Sabtu, 22 Disember 2012

ZAKAT...WANG RAKYAT...HAK RAKYAT...JANGAN AMBIK SECARA BATIL...JIKA SABIT MAKA NERAKALAH TEMPATNYA

Jawapan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Ahmad Fadhli Shaari, 21 Dis 2012


Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar!

Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012

Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Gaji minima: Taska dan tadika swasta bakal ditutup

Khairul Azlan Mohamad , 21 Dis 2012


(“Kami Mahukan Keadilan!”…seramai lebih 80 orang pengusaha taska dan tadika swasta menuntut keadilan agar kerajaan mengecualikan pelaksanaan gaji minima RM900 sebulan.)

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 117 buah taska berdaftar dan hampir 200 buah tadika swasta di seluruh negeri Terengganu bakal ditutup jika dasar gaji minima RM900 sebulan untuk pekerjanya dilaksanakan mulai Januari 2013.


Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu, Noraini Mustafa berkata, seramai 80 orang pengusaha Taska  dan pengusaha Taska negeri Terengganu bersetuju dengan sebulat suara mendesak pengecualian gaji minima.

“Pada hari ini, 20 Disember 2012 bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu bersama 80 orang pengusaha Taska  dan pengusaha Tadika swasta negeri Terengganu bersetuju dengan sebulat suara meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan permintaan kami.

“Semua pengusaha taska dan pengusaha tadika bersetuju untuk mendesak pengecualian gaji minima kepada kakitangan taska dan tadika swasta, kerana jika tidak kami terpaksa menutup taska dan tadika kerana tidak mampu membayar gaji pekerja dengan pendapatan yang kami ada, kerana kami tertakluk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan nisbah kanak-kanak terlalu sedikit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membaca resolusi yang dipersetujui bersama pada Majlis Perbincangan Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, dekat sini, 20 Disember lalu.

Menurutnya, peraturan tersebut akan dikuatkuasakan pada Januari 2013 kepada semua pekerja sektor swasta termasuk pengusaha taska dan tadika di seluruh negara.

Pengusaha Taska Syaz, Hajah Wan Azihah Wan Isa, 47, (gambar kanan bawah) dari Kuala Terengganu melahirkan rasa kesal, kecewa serta terkilan dengan keputusan kerajaan melaksanakan gaji minima RM900 sebulan.

Ini kerana, katanya peraturan baru gaji minima tersebut membebankan ibubapa serta menyulitkan pengurusan pengusaha taska dan tadika swasta di seluruh negara.

Menurutnya, jika tidak dikecualikan semua pengusaha taska dan tadika swata di negeri ini akan ditutup operasi pada tahun depan.

“Saya usahakan taska ini selama 25 tahun lalu. Saya rasa kesal, kecewa dan terkilan dengan peraturan baru gaji minima RM900 sebulan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Sebab majoriti keluarga yang hantar anak di Taska dan Tadika kita ini bukan di kalangan orang kaya. Keluarga yang hantar pula bekerja berpendapatan sederhana.
Andainya, kita (pengusaha) naik (harga) yuran. Ramai di kalangan ibubapa pula yang tidak mampu hendak bayar yuran dua kali ganda.

“Kita (pengusaha) tidak mampu untuk menaikkan yuran memandangkan satu faktornya, kita terpaksa bersaing dengan Taska Permata yang ditaja oleh kerajaan sendiri,” jelasnya kepada Harakah.

Beliau yang mempunyai enam buah cawangan melibatkan hampir 1000 orang ibubapa turut membayangkan akan ditutup jika kerajaan tidak bertolak ansur dalam isu gaji minima tersebut.

Manakala, rakannya Puan Wan Badariah Wan Abdullah, 50, (gambar kiri) dari Taska Sri Nurain, Kampung Gong Pauh Kemaman menyifatkan peraturan baru gaji minima tersebut mengganggu periuk nasi pengusaha taska dan tadika swasta di negeri ini.

Beliau merayu agar pihak kerajaan melalui kementerian berkenaan mengkaji semula peraturan mengenakan gaji minima serta dikecualikan kepada pengusaha taska.

“Saya dari Taska Sri Nurain, Kampung Gong Pauh Kemaman. Berpengalaman hampir 20 tahun buka Taska ini. Masalah ini sangat mengganggu periuk nasi kami (pengusaha).

“Kami buat perusahaan ini semata-mata perkhidmatan dan bukan untuk kaut untung sangat. Kami sangat-sangat memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan (kementerian) untuk mempertimbangkan gaji minima ini. Jika boleh dikecualikan terus dari melibatkan pekerja-pekerja di Taska,” ujarnya.

Beliau mempunyai seramai lima orang pekerja dengan 20 orang kanak-kanak sudah pasti tidak mampu menawarkan gaji minima RM900 sebulan kepada pekerjanya.

Sehubungan itu, katanya berlaku pelanggaran syarat serta penyalahgunaan peraturan dasar sebenar penubuhan Taska Permata oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) sendiri.

“Taska Permata yang dikendalikan oleh pihak YPK sendiri tidak mengikuti dasar sebenar Taska Permata. Mereka (Permata) sepatutnya, tidak boleh mengambil anak-anak yang ibubapa mereka berpendapatan lebih RM3,000 sebulan dalam syaratnya.

“Saya sendiri alami masalah ada di kalangan ibubapa yang berpendapatan lebih RM3,000 dan pernah menghantar anak-anak mereka ke Taska saya, kini mereka hantar di Taska Permata.

“Ini suatu bentuk penganiayaan kepada pengusaha-pengusaha taska swasta serta penyalahgunaan dari segi akta pelaksanaan Taska Permata itu sendiri,” tegasnya.

Wan Badariah berharap agar masalah tersebut dipandang dengan teliti oleh pihak berkenaan supaya penyalahgunaan itu tidak berlaku serta Taska-taska Swasta juga mendapat pembelaannya.

Ketika ditanya kenapa baru sekarang perkara tersebut dibangkitkan beliau menjelaskan bahawa, sebelum ini pengusaha taska mendapat maklumat lisan dari sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain agensi berkaitan peraturan itu dikecualikan kepada pengusaha taska.

“Sebelum ini, kami dimaklumkan secara lisan dari sumber JKM dan lain-lain yang berkait bahawa pengusaha taska swasta dikecualikan pelaksanaan gaji minima itu. Tapi, kami (pengusaha) tidak diberi surat ‘hitam-putih’ tentang pengecualian tersebut.

“Sekarang baru kami diberitahu tidak ada pengecualian. Saya pernah menghantar email kepada Persatuan Pengasuh Malaysia tetapi tidak ada sebarang maklum balas,” jelasnya dengan emosi.

Menurutnya, jika semua pengusaha taska dan tadika swasta tutup di seluruh negeri akan menyusahkan ribuan ibubapa yang bekerja.

Tanah 606 hektar: Nizar tuntut penjelasan Zambry

Muhammad Faeez Azahar, 21 Dis 2012
IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memohon penjelasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung pemberian 606 hektar tanah di Hutan Simpang Belukar Semang, Pengkalan Hulu, Gerik.


"Saya hendak tanya kenapa diberikan kepada satu orang, walaupun satu syarikat 202 hektar tapi (ketiga-tiga) syarikat itu beralamat yang sama dan mempunyai satu pengarah yang sama," katanya ketika berbahas dalam persidangan Dun Perak.

Adun Pasir Panjang itu mempersoalkan kenapa diberikan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh seorang individu itu.

"Inilah syarikat yang bukan Bumiputera tetapi dinyatakan oleh Umno Hidup Melayu, Hidup Melayu.

"Mana pergi Melayu hari ini? Ini satu penganiayaan kepada Melayu kerana diberikan kepada syarikat bukan Melayu untuk menguruskan tukul besi ini," tegasnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu memohon Dr Zambry menjelaskan kenapa tidak diberikan kepada syarikat bumiputera yang majoriti orang Melayu tinggal di situ.

Beliau ingin mengetahui apakah keistimewaan individu terbabit sehingga mudah mendapat tanah dalam jumlah yang sangat besar itu.

Anak kembar Adun Paroi cemerlang dalam PMR

Faiz Abdullah, 21 Dis 2012

(ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan isteri beliau Cikgu Mahani [paling kiri] tersenyum melihat keputusan cemerlang peperiksaan PMR anak kembar mereka, Muhammad Syukri [kedua dari kiri] dan Muhammad Sobri [kanan].)

SEREMBAN: Sepasang anak kembar lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Rabu lepas.

Kembar sulung, Muhammad Sobri Mohamad Taufek, 15; merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said, memperolehi keputusan 9A.

Manakala seorang lagi kembar Muhammad Syukri Mohamad Taufek, 15, merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab, memperolehi keputusan 8A 1B.

Mohd Taufek berkata dia dan isteri beliau Cikgu Mahani berbangga dengan pencapaian anak kembarnya itu yang dilihat sebagai sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama.

"Saya syukur kepada Allah di atas kejayaan ini dan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu dan menyumbang dalam mencapai kejayaan ini iaitu guru-guru semasa di PASTI Al-Amal Taman Marida, SRIAS, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Rembau dan semua guru di SMKA SHAMS dan MRSM Gemencheh.

"Saya dan isteri bersyukur di atas kejayaan ini.Saya juga ucapkan tahniah kepada anak-anak (pelajar) Negeri Sembilan yang berjaya dalam PMR dan bagi mereka yang kurang berjaya, terus berusaha untuk kejayaan di masa hadapan," kata Mohd Taufek.

Samseng Umno antara 78 sertai PAS di Felda Bukit Permai

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 21 Dis 2012

Kalau semalam Bernama telah melaporkan seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.

Yang buat aku gelak sorang-sorang bila baca laporan itu ialah bila ada seorang Pok Cik yang masuk UMNO tu dakwa diri dia adalah bekas PEMUDA TAHAN LASAK PAS.. sebabnya setahu aku PEMUDA TAHAN LASAK tu hanya ada dalam UMNO..

Baca laporan itu di (SINI)

Ini pula adalah sebahagian laporan yang dipetik dari Facebook Mazlan Aliman..

5 hari demam, terubat dan berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt Permai.
Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2 menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad Tabrani.

Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut.

Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara 25-50 tahun.

Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno 'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti.

Kini, kata mereka, kami dah tobat.

Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!

Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.

Kalau ramai tokoh2 hebat dah masuk PAS, orang biasa nak tunggu apa lagi?

PMR: 4 sekolah kelolaan Yik lulus 100%

Rizal Tahir, 21 Dis 2012
KOTA BHARU: Empat buah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencapai keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berbanding tiga buah sekolah tahun lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah Arshad pada sidang medianya berkata, selain itu, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu juga meningkat, iaitu 0.19 peratus.

Beliau berkata demikian ketika sidang medianya berhubung keputusan PMR di Putik, semalam.

Katanya lagi, tahun lalu keputusan PMR  tahun lepas 60.97 peratus, manakala tahun ini 61.16 peratus.

Amar berkata, empat buah sekolah yang mendapat keputusan 100 peratus iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains Bistanul Ariffin Tumpat, Maahad Tahfiz Sains Al Muhammadi, Bachok dan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.

Beliau berkata, Maahad Muhammadi Perempuan mencapai keputusan 99.27 peratus, Mahaad Muhammadi Lelaki, 95.38 peratus.

Amar berkata, seramai 163 orang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan memperolehi keputusan 9A dari 412 orang calon.

Beliau memberitahu, bukan hanya sekolah kawalan, sekolah di pinggir bandar sahaja yang memperolehi kecemerlangan, tetapi sekolah jauh dari pusat bandar juga mendapat keputusan yang baik.

Berkongsi rahsia kenapa kejayaan seringkali dapat dicipta oleh sekolah di bawah Yik, beliau berkata kemantapan program yang dianjurkan Yik dan sekolah membuatkan pelajar bertambah maju.

“Kita berharap bukan hanya dalam peperiksaan PMR, sebaliknya semua peperiksaan,” ujarnya.


Bayangkan mereka anak, adik atau saudara anda (gambar)

 

http://naimnikmat.blogspot.com, 20 Dis 2012
https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/3899_517697311587275_1677453578_n.jpg

Bicara zakat: masuk saham daripada wang pinjaman

Ustaz Hamizul Abdul Hamid, 05 Dis 2012
SOALAN: Saya membuat pinjaman sebanyak RM100 ribu daripada sebuah bank yang menawarkan pembelian saham daripada sebuah institusi dan tempoh matang bagi saya mendapat keseluruhan pinjaman beserta keuntungan atau dividen daripada saham berkenaan, adalah selepas 10 tahun. Tetapi, saya mengambil keputusan untuk keluar daripada saham berkenaan pada tahun yang kelima. Soalannya, adakah saya perlu mengeluarkan zakat saham berkenaan?

Jawapan: Soalan ini memang banyak diajukan oleh umat Islam. Hal ini kerana, memang ada pihak bank yang menawarkan pinjaman khusus kepada pelanggan agar mereka dapat membeli saham daripada pihak amanah saham tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Ramai umat Islam yang merebut peluang ini.

Oleh itu, demi menjawabnya, maka cuba kita perhatikan, adakah wang atau saham yang saudara miliki itu menepati syarat asas wajib zakat? Pertama, adakah pinjaman itu menepati syarak, misalnya tidak melibatkan riba? Jika ya, baharu wajib zakat. Kedua, adakah saham yang mahu dilaburkan itu juga menepati syarak? Jika ya, baharu boleh dikira untuk zakat sahamnya.

Kemudian, suka saya nyatakan bahawa informasi yang saudara berikan di atas agak terhad. Maka, jawapan ini adalah berdasarkan kefahaman yang mampu saya garapkan daripada persoalan berkenaan.

Saudara ada menyatakan yang syarat semasa membuat pinjaman daripada bank berkenaan, maka wang dan segala pengembangan daripada pelaburan saham berkenaan hanya akan dimiliki selepas 10 tahun.

Maknanya, dalam tempoh kurang 10 tahun itu, adakah saudara boleh memiliki zat dan manfaat wang berkenaan tanpa halangan? Adakah tempoh 10 tahun itu hanya tempoh kematangan dan saudara masih boleh mengeluarkan saham dan keuntungannya?

Jika tidak boleh memilikinya, maka di sini tiada sempurna milik ke atas wang dan pelaburan saudara berkenaan; maka tidaklah wajib dizakatkan selagi mana ia belum habis tempoh matang selama 10 tahun berkenaan. Saudara tidak perlu pun mengqada mana-mana tahun yang tidak sempurna milik tersebut.

Tetapi, jika tempoh 10 tahun itu hanyalah sekadar tempoh matang dan saudara boleh sahaja mengeluarkannya dalam mana-mana tahun sebelum mencapai tempoh matang 10 tahun, maka wajiblah saudara melunaskan zakat sahamnya pada setiap tahun (yakni jumlah nilai saham yang telah dijelaskan X harga pasaran hujung tahun + keuntungan saham X 2.5 peratus = zakat).

Maka wajib jugalah saudara mengqadanya jika sebelum ini saudara tidak pernah pun mengeluarkan zakat sahamnya.

Perkara seterusnya, jika saudara mengambil keputusan untuk menamatkan pelaburan dalam tempoh lima tahun, persoalannya, adakah saudara bakal mendapatkan kesemua wang pinjaman berkenaan termasuklah pengembangan (dividen atau sebagainya) daripada saham atau tidak?

(Saya agak keliru, kerana jika saudara boleh menamatkan pelaburan dalam tempoh lima tahun, adakah ia dibenarkan dalam syarat pinjaman dengan bank?)

Katakanlah, dalam kes ini, saudara boleh menamatkannya dan saudara hanya mendapat hak ke atas sebahagian daripada pinjaman berkenaan. Katakanlah saudara telah menjelaskan sebanyak RM50 ribu dan apabila saudara menarik diri daripada saham, maka saudara diberikan hak oleh bank berkenaan RM50 ribu berkenaan, maka baharulah ia menjadi ‘milikan sempurna’ ke atas saudara.

Maka, wang RM50 ribu yang saudara peroleh itu hendaklah dikirakan sebagai zakat saham dengan dicampurkan segala pengembangannya di penghujung tahun (kiraan adalah sama seperti contoh di atas).

Contoh:

RM50 ribu X nilai pasaran saham hujung tahun + dividen @ bonus X 2.5 peratus = zakat.

Kaedah pengiraan zakat saham yang disimpan hingga ke penghujung haul, mestilah melihat kepada nilai atau harga seunit saham di penghujungnya. Ia tidak dikenakan sebagai zakat simpanan ataupun zakat pendapatan; tetapi zakat saham kerana saham adalah sejenis pelaburan dan bersandarkan kepada kaedah ‘urd tijarah (zakat perniagaan).
Ustaz Hamizul Abdul Hamid ialah Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
http://www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my.

Tiada ulasan: