Khamis, 2 Disember 2010

HALAU...BIAR YANG TINGGAL YANG SATU FIKRAH...MEMANG BOLEH DIHALAU..NANTI PUN KITA AKAN HALAU KE ALAM BARZAH...JUGA NERAKA JIKA DERHAKA KEPADA ALLAH

KL2020: Penduduk Kg Baru bertambah sekali ganda
Salhan K Ahmad
Dis 1, 10
4:53pm
Pembangunan Kampung Baru tidak akan meminggirkan penduduk sedia ada di kawasan tersebut, malah memberi peluang kepada lebih ramai lagi untuk menetap di kawasan berkenaan, menurut perunding bagi Pelan Bandar Raya KL 2020.

Pengarah urusan AJM Planning and Urban Design Group Sdn Bhd (APUDG) Norliza Hashim berkata keadaan itu akan dapat dicapai melalui status Pusat Komersil Bandaraya (CCC) bagi pembangunan kawasan tradisional Melayu itu.

Populasi sasaran bagi kawasan itu kini ditingkatkan sehingga 39,000 orang melalui status pembangunan tersebut, berbanding kira-kira 16,000 orang sedia ada menurut jangkaan syarikat berkenaan.

NONENorliza menjelaskan, status CCC memperuntukkan nisbah plot antara 1:8 hingga 1:10 yang membolehkan pemaju membina perumahan di kawasan tersebut.

"Kalau kita buat status komersil (C), pemaju tidak boleh buat perumahan. Kalau kita buat status kegunaan bercampur (MX), perumahan hanya ditetapkan sebanyak 30 peratus sahaja.

"Jadi boleh dibangunkan perumahan dan komersil dalam kawasan CCC. Tapi perumahan itu mestilah mengikut syarat, mestilah sesuai, berkualiti tinggi dan mesti ada kemudahannya," kata Norliza lagi.

Jelasnya, kawasan yang ditetapkan bagi pembangunan CCC merupakan kawasan yang fleksibel dan memberi status dan potensi nilai komersil yang paling tinggi.

"Maknanya fleksibel dari segi apa yang boleh dibangunkan di kawasan tersebut," katanya lagi ketika ditemui di sesi taklimat Hari Terbuka DPBRKL 2020 di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Pelan komprehensif dalam kajian

Jelasnya, pembangunan Kampung Baru diletakkan dalam satu pelan komprehensif yang kini masih di peringkat kajian.

"Apa yang saya faham setakat ini belum ada pelan komprehensif lagi, perlu ada banyak lagi proses rundingan.

NONE"Mengikut yang dijanjikan memang kita kena sediakan pelan terperinci untuk Kampung Baru. Memang dalam penyediaan tapi belum ada lagi. Sekarang di pihak kementerian juga masih membuat kajian sosial tetapi proses itu sudah bermula," tambahnya.

Katanya, dalam rancangan kecil itu, AJM telah menyarankan supaya aktiviti yang sinonim dengan Kampung Baru itu dikekalkan.

"Contohnya peniaga dan produk Melayu di situ, kita hendak buat satu tempat khas supaya mereka boleh berniaga dan boleh menjadi pusat tumpuan.

"Salah satunya mungkin KBMC (Pusat Perubatan Kampung Baru). Saya rasa ia harus juga kekal di situ kerana sebab namanya juga KBMC. Tetapi mungkin bukan di tempat yang sama, kalau boleh kita hendak dia lebih besar dengan penukaran tapak untuk pembangunan.

"Itu maksud kita dengan pembangunan komprehensif, bukannya buang semua (pembangunan sedia ada), kemudian baru buat pembangunan baru," katanya lagi




GMP mahu Wan Azizah, Azmin diusir

IPOH 30 Nov. - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali wajar diusir keluar daripada negara ini jika tidak dapat menerima konsep ketuanan Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan kedua-dua pemimpin PKR itu jelas menunjukkan mereka buta sejarah dan tidak memahami makna sebenar konsep yang dimaksudkan.

"Jika mengisytiharkan 'perang' kepada ketuanan Melayu, secara tidak langsung, mereka tidak menerima Perlembagaan Negara yang mengiktiraf kedudukan sebenar orang Melayu dan raja-raja Melayu di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi mengulas tindakan Dr. Wan Azizah dan Azmin yang mengumumkan 'perang' terhadap ketuanan Melayu ketika kongres parti itu berlangsung baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Mohd. Hilmi berharap, masyarakat Melayu di negara ini menginsafi nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu orang Melayu sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

Semalam, baginda melahirkan rasa dukacitanya dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan peranan institusi raja dalam sistem pemerintahan negara.

"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' dihapuskan," titah baginda.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Hilmi, orang Melayu perlu sedar negara ini adalah satu-satunya tanah air untuk generasi mereka.

"Orang Melayu harus insaf dan mendengar nasihat tuanku kerana tanah Melayu adalah tanah tumpah darah dan tempat kita dikuburkan.

"Orang Melayu tiada tanah lain melainkan tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia," katanya.

Sementara itu di Shah Alam, Gerakan Belia 4B negeri membuat laporan polis terhadap Presiden PKR tersebut yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kepada ketidakstabilan kaum di negara ini.

Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Zaini Mohd. Taha berkata, kenyataan Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR di Petaling Jaya dekat sini 27 November lalu telah mencetuskan rasa tidak puas hati serta kemarahan di kalangan orang Melayu termasuklah ahli gerakan belia itu sendiri.

Dakwanya, kenyataan Presiden PKR itu jelas satu cubaan menafikan hak serta kedudukan kaum Melayu termasuk raja-raja Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Gerakan Belia 4B Selangor melihat kenyataan Dr. Wan Azizah itu bersifat politik untuk menarik sokongan terhadap PKR. Bagi kita, ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

"Sehubungan itu kita buat laporan agar pihak polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Wan Azizah mengenai perkara tersebut dan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis sambil ditemani kira-kira 10 orang ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B negeri di sini.

Mohd. Zaini serta penyokongnya turut membawa sepanduk dengan ungkapan mengkritik serta memberi amaran kepada Presiden PKR itu seperti 'Wan Azizah, Jangan Main Api', 'Jangan Hina Kaum Kami' dan 'Gerakan Belia 4B Daulat Ketuanan Melayu'.

Tambah Mohd. Zaini, pihaknya menyokong agar Wan Azizah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan laporan polis itu merupakan fasa pertama pihaknya bagi membantah dasar PKR yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu.

Katanya, pihaknya merancang mengadakan perhimpunan di pejabat Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Sukan, Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 9 pagi esok dan membakar gambar Dr. Wan Azizah sebagai tanda protes terhadap dasar PKR yang disifatkannya tidak bertanggungjawab



Raja-raja Melayu perlu bertegas - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja dan keistimewaan Melayu dan tidak perlu lagi berlembut dengan pengkhianat bangsa.

Demikian permintaan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang tidak ingin lagi melihat trend mempersoalkan keistimewaan orang Melayu berterusan kerana jelas membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Tegas mereka, kerajaan wajib menangani dan membendungnya termasuk menggunakan peruntukan undang-undang bagi mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sebenarnya dalam soal ini, raja-raja sendiri perlu bertegas kerana kuasa kepentingan Melayu terletak di tangan mereka.

"Jadi semuanya hanya tinggal di atas kertas sahaja. Kerajaan sebenarnya boleh gunakan beberapa akta seperti Akta Hasutan tetapi yang menjadi masalahnya kerajaan tidak bertindak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rasa dukacita Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap segelintir pihak, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jamaluddin Yusof menggesa kerajaan agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Orang Inggeris sendiri mengiktiraf ketuanan Melayu semasa menggubal Perlembagaan. Jadi kenapa tiba-tiba PKR hendak membuangnya?

"Sepatutnya jika tidak berpuas hati, keluarlah dari negara ini tetapi jangan lupa nama Melayu yang dipakai itu perlu juga dibuang sekali," katanya.

Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom berikrar akan mempertahankan maruah bangsa dan raja-raja Melayu hingga ke titisan darah terakhir.

"Sebagai penderhaka, pemimpin PKR dan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan perlu keluar dari negara ini.

"Kami haramkan Anwar dan mereka yang lain kembali ke tanah air walaupun selepas mati," katanya.

Dalam pada itu, Dewan Perhimpunan Melayu Kedah menyeru seluruh ahli PKR berketurunan Melayu supaya menginsafi implikasi yang bakal diterima daripada matlamat itu.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Khalid Abdullah berkata, matlamat itu akan memusnahkan semua perjuangan mencapai kemerdekaan yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa sebelum ini.

"Kerajaan juga harus sedar dan memperincikan segala kekurangan mereka supaya tidak hidup atas sanjungan dan pujian hingga melalaikan tanggungjawab mereka.

"Keadaan sebelum merdeka, rakyat mencari pemimpin tetapi sekarang pemimpin mencari rakyat," katanya.

Tiada ulasan: