Jumaat, 14 Disember 2012

LAWAK...LAWAK BODOH....DAH GITU2 PUN MASIH BERLAGAK

PRU13: Jangan perkecil undi Perkasa
Wartawan Sinar Harian
13 Disember 2012
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR -  Datuk Ibrahim Ali menasihatkan mana-mana pihak khususnya parti politik tidak memperkecilkan peranan ahli-ahli Perkasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu, Presiden Perkasa ini tidak menolak pertubuhan bukan kerajaan ini, yang terdiri daripada sekitar 300,000 ahli akan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti dalam PRU13.
"Awak boleh kata saya ‘king maker’ tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua Parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat Parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting," kata  beliau kepada Sinar Harian Online semalam sempena Perhimpunan Agung Perkasa hujung minggu ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, "sebab itu saya nak bagi tahu kepada mana-mana pihak, jangan memperkecilkan Perkasa."

"Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya lagi.
Perkasa ditubuhkan susulan pilihan raya umum empat tahun lalu. Ia akan mengadakan perhimpunan agung tahunan ketiga Sabtu ini.
Dalam pada itu, kata Ibrahim, Perkasa menyokong Barisan Nasional dalam PRU13.
"Pendirian Perkasa ialah kita masih NGO dan kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini, tetapi kita juga terima hakikat dalam memenuhi agenda Melayu, Bumiputera dan keselamatan negara, kita juga mahu melihat kestabilan politik negara, kita juga berhak mengundi, nak tak nak kita kena tentukan pendirian untuk pilihan raya.
"Walaupun kita tak bertanding sekurang-kurangnya nak pandu ahli-ahli kita kepada siapa kita nak memilih," kata beliau yang mengesahkan pihaknya memutuskan untuk menyokong BN.
Katanya, ia keputusan dicapai pada sesi pemukiman Perkasa pertengahan tahun ini.
Guna surat Jawi tipu derma
SARINAH MAT KASIM
13 Disember 2012
Guna surat Jawi tipu derma
Ahmad Husaini (kiri) menunjukkan tabung dan surat kebenaran yang digunakan ketika meminta sedekah.
SEREMBAN – Dengan bermodalkan sekeping salinan surat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), satu sindiket mengutip derma bergerak aktif sehingga mampu memperoleh pendapatan mencecah RM54,000 sebulan.
Itu yang dilakukan sindiket yang didalangi seorang lelaki bergelar ustaz dari Thailand yang menjadikan aktiviti meminta sedekah, kononnya untuk madrasah tahfiz anak-anak yatim, sebagai sumber pendapatan mereka.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu terbongkar, semalam apabila seorang lelaki warga Thailand ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika meminta sedekah di Pasar Tani Ampangan, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, dalam operasi kira-kira 10.30 pagi itu, pihaknya menahan lelaki tersebut yang dilihat sedang merayau-rayau meminta wang daripada orang ramai.

Menurutnya, lelaki memakai baju Melayu dan bersongkok, bercakap dalam bahasa Melayu berloghat Kelantan, berlagak seperti peminta sedekah itu kelihatan berlegar-legar sekitar pasar tani berkenaan untuk mengutip dana, kononnya untuk membina madrasah di negara mereka.

"Dia berlegar-legar sambil membawa surat kebenaran Jawi, tabung derma dan beberapa dokumen dipercayai palsu di kawasan tumpuan ramai.

“Hasil soal siasat, lelaki berkenaan mengaku disuruh melakukan kegiatan itu oleh seorang lelaki bergelar ustaz dari Thailand untuk mengutip derma, bukan saja di negeri ini, malah Kedah, Johor dan Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, walaupun lelaki itu mempunyai surat kebenaran dikeluarkan Jawi, namun setelah disiasat, surat berkenaan sebenarnya surat kebenaran meminta derma oleh seorang wanita dikenali Ustazah Tasneem Omar selaku Pengerusi Yayasan Tarbiah Anak-anak Yatim di Narathiwat, Thailand.

“Bagaimanapun, surat itu disalahgunakan sindiket berkenaan apabila mereka membuat salinan dan mengagihkan kepada beberapa individu lain untuk mengutip derma di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ahmad Husaini berkata, lelaki berusia 20-an itu turut mengakui dihantar seseorang dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda bersama lima yang lain dan mereka mampu meraih keuntungan sehingga mencecah RM54,000 sebulan hasil kutipan daripada aktiviti tersebut.

"Dalam beberapa jam sahaja, lelaki ini sebenarnya mampu mengumpul wang sehingga RM500 sehari, mengikut keadaan tempat yang disinggah," katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian ditahan untuk membolehkan JHEAINS menyoal siasat dan mengambil tindakan undang-undang, termasuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Serang Gaza: Dunia harus dakwa Israel

13 Disember 2012
Gaza
$entry.content.caption.value
SEPANG -  Penasihat Yayasan Keamanan Sedunia Perdana Malaysia (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, siasatan rapi perlu dibuat untuk membawa Israel ke muka pengadilan atas kesalahan jenayah perang.

Merujuk kepada serangan berdarah Israel ke atas Gaza bulan lepas, beliau berkata, wilayah Palestin itu bukan hanya diserang secara ketenteraan malah wujud tanda-tanda ia menghadapi serangan secara senyap apabila bekalan air dicemari bahan toksik tertentu.

"Rakyat Gaza sukar mendapat bekalan makanan, ubat, elektrik dan air sejak Israel menutup pintu-pintu sempadan Gaza mengakibatkan krisis kemanusiaan yang dahsyat," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam selepas mengunjungi Gaza.

Mukhriz telah menyerahkan, antara lain, bekalan perubatan sempena misi kemanusiaan PGPF ke Gaza itu.

Beliau turut menarik perhatian sumber perikanan penduduk Gaza dilaporkan tercemar akibat bahan buangan Israel disalurkan terus ke laut.

"Sumber ikan di sekitar laut Gaza tidak selamat untuk dimakan," katanya sambil menambah, sistem pembentungan turut dimusnahkan.

Dalam pada itu, beliau berkata penderitaan rakyat Palestin bukan hanya mendapat perhatian negara Islam malah turut menyentuh hati masyarakat lain di dunia. - Bernama
PKR bohong isu kad pengenalan
Wartawan Sinar Harian
13 Disember 2012
PUTRAJAYA - Dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warga negara Malaysia terbukti tidak berasas dan lebih bermotif politik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘pembohongan besar’, Hishammuddin berkata, hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam.

“Jumlah permohonan disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

“Ini sekali gus menunjukkan hujah mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana tidak ada kewarganegaraan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Pendaftaran Perkahwinan Beramai-ramai Pasangan Bukan Islam bertemakan Raikan Cinta 121212 di JPN, semalam.

Hishammuddin berkata, dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain cuba mencetus konflik kerana hanya babitkan satu kaum.

“Sejak (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib memimpin negara kita, saya diminta selesai semua kes-kes tertunggak. Kami dah proses  98,000 permohonan,” katanya.
Sabotaj: Pas, DAP tak bimbang, PKR ada strategi
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
12 Disember 2012
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak gejala sabotaj turut membelenggu parti yang masih baru itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, yang dianggap paling genting dalam sejarah.

Bercakap kepada Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan, bagaimanapun senario itu berbeza dengan apa yang berlaku dalam Umno - parti yang sudah lama mentadbir negara ini.

"Lamanya mereka memerintah mewujudkan satu budaya yang selesa... Dalam PKR, walaupun baru, kita masuk pilihan raya tahun 1999, tahun 2004, 2008 dan kali ini Pilihan Raya Umum ke-13, saya menjangkakan hal yang sama akan wujud.

"Punca terbesar ialah apabila seorang penjawat jawatan dalam merasakan diri mereka adalah calon yang terbaik, calon yang sudah lama buat kerja di sesuatu kawasan tetapi atas pertimbangan-pertimbangan strategik lain, pimpinan membuat keputusan untuk meletakkan calon yang lain daripada pemegang jawatan," katanya.

Beliau ditanya adakah PKR turut berhadapan dengan kebimbangan seperti Umno-Barisan Nasional (BN) berhubung isu sabotaj - budaya yang boleh meranapkan usaha mempertahankan Putrajaya jika tidak diatasi.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, PKR telah pun mempersiapkan parti dan mengambil langkah proaktif bagi menangani implikasi perbuatan tersebut.

"PKR menjalankan kaedah merekrut sukarelawan sejak tahun 2010 lagi. Sukarelawan ini bukan pemegang jawatan dalam parti tetapi mereka ahli biasa dan keutamaan mereka ialah memenangkan calon parti," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak pernah khuatir dengan gejala sabotaj kerana ahli-ahlinya sudah diterapkan dengan nilai-nilai wala' (kesetiaan) terhadap parti.

Meskipun ada yang tidak berpuas hati terhadap calon yang dipilih untuk mewakili sesuatu kawasan, namun ia tidaklah sampai ke tahap mahu mensabotaj parti.

Tambahan pula katanya, ahli Pas sudah ditekankan bahawa kepentingan parti mestilah mengatasi kepentingan peribadi, di samping menjadi calon adalah satu "amanah yang berat dan bukan perkara yang perlu direbut."

"Pencalonan dalam Pas ini juga daripada bawah dan bukan daripada atas. Kecuali dalam kes-kes tertentu, kes-kes yang 'special', ini selalunya tak banyak tetapi ada satu dua kes," katanya.

Ketika diminta menjelaskan apakah kes 'special' itu, Tuan Ibrahim berkata, ia mungkin melibatkan kawasan di mana calon yang dipilih oleh pusat tidak dapat diterima oleh ahli di kawasan itu pada mulanya, namun setelah diberi penjelasan, maka mereka akan akur.

"Kawasan satu hal tapi yang satu lagi (berkaitan) calon. Biasanya ada tokoh-tokoh yang pusat lihat ia perlu diturunkan tapi kawasan tak nampak apa yang pusat nampak," katanya sambil menegaskan, "tapi sabotaj tidak berlaku."

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran berkata, dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, beliau tidak nampak ada ahli DAP yang akan bertindak sabotaj terhadap parti.

"Dalam parti kita, setakat yang saya tahu memang tidak ada. Sudah ada ruang untuk semua mainkan peranan. Bahkan kita juga mengambil ahli-ahli baru dan memberi sokongan dan bimbingan terhadap mereka," ujar beliau.

Malah menurut beliau, isu sabotaj ini sengaja dimainkan oleh Umno-BN untuk mempersiapkan jawapan apabila mereka gagal mencapai misi mereka pada pilihan raya.

"Bila Umno-BN mengaku, sebenarnya mereka sedang mengalihkan perhatian bahawa masalah dalaman itu disebabkan oleh sabotaj. Sebenarnya ramai orang tidak suka kepada mereka," ujar beliau.
Taklimat khas elak politik samseng
HASLINA KAMALUDIN
8 Disember 2012
Tuan Ibrahim Tun Man
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man
SHAH ALAM - Bagi mengelakkan penularan politik samseng, Pas mengambil inisiatif memberi taklimat khas kepada anggota  parti itu supaya mengelakkan diri daripada budaya negatif tersebut.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda Pas (Juham) akan memastikan setiap anggota parti diberi taklimat khas mengenai bahaya budaya itu jika diamalkan.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi menguatkan parti itu dan berpolitik secara sihat dan bersih.

"Juham akan sentiasa turun padang. Kita akan lakukan berulang kali jika keadaan membimbangkan. Kita tidak mahu ahli terperangkap dengan budaya samseng ini kerana ia bukan budaya kita.

"Memaki hamun, membaling batu dan sebagainya. Ia hanya merosak bangsa dan menjatuhkan maruah sahaja," katanya, semalam.

Katanya, beliau juga bimbang budaya yang pernah wujud sekitar tahun 70-an ini menular semula dan berharap semua pihak akan memainkan peranan menanganinya.

"Saya mohon semua anggota masyarakat khususnya pihak terbabit seperti polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semua parti politik mengembalikan imej politik bersih di negara ini.

"Saya juga yakin, rakan-rakan DAP dan PKR turut melakukan perkara sama dengan memberi taklimat seperti ini," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan budaya politik samseng tidak pernah wujud di dalam  parti itu.

Menurutnya, secara spesifik menjadi anggota parti, mereka sudah  termaktub dengan perlembagaan untuk menjaga tatasusila dan peribadi diri.

"Ia jelas dan perkara itu telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua ahli termasuk kepimpinan tertinggi parti itu. Tidak ada ahli yang berkelakuan begini. tiada istilah politik samseng dalam PKR," katanya.
Cuepacs gesa AES ditangguh
Wartawan Sinar Harian
13 Disember 2012
AES
Sistem AES
MELAKA - Cuepacs mengulangi gesaan supaya pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan sementara sehingga taklimat menyeluruh berkaitan sistem itu selesai dijalankan di semua agensi dan jabatan kerajaan.

Dipetik Bernama, Presidennya Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan sewajarnya ekoran pelaksanaan tersebut terlalu mendadak dan kurangnya pendedahan jelas dalam kalangan penjawat awam terutama melibatkan pemandu.

"Cuepacs bukan membantah atau tidak setuju. Kita sokong pelaksanaan ini kerana ia baik untuk memberi kesedaran kepada pemandu namun pendedahan sistem itu amat kurang," katanya.

Beliau berkata, kajian terperinci dan statistik berkaitan pelaksanaan sistem AES termasuk, kesesuaian pemasangan kamera itu di beberapa lokasi juga perlu diambil kira secara menyeluruh sebelum ia dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad SP1M kepada 500 ahli Cuepacs di sini hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyempurnakan majlis penyerahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.

Dalam pada itu kata beliau, Cuepacs menyasarkan 50,000 penjawat awam menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Mac depan.

Kata beliau, sehingga kini seramai 8,000 penjawat awam dari enam negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Kedah telah menjadi ahli SP1M sejak ia dilancarkan Oktober lepas.

"Kita minta semua penjawat awam dimestikan menjadi ahli SP1M kerana penyertaan penuh sektor awam dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kawalan harga barangan," katanya.

SP1M ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 22 Mac lepas untuk memainkan peranan sebagai mata dan teliga kerajaan dengan lebih berkesan dalam usaha memantau kenaikan harga barang selain menggalakkan amalan perniagaan yang baik.
Mahfuz dakwa AES gagal kurang kadar kemalangan
Wartawan Sinar Harian
13 Disember 2012
Mahfuz Omar

Datuk Mahfuz Omar
SHAH ALAM – Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) terbukti bukan cara terbaik untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri turut mengakui sejak  AES  dipasang, ia hanya berupaya mengurangkan kadar pengguna yang melanggar undang-undang had laju dan lampu isyarat, bukan kadar kemalangan.

“Sedangkan sebelum ini mereka (JPJ) kata pelaksanaan AES adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan. Sekarang apa dikatakan terbukti tidak betul,” katanya.

Malah, Mahfuz turut mengakui AES hanya berperanan sebagai sumber pendapatan baru untuk kerajaan dan syarikat mengendalikan sistem itu.
Mengulas kajian sebuah badan bebas, Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) yang mendapati pelaksanaan AES bukan cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi hanya berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan, beliau berkata, ini merupakan usaha yang baik untuk menunjukkan ketidakwajaran sistem itu.

Terdahulu, KPRU mengemukakan bukti bahawa di Britain, Amerika Syarikat (US), Perancis dan Australia, pihak yang melaksanakan AES mengambil kesempatan dengan memperoleh keuntungan berjuta dolar melalui pelaksanaan sistem itu.

KPRU dalam kajiannya mendakwa, perkara ini kemudiannya mendapat tentangan kerana kerajaan berkenaan laksana  AES senyap-senyap tanpa rundingan bersama rakyat.

JANGAN MENDAHULU TAKDIR...SEKARANG TAK DALAM PROSES KEHANCURAB KE

MB: Tawaran mega 3+6 Pakatan boleh hancur negara
NURUL ZAILA MOHD TAHIR
12 Disember 2012
 Datuk Seri Adnan Yaakob
Datuk Seri Adnan Yaakob
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KUANTAN – Tiga tawaran mega peringkat Pusat dan enam  peringkat negeri yang diumumkan Pakatan Rakyat (PR) bagi rakyat Pahang sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak munasabah dan boleh menghancurkan masa depan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rakyat seharusnya bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan tawaran pakatan pembangkang yang sentiasa menabur pelbagai janji.
“Sejak dahulu lagi pembangkang hanya tahu menabur janji bagi mengelirukan rakyat.

“Antara tawaran yang dijanjikan sekiranya mereka dapat memerintah Pahang ialah menyediakan lot-lot rumah untuk rakyat dan menyelesaikan permohonan tanah yang sudah sekian lama dalam permohonan.

“Apa yang dijanjikan itu sebenarnya telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat,” katanya ketika sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Antara tawaran tiga tawaran mega peringkat pusat yang dibuat ialah Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga generasi kedua, ketiga Felda, serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda, memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi dan memberi perhatian dalam meningkatkan prasarana yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai.

Tawaran berkenaan diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau, Termerloh, awal minggu ini

 Mekanik disyaki dera anak berusia 3 tahun
Posted on Thursday, December 13 @ 21:22:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA



SHAH ALAM - Seorang mekanik yang disyaki mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun, ditahan polis di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, Klang, kelmarin.

Penahanan dibuat susulan laporan diterima polis dari seorang pengadu yang juga kenalan suspek.

Berdasarkan laporan terbabit, pengadu mendakwa melihat sebuah klip video di laman YouTube yang memaparkan penderaan dilakukan suspek ke atas mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pada jam 7 petang kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menyerbu rumah suspek dan menahannya kira-kira satu jam kemudian.

Menurutnya, ketika ditahan, mangsa berada di rumah tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ibu mangsa yang juga isteri kedua suspek.

"Suspek berusia 32 tahun itu kita tahan reman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Anak tirinya (mangsa) dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut," katanya, semalam.

Jani berkata, berdasarkan laporan hospital, terdapat banyak kesan luka lama dan baru ditemui pada seluruh badan mangsa.

"Kita percaya mangsa sudah lama didera oleh suspek, namun kesan luka baru menunjukkan ia dilakukan sejak dua bulan lalu," katanya.

Beliau berkata, mangsa kini masih dirawat di hospital terbabit dan perkara itu sudah dimaklumkan untuk pengawasan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, siasatan awal mendapati klip video yang menunjukkan penderaan terhadap mangsa dipercayai dirakamkan oleh isteri pertama suspek menggunakan telefon bimbit, sebelum dimuat naik ke YouTube.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya kini sedang menjejaki isteri pertama suspek bagi membantu siasatan.

Datuk K cedera kemalangan di New Zealand
NIZAM ZAIN
13 Disember 2012
[DIKEMAS KINI, JAM 10.35 MALAM] SHAH ALAM - Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.
Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.
Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang wakti tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya.
Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga esok.
Anak kelahiran Kuala Lipis itu dalam media sosial Twitter pada jam 7.46 malam memberitahu beliau baru saja menghubungi suaminya dan dapat bercakap dengannya sambil meminta peminatnya agar mendoakan Datuk K pulih segera.
"Terima kasih semua yang mendoakan suami saya... alhamdullillah dapat bercakap dengan suami tadi... sama-sama doakan agar DK segera sembuh ye...salam," kata beliau.
Dalam satu mesej sekitar jam 1.40 tengah hari tadi, Siti menulis, "salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert. Ct (Siti) tak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tidak terduga. Mohon memahami ya," katanya lagi.
Datuk K dilaporkan berada di New Zealand sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.
Sementara itu, laporan Bernama lewat malam ini menyebut bahawa Datuk K dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan.
Memetik anggota keluarga terdekat Datuk K yang enggan dikenali, Bernama berkata, kemalangan berlaku apabila Datuk K cuba mengelak kayu di atas jalan raya.
"Beliau kini dilaporkan stabil dan dirawat di sebuah hospital di Queenstown," katanya.
Menurutnya Siti dan kakak iparnya Datin Zaiton Mohamad Jiwa akan berlepas ke New Zealand esok.
Rusia: Presiden Syria mula hilang kawalan
Wartawan Sinar Harian
13 Disember 2012
Presiden Bashar Al-Assad
$entry.content.caption.value
MOSCOW - Timbalan Menteri Luar Rusia mendakwa kerajaan Syria semakin lemah dan boleh digulingkan oleh pakatan pembangkang sementara Menteri Dalam Negeri pula cedera dalam letupan bom.
Mikhail Bogdanov berkata hari ini "tentera Presiden Bashar al-Assad mula kehilangan kawalan dan mula bertindak luar batasan."
Letupan bom kereta di Qatana, sebuah bandar 25 kilometer dari Damsyik, mencederakan 16 orang, beberapa jam selepas letupan mencederakan Menteri Dalam Negeri Syria.
Rusia merupakan salah satu sekutu antarabangsa kerajaan Bashar. Ia menyokong kepimpinan ketika Barat dan beberapa negara mengecam Bashar selama ini.
"Rusia juga telah membuat rancangan untuk pemindahan beramai-ramai melibatkan beribu-ribu rakyat Syria," kata Bogdanov.
Beliau menambah, pihaknya juga tidak boleh menolak kemenangan pembangkang Syria.

Tiada ulasan: