Khamis, 2 Disember 2010

DARI FACEBOOK...TAK TAHU KESAHIHANNYA@BENARNYA....FITNAH ATAU SEBALIKNYA



Bumiputera Berjaya's Photos - Wall Photos


KESAN daripada kecanggihan teknologi komunikasi, kini sesuatu berita dapat disebar ke seluruh dunia pada saat yang singkat, pantas dan bersamaan.
Impaknya dalam sekelip mata, seorang sahabat akan berubah menjadi musuh manakala pemerintah akan kehilangan kewibawaannya justeru berita itu datang dengan cepat sehingga kita tidak sempat untuk melaksanakan perintah Allah sepertimana maksud ayat al-Quran, surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidiki dahulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesal apa yang kamu telah lakukan.”
Justeru, berita bohong dan fitnah jijik dari BARUA-BARUA Umno bertaraf pecacai pariah haprak Pas Beruk a.k.a Shamsu Azra dan Azmy Awang KelanaJaya yang disiarkan dalam Facebook bahawa ADUN Selising YB Ustaz Saipul Bahrin Mohamad telah ditangkap berzina dengan isteri orang didalam keretapi adalah merupakan sebahagian atau agenda siri-siri fitnah ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang dilakukan oleh manusia-manusia fasik dan tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menimbulkan suasana ketidakpercayaan terhadapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Pengajaran dari firman Allah, tadi jelas ia membawa maksud suatu larangan yang sekeras-kerasnya sikap mudah percaya dengan berita yang dibawa oleh seorang yang fasik. Semua desas-desus ataupun laporan, terutama yang datang daripada orang-orang yang anda tidak mengenalinya semua perlu diuji kebenarannya, dan kebenarannya itu dibuktikan lebih-lebih lagi dari mereka yang memang amat terkenal sebagai penjaja dan pereka fitnah. Kalaulah kisah-kisah itu terus dipercayai dan diceritakan seterusnya kepada orang lain pula maka kesannya banyaklah kemudaratan yang mungkin berlaku yang menyebabkan kita menyesali akibatnya. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa jangan kita sampai tergesa-gesa menjatuhkan keputusan yang buruk atas sesuatu perkara sehingga orang yang diberitakan itu telah mendapat hukuman, padahal setelah itu ternyata bahawa berita itu tidak benar dan bohong.
Justeru dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: ”Menyelidiki dengan tenang adalah daripada Allah dan tergopoh-gapah adalah daripada syaitan”.
Masyarakat yang beriman dan berakhlak ialah masyarakat yang tidak mudah menerima dan mempercayai sesuatu berita itu dengan terburu-buru melainkan diselidiki dulu dengan saksama sekali ianya benar atau tidak. Jika kita tidak ingin tergolong orang-orang yang dikutuk Allah kerana penyebaran fitnah maka berwaspadalah terhadap gejala-gejala mencarut, memaki hamun, memfitnah, berbohong, mencaci, mengutuk, membuat hukuman sendiri, menggalakkan keganasan, menghasut perbuatan jahat, menyebarkan khabar angin yang kini bermaharajalela di dalam Internet terutamanya laman sosial Facebook dan amat cepat dan sukar untuk kita menepis dan melaksanakan perintah Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6.......

TIDAK HAIRANLAH BILA DATUK SERI NAZRI AZIZ SENDIRI MENYAMAKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SEBAGAI MAKHLUK YANG MEMILIKI OTAK YANG DISELAPUTI PENUH DENGAN TAIK LEMBU.....JUAK-JUAK UMNO PERINGKAT BAWAHAN SUDAH PASTI JAUH LEBIH TERUK......CONTOH TERBAIK POSTING MENGENAI FOTO DIATAS....LANGSUNG TIADA BATASAN DALAM MEMFITNAH SEMATA-MATA POLITIK KOTOR MELOYAKAN ANUTAN UMNO... TIADA LANGSUNG KENAL ERTI DOSA...LEBIH TERUK DARI FALSAFAH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...BILA MEMFITNAH KEATAS YB LIM GUAN ENG MENGENAI ISU SEMBELIHAN KORBAN TIADA SEBARANG TINDAKAN PIHAK BERWAJIB MAKA DIRASAKAN DIRI MEREKA SEBAGAI KEBAL DARI SEBARANG TINDAKKAN UNDANG-UNDANG....JANGAN SESEKALI NAK MEMPERLEKEH DAN MEMPERLECEHKAN KEBIJAKSANAAN WARGA KITA.......
Added 4 minutes ago · ·

Tiada ulasan: