Sabtu, 3 November 2012

BUKAN DIDUNIA SAJA....DIAKHIRAT SEMUA DIPERTANGGUNG JAWABKAN....APA SAJA KESALAHAN YANG KITA LAKUKAN...KAT DIDUNIA KITA LEPAS...AKHIRAT BARU TAHU HUKUMAN YANG AKAN KITA TERIMA SESUAI DENGAN KEJAHATAN KITA DIDUNIA

'Kohilan, Kamalanathan tak hadir mesyuarat lulus kondo'

  • Lu Wei Hoong
  • 8:15PM Nov 2 2012
Satu sumber di Majlis Perbandaran Selayang mengesahkan bahawa dua orang bekas ahli majlisnya Datuk A Kohilan Pillay dan P Kamalanathan tidak menghadiri mesyuarat majlis penuh yang meluluskan kondominium kontroversi berhampiran kuil Batu Caves.
“Ya. Kohilan dan Kamalanathan tidak hadir ke mesyuarat majlis penuh itu," kata sumber ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Presiden MPS Datuk Zainal Abidin Aala dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam sedikit masa lagi.

Rancangan untuk pembinaan kondominium 29 tingkat itu menjadi tumpuan selepas jawatankuasa kuil, diketuai pemimpin MIC termasuk presiden Datuk Seri S Samy Vellu, mengadakan demonstrasi bagi membantah rancangan tersebut.

Anggota exco Selangor Ronnie Liu kemudiannya mendedahkan dokumen yang menunjukkan bahawa BN meluluskan projek tersebut pada 2007 ketika mentadbir Selangor.

Liu dilaporkan berkata, Kohilan dan Kamalanathan merupakan antara yang bertanggungjawab meluluskan projek kondominium itu.

Timbalan menteri luar dan MP Hulu Selangor itu masing-masing kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Rafizi gesa Nazri ikut jejak Shahrizat ambil 'cuti'

  • Koh Jun Lin
  • 2:44PM Nov 2 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz harus mengikut jejak bekas menteri wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang "bercuti" daripada kabinet ketika beliau sedang disiasat berkaitan dakwaan rasuah, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, ini kerana di kalangan pemimpin Umno dan BN yang banyak mengkritik Shahrizat, yang paling lantang adalah Nazri sendiri.

NONEMenurut Rafizi, sekiranya Nazri yang sebelumnya begitu bimbang
(skandal) National Feedlot Corporation (NFC) akan mengheret dan melemahkan kedudukan Umno dalam pilihan raya akan datang, maka "saya fikir sekarang adalah giliran beliau pula".
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini, Rafizi berkata beliau akan membuat laporan terhadap Nazri Isnin ini supaya siasatan dapat dimulakan, juga terhadap jutawan balak, Michael Chia yang didakwa memberi kenderaan mewah (SUV) kepada anak Nazri.


1. SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR
MB N Sembilan tak perjelas sepenuhnya, kata PKR

  • Koh Jun Lin
  • 4:23PM Nov 2 2012
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa tanah hutan simpan yang dibatalkan pewartaannya masih berada di tangan kerajaan negeri walau dipindahkan kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS).

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi berkata, Mohamad Hasan tidak menjelaskan apa yang berlaku selepas tanah berkenaan diserahkan kepeada YNS.

Beliau sebelum ini mendedahkan satu surat didakwa daripada sekretariat kerajaan negeri yang meluluskan permohonan YNS untuk meminda keputusan bagi memindahkan tanah tersebut kepada beberapa syarikat swasata.
MP dakwa panggung wayang di Shah Alam 'projek BN'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 7:12PM Nov 2 2012
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa satu projek pembangunan kompleks panggung wayang dengan ruang eksklusif di kawasannya, yang menerima bantahan penduduk setempat, adalah satu "projek BN".
"(Jenis projek seperti) ini merupakan projek yang dijalankan oleh BN, bukan Pakatan Rakyat.

"Jangan kaitkan dengan dengan Pakatan, Umno akan mainkan (ini) bila siap (bahawa) inilah (projek) Pakatan, katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Beliau mendakwa, syarikat pemaju tersebut dimiliki oleh seorang bekas calon bekas calon BN daripada MIC yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 di Perak.

NONE"Yang terlibat bukan orang Pakatan," katanya yang berkeras bahawa Pakatan Rakyat tiada kena mengena dengan projek berkenaan.

Beliau juga mendesak Majlis Bandaraya Shah Alam memberi penjelasan rasmi berhubung kelulusan projek berkenaan yang turut melibatkan pembinaan ruang eksklusif itu.

Sedangkan sebelum ini, iklan yang dipaparkan pada pagar bangunan tersebut hanya menjelaskan rancangan untuk membina pusat komersial dan bukannya tempat hiburan, katanya.

"Kita mendesak MBSA jelaskan bagaimana tempat itu diberikan kelulusan (pembinaan). Daripada yang kita tahu, almarhum Sultan Selangor (Sultan Salahudin Abdul Aziz) tidak mahu tempat-tempat sebegitu (di Shah Alam).
Sultan beri perkenan?

"Kita minta penjelasan kenapa, mengapa dan bagaimana pembinaan tempat sedemikian boleh diluluskan," katanya dalam sidang media petang ini.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa kebenaran dan kelulusan perancangan pembinaan wayang dan bilik tersebut telah diluluskan tetapi permohonan untuk mendapatkan lesen operasi masih belum dibuat.

NONEKatanya, bahagian perancangan dan pembangunan MBSA telah memberi jawapan lisan bahawa projek berkenaan "mendapat kelulusan istana", namun beliau masih tidak berpuas hati.

"Saya nak jawapan rasmi daripada MBSA... Kenapa tidak ambil kira pandangan penduduk?

"Yang dikatakan betul sultan memberi perkenan, kalau begitu minta dia jelaskan secara rasmi. Kita tidak mahu Pakatan dipersalahkan," katanya.

Tambahnya, sekumpulan hampir 200 orang penduduk berkenaan mengadakan perhimpunan untuk membantah projek tersebut pada pertengahan bulan lalu.

Menurutnya lagi, satu projek yang sama sebelum ini dirancang untuk dibangunkan di i-City, Shah Alam tetapi tidak diluluskan.
Khalid dakwa calon BN dilayan bagai VIP di sekolah

  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:00PM Nov 2 2012
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendesak Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan berhubung dakwaan kehadiran individu disyaki bakal calon BN di majlis yang diadakan di sekolah dalam kawasannya.
Khalid mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa individu didakwa bakal calon BN tersebut menghadiri majlis itu "tanpa jemputan dan diberi layanan VIP" oleh pihak sekolah pada minggu lalu.

NONE"Saya minta Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memberi jawapan sama ada benar atau salah. Saya nak beritahu saya ada gambar-gambarnya," kata Khalid dalam sidang media di pejabatnya petang ini.
Beliau mendakwa, kejadian itu berlaku di dua buah sekolah menengah, melibatkan kehadiran calon BN untuk kerusi DUN dan kerusi parlimen Shah Alam.Sedangkan, pemimpin Pakatan Rakyat tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah walaupun ketika tanah sekolah itu masih belum diserahkan oleh kerajaan negeri kepada kementerian, katanya.

"Bagi pemimpin Pakatan secara rasmi, memang tidak boleh masuk... Tidak sepatutnya berlaku (perkara ini), Umno kena faham tidak semua pentadbiran sekolah sokong mereka.

"Yang tidak menyokong, maklumat sampai dekat kita. Tidak sepatutnya berlaku, tidak manis," katanya.

Khalid berkata beliau akan mendedahkan gambar yang membuktikan perkara itu sekiranya Muhyiddin menafikan kejadian tersebut.
"Kita ada gambar yang disyaki bakal calon Umno itu. Kalau nafi saya nak tunjuk gambar-gambar itu," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, seorang pembantu Khalid, Mohd Jamil Abdul Rahim memberitahu pemberita bahawa majlis berkenaan merupakan "hari restu ibu bapa bagi pelajar yang menghadapi SPM minggu depan."
Badrulamin persoal penahanan JAIS

  • Aidila Razak
  • 5:23PM Nov 2 2012
Ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrulamin Bahron mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang menahannya dalam serbuan ke atas majlis sambutan ulangtahun pengasas Al-Arqam di Rawang pada malam tadi.

Walhal, beliau hanyalah tetamu pada majlis sambutan tersebut – yang menurutnya bukan satu usaha untuk menghidupkan semula gerakan Al-Arqam seperti dilaporkan meluas dalam akhbar hari ini.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini, Badrulamin berkata beliau juga tidak ada kena mengena dengan Al-Arqam mahupun Global Ikhwan Sdn Bhd – entiti perniagaan yang ditubuhkan oleh bekas pengikut Al-Arqam selepas pergerakan itu diharamkan pada 1994.

Katanya, beliau hadir bersama anggota keluarganya untuk makan dan menikmati hiburan nasyid serta pantomim pada majlis berkenaan.

"Tiba-tiba JAIS datang, ambil tetamu dan ahli jawatankuasa sekali. Jika nak siasat bangunkan Arqam, tamu tak ada kena mengena. Kalau nak siasat AJK, ada justifikasi, tapi (siasat) tetamu kenapa?

"Ada enam meja (tetapi mengapa individu di) meja saya saja yang kena (tahan dan siasat)," katanya lagi.
Beliau juga hadir sebagai pelanggan Global Ikhwan dan bukan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Ashaari ke-75 di majlis tersebut.
Tambahnya, beliau tidak beranggapan bahawa majlis berkenaan dibuat untuk menghidupkan semula ajaran bekas tahanan ISA itu.

Beliau mengakui bahawa terdapat kain rentang di majlis berkenaan yang menyatakan Ashaari masih memimpin mereka "walaupun ghaib", dan perkara itu, kata Badrulamin boleh ditafsirkan meluas.

"Dia dah mati tapi perjuangan masih lagi berterusan... Ya, (pengikut) sayang pada Abuya (pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Muhammad), tapi nak kata nak hidupkan semula Arqam, saya tidak fikir begitu. Guru mereka sudah tak ada," katanya.

Walaupun Global Ikhwan dibangunkan oleh bekas pengikut Ashaari, ia hanyalah perusahaan perniagaan dan berbeza dengan Arqam, kata Badrulamin yang menjadi pelanggan syarikat tersebut sejak kira-kira enam tahun lalu.

"...Tapi (saya) tak ikut upacara, majlis atau meditasi. Hanya untuk membeli belah. Suasana dia bagus, semuanya di satu tempat," katanya.

Jelasnya lagi, beliau tidak dijemput secara khusus untuk hadir ke majlis berkenaan dan hanya hadir  atas kapasiti individu.

"Saya pergi atas kapasiti individu yang suka pada Ikhwan dari segi bisnes. Mereka ada segalanya dari kedai kecil hinggalah hospital. Saya bangga dengan mereka, seronok bila membeli belah barang dapur di sana."
Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, beliau merupakan antara beberapa individu yang ditahan dalam serbuan ke atas majlis konsert bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib" itu.

Sumber yang dipetik dalam laporan itu berkata, konsert berkenaan didapati "membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam" dan melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
'Nazri juga bertanggungjawab apa dia beritahu Parlimen'

  • Koh Jun Lin
  • 4:22PM Nov 2 2012
Menteri kabinet, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, adalah bertanggungjawab secara peribadi terhadap apa yang mereka cakap di Parlimen.

Mereka tidak boleh memberi alasan bahawa mereka hanya membaca apa yang pegawai mereka sediakan, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
"Seorang menteri boleh gubah apa yang diberi oleh pegawainya.

"Dia boleh memilih ayat yang untuk digunakan di Parlimen, dan mesti berpuas hati dengan semua bukti diserahkan kepadanya," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu hari ini.

Tian Chua mengulas kenyataan Nazri semalam bahawa tidak ada konflik kepentingan berkaitan dakwaan anak lelakinya menggunakan kereta mewah jutawan balak, Michael Chia.

Tiada ulasan: