Isnin, 5 November 2012

ORANG YANG MENGAKU BERMUKAH...TAK KAN TAK PUTAR BELIT...DITAMBAH TAK BERIMAH PADA ALLAH SWT

Muktamar PAS 14 hingga 18 Nov ini di Kelantan

Anis Nazri, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 pada 16 November hingga 18 November ini manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.

Muktamar ini yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Ustaz Abdul Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, muktamar kali ini turut menjemput pimpinan Pakatan Rakyat, wakil kedutaan, wakil antarabangsa, dan wakil NGO.
Bagi Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat pula, perasmian muktamar bagi kedua-dua dewan itu akan diadalan pada malam 14 November dan muktamar penuh pada keesokannya.

Manakala perasmian dan muntamar penuh bagi Dewan Ulama PAS Pusat pula diadakan pada 15 November.

Perasmian Muktamar PAS Pusat pula akan diadakan pada 16 Nov, sebelum muktamar penuh keesokannya hingga 18 November.
Pada malam 16 November itu juga, akan berlangsung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat  peringkat Kelantan iaitu kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Senawang, 3 November lalu.

Kerajaan tidak tumpu usaha mencegah zina

Hazayani Zakaria, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kurangnya aspek pencegahan mengakibatkan bilangan anak luar nikah semakin bertambah setiap tahun, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada aspek penyelesaian dan mengabaikan aspek pencegahan seperti pembasmian premis-premis hiburan yang memberi ruang kepada golongan yang belum berkahwin melakukan penzinaan.

"Apa yang berlaku hari ini antaranya adalah manifestasi daripada wujudnya premis-premis yang menyebabkan peluang untuk mereka melaksanakan kerja-kerja yang tak baik ini berleluasa termasuk kelab malam, pusat hiburan dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikiaan sebagai mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom secara bertulis kepada soalan beliau di Dewan Rakyat.

Beliau dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun lepas serta usaha yang dilakukan kerajaan bagi menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Menteri berkata, kerajaan melalui pelbagai agensi telah mel

Kerajaan peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi

Salmiyah Harun, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.

Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai.

Rundingan tak berselisih, muafakat tak bercanggah: Adat berlalu dalam terang

http://aspanaliasnet.blogspot.com, 05 Nov 2012
Sebegitu kuat tekanan yang dihadapi rakyat yang dilakukan oleh pihak BN yang berkuasa, orang ramai tetap menzahirkan keinginan untuk bertukar dan mewarnai politik dan siasah negara khususnya bagi rakyat Negeri Sembilan. Berbagai-bagai halangan dihadapi oleh rakyat dalam usaha mereka untuk melihat perubahan yang amat diperlukan oleh mereka. Rakyat mahukan suasana politik yang berbeza dan mereka mahu melenyapkan politik yang mereka anggap sudah ketinggalan zaman dan memeritkan perasaan dan kehidupan seharian mereka.

Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 3hb yang lalu amat berjaya kerana dalam cuaca yang sangat sejuk kerana hujan yang tidak berhenti-henti sepanjang hari lebih daripada 30,000 rakyat telah hadir. Elemen yang amat memberi rangsangan ialah kehadiran rakyat berbilang kaum yang berduyun-duyun datang membawa payung dan baju hujan untuk memberikan sokongan kepada himpunan yang sangat penting bagi pihak ‘alternative’ kepada BN itu.

Tidak wajar rasanya jika tidak memberi sekalung pujian dan tahniah kepada PAS serta parti-parti yang menjadi komponen kepada PR Negeri Sembilan, iaitu DAP dan PKR. Pujian ini sangat wajar diberikan kepada PR Negeri Sembilan kerana dari awal lagi pihak pentadbir BN di NS tidak memberikan kerjasama untuk rakyat mengadakan himpunan ini. Tapak himpunan ini telah berubah sebanyak tiga kali kerana halangan-halangan pihak kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Mohammad Hasan yang mahu menggagalkan himpunan ini.

Bagi BN apa yang mereka mahu lihat ialah kegagalan perhimpunan ini. BN pula menggunakan kuasa mereka dengan mengadakan konsert M.Nasir di Padang MPS yang merupakan lokasi asal untuk PR mengadakan perhimpunan itu. Hasilnya konsert itu hanya dihadiri oleh tidak sampai lima ratus orang dan nyata yang berniat jahat sentiasa tidak kesampaian hajatnya. Manusia berduyun-duyun ke padang usang di Taman Seremban Jaya dengan berbekalkan semangat perjuangan dengan membawa payung dan baju hujan untuk merintasi hujan yang tidak henti-henti itu.

Kejayaan ini tidak disenangi oleh pihak BN kerana himpunan ini menjelaskan lagi hasrat rakyat untuk perubahan kali ini. Berita Harian menyiarkan gambar-gambar kerusi kosong, iaitu gambar yang diambil selepas petugas-petugas himpunan itu menyusun kerusi pada siang harinya. Berita Harian mengatakan bahawa perhimpunan itu gagal dan menunjukkan kerusi-kerusi kosong itu, padahal himpunan itu diadakan pada malam hari sedangkan gambar yang disiarkan oleh Berita Harian itu diambil pada siang harinya sebelum himpunan itu diadakan.

Usaha bodoh media perdana ini sahaja sudah menunjukkan yang BN sedang keadaan terdesak di NS dan terpaksa melakukan pembohongan secara terang-terangan. Saya dihubungi oleh ramai rakan-rakan dalam UMNO yang mahukan perhimpunan itu berjaya kerana mereka adalah dari pihak yang berbalah dalam UMNO itu sendiri. UMNO tidak mungkin dapat menghimpunkan rakyat sebegitu ramai tanpa memberikan bas-bas percuma serta makanan dan kemeja T beserta dengan topi.

Bagi penyokong PR yang hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di NS itu mereka berbelanja sendiri dengan membawa payung sendiri. Makan pun sendiri, baju T sendiri malahan ramai di antara mereka telah memberikan sumbangan wang ringgit untuk memastikan perjalanan usaha ke arah perubahan di NS itu berjalan dengan baik dan lancar. Kejayaan himpunan itu menunjukkan yang perasaan rakyat bukan boleh dibendung dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan berbagai cara pembelian perasaan rakyat. Rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu yang lain.

Rakyat mahukan perlindungan dari sebuah kerajaan yang adil dan saksama. Rakyat NS seperti rakyat di negeri lain juga mahukan sebuah kerajaan pilihan untuk masa depan mereka. Mereka meletakkan harapan terhadap parti pilihan. ‘Kok nak berlabuh pada yang tenang, kok nak berhenti pada yang teduh, kok hendak bersandar pada yang kuat dan kalau nak bersila pada yang rata’.

BN sekarang menumpukan usaha untuk menyekat kegiatan PR tetapi tidak berusaha untuk menumpukan usaha untuk menyatukan ahli-ahli UMNO itu sendiri. Jika perpecahan di antara ahli-ahli mereka sendiri tidak dapat diatasi bagaimana mereka hendak berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Mereka tidak sedar yang pada setiap waktu mesti ada sebahagian dari ahli-ahli UMNO di setiap kawasan yang ingin melihat parti mereka kecundang kerana tidak bersetuju dengan perlakuan parti mereka itu.

Pendeknya, Himpunan Kebangkitan Rakyat itu benar-benar menunjukkan yang rakyat Negeri Sembilan benar-benar mahukan BN dijadikan sejarah di NS, negeri adat itu. Rakyat negeri yang beradat ini serius mahukan perubahan. Mereka sedang bersepakat untuk menjayakan usaha itu.

Orang Negeri Sembilan sedang berkata-kata dan mengingati nasihat beradat sesama sendiri: ‘Bulat air dek pembetongan, bulat manusia dek muafakat, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah’.

Kata-kata nasihat beradat ini nampaknya terjalin kuat di antara rakyat yang sedang bermuafakat untuk perubahan ini. Rundingan dan muafakat ini nampaknya tidak berselisih dan tidak bercanggah di antara satu dengan lain.

Di Negeri Sembilan permuafakatan di antara semua rakyat sedang dijalinkan dengan baik dalam rundingan yang sehayun dan selenggang. Rundingan di antara pihak-pihak yang mahukan perubahan jelas telah berlaku dan apa yang kita nampak sekarang hanyalah hasil daripada rundingan-rundingan yang tidak bercanggah dan berselisih tadi. ‘Rundingan telah berlaku dalam gelap, adat berlalu dalam terang’. Apa yang kita lihat berlaku adalah hasil daripada rundingan-rundingan di antara rakyat yang dahagakan perubahan dan kelainan yang dituntut oleh masa dan zamannya..

Itulah yang akan memungkin BN di Negeri ini akan mendapat giliran untuk berehat barang sepenggal untuk memperbaiki laku dan adat mereka. Kita mesti ingat, mati kita dikandung tanah, hidup kita dikandung adat. Adat itu bersendikan syarak dan kitab Allah.

Soi Lek sombong untuk terima hakikat hudud

Harakahdaily, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.
Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau berkata bahawa penentangannya terhadap Hudud bukan menentang dan menghina agama Islam tetapi apa yang ditentang adalah Hudud PAS.
Jelasnya, beliau tidak boleh menerima penerangan yang diberikan bahawa Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah undang-undang Syariah yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijtihad para Ulamak muktabar. Menghina Hudud adalah menghina Islam kerana Hudud adalah sebahagian daripada Islam. Menghina Hudud juga adalah bermakna menghina Rasululullah yang membawa risalah Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua telah silap apabila memahami Islam hanyalah pembinaan masjid, institusi Tabung Haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan lain-lain sebagaimana dakwaannya.

Islam tidak sempit sebagaimana dakwaannya tetapi Islam adalah cara hidup yang mengatur kehidupan manusia sama ada dalam bidang sosial, ekonomi mahu pun politik. Termasuk ajaran Islam ialah hukuman Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua sebenarnya telah terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyempitkan Islam dan melabelkan enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu adalah Hudud PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya bertanggungjawab di atas kekeliruan yang ditimbulkan ini sehingga menyebabkan Datuk Seri Dr. Chua berani untuk menghina hukuman Hudud. Mereka lebih sanggup untuk menjual agama demi untuk kepentingan politik mereka.

Apa yang lebih dikesali lagi, Ulamak UMNO tidak berjaya menerangkan kepada Datuk Seri Dr. Chua tentang kebaikan hukuman Hudud. Walaupun beliau mengakui bahawa telah berjumpa dan menerima penerangan daripada Ulamak UMNO, nampaknya beliau lebih berani untuk menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud selepas pertemuan tersebut.

Datuk Seri Dr. Chua juga dilihat cuba untuk mengheret sama DAP agar menghina Hudud. Umum mengetahui bahawa DAP tidak dapat menerima perlaksanaan Hudud di Malaysia tetapi tidak bermakna mereka harus menghina Hudud. Mereka menghormati perjuangan prinsip PAS. Hasil kerja dan usaha PAS menerangkan tentang hukuman ini, DAP akhirnya dapat menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dihina walaupun mereka tidak bersetuju untuk dilaksanakan. PAS akan sentiasa memberikan penerangan agar bukan Islam menerima kewajipan umat Islam untuk beramal dan melaksanakan Hudud dalam kehidupan mereka.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar Datuk Seri Dr. Chua tidak sombong untuk meminta maaf terhadap umat Islam terhadap keceluparan beliau menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud.

Beliau perlu menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah berdasarkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad para Ulamak muktabar, bukannya Hudud yang direka oleh PAS.

Menteri wanita dibidas gagal hadir jawab soalan

Hazayani Zakaria, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat kecewa terhadap kegagalan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjawab isu-isu yang dibangkitkan mereka dalam Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Timbalan Menteri, Senator Heng Seai Kie mengabaikan soalan-soalan berkaitan wanita walaupun sudah dibangkitkan minggu lalu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS juga berkata, segala kepincangan bermula apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri.

"Kita tak puas hati sebab menteri wanita tidak datang menjawab banyak isu yang kami bangkitkan tidak dijawab. Contohnya peruntukan pembangunan bagi tahun 2012 menurun sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lepas.

"Saya tanya adakah ini menunjukkan kementerian sudah mencapai sasaran menyebabkan peruntukan dikurangkan tetapi tidak dijawab," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Menteri wanita seorang Perdana Menteri jadi terlalu sibuk dan tak ada masa untuk berfikir," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyelar kenyataan Seai Kie bahawa kementerian tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan exco-exco wanita di semua negeri.

"Exco wanita di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor tidak pernah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat atau apa-apa program. Timbalan Menteri berbohong dalam dewan," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang juga KEtua Wanita DAP.

Sebelum itu, suasana dalam dewan menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Wanita Pakatan bangun membidas Seai Kie yang hanya mahu menjawab soalan-soalan berkaitan secara bertulis.

Chong Eng secara berseloroh berkata Seai Kie merajuk sehingga tidak mahu meneruskan jawapannya.

Anak pemimpin Umno ada saham dalam AES?

Salmiyah Harun, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik (AES).

Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Chang Lih Kang berkata salah satu syarikat yang mendapat projek AES adalah Beta Tegap Sdn Bhd dimana pemegang saham terbesar syarikat itu adalah anak bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong.

Katanya, ibu pemilik saham syarikat berkenaan merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

Manakala katanya, pemegang saham kedua terbesar dikatakan pernah mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Apakah ini secara kebetulan? Kedua-dua kementerian ini di bawah menteri MCA. Apakah ada hubungan rahsia antara pemegang saham kedua terbesar dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau dalam sidang media di lobi Parlimen.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Beliau turut menunjukkan salinan maklumat berkenaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana Redzuan adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, ternyata melalui maklumat ini menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.
aksanakan pendidikan agama bermula pendidikan kanak-kanak pra-sekolah, program J-Qaf, Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), kelas-kelas Pendidikan Agam Islam di sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menangah, termasuk juga kelas-kelas Takmir di masjid-masjid seluruh Malaysia.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, kerajaan wajar memebrikan galakan kepada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak swasta untuk sama-sama membantu menangani masalah sosial dalam negara.

Soi Lek putar belit, tetap perlu mohon maaf

Harakahdaily, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Dewan pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa 'penjelasan' Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghinaannya terhadap hudud sebagai putar belit untuk melepaskan diri selepas tersepit.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, alasan Soi Lek bahawa beliau tidak menghina Islam dan hanya mempersoal hudud PAS adalah tidak masuk akal.

Ini kerana ketika menghina hudud dengan mendakwa 'dengan melaksanakan hudud, Malaysia akan hilang pelaburan dari luar kerana pelabur-pelabur takut dengan perlaksanaan undang-undang yang kejam di Malaysia', langsung tidak menyebut hudud PAS.

Selain itu Soi Lek juga pernah berkata 'apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot' seperti dilapor media.

Beliau juga mendakwa bahawa lapan daripada sebelas negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara yang paling korup dan tidak selamat.

"Tidakkah ini sudah jelas bahawa Dr Chua telah menghina hudud kerana telah menyatakan bahawa lapan negara tersebut adalah di antara negara yang korup dan tidak selamat ataupun mungkin Dr Chua ingin menyatakan bahawa lapan negara tersebut melaksanakan hudud PAS," soal Faizi.

Sehubungan itu katanya, DPPM mengingatkan agar beliau tidak menyebut atau menyentuh isu berkenaan hudud lagi.

Faizi berkata, ini bukan kerana mahu menutup ruang bagi non Muslim bertanya tentang Islam tetapi berdasarkan daripada kenyataannya yang lalu, Soi Lek banyak memberikan persepsi negatif kepada masyarakat mengenai hudud dan seolah-olah beliau cuba mewujudkan suasana Islamofobia.

"Beliau perlu sedar, bukan MCA yang perlu berbicara mengenai hudud. Ini kerana masih ada Umno di dalam Barisan Nasional yang lebih layak daripada MCA untuk bercakap tentang hudud.

"Apa yang mengecewakan UMNO bukan sahaja mendiamkan diri bahkan tidak menasihatkan rakan sekututnya itu untuk tidak menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan menyebut dan mempertikaikan hudud secara terbuka," katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPM katanya bertegas mahu Soi Lek memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia kerana telah memberikan persepsi yang buruk terhadap undang-undang dalam agama Islam.

"Apabila anda tidak bersetuju dengan satu-satu agama bukanlah bermakna anda boleh mempertikaikan agama secara terbuka dengan sesuka hati anda," katanya.

Tiada ulasan: