Khamis, 27 Disember 2012

BERPOLITIK KENA CERDIK...KITA BERKONGSI ATAS NAMA PAKATAN...KATA DULU NAK MEMERINTAH IKUT UMAR ABD AZIZ...PERKARA YANG MULA2 NAK IKUT IALAH BERIMAN PADA ALLAH SWT...BETUL TAK

PAS: Ganti ‘God’ dengan 'Tuhan' elak polemik

Harakahdaily, 26 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan pendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal Bible.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

“Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Hujah Tuan Ibrahim, menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam jika digunakan di tempat awam termasuk dalam Bible terjemahan.

“PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian,” kata beliau.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa nama Allah adalah sensitif dan kesuciannya mesti dipelihara oleh umat Islam.

“Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk,” terang Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Sehubungan itu, katanya, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem.

“Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’,” tambahnya.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),   tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik, kata Tuan Ibrahim.

“Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini,” terang beliau.

Isu kalimah Allah timbul semula  selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Menekankan bahawa ada dalil-dalil yang membenarkan atau harus kepada bukan Islam menggunakan Allah, Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berpendapat situasi semasa di negara ini amat tidak sesuai sekali kerana kenyataan itu bakal dilihat umat Islam sebagai ofensif and berbentuk provokasi sehingga mengugat keamanan yang sedia ada jika tidak dikawal.

“Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk United Kingdom (UK) dan Vatican City di Itali tidak menggunakan Allah untuk God, malah negara-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini.

“Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah di skrip menggunakan Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman turut melahirkan pendapat yang sama bahawa istilah God lebih sesuai digantikan dengan istilah Tuhan.



Berikut ialah kenyataan penuh Tuan Ibrahim:


Bible Bahasa Melayu menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan


PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.

Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.


Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.

Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.

Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),   tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.



Tuan Ibrahim Tuan Man


Ketua Penerangan PAS Pusat

26 Disember 2012

Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa DAP
12:50PM Dis 24 2012
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."

NONEAkhbar mingguan Katolik, The Herald, pada tahun 2009 berdepan
dengan masalah dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut - yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya - kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam.

Sementara itu, Lim berkata, jika BN sebuan gabungan berprinsip, mesra rakyat, maka ia tidak harus mempolitikkan agama Kristian untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
Kalimah Allah: PPMM gesa DAP hormati keluhuran perlembagaan
3:44PM Dis 26 2012
Sesuai dengan semangat mewujudkan keamanan dan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia, maka DAP dan parti politik, tanpa mengira dalam BN atau Pakatan Rakyat, hendaklah mematuhi dan menghormati keluhuran undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di dalam mendepani isu dan permasalahan yang timbul,khususnya berkaitan penghayatan dan pengamalan kehidupan beragama di Malaysia.

"Hanya dengan kepatuhan sebegini maka kedudukan adil semua agama-agama di Malaysia, sesuai dengan kedudukan dan peranan masing-masing mengikut realiti sejarah dan konteks budaya, akan dapat diaturkan dengan sempurna dan saksama. Sensitiviti kaum dan agama janganlah diusik semata-mata bagi meraih undi," kata presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

PPMM menegaskan budaya dan undang-undang di Malaysia adalah amat berbeza dengan budaya dan undang-undang di luar negara. Keharmonian dan keamanan acuan Malaysia sudah terbukti berkesan dan jangan diganggu-gugat.

Zainul Rijal menegaskan demikian ketika mengulas perutusan perayaan Hari Krismas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP yang menggesa Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia bagi merujuk kepada amalan agama mereka.

"Adalah menjadi sesuatu yang pelik dan menghairankan bagi seseorang pemimpin sebuah parti sekular yang ingin bercakap tentang “prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan intergriti”, tetapi telah dengan sengaja tidak menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan proses undang-undang," kata Zainul Rijal dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada hakikatnya, mahkamah belum lagi mendengar rayuan pihak kerajaan berhubung perkara ini, maka penganut kristian tetap dilarang dari menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk pada Tuhan di dalam agama kristian di dalam sebarang bentuk penerbitan.

"Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Herald dalam kes tersebut namun perintah tersebut telah digantung sementara menunggu rayuan pihak Kerajaan dan Majlis Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. "Dalam erti kata lain, kedudukan hal ini masih bersifat ‘status quo’," tambahnya.

Selain itu, Zainul Rijal mendakwa, kenyataan Lim yang mengaitkan penggunaan perkataan Allah di kalangan penganut kristian dengan “prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti” ternyata bersifat simplistik serta sebenarnya percubaan berterusan sebuah parti politik memperjuang prinsip sekular seperti DAP untuk menyemarakkan nilai-nilai faham sekular di dalam sebuah Negara yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Negara.

Beliau mendakwa, fahaman kebebasan dan demokrasi yang dianuti Lim serta mereka dalam DAP adalah berlandaskan kerangka sekular yang beracuan barat.

Justeru, dakwanya lagi, dalam mencari apa yang didakwa sebagai ‘kebenaran, kebebasan, keadilan dan integriti”, DAP berpandangan bahawa sensitiviti umat Islam di Malaysia boleh diketepikan demi kepentingan minoriti kira-kira sepuluh peratus penganut kristian.

"Sebaliknya, sesiapapun yang memahami dengan jujur konteks dan realiti sejarah serta latarbelakang kedudukan Islam sebagai agama bagi Negara akan bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah ini perlu dihadkan untuk mereka yang menganut Islam di Malaysia," tegas Zainul Rijal.

PPMM, tegasnya, menggesa Lim dan keseluruhan masyarakat Malaysia, demi semangat keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan menghormati ‘due process of law”, agar mengelakkan dari sikap oportunis dalam membuat tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah dan mencabar sensitiviti keagamaan.

"Apatah lagi di dalam konteks kemajmukan masyarakat Malaysia yang berteraskan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan; namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan dengan erti kata boleh diamalkan selagi tidak menghakis keamanan dan kedamaian agama Persekutuan iaitu Islam.

"Apatah lagi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam," tegasnya.

Sehubungan itu, kata Zainul Rijal,  sepuluh negeri telahpun menggubal undang-undang tersebut yang antara lain menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu di kalangan orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka.

"PPMM menggesa empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan menggubal undang-undang tersebut.

"PPMM juga mendesak negeri-negeri yang telah meluluskan undang-undang tersebut segera melaksanakannya.

"Bagi negeri Pulau Pinang pula PPMM difahamkan bahawa suatu fatwa telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri sendiri tentang pengharaman penggunaan kalimah tersebut," katanya sambil menegaskan budaya dan undang-undang di Malaysia adalah amat berbeza dengan budaya dan undang-undang di luar Negara.

"Keharmonian dan keamanan acuan Malaysia sudah terbukti berkesan dan jangan diganggu-gugat," katanya.
Kalimah 'Allah' hanya untuk Sabah dan S'wak, jelas DAP
3:40PM Dis 26 2012
DAP hari ini telah menjelaskan bahawa gesaan Setiausaha Agung Lim Guan Eng supaya kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'Allah' hanya merujuk kepada Bible versi Bahasa Nakatsua du di Sabah dan Sarawak.

"Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali, dan DAP berasa kesal kerana kenyataan Setiausaha Agung telah diputarbelitkan untuk membawa maksud yang lain," kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari.

Beliau menegaskan bahawa dalam perutusan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Natal, Lim tidak pernah sesekali pun merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

"Beliau hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia.

"Maka, langsung tidak timbul persoalan penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia," kata Zairil yang juga setiausaha politik Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, sepertimana yang ditegaskan oleh Lim, penggunaan kalimah “Allah” bukan sahaja biasa digunakan oleh penganut Kristian di Indonesia dan juga di negara-negara Timur Tengah, ia juga merupakan satu kelaziman selama berpuluhan tahun di kalangan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

"Oleh itu, DAP berharap agar hak penganut Kristian di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak akan dinafikan oleh kerajaan pusat," tegasnya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan enam perenggan perutusan sempena Krismas yang dikeluarkan oleh Lim pada hari Isnin, beliau secara ringkas menyentuh mengenai isu kalimah 'Allah' dalam perenggan kedua tanpa menyatakan kepada siapa beliau merujuknya.

Perenggan kedua kenyataan dalam bahasa Inggeris itu berbunyi:

"For this reason, DAP urges the BN federal government to allow the usage of the word ‘Allah’ on the Bahasa Malaysia version of the Bible as has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years. Further, BN should stop using the fear tactics of a Christian state to frighten Malay voters to support BN when Christians have never sought a Christian state but instead pledged loyalty to the federal constitution that Islam is the religion of Malaysia."
Akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada tahun 2009 berdepan dengan masalah dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut - yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya - kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam.

Rayuan itu masih belum selesai di Mahkamah Rayuan.

1. Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa DAP
2. Kalimah Allah: PPMM gesa DAP hormati keluhuran perlembagaan
3. 'LGE bangkitkan isu kalimah Allah, cuba alih isu tanah'

PAS Pahang selami keperitan mangsa banjir

Helmi Ibrahim, 26 Dis 2012

(Tuan Ibrahim bertemu mangsa banjir di Masjid Cherating)

KUANTAN: Masalah yang sama berulang saban tahun dan tiada penyelesaian konkrit! Itulah intipati keluhan wakil penduduk Cherating yang meluahkan perasaan mereka kepada rombongan PAS Pahang yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mereka menziarahi mangsa banjir yang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan, Pahang.

Menurut wakil penduduk tersebut yang lebih memilukan lagi ialah Masjid Cherating yang merupakan masjid utama di perkampungan ini pasti akan di genangi air  yang hampir mencecah lantai masjid.

(Masjid Cherating yang ditenggelami air)

Ia menyulitkan penduduk dan pengguna yang singgah untuk menunaikan solat memandangkan masjid tersebut terletak di laluan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Harakahdaily selepas lawatan ke pusat penempatan tersebut mendapati Masjid Cherating masih di genangi air dan begitu juga dengan deretan rumah penduduk yang terletak disepanjang jalan tersebut.

Situasi tersebut jelas memperlihatkan kegagalan sistem perparitan dan saliran sebagai salah satu punca utama kesan dari limpahan hujan menjadi bertambah serius.
Justeru itu PAS Pahang melalui Pesuruhjayanya menegaskan agar keluhan penduduk di sini di beri perhatian utama oleh agensi yang bertanggungjawab agar rumah Allah dapat di pelihara kebersihannya dan kebajikan penduduk dapat di tingkatkan.

(Tuan Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pengerusi masjid)


Seramai 366 orang masih di tempatkan di situ setakat pukul 2 petang tadi yang terdiri 83 buah keluarga termasuklah 5 orang dari warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Tinjauan Pesuruhjaya Pahang tersebut turut di sertai oleh Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan Pemuda Ustaz Fadhil Noor, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah Tuan Haji Mustapa serta AJK Pas Kawasan Indera Mahkota.

Tuan Ibrahim turut menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan untuk kegunaan penduduk terjejas sebagai tanda simpati PAS terhadap mangsa yang terlibat.

MCA main isu perkauman macam Umno

Khairil Abdul Rahim, 26 Dis 2012
TEMERLOH: Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah (gambar) mendesak MCA berhenti meniru cara Umno dengan memainkan isu perkauman dan fitnah iaitu DAP diperkuda oleh PAS.
Dalam sidang medianya di pejabat PAS Pahang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang berkata, MCA ternyata kehabisan modal politik walaupun terpaksa meniru Umno sehingga memecahbelahkan masyarakat Cina.

Beliau mengulas satu isu majlis makan malam di Telemong, Bentong yang sudah tiga minggu dimainkan oleh MCA dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris.

Majlis makan malam itu dianjurkan DAP Bentong pada 17 November lalu.

Menurut Leong, seorang ahli DAP telah menaja majlis nyanyian dengan dua orang penyanyi dan pada masa itu Setiausaha PAS Kawasan Bentong Junaidi Ishak, hadir mewakili PAS.

“Apa yang berlaku ialah penyanyi pertama telah mengambil masa yang lama sehingga 20 minit membuat persembahan. Oleh kerana banyak acara lagi selepas itu, penganjur telah membatalkan persembahan penyanyi kedua.

“Akibatnya, seorang penyokong MCA yang hadir pada malam itu tidak puas hati lalu membuat cerita kononnya DAP tunduk kepada PAS kerana terpaksa membatalkan nyanyian berikutan kehadiran wakil PAS.

“Cerita itu kemudiannya dispin oleh Ketua Kampung Baru Manchis dengan mengatakan DAP meletakkan kepentingan PAS melebihi masyarakat Cina,” ujarnya.

Leong berkata, akibat peristiwa tersebut MCA telah mempergunakan isu itu termasuk mencabar DAP ‘potong ayam’ di gereja Guan Di di Telemong sebagai sumpah membuktikan siapa berbohong dalam isu itu dan difokuskan dalam akhbar.

“Orang yang paling faham isu itu ialah orang Telemong tetapi Ketua Kampung Baru (Cina) Manchis pula yang  mereka-reka cerita. Sebab itu DAP meminta beliau letak jawatan kerana dia tidak layak menjadi ketua masyarakat Cina kerana memecahbelahkan masyarakat tempatan di situ.

Leong menambah, beliau sedar oleh kerana pilihan raya umum (PRU) sudah dekat kerana itulah MCA terpaksa menggunakan taktik seperti Umno memainkan isu perkauman.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang turut hadir dalam sidang media berkata PAS tidak pernah masuk campur program DAP.

Katanya, tidak timbul langsung soal DAP tunduk kepada PAS sebagaimana PAS tidak pernah tunduk atau dimasuk campur oleh DAP.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan yang turut hadir menambah, isu tersebut sengaja dirancang dan diperbesarkan kerana ia merupakan strategi terancang untuk melemahkan PR.

“Di tempat majoriti Cina, MCA mainkan isu DAP tunduk kepada PAS. Manakala di kalangan masyarakat Melayu, Umno pula menyebarkan dakyah PAS tunduk kepada DAP.

“Sekarang siapa yang tundukkan siapa? Jadi kita harap rakyat sedar permainan politik kotor dan perkauman ini demi untuk mereka mengekalkan kuasa,” katanya.

Penduduk Kg Batu Uban dicadang mohon injunksi

Anis Nazri, 26 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Batu Uban, Pulau Pinang hari ini menuntut Kerajaan Pusat mewartakan kampung itu sebagai kampung warisan.

Langkah tersebut dilihat perlu bagi mengelakkan sebarang pengambilan tanah secara berleluasa dilakukan, lebih-lebih lagi ke atas tanah milik orang Melayu.

Wakil penduduk kampung berkenaan, Iszuree Ibrahim, berkata kampung yang berusia lebih 375 tahun itu berada dalam keadaan 'tidak menentu' apabila terdapat pihak pemaju yang menunjukkan minat terhadap kampung berkenaan.

Beliau yang juga ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang, berkata jika kerajaan mewartakan kampung tersebut sebagai perkampungan tradisi atau warisan, tidak ada pihak yang boleh mencerobohi tanah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan memorandum ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam), hari ini.

Iszuree mendesak Suhakam campur tangan dalam hal ini bagi memastikan kampung tersebut diwartakan sebagai kampung warisan, yang merupakan penempatan Melayu terawal di Pulau Pinang.

"Kami pernah menghantar surat kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berhubung perkara ini.

"Kita juga pernah mengadakan pertemuan dengan timbalan ketua menteri, dan bersetuju dengan tindakan kami mempertahankan kedudukan kampung tersebut," tegas beliau.


Mohon Injunksi

Dalam pada itu, Suhakam dalam responsnya meminta penduduk kampung memohon injuksi bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan dilakukan pihak pemaju.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nagayan berkata pihaknya akan meneliti kes tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

Bagaimanapun, beliau menunjukkan keprihatinan dengan keadaan kampung yang bersejarah tersebut dan meminta wakil penduduk bertindak segera mengemukakan injuksi ke mahkamah.

Difahamkan, terdapat segelintir penduduk kampung berkenaan bersetuju untuk menjual tanah mereka kepada pihak pemaju, Era Kemas dengan dijanjikan sedikit 'habuan'.

Manakala, sebahagian lagi penduduk menentang hasrat tersebut dan bertindak mempertahankan kampung tersebut.

Selain Kampung Batu Uban, Kampung Tanjung Tokong turut menghadapi kemelut yang sama apabila UDA Holdings turut berhasrat membangunkan semula tanah tersebut.

Bagaimanapun, penduduk di kedua-dua kampung berkenaan tidk bersetuju dan mendesak agar kerajaan segera mewartakan perkampungan melayu itu sebagai kampung warisan.

Zailah guna lori hantar bantuan banjir

Hazayani Zakaria, 26 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rantau Panjang mengambil inisiatif mengagihkan keperluan asas kepada mangsa banjir menggunakan lori.

Sejak Kelantan dilanda banjir bermula Isnin lalu akibat air Sungai Golok merentasi Daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof tidak menang tangan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.

Hari ini beliau mengagihkan bantuan mangsa banjir di 18 pusat pemindahan banjir antaranya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dan Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol.

"Keadaan banjir di sini masih lagi buruk dan hai ini Parlimen Rantau Panjang sediakan satu lori bekalan makanan seperti beras, telur, sardin, biskut dan lain-lain keperluan termasuk tempat tidur untuk mangsa-banjir di 18 pusat pemindahan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta orang ramai berdoa agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku sepanjang bencana alam ini.

"Di samping menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita berdoa agar semua urusan dipermudahkan dan tiada kejadian buruk menimpa kita sepanjang menghadapi musim tengkujuh ini," ujarnya.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini ialah 4010 orang.

Manakalan enam jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf, Jalan Pengkalan Rakit Bata, Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Pangkal Gong - Kemubu, Jln Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang dan Jln Cabang 4/Kg Jambu/Meranti.

‘Manfaat lepasan ISMP, tak pelu import dari India’

Harakahdaily, 26 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berminat mengambil guru-guru dari negara India untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair dilihat tidak wajar.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan sewajarnya memanfaatkan kepakaran tempatan termasuk mengambil graduan-graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) berbanding mengimport tenaga luar.

"Malah, tahun lepas, graduan TESL yang ditaja Kementerian PeIajaran sendiri mengadu tidak diberikan tawaran kerja walaupun selepas menunggu selama enam bulan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Najib ketika lawatannya ke India minggu lepas bahawa Malaysia berminat hendak mengambil guru-guru dari negara tersebut untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair.

Sementara itu katanya, kerajaan juga wajar melihat statistik lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang menganggur.

Pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengesahkan bahawa 7000 graduan ISMP belum diberikan tawaran kerja.

Graduan ISMP daripada IPTS mendapati mereka tidak pun dipanggil ke temuduga meskipun mempunyai keputusan yang baik.

"Justeru, mengimport guru-guru daripada India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan daripada yang ada pada hari ini.

"Kerajaan mestilah menimbangkan mengambil lebih ramai graduan ISMP yang berkebolehan untuk menambah bilangan guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan, lantas menurunkan nisbah pelajar-guru," katanya.

Jawatankuasa Wang Ihsan perlu disiasat

M Faqih, 26 Dis 2012

KOTA BHARU: Anak-anak muda Kelantan mendesak Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu disiasat dan diaudit segera kerana dibimbangi berlaku penyelewengan.

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa wujud percanggahan kenyataan berkaitan jumlah wang ihsan yang diagihkan.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyebut RM49.1 juta, manakala Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (RM61.4 juta) dan Dr Awang Adek (RM24 juta setahun).

“Jelas kenyataan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza mengenai wang ihsan yang diagih kepada Kelantan.

“Selain itu wang ihsan juga diagih kepada pemimpin Umno di mana difahamkan setiap bahagian diberi RM2 juta.

“Sedangkan sekiranya kita merujuk kepada kelulusan asal wang ihsan hanya boleh digunakan untuk pembangunan fizikal,” katanya di sini.

Menurutnya perbuatan menggunakan wang ihsan bagi tujuan politik Umno amat menyalahi peraturan dan pihak berkuasa perlu menyiasat segera.

Beliau juga berkata, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunqn Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan pada 3 Januari ini bagi menuntut penjelasan daripada agensi itu berkaitan wang ihsan.

Selain itu demonstrasi serupa akan diadakan di Masjid Bandar Bachok pada 28 Disember ini selepas solat Jumaat.

Hisyamuddin juga berkata, tahun 2013 akan diisytiharkan sebagai Tahun Tuntut Royalti, di mana ia akan dilancarkan pada sambutan tahun baru 31 Disember ini  di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.


Umar bin Abdul Aziz: A great Muslim ruler


Abu Tariq Hijazi
Friday 7 September 2012
Last Update 14 September 2012 5:38 pm
JEDDAH: THERE are a few rulers in the world who have left indelible impressions in history. Caliph Umar bin Abdul Aziz tops that list. He is considered one of the finest rulers in Muslim history, second only to the four rightly guided caliphs — Abu Bakr, Umar, Uthman and Ali (RA). In fact, in some circles, he is affectionately referred to as the fifth and the last caliph of Islam.
The Roman emperor, when heard about his death, said: "A virtuous person has passed away... I am hardly surprised to see an ascetic who renounced the world and give himself to the prayers of Allah. But I am certainly surprised at a person who had all the pleasures of the world at his feet and yet he shut his eyes against them and lived a life of piety and renunciation."
Umar bin Abdul Aziz ruled as a caliph for only 30 months but during this short period he changed the world. His tenure was the brightest period in the 92-year history of the Umayyad Caliphate.
He was the son of Abdul Aziz bin Marwan, the governor of Egypt while his mother, Umm-i-Aasim was the granddaughter of Caliph Umar Ibn Al Khattab.
Umar bin Abdul Aziz was born in 63 A.H. (682 A.D.) in Halwan, Egypt, but he received his education in Madinah from his mother’s uncle, the celebrated scholar Abdullah Ibn Umar. He stayed in Madinah till his father’s death in 704 A.D., when he was called by his uncle Caliph Abdul Malik and was married to his daughter Fatima. He was appointed governor of Madinah in 706 A.D. succeeding Caliph Waleed bin Abdul Malik.
Umar remained governor of Madinah throughout the reigns of Caliph Walid and Caliph Suleiman. But when Suleiman fell seriously ill, he wanted to appoint heir, as his sons were still minors. Reja ibn Haiwah, the adviser, proposed to him to appoint his cousin Umar bin Abdul Aziz as his successor. Suleiman accepted the suggestion.
After being nominated caliph, Umar addressed the people from the pulpit saying: “O people, I have been nominated your caliph despite my unwillingness and without your consent. So here I am, I relieve you of your pledge (baiyat) that you have taken for my allegiance. Elect whomsoever you find suitable as your caliph." People shouted: "O Umar, we have full faith in you and we want you as our caliph." Umar continued, “O people, obey me as long as I obey Allah; and if I disobey Allah, you are not duty-bound to obey me."
Umar was extremely pious and averse to worldly luxuries. He preferred simplicity to extravagance. He deposited all assets and wealth meant for the ruling caliph into the Bait Al Maal. He even abandoned the royal palace and preferred to live in a modest house. He wore rough clothes instead of royal robes and often went unrecognized in public like his great grandfather Caliph Umar ibn Al Khattab.
After his appointment as caliph he discarded all the pompous appendages of princely life-servants, slaves, maids, horses, palaces, golden robes and real estates and returned them to Bait Al Maal. He also asked his wife Fatima to return the jewelry she had received from her father Caliph Abdul Malik. The faithful wife complied with his bidding and deposited all of it in the Bait Al Maal. Later, he got his articles of luxury auctioned for 23,000 dinars and spent the amount for charitable purposes."
He never built a house of his own. Allama Suyuti in his historical work "Taarikh Al Khulafaa" records that Umar spent only two dirhams a day when he was caliph. He received lesser salary than his subordinates. His private properties yielded an income of 50,000 dinars annually before his nomination, but when he returned all his properties to the Bait Al Maal, his private income was reduced to 200 dinars per annum. This was his wealth when he was commanding the vast Caliphate from the borders of France in the West to the borders of China in the East.
Once his wife found him weeping after prayers. She asked what had happened. He replied: "I have been made the ruler over the Muslims and I was thinking of the poor who are starving, and the sick who are destitute, and the naked who are in distress, and the oppressed that are stricken, and the stranger that is in prison, and the venerable elder, and him that hath a large family and small means, and the like of them in countries of the earth and the distant provinces, and I felt that my Lord would ask me about them on the Day of Resurrection, and I feared that no defense would avail me (at that time), and I wept."
He was very considerate to his subjects.
His generous reforms and leniency led the people to deposit their taxes willingly. Ibn Kathir writes that thanks to the reforms undertaken by Umar, the annual revenue from Persia alone increased from 28 million dirham to 124 million dirham.
He undertook extensive public works in Persia, Khorasan and North Africa, including the construction of canals, roads, rest houses for travelers and medical dispensaries.
The result was that during his short reign of two and half years, people had become so prosperous and contented that one could hardly find a person who would accept alms.
Umar is credited with having ordered the first collection of Hadith, in an official manner, fearing that some of it might be lost. Abu Bakr ibn Muhammad ibn Hazm and Ibn Shihab Al-Zuhri, were among those who compiled Hadith at Umar’s behest.
Following the example of the Holy Prophet (peace be upon him), Umar sent out emissaries to China and Tibet, inviting their rulers to embrace Islam. It was during the time of Umar that Islam took roots and was accepted by a large segment of the population of Persia and Egypt. When the officials complained that because of conversions, the jizya revenues of the state had experienced a steep decline, Umar wrote back saying that “Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) was sent as a prophet (to invite the people to Islam) and not as a tax collector." He abolished home tax, marriage tax, stamp tax and many other taxes as well. When many of his agents wrote that his fiscal reforms in favor of new converts would deplete the Treasury, he replied, "Glad would I be, by Allah, to see everybody become Muslim so that you and I would have to till the soil with our own hands to earn a living."
Once a Muslim murdered a non-Muslim of Hira. Caliph Umar, when informed of the event, ordered the governor to do justice in the case. The Muslim was surrendered to the relations of the murdered person who killed him.
The general princely class of that time could not digest these policies of justice, simplicity and equality. A slave of the caliph was bribed to administer the deadly poison to him. The caliph having felt the effect of the poison sent for the slave and asked him why he had poisoned him. The slave replied that he was given 1,000 dinars for the job. The caliph took the amount from him and deposited it in Bait Al Maal. Freeing the slave he asked him to leave the place immediately, lest anyone might kill him. This was his last deposit in the Bait Al-Maal for the welfare of Muslims.
Umar died in Rajab 101 AH at the age of 38 in a rented house at the place called Dair Sim’aan near Homs. He was buried in Dair Sim’aan on a piece of land he had purchased from a Christian. He reportedly left behind only 17 dinars with a will that out of this amount the rent of the house in which he died and the price of the land in which he was buried would be paid. And thus departed the great soul from the world.
May Almighty Allah rest his soul in peace and award him the best place in Paradise.

Umar ibni Abd al-Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Umar ibni Abd al-Aziz (682-720) ialah khalifah Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720. Tidak seperti khalifah Ummayyah sebelumnya, dia dilantik ke jawatan khalifah. Dia ialah sepupu khalifah sebelumnya dan ialah anak adik Khalifah Abdul Malik iaitu Abd al-Aziz.

Biografi

Umar dilahirkan pada tahun 682[1]. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.

Menjadi Gabenor Madinah

Umar dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke Damsyik untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj.

Menjadi Khalifah

Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan[2].
Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Perubahan Pentadbiran

Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.
Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummaiyyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan[3].

Kewafatan

Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.

Pengiktirafan

Hadis Nabi S.A.W
"Allah akan mengirimkan seorang mujaddid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun"
Ijtima' ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz merupakan mujaddid pada kurun tersebut.
Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Adi ibn Hatim sebelum beliau menjadi Muslim
"Adi ibn Hatim. Barangkali yang menghalangi engkau memasuki Islam adalah dengan kemelaratan kaum muslimin. Akan tiba masanya nanti di suatu zaman di mana seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang telah mereka miliki"
Berkata Adi ibn Hatim setelah dia menjadi seorang Muslim
"Aku telah melihat dua perkara yang dinyatakan oleh Nabi dan aku bersumpah perkara ketiga mengenai kekayaan umat Islam pasti berlaku"
Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya
"Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya"
Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan
"Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya"

Cebisan kata-kata menarik

Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.
[4]
- Umar ibni Abd al-Aziz.

Rujukan

Tiada ulasan: