Ahad, 30 Disember 2012

IKUT LOGIK MEMANG KITA TAHU YANG MANA BETUL DAN MANA KAKI TIPU

Umno tanpa rasuah bagai irama tanpa lagu

http://naimnikmat.blogspot.com, 29 Dis 2012
UMNO+Rasuah.jpg (870×483)
1.Isa Samad/ Pengerusi Felda:

Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalamPerhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

2.Ali RustamKetua Menteri Melaka:

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.

Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail .

3.Khairy Jamaluddin/Ketua Pemuda:

Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.

4.Khir Toyo/Mantan Menteri Besar Selangor:

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

5. Abd Ghani Ismail/ Ketua Umno Bahagian Pandan:

Dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.

Begitulah kehebatan UMNO .......


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

PAS sokong Presiden jelas isu ‘Amanat Hadi’

Harakahdaily, 29 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyokong penuh hasrat Presidennya,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.

Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mengulas kesediaan Tuan Guru Abdul Hadi untuk memberikan jawapan dalam isu 'Amanat Hadi' yang dimaikan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim (gambar kanan) berkata, isu ini dimainkan ekoran ada cadangan agar Abdul Hadi dilantik sebagai Perdana Menteri.

"PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai.

"Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden PAS untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi beliau, adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.

"Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama," tegas beliau yang merupakan bekas pensyarah pendidikan Islam Universiti Teknlogi Mara (UiTM) itu.

Beliau seterusnya mempertikaikan, kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan.

"Sehubungan  dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung.

"Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan," katanya.

LAPORAN BERKAITAN

Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'

Bendera PAS di demo isu Allah: Hati-hati strategi musuh

Mohd Sabri Said, 29 Dis 2012

GEORGETOWN: Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

(Gambar demo yang ada bendera PAS yang disiarkan blog Umno, pisau.net)

Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.

Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.

"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan.  Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.

Semalam Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man berkata, beliau tidak tahu menahu tentang demontrasi terhadap isu penggunaan Kalimah Allah yang diketuai oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohamed Hafiz Nordin berhampiran Masjid Simpang Enam kira-kira beberapa meter dengan Pusat Pentadbiran Negeri di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Lagipun katanya, PAS mempunyai saluran tertentu untuk bersemuka jika timbul sesuatu masalah bukan berdemo sepertimana yang dilaksanakan oleh mereka yang kononnya tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak mengambil alih pemerintahan dari BN lagi.

"Apa salahnya ikut saluran jika tak puas hati dan saya sendiri menafikan bahawa PAS negeri terlibat dalam hal itu walaupun didakwa banyak bendera  PAS berkibaran," katanya.

Harakah kumpul RM25,000 bantu mangsa banjir

Harakahdaily, 29 Dis 2012



(Petugas PAS Seksyen 18 Barat, Shah Alam  yang di ketuai setiausaha cawangan Faizul Yusuf menyiapkan barangan keperluan untuk di hantar)


SHAH ALAM: Harakah dengan kerjasama pencetaknya, Angkatan Edaran Sdn Bhd serta bantuan Muslim Care dan PAS kawasan Shah Alam berjaya mengumpulkan RM25,000 bagi membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan sekarang.

Mereka telah membeli segala keperluan berupa makanan ringan, air mineral dan lain-lain untuk dihantar kepada mangsa banjir tersebut.

"Lori-lori ini akan bertolak malam ini ke Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk menghantar barangan itu," kata seorang petugas PAS Shah Alam yang menjadi sekretariat bantuan ini.

Selain barangan, mangsa juga akan diberikan sedikit wang untuk kegunaan mereka, katanya.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengumpulkan dana untuk membantu mangsa banjir ini.

Kepada yang ingin menyalurkan bantuan sila masukkan ke Tabung Kemanusiaan Pemuda di akaun Maybank 564025400100.

Pakatan janji sedia dana haji setiap Dun di Sabah

Muhammad Faizal, 29 Dis 2012
KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat berjanji akan menyediakan dana haji bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila mengambil alih pemerintahan di Sabah.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin, berkata usaha ini merupakan satu lembaran baru dan bersejarah kepada umat Islam di Sabah yang tidak pernah diberikan oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut beliau, langkah pertama berhubung dana tersebut adalah dengan menghantar 300 orang umat Islam menunaikan haji ke Mekah setiap tahun dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Kita ingin meningkat martabat Islam di Sabah dengan memberikan pembelaan sepenuhnya dan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini.

"Kita akan menyediakan dana khusus kepada umat Islam untuk mereka mengerjakan haji setiap tahun, seramai 300 orang akan dihantar ke Mekah dan mereka akan dipilih dari setiap Dun, perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi.

Lajim yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu kouta haji itu melibatkan lima orang bagi setiap Dun yang merangkumi 60 Dun di Sabah.

"Perkara ini terkandung dalam deklarasi PPPS dan telah dipersetujui oleh ketua-ketua parti komponen di dalam Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP.

"Pelaksanaan ini akan menjadi aktiviti tahunan kerajaan Sabah, saya pasti ia akan jadi satu kenyataan jika rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti," tambah beliau.

Beliau yang percaya langkah menyediakan dana dan menghantar umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu dijangka mencetuskan persaingan sihat kepada pimpinan kecil beragama Islam di peringkat akar umbi.

Malah beliau juga berharap ia akan dapat memenuhi impian setiap rakyat beragama Islam yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan hasrat mereka tanpa dibebani sebarang masalah.

"Jika ini menjadi kenyataan, Pakatan bukan sahaja berjaya membentuk kerajaan negeri yang prihatin tetapi bakal menjadi mercu tanda terhadap pembangunan Islam sebagai agama rasmi di negara ini," ulas beliau lagi.

Sebelum itu, Lajim yang menjelaskan penyediaan dana haji akan menjadi agenda utama pada ucapan dasar beliau yang bertemakan "Merealisasikan Harapan Rakyat Sabah" pada masjis Pelancaran PPPS di Kota Kinabalu esok.

Majlis pelancaran itu akan turut dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'

Khairul Azlam Mohamad, 29 Dis 2012

MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.

“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’ tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan ‘amanat’ tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Video http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=nGKkLFrmyh0 (Buletinonline)

Tiada ulasan: