Sabtu, 1 Disember 2012

KELUAR ISLAM LEBIH MUDAH DARI MENELAN AIR LIUR...ADA HALA TUJU NYA...MUNGKIN KEPADA KEMEROSOTAN SOKONGAN...KEMELUATAN...KETIDAK PERCAYAAN LAGI DLL

Sedarilah Siapa sebenarnya sesat dan terbatal syahadah
Posted on Friday, November 30 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: GeloraHatiMuda

"'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam' dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Nah.. gua tambah sikit lagi untuk ajar mangkok-mangkok yang menghina Islam supaya bertaubat

a) Murtad: adalah salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi.

Firman Allah (maksud ayat):" Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, kemudian dia mati dalam kekafiran..." Surah alBaqarah: 217.

Murtad adalah tindakan pengkhianatan terhadap agama dan umat Islam sama seperti seseorang yg mengkhianati negara dan penduduknya dengan berpaling tadah kepada musuh negara itu.
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fi Fiqh al Awlawiyat: Dirasat jadidah fi Dhau'i al Qur'an wa al sunnah (Keutamaan Feqah: Satu kajian baru dari Perspektif alQur'an dan as Sunnah), Dhoha, Qatar, 1994.

b) Kufur : ia adalah lawan iman bermaksud ingkar.Jika iman bermaksud membenarkan, kufur pula ialah menafikan atau mengingkari atau dengan lebih tepat seseorang yang mengingkari atau menafikan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad saw. Kufur yang paling tinggi ialah kufur terhadap Allah sebagai Rabb, Pencipta dan Pengurus alam buana ini sebagaimana kafirnya kaum Atheis. Seterusnya ialah kufur syirik, kufur ahlil Kitab, kufur murtad dan kufur munafiq.

Firman Allah,"barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan hari Kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
maksud ayat Surah an Nisaa': 136
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fiqh Awlawiyat)

c) Terbatal syahadah: Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman. Misalnya ia mempersendakan hukum merejam dengan batu bagi pesalah zina; enggan berhukum dengan hukum Allah (al Maidah: 44); berikrar dengan kalimah kufur; ingkar terhadap sesuatu yang sudah maklum dalam agama (misalnya enggan berpuasa kerana mendakwa melemahkan ekonomi umat Islam); mendustakan kenyataan alQur'an yang jelas (misalnya ingkar dengan kisah Nabi Yusof sebagai dongeng); membuat tafsiran palsu terhadap alQur'an dan sunnah, dll lagi

(sila rujuk: Syaikh Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat fi Risalah at Ta'alim; Dr Abd Rahman Khalid, al Hadd al Faasil baina al Kufr wal Iman (Garis Pemisah antara Kufur dan Iman) - al ahkam

Gunakan akal fikiran kurniaan Allah dengan bukti nyata (perbuatan dan tutur kata manusia tertentu) dan landaskan kepada panduan mengenali manusia sesat seperti di atas. Panduan di atas ditulis berlandaskan Al Quran bukan ciptaan gelorahatimuda, Dr Qardawi, atau TGNA.

fikirkanlah dengan hati yang terbuka. dan jika ada pihak yang terasa
dan mengakui kebenarannya maka bertaubatlah.

tapi
tak nak taubat kaluuuu, itu lu punya pasal
adios

Tentera Israel lebih ramai mati bunuh diri berbanding berperang

Posted on Saturday, December 01 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: detikislam

"Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maarivmelaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.

Pada tahun 2003 semasa Intifada ke dua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri.

Kementerian Pertahanan sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana merasa malu atas laporan itu. Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut.


Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya.

Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri.

Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin.

Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009. Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.

Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.

Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri. Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera.

Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh. Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.

Detik Islam"


Ketua Penerangan Umno Malaysia Tolong Buat Promosi Percuma Di Pwtc!!!
Posted on Saturday, December 01 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Wargamarhaen



Agak-agak admin inilah puncanya mengapa sejak kebelakangan ini jualan HARAKAH dan KEADILAN naik mendadak.

Rupa-rupanya Ketua Penerangan UMNO Malaysia tolong buat promosi besar-besaran secara percuma di PWTC sempenan Perhimpunan Agung UMNO 2012.


Lagi digertak dan diugut mau saman HARAKAH dan KEADILAN lagi ramai rakyat ini membacanya termasuklah ahli-ahli UMNO sendiri.

Ketika itu mereka boleh membuat penilaian dengan membaca dan berfikir. Benar atau fitnah yang dicetak dikedua-dua lidah rasmi PAKATAN RAKYAT  ini.

Ini dinamakan ugutan yang memberi untung kepada PAS/PKR/PR.

Untuk makluman Mat Maslan.. HARAKAH dan KEADILAN langsung tidak gugur bulu roma bila diugut sedemikian malahan dipersilakan dengan hormatnya.

TERIMA KASIH MAT MASLAN KERANA TOLONG PROMOSIKAN MEDIA RASMI PAS DAN KEADILAN INI KEPADA PERWAKILAN DAN AHLI-AHLI UMNO DIPWTC.... JASA BAIK BUDI ANDA YANG TAK TERNILAI TINGGINYA INI, HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA

Sumber: wargamarhaen.blogspot.com


  Mesej untuk NGO & Pengerusi Masjid Pengkalan Pandan: Boikot FELDA dan UMNO!
Posted on Saturday, December 01 @ 13:04:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,

Mukhris dilaporkan pernah berkata kapal dagang yang membawa minyak sawit dari Malaysia ke Gaza telah dirampas oleh Israel dan minyak tersebut dibawa ke Tel Avis sementara pekerja pelabuhan Klang pernah berdemo membantah kemasukan kapal dagang Israel di pelabuhan Klang. Akhirnya terbongkar yang FELDA sebenarnya menjual minyak sawit ke Israel malah apa yang menarik perhatian ialah kehadiran badan Halal ugama yahudi untuk memberi pengiktirafan halal kepada FELDA bagi kemasukan minyak sawit ke Israel.

Apa yang menarik lagi ialah penglibatan beberapa NGO termasuk aman Palestin mengajak rakyat memboikot produk produk syarikat yangh didakwa milik yahudi. Menarik kerana semacam NGO ini tidak nampak tindakan bertentangan FELDA yang didalangi UMNO dalam usaha mengajak rakyat memboikot pruduk yahudi ini.Jadi tidakkah munasabah kalau FELDA dan UMNO disenaraikan antara entiti yang perlu diboikot?

Oleh kerana itu penulis amat komited untuk menyeru NGO yang menganjurkan pemboikotan ini agar turut sama mengajak rakyat khususnya umat ISLAM di Malaysia untuk turut memboikot FELDA dan semua produk keluarannya dan kalau mungkin seluruh warga FELDA sehingga mereka mengakui kesilapan menykong yahudi Israel dalam perang GAZA.

Begitu juga kerajaan UMNO yang pernah menggunakan khidmat APCO milik yahudi dan membayar sejumlah besar wang rakyat kepada APCO wajar juga disenaraikan sebagai entiti yang perlu diboikot.Kita pernah mendengar sajak yang dibaca oleh Ust Zamri Zainal Abidin di radio IKIM tentang 10 juta dolar yang kita hantar ke Israel tetapi bagaimana pula wang rakyat yang digunakan oleh kerajaan UMNO untuk membayar APCO?

NGO yang prihatin dengan perjuangan palastin seharusnya tegas dalam hal ini bukan bersengkongkol dengan UMNO kerana tindakan ini mungkin menipu rakyat yang menyokong NGO tersebut.

Penulis ingin mengambil kesempatan untuk turut mengajak pengerusi Masjid Pengkalan Pandan, cukai DR.ZUL supaya lebih fokus ketika menyeru jemaah untuk memboikot produk yahudi dengan turut menjadikan pemboikotan FELDA dan UMNO sebagai sebahagian agenda seruan, begitu juga lambang YAHUDI yang dikesan diinding masjid tersebut mestilah dihapuskan segera, kalau tidak baik DR ZUL tak perlu berucap sebelum azan kedua jumaat."


 Paris Hilton Dikritik Kerana Buka Kedai Di Mekah
Posted on Saturday, December 01 @ 10:29:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: upinipin

"BARU-BARU ini, Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu.

Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.


"Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusat beli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.

Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.

"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.

Perhimpunan Agong Umno tiada arah tuju
Posted on Saturday, December 01 @ 03:50:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Perakiter Daily

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak melihat Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini seoalah-olah tiada arah tuju.

Bendaharianya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar berkata, pimpinan dan perwakilan menggunakan perhimpunan kali ini sebagai medan untuk menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat.

Katanya, pimpinan Umno hanya sibuk menghentam Pakatan Rakyat dan tiada langsung usaha gerak kerja dan strategi yang dicadangkan serta dibincangkan untuk menghadapi PRU13.

“Semua perwakilan daripada pemuda, wanita dan pimpinan tertinggi hanya menghentam dan memfitnah sebaliknya tiada langsung idea, strategi, dan gerak kerja yang bernas dilontarkan daripada perwakilan,” katanya.

Menurutnya, perwakilan seharusnya menggunakan perhimpunan kali ini untuk memuhasabah diri dan mencari punca kenapa sokongan masyarakat kepada parti itu semakin berkurang.

Fakhrulrazi berkata, pemimpin Umno seolah-olah meragui akan kesetiaan ahli sendiri apabila terus menyarankan agar tidak mempercayai agenda Pakatan Rakyat.

“Mereka seolah-olah tidak yakin dengan sokongan ahli sendiri dan berusaha untuk memberi kepercayaan tinggi ahli kepada Umno,” kata beliau lagi.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, suasana ini menggambarkan Umno semakin terdesak untuk meraih sokongan termasuk ahli sendiri.

Ketika ditanya tentang permohonan maaf yang diajukan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya, beliau berkata, ternyata Najib mengakui pelbagai kekhilafan dan kezaliman yang telah dibuat sepanjang lebih 55 tahun memerintah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Najib menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan mudah sahaja meminta maaf.

Kata beliau, Najib seharusnya berundur dan melepaskan jawatannya jika beliau benar-benar insaf akan perbuatannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Negara lain.

“Permohonan maaf tersebut menggambarkan pelbagai kezaliman yang telah Umno lakukan sebelum ini dan Najib melihat perkara ini sangat kecil dan mudah dimaafkan.

“Sebenarnya rakyat akan memohon maaf kepada Umno kerana tidak lagi memberi sokongan kepada mereka dalam pilihanraya yang akan datang,” tegas beliau.

Sumber: perakitedaily.blogspot.com

"

Pencapaian UPSR 5A asas pembentukan warganegara berjaya, betulkah?
Posted on Saturday, December 01 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Azmi Anuar
english.cpiasia.net

upsrMemberi ruang kepada anak-anak menemui diri mereka sendiri, begitulah intipati sebuah rencana yang tersiar di akhbar New Straits Times baru-baru ini. Penulis rencana tersebut memberi pendapat sedemikian ekoran keputusan UPSR yang diumumkan pada 19 November 2012. Pada pandangannya ibu bapa cenderung menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap pencapaian anak-anak di sekolah.

Malah banyak berita dan gambar yang mempamerkan emosi para pelajar apabila menerima keputusan masing-masing yang seakan-akan tidak setimpal dengan peristiwa yang dilalui.

Sehinggakan ada yang begitu sedih kerana hanya mencapai 4A dan bukan 5A seperti yang dijangkakan. Ada pula yang melarikan diri semata-mata kerana menyangka tidak mencapai 5A walhal namanya dengan tidak sengaja tidak tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.

Begitulah penangan rangkaian pangkat A di dalam sesuatu keputusan peperiksaan awam. Perkara yang sama berlaku apabila keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STPM diumumkan kelak. Kita juga akan membaca kisah kejayaan pelajar-pelajar di peringkat universiti apabila tiba hari konvokesyen setiap universiti di negara ini.

Jelas sekali anak-anak ditanam dengan semangat dan harapan supaya mereka mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan semenjak sekolah rendah lagi. Ada juga yang telah menaruh harapan sedemikian semenjak anak-anak itu di pra-sekolah.

Pemilihan pra-sekolah yang baik membantu anak-anak tersebut apabila mereka melangkah ke alam persekolahan. Ini jelas kelihatan apabila dibandingkan anak-anak yang telah mendapat pendedahan daripada segi akademik asas iaitu mengenali dan membaca huruf seperti ABC atau menghitung satu sehingga sepuluh sahaja dengan anak-anak yang diberi peluang juga mengasah bakat mereka di dalam bidang bukan akademik seperti muzik atas lukisan dan belajar asas pergaulan sesama sendiri.

Itulah dunia dan matlamat alam persekolahan mereka, cuba memperolehi sebanyak mungkin rangakaian pangkat A sebagai salah satu jalan melangkah maju ke peringkat pendidikan yang seterusnya. Bermula dari peringkat pra-sekolah lagi, saingan dan tuntutan untuk terus mencapai kejayaan cemerlang tidak berhenti-henti ditekankan oleh sesetengah ibu bapa atau penjaga yang yakin itulah satu-satunya sahaja cara memastikan anak-anak mereka akan menjadi warganegara yang berjaya kelak.

Begitulah juga taksubnya sesetengah daripada kita yang terlampau memberi perhatian kepada berapa banyak pangkat A yang diperolehi di dalam sesuatu peperiksaan. Sehinggakan ada yang mengingatkan kita semula bahawa pendidikan bukan sahaja berkisar pada keputusan cemerlang.

Soalan lazim tentang berapa banyak pangkat A yang berjaya diperolehi oleh seseorang menjadi tajuk perbualan buat beberapa hari setelah keputusan peperiksaan diumumkan. Sesetengah ibu bapa berasa malu tentang keputusan anak mereka yang tidak seberapa sehingga menyebabkan keyakinan anak itu tergugat.

Bersyukur kerana lulus peperiksaan dan ucapan tahniah kepada anak tersebut walaupun tidak mencapai keputusan yang amat cemerlang wajib menjadi amalan semua. Segala usaha sudah pasti dilakukan oleh anak itu untuk mencapai keputusan yang diimpikan tetapi sedarlah kita bahawa bukan semua menunjukkan kejayaan di bidang akademik.

Lihat sahajalah mereka yang berjaya dan menjadi idola masyarakat. Bukan semuanya mempunyai keputusan cemerlang semasa berada di alam persekolahan malahan bakat mereka terserlah dalam bidang bukan akademik. Pemerhatian terhadap usahawan di negara kita misalnya pasti menyerlahkan ramai tokoh yang berjaya hasil titik peluh mereka dan bukan kerana sekeping sijil atau ijazah yang penuh dengan rangkaian pangkat A.

Keluhan ibu bapa tentang pendekatan yang diambil oleh sesetengah pengetua sekolah yang memberi tumpuan yang berlebihan kepada mereka yang berjaya mendapat banyak pangkat A patut diberi perhatian. Pengalaman anak yang dipinggirkan hanya kerana tidak mencapai bilangan pangkat A yang diimpikan boleh memberi kesan yang mendalam dan berpanjangan jika tidak ditangani dengan saksama. Di sinilah peranan pengetua sekolah yang prihatin bahawa bilangan pangkat A yang banyak itu bukanlah jaminan kejayaan seseorang.

Perlukah mereka yang berjaya disanjung sebegitu rupa?

Murid-murid itu belajar bersama-sama sepanjang masa alam persekolahan mereka dan sesetengahnya dianaktirikan apabila keputusan peperiksaan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. Tidak salah memberi pengiktirafan di atas kejayaan seseorang tetapi pada masa yang sama perhatian mestilah diberi juga kepada mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang sama.

Murid-murid yang dilabel tidak cemerlang ini juga berkemampuan dan mempunyai peluang untuk berjaya pada masa hadapan. Bukankah takrif kejayaan itu sendiri subjektif dan relatif?

Apabila sistem pendidikan negara mengambilkira pembelajaran secara keseluruhan yang membentuk jatidiri seseorang menjadi manusia yang yakin, cekal menghadapi dugaan dan berpaksi pada pegangan moral yang teguh, pasti itu lebih bererti berbanding rantaian pangkat A sahaja. Kita memerlukan bukan sahaja lulusan dalam bidang akademik yang cemerlang tetapi semua rakyat yang boleh memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

Setiap insan mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Pendidikan yang ideal akan mengenalpasti, merangsang dan membentuk segala yang positif di dalam diri seseorang. Apa juga kekangan mencapai potensi sebenar seseorang itulah yang mesti diberi perhatian yang sewajarnya.

Adakah Malaysia akan mengikut langkah kementerian pendidikan jiran kita di selatan yang mengambil keputusan tidak mengeluarkan senarai pelajar-pelajar terbaik peperiksaan awam sekolah-sekolah? Reaksi terhadap langkah ini rata-rata menunjukkan sokongan tetapi ada juga yang menganggap bahawa tindakan sedemikian tidak perlu diambil kerana pengiktirafan terhadap pelajar cemerlang masih mempunyai kegunaannya.

Mungkin kerana kita telah lali dengan paparan berita yang lazim tentang kecemerlangan pelajar setiap tahun sehinggakan ramai merasa tidak selesa berhadapan dengan pilihan yang lain.

Bayangkan, keputusan yang cemerlang tidak diraikan. Apalah agaknya tajuk berita di akhbar-akhbar apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Kemungkinan besar hanya taklimat dari seorang pegawai kementerian pendidikan yang memberikan statistik tentang keputusan peperiksaan tersebut.

Tidak ada lagi berita tentang pelajar cemerlang, reaksi dan cerita bagaimana mereka beroleh kejayaan. Tidak ada pula temubual dengan rakan-rakan atau ibu bapa tentang anak yang cemerlang tadi. Mahukah masyarakat menerima pendekatan ini?

Sumber: english.cpiasia.net

Tiada ulasan: