Selasa, 6 November 2012

ADA SEKOLAH KE...ADA BACA KE...JANGAN ORANG KATA BODOH PULAK...MALU...UMNO-MELAYU...MCA-CINA...MIC-INDIA...PKR-CAMPUR...DAP-CAMPUR...PAS-CAMPUR CUMA KENA ISLAM...PENYOKONG CAMPUR...ADA ARTI KE....JANGAN PULA PERASAN...TAKUT2 MCA PUN MUNGKIN SOKONG DAP....UMNO SOKONG PAS...MIC SOKONG PKR ATAU DAP...TAK MUSTAHIL BAGI ALLAH...JIKA ALLAH MENGHENDAKINYA


Nurul Izzah: Saya sama sekali tidak terima murtad
2:30PM Nov 5 2012
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

NONE"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.

Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.
Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri

  • Zulaikha Zulkifli
  • 5:35PM Nov 5 2012
Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa dan Nazri kerana didakwa disebabkan hubungkait yang ada antara mereka tentang isu wang RM40 juta yang dibawa oleh ahli perniagaan, Michael Chia.

"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia, dan juga Nazri dan anaknya.

"Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia.

"Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan siasatan," katanya dalam sidang media sebelum masuk ke bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.
Selain itu, Rafizi turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Nazri mengambil cuti daripada kabinet sementara siasatan dijalankan.

Katanya, ini kerana Nazri merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap badan tersebut.

Menurut Rafizi lagi, beliau bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan akan memberi kerjasama kepada pihak SPRM.

"Saya bersedia berhadapan dengan apa jua kemungkinan terhadap isu RM40 juta ini.

"SPRM bertanggungjawab untuk menyelesaikan persoalan itu. Saya juga sedia untuk memberi bukti-bukti dan kerjasama kepada mereka" katanya.

Menurut Rafizi, pada minggu depan beliau akan ke Hong Kong untuk menemui beberapa pihak di sana bagi meneruskan "penyiasatan" berhubung isu RM40 juta.

"Kita masih bercakap dengan pihak-pihak tertentu. Saya tak mahu sebut nama sebab ini kes berprofil tinggi.

"Kalau sebut, saya bimbang kedutaan berkaitan kerajaan mula hubungi mereka dan ini akan rumitkan keadaan. Saya akan umum bila dah muktamad," katanya lagi.
Sistem perangkap had laju PDRM tetap diteruskan

  • Bernama
  • 6:03PM Nov 5 2012
Kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem kamera elektronik perangkap had laju yang diguna Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dilaksana.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata sistem kamera perangkap had laju yang dikuatkuasa PDRM masih beroperasi bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat agar lebih berhati-hati ketika memandu.
  
"Walaupun pendekatan baru melalui AES diperkenalkan, sistem sekarang (kamera perangkap had laju) yang digunakan oleh polis masih lagi dilaksanakan kerana pendekatan baru itu (AES) dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
  
"Agensi yang berkaitan melaksanakan pemantauan jalan raya akan tetap laksanakan tugas masing-masing," katanya ketika menjawab soalan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) pada persidangan Dewan Rakyat di ibu negara hari ini.
  
Beliau berkata kamera perangkap had laju PDRM berupaya merakam imej kenderaan yang melanggar had laju dari jarak 1.2 km pada kelajuan 320 kilometer sejam.
  
Menjawab soalan asal Mohd Firdaus mengenai jumlah 'Saman Postal' sepanjang Ops Selamat sempena Aidilfitri lepas, Abu Seman berkata sebanyak 180,062 notis saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan membabitkan pelbagai kesalahan trafik.
  
Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 kes saman telah diselesaikan.
  
-Bernama
Speaker DUN P Pinang 'beri amaran terakhir'

  • Susan Loone
  • 3:44PM Nov 5 2012
Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussein memberi amaran kepada anggota dewan termasuk mengarah mereka keluar dewan sekiranya berterusan menggangu perjalanan sidang dewan.

Katanya, beliau memberi amaran terakhir, dan selepas ini, akan mengarah mereka keluar sekiranya mengganggu persidangan dewan.

Abdul Halim mengakui beliau sampai pada had kesabarannya dengan sikap beberapa anggota dewan, seperti enggan meminta izin sebelum mencelah ketika ADUN sedang berucap.

Beliau jelas marah dengan tindakan beberapa anggota dewan yang 'berperang mulut' berhubung dakwaan perobohan sebuah kuil Hindu di Prai.

Abdul Halim berkata ramai anggota dewan yang mengambil kesempatan daripada sikap fleksibiliti beliau sebagai speaker sejak DUN bersidang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Anggota dewan perlu diberi peluang untuk berdebat dan menjawab soalan yang ditanya. Yang lainnya tidak seharusnya mengganggu tanpa meminta izin," katanya dalam satu sidang akhbar.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada anggota dewan yang mengganggu persidangan, bahawa mereka akan diminta meninggalkan dewan jika berterusan dengan tindakan mereka itu.

Abdul Halim diminta mengulas insiden kekecohan yang tercetus pada persidangan hari ini membabitkan R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) dan Pemangku Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Telok Bahang).
  
Kekecohan tercetus apabila Hilmi yang membahaskan usul belanjawan negeri tidak menjawab soalan Rayer berhubung penjualan tanah di Balik Pulau sehingga menyebabkan wakil rakyat DAP itu mengeluarkan kata-kata "kepala hotak depa" kepada Hilmi. 
Siasat Suaram: ROS panggil Maria, presiden Majlis Peguam

  • Hafiz Yatim
  • 5:52PM Nov 5 2012
dikemaskini Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan aktivis BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee untuk membantu siasatan terhadap NGO hak asasi manusia, Suaram.
NONEBagaimanapun arahan itu membingung mereka kerana mereka tidak
terlibat dengan NGO tersebut.
Maria (kiri), seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH berkata, surat itu dihantar ke pejabatnya petang Jumaat lalu.
Lim pula menerima surat hari ini, apabila dua pegawai datang ke firma guamannya Skrine.
Maria tidak ada di pejabatnya pada masa itu, maka surat lain telah difakskan ke rumahnya hari ini.

Maria memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan ahli Suaram, walaupun beliau menyokong tindakan dan aktiviti NGO tersebut.

Siasatan tersebut nampaknya dikaitkan kepada laporan yang berasal dari Muar, Johor, terhadap Suaram.

"Saya bingung Saya bertanya sama ada nama saya disebut dalam laporan itu dan mereka jawab 'Tidak'. Saya bukan ahli Suaram dan saya tidak tahu mengapa mereka memerlukan kenyataan saya.

"Saya hanya diberitahu oleh ROS untuk menghadiri mesyuarat yang dijadualkan pada hari Rabu. Bagaimanapun, saya telah meminta ia ditangguhkan hingga Jumaat di pejabat mereka di Putrajaya."

NONESurat itu sama dengan yang diterima oleh Lim (kiri), yang
menyatakan bahawa siasatan itu berkaitan rasa tidak puas hati pengadu terhadap Suaram.
Berikutan itu, ROS memerlukan mereka memberi kenyataan dan kehadiran mereka perlu untuk membantu penyiasatan.

ROS menyebut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dalam mengarahkan Maria dan Lim untuk memberi kenyataan mereka.
Kerusi Pekan: Bagi PM lagi ramai lagi meriah, kata TPM

  • Nigel Aw
  • 2:35PM Nov 5 2012
"Bagi perdana menteri lagi ramai lebih meriah," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas hasrat mereka yang mengumumkan untuk berdepan dengan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam piliha raya umum akan datang.

"Apapun ini proses pilihan raya umum. Tak penting buat komen. Perkara disebutkan (oleh) orang politik kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi," katanya dalam sidang media pagi ini.

NONEMuhyiddin merujuk kepada hasrat Presiden Parti KITA, Datuk
Zaid Ibrahim yang mengumumkan mahu menentang Najib di parlimen Pekan yang diwakili perdana menteri sekarang.

Pengumuman itu menyusul selepas sokongan Mursyidul Am PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk Pekan.

Bagaimanapun, Zaid berkata beliau akan berbuat demikian sekiranya Abdul Hadi membatalkan hasratnya itu.
JINGGA 13 desak SPRM jelas status siasatan afidavit Bala
9:14AM Nov 5 2012
JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) menjelaskan status siasatan berkaitan afidavit yang telah diserahkan oleh Penyiasat Persendirian P Balasubramaniam melalui peguamnya, Americk Singh bagi menjawab 52 soalan yang dikemukakan SPRM pada 2 Julai 2010.

NONE"Sehingga sekarang sudah dua tahun tiga bulan, bukan sahaja  Balasubramaniam tetapi seluruh rakyat Malaysia juga menanti reaksi dan tindakan pihak SPRM terhadap siasatan yang telah dibuat," kata Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Balasubramaniam telah memberikan kerjasama dan sanggup untuk tampil ke mahkamah tetapi, malangnya sehingga sekarang SPRM masih gagal menjelaskan sebarang reaksi dan tindakan.

Dalam suratnya bertarikh 2 November kepada SPRM, Balasubramaniam dilapor menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.

Balasubramaniam memberi amaran untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".

Dalam surat tersebut, yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan mendedahkan segala-galanya.

Sementara itu, Faizal berkata, JINGGA 13 yakin pendedahan tersebut akan memalukan negara di arena antarabangsa dan SPRM akan dilihat sebagai gagal dalam melaksanakan siasatan dan pendakwaan.

SPRM, kata beliau, seharusnya menjadi satu badan yang diyakini serta tidak dilihat dikuasai oleh 'tangan-tangan ghaib' yang menjadikan SPRM gagal berfungsi dalam mencapai objektif dan sasaran mencegah dan membanteras amalan rasuah.
1. PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu
TPM: PAS tak dapat sokongan jika Melayu sokong DAP

  • Nigel Aw
  • 3:08PM Nov 5 2012
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru orang Melayu supaya menyokong DAP, dengan berkata, PAS tidak akan mendapat sokongan lagi jika itu menjadi kenyataan.

"Kalau semua orang Melayu masuk DAP, (maka) PAS tidak ada ahli lagi," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

NONEMuhyiddin (kanan) menjawab kritikan Abdul Hadi bahawa MCA
adalah rasis dan gesaan presiden PAS itu kepada orang Melayu supaya menyokong DAP.

Selain itu, Muhyiddin berkata, beliau bingung dengan dakwaan bahawa MCA adalah rasis tetapi tidak DAP.

"Semua orang tahu, khususnya orang Melayu-Islam, DAP bukan parti yang memperjuangkan semua kaum.

"Mereka tidak bertanding di kawasan Melayu, di kawasan bandar saja," katanya.

Oleh itu, kata Muhyiddin, DAP tidak boleh melindungi kepentingan orang Melayu.
Umno sangkal dakwaan Hadi
Wartawan Sinar Harian
6 November 2012
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
SHAH ALAM – Umno menyangkal dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) bersifat perkauman.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ir Idris Haron berkata, kenyataan Abdul Hadi tidak mencerminkan apa berlaku masa kini.

“Sebagai seorang yang dianggap ulama, beliau (Abdul Hadi) tidak sepatutnya bercakap begitu, saya rasa beliau sudah hilang deria mata, telinga dan buta hati apabila bercakap tanpa menggunakan fakta dan menidakkan apa yang berlaku hari ini.

“Bukan MCA atau MIC yang bersifat perkauman tetapi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang sering kali menyentuh sensitiviti rakyat di negara ini,” katanya.

Menurutnya, sepanjang BN bekerjasama dengan MCA dan MIC, tiada rusuhan berlaku malah rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni, tetapi sebaliknya berlaku apabila DAP mula berkuasa.

Katanya, Presiden Pas itu sengaja menutup mata terhadap apa dilakukan DAP kerana terdesak meraih sokongan untuk pilihan raya.

Kelmarin, Abdul Hadi seakan merestui penyertaan orang Melayu dalam DAP dan menganggap parti komponennya itu berbeza dengan MCA dan MIC yang bersifat perkauman.

“Semua parti pembangkang termasuk DAP tidak bersifat perkauman dan perlu disokong kerana dianggotai semua kaum,” katanya pada perhimpunan jalanan yang diadakan di Taman Seremban Jaya, Sabtu lalu.

Abdul Hadi turut memberitahu, banyak kawasan Melayu yang masih mundur turut diperjuangkan oleh DAP, sebaliknya Umno membiarkan kawasan Cina dan India mundur.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, apa yang dikatakan Abdul Hadi tidak tepat.

“Sejak BN memerintah, tiada istilah pilih kasih atau anak tiri digunakan dalam membangunkan sesuatu kawasan atau kaum. Umno bersama parti komponen lain berusaha memastikan rakyat mendapat apa diingini. Jika ada kawasan yang dianggap mundur, itu bukan sebab BN menganaktirikan mereka tetapi perlu melihat keupayaan untuk memajukan kawasan itu,” katanya.

Ahmad turut mengingatkan orang Melayu untuk berfikir sepuluh kali jika mahu mengikut saranan Abdul Hadi agar menyertai DAP.

Menurutnya, sejarah membuktikan apabila BN berjaya membawa negara bergerak jauh ke hadapan dengan memberi manfaat kepada semua kaum.
Puteri Umno bidas Hadi dakwa MCA, MIC bersifat perkauman

  • Bernama
  • 9:36AM Nov 5 2012
Pergerakan Puteri Umno membidas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama MCA dan MIC, bersifat perkauman.
  
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kenyataan itu membuktikan Presiden PAS adalah seorang yang berfikiran sempit serta gemar menggunakan politik berunsur fitnah.
  
"Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa pemimpin pembangkang di negara ini lebih gemar menyebar fitnah meskipun mereka sedar bahawa perkara tersebut adalah salah serta dilarang oleh agama.
  
"Keadaan ini amat mengecewakan kerana ketika semua parti komponen BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar-belitkan fakta untuk memfitnah," katanya.

Beliau mengulas ucapan Abdul Hadi pada perhimpunan Pakatan Rakyat di Seremban semalam yang mendakwa parti komponen BN terutama MCA dan MIC bersifat perkauman kerana dianggotai satu kaum sahaja manakala parti pembangkang tidak begitu dan dianggotai pelbagai kaum.
  
Sehubungan itu, Rosnah mengingatkan rakyat supaya tidak sekadar menerima dakwaan pembangkang tanpa menimbang usaha dilaksanakan kerajaan yang sudah jelas terbukti.
  
Beliau berkata perpaduan yang sedia wujud hari ini bukan datang dengan mudah dan negara melalui pelbagai cabaran serta ujian sejak mula mencapai kemerdekaan.

"Jadi, janganlah kita memusnahkan keharmonian dan perpaduan yang wujud ini melalui cara mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang ingin memecah-belahkan kerjasama rakyat yang sedia ada.

"Untuk meruntuh atau memusnahkan perpaduan dan kerjasama antara kaum amat mudah sekali, tetapi untuk membinanya, kita terpaksa mengambil masa yang lama," katanya.
  
Rosnah juga berkata pembangkang sanggup mengkucar-kacirkan keharmonian negara dengan politik fitnah demi mengejar impian mereka yang terlalu ingin untuk memerintah.
  
Beliau turut mengingatkan rakyat supaya mengambil pengajaran daripada pengakuan bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang pernah dilaporkan berkata bahawa penyertaannya dalam parti itu merupakan satu kesilapan besar.
  
Tunku Abdul Aziz dalam satu kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata beliau tertipu dengan kenyataan DAP yang mendakwa kononnya parti itu memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum.
  
- Bernama
Nenek 3 cucu antara 70 calon matang duduki SPM di Kedah

  • Bernama
  • 1:49PM Nov 5 2012
Seorang nenek yang mempunyai tiga cucu merupakan antara 70 calon 'matang' yang mengambil peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dekat Yan hari ini.

Kesemua calon matang itu adalah guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berusia antara 30-an hingga 55 tahun.

Hasanah Abdullah, 55, guru Kafa di Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani berkata beliau gembira kerana berjaya mencapai impiannya untuk mengambil peperiksaan itu sejak 38 tahun lepas.

Katanya kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan masalah kewangan menyebabkan impiannya untuk mengambil peperiksaan itu seperti rakan sebayanya yang lain ketika berumur 17 tahun terkubur.

"Selepas ibu meninggal, saya mengambil tugas ibu menjaga adik-adik yang ketika itu masih kecil. Setiap tahun saya akan menangis dan meminta izin daripada bapa agar membenarkan saya bersekolah semula kerana mahu menduduki SPM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Hasanah yang tinggal di Sungai Layar, Sungai Petani dan mempunyai enam anak, mengambil mata pelajaran teras dengan tambahan Bahasa Arab.

Hasanah yang belajar di sekolah swasta, Sekolah Menengah Langkasuka, Guar Chempedak berkata beliau mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk mengejar cita-cita masuk ke universiti.

Walaupun terpaksa menduduki SPM pada usia yang lewat namun ia bukan penghalang demi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan prestasi akademik, katanya.

Bagi Mahmud Sri Wijaya Othman, 48, guru Kafa di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Dawai, Sungai Petani pula, beliau tidak berasa kekok untuk berada di dewan peperiksaan demi menimba ilmu.

Bapa kepada lima orang anak itu menjadikan anak sulungnya, Al-Kausar, 18, sebagai pendorong untuknya berjaya dalam SPM.

"Dahulu saya hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja, kemudian sambung ke sekolah Arab dan tidak pernah mengambil peperiksaan SPM. Saya bersyukur kerana anak saya sering membantu terutama dalam mengulang kaji pelajaran dan keluarga menjadi pembakar semangat untuk saya cemerlang dalam SPM," katanya.

Pemangku Pengetua SM Langkasuka, KS Maniam berkata pada tahun ini seramai 147 pelajar sekolah itu termasuk 70 guru Kafa dan enam jururawat menduduki peperiksaan SPM manakala bakinya calon mengulang semula SPM.

Beliau berkata calon yang terlibat tidak hanya membabitkan daerah Yan malah mereka dari serata daerah di negeri ini termasuk Sik, Pendang dan Kuala Muda.

-Bernama

Tiada ulasan: