Kajian semula gaji hanya libat 20% penjawat awam
1 November 2012
Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu memandangkan kira-kira 20 peratus daripada 1.3 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan mereka harus diberi perhatian supaya tidak ketinggalan.
Sehubungan itu kata beliau, laporan media bahawa kajian semula melibatkan keseluruhan kakitangan awam tidak benar.
"Hanya mereka yang sudah capai tahap gaji maksimum. Dua puluh peratus ini harus diberi keutamaan.
"Cuepacs mengharapkan kenaikan dua hingga lima peratus kepada kakitangan awam yang sudah berada pada tangga gaji maksimum. Mereka ini akan mengalami penurunan gaji dua peratus apabila skim gaji penjawat awam dikaji semula (kelak)," katanya kepada Sinar Harian Online.
"Kita mengalu-alukan dan harap kajian semula dilakukan kepada yang sudah ada gaji maksimum.
Jelas beliau, sebahagian besar kakitangan terbabit berada di peringkat maksimum, antara lain kerana menerima kenaikan gaji atas prestasi cemerlang mereka semasa berada di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.
"Dulu mereka cemerlang dan dapat kenaikan gaji, sekarang ketinggalan di belakang... keadaan ini perlu dibaiki," katanya.
Malah Azih juga berkata, pihaknya telah dijelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara pagi tadi bahawa kajian semula hanya melibatkan penjawat di peringkat gaji maksimum.
"Dua puluh peratus ini melibatkan semua kategori jawatan," katanya lagi.
Cuepacs menyasarkan kenaikan dua hingga lima peratus untuk mereka yang sudah mencapai gaji maksimum dapat dilaksanakan tahun hadapan.
Laporan media semalam memetik Ali berkata, kajian semula akan dilakukan ke atas skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun hadapan.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," ujar beliau.
Kerajaan juga katanya, akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan gaji penjawat awam antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Menurut Presidennya, Datuk Omar Osman, kerajaan juga harus menimbang penjawat awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred sebelum membuat pembaharuan dalam skim sedia ada.
Kajian gaji: Kenyataan disalah tafsir, kata KSN
1 November 2012
Beliau berkata, kajian ini bukan membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam.
"Apa yang saya umumkan mengenai kenaikan gaji (semalam), (ada) yang disalah tafsir, sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah kita mempunyai penjawat awam yang telah mencapai had maksimum gaji mereka.
"Jadi kajian itu tertumpu kepada golongan yang sudah mencapai had maksimum. Tetapi semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, ia juga bagi memberi keadilan kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.
Mengenai tangga gaji maksimum, beliau berpendapat ada penjawat awam yang terhenti gaji dua tiga tahun tidak ada kenaikan lagi, seterusnya gaji mereka menjadi statik, sedangkan dalam semua hal perlu ada pertumbuhan.
Ali berkata antara cadangan yang boleh dikemukakan dalam kajian berkenaan ialah golongan ini diberi kenaikan pangkat atau diberikan kenaikan gaji biasa.
"Dan kita perlu kaji bagaimana untuk menentukan setiap tahun mereka akan dapat kenaikan gaji setimpal dengan kadar inflasi dan sebagainya.
Ia mungkin dalam lingkungan dua hingga lima peratus. Kita kena buat satu formula dan untuk mereka yang di gred lebih rendah mungkin (peratus itu) akan tinggi sedikit berbanding di gred yang lebih tinggi.
Kajian ini akan mengambil kira jumlah penjawat awam yang terbabit, implikasi kewangan dan kadar yang diperakukan kepada kerajaan, katanya. - Bernama
Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan
31 Oktober 2012
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.- Bernama
Pandangan anda tentang kajian semula skim gaji sektor awam?
1 November 2012
Menurut Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
Jika anda seorang penjawat awam, apakah elemen atau aspek yang kerajaan harus ambil kira dalam urusan kajian semula ini.
Sila kongsi pandangan anda. Kemungkinan ia boleh dijadikan input oleh kerajaan.
Anwar: Aziz Bari ada kelebihan tanding di Sabak Bernam
1 November 2012
“Semua itu tidak ada kaitan, calon yang dipilih sebenarnya mempunyai kelebihannya sendiri.
“Aziz merupakan seorang yang pakar dalam bidang undang-undang, menpertahankan hak asasi dan mempunyai kefahaman Islam yang baik, maka sebab itulah beliau dipilih,” katanya kepada Sinar Harian Online selepas hadir pada pelancaran Buku `Anwar’s Third Trial’ di sini, hari ini.
Ketua Umum PKR ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Aziz yang mengesahkan beliau akan bertanding di Sabak Bernam pada PRU13.
Penyandang jawatan Datuk Abdul Rahman Bakri disabitkan bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu.
Amaran, kompaun maksimum RM1,000 jika buang sampah di tempat awam
1 November 2012
Beliau berkata walaupun peraturan itu masih belum dikuatkuasakan kerana masih di peringkat mendidik orang ramai mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan di tempat awam, namun bagi individu yang kerap kali diberikan notis amaran bagi kesalahan itu, kes mereka akan diserah kepada Peguam Negara untuk tindakan.
"Kalau kerap kali seseorang itu melakukan kesalahan itu (diberi notis amaran kerana membuang sampah di tempat awam)...kita akan buka fail siasatan dan diserahkan kepada Peguam Negara. Beliau akan putuskan sama ada untuk mengambil tindakan atau tidak.
"Tetapi buat masa ini kita hanya mahu mendidik orang ramai melalui kempen bagi memberi tahu peranan dan tanggungjawab mereka. Selepas suatu jangka masa, kita akan putuskan untuk menguatkuasa peraturan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen Bulan 3R dan Benci Sampah serta memperkenalkan pakaian seragam anggota penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) di sini hari ini.
Chor berkata dalam masa terdekat, pegawai penguatkuasa PPSPPA akan diberi kuasa untuk mengeluarkan notis amaran kepada orang ramai yang didapati membuang sampah di tempat awam dan notis amaran itu akan direkodkan dalam sistem PPSPPA.
"Kita (kerajaan) nak bagi rakyat peluang untuk mengamalkan amalan yang patut dibuat," katanya.
Beliau juga berkata kompaun sehingga RM100,000 akan dikenakan kepada syarikat konsesi, syarikat swasta dan orang ramai yang sengaja membuang sisa pembinaan, sisa industri, bahan buangan makanan dan longgokan sampah sarap di lokasi tertentu.
Katanya sebanyak 575 anggota PPSPPA ditempatkan di 38 cawangan di sembilan buah negeri di Semenanjung bagi mengawal selia dan memantau perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.
Beliau berkata mereka akan dibekalkan dengan alat khas iaitu 'Handheld' yang mengandungi teknologi 'Intelligent Monitoring An Enforcement Management System' (i-Mems) yang akan merekodkan kedudukan dan waktu pemunggahan sampah oleh syarikat konsesi tersebut.
Katanya orang ramai juga boleh membuat aduan berkaitan sampah, longkang dan rumput dengan menghubungi talian 1-800-88-7472 dan menurutnya tindakan segera akan diambil. - Bernama
Lembaga Air Perak bayar bonus empat setengah bulan
1 November 2012
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemberian berkenaan dibuat secara berperingkat dan dua setengah bulan daripada jumlah itu telah pundibayar.
Katanya, keuntungan yang diperoleh LAP itu menjadikan ia sebuah institusi pengurusan air terbaik di Malaysia.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah LAP berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Pekerja-pekerja LAP di Dewan Mesyuarat LAP di sini, sebentar tadi.
Warga emas maut akibat sesak nafas selepas dirompak
1 November 2012
Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, G. Supama, 68, ditemui terbaring di atas lantai sebuah bilik di tingkat bawah rumahnya dengan tangan dan mulutnya diikat dengan tuala oleh jirannya yang sebelum itu terdengar bunyi bising di rumah itu.
Jiran wanita itu, Chua Chong Kong, 53, berkata dia terdengar bunyi bising dalam rumah mangsa sebelum bersama beberapa rakan pergi ke rumah mangsa untuk melihat keadaan sebenar mangsa yang tinggal bersendirian setelah kematian suami beberapa tahun lepas.
"Kami terpaksa pecah pintu pagar rumah mangsa selepas mangsa tidak menyahut panggilan. Pintu rumah mangsa sudah terbuka dan (kami) terus masuk untuk melihat keadaan mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Chua berkata mereka terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai sambil tangan dan mulutnya diikat dengan tuala, dan ketika itu mangsa masih bernafas.
"Kami angkat mangsa ke ruang tamu untuk memberi bantuan kecemasan dan tidak lama kemudian mangsa tidak lagi bernafas," katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Zakaria Ahmad ketika dihubungi berkata perompak itu didapati melarikan barangan kemas yang dipakai mangsa dan siasatan mendapati perompak masuk melalui bumbung atas rumah mangsa.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan lain dan kita sedang menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berhubung punca sebenar kematiannya," katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.- Bernama
DHPP: Bukan Islam mula fahami hudud
1 November 2012
Sehubungan itu, Pengerusinya, Hu Pang Chow,mendakwa perkembangan ini telah menjadi kebimbangan buat MCA dan menyebabkan Presidenya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sering menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang hudud.
“Sebaliknya, tohmahan MCA semakin hari semakin melampau disebabkan tertekan kerana masyarakat bukan Islam sudah membuka mata dan sudah tidak jahil tentang hudud,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengumumkan Pas dan DAP telah mencapai titik persamaan secara umum apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.
Awal minggu ini, Abdul Hadi turut berkata, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.
Ujar Pang Chow, DAP sewajarnya tidak diberi tekanan untuk memahami sepenuhnya mengenai agama Islam kerana ahli-ahli DAP majoritinya terdiri daripada orang bukan Islam dan masih ‘baru’ bergabung dengan Pas.
“Kita tidak boleh menyamakan ahli-ahli DAP dan ahli-ahli Pas yang sudah mengetahui mengenai semua aspek mengenai Hudud.
“Sebenarnya, DAP lebih faham tentang Islam berbanding MCA kerana walaupun parti itu sudah lama bersamaUmno sejak lebihlima dekad, mereka tegar menghina agama Islam.
“DAP tidak pernah menghina agama lain, cuma dahulu, mereka tidak bersetuju dengan hudud sahaja. Sekarang itu bukan isu lagi,” jelasnya lagi.
Namun jelas beliau, melalui Perhubungan rapat antara kedua-dua parti ini dilihat mampu menghapuskan jurang ketidakfahaman DAP tentang agama Islam.
Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan bahawa Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika Pas terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Pang Chow mengakui memang ada berlaku tentangan kerana ia merupakan perkara baru buat masyarakat bukan Islam, tetapi senario sudah berubah.
“Isu itu sedah berlalu setahun lalu, dan orang bukan Islam sudah tidak takut kepada Hudud kerana sudah memahami mengenai hukum itu hingga menyebabkan MCA bimbang.
“Sebenarnya perjuang Pas sesuai untuk semua kaum dan perubahan ketara masyarakat bukan Islam dapat di berlaku di negeri Kelantan,” jelasnya lagi.
Mengulas mengenai siapa yang banyak memberikan penjelasan mengenai Hudud kepada ahli-ahli DHPP, Pang Chow berkata, pihak berterima kasih kerana semua pihak tidak kira peringkat jawatan dalam Pas sentiasa proaktif dalam memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sokongan ahli-ahlinya, Pang Chow berkata, sokongan semakin meningkat dari masa ke semasa.
Katanya, jika di pantai barat Semenanjung Malaysia, sokongan bukan hanya tertakluk kepada orang Cina dan India sahaja, malahan turut mendapat sokongan dikalangan orang Asli dan orang Siam, manakala di Timur Malaysia, sokongan turut diperolehi daripada orang Iban, Bidayuh dan sebagainya.
Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada September tahun lalu.
Ia berkembang sehingga Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Pas dan DAP terus bertembung ekoran pendirian keras masing-masing berhubung isu pelaksanaan undang-undang hudud.
Berikutan pertembungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi kata dua keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP.
YANG TOLAK HUDUD NI...ORANG DAH BUAT SALAH ATAU ADA NIAT@ADA CITA2 NAK BUAT KESALAHAN ITU...BAGI YANG TAK BUAT MEREKA MEMANG TAK MENENTANG HUDUD
TERGAMAK! GAMBAR ROGOL & RAKAM... KESIAN DAK SEKOLAH NIH...
Seorang pelajar perempuan yang
masih beruniform sekolah menengah iaitu berkain biru muda dan berbaju
kurung putih dirogol beramai-ramai di dalam kawasan sunyi kelihatan
seperti di dalam kebun atau hutan. Pelaku yang merogol kira-kira tiga
hingga lima orang dilihat turut memakai pakaian sekolah menengah iaitu
berseluar hijau dan berbaju putih. Perogol merogol pelajar tersebut
dengan cara paksa, iaitu dengan memegang pelajar tersebut beramai-ramai
sambil menekup mulutnya supaya tidak dapat menjerit. Sambil salah
seorang dari rakan perogol merakam perbuatan mereka, namun hanya wajah
perempuan yang dapat dilihat. Perbuatan mereka mengalahkan binatang!
Apalah nak jadi budak-budak
sekolah sekarang ni? Sampai ada yang berani merogol rakan satu sekolah
beramai-ramai pulak tu. Mak bapak diorang ni tak ajar atau diorang ni
memang bangsa kurang hajar? Budak-budak sekolah sekarang makin melampau,
inilah akibat pengaruh yang bukan-bukan perangai macam celaka, macam
setan!
Binatang-binatang yang melakukan
perbuatan terkutuk ini langsung tidak mahu melepaskan pelajar tersebut.
Mereka juga tiada perasaan belas walaupun pelajar itu meronta-ronta dan
menjerit. Akhirnya pelajar tersebut hanya mampu menyerah diri dengan
membiarkan binatang-binatang itu merogol, meraba dada dan kemaluannya.
Pelajar tersebut hanya mampu pasrah.
HISAMUDIN NGAN MOHYIDIN CEPAT SIKIT BERTINDAK... AKU NAK TAU SAPE JANTAN2 SEBALIK GAMBAR NIH....
copypaste dari HOTMALAY
Makan telur penyu undang kanser, buah pinggang?
1 November 2012
Pengerusi Persatuan Khazanah Rakyat Ma’ Daerah (Mekar), Mamat@Muhammad Mat Zain berkata, orang yang memakan telur penyu juga boleh mengalami cirit birit selain telur penyu juga bahaya dimakan oleh ibu mengandung kerana berisiko mengalami keguguran.
Menurutnya, penemuan logam berat dalam telur penyu serta kesan penyakit ke atas manusia itu diketahui hasil kajian yang dilakukan oleh saintis Australia dan Jabatan Perikanan.
Katanya, logam berat sebati dalam telur penyu kerana pembangunan laut berleluasa dan sisa industri yang terdapat dalam laut dimakan oleh penyu.
“Jadi dari segi kesihatan, tabiat memakan telur penyu tidak boleh dijadikan amalan kerana boleh mendatangkan penyakit kepada manusia selain menyumbang kepada masalah kepupusan penyu yang semakin serius.
“Namun, sehingga kini masih ramai lagi yang memakan telur penyu kerana sebaran am mengenai bahaya memakan telur penyu ini kurang meluas,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Pemuliharaan Alam dari Perspektif Islam anjuran Mekar di sini.
Kesan memakan telur penyu itu dikupas dalam bengkel berkenaan yang disertai seramai 30 peserta terdiri daripada kalangan imam, pegawai masjid dan penceramah bebas turut mengupas mengenai kesan memakan telur penyu yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.
Slot ceramah pada bengkel itu dikendalikan Pegawai Pejabat Agama Daerah Kemaman, Zulkifli Othman dan Ketua Program Pemuliharaan Penyu dan Tuntung Laut Terengganu - WWF Malaysia, Rahayu Zulkifli.
Menurut Mamat @ Muhammad, kursus itu diadakan untuk memberi kesedaran pemuliharaan penyu dan alam sekitar dari sudut Islam.
“Ini bagi menyedarkan umat Islam kerana sebagai khalifah di muka bumi ini tanggungjawab memelihara sesuatu yang hampir pupus (penyu) menjadi satu kewajipan sepertimana yang diberitahu penceramah pada bengkel ini,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, bagi memastikan penyu tidak pupus, pihaknya sedang berusaha berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said agar Kerajaan Negeri mengharamkan penjualan telur penyu sebagaimana yang dilakukan di Sabah dan Sarawak.
Aziz Bari sahkan tanding, yakin rampas kerusi Sabak Bernam
1 November 2012
Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.
Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.
Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.
“Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.
“Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR,” katanya.
Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.
Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.
“Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan,” katanya.
Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.
Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.
“Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini,” katanya.
Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.
Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.
“Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas,” katanya.
Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.
Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.
“Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat,” katanya.
Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.
Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.
'Satu calon kerusi bukan dasar bersama pakatan'
1 November 2012
Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP.
“Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang),” katanya di sini, semalam.
Pakatan pembangkang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR. Salahuddin berkata, Pas tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untuk bertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), jika mereka diminta berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti.
“Kenyataan (Pengerusi DAP) Karpal Singh supaya anggotanya tidak bertanding lebih daripada satu kerusi ialah kerana DAP kini telah pun mempunyai ramai calon yang boleh mereka ketengahkan dalam pilihan raya akan datang... lagi pun ia adalah urusan rumah tangga DAP,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Karpal Singh dipetik sebagai berkata, bahawa wakil rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun cadangannya mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP.
Cadangan ‘satu calon satu kerusi” ini juga bukanlah perkara baru kerana pada awal tahun ini, Karpal Singh pernah berkata, calon DAP akan hanya bertanding satu kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika dia memenangi kerusi yang ditandingi. - Bernama
Ketua Hakim Negara: Hakim perlu jujur, berani buat keputusan
1 November 2012
Beliau menegaskan bahawa alasan seseorang peguam itu terlibat dengan sesuatu kes lain di mahkamah yang lain atau bercuti atau menghadiri seminar, bukanlah alasan untuk mewajarkan penangguhan.
Justera itu, Arifin mengingatkan hakim-hakim dan pegawai kehakiman supaya mematuhi arahan amalan Ketua Hakim Negara tahun 2008 yang memperketat penangguhan pendengaran kes-kes mahkamah.
Katanya mahkamah harus kembali mengamalkan mendengar perbicaraan kes-kes mahkamah hingga selesai tanpa penangguhan yang panjang, seperti yang dilakukan terdahulu semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, dengan bantuan pihak juri.
Katanya walaupun Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa seseorang tertuduh berhak untuk diwakili oleh peguam pilihannya tetapi ia dengan syarat bahawa peguam itu mampu menghadirkan diri dan mengendalikan kes berkenaan pada waktu yang ditetapkan.
"Saya ingatkan kepada para peguam akan kepatuhan kepada Kaedah 6, di dalam Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Kesopanan) 1978, yang dengan jelas lagi tegas menghendaki seseorang peguam untuk tidak menerima sesuatu kes melainkan jika beliau yakin dengan munasabah akan dapat hadir dan mewakili anak guamnya pada waktu yang ditetapkan," kata Arifin dalam ucapan pada majlis angkat sumpah pelantikan empat pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi.
Arifin turut mengingatkan bahawa Kaedah 24 Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Kesopanan) menetapkan bahawa seseorang peguam itu harus menjalankan segala usaha agar bersedia untuk perbicaraan pada waktu yang ditetapkan dan tidak harus sesekali memohon penangguhan melainkan hanya atas sebab-sebab yang baik dan mendesak.
"Sekiranya sesuatu kes itu ditangguhkan untuk keputusan, hakim-hakim perlu mematuhi arahan supaya keputusan sesuatu kes mahkamah perlu diberikan dalam masa tidak melebihi empat minggu, manakala alasan penghakiman pula haruslah disediakan dalam masa lapan minggu daripada tarikh rayuan difailkan," katanya.
Arifin turut mengingatkan hakim-hakim supaya jujur dan berani membuat keputusan dalam kes-kes mahkamah berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang walaupun keputusan itu tidak digemari pihak lain.
"Ingatlah, tugas dan peranan kehakiman bukanlah untuk mencari populariti tetapi untuk mendukung kedaulatan undang-undang dalam memberikan keadilan," katanya.
Beliau berkata maruah dan integriti Badan Kehakiman akan terpelihara sekiranya keputusan hakim-hakim adalah berpaksi kepada prinsip perundangan dan kedaulatan undang-undang.
Beliau berkata maruah dan integriti Badan Kehakiman akan terpelihara sekirannya keputusan hakim-hakim berpaksi kepada prinsip perundangan dan kedaulatan undang-undang.
Pada majlis itu, Arifin turut mengumumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah memperoleh kelulusan rasmi bagi pertambahan jawatan pegawai kehakiman yang juga bakal menyaksikan kenaikan pangkat dalam kalangan pegawai kehakiman.
"Dengan kelulusan pertambahan perjawatan ini, kompetensi hakim, majistret dan para pendaftar di Mahkamah Rendah akan dinaik taraf dengan menyediakan pegawai-pegawai yang lebih berpengalaman dan terlatih," katanya.
Pada majlis itu, Arifin menyerahkan watikah pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman kepada Datuk Hashim Hamzah, 50, Datuk Wira Kamaludin Md Said, 54, Datin Azizah Nawawi, 50, dan Wong Chiang Kiat, 55.
Pelantikan mereka berkuatkuasa hari ini.
Sebelum pelantikan itu, Hashim memegang jawatan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan manakala Kamaludin merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara.
Azizah adalah Ketua Bahagian Guaman di Jabatan Peguam Negara dan Wong ialah Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan di Jabatan Perdana Menteri.
Ketika ditemui pemberita, Arifin enggan mengulas berhubung penangguhan rayuan dua bekas komando Unit Tindakan Khas yang didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sebelum itu tarikh pendengaran rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri, 34 dan Sirul Azhar Umar, 39, ditetapkan pada semalam dan hari ini (31 Okt dan 1 Nov) - Bernama
Dana RM40j: PKR dakwa menteri kanan lindung individu tertentu
1 November 2012
Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya memperoleh bukti bahawa individu terbabit mempunyai hubungan baik dengan keluarga menteri terbabit.
"Bukti yang kami perolehi sejak setahun lalu, salah seorang anak menteri berkenaan menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer milik individu berkenaan.
"Persoalannya sekarang jika benar mereka ini tiada hubungan, kenapa anak menteri terbabit menggunakan kenderaan itu, malah dalam Dewan Rakyat menteri berkenaan dilihat mempertahankan individu berkenaan ketika Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan sumbangan kepada Umno Sabah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Mohd Rafizi berkata, individu terbabit turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi menteri tersebut bermati-matian mempertahankannya.
Katanya, PKR percaya berlaku unsur rasuah diantara menteri dan individu berkenaan berdasarkan manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah itu.
"Kami mahukan jawapan daripada menteri berkenaan, kerana sikapnya yang mempertahankan individu terbabit, malah beliau juga pernah menafikan ada hubungan dengan individu berkenaan.
"Bagaimanapun bukti yang kami perolehi amat berlainan sekali, kerana mereka dilihat mempunyai hubungan baik," katanya.
Sementara itu, Nazri menafikan mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.
"Ini tidak benar, saya dengan Chia adalah rakan, jika dia dipinjamkan kereta saya tidak tahu, anda kena tanya anak saya," katanya.
Nazri juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai pengaruh ke atas SPRM atau badan kehakiman.
Bekas Ketua Polis Balai dituduh rogol gadis
1 November 2012
Anggota berpangkat Sarjan Mejar itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Mahmad Bidin, 52, dituduh merogol mangsa di Pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Binjai di sini pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia yang diwakili peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon jaminan minimum dikenakan berikutan anak guamnya itu menerima separuh gaji akibat ditahan kerja.
Hakim Azman Abdullah yang mempertimbangkan rayuan itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh berkomunikasi dengan mangsa.
“Jika gagal dipatuhi, jamin secara automatiknya terbatal,” katanya.
Era Pasca
Panas! 8 Wanita Terkaya Di Dunia!
Kuala Lumpur - by @tiewnama.
kita selalu mendengar lelaki terkaya di dunia dan manusia terkaya di muka bumi
tetapi adakah kita pernah dengar wanita terkaya dalam dunia pada hari ini? berikut
adalah kajian tim era pasca mengenai 8 wanita terkaya dalam dunia pada hari ini.
8 - Jacqueline Mars Wanita Amerika ini dari syarikat gula-gula terbesar di dunia.
Salah satu wanita terkaya ini mempunyai kekayaan sebanyak rm 48.3 billion.
dari syarikat pembungkusan raksasa Sweden Tetra Laval setelah suaminya meninggal
tahun 2000. Syarikat ini meraih keuntungan sebanyak rm 42 billion kerana teknologi
pembungkusan yang membolehkan bahan makanan seperti susu dan jus oren boleh dikemas
tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.
6 - Irist Fontbona dengan bidang usaha perlombongan dan jumlah kekayaan sebanyak
rm 62.3 billion adalah isteri dari mendiang Andronico Luksic yang meninggal kerana
kanser di tahun 2005. Selama bulan Disember 2011 beliau ini telah menderma sebanyak
rm 10.5 billion untuk menolong warga Chili yang mempunyai kecacatan.
5 - Alice Walton Wanita dengan kekayaan rm 81.6 bilion ini memang merupakan
sebahagian daripada keluarga Walton yang menguasai Wal Mart. November lalu
Alice Walton membuka sebuah muzium seni Crystal Bridges di Bentonville, Ark dan
muzium ini juga memaparkan benda-benda koleksi peribadinya.
4 - Liliane Bettencourt Wanita ini dengan jumlah kekayaan sebanyak rm 84 bilion.
Wanita yang mendapatkan kekayaannya dari L'Oreal kosmetik dan produk kecantikan
wanita ini juga merupakan wanita terkaya Eropah. Ia sendiri menderita penyakit dementia
sejak tahun 2011.
3 - Christy Walton dengan kekayaan sebanyak rm 88.6 billion merupakan wanita kaya
di dunia yang menerima hampir 200 juta pembahagian dividen di saham Wal-Mart selama
enam bulan terakhir. Saham Wal Mart sendiri juga mengalami kenaikan sebanyak 16 peratus
di waktu yang sama. Seperti yang kita ketahui bahawa Wal Mart adalah rangkaian
supermarket terbesar di Amerika Syarikat.
2 - Georgina Rinehart Wanita asal Australia yang mempunyai hasil kekayaan
sebanyak rm 91 bilion ini berjaya melalui usaha perlombongannya. Bahkan ia berjaya
menandatangani usahasama dengan syarikat besi asal Korea Selatan yang membeli
sekitar 15% sahamnya.
1 - rosmah mansor wanita asal kuala pilah negeri sembilan malaysia adalah wanita
terkaya di dunia hatta melebih kekayaan malaysia, harta kekayaannya tidak terhitung,
lihat saja permata permata yang melekap di badannya. kalkulator era pasca bertanda
empty bila cuba mengira harta kekayaannya.
by @tiewnama - wah beb. kaya kaya kaya! kahkahkahkah
Atrasina Mohd Zahrullail
Elok2 syok tgk org2 inggeris..tetibe kuar gmbar wanita malaysia terkaye..mme Awesome.. I'm proud to be Malaysian!
MohdBadiuzzaman MohamadFuad · Pusat Pergigian Kanak-kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia
hahahahahah..ko saje bg ak gelak pg2..hahahaha.
Shida Sham · Top Commenter
walaweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehh! tiba tang bio Rosmah terus potong karen..yg dok kat atas2 tu semua mewarisi harta suami, keluarga dan atas usaha sendiri..tapi Kak Mah kita naper plak tak ditulis mewarisi simpanan tabung sejak dalam perut ibunya..kan gempak gitu..hahaha..nampak kurus plak kak mah dalam photo ni..korang edit ek? hehehe..:p
Muhammad Sabri · Top Commenter · Boss at Bisnes Sendiri
HUHUHUHUHUHUHUHU UNTUNG ABG NAJIB DAPAT BINI SALAH SEORANG TERKAYA DIDUNIA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan