Jumaat, 10 Disember 2010

JANGAN CARI MUSIBAH...HUKUM ALLAH KITA NAFI...RUMAH ALLAH NAK DIROBOHKAN....JANGAN MENGUMPUL DOSA@KEMURKAAN ALLAH....NANTI KITA DITIMPA BALA.....

Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo
Abd Rahim Sabri & Fadzly Esa
Dis 9, 10
5:15pm


Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 43Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

petrol hike talk 170406 aruchelvanSetiausaha agung PSM, S Artuchelvan ketika dihubungi berkata parti itu bersedia menggerakkan ahlinya menyertai demonstrasi membantah kenaikan yang sedang diteliti oleh Gabungan Anti-Inflasi (PROTES).

Katanya, bantahan itu adalah hak bagi setiap individu tetapi demonstrasi itu perlu diadakan dengan aman.

“Kita kena mengadakan perbincangan dengan gabungan PROTES terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dihubungi Malaysiakini.

Mungkir janji

Sementara itu, Penyelaras PROTES Dr Hatta Ramli berkata gabungan itu kecewa kerana kerajaan telah memungkiri janjinya untuk tidak menaikkan harga barangan utama keperluan rakyat tahun ini.

NONEBeliau yang sedang bercuti di luar negara berkata, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat di hujung tahun yang memerlukan perbelanjaan bagi menyediakan keperluan untuk anak-anak bersekolah.

“PROTES akan bincangkan langkah seterusnya kemudian,” katanya kepada Malaysiakini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Di Pulau Pinang, setiausaha PAS negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata parti itu sedang memantau kesan kenaikan harga 4-dalam-1 itu sebelum bertindak.

Katanya, sebagai langkah awal, pihaknya menyokong cadangan ketua penerangan PAS, Idris Ahmad yang meminta supaya semua cawangan PAS di seluruh negara menggantung kain rentang membantah kenaikan itu.

"Yang penting, orang nak tahu, orang nak tengok kesan daripada kenaikan harga itu," katanya sambil menambah ia lebih berkesan daripada demontrasi.

NONEIni kerana, katanya, demonstrasi hanya diadakan "di tempat tertentu, fokus tidak sampai dan memerlukan ramai orang supaya ada kesannya".

Menurut Mohd Fadzil, kos bagi menyediakan kain rentang tersebut murah dan ia boleh diletakkan di tempat tumpuan orang ramai seperti di masjid, pasar awam atau jalan yang menjadi tumpuan rakyat.

"Kain rentang diletakkan di kawasan strategik kerana ia lebih berkesan kepada masyarakat terutama bagi mereka yang tidak sedar atau tidak mengetahui kesan kenaikan tersebut," katanya.

Secepat mungkin

Beliau bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada ketua penerangan negeri supaya mengarahkan kawasan dan cawangan menaikkan kain rentang itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Perak Misbahul Munir Masduki berkata cadangan tersebut "baik dan lebih berkesan" sebagai menimbulkan kesedaran kepada rakyat berhubung kenaikan harga 4-dalam-1 itu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 37'Ia mudah dibuat dan menaikkan sepanduk di kawasan strategik di kawasan tertentu di negeri ini... Kita akan laksanakan secepat mungkin kerana isu ini masih baru," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan menggantung kain rentang, bukan satu perkara baru kerana sebelum ini, PAS negeri itu pernah berbuat demikian mendesak DUN Perak dibubarkan.

Beliau akan menyelaras cadangan Idris itu kepada seluruh kawasan di negeri itu yang mempunyai kira-kira 800 cawangan.

Bagaimanapun, pihaknya juga akan berbincang untuk mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut sekiranya perlu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 22Manakala setiausaha PKR Perak Datuk Abdul Halim Husin berkata bersetuju dengan kempen tersebut kerana mendakwa media arus perdana "tidak membuat hebahan berhubung kenaikan harga bahan api dan makanan tersebut".

"Saya menyokong sebarang usaha untuk menghebahkan perkara ini. Kerajaan sebut rakyat didahulukan, tetapi pelaksanaannya berlaku sebaliknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Hebahan bantahan itu melalui kain rentang (perlu) kerana kesan (kenaikan) diterima oleh orang ramai".

Konvensyen Pakatan

Abdul Halim menjangkakan kenaikkan harga itu akan dibicangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini, yang mana beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasanya.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 17Beliau juga setuju supaya diadakan demontrasi membantah kenaikan tersebut bagaimanapun, perkara tersebut perlu kepada perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan tersbut sebagai cara "untuk menunjukkan kerajaan tidak efisen dalam pengurusan penradbiran negara".

Bagi DAP Perak pula, naib pengerusinya A Sivanesan berkata beliau menyokong demontrasi diadakan bagi membantah kenaikan harga itu, sekiranya kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat.

'Kita tidak ada opsyen. Kita bukan demonstrasi suka-suka. Selama ini kita buat demonstrasi, satu pasu bunga pun tak pernah pecah.

Apa salah berdemo?

"Apa salahnya (berdemonstrasi). Kita bukan berada di Kashmir. Kita berhimpun dengan satu tujuan untuk mendapatkan perhatian kerajaan," katanya.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 16Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata beliau akan menggantung sendiri kain rentang di kawasannya dan akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat DAP negeri dua minggu lagi.

"Bukan sahaja murah malah ia untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kerana rakyat tidak ada saluran (untuk membantah). Hanya melalui gantung kain rentang.

"Saya mahu mengajak Melayu dalam Umno atau India dalam MIC mengambil bahagian (dalam usaha ini)," katanya ketika dihubungi.

a sivanesanIni kerana, kata Sivanesan (kanan), rakyat berpendapatan sederhana menerima kesan daripada kenaikkan itu lebih-lebih lagi menjelang sesi persekolahan di buka awal tahun depan.

Sementara itu, Penyelaras Suara Anak Malaysia (Suaram), E Nalini berkata beliau bersama tujuh orang ahlinya bersiap sedia untuk memantau keadaan di lokasi jika demonstrasi itu diadakan.

gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e naliniMenurutnya Suaram menyokong sebarang langkah sama ada menaikan kain rentang, poster atau demonstrasi untuk menyedarkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan.

"Kita akan pantau anggota polis dan meminta bantuan daripada wakil NGO lain untuk berada di lokasi demonstrasi serta balai polis sekiranya ada orang awam ditahan dalam demonstrasi tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.




ID PenggunaKatalaluan | Lupa katalaluan? | LanggananepayTestimonial
HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
|
|
Dr M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru
Dis 8, 10 5:08pm


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.

NONEDalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

"Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin 'dibersarakan' namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi.

Mahathir sebelum ini mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama.

Beliau juga berekata keputusan kerajaan menukar pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan sendiri.

russia military might 220808 04Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu,

Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle.





Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di surau
Dis 9, 10 11:32am
Kongsi 124
Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 12 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

surau madrasah al falah kg kerinchiSemuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.

"Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi surau Jasni Abdullah.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiMenurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.

Ini kerana, kata Jasni, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka turut menunai solat hajat supaya surau berkenaan tidak dirobohkan.

Menurutnya, pada mulanya, berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut.

Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu.

Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiNamun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.

Penduduk juga kata Jasni, menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum menerima sebarang maklum balas.

"Saya masih lagi dalam proses perundingan dengan DBKL," katanya.

Ditanya sama ada surau ini dicadangkan dirobohkan kerana dilabel sebagai kubu penyokong PAS, Jasni berkata beliau ada mendengar mengenai perkara tersebut.

Namun, beliau menafikan perkara itu dan berkata surau berkenaan bebas daripada dipengaruhi parti politik.

nurul izzah surau madrasah al falah kg kerinchiSebelum itu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata beliau berharap pihak DBKL dan menteri menjawab persoalan aduan pihak penduduk mengapa surau ini mahu dirobohkan.

"Pihak surau menggunakan saluran diplomasi, tetapi tidak surat (mereka) dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan.

Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara ini kepadanya, tetapi Nurul Izzah meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik".

"Tapi surat mereka tidak diendahkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi, di surau berkenaan - yang terletak dalam parlimennya.

Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan.

Setakat jam 10.30 pagi, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat dua pegawai polis di surau ini.





Kes rogol tertinggi di S'gor, cabul di Johor
Dis 9, 10 3:44pm


Selangor mencatat jumlah kes jenayah rogol tertinggi dari Januari hingga Ogos tahun ini dengan 456 kes daripada keseluruhan 2,426 kes yang dilaporkan di seluruh negara.

hishammuddin hussienMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bilangan terendah pula dicatatkan di Perlis iaitu 18 kes.

"Kes jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram dan mencabul kehormatan adalah satu jenayah yang tidak berperikemanusiaan.

teresa kok"Pihak polis memandang serius kes seumpama ini kerana majoriti mangsa yang terbabit adalah dari kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan lemah," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.

Kok meminta kementerian menyatakan pecahan laporan kes rogol, sumbang mahram dan pencabulan seksual yang diterima oleh polis di setiap negeri dan jumlah kes yang telah didakwa di mahkamah.

Hishammuddin berkata, bagi kes jenayah sumbang mahram pula, jumlah tertinggi dilaporkan di Johor iaitu 43 kes daripada keseluruhan 289 kes, manakala kes terendah dicatatkan di Perlis iaitu satu kes.

domestic violence maritial rapeJumlah kes mencabul kehormatan yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010 adalah 1,441 kes.

Jumlah kes tertinggi dilaporkan di Johor iaitu 216 kes manakala kes terendah adalah di Perlis iaitu sebanyak 20 kes.

Hishammuddin berkata, bagi tempoh itu juga sebanyak 119 kes (lima peratus) daripada 2,426 kes membabitkan jenayah rogol dan sumbang mahram telah dibawa ke mahkamah manakala bagi kes mencabul kehormatan, sebanyak 73 kes (lima peratus) daripada 1,441 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama telah dihadapkan ke muka pengadilan.

lim kit siang 02Kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula, Hishammuddin berkata sehingga 31 Julai lalu jumlah anggota polis di seluruh negara ialah 106,530 orang.

"Daripada jumlah tersebut, 84,523 orang (79.34 peratus) adalah Melayu, 2,210 (2.07 peratus) kaum Cina, 3,624 (3.4 peratus) kaum India dan 15,886 (14.91 peratus) kaum-kaum lain.

Bagi Jabatan Imigresen pula, terdapat 11,017 kakitangan terdiri 9,598 (87.12 peratus) Melayu, 322 (2.92 peratus) kaum India, 208 (1.87 peratus) kaum Cina, 813 (7.38 peratus) kaum Bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan 76 (0.69 peratus) kaum-kaum lain.

- Bernama



Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...
Dis 9, 10 6:03pm


Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

tenaga nasional and electricity pricePerdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

NONEBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.

- Bernama


Tarif elektrik mungkin naik
Dis 9, 10 2:36pm


Kenaikan tarif mungkin tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada Tenaga Nasional Bhd memandangkan kemungkinan peningkatan harga gas asli, yang kini ditetapkan pada RM10.70/mmbtu atau harga arang batu, yang akan mengimbanginya.

dams hydroelectric dams 290609"Kami menganggarkan bahawa kenaikan satu peratus mata dalam tarif, akan menaikkan pendapatan 2012 Tenaga sebanyak lapan peratus. Namun ia boleh diimbangi sepenuhnya oleh peningkatan enam peratus harga gas asli tetap," kata sebuah firma penyelidikan.

Ia berkata satu lagi faktor ialah kemungkinan peningkatan kos arang batu, yang menyumbang 48 peratus daripada perbelanjaan bahan api dalam tahun kewangan 2010.

Ia berkata demikian dalam laporan syarikat sebagai respons kepada berita bahawa Kabinet sudah bersrtuju secara dasarnya untuk menyemak semula tarif elektrik.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Harga arang batu Newcastle meningkat kepada US$109 satu tan pada masa ini daripada US$85 tan (US$=RM3.61) yang digabungkan dalam struktur tarif Tenaga yang sedia ada.

"Kami menganggarkan bahawa peningkatan lima peratus harga arang batu melepasi andaian unjuran tahun kewangan 2012 sebanyak US$100 satu tan, akan mengimbangi peningkatan satu mata peratus dalam tarif elektrik," katanya.

Firma penyelidikan itu berkata menerusi loji regasifikasi gas asli cecair Melaka dibangunkan pada kadar segera menjelang pertengahan 2012, rejim baharu tarif gas elektrik diperlukan.

"Pada pandangan kami, halangan utama terhadap pelaksanaan semakan tarif itu kini mendapat perhatian politik memandangkan kerajaan dilihat sedang menyiapkan diri untuk pilihan raya tahun depan," katanya.

hamid hydro electric 210209 machineMengenai surat persefahaman antara Tenaga dan National Trading Company (NATCO) untuk bekerjasama dalam aktiviti khusus dalam industri tenaga di Yemen, firma penyelidikan itu berkata: "Jika perkara itu menjadi kenyataan, Tenaga dijangka memulakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan di Yemen.

"Kami neutral dalam projek ini, yang tidak mungkin menjana sumbangan ketara terhadap kumpulan dalam tempoh sederhana."

Firma penyelidikan itu mengulangi saranan "simpan" ke atas saham Tenaga dengan nilai adil RM9.00.

- Bernama


Suaram: M'sia kembali ke era masyarakat tertutup
Aidila Razak
Dis 9, 10
1:02pm


Senarai kesilapan dan salah-laku ke atas parti-parti politik dan pencabulan hak asasi oleh kerajaaan sepanjang 2010 menunjukkan negara kini kembali ke era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata pertubuhan hak asasi manusia, Suaram.

azlanKetika mendedahkan laporannya - Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan 'tanda-tanda dasar masyarakat tertutup'.

“Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Ini adalah masa yang getir; ia boleh bergerak kepada kedua-dua arah, tetapi Suaram berpandangan ia petanda bahawa era Mahathir ketika mengawal masyarakat kini kembali,” katanya.
Ucapan MB S'gor dicemuh dalam majlis bersama TPM
Salhan K Ahmad
Dis 9, 10
1:17pm


Ucapan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada satu majlis bersama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini disambut dengan cemuhan dan pekikan 'boo' oleh sebilangan para hadirin.

khalid ibrahim speech boo during function with muhyiddinUcapan berkenaan disampaikan exco pertanian Yaakob Sapari di majlis persidangan agung perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam pagi ini.

Sebilangan daripada lebih 1,000 orang pemimpin setempat itu bertindak demikian apabila ucapan Khalid mula menyentuh mengenai isu pembahagian peruntukan yang sama rata kepada wakil rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan.

Ucapan tersebut juga menyentuh mengenai pembentukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri itu dan juga negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.

Beberapa orang berkenaan diperhatikan memekik "sudahlah" dan "ini bukan mesyuarat Pakatan Rakyat" apabila isu berkenaan dibangkitkan.

Muhyiddin dalam ucapannya selepas itu berkata, negeri Selangor tidak lagi perlu dibantu kerana sudah menjadi negeri maju.

"Selangor dah maju, tak payah tolong pun tak apa.

"Kalau hendak serahkan (peruntukan) kepada menteri besar tak tahu bagaimana caranya.

"Yang penting faedahnya bukan kepada MB tetapi kepada anak-anak buah," kata Muhyiddin lagi, disambut tepukan.

Muhyiddin juga berkata permintaan daripada yang dipertua kesatuan penghulu itu Mohd Zahidi Husain supaya elaun luar penghulu dinaikkan akan dipertimbangkan.

“Saya tengok permintaan itu ada asasnya. Kalau tak cukup naik RM50 sebelum ini mungkin kita boleh tambah sikit lagi,” katanya.

Sebelum penutup majlis berkenaan, Mohd Zahidi kemudiannya memberikan ucapan spontan dengan mengumumkan bahawa Muhyiddin telah bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada kesatuan itu

Dalam pada itu, Yaakob dalam satu kenyataan petang ini menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan Umno Selangor yang didakwa membawa "jurusorak" bagi mengganggu ucapan tersebut.

"Tindakan ahli-ahli Umno dan JKKKP yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah.

"Hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO yang dilihat sebagai satu slogan retorik.

Exco pemodenan pertanian, pengurusan sumber alam dan pembangunan usahawan Selangor itu juga berkata, individu yang terlibat itu patut memohon maaf "atas kelakuan buruk mereka."




Dana Nasi Lemak 2.0: Namewee jumpa Nazri
Dis 9, 10 4:30pm


Penyanyi kontroversial Wee Meng Chee hari ini mengadakan pertemuan singkat dengan Menteri di Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung kesukarannya mendapatkan geran kerajaan bagi menerbitkan filem.

NONEWee, yang lebih dikenali sebagai Namewee, berjumpa dengan Nazri di Parlimen dan memaklumkan ke menteri itu mengenai filem terbarunya, berjudul Nasi Lemak 2.0, dan kepayahan lebih lapan bulan yang dideritainya dalam usaha mendapatkan geran kerajaan.

Dia sebelum ini mendakwa syarat kerajaan yang menetapkan sebahagian besar skrip perlu dalam Bahasa Melayu sebelum dipertimbangkan untuk mendapatkan geran sebagai syarat yang mendiskriminasi dan tidak sehaluan dengan semangat 1Malaysia.

Pada pertemuan 10 minit ini, Wee melahirkan hasratnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan juga pembikin filem yang lain.




PM: Dakwaan rasuah bukan sandiwara pilihan raya
Dis 9, 10 4:11pm


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menolak dakwaan yang dibuat pemimpin Pakatan Rakyat bahawa pendakwaan jenayah ke atas beberapa pemimpin berprofil tinggi sebagai sandiwara sandiwara BN dan Umno untuk membersihkan imejnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Apa sandiwara? Jika seseorang didakwa, ini bukan main-main lagi,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Najib berkata isu rasuah telah lama dipolitikkan oleh pembangkang.

"Mereka mahu menjadikan isu ini isu politik dan mahu menuduh kita tidak serius ataupun mahu menuduh kita cuba menutup atau membuat pendakwaan terpilih,” katanya.

"Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara.

"Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak," katanya.

Katanya, kedudukan seseorang itu sama ada dari segi jawatan atau martabatnya, bukan satu jaminan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadapnya.

Najib berkata ini adalah satu kenyataan yang harus diterima dan sebagai rakyat biasa, semua orang adalah tertakluk kepada proses perundangan dalam negara.

"Semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang negara dan SPRM bebas untuk membuat siasatan terhadap sesiapa sekalipun," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dalam operasi SPRM dan ia adalah bebas untuk menjalankan siasatan ke atas mana-mana pihak.Pada sidang media kemudiannya, Nazri berkata beliau akan menimbulkan perkara berkenaan kepada perdana menteri pada mesyuarat kabinet Jumaat ini.














Tiada ulasan: