Khamis, 2 Disember 2010

SEMUA DALAM ILMU ALLAH...KITA HANYA MERANCANG....JANGAN SAMPAI KITA TAKBUR PADA ALLAH....MALAH MELAWAN ALLAH...NI SEMUA MENBINASA DIRI KITA SENDIRI

Isu TPM: Umno BN sakit teruk, tiada harapan pulih
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.

Demikian penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu berkenaan.

"Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia.

"Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut.

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik Umno.

Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.

Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?

‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?

Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!



Tabung Serambi Mekah terima RM4.9 juta
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 2 Dis: Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim atau Tabung Serambi Mekah hari ini berjaya mengumpul sejumlah RM4.9juta hasil sumbangan orang ramai, korporat, agensi kerajaan dan badan berkanun.

Majlis Perasmian Pelancaran Kutipan Derma Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mewakil Menteri Besar tersebut turut menyaksikan pelancaran penggunaan mesin mlektronik (gambar) bagi penyaluran sumbangan derma iaitu melalui kad kredit dan kad debit.

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud, Exco negeri dan wakil-wakil rakyat.

Ahmad ketika merasmikan majlis tersebut berkata, kewujudan Tabung Serambi Mekah di awal pemerintahan PAS dulu adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan yang telah berlainan dengan Persekutuan.

Menurut beliau, tujuan utama penubuhannya ialah untuk menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang memerlukan terutamanya mereka yang ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, banjir, berpenyakit kronik dan sebagainya.

“Ia juga ditubuhkan bagi diberi peluang kepada seluruh rakyat terutamnya yang berkemapuan untuk bersama-sama kerajaan membantu mereka yang memerlukan dan, Alhamdulillah sehingga kini tabung ini berjalan dengan baik hasil kutipan derma dari orang ramai dan syarikat,” ujar beliau.

Beliau juga berkata bagi tempoh kutipan derma tahun 2009 dan dibelanjakan pada tahun ini, keseluruhan jumlah penerimaan ialah RM3.353 juta dan telah disalurkan kepada pelbagai keperluan seperti mangsa banjir, kemudahan asas, kebakaran dan lain-lain berjumlah lebih kurang RM2.623juta.

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang merupakan anak jati Kelantan dan merupakan usahawan terkenal yang tidak jemu-jemu membantu Tabung Serambi Mekah dalam meneruskan bakti kepada rakyat negeri ini dan tahun ini pula beliau telah menyumbang sejumlah RM3 juta,” katanya lagi.

Orang ramai masih lagi boleh menyalurkan sumbangan derma melalui akaun yang telah diwujudkan iaitu melalui akaun Bank Islam bernombor 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal).

Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) Akta Acara Kewangan (1957) disemak (1972)



Jom sertai serah memo bantah naik harga air
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengajak rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan turun berarak bersama-sama Menteri Besar Selangor ke Istana Negara Ahad ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga air kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum dan petisyen 100,1000 rakyat Selangor membantah kenaikan air sebanyak 37 peratus akan diserahkan sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong dan perarakan ke istana negara akan bermula di Masjid Negaara pada jam 12 tengahari.

Dalam sidang media bersama beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata, tindakan itu sebagai kemuncak kepada segala usaha rundingan yang telah dilakukan Kerajaan Selangor dengan syarikat konsesi air dan Kerajaan Persekutuan.

"Kita anggap ini program berjalan-jalan bersama Menteri Besar dan ia merupakan program kerajaan Selangor setelah kita cuba buat apa yang sepatutnya.

"Kita dah berunding dengan syarikat-syarikat yang terlibat, sudah berunding dengan Kerajaan Pusat tapi disebabkan politik, semua usaha kita digagalkan. Jadi kita perlu zahirkan bantahan rakyat," kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Nada yang sama disuarakan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang berharap seluruh rakyat menyokong program berkenaan.

"Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor dan Wilayah menyeru kesemua pengguna air selangor dan Wilayah untuk turun beramai-ramai Ahad ini.

"Kita berhimpun di masjid untuk bersama Menteri Besar, exco dan wakil rakyat untuk bentang tandatangan orang ramai yang menyeru kerajaan pusat mengembalikan semula hak air kepda rakyat," katanya.

Dalam pada itu, (Charles Santiago-DAP Klang) yang menyentuh mengenai tabung Budi di bawah Syabas berkata, ianya amat mengelirukan rakyat.

"Apa yang Syabas buat, mereka pergi ke rumah-rumah, dan galakkan mereka serah wang sebanyak RM11.40 yang dikatakan akan diberikan kepada rumah yang tidak dapat air percuma.

"Tapi persoalannya wang itu dibayar oleh Kerajaan Selangor. Mereka kata ini dalam rangka Tanggung Sosial Korporat mereka. Tapi tindakan mereka ini mengelirukan rakyat.

"Bila MB suruh Syabas hentikan kegiatan itu, mereka kata tak akan berhenti. Sebenarnya itu perbuatan yang tak diiktiraf. Wang itu wang kerajaan negeri," katanya.

Program Ahad ini bagaimanapun dijangka akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pro-kerajaan Selangor yang juga mahu menghantar memorandum ke Istana Negara.

Peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan



Tangguh: Najib tidak jamin kekal Presiden Umno
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Alasan Datuk Seri Najib Razak bahawa pemilihan Umno ditangguhkan kerana mahu menumpukan kepada pemantapan parti dilihat sebagai pengakuan krisis Umno belum selesai.

Sambil tidak menolak ianya signal Pilihan Raya (PRU) 13 sudah hampir, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan Presiden Umno itu juga menggambarkan ketakutan untuk berdepan perpecahan teruk jika berlaku pemilihan.

"Ini menunjukkan Umno masih alami krisis kepimpinan dalaman.

"Najib merasakan dia sendiri tidak ada jaminan akan kekal Presiden Umno," kata Mahfuz kepada Harakahdaily hari ini.

Ditanya apa asas dakwaan itu, beliau berkata Najib sekarang merasakan wujudnya ancaman dari timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin katanya dilihat 'lebih Melayu' lebih-lebih lagi beliau turut menyokong perjuang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berbanding Najib.

Pendirian dan imej timbalan presiden Umno itu juga jelasnya dilihat lebih 'serasi' oleh ahli Umno untuk mengetuai parti itu.

Lebih besar katanya, Najib juga sedar tentang wujudnya kumpulan yang mahu veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kembali ke persada politik Umno.

Ianya berlaku selepas ahli parlimen Gua Musang itu berjaya membawa kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, November lalu.

Biarpun meletakkan asas tersebut, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan berlakunya PRU 13 tahun hadapan.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat tegasnya perlu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan pilihan raya.

"Semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu buat persiapan menghadapi PRU.

"Saya kira ini juga petanda jelas PRU 13 sangat hampir," katanya.

Najib semalam memberitahu pemilihan Umno bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang dijadualkan diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan.

Katanya, keputusan bersama itu dibuat bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan Model Politik Baru iaitu bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.



PAS yakin tawan semula Terengganu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS meletakkan harapan merampas semula Terengganu dari tangan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memetik laporan The Malaysian Insider, keyakinan itu disandarkan kepada pentadbiran negeri yang tidak memberangsangkan di bawah Menteri Besar sekarang sejak gagasan itu menguasai semula Terengganu pada 2004.

"Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja," kata Hadi seperti yang dilaporkan portal terbabit.

Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan "majoriti kecil" sambil mengatakan majoriti dua pertiga "tidak diperlukan" untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

"Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup," tambah Hadi lagi.

Malah tambah Hadi, kebanyakan undang-undang yang diwartakan oleh PAS sebelum 2004 juga masih digunakapakai di bawah pentadbiran BN, seraya menjelaskan bahawa PAS lah yang lebih banyak membawa perubahan di Terengganu berbanding Umno dan BN.

"Di bawah pentadbiran PAS lebih 60,000 permohonan tanah telah diluluskan di Terengganu, Umno hanya berminat untuk menang dan masih banyak undang-undang yang diperkenalkan AS masih lagi kekal hingga hari ini," tambah Hadi lagi.

Bahkan ujar Hadi, sambutan yang diterima oleh rakyat Terengganu juga begitu menggalakkan apabila pegawai-pegawai PAS dan dirinya sendiri melawat kawasan-kawasan undi di Terengganu.

"Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan. Memang ada kekuatan dan ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi kita bersedia di peringkat pentadbiran pilihan raya yang dipengerusikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya PAS pusat.

"Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita juga mengadakan seminar-seminar kepada petugas pilihan raya, yang ini dalam peringkat negeri-negeri. Itu persediaan awal yang kita buat," katanya.

PAS merampas Terengganu pada 1999 yang selama ini di bawah pentadbiran BN. Kerajaan pimpinan PAS itu tidak bertahan apabila tewas semula kepada BN pada 2004.

Selain Terengganu, Hadi juga berkata PAS turut akan memenangi lebih banyak kerusi di Johor yang menjadi kubu kuat Umno.

"Ini boleh dilakukan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuk jadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno dan ini boleh berlaku.

"Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi.

"Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan manakala Sabah dan Sarawak akan kita bincang dalam Pakatan Rakyat," kata beliau



Buang masa polis kawal sidang Dun Perak
Harakahdaily

IPOH, 2 Dis: Drs Khalil Idham Lim menyifatkan tindakan pihak berkenaan yang mengerahkan polis untuk mengawal persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak sebagai membuang masa.

Justeru, kata Adun Titi Serong itu, anggota polis yang mengawal persidangan Dun hari ini semakin berkurangan.

Bagaimanapun, ujarnya anggota yang mengawal di pintu masuk dewan sekitar 10 orang.

“Saya katakan pada mereka supaya balik ke pejabat,” tulis Khalil di dalam blognya.

Tegasnya, adalah membuang masa sahaja polis dikerah ke persidangan dewan sejak BN merampas kuasa.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri menambah, kali ini terbukti sejak persidangan Dun hari pertama pada 30 November lalu sehingga hari ketiga pada hari ini menunjukkan bahawa anggota polis tidak diperlukan

Tiada ulasan: