada Hari Dihitung Semua Amal nanti.

Jangan jadi seperti lelaki dalam gambar di atas.  Jangan jadi seperti pengikut ajaran-ajaran sesat.  Jangan jadi seperti pengamal-pengamal bid`ah.  Dan jangan jadi muslim yang hanya beribadah kerana ikut-ikut orang.

Tetapi, jadilah Muslim yang Muslim.  Iaitu berserah diri kepada ALLAH, ikhlas keranaNYA dan mengikuti syariat RasulNYA sallAllahu `alaihi wa sallam.

Bagaimana mahu kenal syariat Nabi?

Tidak lain kenalah terus belajar ilmu agama dan semak semula amalan-amalan ibadah kita semuanya.  Benarkah ia syariat Nabi?  Atau ia syariat syok-sendiri?

Semoga ALLAH menunjukkan hidayah dan taufiqNYA buat kita semua, amin…

Allahu A`lam.

*SUMBER:  http://muzir.wordpress.com/2012/11/04/ikhlas-betul-dia-tapi/ "



Tiada ulasan: