Ahad, 16 Disember 2012

YANG KOTOR ...YANG BOHONG...YANG PENTINGKAN PERIBADI...YANG JAHAT....SATU HARI AKAN TERBONGKAR JUGA

Malaysia dilanda gempa bumi 5.8 richter
Posted on Sunday, December 16 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Malaysia pernah dilanda gempa bumi pada skala 5.8 richter pada tahun 1976. Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul berkata, berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.

Koleksi artikel kejadian gempa bumi di Malaysia termasuk gempa bumi tahun 1976 di http://gempamalaysia.blogspot.com/

“Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah tegah”

Malaysia kebarangkalian gempa bumi

KUALA LUMPUR
15 Dis. 2012 — Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul berkata, berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.

"Daripada kajian yang kita lakukan, Malaysia mungkin tidak akan ditimpa gempa bumi berskala kuat, tetapi setakat rekod yang kita ada negara mungkin ditimpa gempa bumi berskala sederhana.

"Gegaran pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda," katanya kepada Bernama pada akhir Seminar Teknikal Kebangsaan Gempa Bumi dan Tsunami anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di sini.

Dr. Felix berkata, bagaimanapun gempa bumi berkekuatan sederhana itu diramal berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara.

"Seperti yang kita sedia maklum ada beberapa kawasan di negara ini yang sering mengalami gegaran apabila berlaku gempa bumi kuat di negara jiran seperti di kawasan Kundasang, Ranau dan Lahad Datu di Sabah. Kawasan-kawasan ini mungkin berpotensi dilanda gempa bumi sederhana itu," katanya.

Dr. Felix yang juga profesor dalam bidang Geologi di Akademi Sains Malaysia berkata, kajian yang dijalankan oleh ahli geologi juga mendapati kawasan Bukit Tinggi di Pahang turut berpotensi mengalami gempa bumi sederhana.

Sehubungan itu, katanya masyarakat harus sentiasa bersedia dan tidak panik sekiranya berlaku gegaran pada masa akan datang.

Katanya, gempa bumi paling kuat yang direkodkan di Malaysia setakat ini ialah gempa bumi sederhana pada kekuatan 5.8 skala Richter di Lahad Datu, Sabah pada 1976 yang mengakibatkan banyak harta benda rosak serta bangunan retak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan) JMM berkata, Malaysia mengalami lapan gegaran akibat 22 gempa bumi kuat di negara jiran sepanjang tahun 2012.

Beliau berkata kedudukan Malaysia yang berjiran dengan negara di zon lingkaran gempa bumi menyebabkan Malaysia turut tidak terkecuali daripada terpalit sama merasai gegaran gempa bumi.

— BERNAMA

utusan.com.my"


 BUKTI nyata, TV3 tak buat silap...
Posted on Sunday, December 16 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Sshalehudin



Hangpa ingat lagi sekitar 03hb Julai 2012 yang lalu bilamana 1Malaysia dikejutkan dengan gempa bumi berskala besar?

Gempa bumi menggegarkan negara bila secara angkuhnya TV3 ngan RTM tetiba menobatkan DS Rosmah sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Nama Rosmah, siap ngan gelaran Datin Paduka Seri lagi terpampang megah berserta jawatan Perdana menteri Malaysia ketika di temubual dalam satu siaran langsung eksklusif dengan Rosmah...


Maka, dua tiga hari tu kecohlah 1Malaysia akibat dari gegaran gempa bumi yang kuat tersebut... TAPI, ada PM Rosmah kisah...? Ada Najib peduli semua tuh...? Mahathir yang dinobatkan Umno sebagai negarawan ulung pun termonyeh tengok memang Rosmah yang jadi Piem...


Kahkahkah...

Ni buktinya, apa yang TV3 buat dulu tu memang tak silap...

************************************

ROSMAH RASMI KAPAL TLDM!!! Negarawan macam Mahathir hanya jadi tunggul buruk


Zahid tersenggeh memberi taklimat kepada Rosmah mengenai kapal latihan yang dilancarkan,manakala Tun Mahathir menjadi tunggul buruk dibelakang
Inilah kisah dan perangai isteri Perdana Menteri negara sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor...

Baru-baru ini kecoh pasal kisah seorang artis lelaki yang dikatakan bersanding dimajlis perkahwinan dengan memperagakan unifom pasukan keselamatan. Artis tersebut (Faris Kamil kalau tak silap aku) ditegur pihak Mindef kerana berbuat demikian.

Nah..!!! Kini Rosmah Mansor merasmikan sebuah kapal perang TLDM....

Apa kata pihak Mindef...???

Apakah keistimewaan seorang isteri Perdana Menteri hingga boleh mencampuri urusan rasmi negara.??

Tambahan pula dalam urusan pertahanan negara... Hari ini dilihat Tun Mahathir menjadi tunggul dalam Majlis Upacara Penamaan Dan Pelancaran Kapal Latihan TLDM Pertama di NGV Tech Sdn Bhd, Sijangkang di sini hari ini.

Begitu juga dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang turut sama merestui Rosmah merasmikan kapal tersebut.

Sungguh memaluka negara apabila turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dimana letaknya maruah ATM. Sebelum ini tiada tercatit dalam sejarah ATM sebuah kapal TLDM dilancar rasmikan oleh seorang isteri Perdana Menteri.

Hari semakin hari sikap Rosmah semakin berani mencampuri urusan rasmi negara, apa kelayakan Rosmah mencampuri urusan perasmian berkaitan pertahanan negara. Najib pun tak boleh tegur...hahaha...

Adakah beliau (Rosmah) telah ditauliah sebagai seorang kolenal kehormat didalam tiga cabang pasukan Angkatan Tentera Malaysia,semua ini menjadi tanda tanya warga ATM yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.



Memalukan... Datin Rosmah merasmikan Kapal Latihan TLDM



Malang...Inilah kapal TLDM yang dilancarkan oleh seorang isteri Perdana Menteri Malaysia

Sumber: shalehudin.blogspot.com


Rakyat Bangkit: 250 Ribu hadir PGU6.0 Dungun.
Posted on Sunday, December 16 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mohdnoorawang

"Walaupun ikon daei Ustaz Azhar Idrus tidak senarai dalam program Kebangkitan Rakyat atau Pas Ganti UMNO (KR-PGU6.0) peringkat Negeri Trengganu berlangsung di Paka Dungun selama dua hari 14/12/2012-15/12 /2012 dihadiri penyokong PR dan penyokong UMNO diluar jangkaan pehak penganjur PGU6.0.

Program PGU6.0 di Paka, Dungun dibanjiri orang ramai seramai 250,000 pengunjungyang hadir dalam masa duan hari dilangsungkan. Gambaran yang cukup jelas rakyat Trengganu amnya rakyat Malaysia ingin tahu apakah rancangan PKR jika dapat berkuasa diperingkat pusat dan negeri.

Kami ucapkan tahniah kepada penganjur PGU6.0 Dungun Terengganu dipenuhi ejenda yang baik dan bermaklumat. Malah pengujung juga memberi kredit kepada penganjur kerana memebri ruang yang luas seluruh NGO pakatan rakyat, terutama NGO R (tuntutan royalti minyak ) NGO Waris dan NGO Anak dan seluruh NGO'S yang hadir. Pengunjung teruja dan bermaklumat.

PGU6.0 yang diadakan di Paka, Dungun satu satunya PGU yang paling berjaya jika diambil kira kehadiran, bermalkumat, program yang diaturkan cukup berkesan.

Akrinya kami mengucapkan ribuan syabas dan sejuat tahniah kepada pengarah dan timbalan pengarah (Haji Ariffin dan Haji Hanifah), unit amal, pemuda PAS sDungun, muslimat PAS Dungun, jawatankuasa PAS Dungun dan seluruh jawatan kuasa Pas Kemaman disemua sayap parti mengcurah bakti keringat untuk menjayakan PGU6.0.

Betul apa yang dikatak tokoh tokoh pemimpin yang memberi ucapan, satu kebangkitan yang deras dari rakyat Terengganu. Hanya PAS Terengganu sedikit gusar kehadiran pengundi hantu, puluhan ribu dalam senarai daftar pengundi SPR. INI HALANGAN YANG UTAMA."


 Masalah Air di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah
Posted on Sunday, December 16 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Aduanrakyat.com 16 Dis 2012 - Saya adalah salah seorang penjaga kepada pelajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Negeri, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bekalan Air dan yang terbabit melihat secara serius Masalah Air yang dihadapi oleh pelajar di kolej matrikulasi tersebut.

Masalah yang telah berlanjutan sekian lama menyebabkan pelajar2 mengadu kepada ibu bapa/ penjaga.

Keadaan bertambah serius sejak kebelakangan ini dan pihak Kolej Matrikulasi/ terbabit hanya mampu membekalkan air yang tercemar kepada para pelajar.

Ada pelajar terpaka keluar hingga ke Kuala Lumpur menumpang rumah kawan atau kenalan/ saudara untuk tujuan mandi/ membasuh pakaian. Keadaan ini amat membimbangkan terutama dari aspek keselamatan pelajar2.

Mohon pihak terbabit memandang serius masalah ini. Ini melibatkan masalah kesihatan dan keperluan asas yang sepatutnya disediakan sebaik mungkin kepada pelajar2 di Kolej Matrikulasi tersebut.

Kami hanya disensasikan oleh berita2 masalah air di negeri di bawah Pakatan Pembangkang..tapi sebenarnya masalah air di negeri bawah pentadbiran BN juga berlaku sudah sekian lama...

Mohon tolong selesaikan masalah air di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah ini..Pelajar2 ini adalah aset negara..macam mana mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sekiranya kebersihan serta keselesaan diri berada pada peringkat yang teruk.

Mohon pihak terbabit mengambil tindakan segera.

Terima kasih.

By: Amir
aduanrakyat.com.my"


 Masalah Air di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah
Posted on Sunday, December 16 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Aduanrakyat.com 16 Dis 2012 - Saya adalah salah seorang penjaga kepada pelajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Negeri, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bekalan Air dan yang terbabit melihat secara serius Masalah Air yang dihadapi oleh pelajar di kolej matrikulasi tersebut.

Masalah yang telah berlanjutan sekian lama menyebabkan pelajar2 mengadu kepada ibu bapa/ penjaga.

Keadaan bertambah serius sejak kebelakangan ini dan pihak Kolej Matrikulasi/ terbabit hanya mampu membekalkan air yang tercemar kepada para pelajar.

Ada pelajar terpaka keluar hingga ke Kuala Lumpur menumpang rumah kawan atau kenalan/ saudara untuk tujuan mandi/ membasuh pakaian. Keadaan ini amat membimbangkan terutama dari aspek keselamatan pelajar2.

Mohon pihak terbabit memandang serius masalah ini. Ini melibatkan masalah kesihatan dan keperluan asas yang sepatutnya disediakan sebaik mungkin kepada pelajar2 di Kolej Matrikulasi tersebut.

Kami hanya disensasikan oleh berita2 masalah air di negeri di bawah Pakatan Pembangkang..tapi sebenarnya masalah air di negeri bawah pentadbiran BN juga berlaku sudah sekian lama...

Mohon tolong selesaikan masalah air di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah ini..Pelajar2 ini adalah aset negara..macam mana mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sekiranya kebersihan serta keselesaan diri berada pada peringkat yang teruk.

Mohon pihak terbabit mengambil tindakan segera.

Terima kasih.

By: Amir
aduanrakyat.com.my"


 Fulamak...Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang
Posted on Sunday, December 16 @ 08:01:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: abuluqman

"
Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak.


 Aksi menarik Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu.

 Ito turut memeriahkan himpunan.
 NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu...
Dapatkan berita Terbaik Di ..Nukilan ABu Luqman  
Gambar dan Video: Demonstrasi Pekerja CIMB Di Bangunan CIMB (Depan SOGO)
Posted on Sunday, December 16 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber FacebookKami Boikot Buletin Utama TV3



Pekerja CIMB Berdemo Pagi Tadi Berhampiran Sogo, Di Hadapan Bangunan CIMB Membantah Pengurusan CIMB.


Video Pekerja CIMB Berdemo Tuntut Hak & Bidas Pengerusi CIMB, pagi semalam (15/12/12)
























Sumber: Facebook - Kami Boikot Buletin Utama TV3

Kredit kepada forumer katilempuk

10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui
Posted on Sunday, December 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Kelab Greenboc

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.

Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.

Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi.

Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti.
Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN.

Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.
Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.
Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih mewarisi politik ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja.

Taktik KOTOR 4: Politik Wang.
Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap.

Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang positif.

Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi.
Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan. Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat.

Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit.
Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak berupaya membuka minda masyarakat umum.

Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang.
Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal.

Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas.
Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih bermaharajarela sampai hari ini.

Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah.
Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua ini adalah tipu helah UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru kepada semua pengundi khasnya pengundi baru mesti mengetahui 10 taktik KOTOR UMNO/BN. Jangan kita terpedaya dengan manfaat segera yang berjangka masa pendek atau terperangkap oleh UMNO/BN yang telah pecah amanah yang diberikan oleh rakyat.

Marilah kita bersatu untuk menolak politik perkauman dan UMNO/BN untuk mendirikan sebuah Malaysia Baru yang bebas, adil dan demokrasi.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Sumber: greenboc.blogspot.com
 PANAS! Ahli Perkasa Ada Bai'ah Beb!
Posted on Sunday, December 16 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Jasin Daily

Nampaknya bukan setakat PAS yang ada tapi rupanya pertubuhan yang diketuai seekor katak dari Pasir Mas pun dah pandai beb! Siapa yang tak kenal dengan Tok Him aka Berahim Ali?

Hari ni, dekat Taman Tasik Titiwangsa, dia kununnya menyeru ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), yang majoritinya merupakan ahli Umno hari ini berbai’ah untuk mengundi Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan majoriti dua pertiga gabungan tersebut di Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, kunun bagi memastikan agama Islam dan ketuanan Melayu tidak tergugat.

Tambah Ibrahim, ketika ucapan dasar presiden sempena Persidangan Agung Tahunan ketiga Perkasa di sini menegaskan, dengan kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen Umno dan BN, isu-isu mempertikaikan raja-raja Melayu dan agama Islam tidak akan berlaku.

“Kuasa undi kita pastikan BN dapat majoriti dua pertiga majoriti, termasuk calon parti komponen mereka. “Bila MCA dan MIC menang... mereka juga akan membantu Umno untuk mengemudi kerajaan,” kata Ibrahim di hadapan lebih 2,000 perwakilan dan pemerhati ketika majlis perasmian persidangan agung mereka yang dirasmikan mufti Perak, Harussani Zakaria. Dijangka, Ibrahim akan melepaskan beribu-ribu berudu untuk dijadikan katak sepertinya bagi membolehkan lebih ramai manusia sepertinya hidup dalam kepura-puraan.

Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah menyifatkan termaktublah jalinan kerjasama antara Perkasa dengan Umno walaupun Ibrahim tidak menyertai parti perkauman itu. Perkasa kini dianggap 'tukang kutip wang saman' untuk Utusan Malaysia setelah pemimpin Pakatan Rakyat berjaya dalam kes saman fitnah mereka terhadap akhbar itu.

Sumber: jasindaily.blogspot.com
 Harussani terima anugerah kehormat PERKASA
Posted on Sunday, December 16 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Malaysiakini
Orang Melayu perlu memperkukuhkan pegangan agama Islam dan kedaulatan bahasa Melayu walaupun diasak pelbagai ancaman ketika ini, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Beliau berkata agama perlu diletakkan sebagai garis panduan dan berjalan seiring dalam perjuangan memartabatkan hak orang Melayu.

Katanya isu seperti murtad, hak istimewa orang Melayu, raja-raja dan sebagainya tidak harus dilihat sebagai cubaan melunturkan kekuatan bangsa Melayu yang ada ketika ini.

"Lihatlah kembali kepada sejarah, walaupun (semasa) kita dijajah, orang Melayu tetap berpegang dengan pegangan agama... begitu juga dengan memperkasa bahasa, mempertahankan akidah, melaksanakan syariat Islam dan memperkukuhkan bahasa Melayu di kalangan setiap orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perhimpunan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) ke-3 di Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya pertahanan orang Melayu lahir daripada kekuatan agama Islam itu sendiri dan orang Melayu tidak seharusnya memencilkan aspek kerohanian tersebut dalam kehidupan mereka.

"Setiap hari kita baca di media cetak dan mendapat maklumat di media elektronik mengenai keadaan umat Islam yang begitu teruk dihina di bumi ini termasuk apa yang berlaku dalam negara kita," katanya.

Katanya golongan muda sering terdedah kepada ancaman pelbagai pihak untuk memesongkan akidah dan semangat cintakan bangsa mereka namun dengan pertahanan daripada segi pendidikan agama di akar umbi, teras pegangan agama akan terus tersemai dalam jati diri setiap orang Melayu.

Pada majlis itu, Harussani dianugerahi Bintang Tertinggi Pahlawan Perkasa iaitu Tokoh Agama Negarawan sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya dalam memartabatkan institusi keagamaan di negara ini.

Anugerah disampaikan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

- Bernama

Sumber

Tiada ulasan: