Jumaat, 2 November 2012

BANJIR OH BANJIR

TG Nik Aziz ajar solat di mana sahaja

Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, 02 Nov 2012

(TG Nik Aziz solat bersama exco dan isterinya di Istana Negeri Kelantan.)


KOTA BHARU: Solat boleh dibuat di mana sahaja. Di dalam belukar, di tepi sungai mahupun di dalam istana.

Inilah yang diajar secara praktikal oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada rakyatnya.

Hatta tanpa memiliki kain sembahyang yang lengkap (baju puteh), beliau mengajar umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat.

Semalam sewaktu majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu.

Turut menunaikan solat Zohor, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sebelum ini, beliau dilihat menunaikan solat di tepi belukar dan di tepi sungai.
JAIS tahan bekas pengikut Al-Arqam, pemimpin PKR
11:10AM Nov 2 2012  
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron didakwa ditahan dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu acara dianjurkan bekas pengikut Al-Arqam di Rawang.

Akhbar Utusan Malaysia mendakwa, Badrulamin merupakan tetamu khas bagi majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas pergerakan itu, Ashaari Muhammad itu.

NONELaporan itu menyebut, beliau merupakan antara beberapa individu yang ditahan dalam serbuan ke atas majlis konsert bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib" itu.

Sumber yang dipetik dalam laporan itu berkata, konsert berkenaan didapati "membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam" dan melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Dalam operasi ke atas majlis yang dihadiri kira-kira 3,500 orang malam tadi, JAIS turut merampas kain rentang dengan tulisan yang didakwa "cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam", lapor Utusan.

Golongan pengikut Al-Arqam membangunkan entiti korporat kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd bagi mempertahankan empayar perniagaan Ashaari, selepas pergerakan itu diharamkan pada 1994.

Syarikat tersebut diasaskan pada 2009 selepas pihak berkuasa mengenakan tekanan ke atas Rufaqa Corporation Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh kumpulan sama pada 2006.

Ashaari meninggal dunia pada 13 Mei 2010.
Guan Eng bentang belanjawan basmi kemiskinan
  • Susan Loone
  • 12:22PM Nov 2 2012
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kemiskinan di negeri itu akan dihapuskan menjelang tahun depan – lebih awal daripada sasaran 2015 sebelum ini.
Bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan meningkatkan pendapatan isi rumah daripada RM650 kepada RM770 sebulan, katanya.

NONEKatanya, jumlah itu melebihi paras garis kemiskinan RM763 setiap bulan.

Melalui kaedah itu, kerajaan negeri akan menambah pendapatan setiap isi rumah supaya mencapai had RM770 sebulan, katanya ketika membentangkang belanjawan kerajaan negeri 2013 di Dewan Undangan Negeri.

"Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama yang membasmi kemiskinan menjelang tahun depan," katanya.
GERAKAN: AES 'banyak kecacatan', perlu kaji semula
11:56AM Nov 2 2012  
Parti GERAKAN menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menjalankan kajian lanjut memandangkan banyak aduan diterima daripada masyarakat.
Seorang pengerusi biro parti itu, Cheah Soon Hai berkata, sistem yang mengalami "banyak kecacatan" itu tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa walaupun sistem berkenaan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Tambahnya, keputusan kerajaan untuk terus melaksanakan sistem berkenaan merupakan langkah "tidak popular" dan menyebabkan begitu banyak aduan daripada orang ramai.

Malah, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat juga memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem berkenaan.

“GERAKAN sendiri menerima begitu banyak aduan daripada orang ramai apabila mereka dikenakan saman

“Saya gesa menteri pengangkutan supaya menjalankan penilaian semuka ke atas AIS kerana ada banyak kecacatan dikesan di dalam sistem itu.

"Walaupun ia berniat baik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, ia tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa," katanya dalam satu kenyataan.
Hindraf dan Anwar akhirnya bertemu
  • Koh Jun Lin
  • 8:17AM Nov 2 2012
 
Buat pertama kali sejak penubuhannya, Hindraf telah secara rasmi bertemu dengan pemimpin utama PKR, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India.

NONEDelegasi Hindraf diketuai oleh pengerusi pergerakan itu, P
Waythamoorthy (kanan), yang dilihat mempunyai hubungan yang lebih selesa dengan Pakatan Rakyat, berbanding dengan abangnya, Uthayakumar.

Uthayakumar merupakan pemimpin de facto gerakan itu semasa ketiadaan Waythamoorthy yang tinggal dalam buangan sejak sejak Disember 2007 dan kembali ke tanahair pada 1 Ogos.

Uthayakumar juga telah menubuhkan Parti Hak Asasi Manusia, yang mahu bertanding di kerusi yang kini diwakili Pakatan.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Waythamoorthy berkata pertemuan itu berlangsung hampir dua jam dan turut melibatkan antara lain, Naib Presiden Tian Chua dan bekas naib presiden R Sivarasa.

NONEWaythamoorthy berkata walaupun belum ada sebarang persetujuan
dicapai "lagi", tetapi menegaskan bahawa perbincangan tersebut "berhasil".

"Terdapat keinginan jelas bahawa PKR ingin bekerja dengan Hindraf," tambah penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganesan (atas), yang turut menghadiri pertemuan tersebut.
 
Tangguh AES demi strategi PRU13'
NORSHAHZURA MAT ZUKI
2 November 2012
AES
Sistem AES
SHAH ALAM – Kerajaan perlu menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) demi kepentingan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan perlu berbuat demikian kerana AES dijadikan modal politik bukan sahaja pembangkang, tetapi sesetengah kelompok dalam Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, BN perlu memberikan persepsi penangguhan bukan kerana mahu memancing undi, tetapi kajian perlu dilakukan untuk menjawab kritikan terhadap AES.

“Tidak rugi BN menangguhkan AES, malah ia memberikan manfaat kerana mendengar kritikan rakyat walaupun ada kalanya kritikan tidak masuk akal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Bung Mohtar Radin berkata, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan menggunakan isu pelaksanaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Katanya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES bagi memberikan keyakinan kepada rakyat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, dalam soal menjaga keselamatan, rakyat perlu dididik bukannya penguatkuasaan undang- undang dengan mengenakan denda kerana ia menyusahkan rakyat.

”Memberikan denda kepada rakyat adalah mudah tetapi tidak mengatasi masalah iaitu sikap rakyat. Ia juga tidak membantu mencapai matlamat mengurangkan kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, cadangan Pemuda Umno menangguhkan AES juga menunjukkan pandangan berbeza di kalangan pemimpin Umno.

“Ada puak cuba melemahkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia adalah gejala tidak baik menjelang PRU13,” katanya.

Bencana bah kali kedua

Oleh Hamid Karim
am@hmetro.com.my

TINJAU...Ezam meninjau jalan utama di Kampung SC yang ditenggelami air, semalam.
TINJAU...Ezam meninjau jalan utama di Kampung SC yang ditenggelami air, semalam.
KLANG: Belum pun pulih sepenuhnya dengan kejadian banjir kilat dua minggu lalu, lebih 200 keluarga di Kampung Baru Satu, Kampung SC, Kampung Sri Nadi dan Kampung Johan Setia, di sini, diuji lagi apabila kejadian serupa berulang petang kelmarin mengakibatkan rumah mereka dinaiki air hampir satu meter berikutan hujan lebat tanpa henti lebih enam jam.
Bencana kali kedua yang membabitkan kawasan sama diburukkan lagi apabila air laut pasang memasuki Sungai Klang mengakibatkan air di kebanyakan parit dan longkang utama di kampung berkenaan melimpah dan memasuki rumah penduduk.

Sehingga awal pagi semalam, air masih memasuki kediaman terutama rumah di kawasan rendah dan menyebabkan beberapa jalan di kampung itu tenggelam serta tidak boleh dilalui kenderaan.
Mangsa di Kampung SC, Abdul Rahman Derasim, 62, berkata, banyak peralatan elektrik dan perabot di rumahnya rosak selepas gagal diselamatkan.

“Bukan saja barang rosak, ular pun masuk rumah hingga kami sekeluarga ketakutan. “Ini bukan kali pertama banjir kilat berlaku dan saya percaya banyak yang perlu dilakukan bagi memastikan bencana ini tidak berulang pada masa depan. Kami sudah banyak kali kerugian kerana kejadian sebegini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Abdul Rahman berkata, air naik dengan cepat hingga dia bersama isteri dan anak-anaknya tidak sempat menyelamatkan barangan.
“Lebih penting kami selamatkan diri dulu. Akibat kejadian ini, kami semua terpaksa menumpang di rumah saudara yang berhampiran,” katanya. Harian Metro pada 20 Oktober lalu melaporkan kejadian banjir kilat di kampung berkenaan yang menyebabkan rumah penduduk dinaiki air sedalam hampir satu meter berikutan hujan lebat tanpa henti lebih lima jam. Banjir kilat itu antara yang terburuk dalam tempoh dua tahun dan didakwa penduduk berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat akibat tidak diselenggara dengan betul. Ia diburukkan lagi apabila sebahagian besar rumah berada di kawasan rendah.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor yang meninjau kawasan itu jam 1 pagi semalam, berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib semua yang terbabit dan memberi jaminan mendapatkan bantuan bagi meringankan bebanan mereka.
Katanya, sebagai tindakan segera menangani banjir kilat itu, pihaknya meminta bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan beberapa mesin pengepam berkapasiti tinggi untuk mengepam air keluar daripada kawasan yang terjejas teruk.

“Tumpuan utama kami adalah untuk memastikan semua jalan yang tenggelam dapat digunakan semula kerana tidak mahu penduduk terkepung lebih 24 jam,” katanya.
Kakitangan awam mahu elaun rumah dikaji semula
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
2 November 2012
KUALA LUMPUR – Kakitangan awam berharap kerajaan akan mengkaji semula elaun perumahan yang dirasakan tidak lagi relevan buat masa ini, lebih-lebih lagi kadar sewa rumah semakin meningkat.

Ia ditambah pula dengan beban kos sara hidup yang semakin tinggi, apatah lagi gaji yang diperoleh hanya cukup-cukup makan dan adakalanya tidak mampu menampung keperluan harian.

“Sebenarnya untuk memuaskan hati semua orang memanglah susah.

“Tetapi saya rasa kenaikan gaji penting (selain itu), elaun-elaun sampingan,” kata seorang kakitangan awam, Mohd Husni Jamal kepada Sinar Harian Online dalam satu tinjauan semalam.

Husni menambah, “kalau kita lihat elaun perumahan, kalau kita ambil contoh di Kuala Lumpur ini, yang diberi itu Cola sahaja tetapi rumah di Kuala Lumpur mesti RM500 hingga RM600.”

“Jadi kerajaan kita tengok baliklah,"katanya.

Seorang lagi kakitangan awam, Ahmad Helmi Abas pulaberkata, elaun masih di takuk sama walhal harga barangan keperluan meningkat naik, menjadikan pekerja sektor awam sering mengalami kesempitan wang apatah lagi bagi yang menetap di ibu kota.

“Kalau kita lihat kos kehidupan sekarang ini, tambah-tambah lagi di Kuala Lumpur amat-amat tinggi.

“Kalau kita ambil gaji paling rendah RM2,000, dia akan membuatkan kita rasa tersiksa dengan kenaikan harga bahan mentah dan sebagainya,” katanya lagi.

Perkara sama disokong seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), Suhaini Salleh yang memberitahubahawa sudah lama elaun perumahan dan khidmat awam tidak dikaji semula oleh kerajaan.

“Sudah lama tidak dikaji, kalau tak silap tahun 2002,” kata beliau lagi.

“Elaun perumahan, elaun khidmat awam perlu dikaji semula saya rasa, selain gaji. Kalau kita lihat kepada keadaan sekarang ini di samping, kajian mengenai elaun itu sudah lama tidak dinaikkan, cuma gaji sahaja (diselaraskan), jadi kita minta kerajaan lihat di situlah,"ujar beliau.

Bagi rakan sepejabatnya, Kamaruddin Sa'ud, pelarasan gaji setiap lima tahun bakal memberi kelegaan kepada penjawat awam dari pelbagai gred.

“Banyak tuntutan yang telah kita buat, saya bukan bercakap mewakili Cuepacs, saya sebagai ahli Cuepacs dan kakitangan awam, banyak permintaan yang sudah diperjuangkan dulu untuk menyelaras dan menaiktaraf pendapatan kakitangan awam ini, jadi apa salahnya untuk kita lihat setiap lima tahun sekali gaji kakitangan awam ini,"katanya.

Kakitangan agensi separa kerajaan, Shazwani Sudarji pula berkata, berdasarkan pemerhatiannya, apa yang menjadi keutamaan kepada penjawat awam,selain gaji ialah elaun-elaun yang menjadi keistimewaan kepada mereka sebagai kakitangan kerajaan.

“Kalau kenaikan gaji saya rasa OK, seronok. Mungkin elaun perlu dinaikkan juga, tak pun, elaun rumah dinaikkan kan ke… macam itulah,"ujar beliau.

Manakala bagi Mohd Hakimi Mohd Johor, selain memberikan elaun, pelbagai insentif lain seperti bantuan persekolahan kepada anak-anak mampu meningkatkan motivasi pekerja sektor awam ini untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Tidak semestinya dengan wang… ya… memang betul kita perlukan wang tetapi seperti memberikan mereka lebih kepada sumbangan-sumbangan anak-anak sekolah. Ia boleh memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan gigih,"katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga menerima pelbagai pandangan berdasarkan laporan kelmarin, yang mana kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun.

Kajian itu hanya melibatkan kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum.

Zulkarnain Othman, kerani di Kementerian Pertahanan Malaysia berkata "dapat elaun rumah rendah RM180 sebulan. Rumah sewa sekarang RM500 sebulan, Harga minyak naik buat kerja luar guna kereta sendiri... untuk jabatan tak ikut nilai harga nilai minyak semasa. Semua itu harus diambil kira.”

Kenyataan itu disokong Abe Epin Upin yang berkata “sokong sesangat… elaun rumah dikaji semua bersama dengan elaun cola diselaraskan… tak perlu bezakan luar bandar dan dalam Bandar, kerja sama juga kena buat.”

Wan Musa pula berkata, "alhamdulillah… berkat doa dari penjawat-penjawat awam yang sentisa minta dari ALLAH SWT agar dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki...cuma satu lontaran yang saya ingin lontarkan kepada pihak penguasa dan pelaksana...kesetimpalan kenaikan gaji ni akan memberi manfaat sekiranya harga barang-barang yang wujud ini tidak dinaikkan… kos-kos pengangkutan...kos perkhidmatan dan sebagainya… sekiranya ini juga dinaikkan, maka gaji naiklah beberapa kali pun...kalau kos-kos disebutkan diatas...juga dinaikkan...saya rasa...tak akan menjadi...kita akan berada ditakuk yang sama."

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Pulau Pinang, Mohd Hazli Ahmad pula berkata, "betul tu!saya setuju!Asal naik gaji je,barang-barang keperluan pun turut naik, jadi tak ada makna la gaji naik sekali pun... kalau gaji naik,barang keperluan tak naik baru rasa kenaikan gaji tu... kalau tak, tak rasa apa la gaji naik pun.”

Pendapat itu terus disokong Pojie Seman yang berkata, “memang patut… dengan kos sara hidup sekarang yang semakin meningkat gaji kakitangan awam perlu diberi kenaikan... selain gaji... lain-lain elaun perlu juga dikaji... sebagai contoh elaun rumah...kebanyakan elaun rumah tidak dpat menampung kos sewa rumah terutama di kawasan bandar...”

“Selain itu, kenaikan gaji perlu juga mengambil kira kadar inflasi dinegara ni... naik gaji barang pun naik... sepatutnya kawalan yang lebih sistematik perlu dilaksanakan terhadap kenaikan harga barang terutama barangan makanan... ini penting bagi memastikan nilai ringgit yang dibelanjakan... jangan sampai jadi zaman duit daun pisang...,"katanya.

Dalam pada itu, seorang pembaca yang mengguanakan Al Qaqa pula menyindir kerajaan yang seolah-olah terus membebankan rakyat menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di saat rakyat dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.

"Gaji dekat Lembah Kelang ni dah tak logik. Kebanyakkan sudah tak mampu beli rumah, taraf hidup tinggi. Kerajaan prihatin dengan kami dengan memberi kamera AES,"katanya.

Hashim Buyu pula berkata,"yang penting harga barang, rumah perlu dikawal - jika tidak naik gaji tidak bermakna!”

Pandangan itu disusuli Ra Mo Sha yang berkata, "gaji tak naik pun harga barang naik.”

“Gaji tak naik harga rumah naik, gaji tak naik harga petrol naik, gaji tak naik harga kereta naik...tak payahlah salahkan gaji yang naik yang menyebabkan semua naik, dasar kerajaan yang menyebabkan semua ni naik,” katanya
Banjir kilat terburuk
Wartawan Sinar Harian
2 November 2012
Banjir kilat terburuk
Kenderaan terpaksa melalui beberapa laluan utama di Pekan Gemencheh walaupun dinaiki air, petang semalam.
GEMENCHEH –  Hampir 20 peniaga di Pasar Besar Gemencheh dan kira-kira lapan buah keluarga yang menetap di Taman Yu Ye, dekat sini, terkejut apabila hujan lebat selama kira-kira sejam menyebabkan air naik setinggi hampir dua meter, petang semalam.

Dalam kejadian berperingkat bermula kira-kira 5.30 petang itu, seramai 30 peniaga di Kawasan Industri Kecil Gemencheh turut mengambil tindakan berjaga-jaga apabila air hanya menunggu masa melimpah masuk ke kedai mereka yang menempatkan barangan jualan, jentera, mesin dan juga kenderaan yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Manakala, laluan utama yang menghubungkan Gemencheh dengan Batang Melaka pula ditutup buat sementara waktu bagi kenderaan kecil.

Peniaga di Pasar Besar Gemencheh, Jeriah Md Saleh, 50, berkata, kejadian banjir pada kali ini merupakan yang terburuk.

“Jika sebelum ini memang ada banjir kilat tapi ia tidak melimpah masuk ke dalam kedai.  Bagaimanapun, kali ini, 400 biji kelapa saya sudah ditenggelami air dan dua mesin memerah santan bernilai RM7,000 setiap satunya juga turut ditenggelami air.

“Kelapa ini sebenarnya untuk jualan hari esok (hari ini), namun ia sudah tidak dapat digunakan kerana kelapa yang sudah ditenggelami air boleh menyebabkan santan cepat basi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Gemencheh, dekat sini, semalam.

Peniaga, Mohd Nor, 50, berkata, dia dan isteri, Noriah Mohd Esop, 51, sudah hampir 15 tahun berniaga di lokasi berkenaan dan sepanjang tempoh itu, sudah empat kali dia menukar peti ais kerana peti ais rosak ditenggelami air banjir.

“Air mulai naik sekitar jam 6 petang dan ia berlaku dalam sekelip mata sehingga menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan barangan. Oleh itu, saya mohon kepada pihak bertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah banjir kilat di sini

Penduduk di Taman Yu Yi, V. Krishnan, 65, berkata,  dia sudah menetap di lokasi berkenaan selama hampir 12 tahun dan sepanjang tempoh berkenaan sudah enam kali rumahnya dinaiki air.

“Tembok rumah saya lebih tinggi dari saliran air di taman ini, namun hari ini air sudah naik separas pinggang orang dewasa dan menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah.

"Malah, kali ini kira-kira lapan buah rumah hampir terjejas berbanding kebiasaannya hanya tiga rumah saya yang ditenggelami air, " katanya.
Runtuh akibat hakisan pantai
Wartawan Sinar Harian
2 November 2012
Runtuh akibat hakisan pantai
Ab Karim (tengah) bersama Mohd Asrin (kiri) dan jurulatih sukan perahu layar, Khmbali Yadi, melihat runtuhan tembok pagar berdekatan kompleks yang roboh kira-kira seminggu lalu.
ALOR GAJAH - Hakisan pantai yang berlaku di kawasan pelancongan dan latihan atlet sukan perahu layar semakin membimbangkan apabila terdapat bahagian di kawasan itu runtuh dan pecah.

Tinjauan mendapati, tempat mandi bagi atlet sukan perahu layar, tembok batu pengadang kawasan bangunan kompleks sukan berkenaan dan tangga turun ke pantai runtuh serta rompong di bahagian bawah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman berkata, kerosakan yang berlaku itu perlu dibaiki segera di bawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

“Runtuhan berlaku ekoran hakisan pasir yang terjadi di bahagian tempat mandi atlet sehingga terjadinya mendapan selain menjadikan jarak pantai dengan darat  begitu dekat,” katanya, kelmarin.

Menurutnya, hakisan teruk yang berlaku ini turut dibimbangi menjejaskan keteguhan bangunan pentadbiran kompleks sukan ini sedikit demi sedikit apabila ombak semakin hampir dengan tebing bangunan.

“Setiap kali ombak kuat ditambah dengan hujan menyebabkan pasir pantai makin terhakis selain bangunan dilimpahi air sewaktu air pasang,” katanya.

Ab Karim berkata, kompleks sukan itu adalah lokasi utama atlet menjalani latihan yang kini giat berlatih untuk pemilihan mewakili skuad negara dan kejohanan yang akan berlangsung pada 7 hingga 11 November depan di Terengganu.

“Malah, kompleks ini juga menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dalam negeri dengan adanya penginapan serta kedai makan di sini.

“Oleh itu, ia sememangnya perlu dibaik pulih dalam tempoh segera dan teliti,” katanya yang juga
Empat kali banjir setahun
Kamarul Halim M Kamal
2 November 2012
Empat kali banjir setahun
Ahmad Darman terpaksa mengharungi banjir untuk keluar ke bandar.
Ahmad Darman
Salah seorang penduduk mangsa banjir di sekitar Parit Sulong, Ahmad Darman
BATU PAHAT – Penduduk di sekitar Parit Sulong, terutamanya yang berada berhampiran Jalan Muar, Kampung Parit Tegak, Kampung Parit Gantung dan Kampung Parit Pulai, dekat sini mengharapkan sistem saliran berhampiran kediaman mereka dibaiki.

Salah seorang penduduk, Ahmad Darman, 69, berkata, sepanjang dia tinggal di Batu 21, Jalan Muar itu rumahnya kerap dinaiki air dari halaman ke kawasan dapurnya.

Menurutnya, tahun ini adalah rekod paling buruk kerana telah empat kali rumahnya dinaiki air yang terkini dan terburuk berlaku pada Ahad lalu, di mana airnya sedalam kira-kira tiga kaki.

“Dahulu ada banjir juga, tapi tidaklah seteruk seperti dua tiga tahun kebelakangan ini, setakat paras buku lali dan air yang melimpah tidak masuk ke dalam rumah seperti sekarang.

“Ini hujan baru dua tiga jam saja air sudah naik, dan kami bimbang air yang naik ini surut lambat, seperti orang katakan ianya banjir ‘termenung’ dan ia akan menyusahkan kami untuk melakukan kerja harian,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Ahmad mendakwa punca utama masalah banjir termenung itu disebabkan sistem saliran tidak sempurna yang menyebabkan air terkumpul dan tidak dapat mengalir ke sungai berhampiran.

Katanya, dia akui kawasan rumahnya itu berada di kawasan tanah rendah, tetapi jika saliran air sempurna tidak akan berlaku banjir.

“Kami penduduk di kawasan ini harap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini, kerana bukan satu atau dua keluarga saja yang menghadapinya, malah berpuluh lagi.

“Kami sudah penat menghadapi masalah ini, dan selepas ini kami harap tindakan dapat dilakukan segera,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian semalam di lokasi banjir yang sudah masuk hari yang kelima mendapati berlaku sedikit penurunan paras air, namun jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tiga Serangkai kekal 91 orang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Medan, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Batu Pahat memandang serius masalah ini.

Katanya, sebagaimana yang diperkatakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini, pihaknya akan menumpukan untuk menambahbaikkan sistem saliran dan perparitan.

“Bagaimanapun pada banjir kali ini, tompokan hujan berlaku tertumpu di kawasan berkenaan dan hujan terlalu lebat sehingga menyebabkan sistem saliran yang ada tidak dapat menampung air yang terlalu banyak.

“Tetapi saya yakin Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif tersendiri untuk memastikan keadaan ini tidak berpanjangan dan berusaha untuk menghindarnya di masa akan datang,” katanya.merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium Melaka, Kapt (H) Mohd Asrin Salikin berkata, pihaknya kini menunggu maklum balas dari PKNM berhubung permasalahan yang berlaku di kompleks berkenaan.

“Baru kira-kira seminggu lepas timbunan pasir ditambah di kawasan berdekatan pantai berikutan hakisan yang berlaku namun keadaan sama masih terjadi apabila tembok pagar pula yang runtuh terkena hakisan pantai.

“Keselamatan kawasan kompleks boleh ditangani sekiranya dibina batu pengadang ombak melingkungi kawasan atlet menjalani latihan tambahan kompleks ini adalah tempat kedua terbaik dalam negara,” katanya kepada Sinar Harian.

Malah, beliau berharap pihak PKNM dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dapat mengambil tindakan segera dalam menangani permasalahan ini demi keselamatan pengunjung serta atlet sukan perahu layar.

Tiada ulasan: