Khamis, 27 Disember 2012

TAK LAH BEGITU KOD...MUNGKIN NAK BERDIRI LEBIH TINGGI AGAR ORANG NAMPAK...KOMEN TU AGAK2LAH

Malunya Felda dipijak oleh orang BN

Faiz Abdullah, 26 Dis 2012

(Petugas BN 'menunggang kenderaan Felda untuk menyekat kembara Oren)

TAMPIN: Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim menyifatkan tindakan petugas Barisan Nasional (BN) yang berdiri atas kenderaan rasmi pengurusan Felda sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) ketika menghalang Kembara Oren masuk ke Felda Bukit Rokan Barat pada hari Ahad lepas amat memalukan.

"Malu sungguh bila melihat seorang lelaki yang mengibarkan bendera BN berdiri dan memijak bumbung kenderaan rasmi Felda .

"Demi mempertahankan politik sempit, dahlah terpekik mengeluarkan kata-kata kesat, sanggup pula memijak kenderaan Felda.

"Demi BN, pegawai Felda pula hanya membiarkan tindakan tersebut. Dimana maruah Felda dan pegawai Felda itu sendiri.

"Sebagai peneroka Felda Rokan, saya mendapati ramai yang membuat kekecohan di Felda Bukit Rokan Barat dan Felda Bukit Rokan Utara ini bukanlah peneroka Felda sebaliknya orang luar yang saya kira sudah tentu orang Umno dari luar Felda," kata Zakaria (gambar).  

Zakaria yang juga merupakan peneroka Felda Bukit Rokan turut berkata bahawa majoriti yang membuat kekecohan menghalang konvoi adalah budak luar.

"Saya orang sini dan saya kenal kebanyakkan mereka. Ramai daripada mereka merupakan remaja termasuk remaja bawah umur.

"Kita boleh melihat bagaimana ada diantara remaja dibawah umur ini turut memegang kayu.

"Kita ada bukti bergambar remaja memegang kayu dalam kekecohan itu dan seorang lelaki berdiri (memijak) bumbung kenderaan Felda," ujar Zakaria.

Penduduk Pengkalan Kubur tunggu janji ditepati

Aslani M, 26 Dis 2012

TUMPAT: Setiap kali musim tengkujuh empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubur bertukar menjadi seperti “lautan” kerana di mana sahaja air memenuhi kawasan.

Kampung Simpangan, Kubang Sawa, Bendang Pak Yong dan Juluk tidak lagi kelihatan daratan, semuanya dipenuhi air hujan dan limpahan Sungai Golok.

Masalah yang berulang sejak sekian lama itu sudah diketengahkan kerajaan negeri kepada kerajaan pusat.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara sudah melawat kawasan berkenaan.

Susulan itu ada pula lawatan pegawai kanan kerajaan dari kementerian berkaitan. Malangnya sehingga hari ini tiada usaha dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan pusat bercadang membina sistem pintu air bagi menghalang limpahan air Sungai Golok di musim tengkujuh.

“Malangnya sehingga sekarang cadangan projek berkenaan tidak menjadi kenyataan. Pembinaan sistem pintu air penting memandangkan kedudukan empat kampung tersebut begitu rendah.

“Malah dengan adanya sistem kawalan berkenaan boleh menghalang limpahan air masin dari Sungai Golok yang boleh merosakkan tanaman padi,” katanya di sini.

Beliau yang tinggal di Kampung Bendang Pak Yong juga menjadi mangsa banjir, apabila di kawasan rumahnya sudah ditenggelami air di paras pinggang.

Menurutnya juga kesan pembinaan jalan keselamatan di kawasan sempadan yang dikenali jalan Kesban juga menjadi punca air hujan tidak dapat keluar ke sungai.

Kata beliau projek jalan tersebut yang tidak dibina banyak laluan air menyebabkan air hujan bertakung dan ditambah limpahan air sungai menyebabkan kawasan rendah mudah tenggelam.

Sehubungan itu beliau berharap kerajaan pusat menyegerakan projek berkenaan memandangkan banjir yang berlaku mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk surut.

Beliau juga berkata, sehingga pagi tadi seramai 17 keluarga (65 orang) berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur II.

“Saya sudah meninjau kawasan-kawasan yang ditenggelami air dan hari ini bantuan berupa makanan akan diagihkan kepada mereka,” ujarnya.

Sementara itu di Pasir Mas, Adun Meranti, Datuk Nasuruddin Daud memindahkan penduduk yang terbabit dengan banjir ke pusat pemindahan yang disediakan.

Beliau memandu sendiri bot bagi memunggah penduduk kerana bimbang paras air semakin meningkat disebabkan hujan masih turun di kawasan hulu dan limpahan air Sungai Golok.

Di Kuala Krai, Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman sejak kelmarin menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terbabit dengan banjir termasuk di Kampung Chenulang, Telekong, Pak Jelak dan Bedal.

Begitu juga di Dun Manek Urai, wakil rakyat kawasan berkenaan, Mohd Fauzi Abdullah petang semalam menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk di Kampung Manek Urai Lama dan Mesek yang ditenggelami air limpahan Sungai Lebir.

Program khas 'ajar' Orang Asal pangkah BN?

Harakahdaily, 26 Dis 2012
IPOH: Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.

Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi (gambar), mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.

Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.

"Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.

"Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik.

Selepas Orang Asal selesai memangkah BN pada kedua dua kertas undi, mereka dikehendaki mengambalikan semula kertas-kertas tersebut, kata mereka lagi.

Sidang media mendedahkan perkara itu juga dibuat di Perak hari ini yang dihadiri Timbalan Setiausaha MPN Perak Tan Kar Hing, Bendahari MPN Perak Dato Dr Yap Yit Thong, YDP PAS Kawasan Tapah Mohd Rahim Nordin dan Exco AMK Pusat Sandrea Ng.

Turut bersama pada sidang media itu termasuk Peguam Orang Asli, Bah Tony dan Ketua Biro Orang Asli MPN Perak, Bah Arsian.

Menurut mereka, tindakan JAKOA dan seorang Adun BN itu telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan pengaruh tidak wajar dan penyogokan.

"Mereka cuba menggunakan taktik yang kotor tersebut untuk menakutkan dan menyogok penduduk orang asli supaya menberikan undi kepada Barisan Nasional.

"Pihak JAKOA yang sepatutnya professional dan menjaga hal ehwal masyarakat orang asli telah diperalatkan untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional," kata mereka lagi.

Sehubungan itu, mereka menggesa satu penjelasan terperinci dibuat kerajaan termasuk JAKOA berhubung pendedahan itu.

Jangan terpedaya arahan hadir ke AGM KPF esok

Hazayani Zakaria, 26 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan, terdapat usaha pihak tertentu mengarahkan perwakilan hadir ke Mesyuarat Agung (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) esok walaupun mahkamah telah mengarahkan ia dibatalkan.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata,beliau mendapat maklumat, pengurus-pengurus Felda diarahkan supaya membawa para perwakilan ke Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak esok untuk menghadiri AGM KPF.

"Saya terima maklumat, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad telah arahkan pengurus-pengurus Felda bawa perwakilan ke AGM esok walaupun ia telah dibatalkan oleh mahkamah," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan KPF agar mahkamah membatalkan AGM KPF ke-31, esok.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pengurus Felda berhubung pembatalan AGM tersebut.

Justeru Mazlan menyifatkan arahan itu sebagai menghina mahkamah dan menggambarkan sikap terdesak individu yang berkepntingan dalam Felda.

"Mereka telah menghina mahkamah dan tidak akur pada keputusan mahkamah berhubung perkara ini pada 24 Disember lalu," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Beliau turut mengingatkan para perwakilan tidak menurut arahan yang menghina mahkamah itu dan menggesa perwakilan yang menerima rahan tersebut membuat laporan polis.

"Saya ingatkan para perwakilan, jangan dengar arahan tersebut kerana ia jelas menghina mahkmah.

"Sesiapa yang menerima arahan tersebut boleh buat laporan polis dengan segera," katanya lagi.

Anak sebelum ini mempertikai keputusan Panel Rujukan pertikaian SKM membatalkan AGM KPF yang diadakan pada 20 Jun lalu.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

AGM KPF yang kan dikendalikan SKM itu sepatutnya berlangsung esok tetapi telah dibatalkan mahkamah.

98 warga emas sertai Jom Shopping Hulu Klang

Harakahdaily, 26 Dis 2012

(Bagus...kata warga emas dan Saari Sungib selepas membeli belah bersama.)

GOMBAK: 98 warga emas menyertai program jom shopping bersama Adun Hulu Klang, Saari Sungib baru-baru ini.

Mereka adalah kumpulan yang ke 13 dalam siri program Jom Shopping yang dilaksanakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri ini.

Program ini diuruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan disertai bersama oleh Adun kawasan berkenaan, Saari Sungib.

(Program pergi shopping bersama-sama umpama rekreasi bagi warga emas)

Program ini dibuat di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang telah diadakan di pasaraya Giant, Batu Caves.

Kesemua mereka dibawa menaiki bas bersama Saari.

Program Jom Shoping ini adalah projek kerajaan negeri Selangor untuk memberikan keceriaan kepada warga emas.

(Terima kasih YB...mungkin itu yang dikatakan warga emas ini kepada Saari selepas shopping bersama.)

Mereka akan dibawa ke pasaraya untuk membeli belah barangan keperluan mereka dengan belanjanya ditanggung oleh kerajaan negeri.

Saari ketika memberikan ucapan ringkas menyampaikan ucapan terima kasih kepada peserta yang hadir menjayakan ini.

Katanya, program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan orang terdahulu dalam membangunkan ekonomi Negeri Selangor.

Adu 'projek sakit' Akademi Usahawan Tani ke SPRM

Harakahdaily, 26 Dis 2012
MARAN: PAS akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung 'projek sakit' Akademi Usahawan Tani di Kg Awah di sini.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama kepimpinan PAS Negeri Pahang melawat kawasan pembinaan tersebut.

Menurut beliau, tindakan membawa perkara tersebut ke SPRM akan dibuat dalam masa terdekat.

"Kita sedang menimbang untuk memanjangkan perkara ini kepada SPRM.

"Kita mahu SPRM menyiasat kemungkinan wujud penyelewengan dalam projek ini," kata Tuan Ibrahim.

Kegagalan projek itu siap mengikut jadual turut ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani ini sebenarnya telah mula dirancang untuk dilaksanakan di bawah RMKe-9.

Projek ini merupakan projek Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang.

Ianya bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta progresif bagi membawa industri pertanian lebih maju dan berdaya saing.

Projek pembinaan Fasa 1 telah disiapkan pada 18 Oktober 2006 dengan kos berjumlah RM6.86 juta.

Manakala, tarikh siap projek Fasa 2 mengikut kontrak adalah pada 16 April 2010 dengan kos berjumlah RM2.53 juta.

Laporan audit menyebut, tahap pelaksanaan Fasa 1 projek ini adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi.

Selain itu, ketiadaan perancangan awal yang teliti telah menyebabkan banyak pengubahsuaian dilakukan setelah projek siap dilaksanakan dan pihak kontraktor juga telah menggunakan Table Tender Drawing dan bukan Construction Drawing sebagai rujukan semasa menjalankan kerja pembinaan.

Mansuh PTPTN tetap jadi agenda utama Pakatan

Harakahdaily, 26 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Meansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara 10 agenda utama Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam mereformasikan hala taju pentadbiran negara secara keseluruhan.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, untuk menjana ekonomi negara, reformasi terhadap sistem pendidikan amat perlu, kerana ia berkait rapat antara satu sama lain, lapor KeadilanDaily.

“Pakatan melihat pemansuhan PTPTN sebagai reformasi kepada aspek pendidikan negara. Apabila ada perubahan dalam pendidikan, sekaligus ia akan menyumbang kepada penjanaan ekonomi di pelbagai bidang lain.

“Itu yang BN tak faham. Mereka ingat ini hanya gula-gula pilihan raya kerana mereka sudah biasa memberikan ‘gula-gula’ kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Rafizi berkata, jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan baru, Pakatan akan lihat secara total beban kewangan yang ditanggung rakyat dan negara.

Katanya, berdasarkan tanggungan PTPTN sekarang, ia bukan saja membebankan penghutang, tetapi negara juga akan terbeban dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Jelas Rafizi, dalam tempoh 10 tahun, jumlah hutang yang diberi dengan jumlah dibayar semakin tidak seimbang, seterusnya menyebabkan negara terkesan teruk.

“Paling ketara sekarang, kos pendidikan tinggi menjadi semakin mahal. Di masa akan datang hanya golongan kaya yang mampu sambung belajar,” tambahnya.

Rafizi sebelum ini mendedahkan bahawa kerajaan hanya menanggung RM24.7 bilion jika PTPTN dimansuhkan, berbeza dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencanangkan jumlah itu sebanyak RM43 bilion.

Antara kaedah yang dicadangkan Rafizi dalam melupuskan RM24.7 bilion hutang PTPTN itu adalah dengan memperkenalkan pelaburan tetap dalam sektor pendidikan sebanyak RM2 bilion setahun daripada hasil minyak Petronas.

Selain itu, beliau berkata, konsolidasi (penyatuan) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu untuk mengurangkan jumlah IPTS yang selama ini menelan pembiayaan PTPTN.

“Kita mahu IPTS yang betul-betul berprestij diwujudkan dan bukan sekadar IPTS yang dibuat di atas rumah kedai. Kalau institusi pengajian tinggi percuma banyak di negara ini, maka IPTS akan bersaing sesama mereka dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik sahaja,” katanya.

Kali ini Ahmad Maslan pula melawak

Aspan Alias, 26 Dis 2012
Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata BN akan merampas dua puluh kerusi Parlimen dari yang dipegang oleh Pakatan Rakyat sekarang ini dan terus memenangi pilihanraya dengan kekuatan 2/3. Telahan Ahmad Mazlan ini amat menggelikan hati banyak pihak.

Mereka hendak bertanya kepada Ahmad Maslan “di mana BN hendak cabutkan 20 kerusi itu?” Di sebaliknya pihak yang inginkan perubahan pula berkata Pakatan Rakyat lah yang akan dapat merampas setidak-tidaknya 20 kerusi dari BN. Masing-masing mempunyai perkiraan masing-masing, tetapi yang jelas UMNO serta BN sedang menghadapi zaman getirnya yang belum pernah dialaminya sejak merdeka.

Buat kali pertamanya pemimpin BN bercakap hendak merampas kembali kerusi dari Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum ini untuk pembangkang mendapatkan kerusi dari BN adalah perkara yang sangat mustahil. Keadaan yang mereka alami sekarang ini merupakan fenomena yang sedang menghantui BN khususnya UMNO kerana jika orang Melayu berubah seperti yang kita jangkakan kali ini UMNO akan kehilangan banyak kerusi bukan sahaja di Semenanjung malahan di Sabah sendiri parti itu sedang dalam kemurungan.

Bagi orang Melayu untuk berhijrah menyokong PAS merupakan keberangkalian yang sangat besar. Kegagalan UMNO untuk memperkuatkan kedudukannya sudah menjadi perkara yang sangat susah untuk di lakukan sekarang ini. PAS yang umurnya tidak berapa tahun sahaja muda dari UMNO yang asal dahulu telah melalui segala pahit maung politik dan sekarang parti itu sudah menjadi parti matang dan berpengalaman luas untuk menghadapi rakyat di seluruh negara.

PAS begitu lama terhimpit oleh kuasa BN dan bukan sedikit pemimpin-pemimpin mereka terperosok dalam tahanan politik dalam sejarah kemerdekaan negara. Tahap ‘resilience’ nya begitu tinggi sehinggakan PAS kini menjadi satu parti yang sangat tersusun dalam segala pendekatannya dengan rakyat. Elemen amal yang ada di dalam PAS tidak mungkin dapat di tandingi oleh BN dalam gerak kerja dalam PAS dan parti Islam itu telah berjaya mendekati hati dan jiwa rakyat Melayu Islam dan juga bangsa-bangsa bukan Melayu dan bukan Islam.

PAS begitu berjaya menunjukkan yang kesederhanaan seperti yang dituntut agama itu sememangnya mampu di aplikasi oleh PAS dan ini berkehendakkan pengalaman yang luas. PAS akhirnya berjaya untuk meyakinkan rakyat beragama Islam dan bukan Islam yang semua yang kita lakukan itu mesti ada elemen keagamaannya. Itulah yang dikatakan addin itu. PAS telah menunjukkan sifat rendah diri dan sanggup menghadapi segala tekanan dari pihak berkuasa UMNO sejak dulu sehingga ke hari ini.

Perjalanan parti itu adalah satu perjalanan yang begitu jauh dan mencabar kerana tekanan pihak pemerintah sebegitu lama. Kini PAS telah melepasi segala masalah-masalah lama kerana penerimaan rakyat terutamanya dikalangan orang yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi amat jelas kelihatan. Di komuniti akademik juga begitu ramai yang memberikan sokongan kepada PAS kecuali dari ‘professor-professor’ yang agak kangkung yang memerlukan UMNO sebagai tempat sandaran mereka untuk mengekalkan kedudukan glamour mereka.

Pengaruh PAS telah menular di mana-mana dan penularan pengaruh PAS ini telah menghantui UMNO kerana PAS lah parti yang akan menundukkan UMNO kerana parti itu juga akan berhadapan dengan UMNO dalam kawasan-kawasan yang majoriti Melayu Islam. Itulah sebabnya UMNO telah mula memainkan dan mendendangkan lagu agama di mana-mana walaupun dendangan lagu agama mereka sangat sumbang di dengar tetapi mereka sedang berusaha untuk menandingi PAS dalam hal ke agamaan ini.

Kita patut beritahu Ahmad Maslan yang penting jika UMNO ini sedar ialah untuk menentukan kerusi yang mereka (UMNO) pegang sekarang kekal di tangan mereka. Kerusi-kerusi di tangan mereka (UMNO) pun sedang menghadapi masalah besar untuk dipertahankan. Oleh itu saya tidak nampak di mana letaknya harapan untuk UMNO merampas 20 kerusi dalam pilihanraya kali ini dan terus sahaja mendapat kekuatan 2/3 dalam Dewan Parlimen selepas pilihanraya ini.

Tetapi Ahmad Maslan sememangnya ada hak untuk berangan dan tidak ada siapa yang boleh menahan beliau dari berangan. Berangan itu percuma….tidak payah bayar atau ambil lesen. Beliau boleh berangan sekehendak hati beliau. Beliau boleh berangan dari buka mata sehingga matanya pejam di tengah malam nanti.

Beliau akan sedar yang 66 kerusi yang dipegang UMNO di Semenanjung ini akan kehilangan beberapa banyak lagi. Di Sabah ada 13 kerusi lagi yang ditandingi UMNO. Satu persoalan yang pasti ialah di Sabah itu lebih dari setengah kerusi genggaman UMNO akan jatuh. Oleh itu saya tidak nampak UMNO akan menambah kerusi kali ini. Tetapi yang pasti Ahmad Maslan akan terdiam selepas pilihanraya kali ini.

Tiada ulasan: