Ahad, 30 Disember 2012

JANGAN CAKAP AJE...DULU2 BATAL AKHIRNYA

MB Kedah: 'Saya kuat lagi, akan terus tanding'
Wartawan Sinar Harian
30 Disember 2012
AZIZAN
AZIZAN
KUALA NERANG - Pas Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat.

Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau
bergantung kepada keadaan.

"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding,
sayapun nak tanding juga," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini.

Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan.
Bukit Setiawangsa perlu kajian risiko, kata pakar

30 Disember 2012
Puncak Setiawangsa bergegar
Keadaan benteng konkrit yang pecah sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tanah.
KUALA LUMPUR - Seorang pakar geologi hari ini menyarankan satu kajian penilaian risiko dijalankan di keseluruhan kawasan Bukit Setiawangsa berikutan insiden pergerakan tanah dan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini Jumaat lepas.

Cadangan itu dibuat Penyelaras Program Bencana Geologi di Institut Kajian  Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (Seadpri), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan cerapan di kawasan tanah runtuh itu serta kawasan sekitar hari ini, dan mendapati struktur tanah tidak kukuh disebabkan beban takungan air di dalam tanah.

"Saya lakukan cerapan pada 12.30 tengah hari tadi, dan antara pengamatan yang dibuat ialah kawasan cerun bukit ini harus dilandaikan permukaannya daripada 70 peratus permukaan kepada 30 peratus," katanya kepada pemberita.

Pakar itu berkata kebanyakan kawasan lereng bukit di Bukit Setiawangsa ditutup dengan dinding konkrit menyebabkan air hujan terperangkap di dalam tanah, menjadikannya berat sekali gus memungkinkan kejadian tanah runtuh.

"Kita juga dapati simen konkrit tidak lagi sesuai dibuat di kawasan itu kerana ia memerangkap air daripada dialirkan keluar dari tanah," kata Tajul Anuar.

Jelas beliau, selain penggunaan dinding konkrit, alternatif lain yang terdapat di Switzerland ialah penggunaan jaringan keluli untuk menahan tanah di lereng bukit.

Katanya, teknologi itu dapat menahan tanah serta membiarkan air hujan yang meresap di dalam struktur tanah dialirkan secara semula jadi. - Bernama
Sanggup bersemuka Abdul Hadi, Nik Aziz
Wartawan Sinar Harian
30 Disember 2012
KOTA BHARU - Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno.

Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama.

Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.

“Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.

Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.

“Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya.

Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.

Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.

Tarik Balik Muzakarah Sudah Dijangka


Oleh  Mohd Zul-Idzham
Seperti dijangkakan. Cuma menunggu masa dan ketikanya sahaja. Muzakarah yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiga minggu lalu tidak akan menjadi kenyataan. Kesudahan atau pengakhiran kepada hasrat itu sudah diduga dari mula-mula kenyataan itu disiarkan lagi.
Cuma disebabkan tidak mahu mendahului ramalan kerana takut dicap sebagai tok dukun bermulut masin, hari ini penulis sudah siap siaga untuk memberi sedikit kupasan kepada jawapan Nik Abdul Aziz yang menarik balik cadangannya hendak bermuzakarah dengan Umno.
Kalau tidak silap penulis, lebih daripada tiga kali Pas mengajak Umno bermuzakarah selepas parti itu yang dipimpin oleh arwah Datuk Mohd Asri keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada Disember 1977. Semua ajakan itu berakhir dengan dibatalkan, ditolak dan ditarik balik.
Kali pertama dulu Pas yang ajak. Tidak lama kemudian Pas yang batalkan. Kali kedua Pas yang ajak. Tidak sampai sebulan Pas yangmenolaknya. Kali ini pun Pas yang ajakjuga. Kesudahannya Nik Abdul Aziz yang menarik balik. Semuanya dengan alasan bodoh. Suka melihat Melayu dan umat Islam berpecah belah.
Ketika Pas ajak Umno bermuzakarah, Pas meletakkan bermacam-macam syarat. Tujuannya supaya Umno menolaknya. Tetapi sebaliknya pula yang Umno berikan. Jawapannya sentiasa bersetuju dan bersedia pada bila-bila masa, di mana-mana saja termasuk dengan syarat-syarat yang Pas tetapkan itu.
Terperangkap dengan jerat sendiri, kerana Pas yang sebenarnya belum bersedia, terpaksa berdolak dalik. Kononnya, ahli-ahli tidak bersetuju. Kononnya Mursyidul Am membantah. Dan terkini, kononnya bercanggah dengan pandangan presiden parti.
Dalam kes mengajak dan menolak ini, siapa yang patut dipersalahkan? Pas atau Umno? Kalau mengikut logik akal, memang Pas lah yang bersalah kerana terang-terang mereka menarik balik. Tetapi, seperti biasa, bagi menutup rasa malu dan takut dituduh rakyat sebagai parti tidak ada telur, Pas lekas-lekas menyalahkan Umno.
Walaupun majoriti rakyat tahu Pas yang patut dipersalahkan, tetapi dalam kalangan ahli dan penyokong pembangkang, tetap termakan dengan dakyah pemimpin mereka. Menuding jari kepada Umno sebagai punca muzakarah tidak dapat diteruskan. Umno lagi dipersalahkan. Inilah taktik lapuk Pas. Sama dan akan serupa sejak dari dulu, kini dan selama-lamanya.
Alasan digunakan Nik Abdul Aziz untuk menarik balik ajakannya bermuzakarah dengan Umno kerana disebabkan ia bertentangan dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya, sebagai Mursyidul Am, beliau harus mengikut pendirian Abdul Hadi dan mematikan jawapannya, “isu itu tidak harus dipanjangkan lagi.”
Kenapa kali ini Nik Abdul Aziz akut dengan pendirian presiden? Tidakkah sebelum ini ketika presidennya menyahut Perpaduan Nasional yang dianjurkan Umno, Nik Abdul Aziz yang paling lantang membantah? Melawan hasrat presiden? Kenapa tiba-tiba saja hari ini beliau kena ikut keputusan presiden?
Apa motif Nik Abdul Aziz sekejap mahu ikut ketua, sekejap melawan cakap ketua? Sekejap meletakkan dirinya seperti ketua, sekejap merendah diri akur dengan keputusan ketua? Adakah muzakarah itu sengaja dijadikan alat atau isu untuk menarik sokongan? Atau semata-mata dijadikan perangkap untuk beliau melihat reaksi daripada rakan-rakan gabungannya dalam pakatan pembangkang?
Nik Abdul Aziz memang seorang politikus tua yang bijak. Majoriti rakyat kata, beliau seorang tua yang bijak memutar belit. Bercakap tidak serupa bikin. Cakap lain buat lain. Suka berjanji tetapi tidak suka mengotakannya.
Nampaknya orang Melayu dan umat Islam akan berterusan dalam keadaan berpecah belah. Ketika Umno bersedia dan berusaha keras untuk menautkan kerengangan ini, Pas pula masih dengan sikap dinginnya. Kata memperjuangkan Islam. Kata perjuangannya berlandaskan al-Quran dan hadis.
Kalau Pas benar-benar berfahaman Islam, fahaman Islam yang mana satu cuba diamal dan diterapkan oleh Pas? Penganut Sunnah Wal Jamaah sudah tentu sukakan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan sebagaimana yang dibawa dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kalau hanya bercakap sahaja memperjuangkan Islam. Kalau hanya meletakkan saja slogan Membangun Bersama Islam, sedangkan perbuatannya dan amalannya tidak condong kepada Islam sebenar ajaran Nabi Muhammad SAW, adalah lebih baik Pas buang perkataan Islam yang digunakan pada nama penuh parti itu, Parti Islam SeMalaysia.
Yang benar-benar memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu ialah Umno. Banyak dasar-dasar yang dibawa dan dilakukan Umno berasaskan al-Quran dan hadis. Umno melarang pemimpinnya mengeluarkan fatwa. Umno tidak menggalakkan pemimpin kata mengata, kutuk mengutuk dan caci mencaci.
Perjuangan Umno ialah membela rakyat. Berbuat kebajikan kepada rakyat. Siang malam memikirkan program dan perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sebagaimana dituntut Islam. Pas tidak pernah melakukan apa yang Umno buat. Kerja Pas siang malam langsung tidak mencerminkan parti itu memperjuangkan Islam. Kerjanya asyik mengutuk, mencaci, memfitnah dan mendustai orang-orang Umno.
Ketika Umno berbuat kebajikan dan kebaikan di dunia, di samping mengumpul pahala untuk bekalan di akhirat. Pas pula berlumba-lumba berbuat kemungkaran, mengumpul dosa untuk bekalan mereka di akhirat.
Pas perlu terima hakikat Umno sebuah parti yang memperjuangkan Islam, manakala parti itu parti yang penuh dengan nahi mungkar. Umno tidak menggalakkan perpecahan. Pas menganjurkannya. Umno benci kepada perbuatan jahat, Pas menggalakkannya. Umno menerima hukum melalui Majlis Fatwa Kebangsaan, Pas meletakkan kepada Mursyidul Amnya. Jauh berbeza.
Mengikut sejarah politik, Pas sebelum ini adalah sub-group Umno. Tetapi kerana ghairah hendak menegakkan cita-cita Islam, makanya sekumpulan ahli parti itu bertindak keluar dari Umno lalu membentuk Pas pada tahun 1955. Parti itu berjuang bersendirian selama 17 tahun sehingga akhir 1972.
Selepas itu pada Januari 1973, Pas kembali semula ke pangkuan parti asalnya, Umno. Namun begitu, tidak semua ahli-ahlinya menyertai Umno. Ada yang kekal dalam Pas. Salah seorang daripadanya, Nik Abdul Aziz. Sejak itu, ketokohan arwah Datuk Mohd Asri yang menyertai Umno ketika itu mula diperlekehkan. Kewibawaannya sebagai seorang pejuang Islam tulen telah diperkecilkan.
Pada masa itu, kumpulan serpihan dalam Pas memainkan peranan ‘mencuri’ semula ahli-ahlinya yang berada dalam Umno, sehingga pada 17 Disember 1977, selepas empat tahun bersama Umno, Pas membuat keputusan menarik diri daripada menjadi parti komponen Barisan Nasional.
Dengan perpisahan itu bererti bercerailah Pas dengan Umno dan Barisan Nasional. Mungkin ia satu kejayaan besar kepada kumpulan serpihan Pas, tetapi ia berita buruk atau tragedi malang bagi orang-orang Melayu.
Apabila sudah bercerai, ertinya runtuhlah sebuah rumah tangga. Yang menjadi mangsa kepada keruntuhan itu ialah anak-anak Melayu/Islam yang tidak tahu apa-apa. Mereka terkapai-kapai membawa diri, sedangkan ibu dan ayah (Umno dan Pas) tidak ada masalah.
Inilah babak hitam dalam sejarah politik orang Melayu. Selepas itu, orang Melayu kembali bertegang leher, bercakaran, tuduh menuduh dan bergomol sesama sendiri hanya untuk idealism politik, bukan untuk kesejahteraan rakyat. Tenaga pemimpin Melayu kucar kacir, hanya berjuang untuk perkara-perkara yang membazir.
Pemimpin Melayu kian pupus lantaran menjadi mangsa kebuasan hawa nafsu politik. Macam mana perpaduan hendak wujud, padahal individu yang melaung-laungkan perpaduan itu sendiri saling bercakaran.
Mulai 17 Disember 1977, setelah Pas keluar dari Umno dan Barisan Nasional, Umno tidak lagi memerlukan Pas dan Pas ketika itu mula membawa diri.
Sejak itu, muncul parti DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang. Beliau mengambil kesempatan di atas krisis yang berlaku pada parti Melayu itu mencucuk jarum ‘mempelawa’ Pas bekerjasama dengannya.
Adakalanya meragui apakah muslihat Kit Siang hendak berganding bahu dengan Pas kerana ura-ura untuk bekerjasama itu dibuatnya sebaik sahaja Pas keluar daripada BN. Orang ramai mungkin menyangka DAP ketika itu merasa bimbang kedudukannya sebagai pembangkang di Dewan Rakyat sudah tidak sekuat sebelumnya.
Kesabaran DAP menunggu untuk bersama Pas akhirnya menjadi kenyataan selepas 31 tahun, yang mana menyaksikan Pas yang ketika itu berada dalam keadaan terdesak bersetuju bergabung dengan pakatan pembangkang yang dibarisi PKR dan DAP.
Hasilnya pembangkang memenangi empat negeri pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008. Bagaimanapun, pemerhati politik meramalkan pembangkang gagal mempertahankan negeri yang dimenangi mereka seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Debat ‘Amanat Hadi’ cerita lama

Jamilah Kamarudin | December 27, 2012
Isu ini pernah hangat sekitar tahun 80-an apabila PAS dan Umno bersetuju menerima cabaran untuk berdebat secara terbuka mengenai isu kafir-mengkafir.
KUALA LUMPUR: PAS sama sekali menolak sebarang perbincangan mahu pun debat berkaitan ‘Amanat Haji Hadi’ kerana menganggap ianya satu isu lama sejak 30 tahun lalu yang sengaja ditimbulkan semula Umno.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu ini pernah hangat sekitar tahun 80-an apabila PAS dan Umno bersetuju menerima cabaran untuk berdebat secara terbuka mengenai isu kafir-mengkafir.
Bertajuk ‘Umno Kata PAS Kata Umno Kafir’, tempat dan masa sudah pun ditetapkan termasuk barisan pendebat daripada Umno dan PAS.
“PAS pada ketika itu membariskan pendebat ulama’ iaitu (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang yang kini Presiden PAS, Datuk)  Harun Taib  dan  (Datuk) Nakhaei Ahmad (kini menjadi ulama Umno) manakala Umno antaranya  diwakili (Datuk) Ibrahim Azmi dan (Datuk)  Dasuki Ahmad.
“Malah Umno pada ketika itu pernah buat raptai debat,” katanya.
Namun menurut Mahfuz, debat dibatalkan pada saat akhir apabila wujud campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu baru sahaja menjadi Perdana Menteri dalam satu keputusan Majlis Raja-Raja (MRR) apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan pembatalannya di kaca televisyen.
“Ini kena tanya Majlis Raja-Raja pasal apa boleh batal…Penyimpan Mohor umum dalam tv debat dibatalkan,” katanya.
Meramalkan tidak akan wujud jalan persefahaman mengenai isu ini, Mahfuz berkata sejarah sudah membuktikan usaha untuk mengadakannya adalah sia-sia.
Sebelum ini beberapa tokoh agama termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mengatakan Umno sebagai kafir.
Manakala Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mencadangkan supaya satu pertemuan antara Hadi dan ulama lain perlu diadakan bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

MAJLIS RAJA-RAJA : KEDUDUKAN DAN PERANANNYA DALAM PERLEMBAGAAN.


PENDAHULUAN
Di dalam peruntukan perkara 38 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebutkan

“Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut jadual kelima. “. Lihat lampiran A mengenai Jadual Kelima.

Sebagai satu kenyataan , Majlis Raja-Raja adalah satu institusi yang tertua dan kewujudannya mendahului Perlembagaan persekutuan itu sendiri ( Nik Rashid , 1997 ). Kenyataan ini meletakkannya dalam kedudukan yang tertentu dalam pentadbiran dan perjalanan pemerintahan negara. Keudukan tinggi ahli-ahli majlis, terutamanya raja-raja, turut memberikan sumbangan meneguhkan kewibawaan majlis dalam perjalanan pentadbiran di Persekutuan. Selain daripada kedudukan dan kuasa formal dalam perlembagaan, Majlis Raja-Raja mempunyai sejarah dan latarbelakangnya sendiri. Faktor ini jelas menggambarkan kedudukan dan pengaruhnya dalam pentadbiran negara.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MAJLIS RAJA-RAJA.

Majlis Raja-raja bermula dengan apa yang dinamakan sebagai Persidangan Durbar Raja-Raja dari empat buah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan pegawai-pegawai Inggeris pada tahun 1897. Tidak begitu jelas mengapa dinamakan Durbar. Bagaimanapun ia merupakan pertemuan antara raja-raja dari Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk membincangkan masalah-masalah negeri mereka dengan pegawai-pegawai Inggeris. Dalam pertemuan ini segala masalah orang melayu di negeri Baginda Tuanku dibincangkan. Pada mulanya Baginda Raja-Raja Melayu berkenaan berasa khuatir ; khuatir jika mereka dikongkong lebih jauh lagi oleh pihak Inggeris. Bagaimanapun setelah menghadirinya kekhuatiran itu hilang apabila Baginda Raja-Raja Melayu mendapati banyak perkara dapat diselesaikan dalam pertemuan itu. Meskipun persidangan Durbar itu dikhususkan kapada Baginda Raja-Raja Melayu dari empat negeri di atas iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, ada ketikanya Baginda Raja-Raja Melayu dari dari Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis serta Johor juga turut diundang sama di mesyuarat-mesyuarat tersebut. Ini berlaku umpamanya pada tahun 1930 di Singapura. Baginda Raja-Raja Melayu dari kelima-lima negeri berkenaan enggan menyertai jemputan Inggeris untuk memasukkan negeri mereka ke dalam kelompok empat negeri melayu di atas. Ini berlaku setelah Baginda Raja-Raja dari lima negeri berkenaan melihat layanan Inggeris terhadap Baginda Raja-Raja Melayu Negeri Bersekutu dianggap sebagai menghina kedudukan Baginda Raja-Raja berkenaan sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut.
Bentuk Majlis Raja-Raja yang ada sekarang bermula secara formal pada tahun 1946, di bawah gagasan Malayan Union. Ia pertamakalinya disertai oleh semua semilan orang Baginda Raja-Raja Melayu. Dari sudut perkembangannya miskipun Majlis Raja-Raja di bawah gagasan ini mempunyai kuasa dan perann yang terhad tetapi Malayan Union tidak menafikan kepentingan institusi beraja di kalangan orang-orang Melayu.

Pada tahun 1948, sebuah perlembagaan baru yang merupakan kompromi kapada gagasan Malayan Union ( yang ditentang oleh orang-orang Melayu ) dirangka. Maka bermulalah sekreteriat Majlis Raja-Raja seperti yang ada sekarang. Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu pada 1948 jugalah yang menjadi titiktolak bermulanya majlis sebagai institusi yang diuruskan sepenuhnya oleh Baginda Raja-Raja Melayu sendiri. Ia berterusan hingga ke hari ini. Pada masa sekarang sekreteriat diketuai noleh seorang pegawai yang dinamakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang dilantik oleh Baginda Raja-Raja sendiri melalui mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Sebagai ingatan, tidak semua kuasa-kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja sekarang berasal dari Perlembagaan pada tahun 1948. Perlembagaan itu pada umumnya telah mengkanunkan pelbagai perkara yang dilaksanakan oleh Baginda Raja-Raja Melayu apabila pesidangan Durbar bermula pada tahun 1896 mengenai hak membincangkan soal-soal penting seperti kewarganegaraan dan kewangan persekutuan.


Setelah Suruhanjaya Reid ditubuhkan dan memulukan tugas mengumpulkan cadangan ia ( Suruhanjaya Reid ) tidak membuat apa-apa syor ataun memberikan apa-apa peranan penting kapada Majlis Raja-Raja. Ia sekadar menyebut kuasa Majlis Raja-Raja hanyalah melantik BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGUNG . Walaubagaimana pun kedudukan dan peranan Majlis Raja-Raja seperti yang terkandung dalam Kertas Putih, ada memperincikan kuasa dan kedudukan majlis berkenaan. Setelah cadangan dan perakuan-perakuan dikemukakan oleh Kertas Putih tersebut yang pada hakikatnya mempunyai kesan menghidupkan semula peranan yang dimainkan oleh Majlis Raja-Raja di dalam gagasan Malayan Union pada tahun 1948. Selepas itu tidak ada pindaan penting yang dibuat ke atas kuasa-kuasa Majlis Raja-Raja , kecuali beberapa penambahan yang dilakukan pada tahun-tahun 1990 an ; khususnya pada tahun 1993 apabila perlembagaan dipinda bagi membolehkan Majlis Raja-Raja mengambilalih kuasa pengampunan dari Raja-Raja Melayu dalam beberapa keadaan tertentu.

Sesuatu yang dilihat konsisten dan menonjol didalam peranan Majlis Raja-Raja iaitu cara Baginda Raja-Raja Melayu berdailog dengan pegawai-pegawai Inggeris semasa persidangan Durbar sehinggalah kapada wujudnya Majlis Raja-Raja dalam Persekutuan tahun 1948. Ia juga menampakkan tema dan penekanan yang sama seperti persoalan imigresen dan lain-lain.

PERUNTUKAN PERKARA 38 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BERKAITAN TUGAS DAN PERANAN.

Di dalam perkara 38 (2) diperincikan peranan dan tugas-tugas Majlis Raja-Raja iaitu :

“ a. memilih yang di- Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga:
b. mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan
atau acara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
c. mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan
membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang,
menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
atau yang dikehendaki di buat oleh atau selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja;
d. melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
e. memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, mengantung
atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara
42,
dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya
perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua
perkara lain yang difikirkan patut.”

Mengenai dasar negara negara Pelembagaan ada menyebutkan mengenai tugas, kuasa dan peranan Majlis Raja-Raja. dalam Perkara 38 (3):

“ Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara
mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah
disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan
Gabenor-Gabenor disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau
Ketua-ketua Menteri mereka; dan pertimbangan-pertimba-
ngan itu adalah antara tugas-tugas yang dijalan-kan oleh
Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri
Dan oleh Raja-Raja yang lain dan Gabenor-Gabenor mengikut
Nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka.”

Kalau ditinjau di dalam lebih mendalam institusi ini berperanan sebagai satu institusi tertinggi dan rasmi di peringkat persekutuan mengenai hal-hal pentadbiran agama dan agama Islam. Ini jelas disebut di dalam perkara 38 (2) (b) antara lain menyebut:

“ mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluroh Persekutuan”

Majilis ini juga dilihat berperanan besar baik pada masa sekarang atau dimasa depan sekiranya tafsiran undang-undang perlembagaan diperbaharui dan diperluas serta ditafsir semula. Ini kerana jika dilihat sepintas lalu ia juga berperanan dalam hubungannya dengan hal-hal negara di peringkat Kebangsaan. Disebutkan dalam perkara 38 :

“- perkara 38 (2) (b) – mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan.
- perkara 38(2) (c) – mempersetujui atau tidak persetujui apa-apa undang-undang dan membuat
atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan
……………
- perkara 38 (2)(e)- memberi ampun……………..meringankan hukuman……… .
- perkara 38(5) - …….hendaklah diminta fikirannya……ibuat apa-apa perubahan…..perkara dibawah perkara
153.
-perkara 38(6) -……boleh bertindak mengikut budibicara
……….dalam tugas-tugas:
a……pilih dan pecat Yang di-Pertuan Agong……
b……memberi nasihat atas apa-apa perlantikan... .
c……mempersetujui atau tidak atas pengubahan
sempadan negeri-negeri……
d……setuju atau tidak…amalan,perbuatan..seluruh
Persekutuan……..
e.……penubuhan Mahkamah Khas….
f……memberi pengampunan….ringan hukuman… .

MARTABAT DAN KEISTIMEWAAN MAJLIS RAJA-RAJA

Kalau dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam perkara 38 keseluruhanya ianya mempunyai martabat dan kedudukan serta keistimewaan yang boleh dikatakan tinggi kalau dilihat dari sudut pemerintahan kerajaan Malaysia iaitu DEMOKRASI DAN RAJA BERPELEMBAGAAN ( CONSTITUTIONAL MONARCHY). Tinggi di sini merujuk kapada komposisi ahli, kuasa, peranan, kedudukan dan martabat serta kekebalan YMM Baginda Raja-Raja ssebagai ahli, dan lain–lain kuatkuasa undang-undang/perlembagaan dimana fikiran dan pandangan Majlis Raja-Raja hendaklah diminta selain dari kuasa budi bicara Majlis ini dan YMM Baginda Raja-Raja.

Dari segi komposisi Majlis Raja-Raja kita dapati keahlian Majlis Raja-Raja adalah sepenuhnya sembilan (9) orang YM Raja-Raja Melayu sekiranya mesyuarat yang diadakan akan membincangkan perlantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan memilih YMM Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu keahlian penuh mesyuarat Majlis Raja-Raja juga terjadi apabila ianya membincangkkan kedudukan, keistimewaan YMM Baginda Raja-Raja, kehormatan, kuasa dan kedudukan yang menyentuh YMM Baginda Raja-Raja Melayu. Selain dari perkara di atas komposisi Majlis Raja-Raja akan berubah iaitu apbila ia membincangkan dasar-dasar dan undang negara Yang di-Pertuan Agung akan disertai oleh YAB Perdana Menteri seterusnya YMM Raja-Raja ditiap-tiap Negeri ( Negeri Beraja) akan disertai oleh Menteri Besar dan Gabenor –Gabenor pula seiring dengan Ketua Menteri-Ketua Menteri. (Perkara 38 .3. ).

Berkaitan denganperlantikan dan pemecatan YMM Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga kedudukan istimewa orang-orang Melayu, juga yang menyentuh kuasa dan kehormatan dan keistimewaan YMM Baginda Raja-Raja: dalam soal ini kita dapati jelas dalam perlembagaan perkara 38 , dimana kedudukan Majlis Raja-Raja adalah mengatasi Parlimen di dalam perkara-perkara tertentu yang telah disebutkan di atas. Selain boleh dibincang perkara lain mengenai negara yang Majlis Raja-Raja patut dibincangkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semasa draf Perlembagaan negara digubal iaitu mungkin pemerintahan negara tidak diperintah oleh orang Melayu maka wakil-wakil kaum bersetuju dimasukkan peruntukan bahawa dalam perkara 153, kerajaan yang memerintah tidak mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan peruntukan berkenaan. Ini selaras dengan semangat peruntukan itu sendiri yang memberi keistimewaan kapada orang-orang Melayu itu sendiri .

Dari satu segi kelihatan negara tidak begitu demokratik kerana kuasa kerajaan terbatas dalam meluluskan beberapa undang-ndang kerana terpaksa mendapat pandangan Majlis Raja-Raja. Contohnya seperti soal mengubah sempadan Negeri.-Negeri di mana pandangan YMM Raja-Raja melalui Majlis Raja-Raja perlu mendapat fikiran YMM Raja-Raja dahulu walaupun kerajaan dipilih oleh rakyat dan dalam hal ini sepatutnya parlimen adalah kuasa tertinggi dalam penggubalan apa-apa undang dan dasar negara. Walaubagaimana pun ini perlu dilihat dari sudut yang lain bukan dari sudut politik atau tidak demokratik. Ia tidak semistinya buruk dari segi demokrasi terutamanya jika alasan YMM Raja-Raja mempunyai kuasa menyemak dan mengimbang kuasa kerajaan yang memerintah. Ini sebagai “ check and balance “ dalam bahasa dan tindakan, serta bahasa yang begitu halus sesuai dengan keperibadian bangsa Melayu. Menjaga negara dan rakyatnya dalam segala aspek serta tidak menghilangkan kehormatan YMM Raja-Raja sebagai Pemerintah secara tradisinya sebelum berubah selepas kedatangan British; dengan lain kata YMM Raja-Raja ditetap dijaga dan dipelihara dan YMM Raja-Raja tahu peranan dan kedudukannya /membawa diri dalam sisitem yang ada sekarang disamping kerajaan melengkapkan tugas dan tanggungjawabnya kapada negara dan rakyat dalam satu lanskap yang begitu nyaman dan sempurna. Ini dengan lain perkataan ia mengujudkan “ situasi menang-menang. “ WALAUPUN SESEKALI TERDAPAT LANSKAP PEMERINTAHAN NEGARA TERCALAR KERANA SELISIH BAHASA ANTARA KERAJAAN DAN YMM RAJA TETAPI DIAKHIRNYA IA KEMBALI KEPADA KEADAAN ASAL.

Perlembagaan Persekutuan juga dianggap sempurna dan lengkap, penuh dengan pertimbangan dan tolakansur antara pelbagai kaum di negara ini yang mana telah membawa keamanan berbanding di kebanyakkan negara lain di dunia walaupun ia bukan sepenuhnya lengkap, dapat dilihat ciri-ciri dalam beberapa aspek lagi menerusi kedudukan dan peranan Majlis Raja-Raja.

Kalau dilihat pada perkara 159 Perlembagaan Persekutuan soal-soal mengenai Majlis Raja-Raja dan institusinya seperti diperkara 38 Perlembagaan Persekutuan juga jelas menyatakan kuasa Majlis Raja-Raja di mana setiap pindaan yang menyentuh kedua-dua perkara di atas persetujuan adalah diperlukan dari Majlis Raja-Raja. Ia juga meliputi peruntukkan-peruntukkan mengenai Bahasa Melayu dan Agama Islam, perlindungan terhadap kedudukan YMM Baginda Raja-Raja melayu di bawah perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Sementara kuasa di bawah perkara 159 secara sepntas lalu jika di perhatikan jelas menunjukkan kedudukan Majlis Raja-Raja kelihatannya mengatasi Parlimen.

Walaupun corak Pemerintahan negara ini adalah pemerintahan Demokrasi Raja berPelembagaan tetap tingginya tahap dan nilai serta semangat tolakansur di samping untuk memertabatkan simbol kuasa orang Melayu dan simbol perpaduan bangsa Malaysia semasa Perlembagaan tersebut digubal sehinggalah ke hari ini kuasa YMM Baginda Raja-Raja Melayu dan kedudukan serta kuasa dan peranan Majlis Raja-Raja jelas kelihatan penting walaupun dalam setengah perkara YMMSPBYD AGUNG serta Majlis Raja-Raja bertindak mengikut NASIHAT ( selepas pindaan pada tahun 1996 ) perkataan NASIHAT diperjelaskan yang mana nasihat yang wajib dipatuhi : Majlis ini seterusnya diberi satu kedudukan yang amat tinggi dalam perkara-perkara yang disebutkan secara khusus iaitu misti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja jika kerajaan berhasrat mengubah sempadan negeri , keahlian dalam beberapa majlis seperti Majlis Angkatan Tentera kerana semua kesembilan (9) orang YMM Baginda Raja-Raja Melayu termasuk DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGUNG yang merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia sementara YMM Baginda Raja-Raja Melayu mejadi Pegawai Pemerintah dalam setiap Division Tentera Melayu Di Raja yang terdapat diseluroh negara. Di samping itu Majlis Raja-Raja juga diberi kuasa, kedudukan,dan peranan yang amat penting selain dari sebab yang telah disebutkan di atas tadi: di mana Majlis ini perlu dirundingi dalam perlantikan-perlantikan penting hakim-hakim, ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya dan beberapa perlantikan lagi. Dengan lain perkataan selain dari faktor di atas ianya dibuat sedemikian bagi mengujudkan ( sekurang-kurangnya didalam dokumen resmi Perlembagaan dan secara fizikalnya bahawa badan legislative iaitu satu cabang yang bebas dan berasingan dalam struktur pemerintahan Negara dirasa bebas atau kelihatan bebas atau kurang campurtangan eksekutif supaya institusi ini dihormati dan mendapat kepercayaan rakyat untuk memperolehi keadilan. Ini kerana Majlis Raja-Raja dan Ahli-ahlinya mempunyai kedudukan yang tinggi secara tradisi iaitu sebagai Raja mutlak di negeri sebelum kedatangan Penjajah dan institusi tertinggi pada budaya, pandangan dan kuasa DAULATNYA di kalangan orang Melayu : diteruskan : kemulian jaluran peranan, kuasa dan kedudukan mengikut Perlembagaan serta boleh ditegaskan sebagai sebuah badan yang lebih bebas dan dipercay ai serta mempunyai keesahan dan kedaulatan. Dengan lain kata, Majlis ini juga sebagai pengimbang antara tiga cabang pemerintahan Negara serta rakyat. Sepintas lalunya bagi mengelakkan kerajaan yang memerintah berkuasa penuh dan berlaku penindasan. Ia juga menerangkan tentang budi dan budaya yang begitu halus bangsa Melayu dalam memelihara semua asset bangsa disamping sikap tolakansur berbagai kaum dan dengan jelas ia mengisyaratkan bahawa konsep musyawarah adalah penting dan terbaik dalam membuat keputusan oleh kerajaan bagi satu-satu perkara penting yang mana sukar untuk berpatahbalik bagi membaiki kesilapan tersebut. Cagarannya jika kesilapan berlaku adalah kemusnahan sebuah negarabangsa,, struktur dan segala isibumi dan budayanya. Antaranya ialah keahlian dalam beberapa majlis seperti Majlis Angkatan Tentera, hak untuk dirundingi dalam beberapa perlantikan seperti hakim-hakim, ahli-ahli Sutuhanjaya Pilihanraya dan dalam mengubah sempadan negeri-negeri. Dalam hal ini dalam banyak kes majlis Raja-Raja telah memainkan peranan yang begitu penting dan berpngaruh sebagai kuasa pengimbang dalam mengubah dan meminda serba sedikit keputusan kerajaan. Ini mungkin dianggap sebagai kelemahan kerajaaan tetapi kalau dilihat dari sudut yang lain ia adalah hasil dari musyawarah yang diamalkan oleh kerajaan diperingkat tertinggi.

KUASA ,PERANAN DAN KEDUDUKAN YANG TIDAK DIJELASKAN.

Selain dari kuasa-kuasa , kedudukan dan peranan Majlis Raja-Raja yang telah dinyatakan secara jelas , terdapat beberapa beberapa tempat lagi di dalam Perlembagaan dimana kuasa, peranan serta kedudukan Majlis Raja-Raja yang dinyatakan secara tidak langsung atau tidak secara khusus. Di antaranya ialah persetujuan mengubah sempadan negeri, keahlian dalam beberapa majlis seperti Majlis Angkatan Tentera, hak untuk dirundingi dalam perlantikan hakim-hakim dan kadangkala dikatakan boleh mengubah senarai perlantikan tersebut. Juga perlantikan ahli Suruhanjaya Pilihanraya dan sebagainya.

Dari aspek agama Islam, Majlis Raja-Raja disamping mewakilkan Yang di-Pertuan Agong dari segi kuasa ini contohnya dalam menentukan atau bersetuju atau sebaliknya sebarang sambutan keagamaan peringkat Persekutuan. Ini penting kerana negara tidak mempunyai ketua agama Islam miskipun perlembagaann telah menetapkan agama Islam adalah Agama rasmi Persekutuan. Dalam hal ini ia tidak menentuh kuasa YM Baginda Raja-Raja di Peringkat Negeri tambahan pula YM Baginda Raja-Raja amat berat hati untuk melepas atau meminda kuasa mereka yang tinggal sedikit iaitu dalam bidang agama .

SOROTAN-SOROTAN MENARIK YANG MENYENTUH PERANAN DAN KUASA SERTA
KEDUDUKAN MAJLIS RAJA-RAJA


Beberapa peristiwa menarik dan ad juga dipanggil krisis berkaitan Perlembagaan Pesekutuan yang terjadi beberapa kali. Ia terjadi atas beberapa fakta tetapi apa yang jelas, ia terjadi di era pemerintahan Dato Sri DR Mahathir Mohamed dan semua krisis ini akhirnya telah memperjelaskan lagi kuasa, peranan dan kedudukan Majlis Raja-Raja.
Pada tahun 1983 berlaku satu krisis, di dalam apa yang dikenali sebagai krisis pindaan perlembagaan. Di dalam krisis ini ia melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal memperkenankan satu-satu rang undang-undang dan juga soal mengisyitiharkan darurat. Dalam hal ini diperjelaskan bahawa satu-satu rang undang-undang akan menjadi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan setelah diwartakan walaupun tanpa memdapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong setelah melalui beberapa proses. Di dalam soal pengistiharan darurat, diperjelasakan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh mengistiharkan darurat setelah mendapat nasihat dari Perdana Menteri dan nasihat ini misti dipatuhi.

Pada tahun 1984 pula berlaku pergeseran yang begitu hebat di antara dua parti politik Melayu iaitu antara UMNO dan PAS; hingga membawa kapada hasrat untk memgadakan debat terbuka antara keduanya. Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong dengan resolusi dari Majlis Raja-Raja telah membatalkan debat terbuka yang ingin diadakan. Kedua parti politik tersebut akur dengan perintah dari Yang di-Pertuan Agong.

Pada tahun 1988 apabila krisis badan kehakiman berlaku Majlis Raja-Raja turut memainkan peranan sehingga krisis tersebut selesai dan dalam krisis ini Ketua Hakim Negara telah dipecat melalui satu tribunal kerana salahlaku. Dalam krisis dengan pihak istana di mana imuniti YM Baginda Raja-Raja telah dipinda dimana kekebalan YM Baginda Raja-Raja atas sifat dirinya sendiri sahaja. Ini berlaku apabila satu lapuran polis telah dibuat oleh seorang jurulatih hoki Negara yang mana mendakwa ia telah dipukul dan dkasari oleh YM Baginda Sultan Johor. Dalam hal ini Maj;is Raja-Raja telah memainkan peranan yang penting sehingga membawa kapada pindaan perlembagaan berkaitan imuniti YM Baginda Raja-Raja diperkenankan. Di dalam kemelut perpecahan masyarakat Melayu selepas pilihanraya pada tahun 1999 Majlis Raja-Raja juga telah memainkan peranan yang penting untuk menyatukan semula orang-orang melayu. Di dalam pilihanraya yang ke 10 ini pihak kerajaan telah kehilangan kerusi parlimen yang banyak dan diperingkat negeri telah kehilangan dua(2) negeri kapada Parti PAS.

KESIMPULAN.

Dari perbincangan di atas jelaslah Majlis Raja-Raja telah diberi peranan , kuasa dan kedudukan yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun berlaku sedikit sebanak krisis dan kekurangan dapat disimpulkan Majlis Raja-Raja telah diberi satu kedudukan yang istimewa. Dengan lain perkataan ia lebih tinggi dari Parlimen dari segi kedudukannya dan mungkin dari segi kuasa ia masih boleh diperbahaskan. Ini berlaku tidak lain adalah bagaimana Perlembagaan itu ditafsirkan. Perlembagaan negara perlu diingat digubalkan berdasarkan tolakansur dan permaufakatan antara beberapa bangsa yang berada di negara ini. Ia sudah tentu tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Dengan kata lain , semua pihak tidak akan mendapat semua dan tidak semua pihak akan mendapat semua. Maka adalam keadaan tersebut dan terbukti pada hari ini negara Malaysia telah lahir sebagai sebuah negara yang begitu aman dan salah satunya hasil dari perlembagaan tersebut dan lebih khusus , Majlis Raja-Raja telah memainkan peranan serta menggunakan kuasa dan kedudukannya dengan bijaksana dan terpuji. Selain itu keberkesanan Majls ini bukan sahaja terletak kapada kuasa, peranan dan kedudukannya yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan sahaja tetapi Majlis Raja-Raja terus relatif dan dan berjaya memainkan peranannya diluar dari kuasa, peranan dan kedudukan yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Contoh, dalam mengatasi isu debat terbuka antara UMNO dan PAS pada tahun 1988. Oleh yang demikian walaupun Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa formal tetapi Majlis Raja-Raja masih lagi boleh memainkan peranan yang lebih aktif ( tanpa kuasa formal ) dalam apa bentuk masalah dan kegiatan di dalam negara dengan syarat ia mempunyai karisma, keperibadian, dan kesungguhan untuk mengatasi satu-satu masalah. Ketinggian peribadi dan komitmen kapada keadilan dan demokrasi di pihak YM Baginda Raja-Raja amat penting untuk keutuhan dan kedaulatan serta masih dan terus releven untuk masa dan bagi abad yang akan datang.

Keputusan roboh banglo Puncak Setiawangsa diketahui hari ini
ISMADI ISMAIL
30 Disember 2012
Puncak Setiawangsa bergegar
Keadaan benteng konkrit yang pecah sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tanah.
Puncak Setiawangsa bergegar
Kediaman yang disewa seorang warga Iraq yang dikenali sebagai Maulana hampir roboh sepenuhnya.
KUALA LUMPUR -  Keputusan sama ada sebuah banglo yang rosak teruk dalam kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa, akan diroboh sepenuhnya atau tidak, akan diputuskan pada mesyuarat bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju, petang ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Othman Abu Bakar berkata, rumah itu dipercayai disewa oleh sebuah keluarga warga Iraq yang berpindah keluar dua hari sebelum runtuhan selepas mendapati wujud keretakan di rumah berkenaan.

"Keputusan merobohkan banglo itu dibuat bagi mengurangkan beban tanah yang dikhuatiri menjejaskan cerun berikutan kedudukan banglo itu berada di tempat paling kritikal," katanya.

Menurutnya, dua banglo lain masih dianggap berada dalam zon bahaya.

"Masih terdapat pergerakan tanah yang dikesan di kawasan berkenaan.Sehingga malam tadi, penghuni 106 kediaman dan rumah kedai telah diarahkan berpindah," katanya.
Othman berkata, laluan utama Jalan Bukit Setiawangsa  ke Puncak Setiawangsa masih ditutup, namun laluan alternatif bagi penduduk dan pemandu telah dibuka di sepanjang Jalan Persiaran Setiawangsa.
Puncak Setiawangsa bergegar
HIDAYAH HAIROM
30 Disember 2012
Puncak Setiawangsa bergegar
Kediaman yang disewa seorang warga Iraq yang dikenali sebagai Maulana hampir roboh sepenuhnya.
Puncak Setiawangsa bergegar
Keadaan benteng konkrit yang pecah sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tanah.
Puncak Setiawangsa bergegar
Peta menunjukkan lokasi kejadian benteng runtuh dan jalan yang ditutup.
Puncak Setiawangsa bergegar
Penduduk sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan perumahan Puncak Setiawangsa, di sini, gempar apabila benteng konkrit di lereng Jalan Bukit Setiawangsa setinggi 60 meter runtuh mengakibatkan satu-satunya jalan menghubungkan perumahan tersebut ke Puncak Setiawanga ditutup daripada laluan kenderaan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, semua penghuni kira-kira 20 banglo yang terletak di Puncak Setiawangsa diarahkan mengosongkan rumah kerana berada dalam zon bahaya.

Tiga daripada banglo berkenaan, termasuk kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, yang berada berhampiran lereng bukit, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah yang berisiko runtuh lebih teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Jabatan Pertahanan Awam dan pihak polis berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Timbalan Pengerusi Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata, kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku sejak 16 tahun kawasan itu didiami.

Katanya, pihaknya kini hanya dapat membantu dari segi memberi maklumat kepada penduduk berhubung perkembangan kejadian agar mereka dapat mengambil tindakan sewajarnya.

“Penghuni yang diarahkan keluar juga diminta membawa keluar barangan penting lain kerana belum dipastikan sampai tidak dibenarkan kembali ke kawasan kediaman.

“Pihak DBKL juga ada menyediakan dewan kepada penduduk sebagai penempatan sementara,” katanya.

Beliau berkata, pihak pemaju juga bersetuju memberi bantuan awal pemindahan berjumlah RM1,500 kepada penduduk terjejas.

“Satu keluarga, RM1,500, dan kita masih lagi menerima pendaftaran daripada mereka terlibat untuk menuntut bantuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata, pihaknya akan membuat laluan alternatif untuk digunakan penduduk sekitar yang ingin keluar.

Katanya, penghuni di kawasan bawah, berdepan benteng tersebut juga diarahkan pindah serta-merta.

“Pihak IKRAM telah memasang peralatan untuk menentukan pergerakan tanah ini dan kita berharap dengan itu kita dapat mengukur pergerakan tanah tersebut dan ini akan memudahkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Penduduk bimbang Kejadian menggemparkan itu nyata membimbangkan penduduk sekitar terutamanya yang berada di lokasi berhampiran, berikutan pergerakan tanah yang masih aktif.

Salah seorang penduduk, Mustafa Fuzer Nawi, 52, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya berada di rumah dan terdengar bunyi dentuman kuat kira-kira jam 9.15 malam.

“Saya fikir bunyi guruh, namun terkejut apabila mendapat tahu benteng konkrit itu runtuh.

“Sebelum ini jiran-jiran ada memaklumkan air yang mengalir di salur benteng itu keruh, sedangkan kebiasaannya jernih,” katanya. Seorang lagi penduduk, Siti Mahfudzah Ashahril, 34, berkata, semalam (kelmarin) dia pulang ke rumah pada waktu tengah hari dan melihat beberapa orang di kawasan benteng itu.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka benteng itu akan runtuh sehinggalah dia terdengar bunyi siren kenderaan bomba dan pihak polis. “Sekarang ini kita bimbang kerana musim cuti sekolah akan berakhir dan kawasan yang runtuh dekat juga dengan sekolah,” katanya.
Lebih 100 rumah di Puncak Setiawangsa berisiko
Wartawan Sinar Harian
30 Disember 2012
Lebih 100 rumah di Puncak Setiawangsa berisiko
Sebahagian penduduk mula membuat persiapan untuk berpindah.
Lebih 100 rumah di Puncak Setiawangsa berisiko
Jalan alternatif dibuka bagi menghubungkan kawasan kejadian.
KUALA LUMPUR - Lebih 100 kediaman termasuk 30 banglo di Puncak Setiawangsa dan 18 lot kedai berhampiran dikhuatiri terjejas berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku akibat benteng konkrit setinggi 50 meter pecah di Jalan Bukit Setiawangsa, di sini, semalam.

Tujuh daripada 30 banglo, iaitu termasuk kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, yang berada berhampiran lereng bukit, dilaporkan bakal terjejas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Othman Abu Bakar, berkata, sebanyak 58 rumah di bahagian bawah cerun dan 18 rumah kedai juga diarahkan berpindah.

Menurutnya, laporan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mendapati pergerakan tanah yang masih berlaku mampu memberi risiko kepada kawasan berhampiran.

“Rumah no.39 (didiami warga Iraq) sudah runtuh separuh, namun nasib baik tiada penghuni, kerana mereka sudah meninggal rumah sejak siang semalam (kelmarin).

Manakala rumah nombor 37 (milik Dr Jamaluddin) mengalami keretakan dan hakisan tanah.

“Jadi, kita minta kerjasama penduduk terlibat agar memberi kerjasama, berpindah dan mengunci kediaman bagi mengelakkan kecurian.

Pihak polis yang bertugas di lokasi akan memantau dari masa ke semasa,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, semalam.

Beliau berkata, DBKL akan membina jalan keluar dari Jalan Persiaran Setiawangsa untuk ke Jalan Bukit Setiawangsa,” katanya.

Runtuhkan banglo mewah Sebuah daripada tujuh banglo mewah di Puncak Setiawangsa, yang terjejas teruk akibat runtuhan benteng konkrit akan dirobohkan hari ini, sebagai langkah mengelakkan bencana lebih besar.

Perkara tersebut diputuskan menerusi mesyuarat tergempar yang berlangsung antara DBKL, pemaju dan pemilik, petang semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, ketika mengumumkan perkara itu berkata, langkah itu perlu mengelakkan perkara lebih buruk berlaku sekiranya terdapat runtuhan susulan.

Menurutnya, banglo yang telah separuh runtuh itu dikhuatiri membebankan tanah seterusnya menjejaskan kestabilan cerun.

“Dalam masa sama, kita akan pasang pelindung pada tebing bagi mengelakkan hakisan tanah sekiranya berlaku hujan berikutan cuaca yang tidak menentu.

“Pihak IKRAM juga memasang alat pengesan pergerakan tanah untuk setiap satu jam bagi menentukan tahap kestabilan cerun,” katanya pada sidang media, di lokasi, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pembinaan projek perumahan di lereng bukit yang dibuat pada 1992 itu tidak mengikut piawaian yang sepatutnya.

Ini kerana katanya, ketika diluluskan dahulu, Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 2010 masih belum dikuatkuasakan.

“Jika mengikut garis panduan itu, setiap projek di tanah tinggi perlu di selenggara setiap lima tahun sekali, termasuk memeriksa kestabilan cerun, termasuk diwajibkan pasang alat pengesan pergerakan tanah.

“Jadi kita telah putuskan agar pihak pemaju perlu mengemukakan kaedah penyelesaian untuk pulihkan keadaan cerun,” katanya.
Wartawan diserang dipercayai anggota PPS
MOHD ISKANDAR OTHMAN
30 Disember 2012
Kean Siang
Kean Siang yang cedera di bahagian bibir menunjukkan kameranya yang rosak dan laporan polis.
GEORGETOWN - Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina terpaksa menghadapi detik mencemaskan apabila dia dibelasah empat lelaki, dipercayai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal pagi tadi.

Ang Kean Siang, 32 dari Guan Ming Daily juga mendakwa dia diugut dan kameranya dirosakkan oleh lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kerana mengambil gambar kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan.

Kean Siang berkata, dia bergegas ke pangsapuri berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu  kira-kira jam 1.20 pagi.

Menurutnya, ketika dia mengambil gambar mangsa di tempat kejadian, tiba-tiba datang seorang lelaki memarahinya dan mengarahkan dia beredar dari tempat kejadian.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Kean Siang berkata, dia meninggalkan tempat berkenaan namun seorang lagi lelaki bermotosikal meghampirinya dan menawarkan untuk membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

Beliau bersetuju dan membonceng motosikal berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan PPS bagi kawasan Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.

“Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya tadi yang dikenali sebagai Ah Chai bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka terus  memukul dan mengugut saya.

“Mereka juga merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pagi tadi.

Kean Siang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya bertubi-tubi di bahagian muka, badan dan salah seorang daripadanya bertindak menendang kemaluanya.

Akibat kejadian itu, Kean Siang mengalami kecederaan di bahagian bibir dan badan.

Menurutnya, kejadian berkenaan adalah pengalaman pertamanya selepas hampir 10 tahun menceburi bidang kewartawanan.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya utuk terus bekerja bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Saya kesal kerana mereka (anggota PPS) sepatutnya mengawal ketenteraman dan keselamatan namun tindakan mereka terhadap saya menunjukkan mereka seolah-olah samseng.

“Saya cuma menjalankan tugas dan sekiranya mereka tidak berpuas hati, bukan dengan cara ini jalan penyelesaianya ” katanya.
Tony Pua: Banyak boleh dibuat jika Pakatan dapat Pusat
NIZAM ZAIN
30 Disember 2012
Tony Pua
Tony Pua
TSUNAMI politik 2008 menyaksikan penghijrahan besar-besaran sokongan rakyat beralih arah daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) dengan memperlihatkan ramai pemimpin muda baru muncul di arena politik negara. Tidak terkecuali Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang pertama kali menyertai politik dan diangkat terus menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang sebelum ini menjadi kubu kuat MCA.

Sinar Harian Online mendekati Pua, yang dilihat sebagai seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan keperluan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik, menentang tradisi kronisme yang diamalkan kerajaan BN dan sentiasa lantang membawa permasalahan rakyat kepada pengetahuan kerajaan supaya peruntukan kepada rakyat dapat disalurkan segera.

Ikuti temu bual eksklusif menerusi segmen Bicara Bersama Ahli Parlimen Penggal Pertama, Tony Pua, yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor di bangunan Parlimen baru-baru ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang ahli politik muda dan pertama kali muncul secara aktif dalam arena politik negara, adakah Yang Berhormat sudah menjangkakan kemenangan tercapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) 2008 hingga diangkat rakyat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU)?

TONY PUA: Saya ada jangka kemungkinan menang, tapi masa itu memang susah sikit, sebab masa itu Datin Paduka Chew Mei Fun yang merupakan Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Pembangunan Wanita, beliau mempunyai reputasi yang cukup baik, tahun 2004 beliau menang dengan majoriti lebih 14,000.

Jadi untuk menumbangkan atau menarik balik sokongan daripada 14,000 bukan perkara mudah, tapi masa itu ada angin perubahan, semua orang tidak sangka angin tsunami bertiup begitu kencang. Saya menang majoriti hampir 20,000 undi, saya rasa tidak kira siapa kita letak kita akan menang, bukan isu calon lagi, ada kemungkinan dan usaha itu nampak akan menyebelahi saya.

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai Ahli Parlimen penggal pertama, sejauhmanakah perkhidmatan Yang Berhormat diterima oleh rakyat PJU dan adakah matlamat yang telah dirancang dapat dipenuhi?

TONY PUA: Bagi penduduk dan pengundi kawasan khususnya PJU, ada dua perkara, pertama pembangunan terlampau sebelum ini yang menyebabkan kualiti hidup menurun. Misalnya kebenaran merancang yang diberikan kepada pihak pemaju untuk membina kompleks yang cukup besar dan cukup padat, kondominium yang cukup tinggi. Ini telah menyebabkan kesesakan jalan raya yang kian meningkat, menyebabkan Petaling Jaya tidak lagi ‘liveable’ seperti dahulu.

Dalam tempoh empat tahun ini, kita telah memperketatkan kaedah kebenaran merancang yang diberikan kepada pihak pemaju supaya semua peraturan dipatuhi, malah mereka tidak akan diberikan pengecualian syarat yang sepatutnya dikenakan ke atas semua pemaju.

Dahulunya banyak syarat seperti ‘block ratio’, tempat letak kereta, kawasan lapang dan kawasan hijau dilonggarkan untuk membenarkan pihak pemaju membina dengan lebih padat. Tetapi sekarang kita tidak berbuat begitu lagi.

Kedua apa yang telah kita buat adalah satu jenis pendemokrasian tempatan, bukan sahaja dari segi pemilihan ahli majlis yang baru, bahkan segala keputusan yang dibuat oleh pihak majlis perlu terlebih dahulu mendapat sokongan pihak penduduk. Kita mengadakan pendengaran awam dengan mengambil kira pendapat penduduk dan mereka akan membangkitkan pelbagai isu kerana pembangunan ini perlu dikecilkan ataupun pembangunan ini boleh diluluskan syarat dipatuhi.

Mereka juga membangkitkan isu-isu tempatan yang berbangkit, jika pihak majlis tidak diberitahu mungkin mereka tidak maklum. Jadi kita telah mewajibkan pendengaran awam ke atas semua pembangunan baru, sebelum ini kita pernah dengar banyak cerita bahawa apabila ada pembinaan bermula, baru ada penduduk tahu walaupun kebenaran merancang sepatutnya sudah buat empat tahun lalu.

Seperti yang berlaku di Batu Caves, mereka benarkan masa lalu tetapi mereka tidak buat pendengaran awam. Apa yang kita buat adalah untuk mengetatkan kesemua proses ini supaya pihak pemaju tidak mencari jalan mudah, bagi projek yang telah diluluskan, kita cuba sedaya mungkin untuk menurunkan kepadatannya, sebab apa yang terjadi, apabila projek sudah lulus, kita tidak boleh batal, jika tidak kita kena bayar ganti rugi yang cukup tinggi, akhirnya rakyat secara tidak langsung pula kena bayar.

Selain itu, kita beri tekanan kepada pihak pemaju untuk menurunkan kepadatan. Seperti di Damansara Jaya, dulu ada sebuah pusat beli belah Atria Damansara, kemudian mereka mahu merobohkannya, selepas itu buat satu kompleks beli-belah yang baru termasuk blok pejabat di atasnya.

Pada awalnya mereka hendak bina 33 tingkat, apa yang kita buat ialah kita bantah dan minta pihak pemaju, turun kepadatan sekiranya mahu projek itu diluluskan. Sekarang kepadatannya telah menurun kepada 40 peratus, hasil perbincangan yang mengambil masa cukup panjang sehingga dua tahun. Pihak pemaju pun letih dan akhirnya mereka setuju, kalau tidak mereka tidak boleh mula projek.

Di Jalan FAS dahulunya ada satu padang FAS di Petaling Jaya, sebelum itu tanah rekreasi tetapi pada 2005 ia telah dijual kepada satu pihak pemaju menjadi tanah komersial. Kita tidak boleh berpatah balik, ia sudah jadi tanah komersial, kita kena benarkan pembangunan di sana walaupun kita tidak patut bagi pembangunan lagi kerana kawasan itu sudah padat.

Di sekitarnya juga terdapat banyak kondominium, tiada kawasan lapang lagi di sana, apabila mereka hendak bina bangunan komersial, di situ ada kedai empat tingkat kita benarkan, jika blok pejabat itu 28 tingkat, kita tidak benarkan, malah ia mendapat bantahan yang cukup keras daripada pihak penduduk.

Falsafah bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) berpihak kepada masyarakat dan bukan berpihak kepada pihak pemaju lagi, sebelum ini rakyat bertentangan dengan majlis. Sekarang kita mahu majlis menjadi satu agensi untuk menyuarakan atau melaksanakan permintaan daripada rakyat, jadi konsep tukar, PBT suara rakyat.

Kemudian, isu jenayah di Petaling Jaya memang serius sebelum 2008 dan sampai sekarang masih serius lagi. Apa yang kita telah buat ialah kita telah membenarkan penduduk di taman perumahan untuk membina “guard house” dan “boom gate” serta menutup jalan belakang yang menjadi laluan kepada pencuri atau penjenayah.

Walaupun perkara ini buat masa sekarang tidak mengikut undang-undang, tetapi kita kena bertolak ansur. Kita perlu biarkannya untuk sebagai langkah pencegahan jenayah. Kita telah pun mendesak dan meminta pihak PBT supaya melonggarkan syarat, asalkan tidak menimbulkan isu yang serius perlu dibenarkan.

Langkah pencegahan itu mestilah tidak menyebabkan kesesakan yang terlalu serius, tidak menyekat jalan besar, hanya melibatkan jalan taman perumahan sahaja dan tidak menerima bantahan daripada penduduk.

Kita akan biarkan, dan kalau ada aduan daripada pihak penduduk, baru kita minta supaya persatuan penduduk tempatan menyelesaikan isu tersebut dengan penduduk tempatan sendiri. Biar penduduk sendiri buat keputusan apa yang paling baik untuk penduduk di sana.

Kita tidak mahu pihak majlis datang mencampuri hal ini, asalkan isu-isu keselamatan seperti bomba masih boleh masuk kawasan itu sudah memadai, dengan syarat ada orang yang menjaga pagar tersebut. Kita juga biarkan pihak penduduk membuat keputusan sama ada mereka mahu tutup jalan dari pukul 12 malam hingga 6 pagi ataupun 10 pagi hingga 4 petang, itu kita biarkan.

Ini memberikan kesan yang baik, di mana jumlah jenayah telahpun menurun dengan tinggi akibat mereka membuat 'boom gate', dalam masa yang sama jenayah masih ada, jadi mereka rasa memerlukan lebih lagi pihak polis untuk membuat rondaan dan membuat pondok supaya jenayah dapat dikurangkan lagi.

Sekarang penjenayah tidak boleh masuk taman, jadi mereka beralih ke pusat membeli-belah, mereka rompak kereta di luar kawasan taman, jadi cara jenayah sudah tukar, hanya di rumah selamat sikit, tidak macam dulu banyak kes pecah rumah banyak kes, sekarang kes pecah rumah kurang, tapi kes pecah kereta pula meningkat. Kedua-dua kes ini kita sentiasa bekerjasama dengan pihak penduduk untuk meningkatkan kualiti hidup, dari segi jenayah dan kesesakan jalan raya, ini isu tempatan bagi Petaling Jaya.

Kita hanya boleh minta kerjasama daripada pihak polis, bagaimanapun ia tertakluk kepada Bukit Aman sama ada mereka mahu tempatkan lebih ramai anggota polis ke kawasan Petaling Jaya, itu keputusan mereka, kita hanya boleh beri tekanan dan minta kerjasama pihak polis sahaja.

Kita selalu menganjurkan dialog bersama pihak polis, tidak dinafikan polis menjalankan tugas mereka, hanya jumlah anggota yang bertugas tidak mencukupi. Kawasan Petaling Jaya besar, sudah tentu tidak memadai dengan tiga kereta peronda sahaja yang bertugas.

Ini kerana nisbah seorang anggota polis bersamaan dengan 1,000 penduduk di Petaling Jaya. Selain itu, bukan semua anggota polis jaga jenayah, jumlah yang jaga jenayah itu kurang, isu Bukit Aman bukan isu tempatan sebab mereka ada kuota bagi Cawangan Khas, Unit Polis Simpanan (FRU) dan lain-lain. Isu jenayah memang tanggungjawab polis, kita hanya boleh bantu saja.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah cabaran YB sebagai Ahli Parlimen dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat setempat? Apakah kekangan yang sering dihadapi susulan peruntukan Parlimen Yang Berhormat disekat Kerajaan Persekutuan?

TONY PUA: Bagi saya cabaran paling sukar setelah bergelar Ahli Parlimen ialah mendekati penduduk dan pengundi yang ramai di kawasan saya, pengundi berjumlah 75,000 orang pada 2008 manakala penduduk pula berjumlah 250,000 orang.

Petaling Jaya merupakan satu tempat di mana semua orang datang mendiaminya, tetapi apabila mengundi, mereka akan balik kampung iaitu ramai pengundi luar. Cabaran untuk mendekati pihak penduduk untuk mencapai persetujuan antara pihak penduduk dengan pihak majlis khususnya isu-isu 'boom gate', kesesakan dan kebenaran merancang bangunan.

Kepadatan di Atria Damansara Jaya perlu dikurangkan kepada 40 peratus, tetapi ada penduduk yang minta supaya projek itu dihentikan terus. Kita kena bertolak ansur supaya semua pihak dapat setuju dengan satu penyelesaian.

Begitu juga dengan isu jenayah, mereka buat palang, ada penduduk kata langsung tidak boleh buat palang. Mereka kata salah dari segi undang-undang dan ia adalah satu tanggungjawab polis, kalau tidak selamat minta kerjasama polis, jangan biar penduduk pula menanggung kesusahan ini. Tidak dinafikan ada juga penduduk macam ini, jadi kita kena cari satu jalan supaya semua pihak boleh bersetuju demi keselamatan.

Saya rasa isu Petaling Jaya tidak sama dengan isu di kampung, di kawasan saya ramai penduduk adalah peniaga, penduduk yang berpendidikan dan ramai yang profesional. Jadi isu yang mereka hadapi tidak sama dengan di kampung, mereka tidak minta Ahli Parlimen untuk menyediakan keperluan ekonomi, mereka tidak bangkit hal ini kerana mereka sendiri boleh atasinya.

Mereka mahu perkhidmatan asas mestilah lancar seperti PBT, jalan raya, taman perumahan, pengairan, dan mereka lihat ini merupakan tanggungjawab bagi pihak majlis dan bukan parlimen, mereka dapat bezakan peranan Ahli Parlimen dengan peranan Ahli Majlis.

Kebanyakan isu sudah selesai, isu jenayah saja kekal dan sukar diselesai, isu kawalan ada kalanya pihak pemaju bentangkan untuk membina bangunan besar dalam kawasan, apabila itu berlaku kita kena bawa isu ini kepada penduduk untuk minta pendapat, bincang dan cari penyelesaian.

Bezanya di kawasan saya sekurang-kurangnya terdapat lima bidang tanah kerajaan dan swasta yang digunakan sebagai rumah ibadat bagi tokong, kuil dan gereja. Sebelum ini memang susah untuk mendapatkan tanah untuk rumah ibadat sama ada tanah kerajaan mahupun swasta.

Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, kita lebih terbuka kepada pemberian tanah kepada rumah ibadat terutamanya jika tanah itu tidak digunakan untuk pembangunan lain, kita tawarkan kepada pihak rumah ibadat tersebut yang telah ada di sana berpuluh-puluh tahun, maka tiada sebab untuk pihak kerajaan menghalau mereka keluar dari tempat itu.

Banyak kes tokong dan kuil sebegitu telah mendapat geran tanah dan mereka juga telah membuat kutipan dana membaik pulih semula rumah ibadat mereka. Bagi tanah swasta, kita telah pun menjadi orang tengah mencari penyelesaian antara pihak pemaju dan penduduk terbabit untuk mendapat sekeping tanah daripada pihak pemaju dalam pembangunan keseluruhannya supaya mereka dapat kekal di tempat tersebut.

Hasilnya kita telah mendapat dua bidang tanah di Kampung Sungai Way dan dua bidang di SS2 daripada pihak pemaju. kita dapat mencapai matlamat tersebut atas tekanan yang diberikan kepada pihak pemaju, kalau mereka tidak bagi, pelan tidak lulus, kena ada tekanan daripada pihak majlis.

Cabaran lain ialah sebelum ini kerjaya saya dalam bidang ekonomi, kemudian berhijrah ke bidang politik. Bagi saya ia bukan satu cabaran yang besar, kerana peranan tidak sama. Dalam politik kita perlu membawa isu untuk pengetahuan orang ramai ke seluruh negara.

Cabarannya kita perlu lebih banyak perjalanan untuk hadiri ceramah pada waktu malam, apabila orang lain ada masa, kita pula sibuk, apabila orang ada masa luang, kita dapat jumpa mereka untuk buat program bersama rakyat bukan Petaling Jaya saja tapi seluruh negara.

SINAR HARIAN ONLINE: Dalam tempoh kurang lima tahun ini, apakah janji pilihan raya yang sudah dan belum ditunaikan dalam kawasan Petaling Jaya Utara?
TONY PUA: Kalau tengok manifesto lama yang saya keluarkan semasa pilihan raya 2008, kedua-dua isu tersebut menjadi keutamaan saya jika menang. Isu utama yang telah saya tunaikan ialah isu jenayah dan pembangunan yang tidak terkawal.

Sebenarnya pada tahun pertama dan kedua, saya lebih sibuk kerana perlu uruskan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum itu, selepas projek lama diselesaikan dan dalam masa yang sama kita juga perlu jaga supaya tiada projek yang melampau dibangunkan lagi. Sekarang saya senang sikit, projek baru masih ada, tetapi diberi kelulusan telah pun melalui pendapat pihak penduduk, jadi mereka sudah tahu dan mereka telah berikan cadangan mereka ubah suai telah dibuat sebelum kelulusan diberi.

Apabila mereka mula bina, tiada bantahan yang kritikal ataupun serius daripada pihak penduduk. Kadang kala pemaju cuai semasa pembinaan dijalankan seperti kekotoran, hal ini mereka kena bersih cepat, itu senang, yang susah nak selesai, sudah lulus 40 tingkat, lepas itu penduduk kata tidak boleh, paling maksimum 20 tingkat, itu susah sikit.

Selain pembangunan, terdapat isu banjir dan musibah di kawasan saya dan ini merupakan isu yang terbangkit atas pembangunan yang telah pun berlaku sebelum ini. Sebelum ini, terdapat kawasan perniagaan seperti Sunway Mas merupakan kawasan komersial yang pertama dibangunkan di sana.

Namun apabila pembangunan berjalan, mereka bina sistem pengairan di sana. Mereka hanya ambil kira pembangunan di sana, selepas itu di bukit-bukit berdekatan mereka bina rumah di lereng bukit tapi air semua datang ke kawasan komersial ini, akibatnya aliran air tersekat, adakala air akan bertakung dan menyebabkan banjir.

Ini menyebabkan kita perlu kaji semula keseluruhan sistem pengairan dan menaik taraf kawasan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memperuntukkan RM2 juta untuk mengubahsuai keseluruhan sistem pengairan di kawasan sana. Kes banjir di Petaling Jaya agak terpencil, seperti banjir kilat di SS4. Untuk mengatasinya, kita menjalan program membina satu kolam takungan air hujan di bawah kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), kita cari penyelesaian yang kreatif.

Oleh kerana Petaling Jaya tiada tanah lagi, jadi kita bina kolam takungan air di sana, TNB benarkan dan projek sudah bermula. Pada awalnya ada tempat lain, tapi kita telah mendalamkan Sungai Kayu Ara untuk menyelesaikan masalah banjir di Kampung Cempaka (kampung tradisi Cina).

Janji pilihan raya yang lain adalah isu nasional seperti mengurangkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan  penyelewengan kerajaan pusat. Bagi orang bandar, mereka mempunyai satu outlook yang lebih nasional, mereka tidak lihat isu tempatan sahaja apabila mereka buat pengundian.

Mereka lihat apa yang berlaku di peringkat nasional, isu-isu di kawasan kampung mungkin mereka tidak rasai lagi, seperti isu PKFZ mereka rasa marah, walaupun bukan secara langsung kena dengan mereka, tapi mereka ada rasa marah ada kesan kepada fikiran mereka.

SINAR HARIAN ONLINE: Sekiranya YB diberi peluang untuk sepenggal lagi sebagai Ahli Parlimen sekarang, apakah tawaran YB kepada pengundi dan adakah mencukupi untuk penggal ini saja?
TONY PUA: Kalau diberi peluang sepenggal lagi, saya akan teruskan kerja saya, saya rasa kerja yang telah saya buat mendapat sokongan daripada orang ramai dari dua segi, iaitu isu nasional seperti NFC, pembaziran dari Kementerian Pertahanan, isu PKFZ saya akan teruskan sebagai 'check and balance' bagi kerajaan. Kalau saya masih pembangkang, isu tempatan saya akan kekalkan dasar untuk mengehadkan pembangunan supaya Petaling Jaya akan menjadi satu bandaraya paling “liveable” di Malaysia.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah usaha YB untuk mengekalkan kerusi PJU di tangan Pakatan Rakyat-DAP?
TONY PUA: Bagi saya cara yang paling baik adalah melalui pencapaian yang telah dibuat sebelum ini, bukannya dengan hanya janji-janji yang akan datang tapi saya rasa lebih empat tahun kebelakangan ini rakyat boleh buat satu penilaian ke atas prestasi yang telah saya dicapai sebagai seorang Ahli Parlimen.

Saya rasa apa yang penting adalah kita menjalankan tugas kita bukannya hanya melalui cara kempen saja, apa yang penting rekod prestasi yang telah kita capai dalam empat tahun kebelakangan ini. Prestasi itu perlu dilihat secara keseluruhan termasuk saya sendiri, kerajaan negeri dan parti. Maklum balas yang diberikan rakyat kepada saya buat masa ini positif, tapi apa yang benar-benar berlaku hanya kita tahu selepas peti undi dibuka.

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai pemimpin DAP generasi ketiga, sejauhmana YB melihat masa depan DAP di Selangor dan Malaysia yang dimonopoli oleh masyarakat Cina? Adakah DAP akan mengamalkan keahlian terbuka kepada semua kaum?

TONY PUA: Buat masa ini DAP merupakan satu parti yang tidak mengehadkan mana-mana kaum untuk menyertai parti. Perkara yang penting ialah semua rakyat Malaysia mempunyai hak yang saksama dan bantuan kerajaan sepatutnya diberikan kepada pihak yang memerlukan bantuan bukannya mengikut kaum ataupun pertalian politik dengan pihak tertentu.

Ini merupakan falsafah utama bagi parti DAP, asalkan seseorang percaya atas falsafah ini kita amat mengalu-alukan penyertaan sesiapa pun rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama dalam parti DAP.

Saya rasa, kita ada sedikit penambahbaikan dalam tiga tahun ini, di mana beberapa tokoh Melayu telah pun menyertai masuk DAP, tetapi masih tidak mencukupi lagi. Memang benar orang Cina merupakan majoriti dalam parti DAP.

Kita akan teruskan kerja untuk menyuarakan prinsip dan dasar kita supaya orang ramai dapat tahu bahawa kita bukannya memihak kepada sesuatu kaum sahaja. Kita sentiasa bersama dengan pihak yang memerlukan bantuan daripada kerajaan dan supaya semua orang rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama.

Kita dapat lihat contoh daripada Setiausaha Agung DAP sendiri yang cuba membela hak seorang gadis Melayu bawah umur yang dikatakan dirogol oleh orang besar. Beliau sendiri telah masuk ke penjara, walaupun ada yang mengkritik dengan mengatakan “perempuan itu orang Melayu, kenapa awak bersungguh membantu dia?”

Bagi saya, pemimpin beginilah yang menjadi contoh, apabila kita hendak bantu seseorang, ia tidak mengikut kaum tetapi mengikut keperluan, ada bangsa kita bantu, apabila kita bantu kita tidak tanya awak orang Melayu atau Cina, baru kita bantu, itu tidak sepatutnya menjadi dasar bagi mana-mana parti di Malaysia, ini memang merupakan satu prinsip yang kita ada di mana setiap orang mempunyai hak tertentu di Malaysia.

Sebab itu slogan kita berbunyi Malaysian Malaysia, ada slogan baru Malaysian First iaitu asalkan kita rakyat Malaysia, kita melihat satu sama lain sebagai sama rata, bukan kerana saya Cina saya lebih tinggi dari anda, atau saya Melayu saya tinggi dari anda.

SINAR HARIAN ONLINE: Sejauh mana masa depan Pakatan Rakyat jika memenangi PRU13 dan mengambil alih pentadbiran Putrajaya?
TONY PUA: Ada kemungkinan tapi tidak mudah, saya buat masa ini kelebihan adalah berpihak kepada BN, sama ada PR boleh menang, boleh tapi kemungkinan bukan besar sangat dan kemungkinan itu tertakluk kepada berapa rajin, berapa keras kerja kita pada beberapa bulan akan datang.

Saya rasa kalau PR jadi kerajaan pusat, kita boleh bawa banyak perubahan terutamanya dua perkara semua kontrak-kontrak yang ditawarkan pihak kerajaan akan ditawarkan secara tender terbuka, bukan pihak yang kenal menteri saja dapat kontrak tetapi pihak yang benar-benar layak mengusahakan projek tersebut dengan harga yang paling rendah akan mendapat kontrak tersebut.

Ini akan mempunyai satu kesan kepada ekonomi kita supaya syarikat-syarikat yang ada di negara kita akan menjadi lebih kompetetif ataupun lebih berdaya saing bukan melalui kroni tetapi melalui kebolehan sendiri.

Kemudian kita akan menstruktur semula konsesi-konsesi yang sedia ada yang akan memakan masa yang cukup panjang sehingga 20 tahun supaya rakyat tidak akan dibebankan atas konsesi yang telah ditandatangani sebelum ini.

Asalnya konsesi itu tidak adil, berat sebelah kepada pihak konsesi, kita akan betulkan konsesi tersebut. Saya rasa kita pun ada bantuan juga, dasar kita pun memberi bantuan, apa yang membezakan kita adalah bantuan itu dihulurkan kepada pihak yang memerlukan bantuan tersebut. Oleh itu dasar kita adalah mengikut keperluan dan bukan mengikut bangsa, kerana setiap bangsa pun ada yang kaya.

Tiada ulasan: