Jumaat, 14 Disember 2012

SYAITAN MEMANG MENGANGGU 24 JAM DAN DENGAN PELBAGAI CARA...ORANG TAK IKHLAS SERTA KAKI MAKSIAT LAGI LAH MUDAH DIGODA DAN DISESATKAN

Ganjil, provokasi hanya kerap di kesan di tempat Melayu
Posted on Thursday, December 13 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh ibn_bacoks

Siri Provokasi dan sabotaj yang sering dialami telah melahirkan satu keganjilan apabila kekerapannya dikesan telah dilakukan oleh sebuah parti perkauman Melayu yang berseteru dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sedangkan, apabila penganjur sesebuah ceramah mengadakan programnya bersebelahan dengan pejabat sebuah parti perkauman selain Melayu, kita boleh saksikan yang mana keadaannya tenang dan tiada sebarang provokasi.

Tidakkah kita semua lupa seperti insiden terbaru yang melibatkan sebuah billboard milik PAS disimbah cat di Parit Raja gara-gara bengang dengan kehadiran lebih 20,000 rakyat yang berhimpun di Dataran Pt. Salleh Ros baru-baru ini.

“Pada sebelah pagi tadi ceramah Pakatan rakyat pasir Gudang di Plentong dekat kedai kopi cina,walaupun ceramah tak jauh dari bilik gerakan MCA tetapi tiada provokasi dari pihak mereka berbeza dengan UMNO ketika kami ceramah di Seri Alam bulan lepas mereka buat provokasi yang melampau terhadap ceramah Pakatan,” kata Syed Othman Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas.

Justeru, bilakah insiden tidak bertamadun seperti ini akan berakhir?

Sumber: ibn75.wordpress.com


 
Deepak dakwa adik PM bayar PI Bala

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menamakan seorang adik perdana menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Dakwanya lagi, beliau turut bertanggungjawab mempertemukan Datuk Nazim Razak dan Balasubramaniam, tetapi urusan pembayaran wang kepada Bala itu, dakwanya, dilakukan Nazim.

Deepak interview"Saya mengesahkan kenyataan saya sebelum ini bahawa Datuk Nazim menyertai pertemuan untuk memudahcara apa-apa yang perlu dilakukan.

"Penglibatan saya hanya untuk mempertemukan semua orang," dakwanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Bala pada awalnya menandatangani satu akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau kemudiannya menandatangani akuan berkanun kedua bagi menafikan akuan pertama yang dakwanya ditandatangani ketika keselamatan keluarganya menjadi taruhan.

Bala kemudian mendakwa dibayar tunai dan dijanjikan lebih banyak wang selepas bersetuju menandatangani akuan bersumpah kedua dan berpindah ke luar negara bersama keluarganya.

Deepak dalam wawancara semalam mendakwa wang yang diterima Bala datang daripada "Datuk Nazim dan sumber-sumbernya".

Pada tahun 2009, wartawan Malaysiakini cuba menghubungi Nazim berulang-ulang kali untuk mendapatkan penjelasannya tentang dakwaan tersebut.

Malaysiakini berkunjung ke pejabatnya dan menyerahkan senarai soalan untuk dijawab Nazim.

Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil sehinggalah wartawan Malaysiakini bertembung dengan Nazim di Masjid Negara selepas solat Jumaat pada Disember 2009.

Beliau pada ketika itu baru selesai menziarahi pusara ayahnya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak.

Sewaktu ditanya tentang dakwaan Bala pada ketika itu, beliau hanya menjawab "tiada apa-apa yang perlu diperkatakan".

Dalam wawancara semalam, Deepak berkata beliau tampil mendedahkan perkara di sebalik kontroversi pembunuhan itu kerana risau "roh Altantuya tidak bersemadi dengan tenang" sehingga beliau dihantui "sumpahan Altantuya".
'Ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa'
8:01PM Dis 13 2012
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menjangkakan kemungkinan besar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan didakwa pihak berkuasa Hong Kong atas tuduhan pembersihan wang haram.

Rafizi berkata demikian dengan memetik kenyataan naib pengerusi kepada satu panel yang menyelia Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong, James To.

NONEKatanya, beliau turut menyerahkan dokumen yang didakwanya sebagai bukti baru dalam kes sumbangan politik RM40 juta pada Umno Sabah kepada ahli majlis perundangan Hong Kong itu.

"James To memaklumkan bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

"Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia," kata Rafizi dalam kenyatannya.

Rafizi turut yakin bahawa dokumen yang dikemukakannya itu adalah bukti baru yang tidak diperolehi ICAC sebelum ini.

Antara lainnya, dokumen itu  adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Menurut Rafizi, beliau yakin ICAC akan memanggil seorang saksi rahsia bagi "memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC".

Bagaimana pun, beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut tentangnya kerana diminta ICAC untuk melindungi kerahsiaan siasatan.

"Oleh yang demikian kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti diputuskan ICAC," katanya.

Susulan perkembangan terbaru kes ini, PKR menurutnya akan menjelajah seluruh Malaysia untuk berkempen bagi meningkatkan tekanan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara menyiasat kembali kes itu.
Isu altar: MP akui gesa Khalid letak jawatan
MP Kapar S Manikavasagam hari ini mengakui bahawa beliau memberi kata dua kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu perobohan satu altar Hindu di Sepang dalam satu ucapannya di Putrajaya semalam.

NONENamun Manikavasagam menjelaskan bahawa beliau bermaksud supaya Khalid meletak jawatan sekiranya gagal mengambil tindakan berhubung isu tersebut.

"Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk menyiasat dan menghukum pegawai yang terlibat dalam tindakan tersebut.
Manikavasagam mengulas dakwaan ketua Pemuda MIC T Mohan bahawa beliau memberi kata dua itu pertemuan MP tersebut dengan beberapa pemimpin Pemuda MIC di Putrajaya semalam.

Individu berkenaan bertemu semasa perhimpunan 500 orang yang berarak ke Jabatan Pendaftaran Negara berhubung isu masyarakat India tanpa taraf kerakyatan semalam.

NONEMohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video yang didakwa menunjukkan MP PKR menyatakan perkara itu.

Mohan turut mengedarkan transkrip yang didakwa sebagai percakapan Manikavasagam, yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, kepada pemberita.

Namun, kandungan sebenar ucapan berkenaan tidak dapat dipastikan oleh pemberita.

Dalam sidang media tersebut, Mohan turut menggesa menteri besar supaya meminta maaf dalam isu perobohan altar berkenaan.

"Sekarang tidak ada kenyataan (daripada Khalid). Kalau buat salah kena minta maaf, jangan tutup," katanya.


  • Faiz Voo Fasirul · Pengulas Tertinggi · S.M all saints likas secondary school
    yang salah tetap salah............siapa manikavasagam itu yang beri kata dua kepada MB selangor???? hang hanya mp jangan berlagak hero.....

    • Radzi Suhaimi · Pengulas Tertinggi · Pengurus Ladang di Kerja sendiri jeeee
      "mp"tu dh melampau sangat...berapa banyak surau yg di robohkan oleh pihak penguat kuasa atas alas tertentu...tpi umat islam di negara ini boleh bersikap rasional..tpi dlm kes ini...puak ni pulak cm naik tocang pulak...

    • Michael Lee · Pengulas Tertinggi · Klang
      faiz voo fasirul !
      radzi suhaimi !

      mp manikasawagan hanya menjalan tugas saja beliau di pilih rakyat utk beri khidmat ...serupa ngan mb kalid juga rakyat pilih.. kalo mb di tegur jika prestasi mb ada kekurangan..

      apa salah nya ?

    • Mohd Noor Azhar · Pengulas Tertinggi
      Radzi Suhaimi ye betul kita ada peraturan berkenaan pembinaan rumah ibadat atau tempat sembahan.Kalau semua tempat dibenarkan pembinaannya ia boleh menyusahkan pihak lain.Sebab rumah ibadat ini adalah sangat sensitif kepada penganut agama itu sendiri atau agama lain.MP ni nampak melampau...

  • Suhaimi M Ghani · Pengulas Tertinggi · University of South Alabama, USA
    Jangan dillayan sangat geng2 tamby ni, mmg over, brp banyak dah surau yg dipindah dan diroboh, tapi kita msih blh berunding, kalau mcm ni attitude lah... Susah mau tawan putrajaya, sikit2 suruh MB letak jawatan , baru jadi MP... Kalau si tamby ni jadi MB atau menteri lagi teruk... Kalau sapa jadi jiran pun mesti komplen buat rumah jadi mcm kuil

    • Ary Ycb · Pengulas Tertinggi · University of chiba
      Aku sokong suhaimi.Keling ni kau tengok,ape dia buat sbg MP.D Parlimen tak pernah ade idea.Klu lah dia dpt peluang lompat,100% dia lompat klu dpt habuan besaq

    • Radzi Suhaimi · Pengulas Tertinggi · Pengurus Ladang di Kerja sendiri jeeee
      ada masanya kite orang islam harus bersatu...x kira fhmn politik yg berlainan..tpi jika melibatkan kes2cmni,..kite perlu berdiri teguh dgn undang2 yg dh sedia ada..

  • Mohd Nasir · Pengulas Tertinggi · ITM
    Ahli parlimen kapar PKR ni bermasalah sedikit sejak dulu lagi..pastikan dia ni tidak dicalonkan kembali dalam pilihanraya akan datang.

  • Naimat Sukri · Pengulas Tertinggi · UKM
    Jangan layan hindu kafir ini, dia ingat boleh buat kuil mana dia suka, asal ada pokok besar, mana ada busut dia buat tapak sembayang dia, mula-mula kecil lama-lama dia buat jadi besar, tak kira tanak orang ke, tanak kerajaan ke, tepi jalan ke, ikut suka dia saja. macam kat batu cave, masa dulu kecil sahaja sekarang batu cave tu dibuat macam dia punya.

    • Azmir Aziz · Pengulas Tertinggi
      Puak2 gelap ni biasa la. Ada kuasa sikit. mcm monyet dapat bunga...jgn dilayan sgt puak ni. Nk buat x minta izin. Bila nk d roboh bising2 mcm sial...Klu korang bhenti traffic light, korang perasan x puak mana yg selalu langgar lampu merah? Cuba perhati...

  • Razak Najib · Pengulas Tertinggi
    Seprti juga umno dan mca yg menggunakan isu2 agama utk mendapatkan sokongan mudah menjelang pilihanraya ke 13 yg akan diadakan tidak lama lagi, begitu juga dikalangan sebahagian besar pemimpin2 PKR dan DAP seperti MP Kapar S Manikavasagam dan juga Karpal singh yg tiada berkesudahan memainkan isu2 agama yg akhirnya akan memberi impak negatif kepada kempen menuju atau merampas putra jaya. Atau pun mereka ini tidak yakin akan kemenangan merampas tampuk kuasa dari BN. Menjuarai isu2 agama adalah cara mudah untuk meraih undi untuk menyelamat dan menempah tempat dalam pilihanraya. MP sebegini tidak mampu menjuarai isu2 lain yg lebih memerlukan perhatian seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan juga penindasan dgn menggunakan institusi seperti polis, macc, mahkamah dan sebagainya. Kita lebih rela utk tidak memberikan undi atau memilih pemimpin sebegini kerana merekalah yg sebenarnya malaikat yg tidak dikenali. Adalah tidak bijak untuk memperjuangkan isu2 agama yg dangkal sebegini pada ketika tampuk kuasa masih berada di tanga BN. Bersabarlah sedikit sehingga tampuk kuasa di pegang oleh PR maka pada ketika itu barulah isu2 agama sebegini sesuai diperjuangkan bermati2an.

  • Noor Khalili · Pengulas Tertinggi
    Nasib baik mamat ni bukan exco. Jika tidak beliau wajib letak jawatan. Kata-kata beliau pada pandangan saya adalah BIADAB terhadap MB Selangor. Inilah yang berlaku bila mulut mendahului akal. Situasi seperti tidak harus berlaku.YB PR mesti professional. Jika ini sikap anda, orang atas pagar spt saya mungkin kena berfikir semula untuk berikan undi kepada anda

  • Bernard Lim
    Mungkin kuil dibina di atas tanah kerajaan. Terlalu banyak kuil dibina di sebelahan jalan atas tanah kerajaan(prime land) sesuka hati tanpa membuat permohonan tanah untuk membina kuil terlebih dahulu. Ramai juga tidak ada daftar pertubuhan mereka juga.

  • Hariz Rosdi · Pengulas Tertinggi
    Rumah Ibadat Perlu Teliti dalam mengambil tindakan..semua bangsa taksud kpd kepercayaan mereka..kita org islam pun marah surau dirobohkan.....kecuali org yang tadak agama..MCA hina hudup pun tak kisah.

  • Muhammad Azraei · Pengulas Tertinggi
    Aku cadangkan pada pucuk pimpinan PKR pd PRU13 nanti thamby Manikavasagam ni jangan dicalonkan jdi MP.

  • Leftenan Nan · Pengulas Tertinggi · Statsaut. ejendomsmægler di KGB
    Mentaliti kebanyakan pemimpin india di malaysia ni seperti suka nak jadi hero filem tamil tanpa mahu berpijak dibumi yang nyata.....baik dari PR atau BN sama saja.Kebanyakan mereka gagal menggunakan akal yang waras dalam sesuatu isu dan cukup suka berretorik seperti dalam filem tamil.
Solidariti Hijau: Lynas perlu dedah 4 dokumen

Sekumpulan aktivis mewakili 80 NGO hari ini mendesak Lynas Corporation mendedahkan pelan untuk menukar sisa buangannya kepada produk selamat yang didakwa untuk dieksport ke luar negara.

NONEGabungan NGO dikenali dengan nama Solidariti Hijau itu menyatakan Lynas perlu mendedahkan perkara itu, termasuk tiga lagi dokumen, demi "memulihkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti agensi dan kredibiliti agensi dan kementerian yang terlibat".

Solidariti Hijau menuntut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed menghentikan atau membekukan lesen operasi sementara (TOL) Lynas sekiranya perkara itu tidak dipenuhi.

Tiga lagi dokumen yang dimaksudkan ialah hasil penyelidikan berkaitan kitar semula sisa, pelan tindakan kecemasan, pelan dan lokasi bagi kemudahan pelupusan tetap (PDF) dan pengurusan sisa buangan Lynas.

NONE"Kegagalan untuk menjadikan ia sebagai dokumen umum akan menyebabkan timbulnya persepsi negatif di kalangan pihak awam bahawa Lynas dan kementerian yang terlibat seolah-olah meletakkan kepentingan diri sendiri mengatasi keselamatan dan kesihatan rakyat.

"Oleh kerana itu, selagi Lynas tidak menyerahkan kesemua dokumen mandatori yang disebutkan di atas, maka seharusnya Datuk Seri serta kementerian lain yang terlibat membekukan atau membatalkan TOL yang telah diluluskan," memorandum NGO itu dipetik.

Pengerusi Solidariti Hijau Zulkefly Mohamad Omar berkata kajian mengenai perkara itu sepatutnya disiapkan terlebih dahulu sebelum kelulusan lesen TOL diberikan. 
FORUM PRU 13: Masa Depan Ekonomi Negara - “Negara Bankrap 2015?"
Posted on Thursday, December 13 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: pemudaGombak

"

Bahang PRU 13 semakin panas membara.

Tempoh parlimen negara sudah hampir tempoh matangnya yang akan tamat pada Mac 2013.

NEGARA BERKEBAJIKAN menjadi tawaran PAS kepada rakyat jelata seandainya berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13 akan datang.

BUKU JINGGA pula menjadi manifesto bersama PAKATAN RAKYAT seandainya berjaya memerintah kelak.Harga petrol turun?

Harga kereta turun?

Harga barang turun?

PTPTN dihapuskan?

Tol dihapuskan?

atau

“NEGARA BANKRAP” selepas PRU 13 nanti? Persoalannya siapa yang akan bankrapkan negara – BN atau PR?

Nantikan jawapan persoalan-persoalan di atas pada program,



FORUM PRU 13: MASA DEPAN EKONOMI NEGARA
“Negara Bankrap 2015: Negara Berkebajikan Sebagai Solusi”

Pada : 5 JANUARI 2013 (Sabtu)

Bertempat di: DEWAN FADZIL NOOR, KUIZM, TAMAN MELEWAR.
Pukul: 8:30 malam hingga 11.30 malam
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Gombak

Menampilkan tokoh-tokoh berkalibar iaitu;

DR ROSLI YAAKOB
- Beliau ialah BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA
- Terlibat secara langsung dalam menggubal dasar-dasar ekonomi negara sebeum beliau bersara.
- Jadi beliau merupakan orang yang amat berkelayakan untuk mengupas isu-isu semasa ekonomi tanah air yang berlaku hari ini, sepeti korupsi, ketirisan, inflasi dan sebagainya.

USTAZ ZAHARUDDIN MOHAMMAD
- Beliau ialah PAKAR EKONOMI ISLAM.
- Mempunyai pengalaman dalam institusi perbankan Islam di Malaysia.
- Terlibat dalam beberapa kajian ilmiah dalam dunia ekonomi Islam di Malaysia malah peringkat antarabangsa.
- Sedang menyiapkan tesis PhD dalam isu percukaian ekonomi kapitalis dan perbandingan dengan sistem zakat dalam ekonomi Islam.

SDRA SYAHIR SULAIMAN
- Beliau merupakan PENGANALISA EKONOMI
- Tulisan-tulisannya mengenai isu-isu ekonomi negara banyak disiarkan di beberapa web seperti The Malaysian Insider, Harakahdaily dan Malaysiakini.
- Mewakili suara anak muda Malaysia yang ingin melihat ekonomi Malaysia baru yang mesra anak muda.

JUMPA KAMI DI SANA!!!

Maklumat lanjut boleh layari, website pemuda Gombak, http://tinyurl.com/forum-pru13 atau page facebook event di www.facebook.com/events/a>"
 FB: Pendedahan Kepincangan FELDA
Posted on Thursday, December 13 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: PenyemakBumi

"Bro Yee: Alahai KPF oh...... KPF Sungguh malang nasib mu ...........

Ada saje tak habis2 busuk hati dan berdengki. Awal bulan ini difahamkan pengurus rancangan telah mendapat arahan ibu pejabat supaya mendapatkan tandatangan para perwakilan KPF untuk menyerahkan satu memorandum kepada SKM hal bantahan 3 jawatan utama dalam KPF.

Ada pengurus dari Pahang mengirim sms yg arahan itu adalah dari RGM yang diterima dari pengarah sumber. Arahan pengarah sumber tentulah datang dari bos Felda yg sekarang bercuti di London.

Tapi kelmarin nampak kelibat beliau ada dalam negara dan bertolak balik semula ke London? Macam chow kit pulak boleh ulang alek ye? Kalau puan hamimah dapat cucu, katanya bos Felda pun dpat 'cucu' jugak dari Melaka? Betul ke?

Allah maha besar, kebenaran kepada KPF. Satu daripada memorandum pengurus yang sepatutnya dihantar ke SKM, tersesat ke pejabat KPF. Maka terbongkar lah konspirasi 3 serangkai Felda, rancangan rampasan kuasa dalam KPF.

Apa dah jadi?
Bukan kah malu?
KPF dapat salinan memorandum SKM?

Ada pulak dakwaan yang pengurus mengarahkan perwakilan tandatangan memorandum tanpa apa2 penerangan atau rela hati. Jika benar ada unsur paksaan, maka perwakilan KPF bole buat laporan polis. Perwakilan KPF tidak bole dipaksa dan tiada sesiapa bole campur tangan dalam koperasi.

Bertindak lah demi menjaga maruah ahli dan demi menyelamatkan KPF yang kita sayangi .......... ????

sumber: Orange Malaysia"
 Mengenali Isu Syria
Posted on Thursday, December 13 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: shazzaki

"Sudah setahun berlalu revolusi di Syria yang dicetuskan pada Mac 2011. Kebangkitan rakyat yang pada mulanya itu atau dikenali sebagai revolusi kini bertukar menjadi penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat yang mahukan demokrasi dan keadilan kepada negara itu.

Bagi mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkaitan ini, Unit Penerangan & Penerbitan DPM (MAQAZ) Shoubra telah berkesempatan untuk mewawancara bersama Kordinator Kempen Prihatin Syria yang ditubuhkan oleh PMRAM saudara Muhammad Abdul Malik Abdul Karim pada 23 Februari 2012 yang lepas.

Beliau juga merupakan Penasihat PMRAM dan Ketua Sekretariat Solidariti Mahasiswa Asia Tenggara di Mesir. Semoga dengan sedikit usaha ini dapat memberi penjelasan kepada kita berkenaan apa yang berlaku di Syiria sekarang.

more"
 Antara Bahuku dan Bahunya Ada Syaitan!
Posted on Thursday, December 13 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: al-bahanj

"

Selepas saya mengangkat takbiratul-ihram, seorang pakcik berjubah dan berserban datang masuk ke dalam saf di sebelah kanan saya. Berdirinya agak renggang dengan saya, kira-kira sehasta dari bahu saya. Dalam hati, saya berharap agar beliau merapati saya. Namun saya kecewa.


Pada qiam rakaat kedua, saya mencuit halus lengannya agar beliau merapati saya. Beliau tidak mengendahkannya. Saya kecewa. Kerana saf tidak rapat dan Syaitan pula menyelit-nyelit di kawasan kosong itu. Di antara bahu saya dan bahu pakcik tersebut ada Syaitan!

Hal mengenai Syaitan ini ada disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang maksudnya:

“Janganlah kamu biarkan renggang-renggang barisanmu kerana ia akan dimasuki Syaitan.”

(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Dan dalam hadith yang lain, Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:

“Demi Dzat yang jiwaku berada di dalam genggamanNYA, sungguh aku melihat syaitan-syaitan itu masuk pada sela-sela barisan (saf solat) seperti kambing kecil yang hitam.”

(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Pada rakaat ketiga iaitu rakaat terakhir (solat fardhu Maghrib), saya mencuba sekali lagi, tapi kali ini dengan sedikit kautan lembut di lengannya menarik ke arah saya agar menutup ruang yang lompang itu. Sekali lagi saya dikecewakan. Beliau tidak mengendahkannya. Terpaksalah saya biarkan sahaja kedegilan itu.

Selesai solat dan wirid yang ringkas, saya bingkas bangun untuk mengerjakan solat sunat ba`diah. Kemudiannya saya terus ke kereta untuk meneruskan perjalanan yang jauh ke destinasi yang hendak dituju di pantai timur. Sebelum berjalan ke kereta, saya sempat menoleh dari jauh ke arah pakcik tersebut yang sedang khusyuk berwirid bersama Imam. Hati saya berbisik…

  • Agaknya mungkin sebab saya ni hanya berkemeja-T, berseluar slack dan tidak berkopiah, maka perbuatan saya itu tidak diiktiraf beliau yang berjubah dan berserban itu?

  • Agaknya beliau tidak mengiktiraf perbuatan saya kerana saya lebih muda daripada beliau?

  • Agaknya beliau tidak tahu bahawa perbuatan saya itu dibenarkan?

  • Agaknya beliau tidak tahu kepentingan makmum yang berdiri rapat adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat jamaah.

  • Agaknya beliau tidak perasan perbuatan saya mencuit dan menarik beliau?

  • Agaknya beliau sengaja berdiri jauh untuk mengambil ruang supaya beliau boleh duduk tawarruk dengan selesa di akhir solat. (Tapi jauh sangat berdirinya).
Dan bermacam-macam agakan lagi kalau mahu diagak. Hakikatnya masyarakat kita dalam bab saf solat ini memang masih belum kuat kesedarannya. Sedangkan ia adalah sebahagian daripada suruhan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Allahu A`lam.

- muzir.wordpress.com

*Sumber: muzir.wordpress.com"
 BAGUS, Malaysia kalah 2.0 . Harimau dilenyek Gajah
Posted on Friday, December 14 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Bagus dan aku setuju Malaysia kalah teruk dengan Thailand bola sepak piala Susuki. Pemimpin UMNO terutama PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor senyap sikit dari bercakap angkuh dan sombong.

Jika Malaysia menang dengan Thailand pemimpin UMNO dan Raja yang menjaga bola sepak Malaysia bercakap lagi besar dan media penjilap UMNO menceritakan kemenangan sampai 40 hari 40 malam.

Kalah dan menang adalah adat permainan dari semua sudut permainan. Tapi di Malaysia ceritanya lain dari yang lain. Jika permainannya kalah dijemuh begitu rupa. Tapi jika menang dipuji sampai kepucuk kelapa dan pemmpin UMNO menjadikan ritorik politik murahan.

Apa pun syabas kepada semua pemain bolasepak Malaysia anda adalah pejuang bangsa dan negara. Walaupun gagal untuk berada dipusingan akhir piala suzuki."
 DAP tak ganggu pas, Karpal Singh marah MPKB
Posted on Thursday, December 13 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: anaabdullah

"Dalam Muktamar ke 58 di Putik Kota Bahru Kelantan tidak lama dahulu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berkata PAS tidak rugi.

Sebelum itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan yang juga mursyidul Am Pas Malaysia berkasta DAP tidak ganggu PAS.

Penulis boleh setuju bahawa PAS tidak rugi, kerana pada 1990 PAS menang dan memerintah semula Kelantan selepas 12 tahun jatuh ke tangan umno/BN.

Pada tahun 1999 PAS menang dan memerintah Terengganu selepas  memerintah selama  dua tahun empat bulan kerana undi tak percayaan.

Pada tahun 2008 PAS menang dan memerintah Kedah atas kerjasama dengan pakatan rakyat. Inilah untung yang dapat kita lihat.

Persoalan yang timbul apakah benar DAP tidak ganggu PAS sepertimana dinyatakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lama dahulu itu.

Penulis boleh setuju DAP tidak ganggu PAS apabila tidak setuju dengan peraturan penjualan arak di Bangsal, kerana negeri Selangor diperintah oleh Parti keadilan rakyat.

Akan tetapi bagaimana pula penentangan Karpal Singh terhadap peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu.

Adakah tindakan Karpal Singh terhadap peraturan tersebut bukan bererti DAP ganggu PAS, kerana MPKB bukan PAS dan Karpal bukan DAP.

Hari ini pertauran tersebut sudah ditangguhkan serta merta sepertimana dinyatakan oleh Datuk Takiyuddin (sinar harian) dengan alasan DAP tidak akan menggangu pentadbiran kerajaan Kelantan."
 Ziarah Amal DPPWP ke Rumah Datuk Yahya Sulong
Posted on Thursday, December 13 @ 17:35:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Pemuda Wilayah




KUALA LUMPUR, 13 Dis - Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) telah mengadakan ziarah amal di rumah Datuk Yahya Sulong, Bandar Baru Sentul di sini semalam.Rombongan DPPWP diwakili oleh Ketua Pemuda PAS WP, Sdr. Kamaruzaman Mohamad. Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Sdr. Mohamad Suhaimi selaku Timbalan Ketua Pemuda, Sdr. Wan Shafareen selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPWP dan beberapa orang yang lain.


Ketibaan DPPWP jam 8 malam itu telah disambut oleh Datuk Yahya Sulong sendiri. Walaupun suasana hujan lebat namun ianya tidak mematahkan semangat pemuda-pemuda PAS WP ini untuk berjumpa dengan veteran artis dan pelawak ini. Pertemuan selama 45 minit tersebut telah membuahkan kemesraan di antara golongan muda dengan yang lama.
Veteran artis yang berusia 84 tahun ini memaklumkan bahawa isterinya sedang menghidapi barah paru-paru selama 6 bulan manakala beliau pula mengalami masalah semput. Penderitaan beliau bertambah parah apabila terpaksa menjelaskan tunggakan sewa rumahnya dengan pihak DBKL sebanyak RM800. Ini ditambah pula dengan tiadanya peluang berlakon selama 6 bulan dan beliau tidak mempunyai pendapatan yang lain. 

Justeru, dalam pertemuan tersebut, pihak DPPWP telah memberikan sedikit sumbangan dan barangan dapur bagi meringankan beban kedua-dua mereka.
Penderitaan Datuk Yahya Sulong mendapat perhatian apabila berita mengenai arahan DBKL supaya beliau dan isterinya mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat ini.

.....
http://www.pemudawilayah.com

  Daftar Pemilih Segera Elak Hak Mengundi Dinafikan
Posted on Thursday, December 13 @ 17:31:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohamad Suhaimi

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menggesa semua rakyat Malaysia  yang telah berusia 21 tahun dan ke atas untuk mengambil kesempatan mendaftar diri sebagai pemilih.

Ini kerana tempoh pendaftaran pemilih hanya sehingga 31 Disember 2012 dan selepas dari itu kemungkinan besar rakyat Malaysia yang tidak berdaftar atau lambat mendaftar diri tidak berkesempatan mengundi dalam pilihanraya umum ke 13.

PAS WP menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan pada pertengahan atau akhir bulan Mac 2013 dan mandat kerajaan paling akhir adalah pada bulan April 2013. Justeru hanya daftar pemilih yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi suku ke empat 2012 (sehingga Disember 2012) sahaja akan digunakan sebagai daftar pemilih yang sah. Bulan Disember 2012 telah berlalu hampir separuh bulan, dan tinggal separuh bulan lagi untuk dihabisi. Rakyat mesti menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sebelum tamatnya bulan Disember 2012 bagi mengelakkan hak mereka dinafikan.


Mengundi dalam pilihanraya umum adalah suatu kewajipan kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pilihanraya adalah proses bagi memilih kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara. Rakyat berhak menentukan pemimpin negaranya melalui proses pilihanraya. Kesilapan memilih pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri, mengkayakan kroni, rasuah, korup, menyeleweng serta menyalahgunakan kuasa akan merosakkan masa depan negara. Justeru amat rugilah bagi mereka yang mensia-siakan peluang keemasan ini yang hadir hanya 5 tahun sekali.


PAS WP percaya pilihanraya umum ke 13 adalah masa terbaik buat rakyat melakukan perubahan. Dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat, isu yang begitu banyak di negara ini dan bukti kebobrokan yang jelas dilakukan oleh kerajaan BN di hadapan mata, PAS WP merasa yakin rakyat akan melakukan perubahan dalam pilihanraya umum ke 13 dan mandat baru bersama kerajaan Pakatan Rakyat akan mampu diraih dalam PRU ke 13 hasil dokongan dan sokongan rakyat.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan


Tiada ulasan: