Syabas Abdul Hadi Awang
Mohd Sayuti Omar, | 02 Nov 2012 |
Sewajarnya ketua sebuah parti berdepan dengan ketua sebuah parti yang bertentangan. Jangan persoalkan apakah Pekan itu kawasan lawan atau tidak, yang pentingnya Abdul Hadi ke situ bagi menumbangkan ketua parti yang dimusuhinya.
Walaupun mungkin kenyataan itu lebih kepada gimik, tetapi ada kebenarannya di situ. Mungkin Abdul Hadi memberi mesej untuk berdepan dengan Umno beliau sanggup pergi ke mana-mana saja kawasan yang sekaligus menyerlahkan beliau sudah hilang sabar dalam berdepan dengan kerenah Umno.
Cara itu juga membuktikan bahawa Pas bukan berjuang di dalam lopak sendiri tetapi perjuangannya universal.
Bagi Abdul Hadi kemenangan kerusi dan memenanginya bukan yang mutlak. Baginya kesediaan melawan seorang ketua parti yang ditolak atau dianggap sebagai jahat, khianat adalah satu tanggungjawab dan kewajiban. Kalau perjuangan Pas benar dan apa digagaskan Abdul Hadi adalah haq kenapa harus takut membiarkan dia ke Pekan.
Tidak timbul kalau ada mengatakan Abdul Hadi sengaja mencari naas. Bagi perjuangan Pas dan beliau sendiri, kemenangan itu bukan bermakna memenangi kerusi tetapi kemenangan itu adalah berlawan dengan musuh secara mendada. Tidak juga perlu soal bukankah kalau kalah Abdul Hadi tidak boleh memegang jawatan? Persoalan itu hanya bagi mereka yang jahil dan naif dalam memahami erti perjuangan.
Saya berharap kenyataan dan kesediaan Abdul Hadi itu menjadi realiti. Kalau hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, sayalah orang pertama akan menjunjung duli kepada presiden Pas itu dan menerimanya sebagai seorang pejuang tulen yang berani, ikhlas dan bertepatan dengan prinsip perjuangan Islam ala Pas. Bahawa Abdul Hadi bukan seorang politician sekluar dan munafik seperti kebanyakan yang lain yang juga pengecut untuk mengejar musuh ke hingga ke laman rumah.
Syabas kepada Abdul Hadi Awang atas keberanian melemparkan hasrat itu. Dan Pas perlu mencuba strategi berkenaan. - http://msomelayu.blogspot.com/
PRU tangguh ekoran kes Nazri, Chia dan Musa?
Harakahdaily, | 02 Nov 2012 |
(Lajim kertika diwawancara oleh wartawan Harakah)
KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum agak sukar diadakan dalam waktu terdekat walaupun masih ada desas desus yang mengatakan pilihan raya akan diadakan tahun ini juga.
Ini berikutan tragedi yang mengaitkan rakan perniagaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu taikun pembalakan Sabah, Michael Chia yang tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di Lapangan Terbang Hong Kong baru-baru ini.
Ketika disiasat, Michael Chia dikatakan memaklumkan itu bukan duit beliau tetapi duit milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Namun, Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen berkata, wang itu adalah milik Umno Sabah bukannya milik pribadi Musa Aman.
Ekoran itu, pelbagai pihak tertarik untuk mengetahui apakah cerita di sebalik semua ini.
Semalam Nazri dilaporkan berkata, apa salahnya anak beliau menggunakan kenderaan mewah yang didaftarkan atas nama Michael Chia.
Di samping itu, secara berseloroh, beliau berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya kerana anaknya sudah dewasa.
Beliau memberitahu pemberita soal Chia telah memberi sebuah kereta kepada Nedim, perlu dirujuk kepada kedua-dua mereka.
"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."
(Pemimpin PKR menunjukkan gambar Hummer berharga lebih RM450, 000 yang didaftar atas nama Chia tetapi digunakan oleh anak Nazri, Nedim. Foto Malaysiakini)
Bagaimanapun, Nazri mengakui mengenali Chia secara peribadi dan pernah ke Dubai bersama dengan Chia, tetapi atas perbelanjaannya sendiri.
Nedim, anak sulong Nazri, didakwa menggunakan sebuah SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia.
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin pula dalam wawancaranya dengan Harakah meminta agar SPRM menyiasat semua ini khasnya kekayaan luar biasa Musa Aman.
"Saya tidak nafikan Musa Aman seorang ahli perniagaan yang berjaya, tetapi yang saya persoalkan bagaimana setelah Musa memegang jawatan KM Sabah, bagaimana beliau boleh tambahkan kekayaannya, sedangkan beliau tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam syarikat dan tidak boleh memiliki syarikat sendiri.
"Itu yang menjadi persoalan rakyat sekarang sedangkan mengikut laporan wangnya berjumlah bukan jutaan malahan bilion.
"Jadi pihak berkuasa sepatutnya siasat dan di sini tidak boleh timbul isu pilih kasih," kata Lajim dalam wawancara dengan Harakah itu.
Baca penuh wawancara Lajim dengan Harakah Ahad ini.
Dedah kaitan Nazri-Chia, Rafizi sedia disaman
Muhamad Faizal, | 02 Nov 2012 |
"Saya tidak takut dan kalau Nazri kata itu fitnah, beliau boleh ambil tindakan ke atas saya ataupun saman saya.
"Malah saya tidak pernah berselindung dengan kekebalan parlimen untuk pendedahan ini, kerana saya yakin dan pasti apa yang dilakukan ini adalah betul bukan fitnah," tegas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini.
Chia sebelum ini dilaporkan tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di Lapangan Terbang Hong Kong.
Namun, Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen berkata, wang itu adalah milik Umno Sabah, sekaligus membersihkan Chia daripada tuduhan rasuah.
"Kalau betul Michael Chia tidak bersalah, beliau perlu kemukakan dokumen bukti terutamanya surat pengesahan dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
"Kita inginkan bukti dan bukannya hanya sekadar penjelasan di Parlimen, kalau betul dan berani sila kemukakan, saya nak tengok," sambung Rafizi lagi.
Semalam Rafizi mendakwa kenyataan Nazri itu dilihat mempunyai konflik kepentingan.
Katanya, ini kerana anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.
Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.
Sehubungan itu beliau juga akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin depan terhadap Nazri dan juga menuntut siasatan semula terhadap Chia.
Sultan mahu MAIK lebih agresif martabat Islam
Rizal Tahir, | 02 Nov 2012 |
KOTA BHARU:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seharusnya
lebih agresif dalam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam
memartabatkan Islam di negeri itu tanpa adanya rasa puas hati dengan
pencapaian yang telah diperolehi.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, (gambar) bertitah Maik seharusnya menggandakan usaha supaya dapat mengekalkan prestasi sedia ada, malah lebih hebat lagi dalam mencipta kejayaan besar masa hadapan.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Ekspo Maik 2012 sempena 100 tahun Maik yang bertemakan Seabad Mendaulatkan Islam.
Turut hadir pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, selaku Yang Dipertua Maik, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Timbalan Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zain serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.
Pada masa yang sama, baginda turut mencadangkan para imam perlu lebih aktif dalam menjalankan tugas masing-masing seperti bergaul dengan golongan terbabit di peringkat bawah.
“Ianya amat penting dalam usaha untuk membentuk anak-anak mukim menjadi warga masyarakat yang bertaqwa,”ujarnya.
Pada masa yang sama Sultan Muhammad Ke-V turut berharap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Mufti dan Yayasan Islam Kelantan, berganding bahu untuk membantu Maik dalam menegakkan syiar Islam.
Menurutnya, semoga dengan cara ini tidak akan berlaku pertindihan program yang akan merugikan masa terutama sekali sumber kewangan.
Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan, pula menyeru orang ramai sama ada rakyat Kelantan atau pelancong luar mengunjungi pameran ekspo terbabit.
Katanya, ianya merupakan sejarah apabila program untuk orang ramai buat julungkali diadakan.
Pelbagai pameran diadakan sempena ekspo yang diadakan bermula 1 November hingga 6 Disember ini.
Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan turut melawat pameran yang disediakan oleh penganjur.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, (gambar) bertitah Maik seharusnya menggandakan usaha supaya dapat mengekalkan prestasi sedia ada, malah lebih hebat lagi dalam mencipta kejayaan besar masa hadapan.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Ekspo Maik 2012 sempena 100 tahun Maik yang bertemakan Seabad Mendaulatkan Islam.
Turut hadir pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, selaku Yang Dipertua Maik, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Timbalan Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zain serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.
Pada masa yang sama, baginda turut mencadangkan para imam perlu lebih aktif dalam menjalankan tugas masing-masing seperti bergaul dengan golongan terbabit di peringkat bawah.
“Ianya amat penting dalam usaha untuk membentuk anak-anak mukim menjadi warga masyarakat yang bertaqwa,”ujarnya.
Pada masa yang sama Sultan Muhammad Ke-V turut berharap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Mufti dan Yayasan Islam Kelantan, berganding bahu untuk membantu Maik dalam menegakkan syiar Islam.
Menurutnya, semoga dengan cara ini tidak akan berlaku pertindihan program yang akan merugikan masa terutama sekali sumber kewangan.
Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan, pula menyeru orang ramai sama ada rakyat Kelantan atau pelancong luar mengunjungi pameran ekspo terbabit.
Katanya, ianya merupakan sejarah apabila program untuk orang ramai buat julungkali diadakan.
Pelbagai pameran diadakan sempena ekspo yang diadakan bermula 1 November hingga 6 Disember ini.
Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan turut melawat pameran yang disediakan oleh penganjur.
Pemuda PAS Parit demo, solidariti buat Rohingya
Harakahdaily, | 02 Nov 2012 |
PARIT: Dewan Pemuda PAS kawasan Parit dengan kerjasama
Parit Care (NGO) telah mengadakan himpunan aman Solidariti Muslim
Rohingya bersama masyarakat Islam Parit di Masjid Radhiatul Mardhiah di
sini hari ini.
Himpunan yang diadakan sejurus solat jumaat itu dubuat bagi memberikan maklumat yang sebenar mengenai situasi yang melanda umat Islam di bumi Arakan.
Ketua Pemuda Pas Kawasan Parit, Hakimi Mohd Noor dalam ucapannya menyebut bahawa umat Islam hendaklah mengambil berat terhadap isu ini dengan mencari maklumat sebenar situasi yang berlaku di sana.
Himpunan itu juga dibuat bagi mendapatkan sumbangan dari orang ramai bagi membantu masyarakat islam yang dilanda konflik di sana.
“Sokongan dan doa daripada kita, masyarakat Islam di Malaysia, khususnya di Parit amatlah diperlukan, mudah-mudahan ianya dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh masyarakat Muslim Rohingya,” kata Hakimi.
Mereka turut mengedarkan risalah penerangan kepada jemaah yang hadir menunaikan Solat Jumaat di masjid tersebut.
Himpunan yang diadakan sejurus solat jumaat itu dubuat bagi memberikan maklumat yang sebenar mengenai situasi yang melanda umat Islam di bumi Arakan.
Ketua Pemuda Pas Kawasan Parit, Hakimi Mohd Noor dalam ucapannya menyebut bahawa umat Islam hendaklah mengambil berat terhadap isu ini dengan mencari maklumat sebenar situasi yang berlaku di sana.
Himpunan itu juga dibuat bagi mendapatkan sumbangan dari orang ramai bagi membantu masyarakat islam yang dilanda konflik di sana.
“Sokongan dan doa daripada kita, masyarakat Islam di Malaysia, khususnya di Parit amatlah diperlukan, mudah-mudahan ianya dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh masyarakat Muslim Rohingya,” kata Hakimi.
Mereka turut mengedarkan risalah penerangan kepada jemaah yang hadir menunaikan Solat Jumaat di masjid tersebut.
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pakatan buat laporan polis
Faiz Abdullah, | 02 Nov 2012 |
(Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menunjukkan laporan polis yang mereka buat)
SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria hari ini.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:
‘Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah’.
Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.
“Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November ini.
“Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.
“Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan dan ketenteraman awam,” kata Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim.
Turut bersama Sabaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.
Semalam GMPN dan beberapa NGO Negeri Sembilan mengadakan bantahan di tapak program membantah penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Razali juga dipetik berkata mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara dan keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya bahan politik.
Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad pula berkata program itu dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.
“Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami sepakat jika program ini diteruskan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus,” katanya.
50,00 disasarkan
Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50, 000 akan hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bertempat di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas) pada hari Sabtu, 03 November ini.
Program akan bermula seawal jam 03.00 petang apabila lebih 300 penunggang motorsikal dari Kelab ARC dan pendokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi.
Konvoi bermotorsikal ini akan bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya.
Pelbagai acara telah disenaraikan dan antaranya Pidato Rakyat yang akan menampilkan pemimpin muda dari Pakatan Rakyat dan NGO; persembahan artis, pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan ceramah oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat.
Tentatif Program adalah seperti berikut:
MASA
|
ATURCARA PROGRAM PETANG
|
03.00 petang | Konvoi motorsikal berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi |
03.30 petang | Konvoi bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas) |
04.15 petang |
Konvoi tiba di tapak Himpunan. Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa |
04.30 petang |
Karinal Rakyat bermula:
|
06.30 petang | Program Petang Tamat. |
MASA
|
ATURCARA PROGRAM MALAM
|
08.00 malam | Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (sehingga pukul 12.00 malam) |
08.30 malam | Ucapan Aluan Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB P Gunasekaran |
08.35 malam | Ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan,YB Mohd Taufek Abdul Ghani |
08.45 malam | Ucapan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Loke Siew Fook |
08.55 malam | Ucapan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas |
09.05 malam | Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Sembilan |
09.10 malam | Ucapan Timbalan Presiden KeADILan, YB Azmin Ali |
09.30 malam | Ucapan Timbalan Presiden PAS & Pengarah Program, Saudara Mohamad Sabu |
09.50 malam | Ucapan Wakil Hijau (Lynas) |
09.55 malam | Ucapan Wakil Kuning (Bersih 3.0) |
10.00 malam | Ucapan Wakil Merah (Royalti) |
10.05 malam | Ucapan Wakil Oren (Felda) |
10.10 malam | Deklamasi Sajak – Sasterawan Negara, A Samad Said |
10.15 malam | Ucapan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
10.45 malam | Ucapan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang |
11.15 malam | Gimik Muzikal ‘Ubahlah Sekarang’ |
11.20 malam | Ucapan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim |
12.00 malam | Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat |
AES Pulau Pinang sasar basmi kemiskinan 2013
Mohd Sabri Said, | 02 Nov 2012 |
Agenda ini memfokuskan bebebarapa perkara bagi meningkatkan ekonomi serta mengekalkan langkah-langkah kebajikan kepada rakyat.
Pagi tadi semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2013 di persidangan Kedua Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) mengkhabarkan bahawa dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya membuka mata pemimpin agar tidak lagi mengamalkan dasar lama yang merugikan setiap kali pembentangan bajet.
Kali ini, kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM970, 561,310 untuk dibelanjakan tahun 2013 nanti.
Guan Eng berkata, kerancakan ekonomi penting untuk menjadikan negeri ini berstatus maju di arena antarabangsa dengan pendapatan tinggi meskipun ekonomi global tidak menentu.
Mengiatkan sektor pelaburan dan perinsdustrian bukan perkara mudah bahkan memerlukan strateji yang kukuh, katanya.
Untuk meningkatkan ekonomi rakyat pembangunan terhadap Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tidak diabaikan malahan mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Penasihat Pasaran, sumber dan latihan khusus kepada peserta.
Merancakan sektor pelancungan dan warisan juga diketengahkan sebagai usaha memantapkan Pulau Pinang sebaris dengan destinasi pelancungan di Asia.
Justeru itu beberapa lokasi dikenal pasti untuk dibangunkan dengan infrastruktur yang baik seperti di Autocity di Juru, projek makanan laut di jeti Batu Kawan dan di projek galeri warisan Arkeologi di Kampung Guar kepah, Kepala Batas.
Memperkukuhkan industri halal juga diberikan keutamaan selain meningkatkan kualiti kemudahan awam, memantapkan pengurusan lalu lintas, menyediakan kemudahan Utiliti, memajukan sektor pertanian dan penternakan, membangunakan modal insan yang berdaya saing dan menepati kehendak pasaran.
Seterusnya meningkatkan kualiti alam sekitar dan kesihatan, mengsejahterakan kebajikan rakyat, memartabatkan agama Islam, meningkatkan kualiti perumahan rakyat, memantapkan pembangunan belia dan sukan, pembangunan kontraktor kelas F, memangkinkan pembangunan koperasi dan keusahawanan, memacu pembangunan wanita, keluarga dankomuniti serta mempertingkatkan penyampaian perkhidmtan awam.
Langkah drastik yang diambil oleh Ketua Menteri untuk memastikan Pulau Pinang terus mantap adalah memperkenalkan AES untuk mencorakan lagi kemampuan Kerajaan Negeri yang sebenar.
"Inilah AES Pakatan Rakyat tidak sebagaimana AES Kerajaan Persekutuan yang menghirup wang rakyat, menghina rakyat dan membebankan mereka.
"AES Pakatan Rakyat membolehkan Pulau Pinang untuk melakar nama dalam sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia berjaya menghapuskan kemiskinan pada tahun 2013 selepas kejayaan menjadi negeri pertama yang membasmi miskin tegar tahun 2009, " tegasnya.
Johor sedang dilanda angin perubahan
Zulkifli Sulong, | 02 Nov 2012 |
Beliau adalah antara tokoh muda PAS yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada politik. Kerja sepenuhnya masanya adalah ahli politik.
Menjadi rutin mingguan Khairul Faizi untuk pulang ke Johor, bersama rakan-rakan dalam PAS dan Pakatan Rakyat di Kluang.
Minggu lalu, ketika penulis turun ke Johor, beliau sibuk menguruskan majlis dialog pemimpin PAS Johor dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di sebuah hotel di Kluang, antara bandar utama di Johor selepas Johor Bahru.
Malamnya, mereka mengadakan ceramah di depan Pejabat PAS Kawasan Kluang. Ia disertai oleh pelbagai pihak termasuk penduduk bukan Islam di bandar Kluang.
Khairul Faizi hanya baru menjadi Yang Dipertua PAS Kluang sessi lalu. Namun beliau sudah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum iaitu tahun 2004 dan 2008. Kedua-duanya beliau kalah di DUN Mahkota dalam parlimen Kluang.
Dalam pilihan raya 2004, beliau hampir hilang wang deposit apabila hanya mendapat 4,107 undi sedangkan lawannya dari Umno mendapat 19,045 undi.
Namun dalam pilihan raya 2008, Khairul Faizi mendapat 9,809 undi iaitu peningkatan 100 peratus manakala lawannya mendapat 17,487 undi.
Dalam pilihan raya akan datang, Khairul Faizi akan bertanding lagi, mencuba untuk kali ketiganya. Walaupun namanya disebut-sebut untuk turut bertanding di peringkat Parlimen, namun beliau tidak berapa berminat.
Dun Mahkota adalah satu satu dari 28 kerusi DUN yang bakal ditandingi oleh PAS dalam pilihan raya umum akan datang di Johor.
Dari segi rankingnya, Mahkota diletak yang kelima selepas Sungai Abong, Maharani (dua DUN yang dimenangi PAS 2008), Puteri Wangsa dan Sungai Balang.
Turut bersama Mahkota adalah Nusajaya, Gambir dan beberapa DUN lagi yang disasarkan oleh PAS Johor untuk menang dalam pilihan raya ini.
Hampir kesemua DUN ini adalah kawasan pengundi campuran antara Melayu, Cina dan India. Daripada 41,000 pengundi DUN Mahkota misalnya, 21,000 darinya Melayu (51.2%), 19,000 (Cina - 46.3% ) dan 2,000 (India - 0.48%).
Minggu lalu, PAS Kluang melancarkan lima lagi cawangannya. Cawangan-cawangan itu adalah Kampung Baru, Taman Ilham, Kampung Abdul Rahman Yassin, Kampung Bentong dan Taman Sri Impian.
"Cara kami bergerak di Johor ini agak berbeza sedikit di mana kami utamakan usaha untuk membantu rakyat dan mendekati mereka. Bila mereka dah dekat baru kami cakap pasal Islam," kata Khairul Faizi kepada penulis.
Dalam pilihan raya umum 2008, pengundi di Johor khasnya pengundi Cina tidak terlibat dengan tsunami politik yang melanda Semenanjung Malaysia. Begitu juga pengundi Sabah dan Sarawak.
Ketika itu orang Johor fikir, negeri itu adalah kubu Umno. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa dengannya. Rutin hidup harian mereka hanya tertumpu kepada mencari makan. Ramai antara mereka pula bekerja di Singapura dan tv yang mereka tonton adalah TV Singapura.
Namun selepas 2008 baru mereka sedar bahawa perubahan boleh berlaku jika mereka mahu. Hasilnya, dalam tinjauan penulis ke Kulai, Kota Tinggi dan Kluang, jelas kelihatan mereka mahukan perubahan.
Majlis-majlis yang dianjurkan oleh PAS, DAP serta PKR mendapat sambutan hangat. Majlis yang dianjurkan PKR di Skudai disertai lebih 5,000 orang, majlis PAS di Kota Tinggi penuh dewan manakala majlis DAP di Kulai penuh sesak dengan tetamu.
Kesemua mereka bercakap soal perubahan yang mereka terlepas dalam pilihan raya 2008 lalu.
"Sekarang kita mahu ke Kota Tinggi, kubu Umno di Johor. Kalau sambutannya bagus dan Cina juga menyertai majlis ini, ia adalah petanda jelas Johor sedang dilanda perubahan," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang bakal bertanding di Johor kali ini kepada penulis dalam perjalanan kami ke Kota Tinggi.
Terbukti, Dewan Chun Moi, Kota Tinggi penuh dengan manusia. Separuh darinya adalah Cina.
Dalam pilihan raya ini, PAS Johor mensasarkan 17 kerusi Dun untuk dimenangi dari 28 kerusi yang mereka akan tandingi, termasuk kerusi DUN Mahkota yang bakal ditandingi Khairul Faizi.
"Saya rasa DAP akan menang kesemua kerusi yang ditandinginya iaitu antara 13 - 14 kerusi," kata beliau kepada penulis.
Dengan pilihan raya umum yang hampir tiba, suasana semakin panas di Johor. Penganalisa politik Bridget Welsh berkata, 15 dari 26 kerusi Parlimen di Johor boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat kali ini.
Apakah ini benar dan bakal berlaku? Kita hanya boleh meramalkan berdasarkan tinjauan dan penemuan kita tetapi Allah yang lebih tahu apa sebenarnya yang akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan