Sabtu, 1 Disember 2012

BILA BANYAK SALAH PADA...ALLAH...PADA RAKYAT JUGA PADA PARTI NYA...JADIKAN MEREKA 'MEROYAN GILA'...SENDIRI BUAT...KENA SENDIRI TANGGUNGLAH...TU BELUM BALASAN DIAKHIRAT

MB Manfaat Kutipan Hutang Talam Untuk Kesejahteraan Rakyat
Posted on Saturday, December 01 @ 03:37:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Afix Redzuan
selangorku.com


SHAH ALAM, 30 NOV – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menegaskan akan memanfaatkan hasil kutipan hutang Talam Corporation bernilai RM392 juta untuk kesejahteraan rakyat.

Bercakap pada sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor(DNS), Abdul Khalid berkata tanah-tanah pembelian GLC ini mampu memberikan nilai pulanganyang tinggi menerusi projek pembangunan perumahan dan komersil yang dirancang pada masa depan.

“Keputusan dari kutipan ini kita menyelamatkan tanah-tanah ini daripada dirampas dan dijual oleh bank.

“Malah kita menggunakan aset-aset ini untuk mendapatkan semula hutang Talam kepada GLC menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI),” katanya.

Jelasnya, bagi memastikan hutang ini dijamin dapat dikutip, satu perjanjian penyelesaian menyeluruh ditandatangani bersama Talam.

Setakat ini, Nilai Pembangunan Kasar (GDV) secara keseluruhan bernilai RM4,146 juta untuk tanah-tanah yang dibeli oleh Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Tanah-tanah tersebut adalah Bukit Beruntung (PKNS) bernilai RM133 juta, Bukit Beruntung (PNSB) bernilai RM2,378 juta dan di Bestari Jaya (PNSB) pula bernilai RM1,635 juta.

Jelas beliau lagi, penilaian terbaru Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada 26 November lalu terhadap tanah di Bukit Beruntung mendapati tanah berkenaan dianggarkan bernilai RM475 juta berasaskan status tanah bercampur.

Keadaan ini sekaligus mencerminkan Kerajaan Negeri berjaya menghasilkan nilai ekonomi dan sosial menerusi pelunasan hutang-hutang Talam.

Sumber: selangorku.com


  Asy-Syahid Ir. Yahya Ayyash : Hero Palestin
Posted on Saturday, December 01 @ 03:26:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Muntah Pelangi

JOM KENALI SIAPA  "ASY-SYAHID IR.YAHYA AYYASH"

Beliau pemuda yang hatinya diilhamkan Allah dengan nur yang memberkati ini. Beliau mewaqafkan seluruh jiwannya untuk Palestine dan Islam. Bertarung untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yg telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa, bangsa Yahudi Laknatullah.

Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam yang menghambakan seluruh hidupnya untuk mendapatkan syahid Allah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966. Pada hari tersebut menyaksikan lahirnya Hero umat Islam yang bakal menggemparkan bangsa Yahudi. “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash.

Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yg . Bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihatiku dan hati2 umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya.


Engineer yang Genius

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yg cemerlang dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering di Beit Zeit Univertsity. Ayyash menerima ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988 ketika umurnya 22 tahun. Ayyash pada asalnya mahu melanjutkan pelajaran ke bidang master di luar negara tetapi rejim Zionis menghalangnya dari berbuat demikian.

Dia kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah yg mudah didapati di Palestine. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis.

Seorang Lelaki yang sederhana

Sesiapa yg berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Ayyash akan mengatakan bahawa belau adalah seorang biasa yg cintakan keluarganya, jiran tetangganya dan tanah air tumpah darahnya. Setiap insan yg mengenali ayyash akan mencintainya kerana beliau adalah model seorang yg sederhana dan senang menolong orang yg memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yg rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita2 besar dan murni seorang lelaki.

The Engineer – Bapa Operasi Syahid

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalm sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, belaiu telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat datang dari pihak Islam sendiri.

Disebabkan keazamannya menentang musuh2 Allah, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” (Al-Muhandis didalam Arab). Amat penting untuk dinyatakan disini bahwa pihak musuh yg memberikan beliau gelaran ini dan bukan orang2 Palestine ataupun Hamas.Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.

Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba2 sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa Yahudi Laknatullah.

Setiap makhluk bersedih dan marah, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angin berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsa Zalim dan kejam kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.

AL-FATIHAH!

Dipetik Dari: muntahpelangi.blogspot.com
Sumber: facebook



Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985
Posted on Saturday, December 01 @ 00:28:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber szlihin.com

Pada tarikh 19 November 2012 yang baru lalu, genaplah 27 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali yang merupakan detik hitam dalam lipatan sejarah negara kita. Bukan di Palestin yaa... Di Memali, Kedah.

Di negara kita Malaysia yang aman damai katanya.Walaupun kisah ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak, tidak salah rasanya aku berkongsi buat para pembaca sekalian yang mungkin masih bercawat ketika itu ataupun masih belum lahir lagi tatkala tragedi ini berlaku. Supaya kita dan generasi mendatang akan terus sedar perihal kekejaman dan kezaliman yang berlaku dan tidak lupa memperingati pemergian 14 orang syuhada Memali yang gugur.

Berikut adalah kronologi peristiwa tersebut:-

18 November 1985

Jam 1935:

Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani, Kedah; seramai 3600 kekuatan pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang, dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan. Kebanyakan mereka bukan beragama Islam.

Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman, Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai Ops Hapus ini dengan bantuan beberapa orang pegawai dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Jam 1945:

Dato’ Razali Yeop mengeluarkan arahan iaitu:- Menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan Thailand.

Jam 2005:

Berlaku kekecohan di antara para pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani. Kekecohan ini disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai di Kem Sg. Petani terhadap arahan tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tidak wujud sebarang kem komunis di daerah Baling. Jika benar kem itu wujud, sudah tentu mereka, PPH akan lebih dahulu mengetahuinya.

Namun menurut mereka, arahan itu adalah palsu kerana tempat sasaran mereka itu adalah kepada Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya, tempat beliau menyampaikan kuliyyah setiap malam. Malah Pegawai PPH Kem Sg. Petani itu turut menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah seorang tokoh ulamak yang disegani. Ramai di kalangan anggota PPH Sg. Petani turut mengikuti pengajian agama bersama beliau.

Akibatnya, sedikit kekecohan telah berlaku di Bukit Aman kerana beberapa kali Penolong Pesuruhjaya Polis Bukit Aman gagal dihubungi. Beberapa panggilan lain dibuat. Akhirnya, pihak di Sg. Petani telah berjaya disambungkan dengan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ketika itu, Dato’ Musa Hitam yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf hidup masyarakat

Namun TPM menegaskan supaya Ops Hapus (beliau sendiri yang menamakannya sedemikian) tetap diteruskan.

Jam 2045:

Satu majlis keraian telah diadakan di dataran terbuka Kem PPH. Minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi. Namun ada sebahagian daripada anggota PPH tidak menyentuh minuman tersebut.

Jam 2147:

Dato’ Razali Yeop selaku Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah menerima mesej daripada wayarless menyatakan 10 perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan laporan keadaan di sana. Semua unit kemudiannya telah bergerak di bawah pimpinan 8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai. Ketika ini PPH Sg. Petani telah mula tidak berminat untuk menyertai Ops Hapus ini.

Ketika itu Ustaz Ibrahim sedang menyampaikan kuliyyah seperti biasa untuk lebih kurang 50 orang yang mengikuti pengajiannya. Kuliyyah itu berlanjutan sehingga pukul 11.45 malam. Ada yang pulang ke rumah dan ada juga yang bermalam di madrasah.

Jam 0000:

Arahan terakhir telah diterima. Namun PPH Sg. Petani mencadangkan agar hanya sekatan sahaja yang dilakukan agar Ustaz Ibrahim Mahmud dan pengikutnya berpeluang menyerah diri. Mereka menganggarkan bahawa kepungan itu akan mengambil masa paling lama 3 bulan.

Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bukit Aman dengan sokongan OCPD Baling. Mereka menganggap strategi itu akan melibatkan pihak polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik dan Baling, sempadan Malaysia – Thailand.

Sekali lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera di situ menyokong gerakan Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan. TPM cuba dihubungi ketika ini namun gagal kerana beliau telah menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Ketika itu juga, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Kemudian, TPM telah menghubungi mereka dengan suara yang marah dan agak terganggu beliau telah berkata, "Teruskan Ops Hapus, walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah!".

Pada waktu yang sama, seorang pemuda telah memberhentikan motosikalnya di hadapan pagar rumah Ustaz Ibrahim. Setelah diizinkan, dia masuk ke rumah Ustaz Ibrahim dan memaklumkan bahawa sewaktu dia tiba di pekan Baling dia telah melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di sana.

Lalu Ustaz Ibrahim dikejutkan dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di madrasah telah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim untuk bersiap sedia mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak, parang, buluh runcing, pisau dan yang lebih berani lagi telah membuat molotov cocktail. Ustaz ibrahim juga menegaskan ketika itu bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ).

Ustaz Ibrahim kemudiannya mengarahkan pengikut-pengikutnya berwudhu’ di sebuah telaga yang berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat, solat hajat dan membaca Yasiin. Setelah itu beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan:

Beliau lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah malah menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme. Sekiranya perintah tahanannya di bawah akta lain, beliau akan keluar menyerah. Tapi mestilah dibicarakan di mahkamah.

Dia berkata lagi kepada pengikutnya, sesiapa yang rasa ragu-ragu boleh keluar dari kawasan itu namun kesemua yang ada pada malam itu langsung tidak beralih dari tempat mereka.

Laungan takbir bergema dan memecah keheningan malam itu. Ketika itu pula di IPD Baling, segala persiapan serangan ke atas Kampung Memali semakin rancak dilakukan terutamanya oleh anggota –anggota polis yang telah mabuk dan hilang fikirannya.

19 November 1985

Jam 0100-3600:

Anggota polis dari pelbagai unit telah tiba di Memali dengan senjata automatik dan diiringi 2 buah kereta perisai mula mengepung Kg. Memali.

Ketika itu, TPM masih lagi di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Segala urusan komunikasi dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Kebanyakan anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis – sebagaimana yang telah diberitahu oleh Dato’ Razali Yeop kepada mereka. Manakala pasukan polis dari Sg Petani kecil bilangannya dan masih lagi samar dengan tugasan mereka.

Jam 0300:

Kampung Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis dan semua jalan keluar masuk telah ditutup. PPh Sg Petani telah diarahkan untuk mengepung bahagian Selatan manakala FRU dan Special Branch (SB) telah mengepung bahagian Utara dan Komando 69 pula telah mengepung sebelah belakang rumah Ustaz Ibrahim yang juga merupakan sekolah agamanya.

Jam 0336:

Dato’ Yahya Yeop telah bercakap melalui megafon dan meminta supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri. Ustaz Ibrahim berbincang dengan murid-muridnya lalu mereka semua bersepakat untuk tidak akan keluar menyerah diri. Kesemuanya telah siap-sedia untuk mati syahid dan mereka bertakbir sekali lagi.

Jam 0400:

Sekumpulan orang kampung termasuk wanita telah muncul dari arah utara. Mereka telah meredah benteng pertahanan anggota polis dan membawa bersama peralatan yang sering mereka gunakan untuk bertani sebagai senjata. Mereka ingin memasuki rumah Ustaz Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.

Ketika itu, komando 69 yang masih mabuk telah melepaskan tembakan secara rambang ke arah mereka. Namun sasarannya tersalah lalu mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH. Manakala orang-orang kampung tadi telah berpatah balik kerana ketakutan.

Satu perundingan tergempar antara pegawai-pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan ketegangan sesama mereka sendiri akibat tembakan tersebut. Arahan mengepung rumah Ustaz Ibrahim itu masih lagi berkuat kuasa namun pegawai dari IPD Alor Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus tersebut dan mahu supaya kepungan dibatalkan. Mereka telah mengambil iktibar dari kemalangan yang menimpa rakan-rakan mereka tadi .

Dato’ Yahya Yeop telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan mengarahkan agar kepungan diteruskan.

Jam 0521:

Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim . Laungan azan itu menjentik hati para anggota polis dari Alor Setar. Mereka semakin tawar hati malah mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini.

Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimami Solat Subuh itu semakin sayu. Tiba-tiba seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu namun arahannya ditentang oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam.

Jam 0559:

Solat Subuh selesai. Sekumpulan orang kampung muncul lagi lalu menyerbu masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir dan menggenggam senjata kampung.

Melihatkan reaksi itu, maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan orang kampung. Mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia. Keadaan semakin cerah dan ini semakin mendedahkan kejijikan perancangnya. Ini dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin-pemimpin Islam sebelum Ops Hapus ini.

Jam 0815:

Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka Dato’ Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan 2 buah kereta perisai mula menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Mereka kemudiannya dihalang oleh pengikut-pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail.

Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik. Pada waktu yang sama, 4 wanita dan 3 kanak-kanak telah berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim. Mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing.

Tembakan daripada pihak polis masih lagi berterusan dan mereka sambutnya dengan laungan takbir.

Jam 1105:

Komando 69 diarahkan untuk menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Pasukan polis mula melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah rumah Ustaz Ibrahim. Mereka menghadapinya dengan kain basah atau membasuh muka malah ada juga yang menutup dengan guni basah. Selain itu ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu ayat.

Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit melainkan beberapa kanak-kanak. Salah seorang kanak-kanak itu telah pengsan dan mulutnya berbuih-buih. Cikgu Syafie Ali, salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu kerana menyangka dia telah mati lalu dengan parang yang terhunus beliau telah pergi untuk menyerang polis.

Namun, beliau telah dihujani dengan peluru dan terus ditembak ketika beliau berusaha untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak. Maka gugurlah beliau sebagai Syuhada’ pertama Memali.

Serangan gas telah reda. Kemudian kedengaran lagi suara dari Dato’ Yahya Yeop dari megafon dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang. Ketika itu, salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato’ Yahya Yeop.

Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri. Memandangkan kepada ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah. Pak Teh tampil berjumpa Dato’ Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim.

Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang syahid ditembak pihak polis. Dato’ Yahya Yeop terdiam seketika namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ. Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ.

Dato’ Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah diri. Setelah berulang-alik antara Ustaz Ibrahim dan Dato’ Yahya akhirnya Pak Teh masuk semula. Namun semasa melewati kumpulan Muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar, beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah .

Ketika itu, beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman dan tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus.

Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu, namun kemudian beliau dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan takbir.

Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16. Setelah Ops Hapus, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari. Kemudiannya, beliau dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA.

Jam 1136:

Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru. Berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah. Polis terus menembak mereka walaupun mereka tidak bersenjata.

Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam, hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat. Hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada. Ramai yang mati dan ada juga yang cedera teruk.

Beberapa anggota komando telah menyerang Ustaz Ibrahim dan beliau melawan sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka terbunuh. Akhirnya beliau syahid apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik.

Ustaz Ibrahim gugur dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan AllahuAkbar!

Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya. Ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim datang. Di saat itu mereka mendengar Ustaz Ibrahim berkata: Alhamdulillah! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati syahid.

Jam 1213:

Serangan telah ditamatkan. Semua yang ditangkap telah ditutup kepala mereka dengan karung guni. Beberapa anggota komando kelihatan menendang tubuh-tubuh yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak. Ada pula yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh: Pergi jahanam dengan Islam!

Jam 1305:

Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah membuat laporan rasmi kepada Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dan kepada TPM di Kuala Lumpur. TPM mengarahkan agar semua penduduk Kg. Memali ditangkap agar rahsia Ops Hapus tidak terdedah.

Jam 1500:

Penangkapan penduduk kampung diteruskan dan dibawa dengan 2 buah helikopter polis. Mangsa yang terkorban di kalangan orang kampung termasuk Ustaz Ibrahim dan anggota polis di bawa ke Hospital Sg. Petani dan Alor Setar.

Jam 1510:

Sekitar 30 anggota tentera lengkap bersenjata dari Regimen Askar Melayu Di-Raja ( RAMD ) tiba di hadapan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud.

Berlaku pertelagahan antara anggota polis dengan ketua pasukan tentera itu yang berpangkat Kapten. Mereka menyuruh agar anggota polis yang ramai itu bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan bertempur dengan pihak tentera.

Menyedari bilangan mereka sedikit maka pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan itu. Lantas Kapten itu berkata :

"Hari ini hari kamu! Kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu. Tapi ingat, akan tiba satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara!".

*****************************

Tidak lama selepas Tragedi Memali ini, soal-siasat secara besar-besaran telah dijalankan ke atas semua anggota tentera dan polis. Kebanyakan yang dipanggil adalah mereka yang cenderung kepada gerakan Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mereka juga mendapat tahu akan kewujudan pembekuan kenaikan pangkat terhadap mereka. Lalu ramai yang meletakkan jawatan.

Untuk pengetahuan anda, Kes Memali tidak pernah dibicarakan walau seminit pun di mahkamah. Akan tetapi, terus menerus tertangguh begitu sahaja.

Kini, Memali terus segar dalam simpanan memori para pejuang Islam. Mereka yang cintakan keadilan pasti tersentap dengan perkhabaran tragis ini. Sudah pasti, cerita ini akan menjadi paluan semangat buat seluruh ahli gerakan, betapa ALLAH akan memuliakan dan meninggikan darjat mereka yang berjuang bermati-matian membela dan membantu agama-Nya.

ALLAH menjadi saksi segalanya. Bahkan, Dialah yang mengatur segala hal ini.

Wallahu'alam....


p/s: Klik juga link di bawah (rujukan):-

1. Siapakah Ustaz Ibrahim Libya?
2. Merungkai Peristiwa Memali
3. Tragedi Berdarah Memali
3. Sejarah Memali 1
4. Sejarah Memali 2
5. Video Memali

SZ: Sebak. Sebuah artikel panjang buat mereka yang ingin mengetahui fakta sebenar yang telah diputarbelit media arus perdana.

Sumber: szlihin.com


  Kerajaan beri komputer percuma, rakyat kena bayar RM302 untuk internet pula !
Posted on Saturday, December 01 @ 00:05:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Dituntut bayar RM302.05 walau tak guna internet

30 Nov 2012 -TEMERLOH: “Harapkan apabila dapat netbook daripada kerajaan dapatlah membantu pelajaran anak, tetapi rupa-rupanya langsung tidak boleh digunakan kerana ketiadaan internet

"Sudahlah begitu, kini sampai pula surat saman minta dijelaskan walhal netbook itu tidak pernah digunakan,” demikian keluh seorang pesara kerajaan ketika mengadu di pejabat PAS Pahang di sini hari ini.

Rameli Kassim, 57, berkata pada April tahun lalu anaknya Raida Syahiza menerima netbook percuma melalui Sekolah Menengah Dato Bahaman Lanchang, tetapi tidak boleh digunakan kerana kawasan internet percuma hanya berada 60 kilometer dari rumahnya di Taman Bunga Raya.

Menurutnya, kira-kira sebulan selepas anaknya menerima netbook, telah sampai bil menuntut bayaran caj internet sebanyak RM25 (sebulan) sedangkan ia tidak pernah digunakan.

“Saya kemudian pergi ke pejabat TM di Mentakab mengadu hal berkenaan dan minta ditamatkan perkhidmatan kerana tidak pernah sekalipun menggunakan internet,” jelasnya.

Tambahnya, bil tuntutan tetap sampai setiap bulan sehinggalah beliau menerima notis tuntutan daripada peguam TM yang meminta dijelaskan tunggakan sebanyak RM302.05 dalam masa tujuh hari.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, yang beliau kesalkan ialah tidak ada pihak sekolah ataupun TM sendiri yang menerangkan kepadanya tentang pakej atau syarat tertentu semasa menerima netbook itu dulu.

Tegasnya lagi, beliau sudah mengadu kepada unit aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi tiada sebarang respons.

“Apa yang saya harapkan ialah keadilan kepada saya. Wang RM300 itu mungkin dianggap kecil oleh sesetengah orang, tetapi dalam keadaan kos hidup yang melambung tinggi ini tentulah tidak patut untuk saya bayar apa yang saya tidak pernah guna,” tegasnya.

Sumber: harakahdaily.net "


 Palestine: Hanya ini yang kami mampu
Posted on Saturday, December 01 @ 00:01:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: modayu

"YaAllah ya Ghaffar

Ketika matahari semakin meninggi diatas sana, kami disini menadah tangn kelangitMu memohon ampun atas dosa2 yg telah kami lakukan selama ini.

Dosa2 kami yg kami sedari dan tidak kami sedari.Juga kpd ibu dan ayah kami yg melahirkn kami serta mnjaga kami sehingga kini. juga dosa2 umat islam yg ingin kembali kpdMu

YaAllah yaRazzaq

Ketika burung2 terbang mncari rezeki diluar sana,kami menadah tgn kelangitMu,memohon agar dimurahkan rezeki serta dihalalkan rezeki yg Engkau kurniakan kpd kami selama ini.

YaAllah yaBasir

Ketika kami berhimpun disini,berhimpun dlm keadaan aman dan sentosa,saudara2 kami digaza dan suria ditembak,dibom dan diseksa dgn kejamnya yaAllah.

YaAllah yaKhabir

Ketika anak2 kami sdg leka bermain disini,anak2 kami digaza dan disuria lari bertempiaran mnyelamatkan diri.Lari dgn sehelai sepinggang bersama ibu dan ayahnya mncari tpt perlindungan.

YaAllah yaRahman

Ketika kami duduk dirumah sambil mnonton tv brsama anak2, saudara2 kami disana hanya duduk dikhemah2 pelarian menunggu sesuap makanan.

YaAllah yaHafiz

Ketika bayi2 kecil kami sedang enak disusui oleh ibunya,bayi2 saudara kami disana sdg kehausan.tiada susu utk diminum,dan tiada ibu utk menyusu.

YaAllah yaMuqit

Ketika kami membuang makanan yg tak habis dimakan,saudara2 kami disana mngutip sisa2 makanan utk mnyambung hidupnya yaAllah yaMuqit.

YaAllah yaHasib

Selepas majlis ini,kami semua akan pulang kerumah masing2 bersama2 dgn keluarga,tp anak2 saudara kami disana tiada rumah untuk pulang lagi yaAllah.rumah2 mereka hancur dibedil musuh2 Mu yaAllah.

YaAllah ya Jabbar

Turunkanlah tentera2 Mu agar dpt dimusnahkan semua musuh2Mu yg kejam itu yaAllah.Kami disini trlalu lemah utk mnghadapi musuh2mu itu ya Jabbar

YaAllah yaRahim

Kau ampunkanlah dosa2 saudara kami disana,ya telah pergi awal dr kami.

Peliharalah anak2 saudara kami disana agar hidup mereka kembali cerah dan akan mmbawa panji2 agama Mu menakluki dunia ini dan mngamankan dunia ini kembali.

Akhirnya yaAllah,dengarkanlah rintihan kami ini yaAllah.rintihan dr hambaMu yg terlalu lemah ini yaAllah.Kau perkenankanlah doa kami ini yaAllah yaRahman yaRahim.

Ameen yaRabbal a'lameen

hanya ini yg kami mampu lakukan seperti didalam video ikhlas ini wahai gaza.




 doa untuk mu gaza dan suria

md daud yusri fie alhutan melintangi

www.dadiydoo.com"


 Ketam ingatkan anak anak
Posted on Friday, November 30 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: anaabdullah

"

Kita sebagai orang Melayu sedia maklum ibarat “Ketam mengajar anak jalan betul” yang sememangnya mustahil anak anaknya dapat atau boleh berjalan betul, sedangkan ibu atau bapaknya tidak boleh berjalan betul.

Walaupun diajar dengan kaedah yang dibuat begitu sistematik sekalipun anak anaknya mustahil dapat dan boleh berjalan betul, kerana ibubapaknya dari azali lagi tidak pernah berjalan dengan betul.

Oleh itu, manusia yang kebanyakan tidak gemar dengan kebenaran mustahil boleh dan dapat berjalan betul jika ibubapaknya berjalannya tidak betul.

Apa apa pun, sangat wajar Datuk Seri Mohd Najib Razak mengingatkan para pemimpin umno supaya bersikap rendah diri. Kenapa? Kerana kebanyakan para pemimpin umno sejak dahulu dan kini sombong.

Termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengingatkan pemimpin parti itu supaya bersikap merendah diri juga sombong ketika ucapan dasar perhimpunan agung umno baru baru ini.

Mungkin kebanyakan para pemimpin umno tidak nampak presidennya juga sombong, kerana mereka juga bersikap sombong dan angkuh.

Sikap sombong itu membuat lima buah negeri jatuh ke tangan pakatan rakyat musim pilihanraya umum ke 12 yang merupakan pengalaman hitam dan sungguh pahit dan kelat dalam episod politik Umno/BN.

Atas sebab itulah Najib mengingatkan para pemimpin umno seluruh Negara supaya rendahkan diri dan mendekati rakyat tanpa menyedari diri sendiri begitu sombong ketika berucap dalam perhimpunan agung umno dua hari lepas.

Persoalan yang timbul ketam, maacam mana yang diri tidak pernah boleh dan dapat berjalan betul mengingatkan anak anaknya bejalan betul. Pasti mustahil, miskipun telah di ibaratkan, ular yang menyusur akar, pasti tidak akan hilang bisanya.

Akan tetapi kena ingat hukuman didunia hilang lima buah negeri serta menafikan 2/3 parlimen. Kata ustas dalam rancangan tanyalah ustas TV 9 orang sombong tak masuk syurga dan kekal dalam neraka.

Ingatlah akan amaran Allah."


 Gambar Ketua Pengarah JAKIM Hadiri Perhimpunan Agung Umno Tersebar..
Posted on Friday, November 30 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Addin77


KLIK IMEJ


Cuba perhatikan di sebelah kiri Khairy Jamaluddin, dalam bulatan tu.. kalau ko orang nak tau itulah Ketua Pengarah JAKIM sekarang, Dato' Hj. Othman bin Mustapha.

Beliau hadir semasa ucapan amanat Presiden Umno sempena perhimpunan agong Umno semalam (27 Nov 2012).

Yang menjadi persoalannya, beliau hadir atas kapasiti apa? Sebagai penjawat awam ke? Ataupun perwakilan?

Double standard apa yang di amalkan oleh Umno ni, kalau penjawat awam sokong parti pemerintah di benarkan walaupun hadir pada waktu bekerja.


Manakala, penjawat awam yang sokong Pakatan Rakyat di beri tekanan yang pelbagai termasuklah di buang kerja. Adakah ini amalan murni yang diterapkan daripada slogan "Rakyat Di Dahulukan"...

SHAH ALAM, 26 NOV - Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi (gambar).

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.

Katanya, campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

“Jawi juga gagal memberi sebab yang munasabah atas pemecatan Qatrun Nada (gambar kecil). Hal ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

“Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Tv Selangor.

Pada 15 September 2012, Qatrun Nada menghadiri satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang disampaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau disiasat dan menerima surat pemecatan pada 24 Oktober 2012 daripada pihak Jawi.

Notis yang diterima beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.

Qatrun Nada kemudiannya menghantar surat rayuan untuk bertanyakan sebab secara terperinci, Jawi hanya menjawab dengan mengatakan beliau sememangnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa berdasarkan kontrak perlantikan.

Sebelum itu, beliau juga menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lalu.

Dalam panggilan tersebut individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pada 22 Oktober, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk diselidik mengenai kegiatan luar beliau. Akhirnya, Qatrun Nada menerima notis sebulan penamatan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember ini pada 24 Oktober lalu.

Mohd Faris juga mengecam tindakan Umno-BN yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

“Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Insan menggesa pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat kerana melakukan tindakan yang memburukkan imej Umno.

“Tindakan Tatatertib itu juga penting bagi menunjukkan Umno juga menentang sebarang salah guna kuasa dalam pengurusan parti mahupun pengurusan kerajaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Insan akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur tangan politik sempit. ~selangorku
Tanpa disedari makin Umno menekan rakyat makin rakyat menolak mereka...

Addin :
Terima kasih buat sahabat yang beri info..

Sumber: addin77.blogspot.com


  Rakyat Kedah Dirayu Beri Peluang Kedua Buat BN Kembali Menyamun..
Posted on Friday, November 30 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Bloglist Politik

Seorang perwakilan dari negeri Kedah hari ini merayu kepada rakyat negeri itu supaya memberi peluang kedua kepada Umno dan BN untuk mentadbir negeri berkenaan selepas kecundang pada pilihan raya umum Mac 2008.

Dalam ucapannya, Datuk Othman Aziz menegaskan, Umno Kedah berjanji "menjadikan negeri itu cemerlang, tidak mahu merosakkan kepercayaan rakyat, dan menjadikan negeri itu maju" jika berjaya merampas semula negeri itu.

"Kami merayu bagi peluang kali kedua... Tidak ada parti yang membela rakyat selain melalui Umno dan BN.

"Ahli Umno dan pemerhati di luar sana, marilah kita berjanji dengan YAB Presiden, bahawa kita akan bingkas bangun, tegas, bekerja kuat supaya menang dan mengambil balik negeri Kedah," katanya membahaskan ucapan dasar presiden.

Beliau turut menyeru supaya ahli dan jentera supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menunaikan kepercayaan presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, golongan itu perlu bersatu padu bagi "mengembalikan kuasa kepada BN di negeri itu dan menunjukkan bahawa parti itu lebih baik daripada Pakatan Rakyat di negeri itu".

Beliau berkata demikian selepas membangkitkan beberapa persoalan yang menyentuh kelemahan pentadbiran Menteri Besar Kedah dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau antara lainnya membangkitkan isu penebangan balak untuk menjadi dusun dan ladang rakyat yang didakwa menjejaskan alam sekita serta masalah aliran tunai dan kekurangan pelajar yang didakwa dihadapi Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Selain itu, beliau turut menimbulkan dakwaan campurtangan dalam pentadbiran Perkhidmatan Awam Kedah, isu pelaburan di Kulim Hi-tech, dan isu kilang di Papua New Guinea.

"Bila tanya MB, (dia kata) saya tak tahu... Kita akan dedah bila tiba masanya," katanya.

Mengulas mengenai punca kekalahan Umno di negeri itu, Othman yang juga setiausaha Umno negeri berkata ia antaranya berpunca daripada tindakan kira-kira 4,000 ahli Umno yang tidak tidak keluar mengundi dan membuang undi rosak.

Katanya, tindakan itu membolehkan PAS memerintah negeri itu selepas menguasai lima kerusi dan dengan kelebihan undi kira-kira1600 undi atau 0.002 peratus sahaja.

"(Oleh) sebab itu kita akujanji, (situasi ini) tidak akan berulang pada pilihan raya akan datang," katanya sambil menambah pihaknya akan memujuk 292,012 pengundi atas pagar daripada lebih 1 juta orang pengundi di negeri itu dengan kerjasama Wanita Umno.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan komponen BN untuk menarik lebih 150,000 pengundi Cina, lebih 64,000 pengundi India dan termasuk masyarakat Siam.

Mereka juga akan bekerjasama dengan Pemuda dan Puteri serta NGO untuk menarik kira-kira 40 peratus pengundi muda yang berumur bawah 40 tahun menyokong parti itu.

Othman berkata kekerapan lawatan Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddn Yassin ke negeri itu beberapa kali pada tahun lalu dan tahun ini, memberi isyarat bahawa "ada potensi mengambil balik" negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Sumber: bloglistpolitik.blogspot.com


  Fitnah tak makan, maki hamun orang menyampah... akhirnya UMNO guna taktik minta
Posted on Friday, November 30 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Tok Non
Blog kedahla

UMNO ibarat jantan taik pit ingat janda dan anak-anak time nak lepas gian ketagih dadah.

Setelah puas menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat ke seluruh pelusuk dunia melalui media nyata dan media maya setiap hari tetapi akhirnya rakyat terbanyak tetap menolak UMNO Be End. Sudah empat kali tarikh PRU132 dicadangkan tetapi apabila Najib mendapati kajian menunjukkan bahawa Be End akan kalah maka PRU pun ditunda.

Begitu juga dengan taktik menyemai kebencian melalui memaki hamun yang digunakan oleh beribu pahlawan maya mereka dalam FB, twitter dan blog tetapi akhirnya rakyat bukan setakat tidak terpengaruh dengan hasutan kebencian itu tetapi sebaliknya rakyat makin menyampah dengan perangai buruk UMNO tidak berakhlak itu.

Kini UMNO menggunakan taktik baru iaitu meminta maaf dari rakyat. Najib dalam ucapan dasarnya di Pestival Fitnah UMNO meminta maaf atas kesalahan-kesalahannya sewaktu menjadi PM selama 4 tahun. Baru 4 tahu dah berkandaq kesalahan. Walaupun Najib tak senaraikan kesalahannya terhadap rakyat tetapi semua rakyat tahu ia adalah berkaitan dengan komisyen pembelian kapal selam Scorpene, menaikkan harga minyak, penjahanaman FELDA, 'bersedekah' RM77 juta kepada Yahudi APCO, kehidupan mewah luar biasa sang isteri, Altantuya, fitnah terancang terhadap Anwar, fitnah saban hari terhadap Pakatan dan macam-macam lagilah... tak larat nak tulis.

Begitu juga perwakilan UMNO Kedah Othman Aziz juga minta maaf pada rakyat Kedah dan rayu beri peluang kedua. Senangnya UMNO buat kerja, melingkupkan negeri Kedah dengan beban hutang RM2.3 billion diwariskan kpd Pakatan pada Mac 2008, tinggalkan pulak beban biawak hidup dengan berbelas penyelewengan projek yang nilainya hampir RM400 juta... tiba-tiba mai merayu rakyat minta lesen nak berkuasa. Nak berkuasa untuk apa kalau bulan untuk menyamun semula wang rakyat Kedah?

Segala rayuan itu mengingatkan kita kepada citer suami penagih dadah yang tiap-tiap hari kerja belasah isteri dan dera anak. Kenyang anak bininya dok makan penyepak penendang. Isteri minta fasakh dan akhirnya tercerai. Malangnya bila lelaki durjana ni tak dak duit nak beli dadah untuk melepaskan ketagihannya dia pun patah balik ke rumah jandanya merayu dengan penuh perasaan agar diberi peluang kedua. Boleh percaya ke orang macam ni????

Sumber: kedahla.blogspot.com


 Bingkisan Perjalanan Buat Yang Demam ‘Kuasa’
Posted on Friday, November 30 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Dr Mohd Asri

Sekarang ini demam Pilihanraya ke-13. Ia dijangka pilihanraya yang benar-benar akan men’demam’kan samada BN ataupun PR. Maka sekarang parti-parti politik dalam negara kita sedang sibuk dan menyibukkan diri untuk menghadapi demam tersebut. Ucapan dan slogan politik kedengaran di sana-sini. Kuasa, kuasa, dan kuasa. Itulah mimpi sebahagian manusia politik. Saya tidak ingin mengulas pada minggu ini. Saya hanya ingin memetik pelbagai ucapan beberapa tokoh umat Islam berkaitan dengan perjuangan dan kepimpinan. Harapnya ia boleh menjadi bekalan dan renungan untuk semua pihak yang terbabit. Ia boleh menjadi koleksi dan koreksi untuk mereka yang merasa diri berada di medan perjuangan dan siasah.


Gambar Hiasan
Akur Kesilapan
Nabi Musa a.s berjuang menghadapi Firaun. Namun Nabi Musa a.s pernah membuat kesilapan sebelum menjadi rasul iaitu telah memukul seorang warga Mesir keturunan qibti sehingga mati. Semasa dialog antara Musa dan Firaun, Firaun mempertikaikan tindakan Musa a.s. tersebut. Nabi Musa a.s mengakui kesilapan tersebut, namun meneruskan perjuangan yang benar. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)
“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?”
Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).
Inilah sikap perjuang yang ikhlas dan benar!
Pohon Maaf dan Betulkan Kesilapan
Apabila fitnah berlaku di zaman pemerintahan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan, beliau menulis surat kepada rakyat memohon kemaafan dan membuka ruang agar dibetulkan kesalahan pentadbiran. Beliau menyebut dalam suratnya:
“Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka itu akan haknya. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan ianya ditinggalkan untuk rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca dan ada pula yang dipukul. Sesiapa yang dicerca ataupun dipukul secara sembunyi atau sesiapa yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”.
Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jil. 4, hlm. 342) iaitu fitnah telah menular di tengah-tengah umat.
Maksud ‘Rakyat Didahulukan’
Jika kita ingin mendengar contoh rakyat didahulukan, maka bacalah Sirah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:
“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:
“Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Awasi Pengampu
Syaiban al-Ra‘i berkata kepada Harun al-Rasyid:
“Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”.
Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”.
Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Gambar Hiasan
Menyedari Bebanan Amanah
Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya:
“Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).
Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya:
“Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”
Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.
Menyedari Kemampuan Diri
Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya:
“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh. Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).
Banyak lagi ungkapan yang baik tentang kuasa dan jawatan untuk direnungi oleh mereka yang merinduinya. Saya petik sedikit daripadanya sebagai bingkisan buat yang lantang berbicara tentang keinginan kepada kuasa.

Tiada ulasan: