Sabtu, 22 Disember 2012

HUKUMNYA BUKAN KALAH TAPI JIKA SABIT BAYAR BALIK...PULANGKAN...SERTA PENJARA..HUKUM ALLAH NERAKALAH...JANGAN ANGGAP RAKYAT BODOH

'Kenyataan SPRM tak cukup membersihkan nama Cecil'
 
Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham tidak terbabit menutup siasatan terhadap penyiasat persendirian P Balasubramaniam, tidak mencukupi untuk membersihkan beliau daripada dakwaan dikaitkan dengan penyediaan akuan bersumpah (SD) kedua Bala.

Kenyataan Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil semalam menunjukkan suruhanjaya itu "lebih kepada untuk mempertahankan keputusan (menutup siasatan)" berbanding menyiasat sebarang kesalahan, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

"Kenapa SPRM begitu cepat mengeluarkan penafian khususnya bila Cecil menganggotai panel itu. Ia tidak cukup dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau (Cecil) tidak terlibat.

"(Ia) tidak bermakna keseluruhan isu pemalsuan SD tidak wujud. Ini telah disokong oleh sekurang-kurangnya dua individu," kata Tian Chua yang merujuk kepada Bala dan ahli peniagaan permaidani Deepak Jaikishan.

Sebaliknya Tian berkata SPRM dan polis perlu membuka semula siasatan terhadap kemungkinan kesalahan termasuk "membuat akuan bersumpah palsu, beri keterangan palsu, penculikan, peras ugut, rasuah, amalan korup, pembunuhan dan cubaan menutup kesalahan itu".

Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata ini termasuk Seksyen 107 dan 120A Kanun Keseksaan dan Seksyen 191 Akta Akuan Bersumpah 1960.

Malaysiakini telah menghubungi Cecil melalui fax, emel, surat serahan tangan dan sedang menunggu penjelasannya.
'Jangan ungkit isu lampau, rakyat dah hukum kami'
 
Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

NONE"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP," katanya lagi.

Zin sebaliknya mencabar kerajaan Selangor agar telus dan berani tampil ke hadapan menjelaskan kemampuan mereka mengumpul rizab tunai negeri sebanyak RM2 bilion.

NONE"Hari ini kita minta secara telus - secara kompeten, akauntabel,dan telus - supaya mereka berikan kita dokumen berkenaan apa yang mereka sebut mereka telah berjaya mengumpulkan hasil Selangor sebanyak RM2 bilion.

"Kita mahu tahu keluar masuk (duit) dan kita mahu dokumen ini untuk kita berikan kepada akauntan untuk dianalisa secara perakauanan forensik.

"Sama ada hasil pungutan cukai dengan menaikkan kadar bayaran taksiran menyumbang kepada kumpulan wang disatukan, atau pun dengan pelupusan aset?" tanya beliau.

Menurutnya, tumpuan sekarang ini perlu diberikan kepada usaha membina negara dan beliau berharap rakyat akan memberi BN peluang untuk kembali mentadbir Selangor.
  • Harimau Malaya · · Pengulas Tertinggi · Real Estate Negotiator di Chester Properties Sdn Bhd (Taman Desa Branch)
    diorang ungkit benda lama boleh pulak, bodoh BN nih....
    • Pisang Madu · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      mmg bodoh hak milik bn/umno
    • Saifz Mohd · Pengulas Tertinggi
      Tu yg ungkit pasal amanat Hj Hadi yg dah lebih 20thn tu apasal?
    • Harimau Malaya · · Pengulas Tertinggi · Real Estate Negotiator di Chester Properties Sdn Bhd (Taman Desa Branch)
      tu baru yang kantoi kat selangor, belum satu malaysia lagi, boleh pengsan nengok kerenah bn bodoh ni
    • Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
      diungkit pasal x settle lagi lah bahlol malaun sekor tu! tu byk lagi x selesai? sebab tu kena ungkit supaya rakyat tahu semua kepornoan ko tu wahai umporno n malaun sekor nie? apa punya baghal sekor nie? BANYAK LAGI AKU NAK TENGOK KETELANJANGAN PARTI DAN KOMPONEN PARTI DACING SENGET NIE! BOGEL SAMPAI ILANG ANUNYA!!!
    • Azizan Abdul Shukur · Pengulas Tertinggi
      amanat hadi 1981 baru sekarang nak ungkit..menteri umno tahap bahal.bahalol..isu ugama setiap kali pileharaya didalam tv utusan..bahalol pemiminpin umno..
    • Brook M. Yeh · Pengulas Tertinggi · USM Pulau Pinang
      Mengaku ambik dan telah dihukum kunun. Serah balik tanah2 tersebut ,24 keoing bukan sikit woii. Sendiri mintak, sendiri lulus, BAHAYA...
    • Michael Lee · Pengulas Tertinggi · Klang
      puak 2 umno gini da kata hukum...hahaha
      jinn belum cukup ko olan laku kesalahan serius pengkhianatan negara...hukum se begini mesti ikuti undang2..ikut seksen kanun seksaan 302 dan di ikuti sebatan.
    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · Forever
      Rakyat Selangor jangan bagi peluang pada puak-puak penyamun ni...hidup-hidup mereka ni takde pk lain duit...tipu...duit.tipu....duit....tipu...
    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      amanat ? biar aku jawab, org dok tengah ngaji agama kena tembak,kat memali, sapa tembak org2 islam tu? islam jgak ke? heh heh heh
    • Yan Designerspace · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      sidang akhbar penyamun dan penyangak baju biru
    • Shahdon Abd Wahab · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      Secara x langsung....benar la 24 eping tanah tu dah kena rembat!!!....terperangkap!!!!....ha3...... tSKI
    • Jamaludin Karim · Pengulas Tertinggi · Freelance di Mineral Research Centre
      amanat che det dan soi lek tak nak ungkit ke
    • Anas Takiyudin · Pengulas Tertinggi · CEO & Founder di Sabun Warisan Bumi
      yang diungkit bukan kesalahan pulak tu. hahaha. mmg betul la agama suku politik suku itu amalan kafir. Melakukan amalan kafir tu Islam ke ?
    • JOm UbAh · Pecinta Ilmu Pasti
      Harimau Malaya ...org jawa, kampungkena sedar...dulu byk kena tipu.
    • Mohd Rasul Putera Awang · Poli Kota Melaka
      20tahun...xbaik ko memadai tau..31 tahun..hahaha...
    • Norashikin Abdul Rahman · · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      ala... ngaku salah jek... tp perangai sama jugak, samseng... bodo tanak belaja... org nak ajar free pon tanak... jd kesimpulan aku, walau dia ngaku salah, perangai tak ubah tade makna sbb dia mungkin akan ulang kembali perangai lama... aku mmg kompem pangkah pr...so, tayah la ko msg aku lg mat zin woi...
    • Amangkot Ayuni · Gadjah Mada University
      Shahdon Abd Wahab .. Akhirnya mengaku jugak, belasah 24 keping, tu tak kira lagi kat SBernam, K.Slangor, Tg.Kurang dll. Dah ambik, apa lagi serah balik ler
    • Cik Nene · Pengulas Tertinggi
      Telah mengaku silap dan penuh kelemahan. Lebih 50 tahun. Masa yg sangat panjang..
    • Yusmira Ahmad · Sekolah Kebangsaan Seri Budiman
      rakyat takkan bodoh lagi utk membiarkan puak umno memusnahkan negara....
    • Nazri Nordin · Pengulas Tertinggi · Melaka
      kalu pr menang pru13 nnti kita tengok siapa yg kena..hahahaha....1RIBU 1..1RIBU2...1RIBU3..macam cita p.ramle.....hahahaha pundy kutty
    • Mohd Razib Basiron · · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
      geng bukan kat belakang tuh Zed Zaidi ker? hahahaah~dia pun nak terjebak gak? wakaka~
    • Pucung Sejati · 24 years old
      bn bangang,cakap takserupa bikin ,bodoh punya org,
    • Pertama Tengah Akhir Mati
      'Jangan ungkit isu lampau, rakyat dah hukum kami'
      http://www.youtube.com/watch?v=aaYk6e6u87U

      HUKUM RAKYAT PADA BN IALAH BERUNDUR PRU13.

      KERAN PENINGGALAN KERAJAAN BN PADA NEGERI PAKATAN RAKYAT DENGAN PENGURUSAN YANG bersifat putar belit politik.

      http://www.youtube.com/watch?v=Nh3uIfN8DWU
    • Wong See Pang Wong · Pengulas Tertinggi
      BUKAN MASALAH UNGKIT TAK UNGKIT.... YG PASTI NYA UMNOBE'END DAH TAK RELEVAN UNTOK MEMIMPIN.... SEJAK DR.M SAMPAILAH SKRG DAN SELAMANYA TAK LAYAK UNTOK MENERAJUI MALAYSIA... MALAYSIA BUKAN UTK ORG2 UMNOBE'END WARIOSAN DR M. SUMER CERITA KARUT DAN DONGENG..... MEMANG TAK LAYAKKKKKKKKKKKK.....
    • R Mohan Tg Malim · Pengulas Tertinggi · SMK Slim River, Perak
      Saifz Mohd ,dah tau rakyat hukum depa tapi masih tak insaf apalah punya BN.
    • Bangla Kacak
      Mana kaum sprm? Pegilah siasat bodoh...!
    • Nik Zuraidee Nik Mohd · Pengulas Tertinggi · INSTITUT TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG (DIP. IN SCIENCE)
      Perangai UMNOgok nie kadang2 sukar nak difahami...kalau yang berkaitan ngan PR,dalam kubur pun dikoreknya..tapi kalau terkena kat dia orang....bangkai gajah disuruh tutup ngan pemyapu....nasib ko lah labu...
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Norashikin Abdul Rahman ...
      KALAU DAH PERANGAI ANJING MAKAN TAHI....JIKA SESIAPA SOKONG UMENO ....TETAP ANJING2 ITU AKAN CIUM DAN MAKAN LAGI JUGA TAHI AKHIR NYA
    • Badrul Hisham Khalid
      Bodoh dengan BN bagaikan irama dan lagu.... tak dapat dipisahkan sampai bila-bila......
  • Kahsi Liamsi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Korek Jamban Sdn Bhd
    Amanat haji Hadi dah berlalu lebih 30 tahun boleh pulak diulang tayang, dasar penyamun tarbus punya orang. Rakyat sudah hukum BN 2008, maka rakyat akan kuburkan BN 2012/13...
    • Chottii Bashar · Pengulas Tertinggi
      Jangn layan puak2 PEMBANGKANG..puak2 PEMBANKANG mmg dasar fitnah dan pembohongn penuh dgn KORUPSI,,PEMBANGKANG ni mmg keje dia asyik nak MEMBANGKANG je..apa yang kerajaan buat semua tak kena,,Syabas kerajaan kerana anda adalah sebenarnya HERO rakyat Selangor dan Malaysia

      P/s ''Pembangkang'' di atas adalah merujuk kepada rejim umno di selangor
    • Chottii Bashar · Pengulas Tertinggi
      umngok ni sebok dgn amanat hadi tahun 1981 dulu..

      klau nk mngunkit sgt kisah2 lama..kami rakyat malaysia memohon siasatan dibuka mngenai satu AMANAT Tunku Abdul Rahman menyuruh semua umat melayu hapuskan UMNO..haaa..amacam!??!!
    • Brook M. Yeh · Pengulas Tertinggi · USM Pulau Pinang
      Mengaku ambik, BAGUS dan telah dihukum kunun. Serah balik tanah2 tersebut , 24 keping bukan sikit woii. Sendiri mintak, sendiri lulus, BAHAYA...
    • Belatok Jambul Mas · Pengulas Tertinggi · 62 years old
      Chottii Bashar tak napi hero ada yang penipu pun ada.
    • Che Sukri Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
      Brook M Yeh Aku nak gelak Paling Hebat Bab Menipu ni tak leh lawan UMNGOK , Istilah paling aku gelak SENDIRI POHON SENDIRI LULUS
    • Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
      KL, rakyat dah hukum bee end gantung mandatori, tak berapa lama lagi tibalah hari gantung iaitu PRU 13.siaplah kain kapan banyak2 ha ha
    • Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
      Brook M. Yeh, minta maaf je anak kecik ku pun pandai..pandai kena kat depa la..
    • Abd Malik Rashid · - di KPM
      pada tahun 1981 dulu, umnongok bukan faham dan tak tau pun apa yang dikatakan oleh tg hadi .... yang mereka tau masa tu adalah judi, arak, rasuah & betina.......!!!!!!!
    • Kamall Haji · Pengulas Tertinggi · Network Administrator di Telekom Malaysia
      Chottii Bashar binawe ko ingatkan.....
    • Master Fahmi · Pengulas Tertinggi · Institut dakwah islamiah perkim
      Hukum lain kuburkan lain berbeza.....
    • Banu Bini · Mechanic di Motorcross
      emm komen2 kat atas ni maksudnya haji hadi dulu salahlah????????
    • Kahsi Liamsi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Korek Jamban Sdn Bhd
      Banu Bini: bukan bermaksud Haji Hadi salah atau tak yang jadi persoalan. Tapi ttg isu2 lama yg sengaja ditimbulkan semula oleh UMNO semata2 nak tarik perhatian org. Bila kena tang batang hidung sendiri tau pulak menggelupur.
    • Anas Takiyudin · Pengulas Tertinggi · CEO & Founder di Sabun Warisan Bumi
      yang diungkit bukan kesalahan pulak tu. hahaha. mmg betul la agama suku politik suku itu amalan kafir. Melakukan amalan kafir tu Islam ke ?
    • Qamarina Qamal
      Bila rakyat yang pohon tanah....mereka ambil berbelas tahun dan ada yg berpuluh tahun untuk berikan kelulusan. Ntah2 ada yang menjadi arwah ketika menunggu kelulusan tanah yang dipohon.
    • Amangkot Ayuni · Gadjah Mada University
      Qamarina Qamal >> Ada kenalan aku tu, 3 kali p/raya, asyik daftar jer, tanah tak dapat2. Kerja dah kuat, pasang poster dacing, tapi kroni jugak yg dpt
    • Syrayhan Ahmad · · Pengulas Tertinggi · UiA
      Insyallah...Allah bersama2 BN....
    • Nazri Nordin · Pengulas Tertinggi · Melaka
      sekarang nak minta maaf sbb rakyat dh hukum kunonnnnya...hahaha mcm citer kartun sang kerbau tlh menolong sang buaya eehh lepas 2 sang buaya yg xkenang budi nak mkn plk sang kerbau nasib sang kancil yg bijak ada klu x matilah sang kerbau yg baik hati 2..jd puak2 umno bend nie kira mcm sang buaya yg x kenang budi yg rakyat dh beri peluang selama 55thn...hahaha sian sang buaya(umno) nak minta dimaafkan...hahaha tumbangkan bend di pru13..
Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan
11:11AM Dis 21 2012  
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

NONESiswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.
NONESementara itu, Umar dibawa ke Penjara Kajang petang ini bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Permohonan penangguhan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas hukuman dijatuhkan dan Hakim Amelia Tee sedia mendengarnya petang ini.
Bagaimanapun peguam Umar gagal menjejaki timbalan pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes ini.
Nik Aziz jelas isu tanah milik syarikat Ngeh
2:49PM Dis 21 2012  
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan berhubung isu tanah ladang seluas 10,526 hektar kepada syarikat swasta yang mana kemudiannya dibeli pemimpin DAP Datuk Ngeh Ko Ham.

Tokoh PAS itu menafikan dakwaan pemimpin Umno bahawa tanah itu sebagai rasuah kepada Ngeh dan DAP sebagai pertukaran bagi membolehkan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menteri besar selepas pilihan raya umum 2008.

NONEDalam kenyataan Setiausaha Akhabarnya Ahmad Fadhli Shaari yang disiarkan oleh portal berita Harakahdaily berkata, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyifatkannya sebagai "satu fitnah besar".
Dakwaan itu mula dibangkitkan oleh blog pro-BN pisau.net yang mendakwa kerajaan negeri memberikan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh.

Blog itu mendakwa tanah itu sebahagian daripada perbincangan DAP dan PAS pada 2008 berhubung pelantikan menteri besar Perak selepas kedua-dua parti bersama PKR menguasai majoriti kerusi DUN di negeri itu.

DAP yang menguasai lebih kerusi berbanding PAS dan PKR, menolak pelantikan Nizar sebagai menteri besar tetapi kemudiannya mengubah fikiran dan menerima pelantikan pemimpin PAS itu.

Dakwaan itu, kemudiannya dikuatkan oleh pemimpin Umno Perak, termasuk ADUN Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Exco kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman, yang mengemukakan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menunjukkan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd dimiliki Ngeh dan beliau pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu.

NONEManakala seorang lagi pemimpin DAP, Nga Kor Ming - ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping - juga merupakan salah seorang pengarahnya. Ngeh pula adalah ADUN Setiawan dan ahli parlimen Beruas.

Kedua-dua pemimpin DAP itu adalah sepupu dan dilaporkan menafikan dakwaan tersebut tetapi enggan mengesahkan mereka memiliki atau syarikat Upayapadu Plantation.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli berkata tanah yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 13 September 2000 untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah yayasan itu.

"Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan projek usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat.

"Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan," katanya.

NONEMenurutnya lagi, tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.

"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Ahmad Fadli juga menegaskan segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat sama ada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK.

"Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang," katanya.
Susilo bangkitkan isu kenyataan Zam pada Najib
Dakwaan kontroversi bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

NONESusilo (kanan dalam foto) menyentuh perkara itu semasa
lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.

"Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur.

Perdana menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.

Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.

Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.

"NONEBagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua
orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.

Zainuddin (kanan) telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Zainuddin memanggil Habibie dan bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme".

- The Jakarta Globe
'Jabatan tahu guru SK Bihai ponteng'
 
Pejabat Pendidikan di Gua Musang telah dimaklumkan bahawa guru-guru di di sekolah pedalam untuk kanak-kanak Orang Asli di Kelantan - SK Bihai -  hanya mengajar mereka tiga hari seminggu.

Perkara itu diberitahu dalam sesi dialog dengan pegawai jabatan berkenaan pada 1 November lalu, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK, Arom Asir.

Para pegawai yang hadir termasuklah pegawai pendidikan daerah Gua Musang,  Mohammad Zahari Othman.

"Mereka sudah tahu. Kami bangkitkannya dalam dialog tersebut dan wakil kementerian hadir," Arom memberitahu Malaysiakini semalam.

Beliau mengulas saranan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi kepada ibu bapa sekolah tersebut supaya membuat aduan supaya kementerian boleh menyiasatnya.

Sesi dialog itu diadakan di Dewan Jubli Perak di Kuala Betis, Gua Musang, selepas ibu bapa Orang Asli mengadu tentang perbuatan guru menampar empat murid Tahun Enam - yang kesemuanya bukan Islam - kerana tidak membaca doa selepas makan tengahari.

NONEArom (kanan), yang menghubungi Malaysiakini dari Kuala Betis - bandar terdekat dengan sekolah berkenaan yang mempunyai liputan telefon mudah alih - berkata beliau akan berbincang mengenai permintaan Puad itu dengan pada ibu bapa.

Orang lain yang turut menghadiri sesi dialog tersebut adalah Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pesuruhjaya, Muhammad Sha'ani Abdullah.

"Isu ini telah dibangkitkan semasa dialog tersebut apabila Kementerian Pelajaran memohon maaf kepada ibu bapa (atas insiden menampar itu). Ia sudah (hampir) dua bulan lalu," kata Sha'ani memberitahu Malaysiakini melalui SMS.

Selasa lalu, Puad meminta ibu bapa sekolah tersebut membuat laporan kepada kementerian berhubung aduan bahawa kanak-kanak hanya belajar tiga hari seminggu, dan beliau akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Kelantan untuk menyiasatnya.

Warga Bangladesh didakwa liwat kanak-kanan lelaki
3:41PM Dis 21 2012  
Seorang jurukimpal warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun pada Oktober lepas.

Md. Rezaul dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Blok B, Lorong Merak 57, Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), pada  12 tengah hari, Oktober lalu.
  
Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.
  
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Malaysia dan tidak mempunyai jurubahasa.
  
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 23 Jan depan untuk sebutan semula kes.
  
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Md. Daud.

- Bernama

Tiada ulasan: