Rabu, 8 Disember 2010

NAFI APA SAJA KITA NAK NAFI...TIADA SAPE NAK HALANG DAN KOMEN...BEGITU JUGA TAK BOLEH NAFI BILA KITA DIMASUK KEDALAM NERAKA...DIAKHIRAT NANTI

Khir Toyo serah surat peletakan jawatan
Dis 8, 10 3:19pm


Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah menghantar faks kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim untuk memaklumkan peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang pada jam 11.20 pagi tadi.

NONESurat yang sama difaks kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Isnin lalu, bekas Menteri Besar Selangor itu memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan ketua pembangkang berikutan pendakwaannya di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

khir toyo mansion 060709 06Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.








Polis nafi bertindak luar batas leraikan demo
Dis 8, 10 10:10am

Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lalu, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.

selangor water demo 05 zulkefly ahmad negotiating with policeKetua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.

"Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara," katanya dalam kenyataan media.

selangor water demo khalid at istanaBeliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk "Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset" dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas.

Zulkifli berkata kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur

selangor water demo crowd"Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu," katanya.

Ahad lalu, ribuan orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

selangor water demo crowdKedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan.

- Bernama









Zahid: Tiada niat sakiti hati bukan Bumputera
S Pathmawathy
Dis 8, 10
3:28pm

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa masyarakat Cina dan India tidak ramai menyertai angkatan tentera kerana kurang "semangat patriotisme."

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak memohon maaf berhubung kenyataannya itu ketika bangun membuat penjelasan di Dewan Rakyat hari ini.

NONEKatanya, beliau berasa kesal sekiranya jawapannya pada 9 November lalu di dalam Dewan telah menyinggung perasaan mana-mana kaum.

Tambahnya, ramai di kalangan pahlawan negara dari kalangan masyarakat Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak dan Serani turut sama berjuang menentang penjajah dan pemberontakan komunis dan berkorban untuk negara.

Ahmad Zahid (BN-Bagan Datok) juga berkata beliau juga tidak berniat untuk mempertikaikan patriotisme di kalangan masyarakat bukan Bumiputera.

Jawapannya itu mengundang celahan daripada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang menggesa menteri berkenaaan supaya membuat permohonan maaf namun gesaan itu tidak diendahkan oleh Zahid.

Kulasegaran sebelum ini memfailkan permohonan untuk memotong RM10 daripada gaji menteri tersebut atas kenyataan "tidak sensitif dan tidak berasas" itu.




Kenaikan 4-dalam-1: PAS naikkan kain rentang
Dis 8, 10 10:48am


Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah
oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

idris ahmad pas information chiefKetua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.

“PAS mengharapkan rakyat dapat 'sekolahkan' pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.

“Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.

Paling memeranjatkan, kata Idris, hujah yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan.

azlan“Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak?” soalnya.

Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.

Berikut cadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara.

"Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”

“Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”

“Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”

“Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”

“Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”

“Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”

“Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”

“Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”
“Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN”

“Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”

“Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat”

“Selamatkan Negara Daripada Muflis”

“Mana Wang Petronas Dihabiskan?”

“Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”

“Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”

“Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”

“Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”



Sifatkan PKR 'anti nasional': Najib 'biadap'
Dis 8, 10 12:47pm


Sayap wanita PKR hari ini mengecam Datuk Seri Najib Razak kerana bertindak "biadap" atas tindakan perdana menteri itu yang menyifatkan pemimpin parti itu sebagai "sangat berbahaya dan anti nasional" dalam satu ucapannya pada hujung minggu lalu.

Ketua pergerakan itu Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan Najib itu juga "tidak mencerminkan ketokohannya sebagai seorang perdana menteri" melalui "hasutan dan fitnah" dalam ucapan pengerusi BN itu di konvensyen parti tersebut, Ahad lalu.

NONE"Sebagai pentadbir nombor satu negara, PM seharusnya lebih memfokuskan kepada kerjanya, namun sebaliknya, PM sendiri asyik bermain retorik dan fitnah, moga dengan harapan agar rakyat akan lupa pada segala perlakuan sumbang dan penindasan Umno-BN selama ini.

Ahli parlimen PKR Ampang itu berkata demikian ketika mengulas ucapan Najib yang menyeru anggota BN supaya menentang pemimpin PKR habis-habisan kerana golongan itu didakwa "sanggup menjual apa sahaja termasuk memburukkan nama Malaysia di luar negara."

Mengulas kenyataan itu, Zuraida berkata "kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa mendukung prinsip kenegaraan dan patriotisme sebagai elemen utama perjuangannya" seperti yang terkandung dalam Deklarasi Pakatan Rakyat."

Zuraida juga berkata, "siri fitnah PM" itu juga merupakan satu "strategi desperado" bagi mengalih tumpuan masyarakat daripada isu semasa, termasuk kenaikan harga barang.

"PM sendiri tidak menghormati kehendak dan pandangan rakyat, sebaliknya hanya membuat keputusan dengan mementingkan dan menjaga keuntungan kelompok kronisme semata-mata," kata Zuraida lagi dalam kenyataan yang diedarkan semalam.





Dokumen rahsia didedah dalam kes bicara Dr Ling
Hafiz Yatim
Dis 8, 10
9:51am


Beberapa dokomen rahsia akan dinyah-rahsiakan dalam kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 hingga 20 Mei tahun depan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata proses berkenaan dijangka memakan masa.

“Kami akan bekalkan (kepada pembelaan) lebih 200 dokumen, sesetengahnya adalah rahsia dan memerlukan masa untuk dinyah-rahsiakan,” katanya kepada hakim Datuk Ahmadi Asmadi.

Seramai 16 saksi akan dipanggil memberi keterangan.

Hakim menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ling bagi memberinya peluang meneliti segala dokumen.

NONEPerkara itu dibawa ke hadapan Ahmadi hari ini oleh Gani Patail, dan pasukannya yang terdiri daripada ketua pendakwa, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan seorang lagi ketua unit yang bertanggunggjawab terhadap pembanterasan wang haram, Dzulkifli Ahmad.

Hakim Ahmadi menetapkan 3 hingga 20 Mei tahun depan itu selepas kes berkenaan yang dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Putrajaya disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Abdul Gani memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan dokumen berkaitan bulan depan dan terdapat lebih 200 dokumen yang terlibat.

Dalam prosiding yang bermula pada 9 pagi tadi, Ling mengekalkan pengakuan idak bersalah terhadap pertuduhan itu dan mahkamah membenarkan jumlah ikat amin yang sama terhadapnya.

Pada 29 Julai lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya membenarkan beliau diikat amin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Bekas presiden MCA berusia 67 tahun itu menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Terma-terma dalam perjanjian termasuk:

* saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;

* harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000;

* tempoh pembayaran balik berdasarkan "pembayaran tertangguh" 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).

NONELing dituduh menipu kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.

Dengan itu, beliau mendorong kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

Menurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau (Ling) yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.

Beliau juga menghadapi pertuduhan pilihan menipu kerajaan dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek yang sama di tempat dan masa yang sama.

Mengikut pertuduhan pilihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 Sept dan 6 Nov, 2002 di Level 4, Pejabat Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, Ling boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya


Hakim syarie wanita akan dibenar adili kes nikah cerai
Dis 8, 10 3:03pm


Kerajaan sedang meneliti peraturan pelantikan Hakim Mahkamah Syariah wanita bagi membolehkan mereka mengadili kes berhubung perkahwinan dan perceraian, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bagaimanapun usaha itu memerlukan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) kerana mereka mempunyai peraturan lantikan dan kekangan masing-masing berhubung perkara itu.

Beliau berkata proses untuk hakim syarie wanita menghakimi kes tertentu sudah termaktub dalam enakmen negeri dan peraturan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

"Apa pun usaha ke arah memberi ruang lebih luas termasuk dalam lingkungan dibenarkan syariah dan mengikut pandangan ulama sedang diusahakan tetapi tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata.

"Kita perlukan sokongan dan kebenaran MAIN dan JAIN untuk memastikan hakim syarie wanita diberi ruang yang lebih luas," katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) pada sesi soal jawab di Parlimen.

Isu itu turut dibangkitkan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang bertanyakan sebab dua hakim syarie wanita yang dilantik pada Julai lalu, Suraya Ramli, 31, dan Rafidah Abdul Razak, 39, tidak dibenarkan menghakimi kes berhubung perkahwinan dan perceraian.

Jamil Khir berkata, kerajaan amat prihatin terhadap kaum wanita dan pelantikan dua hakim berkenaan dilakukan atas hasrat murni untuk melihat wanita berada di Mahkamah Syariah.

"Sebab itu bukan setakat hakim wanita sahaja, semalam pun dah beri anugerah Maal Hijrah kepada wanita, kedua-duanya pertama kali dalam sejarah. Namun kita memahami setiap negeri mempunyai peraturan pelantikan masing-masing dan kekangan yang termaktub dalam peraturan itu," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Siti Mariah mengenai jumlah Hakim Mahkamah Syariah di seluruh negara, Jamil Khir berkata daripada 160 jawatan yang ada, hanya 119 telah diisi manakala 41 yang lain masih kosong.

Beliau berkata, kekosongan itu berpunca kerana hakim adalah penjawat awam dan tertakluk kepada proses kenaikan pangkat dan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam serta kelayakan lain yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, sebelum boleh menjadi Hakim Mahkamah Syariah.

"Pegawai Syariah yang bergred LS41 yang belum memenuhi syarat kenaikan pangkat, tidak lagi layak untuk dinaikkan pangkat ke gred LS44 iaitu gred minimum perjawatan Hakim Mahkamah Syariah," katanya.

Bernama


Kertas Kabinet - cuti bersalin swasta dibentang Jan
Dis 8, 10 3:49pm


Cadangan cuti bersalin selama 90 hari mengikut pilihan bagi pekerja sektor swasta akan dibawa ke Kabinet pada Januari depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONEBeliau berkata, kertas Kabinet mengenainya akan dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri bagi membolehkan Kementerian Sumber Manusia meminda Akta Pekerjaan 1955 dalam usaha memberi jumlah cuti bersalin yang sama kepada pekerja swasta, seperti yang ditetapkan bagi pekerja sektor awam.

"Kita sedang menyediakan kertas Kabinet dan selepas dua minggu dalam bulan Januari ini ia akan dibentangkan. Jadi selepas itu mereka (Kementerian Sumber Manusia) kena bawa ke Parlimen," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Wanita 2010 oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat berkata, kementeriannya juga akan membawa satu lagi kertas Kabinet berkenaan isu meningkatkan penyertaan wanita dalam lembaga pengarah syarikat.

"Saya amat tidak puas hati bila tengok wanita yang diberi tempat dalam board (lembaga) termasuk GLC (syarikat berkaitan kerajaan). Kenapa tidak (diberi tempat), walhal wanita ramai sekali yang mempunyai kebolehan," katanya.

NONEBeliau berkata, perincian kertas kabinet itu juga akan memasukkan pelan strategi dalam masa beberapa tahun mengenai jumlah peratus wanita yang mesti berada di dalam barisan anggota lembaga pengarah syarikat di bursa saham.

"Kita akan mengambil kira situasi pasaran dan strategi dalam perkara ini. Contohnya, dalam masa lima tahun di mana wanita akan berada dalam tempoh berkenaan.

"Bukan (permintaan secara) mendadak, sebab tak boleh buat macam itu kerana ia akan menjejaskan pasaran dan lain-lain. (Cadangan ini) supaya semua pihak boleh membuat persiapan," katanya.

Shahrizat berkata, selepas 10 tahun kementerian itu diwujudkan, agenda wanita semakin dipandang serius di mana ia sudah menjadi satu agenda kritikal di dalam kerajaan, politik, ekonomi dan semua aspek pembangunan negara.

Tiada ulasan: