Khamis, 1 November 2012

YANG LOMPAT2 NI...MUNGKIN TAK ADA PENDIRIAN@LALANG...BOLEH DIBELI...TIDAK BERMORAL DAN TAK MENGEANG BUDI...ADAKAH MEREKA LAYAK KITA PILIH SERTA JADI PEMIMPIN

Sistem politik BN: Komunis atau demokrasi

Datuk Yahya Lampong, 01 Nov 2012
Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.

Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah.

Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan  antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.

Apa cirri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:-

Ciri pertama: Kuda Tunggangan BN

Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.

Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri.

Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum. Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing.

Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding dalam pilihan raya umum.

Calon-calon dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Justeru itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi kuda tunggangan UMNO.


Ciri kedua: Kerajaan autokrasi

BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). UMNO ialah pertubuhan politik bangsa Melayu. Justeru itu, bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO dan mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Apabila bangsa Melayu bersatu mengundi BN, maka BN berupaya membentuk kerajaan majoriti mudah (simple majority). Apabila bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO, maka pribumi dari Sabah dan Sarawak juga bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Bangsa Cina dan India ialah pengundi minoriti. Apabila bangsa Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka bangsa Cina dan India tidak ada pilihan selain daripada menyokong dan mengundi BN dalam pilihan raya umum atau berada dalam pembangkang.

Apabila bangsa Melayu, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak, bangsa Cina dan India bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka kerajaan BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). Kerajaan majoriti dua pertiga tidak memberi peluang kepada pembangkang mengganti kerajaan BN. Justeru itu, Kerajaan BN dicipta untuk memerintah selamanya. Kerajaan yang tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change) ialah kerajaan satu-sistem.

Bagi saya, kerajaan demokrasi ialah kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Contoh kerajaan satu-parti ialah kerajaan PAS di negeri Kelantan atau kerajaan Berjaya  atau PBS di Sabah satu ketika dahulu. Contoh kerajaan campuran ialah kerajaan PKR-PAS-DAP di negeri Selangor.

Kerajaan satu-sistem bukan kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Kerajaan satu-sistem menguasai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman (Judiciary) tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri. Perlantikan ketua Polis,Tentera atau Ketua Hakim Negara ditentukan oleh Perdana Menteri.

Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, maka Perdana Menteri menguasai semua kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk Kementerian Kewangan. Justeru itu, Perdana Menteri berkuasa mutlak menganugerah projek-projek secara terus (direct award), rundingan (negotiated), terpilih (selected) atau projek-projek penswastaan (privatisition).

Kerajaan BN menguasai media massa, media eletronik atau badan-badan NGO’s terletak di bawah kuasa dan budibicara Perdana Menteri.

ISA juga terletak di bawah kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak mengambil atau tidak tindakan terhadap menteri-menteri atau ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar yang rasuah.

Justeru itu, kerajaan ini tidak tertakluk kepada prinsip pemisahan kuasa antara badan Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.

Kerajaan ini juga tidak tertakluk kepada prinsip ketelusan, imbangan dan sekatan, amanah dan pertanggungjawaban (not subject to checks and balances, integrity and accountability).

Kerajaan BN juga mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara (The ends justify the means) untuk mendapat kuasa atau mengekalkan kuasa.

Justeru itu, kerajaan BN berkuasa mutlak. Pepatah Inggeris menyatakan, “Power corrupts. Absolute power, corrupts absolutely”. Kuasa mengakibatkan rasuah. Kuasa mutlak mengakibatkan rasuah mutlak. Rasuah mutlak mengakibatkan ketagih hingga ketahap ‘kleptomania’.

Ciri ketiga: sistem komunis

Adalah terbukti bahawa sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik komunis. Sistem politik komunis berpaksikan ahli-ahli parti kerajaan komunis untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli parti kerajaan komunis itu. Justeru itu, apabila pilihan raya umum diadakan kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change).

Sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Ciri Ke-empat:  Pecah belah

BN memecahbelah bangsa Melayu dan umat Islam kepada ahli dan bukan ahli, bangsa Cina kepada ahli dan bukan ahli, bangsa India kepada ahli dan bukan ahli, Pribumi Sabah dan Sarawak kepada ahli dan bukan ahli. Justeru itu, sistem politik BN memecahbelah rakyat Malaysia kepada ahli dan bukan ahli.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung BN Adnan Mansor, dalam akhbar, The New Straits Times, pada 9 September 2010, jumlah ahli-ahli BN ialah 7 juta orang.

Dalam pilihan raya umum tahun 2008, jumlah pengundi dalam negara ialah 10,922,139 (SPR). Adalah terbukti bahawa majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN. Justeru itu, sistem politik kerajaan BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan kerana majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Apabila ahli-ahli BN mengundi BN setiap kali pilihan raya umum diadakan, maka kerajaan BN tidak tertakluk kepada perubahan selamanya (not subject to regime change forever). Apabila kerajaan tidak tertakluk kepada perubahan, maka nasib rakyat Malaysia ialah sama seperti rakyat negara komunis atau rakyat negara Brunei Darussalam. Kerajaan negara Brunei Darussalam juga tidak tertakluk kepada perubahan selamanya.

Rakyat Malaysia bernasib baik apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak membuat kenyataan pada 28 Mei 2010, dalam akhbar The New Straits Times, bahawa ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484. Apabila ahli-ahli BN ialah 7 juta, maka ahli-ahli anggota komponen ialah 3,840,516.

Daripada kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung BN, ahli-ahli anggota komponen sudah mengetahui bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis untuk memenangi pilihan raya umum.

Presiden UMNO dan Perdana Menteri juga mengamalkan kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, rasuah mutlak, tidak tertakluk kepada perubahan dan menjadikan rakyat Malaysia seperti hamba, maka ahli-ahli anggota komponen berjumlah 3,840,516 sudah tentu tidak sanggup diperalatkan untuk mengamal sistem politik komunis.

Tambahan pula, ahli-ahli anggota komponen mempunyai pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyat bagi menjadi pemerintah baru negara.

Gabungan atau campuran antara PKR, PAS dan DAP tidak berpaksikan sistem politik BN. Setiap parti PKR, PAS dan DAP bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kekuatan politik mereka tersendiri. Tidak ada kuda tunggangan dalam gabungan campuran sebegini.

Gabungan atau campuran tidak berpaksikan undi ahli-ahli untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah rakyat. PKR, PAS dan DAP berpaksikan undi rakyat. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP berpaksikan sistem politik demokrasi.

Sistem politik demokrasi memberi hak dan kebebasan untuk memilih atau menukar kerajaan dalam pilihan raya umum. Justeru itu, kerajaan rakyat tertakluk kepada perubahan (subject to regime change).  Tidak ada kerajaan yang maksum (perfect) di dunia.

Justeru itu, menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang, rakyat Malaysia bebas untuk mengundi kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, resuah mutlak, kerajaan komunis, tidak tertakluk kepada perubahan dan untuk menjadi hamba kepada Perdana Menteri iaitu kerajaan BN selamanya atau memilih pihak lain.

Ahli-ahli anggota komponen BN berjumlah 3,840,516 juga boleh untuk tidak diperalatkan oleh UMNO atau jadi kuda tunggangan  UMNO untuk mengamal sistem politik komunis atau sebaliknya.

Bagi saya, hanya kroni-kroni Perdana Menteri (Presiden-Presiden anggota komponen) dan ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484 akan mengundi BN.

Jika begitu, sistem politik BN sudah tidak releven apabila ahli-ahli anggota komponen menolak sistem politik BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Dalam pilihan raya umum tahun 2008, rakyat Malaysia di Semenanjung sudah membuat keputusan untuk menolak kerajaan BN kerana sudah terlalu lama dan terlalu rasuah. Tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, BN tentu sudah kehilangan kuasa. Dalam pada itupun,  BN hanya berupaya mengekalkan kuasa dengan majoriti mudah saja. Justeru itu, bagi saya, sistem politik BN sudah tidak releven.

Setelah rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui (melalui kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung) bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis, maka lebih banyak rakyat di Semenanjung tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 berbanding dengan pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008 lalu.

Saya juga yakin, rakyat Sabah dan Sarawak juga tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang setelah mengetahui bahawa kerajaan BN ialah sama seperti kerajaan komunis.

Justeru itu, bagi saya dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, BN akan kehilangan kuasa. Majoriti bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak akan menolak sistem politik kerajaan BN kerana sistem politik BN sama seperti sistem politik komunis.

Rumusan

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menyatakan,  “Prosperity is no substitute for demokrasi”. Kemakmuran negara bukan pengganti demokrasi. Demikian penjelasan beliau apabila diminta memberi komen tentang sistem politik demokrasi berbanding dengan sistem politik komunis dalam lawatan beliau ke negara Myanmar dalam bulan Mac 2012 lalu.

Ekonomi negara China ialah kedua terbesar di dunia dan sudah menghantar angkasawan ke angkasa lepas, tetapi negara China tetap mengamalkan sistem politik komunis. Negara Russia mengadakan pilihan raya umum, tetapi pilihan raya umum dimanipulasi untuk memihak kepada kerajaan komunis.

Kerajaan diktator Hosni Mubarak mengadakan pilihan raya umum. Setiap kali pilihan raya umum diadakan NDP, iaitu parti Hosni Mubarak memenangi antara 80% atau 90% undi. Sebabnya, pengiraan undi diadakan dalam Kementerian Dalam Negeri. Peti undi yang kalah diganti dengan peti undi yang sudah berisi dan menang.

Rakyat benci kepada kerajaan Hosni Mubarak, tetapi setiap kali pilihan raya umum diadakan, NDP mendapat undi luar biasa. Akhirnya, revolusi Arab Spring dilancarkan untuk menguling kerajaan Hosni Mubarak.

Adalah diingatkan bahawa kerajaan komunis, diktator atau raja berkuasa mutlak mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Semua cara halal atau tidak digunakan untuk mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa termasuk mengenepikan perintah Allah, menipu, membunuh, berlaku zalim dan ketepikan hak asasi dan kebebasan rakyat.

Akhir sekali, BN berpaksikan undi ahli-ahli BN untuk memenangi pilihan raya umum. Sewajarnya BN dijadikan pertubuhan politik agar individu berhak menjadi ahli. Sebaliknya ahli-ahli BN ialah ahli-ahli anggota komponen. Tetapi dalam pilihan raya umum, ahli-ahli anggota komponen diperintah untuk mengundi BN. Justeru itu, ahli-ahli anggota komponen hanya diperalatkan agar Perdana Menteri BN berkuasa mutlak dan mengamal rasuah mutlak.

Perkara ini sudah lama dipersoalkan oleh anggota BN tetapi tidak diendahkan. Tetapi anggota komponen tidak terdaya membuat tindakan. Pilihan ialah menyokong sistem politik BN atau berada dalam pembangkang.

Tetapi, keadaan sudah berubah. Bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak sudah mempunyai pilihan mengundi gabungan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum untuk memerintah dan biarkan BN jadi pembangkang kerana BN mengamalkan sistem politik komunis, berkuasa mutlak dan mengamalkan rasuah mutlak.

•   Penulis adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar di era Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ketika pembentukan DEB dan selepas itu pembentukan SEDC bagi semua negeri,  penulis dilantik menjadi Pengurus Besar Sabah SEDC yang pertama. Beliau telah mengiytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.

AES: MP Pakatan desak Cho Ha masuk dewan

Salmiyah Harun, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hadir ke Dewan Rakyat bagi menjawab isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang banyak mendapat bantahan daripada pengguna jalan raya.

"Menteri kena hadir, menteri tidak boleh lari dari menjelaskan kepada dewan," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Sebaik sesi soal jawab selesai, Ahli Parliman Batu Gajah Fong Po Kuan bangkit mengemukakan peraturan mesyuarat agar Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan budi bicaranya untuk memanggil Menteri Pengangkutan menjawab isu yang dibangkitkan khususnya berkaitan AES.

Mahfuz yang turut menyokong peraturan mesyuarat itu meminta Pandikar Amin menggunakan budi bicaranya untuk menasihat menteri berkenaan.

Fong Po Kuan turut membidas menteri terbabit kerana tidak berani untuk berdepan dengan Ahli Parlimen.

"Menteri perlu mengambil tanggungjawab dalam dewan, ini adalah penting, dia tidak pernah menjawab sekali pun dalam dewan. Dia berani buat kenyataan di luar sahaja," katanya.

Menurut Fong, bukan sahaja Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan AES bahkan Ahli Parlimen Sri Gading (BN) dan Ketua Pemuda Umno juga mendesak agar sistem ini ditangguhkan.

"Kalau macam itu, kita guna kamera AES ini mahu tangkap menteri!," celah Mahfuz.

Bagaimanapun, Pandika Amin menjelaskan beliau tidak boleh memberi nasihat kepada menteri berkenaan sama ada tidak hadir atau tidak mahu menjawab soalan.

"Apa yang dibangkitkan oleh Pokok Sena dan Batu Gajah, terpulang kepada menteri sama ada mahu datang atau tidak," katanya.

Polis wajar benarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat

Muhammad Faizal, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak polis sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu ini.

Katanya, alasan yang dibangkitkan berhubung pengisian borang permohonan tidak lengkap adalah perkara kecil dan beliau percaya pihak penganjur akan mengambil maklum perkara itu.

"Apa yang penting adalah tempat yang telah ditetapkan untuk perhimpunan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan undang-undang dari sudut keselamatan.

"Isu pengisian borang yang tidak mengikuti peraturan adalah perkara yang kecil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly semalam bahawa  himpunan yang dijadualkan Sabtu ini itu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Saiful Azly berkata sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

Ini kerana borang permohonan dari penganjur tidak dapat diproses ekoran maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki undang-undang.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihak polis wajar membenarkan himpunan itu kerana ianya peluang untuk rakyat mendengar amanat daripada pemimpin mereka.

"Perhimpunan tersebut tetap diteruskan dan ia merupakan perhimpunan terakhir untuk rakyat dan pengundi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.

PAS Perak anjur kembara jelajah seluruh Felda

Muhammad Faeez Azahar, 01 Nov 2012
IPOH: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi menyedarkan serta memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.

Pengerusinya, Razman Zakaria berkata, program Kembara Oren Selamatkan Felda itu akan berlangsung pada Sabtu ini.

Menurutnya, program dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu akan disertai oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Anak, Mazlan Aliman.

Katanya, program kembara tersebut bertujuan memberi penerangan tentang beberapa isu hangat termasuklah berkenaan tanah Felda Plantation yang diserah kepada Felda Global Ventures Holdings (FGV) dimana pemiliknya bukan lagi hak Melayu dan peneroka scara total.

“Peneroka juga perlu tahu tentang Penipuan dalam jumlah pemberian dan pembelian saham unit peneroka sebanyak 800 unit pada harga tawaran (IPO) RM4.55 bernilai sekitar RM3640 sedangkan pinjaman peneroka unit jumlah itu RM5000,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan, pihaknya akan memberi penjelasan tentang harga saham peneroka semakin turun dan akan memberi kesan langsung yang sepatutnya kerajaan tidak membawa peneroka ke dalam kancah perniagaan berisiko.

“Peneroka dikelirukan dengan durian runtuh sebanyak RM15000 dan peruntukan RM5000 daripada jumlah itu untuk anak peneroka dijangka akan diberi menjelang PRU13 nanti yang bertujuan untuk memancing serta mengaburi mata peneroka.

“Kami akan mengemukakan tawaran Pakatan Rakyat kepada peneroka yang ternyata lebih berbaloi daripada pemberian durian runtuh daripada kerajaan,” jelas beliau.

Pengerusi Badan Bertinda Peneroka Felcra (Bapa) itu juga berkata, kembara tersebut bermula di Felda Lasah, Sungai Siput jam 8.00 pagi sebelum bergerak ke Felda Ijok, Larut dan akan sampai kira-kira 12.00 tengahari.

Ujarnya, Program tersebut akan diteruskan ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut disebelah petang sebelum program kemuncak iaitu ceramah Umumnya pada malam tersebut.

“Saya menyeru seluruh rakyat Perak khususnya peneroka untuk bersama-sama menyertai kembara ini bagi merealisasikan matlamat kami untuk memberi kesedaran kepada peneroka,” tegasnya.
SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR
  • Koh Jun Lin & Kow Gah Chie
  • 3:30PM Nov 1 2012
 
Tindakan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz didakwa mempunyai konflik kepentingan apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah, kerana mereka berdua dilihat sebagai kawan.

NONEHubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk
kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.

Dakwaan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini, yang menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya  sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal (foto bawah).

NONEKatanya, dalam satu kes rasuah berprofail tinggi dan pengubahan wang haram sebelum ini yang didakwa melibatkan seorang ketua menteri dan orang yang membersihkan nama ketua menteri Sabah dan Chia adalah menteri yang "kita telah ditemui bukti bahawa keluarganya telah mendapat... manfaat dari Chia".

"Jika ini bukan (rasuah), saya tidak tahu apa itu," kata Rafizi dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya, terdapat persoalan konflik kepentingan di mana Nazri harus mengambil tanggungjawab politik dan moral.
NONEBerikutan ini, pemberita bergegas ke pejabat Nazri untuk
mendapatkan komennya di mana beliau menafikan sebarang konflik kepentingan.

Nazri menjelaskan bahawa jawapan bertulisnya kepada Parlimen mengenai perkara itu datangnya dari Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Di samping itu, secara berseloroh, beliau berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya kerana anaknya sudah dewasa.
Beliau memberitahu pemberita bahawa soalan tentang kebenaran dakwaan Rafizi bahawa Chia telah memberi sebuah kereta kepada Nedim, perlu dirujuk kepada kedua-dua mereka.

"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."

Bagaimanapun, Nazru mengakui mengenali Chia secara peribadi dan pernah ke Dubai bersama dengan Chia, tetapi atas perbelanjaannya sendiri. Baca transkrip komen Nazri

"Saya kenal Chia dan saya tidak bimbang mengenainya," katanya.
Ketua Hakim Negara bimbang amalan tangguh kes
  • Hafiz Yatim
  • 6:05PM Nov 1 2012
 
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menzahirkan kebimbangan beliau terhadap peguam dan mahkamah yang menangguhkan kes, yang menurutnya "sudah mula kembali menjadi amalan" sejak kebelakangan ini di mahkamah sivil dan jenayah.

Katanya, mereka juga perlu berusaha membuat persediaan untuk perbicaraan dalam masa yang ditetapkan dan penangguhan hanya boleh dilakukan "atas sebab-sebab yang baik dan mendesak".

NONEBeliau juga mengumumkan pelantikan empat pesuruhjaya kehakiman yang baru - bekas Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Hamzah; bekas Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Wira Kamaludin Md Said; bekas Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Datin Azizah Nawawi dan Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Wong Chiang Kiat.

Arifin turut menegaskan kepada hakim dan pegawai kehakiman bahawa mereka tidak secara mudah menangguh sesuatu kes yang telah ditetapkan.

"Selain itu, perlu juga diingati bahawa apabila sesuatu kes itu ditangguhkan untuk keputusan, keputusan perlulah diberikan dalam masa tidak melebihi empat minggu, manakala alasan penghakiman pula haruslah disediakan dalam masa 8 minggu daripada tarikh rayuan difailkan.

NONE"Arahan ini perlu disebatikan oleh para hakim dan pegawai kehakiman," katanya di majlis angkat sumpah pelantikan pesuruhjaya kehakiman mahkamah tinggi di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.

Menurutnya lagi, dua hari lalu, beliau ada meneliti 'ageing list' bagi mahkamah di seluruh negara dan mendapati masih ada saki baki kes lama yang masih belum diputuskan.

Ekoran itu, beliau menggesa semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara memberi kerjasama kepada mahkamah dengan memberikan keutamaan kepada kes-kes itu bagi pelupusan yang segera.

"Saya tidak mahu melihat perkara ini berterusan dengan lebih lama. Tindakan segera perlulah diambil oleh semua pihak," katanya.

Ariffin juga berpendapat mahkamah harus kembali ke zaman di mana perbicaraan di Mahkamah Tinggi dijalankan dengan bantuan pihak juri bagi mengelak tempoh penangguhan kes menjadi panjang.

Nasihat beliau kepada pesuruhjaya kehakiman yang baru dilantik, Arifin menyeru supaya bekerja lebih keras dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penih kejujuran dan dedikasi".
DUN P Pinang: Azhar digantung 6 bulan lagi
  • Bernama
  • 5:15PM Nov 1 2012
 
Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) digantung kali kedua daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membentangkan usul penggantungan Azhar itu pada persidangan DUN hari ini berkata semua bayaran elaun dan gaji ketua pembangkang itu sebagai wakil rakyat dikekalkan.
NONELim berkata keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan setelah Azhar gagal memberi penerangan dan penjelasan mengenai kenyataannya pada 8 Mei lepas yang menghina kemuliaan dewan, Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain dan kakitangan DUN apabila menyebut bahawa catatan persidangan boleh dimanipulasi.
  
"Dewan telah bermesyuarat sebanyak lima kali, mesyuarat kali pertama pada 7 Jun memang telah mengecualikan yang berhormat Penaga kerana isu yang dibentangkan melibatkan beliau, tetapi pada mesyuarat kali kedua dan ketiga yang berhormat dipanggil untuk memberikan penerangan dan penjelasan bagaimanapun tidak hadir.
  
"Oleh itu pada mesyuarat keempat dan kelima Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah memutuskan untuk menggantung YB Penaga dari menghadiri persidangan dewanselama enam bulan bermula 1 November," katanya.
NONEPada 8 Mei Azhar dikatakan telah membuat kenyataan menghina kemuliaan dewan, speaker dan kakitangan DUN, kenyataan yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab itu dianggap sebagai satu titik hitam kerana telah mempertikaikan integriti DUN.
    
Ketua pembangkang itu kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan 34 (4) dan 34(9) di bawah peraturan majlis dan mesyuarat negeri kerana menghina DUN, speaker dan kakitangan DUN.
   
Azhar sebelum itu pernah digantung menghadiri persidangan DUN selama enam bulan pada 17 Ogos 2010 kerana menggunakan perkataan ‘13 Mei’ ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) pada sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman
Abbas.  
   
Sementara itu wakil pembangkang Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bangun mencelah memohon kepada speaker agar mempertimbangkan dengan budi bicara agar tidak menggantung Azhar dari menghadiri persidangan DUN memandangkan ketua pembangkang itu akan bersara sebagai wakil rakyat.
   
Bagaimanapun Azhar yang diminta oleh Abdul Halim untuk membuat ucapan bagi membahaskan usul penggantungannya membantah cadangan yang dibuat oleh Arif Shah itu.
Sementara itu, Azhar ketika membahaskan usul penggantungannya itu berkata  Ketua Menteri Pulau Pinang itu menggunakan 'fear technique'  bagi menakutkan pihak yang mengkritik kepimpinannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.
   
"Yang berhormat Ketua Menteri menggunakan 'fear technique' bagi menakut-nakutkan pengkritiknya, kalau ketua pembangkang boleh digantung dalam dewan apatah lagi pegawai-pegawai kerajaan yang cuba melawan," katanya.
   
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) yang bangun mencelah mengucapkan tahniah kepada Azhar kerana telah berjaya membuatkan Lim mengambil keputusan  untuk menggantungnya daripada menghadiri persidangan DUN.
   
"Tindakan ini telah membuktikan cara kerajaan negeri yang tidak menggunakan prinsip  Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam pentadbirannya seperti yang sering dilaung-laungkan," katanya.
   
Dalam perbahasan itu, Azhar juga menjelaskan mengenai ketidakhadirannya untuk memberi  keterangan dan penjelasan berhubung kenyataannya pada 8 Mei dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kali kedua dan ketiga.
   
"Berdasarkan pada pengalaman saya digantungkan pada kali pertama, walaupun usul yang dibentangkan itu terdapat kecacatan tetapi jawatankuasa tetap juga membuat keputusan untuk menggantung saya.

"Jadi kalau yang pertama itu usul yang dibentangkan tak betul pun diguna pakai,  apatah lagi kali ini, jadi saya rasa tidak perlu saya hadir kerana ia buang masa," katanya.
   
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Azhar berkata beliau berhasrat untuk mempertahankan kerusi Penaga pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya yang  sebelum ini telah umum untuk bersara daripada politik berhasrat untuk  pertahankan kerusi Penaga dan saya hanya tunggu keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.
   
Sementara itu ADUN Teluk Bahang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dalam sidang akhbar yang sama berkata berikutan pengantungan ketua pembangkang  itu, beliau akan mengambil alih jawatan berkenaan.
   
- Bernama
Wakil rakyat PAS didesak bentang usul hudud
  • Bernama
  • 5:50PM Nov 1 2012
 
Persatuan Mukabuku Pulau Pinang mendesak wakil rakyat PAS Datuk Mohd Salleh Man membentangkan usul pelaksanaan hukum hudud pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini.
  
Pengerusinya Salleh Ismail berkata pihaknya juga mahu Mohd Salleh yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) berjuang untuk memastikan usul hukum hudud diluluskan pada persidangan berkenaan.
  
"Hari ini kita menghantar memorandum kepada beliau (Mohd Salleh) supaya usul hudud ini dikemukakan pada persidangan kali ini dan berharap ia diluluskan serta dilaksanakan dengan segera di Pulau Pinang.
  
"Kita nak tengok sama ada wakil-wakil rakyat DAP dalam DUN betul-betul ikhlas berjuang bersama Pas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan di luar DUN Pulau Pinang hari ini.
  
Memorandum itu diterima sendiri Mohd Salleh yang juga ADUN Permatang Pasir selepas kira-kira 30 minit Salleh dan beberapa anggota Persatuan Mukabuku menunggunya di luar pagar.

Sementara itu, Salleh berkata pihaknya kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang menghalang beliau dan anggota persatuannya masuk ke perkarangan DUN untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
  
"Kita bukan datang untuk buat demonstrasi tetapi hadir secara baik untuk serahkan memorandum, tetapi tidak dibenarkan dan kedua-dua pintu pagar turut dikunci.
  
"Semasa pemerintahan BN (Barisan Nasional), kedua-dua pintu pagar berkenaan tidak pernah ditutup dan orang awam dibenarkan masuk selepas mendapatkan pas keselamatan," katanya.
DUN P Pinang lulus undang-undang anti-lompat parti
  • Susan Loone
  • 8:33PM Nov 1 2012
 
Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini untuk menyekat wakil rakyat daripada melompat parti untuk keuntungan peribadi.

Enakmen tersebut disokong oleh 27 daripada 31 ADUN, dengan empat wakil rakyat Umno yang hadir enggan mengundi.

lim guan eng interview 260512 04Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pembentangan rang undang-
undang itu adalah satu langkah "bersejarah" yang termasuk pindaan penting kepada perlembagaan negeri bagi membolehkan undang-undang berkenaan dilaksanakan.

Ini, kata Lim lagi, untuk menangani budaya "yang tidak sihat dan tidak beretika" melompat parti politik untuk keuntungan peribadi, bagi menggalakkan integriti, akauntabiliti dan untuk mengembalikan kepada rakyat kuasa untuk memilih ADUN.

Katanya, kita telah menyaksikan negara dalam keadaan huru-hara apabila kerajaan persekutuan merampas kuasa dari negeri-negeri dengan cara yang tidak demokratik, melalui (perbuatan) pengkhianatan ahli-ahli parti.

Ketika membentangkan rang undang-undang tersebut, Lim berkata, selain meninggalkan parti untuk keuntungan peribadi, mereka yang terlibat juga telah mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat.

Lim kemudian menyebut tiga negeri di mana mandat rakyat telah tidak dihormati - di Sarawak pada tahun 1966, Sabah (1994) dan Perak (2009).

Keadaan seperti itu, tegasnya, tidak harus diulangi, manakala perbuatan tersebut harus diharam.

Lim berkata enakmen itu telah digubal oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat dan berdasarkan tiga prinsip penting:
  • Kedaulatan rakyat di bawah sistem demokrasi berparlimen, dengan rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil mereka;
  • Kebebasan berpersatuan bagi wakil yang dipilih, tetapi dia perlu mengosongkan kerusinya jika melompat parti;
  • Bagi prinsip akauntabiliti, wakil rakyat mesti bertanggungjawab kepada pengundi mereka.
Enakmen itu termasuk Seksyen 14A,  'Ahli yang menukar parti politik', yang mengkehendaki seseorang ADUN dari parti tertentu yang dipilih oleh rakyat, untuk mengosongkan kerusinya jika dia bertukar parti atau berhenti menjadi ahli parti atas apa jua alasan.

Seseorang yang dipilih sebagai ahli Bebas juga mesti mengosongkan kerusinya jika orang itu menyertai sesebuah parti politik.

Bagaimanapun, Seksyen 14A mengecualikan wakil rakyat dari mengosongkan kerusinya jika keahliannya berakhir kerana pembubaran parti atau pembatalan pendaftarannya.

Ia juga termasuk situasi bagi seseorang wakil rakyat melepaskan keahliannya dalam parti jika dia dipilih sebagai speaker dewan undangan negeri.
Speaker DUN P Pinang saman Musa Sheikh Fadzir
  • Bernama
  • 8:03PM Nov 1 2012
 
Speaker Dewan Undangan negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berhubung kenyataannya mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang.
  
Bercakap pada sidang media di sini, Abdul Halim berkata saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 2 petang menerusi firma guaman Tetuan M. Kanesan & Associate.

Katanya beliau mengambil tindakan itu kerana mendakwa terdapat unsur fitnah dalam kenyataan Musa berhubung projek itu yang boleh memburukkan kredibiliti dan imejnya sebagai speaker.
  
"Saya melalui peguam saya telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi. Tindakan ini  diambil setelah saya beri tempoh 48 jam kepadanya tetapi tiada apa-apa tindakan, dan beliau (Musa) pada 1 Okt lepas menyatakan tidak perlu minta maaf," katanya.
  
Ketika ditanya oleh pemberita mengenai jumlah saman fitnah itu, Abdul Halim berkata beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diedarkan kepada pemberita pada sidang media itu, Abdul Halim antara lain menuntut gantirugi bagi fitnah secara lisan, gantirugi bagi fitnah bertulis, gantirugi keterlaluan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan selanjutnya kenyataan memfitnah itu sama ada secara lisan atau tulisan.
  
Sementara itu, Musa ketika dihubungi berkata beliau sedia mengemukakan bukti mengenai dakwaanya berhubung projek itu di mahkamah.
  
"Saya tidak takut disaman, jumpa di mahkamah dan saya akan kemukakan bukti-bukti atas dakwaan saya itu," katanya.
  
Dalam pendedahannya sebelum ini mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang, Musa mendakwa projek itu mempunyai kaitan dengan Abdul Halim.

- Bernama
Bedah siasat banduan 'mati kerana AIDS'
  • Leanne Tan
  • 3:30PM Nov 1 2012
 
Bedah siasat sedang dijalankan ke atas mayat R Kumarajah, yang menurut polis meninggal dunia akibat AIDS di Penjara Kajang pada hari Isnin.

Bedah siasat itu bermula tengah hari tadi dan ia akan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk disiapkan, kata aktivis hak asasi manusia PKR, S Jayathas kepada Malaysiakini.

Jayathas, bersama dengan wakil Lawyers for Liberty, G Sivamalar, ahli keluarga Kumarajah, majistret Abdul Jalil dan ASP Suresh dari balai polis daerah Kajang, telah diberi taklimat mengenai prosedurnya oleh ketua forensik Hospital Serdang, Dr Zuraidah.

NONEJayathas berkata dalam rundingan awalnya dengan Zuraidah, beliau
dimaklumkan bahawa perut Kumarajah kembung ketika dia ditemui mati.

Ibu Kumarajah, M Sooriakandhi (kanan) telah membuat laporan polis mencabar keadaan kematiannya.

Sooriakandhi juga membuat rayuan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop di lobi Parlimen semalam, meminta bedah siasat dilakukan ke atas anaknya.

Dia tidak puashati dengan laporan bahawa anaknya mati akibat AIDS kerana mendakwa Kumarajah sihat apabila dia melawat anaknya itu di Penjara Kajang Selasa lepas.

Kumarajah, yang telah disabitkan atas kesalahan mencuri motosikal pada tahun 2011, meninggal dunia dalam keadaan misteri dan lokasi sebenar kematiannya tidak pasti. Dia dijadualkan dibebaskan pada bulan Februari.

Ketua Polis Daerah Kajang Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi pada hari Selasa mengesahkan bahawa Kumarajah telah meninggal dunia akibat AIDS. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
- Bernama
Lelaki maut kereta terjunam ke laut di jambatan P Pinang
7:50PM Nov 1 2012  
Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke George Town, awal pagi ini.
  
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abd Rahim Hanafi berkata Tan Lean Loon, 24,  dipercayai mati akibat lemas dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu.
  
Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan selepas Bahagian Kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 3.40 pagi.
  
Katanya Unit Tindakan Cepat Trafik yang dihantar ke tempat kejadian mendapati sebatang tiang lampu di tempat kejadian patah dan terdapat sebuah tayar kenderaan di atas jalan.
  
"Operasi mencari dan menyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bomba dan polis marin dijalankan sehingga jam 6.50 pagi.

"Operasi yang disambung semula pada jam 9 pagi menemui sebuah kereta di dasar laut di kilometer 8 oleh unit scuba polis marin setengah jam kemudian," katanya dalam sidang media di George Town.

Abd Rahim berkata mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dalam keadaan masih bertali pinggang keledar dan kerja-kerja mengangkat kereta dan mangsa berakhir pada jam 12.15 tengah hari.
  
Katanya mayat Tan yang berasal dari Ayer Itam itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
  
Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata pemandu kereta yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi 28 Oktober lepas dipercayai adalah warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan warga tempatan.
  
"Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan," katanya dan menurutnya polis juga sedang menunggu untuk mengambil keterangan daripada seorang lagi mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang untuk mengetahui identiti
sebenar kesemua mangsa.  
  
Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan seorang lelaki Sadisafizan Saad, 36, di Kampung Selayang Baru, Selangor terkejut selepas dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi 28 Oktober lepas.
  
Beliau mendakwa kekeliruan identiti si mati yang menggunakan namanya berlaku mungkin ada kaitan dengan kehilangan kad pengenalannya pada 28 September tahun lepas.
  
Dalam kemalangan itu, pemandu yang menggunakan nama Sadisafizan bersama rakannya, Muslim Idwar, 38, dari Batu 6, Gombak, Kuala Lumpur dan seorang wanita Indonesia Mai Linda, 18, terbunuh selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu laju terbabas melanggar tembok Jambatan Pulau Pinang.

- Bernama
K'jaan kaji kenaikan skim gaji penjawat awam 5%
1:01PM Nov 1 2012  
Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

NONE"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka, Rabu.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: