Selasa, 25 Disember 2012

BILA ALLAH MENGHUKUM...BILA ALLAH BERI UJIAN...BILA KITA TAK BOLEH LAWAN KEKUASAN ALLAH

http://cintaiindah.blogspot.com/2012/12/maka-yang-mana-satu-di-antara-nikmat_2941.html
http://cintaiindah.blogspot.com/2012/12/maka-yang-mana-satu-di-antara-nikmat_25.html\
http://cintaiindah.blogspot.com/2012/12/maka-yang-mana-satu-di-antara-nikmat.html

Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek

Harakahdaily, 25 Dis 2012
KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan  Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.


(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)

Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.

Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.

Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."

"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.

Penahanan Umar: Satu lagi tragedi negara

Harakahdaily, 25 Dis 2012

(Umar dibotakkan apabila dipenjarakan walaupun hanya 3 hari - Foto Malaysiakini)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) semalam telah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi  bersama-sama menyambut pembebasan, aktivis 'Ocupy Dataran' Umar Muhammad Azmi.

Mahkamah Tinggi telah membebaskan Umar yang ditahan di Penjara Kajang sejak Jumaat lalu dengan jaminan sebanyak RM5,000. Umar telah dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Wakil DPPM yang hadir ialah Raja Ahmad Iskandar, Naib Ketua Pemuda,  Khairul Faizi Ahmad Kamil selaku Setiausaha,  Yusapiza Yaacob dan Kamaruzaman Mohamad iaitu Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Dalam mengulas isu ini, Raja Ahmad Iskandar telah menyatakan kekesalannya terhadap apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan UMNO/BN terhadap mahasiswa.

Bagi beliau, penahanan mahasiswa ini merupakan suatu tragedi yang amat memalukan negara kerana mahasiswa dipenjarakan hanya kerana duduk di Dataran Merdeka sahaja.

Penahanan ini juga katanya merupakan satu lagi episod kezaliman dan ketidakadilan kerajaan UMNO/BN kepada rakyat.

Beliau mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua rakyat kerana ianya merupakan isu semua kaum.

Raja Iskandar juga berharap agar isu penahanan mahasiswa ini menjadi azimat kepada semua mahasiswa di Malaysia ini untuk bangkit dalam menyatakan hak.

"Mahasiswa kini bukan hanya menjadi pejuang isu-isu kampus tetapi juga menjadi pejuang kepada isu-isu rakyat," tambah beliau lagi.

Umar Muhammad Aziz telah ditahan ketika serbuan mengejut di Dataran Merdeka pada 22 April yang lalu.

Tragedi tersebut berlaku ketika mahasiswa sedang berkhemah membantah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau dimasukkan ke Penjara Kajang sejak Jumaat lalu dan dibebaskan pada petang semalam.

Aktivis 'Occupy Dataran' ini bagaimanapun perlu menunggu keputusan rayuan beliau ke mahkamah yang lebih tinggi.

Pelesit: 300 superbike 'serang' TV3

Zulaikha Zulkifli Foto Fadhil Othman , 25 Dis 2012


(Antara penunggang superbike yang berhimpun menuju pejabat TV3 dengan memakai T-shirt Penipuan Majalah 3)

KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul di hadapan Sri Pentas-Media Prima Berhad (MPB), Ahad lepas untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan “Kami bukan pelesit”, “Get out Mazidul” dan “Kami sayang TV3”.

Laporan lanjut Harakah Jumaat ini.

TG Nik Aziz lelong barang peribadi di Makan Malam PAS N9

Faiz Abdullah, 25 Dis 2012


SEREMBAN: Dalam usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada hari Jumaat, 28 Disember ini.

Majlis makan malam tersebut akan bermula pada jam 08.00 malam di City Kingdom Hotel Ballroom di Taman AST, Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, selain daripada ucapan Tuan Guru Nik Aziz, apa yang istimewa pada malam tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir dan akan memberikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan beberapa kepemimpinan utama PAS Negeri Sembilan.

Tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi) boleh dibeli dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.

Anak muda jelajah Malaysia tarik ke #KL112

Harakahdaily, 25 Dis 2012


KOTA BHARU: Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 (#KL112), satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ia dilakukan dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Mereka akan mengadakan roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 dengan menjengah ke seluruh negara bagi bertemu anak muda.

Mereka menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus mengajak orang ramai agar hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan.

"NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan," kata Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard.

Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat ‘countdown HKR’ ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat, tambah beliau.

Untuk itu, pelancaran gilang-gemilang akan bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112.

Selepas itu, Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah ‘Final Countdown’ akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012

Dalam masa 2 jam, 60 rumah ditenggelami banjir

Helmi Ibrahim, 25 Dis 2012

(Skuad Banjir PAS Indera Mahkota yang diketuai Ustaz Fadhil Nor [berkopiah] membawa mangsa banjir yang lumpuh di Bukit Pelindung ke tempat selamat)

KUANTAN: Dalam tempoh 2 jam saja hampir 60 buah rumah di tenggelami banjir kilat beserta lumpur yang terburuk dalam sejarah taman yang terletak di kawasan Bukit Pelindung, Beserah dekat sini.

Hujan lebat bermula sebelumnya membuatkan semua penduduk di situ berada dalam keadaan resah memikirkan keselamatan harta benda dan keluarga memandangkan banjir di perumahan tersebut seolah-olah ‘acara wajib’ tahunan.

Pada sekitar jam 7 pagi air mulai naik selepas hujan lebat seketika namun ianya surut segera sebaik hujan reda.

(Taman perumahan Bukit Pelindung ditenggelami banjir lumpur)


Namun pada jam 10 pagi hujan mulai lebat dan dalam tempoh yang singkat, kawasan tersebut bertukar menjadi lautan lumpur di sertai arus yang laju memusnahkan banyak harta benda penduduk.

Kekecewaan penduduk jelas terpampar di wajah mereka lantaran masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan pelbagai laporan dan sidang media telah di buat namun tiada perubahan yang di buat oleh pihak berwajib.

Seorang wakil penduduk yang di temui berkata mereka memang teramat kecewa dengan sikap yang di tunjukkan oleh pihak agensi yang terbabit dalam menangani isu ini.

Justeru beliau mengharapkan agar Pakatan Rakyat dapat memainkan peranan menekan pihak kerajaan untuk menyelesaikan segera masalah mereka ini walaupun terpaksa meminta campurtangan pihak istana.


(Jalan Pelindung Perdana menjadi kawasan perdana dilanda banjir kilat)

Mengulas isu berkenaan, Timbalan Pengarah Skuad Banjir PAS Indera Mahkota, Encik Mahmud Yaakub menyatakan rasa simpati yang mendalam terhadap kesulitan yang di alami oleh penduduk Taman Pelindung Perdana yang sehingga kini tidak di pedulikan oleh kerajaan BN.
Pihak kami secara konsisten memantau keadaan di sini bermula malam sebelumnya dan pada pagi kejadian dan bertindak semaksimum mungkin dalam membantu penduduk serta menghubungi pihak berwajib.

"Sepatutnya jika pihak kerajaan prihatin sudah tentu ada pemantau dari agensi terlibat berada di sekitar kawasan ini bukan hanya bertindak selepas air surut,” katanya kesal.


(Pasukan Unit Amal bermesyuarat sebelum turun membantu mangsa banjir)

Selain skuad banjir, Unit Amal menjadi tenaga penting dalam menghadapi banjir kali ini.

Mereka bersedia dan mengadakan perbincangan bagaimana mahu membantu mangsa banjir.

Tuan Ibrahim ketuai skuad PAS beri bantuan banjir

Harakahdaily, 25 Dis 2012


(Skuad bantuan banjir Pahang menurunkan bahan bantuan untuk mangsa banjir)

KUANTAN: PAS Pahang mengerah seluruh petugasnya agar bergerak ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri itu.

Arahan supaya jentera PAS digerakkan di semua kawasan banjir itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempengerusikan mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Temerloh hari ini.

"Kita telah pilih Masjid Al Fatah, Kuantan sebagai Bilik Gerakan Bantuan Banjir kita," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim berkata, mereka akan memberikan pelbagai bantuan dalam bentuk tenaga, makanan dan nasihat kepada mangsa.

Antara bahan makanan yang diedarkan adalah berupa roti, biskut, makanan segera, sardin dan lain-lain lagi di samping air bersih.

(Petugas PAS sibuk membungkus bahan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir)


Bandar Kuantan dilanda banjir kilat paling teruk dalam sejarahnya sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar itu.

Kenderaan tidak dapat bergerak dan rosak ditenggelami air manakala rumah yang dilanda banjir pula penuh dengan lumpur.

Kedatangan banjir yang mengejut itu menyebabkan banyak harta benda dan barangan milik mangsa tidak dapat di selamatkan.

(Anggota Unit Amal turun menemui mangsa banjir dengan membawa bantuan. Baju hijau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong.)

Menurut wartawan Harakahdaily yang berada di Chendor iaitu sempadan dengan Terengganu, air banjir dikatakan semakin naik sekarang ini.

Ia menyebabkan bantuan agak sukar disampaikan tanpa kenderaan yang sesuai khasnya bot.

AES: Tiada perbicaraan, tapi diminta hadir

Muhammad Faeez Azahar, 25 Dis 2012

TAIPING: Perbicaraan kes pertama kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Perak semalam tidak berlaku ekoran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mendaftarkan kes tersebut di mahkamah.

Seramai 20 mangsa saman sistem tersebut diminta hadir ke Mahkamah Majistret Taiping semalam, dan hanya lima daripadanya hadir namun dimaklumkan bahawa perbicaraan kes terhadap mereka tidak ada.

Peguam mewakili mangsa, Asmuni Awi berkata, oleh kerana mahkamah mengatakan kes itu tidak didaftarkan bermakna kes itu tidak wujud.

Menurutnya, pihak JPJ sepatutnya memaklumkan lebih awal kepada mangsa saman tersebut agar tidak menimbulkan kesukaran kepada mereka

"Mangsa-mangsa saman yang yang hadir dari jauh seperti Pulau Pinang berasa sangat kecewa dan seolah-olah dipermainkan apabila mengetahui perbicaraan terpaksa dibatalkan.

"Mereka terpaksa menghabiskan wang ringgit, masa dan memohon cuti untuk hadir bicara tetapi mereka kecewa sebaik mendapat makluman daripada mahkamah," katanya ketika ditemui Harakahdaily di luar mahkamah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anak guamannya berasa sangat kecewa dengan sikap pihak kerajaan kerana tidak serius tentang kes tersebut dan ianya menyebabkan mereka semakin marah kepada kerajaan.

AJK PAS Pusat itu menjelaskan, beberapa lagi kes akan dibicarakan minggu hadapan di negeri itu termasuklah di Mahkamah Majistret Slim River dan Mahkamah Tinggi Ipoh.

"Kami bagi pihak peguam PAS sentiasa bersedia memberi khidmat guaman kepada mangsa saman AES dan mengajak rakyat terus berjuang menentang sistem ini," tegas beliau.

Hadir sama ialah peguam, Mohd Fitri Asmuni; Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz; Adun Aulong, Yew Tian Ho dan orang ramai bagi memberikan sokongan kepada mangsa saman tersebut.

Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah

Harakahdaily, 24 Dis 2012


(Sebelah Berjaya Mega Mall)

KUANTAN: Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini.

Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

(Kawasan terminal bas Kuantan penuh dengan air)

Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Beserah.

Ombar di Laut China Selatan dilaporkan mencecah 4 meter berdasarkan pengamatan seorang nelayan di Balok yang dihubungi Harakahdaily.

Kawasan-kawasan popular seperti Berjaya Megamall, Sri Dagangan, East Coast Mall and Zenith Hotel diselubungi air dengan kenderaan dilihat di bawah air setinggi paras pinggan.

Bekas Pengerusi NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) Ismail Nihat yang menetap di Taman Tas memberitahu Harakahdaily hujan lebat bermula 2 pagi semalam sehingga tengahari tadi sebelum beransur menjadi gerimis.

(Suasana cemas di bawah sebuah hotel 5 bintang di Kuantan)

“Saya menelefon staf saya di pejabat (Jalan Darat Makbar), mereka memberitahu saya seluruh kawasan sekitar pejabat banjir dan menasihatkan saya agar tinggal di rumah,” katanya.

Hujan, katanya, baru berhenti ketika waktu Isyak, tapi langit masih mendung dikhuatiri akan hujan semula.

Ada laporan berkata banjir kilat di Kuantan kali ini mungkin disebabkan hujan lebat yang bertembung dengan air pasang di laut.

Ismail yang kini berusia 61 tahun berkata ini adalah banjir terburuk di bandar Kuantan setakat ini.

“Banjir besar di tahun 1971 pun bandar Kuantan tak seteruk macam ini,” katanya.

(Jalan Wong Ah Jang di tengah bandar Kuantan)

Seorang lagi penduduk di Semambu, Steven Say berkata beliau dimaklumkan jirannya dalam keadaan cemas kerana air banjir sudah melalui ruang tamu rumah.

“Saya berada di KL. Jiran saya menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan. Jiran saya suruh jangan balik sebab seluruh kawasan perumahan (di Taman Tunas Jaya) ditenggelami air. Ini yang terburuk selama 20 tahun kami tinggal di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang membuat tinjauan daripada udara  untuk melihat  keadaan banjir kilat yang melanda Kuantan.

Beliau menyeru kerajaan Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan.

(Suasana di tengah pusat bandar)

Kata baginda, banjir kilat bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat tapi banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh keluar.

PAS Pahang dan Unit Amal turut telah turun ke padang untuk membantu penduduk. Bagi yang memerlukan bantuan, boleh hubungi PAS Pahang : Sharudin 0139191721 Fadli 0199111163.

Pemimpin, ahli PAS diseru ke Himpunan Oren 28 Dis

Harakahdaily, 25 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua pemimpin dan ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 yang akan diadakan pada Jumaat, 28 Disember, jam 2.00 petang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna oren sebagai tanda kebersamaan dalam isu Felda dan mereka dikehendaki berkumpul di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan program ini.

"Kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan program didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira," tegas beliau.


Jelas beliau, Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk mengadakan Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda sebagai langkah kemuncak rakyat untuk selamatkan organisasi itu.


"Tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman tuntutan-tuntutan kita kepada Kerajaan Malaysia dan menyerahkan memorandum kepada pengurusan Felda (yang mengandungi empat tuntutan itu)," katanya menerusi sepucuk surat rasmi parti bertarikh 14 Disember lalu.


PAS tegasnya, mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatannya dengan segera.


Desakan tersebut, ujarnya, salah satu daripada empat tuntutan PAS kepada Kerajaan Malaysia yang juga merupakan tujuan utama himpunan itu diadakan.


Manakala tiga tuntutan utama lain, mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan urus niaga dengan Israel, menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda dan mengembalikan tanah Felda Plantation kepada rakyat.
PM: Anggapan komuniti Kristian pendatang adalah sudah lapuk'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata anggapan bahawa komuniti Kristian sebagai pendatang adalah sudah lapuk kerana rakyat Malaysia kini perlu berani mendepani kepelbagaian dalam memastikan keutuhan perpaduan di negara ini.

christmas high tea 251212"Saya yakin untuk kita benar-benar kekal mampu mewujudkan perpaduan yang utuh, kita mesti bersedia menerima kepelbagaian kita sebagai satu hadiah dan kekuatan dalaman.

"Bertitik tolak daripada itu, kita perlu bergerak ke hadapan dan
meraikan kepelbagaian ini.

"Saya percaya tatanama pendatang ini adalah suatu perkara yang sudah lapuk.

"Bagaimana pun, kita memerlukan semangat muhibah dan perpaduan yang cukup kuat untuk kita berjaya dalam perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis minum petang
Krismas anjuran Persekutuan Malaysia di Petaling Jaya petang tadi.

christmas high tea 251212Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada ucapan Bishop
Philip Lok dari Gereja Lutheran Malaysia yang menyatakan bahawa label 'pendatang' adalah salah satu daripada cabaran yang perlu ditangani penganut Kristian hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Najib turut mengiktiraf peranan komuniti
Kristian terutamanya pertubuhan-pertubuhan amalnya dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk didiami.

Beliau turut memuji peranan pemimpin-pemimpin Kristian dalam dialog untuk memperbaiki hubungan harmoni antara agama.

"Tiada siapa di antara kita perlu takut kepada dialog yang konstruktif
kerana hanya mengenali satu sama lain dengan lebik baik sahaja kita
akan boleh menghargai dan menghormati satu sama lain," tegasnya.

Beliau turut menyeru agar komuniti Kristian negara bersama beliau
dalam menolak revolusi di negara ini seperti di sesetengah negara yang mahu menumbangkan pemerintahan diktator mereka.

"Saya merayu komuniti Kristian untuk bersama saya dalam kembara
perubahan dan pembaharuan dalam kita mencari Malaysia yang lebih baik daripada yang kita ada hari ini," katanya.

Menurutnya lagi, komuniti Kristian tidak pernah dilupakan dalam
pentadbiran negara dan tegasnya beliau terus kekal menghulurkan salam persahabatan daripada kerajaan sebagai penghargaan kepada komuniti tersebut.

"Saya di sini sekali lagi menghulurkan salam persahabatan daripada
kerajaan untuk bersama komuniti Kristian dan berkongsi semangat
muhibbah anda.

"Saya tidak mahu menjadi perdana menteri kepada golongan masyarakat tertentu sahaja tetapi kepada semua masyarakat Malaysia dan saya telah pertegaskan perkara ini berulang kali," katanya.

  • Pas Kgpulau · Pengulas Tertinggi · Malaka, Melaka, Malaysia
    kalau ucapan sebegini dikeluarkan oleh pimpinan PR, berguling-guling perkasa dan hassan aqidah serta mamak Umno akan hentam sampai lumat....inilah politik merugikan

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Yang aku tahu, yg anggap org lain pendatang selain UMNO ialah puak2 UMNO..Najib2 kau ketuk kepala sendiri la../././

  • Ibnu Ya · Pengulas Tertinggi · The University of Alabama
    cuba kenyataan ini di keluarkan oleh lim guan eng aku percaya utusex tv3suku dll media sampah umno akan putarbelitkan utk meniup sentemen org melayu kampung yg ketinggalan maklumat

  • Mansau Ansau · · Pengulas Tertinggi · Malaysia
    nak pancing undi ke...apapun undi sa tetap kepada PAKATAN RAKYAT....INI KALI LA....

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Yang aku tahu, yg anggap org lain pendatang selain UMNO ialah puak2 UMNO..Najib2 kau ketuk kepala sendiri la../././

  • Panah Hijau · Pengulas Tertinggi
    Nasib Cerah.. ramai tak di perdaya oleh kata NAJIB
    BARISAN NASIONAL yg berhutang-hutang...boros-habis...bazir khinzir...mampus SIMPANAN NEGARA
    RAKYAT tak nak lagi NAJIB jadi Perdana Menteri MALAYSIA
    NAJIB tak layak...pimpinan nya memang mengagalkan kita

    • Muslim Talibanes · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur, Malaysia
      masa untuk najib mengemis undi.

    • Mustafa Yusof · · Pengulas Tertinggi · Secondary
      Panah Hijau
      Amno jer yg tak sedor diri Bro, ngaku menang besar Pru kali ini...semua puak dah tolak tak caya dgn Amno bn lagi, tapi mat Maselan ngaku 2 per 3 majoriti...tu yg cemas tak di salotep RMS mulut nya semalam.

      Penolong Amno nak menang satu jer chois yg ada lagi... Pendatang haram alias pengundi haram...lain pilihan aku langsung tak nampak..tanya ler mana mana pencacai, singgah ler kat kedai tu jawapan yg ada yg mampu Amno bagi kalau nak kekal lagi.

      Tapi Amno kena ingat risiko ini tersangat tinggi, lebih tinggi dari Klcc ...macam macam boleh jadi.
      Pasal tu ler Najib duk tangguh tangguh lagi sampai hari terakhir bila parlimen terbubar sendiri.
      Pakatan Rakyat sangat bersedia menghadapi kemungkinan ini.

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Punyalah lama tunda PRU, menandakan najib & umno mmg dah x yakin bahawa mereka berpotensi menang. Ingat lagi bajet 2012 (thn lepas), selepas itulah tarikh keramat yg diwarwarkan akan dibubarkan parlimen. Tunggu punya tunggu, x bubar jugak. lepas setahun, dtg pulak bajet 2013, diwarwarkan lepas bajet ini parlimen bakal dibubarkan. Pun x jugak. itu pun selepas berbagai lagi spekulasi bahawa parlimen akan dibubarkan lepas acara tertentu, sperti himpunan bn dibukit jalil tempohari, tapi akhirnya spekulasi tinggal spekulasi. Tinggal beberapa bulan lagi utk parlimen terbubar dgn sendiri. Dari apa yg berlaku, jelas dilihat bahawa bn mmg x ada keyakinan langsung mereka akan menang. Sbb itu ditunda, dgn harapan dgn penundaan ini sokongan terhadap mereka bertambah. tapi harapan tinggal harapan, bn sedang semakin jauh dari hati rakyat malaysia, & sokongan terus jatuh tanpa henti. Usaha melambat2kan PRU hanya menyebabkan bn semakin terpinggir, yg mana akhirnya mereka bakal tersadung dlm PRU13, insyaAllah. Begitu ketentuan Ilahi, maka begitu jua ia bakal terjadi. Inna lillaaahiwainnaa ilaihi raaji'uuun...

  • Niru Ssb · · Pengulas Tertinggi · Smk simunjan no 1
    Demi pm...jibabun.perkasa, tibai, hasan agidah dan puak segerombolan syaitan pekakkan telinga dan pejamkan mata bila melihat pm.....sebegini jadinya..cubalah pmimpin islam-pr buat begini sudah pasti di jadikan muka depan utusan dan berita utama tv 3 suku.....sudah pasti ianya menjadi isu yg besar.......ditambah pulak komentor bangang dari mufti HARUSSANIMAMPUS.....

    • Kyototan Abdul · Pengulas Tertinggi
      SEkarang cuma faham risau SiHasan, PM pun setuju perana orang Kristian yang sering beri perkhimatan amal kepada rakyat agak bila PM akan puji dan terima perana SiHasan diisu dialog antara agama nampaknya terpaksalah tunggu.

    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Najib cuba memancing undi drp masyarakat Kristian. Najib buat2 lupa kes gereja dibakar. Angkara siapa tu? Hanya parti racist saja yg akan buat kerja2 terkutuk tu. Parti cap keris telanjang hanya memupuk budaya samseng dalam kalangan ahlinya. Lihat siapa yg sekat 'Kembara Oren' masuk kawasan Felda? Tak payah tuduh, dah jelas samseng pegang bendera BN. Ini standard parti umno/BN hendak memenangi hati rakyat! Umno silap. Sisa kuasa yg ada tidak digunakan utk memperbaiki keadaan tetapi semakin angkuh sombong. Rakyat sudah tidak sabar hendak menguburkan umno/BN yg hipokrit, samseng, bongkak, perasuah, memperbodoh2kan rakyat, mengugut2 rakyat dan asyik menangkap rakyat tanpa sebab. Semoga kematian umno/BN akan mengubah langskap politik Malaysia. PAS GANTI UMNO!!!! ABU!!!

  • Yang Reti Base · Pengulas Tertinggi
    Untuk mencari Malaysia yang lebih baik daripada Malaysia hari ini, UMNO wajib digulingkan. Sebuah kerajaan baru wajib diwujudkan. Pasti, Malaysia baru itu nanti jauh lebih baik. Saya yakin.

  • Sherry Merah · Pengulas Tertinggi
    Sorry to say la najib you the worst PM

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Krn PRU13 jugaklah, isu negara kristian digunakan demi menakut2kan bangsa melayu. & krn PRU13 jugaklah, najib sedang cuba mengambil hati komuniti kristian dlm majlis ini. Sekali begitu, sekali begini, itulah umno yg dikenali. x konsisten dlm tindakan yg diambil. Semua yg dilakukan, hanya krn demi politik murahan. Berbeza dgn PR, apa yg dilakukan x ada maksud tersembunyi. Namapun dah Pakatan Rakyat, maka apa sj yg dilakukan adalah demi kebajikan & kesejahteraan mereka...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      PR x perlu nak buat majlis utk ambil hati mana2 pihak, krn apa yg dilakukan oleh PR jelas dimata rakyat. x perlu buat2 baik, berlakon baik dsbnya. Apa yg telah, sedang & bakal dilakukan adalah demi rakyat...

  • Nadzir Iberahim · Pengulas Tertinggi
    najid nak cari talian hayat dari masyarakat kristian tu....umno/bn dah nazak sokong umno/bn .....kita sama2 tolak umno/bn dari memerintah malaysia

  • Joon Sea
    takut la...bn..najib TOLONG LAH.....JANGAN...SATU MUKA,,,,,;;;;;;;;;;....... SATU HATI...........GILA

  • Jinggo Jongos · Pengulas Tertinggi
    Dengan bangsa dan agama yang sama dengan kau, kau tindas kau hina kau fitnah kau upah samseng pukul.

  • Aizat True Leader · Pengulas Tertinggi
    bila pulok la org islam malaysia kata kristian pendatang?pandai2 je bishop ni..

  • Akira Ooi · Pengulas Tertinggi
    Bila Kalimah "Allah" boleh di gunakan ???

    • Faqirah Abdullah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerja sendiri
      tanya la bila anda nak mengucap syahadah jika anda benar2 percaya kewujudan Allah swt, Tuhan semeta alam...baru tepat.jangan amik sekerat2

  • Chow KF · Kajang High School
    SIla PM bagi tahu sama Perkosa, Ultra umno, ibrahim katak hasan ali, zulkifli nordin dan sekalian

  • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
    Yang aku tahu, yg anggap org lain pendatang selain UMNO ialah puak2 UMNO..Najib2 kau ketuk kepala sendiri la..

  • Kamaruzzaman Jamal · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
    Jib, ini cakap mekap...cantik bunyi aje...roh dan realitinya hampeh...jangan nak bedek dgn gula gula pilihanraya...tengok mukamu dan orang orang d sekelilingmu dah tahu kelibat niat sangsangmu dan BN...pegilahhhhh.

  • Jamlus Abu Bakar · · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu Teachers College
    Bla pulak orang kata komunity kristian ni pendatang........bodoh betul lah

  • Miq Mie · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Yang suka mengkecilkan orang dan bangsa lain ni orang umno je rasanya

  • Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
    Utusan Malaysia dan TV3 sepatutnya mewar2kan kisah padri2 atau monk2 memeluk Islam, dalam atu pun luar ngra.Temubual apa yg x kena pd ugamanya apa yg mmbuatkan mreka yakin pd Allah dn Islam, buat follow up setahun sekali.Klu tak pandai berdakwah, bawa lah model2 ini pun mreeka takut, takut sentimen ugama kononnya.Mreka hnya minat bawa isu2 pecahbelahkan rakyat. Mreka mmg x minat ugama Islam teguh.

  • Leftenan Nan · Pengulas Tertinggi · Statsaut. ejendomsmægler di KGB
    Kalaulah ANWAR IBRAHIM atau NIK AZIZ yang keluarkan kenyataan ini dah tentu puak-puak PERKASA, PEKIDA, HASSAN JATI dan konco-konco UMNO sekarang dah sibuk berdemo , mengamuk dalam tv menuduh PR cuba kristiankan malaysia..........tapi bila NAJIB yang kata semua angguk setuju. inilah perangai buruk UMNO dan balaci-balaci mereka.

  • Ramesh Rao Krishnan Naidu · · Pengulas Tertinggi
    Kerjaan Barisan Nasional senantiasa Akur dan ikut apa yang termaktub dalam perlembagaan penubuhan Negara Malaysia -1957, Jika BN Zalim&Rasis mana mungkin ada Kuil, Gereja dalam negara?BN PRIHTIN BERTOLERANSI!Bukan macam Parti Pembangkang JANJI KUAT KENCING PUN KUAT!

    • Apa Neh · Sek Jaim
      ewah anak keling dah berbicara....keling bukan boleh lebih sikit...passed U langsung tak reti ckp keling,,,,speaking ajer...mcm bangsat...

    • Apa Neh · Sek Jaim
      keling buat kuil bersepah-sepah, suka-suka dia nak letak....geran takde pun nak buat kuil ...lepas tu kata 150 thn...lagi kencing...

    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Ramesh Rao Krishnan Naidu .....
      BUKAN JANJI KENCING.....TAPI JANJI MAHU PANCING UNDI...BUKA BEGITU RAO TELEGU...

    • Niru Ssb · · Pengulas Tertinggi · Smk simunjan no 1
      FILEM''GANGSTER MACHA''mengisahkan sebahagian hidup RRK NAIDU dibawah ketiak MIC-UMNO pasal tu lah bodoh tahap jamban setinggan umno-bn......heh

    • Ramesh Rao Krishnan Naidu · · Pengulas Tertinggi
      Anwar&PR--BENARKAH KAUM INDIA DI MALAYSIA TERPINGGIR? ..Ini jawapan dengan Berfakta--http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LXjdWpWDFSg

    • Pak Tam · · Pengulas Tertinggi · USM Penang
      kalo orang India di Malaysia task terpinggir, mana datangnya orang India yang lahir di Malaysia takda surat beranak dan takda IC? Lu RRKN ada surat beranak dan IC ka? Kalo kaumn India di Malaysia tak terpinggir, lu kasi kempen la sama orang India suruh sokong sama MIC dalam PRU13 nanti kita boleh tengok sekali lagi semua calon MIC bungkus dan hilang deposit.....

  • Lestari Afiat · Semenyih
    ' DS Najib turut menyeru agar komuniti Kristian negara bersama beliau
    dalam menolak revolusi di negara ini seperti di sesetengah negara yang mahu menumbangkan pemerintahan diktator mereka.'---> ini mengaku BN diktator .....

  • Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
    missi dakwah kristian sukar ditegah, namun jika PM arif dan mmpunyai pandangan matahati mukasafah, berdamping dgn ulamak2 muktabar maka sosio dan politik smuanya akan menjadi harmohi dgn pimpinan Allah.

    • Faqirah Abdullah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerja sendiri
      betul.. kena upgrade pengetahuan tentang Islam baru selamat berdamping dgn siapa siapa saja...umara kena dekati ulama

  • Ali Hasan Dorahim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di As - Saiq
    suka dgn kisah2 paderi masuk Islam ....lagi pun Islam berkongsi Nabi yg sama....

  • Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
    dah timbul kesedaran nak kmbali kpd "Allah", bagus.cumanya eloklah jika ada wakil penganut2 kristian jelaskan siapa dia "ALLAH" yg dimaksudkan.Rupa Allah mcmna?, ada badan kepala kaki tangan? boleh melihat, berkata2 berjalan terbang berenang? Allah makan apa? tubuhnya dibuat drp apa, emas perak besi? apa kerjanya? Allah tinggal dimana?siapa emak bapaknya? bila dilahirkan dan hidup sampai bila? bila ini smua dah jelas ada prsamaan maka kalimah Allah itu boleh diguna brsama.

  • Md Zam · Pengulas Tertinggi · UITM
    haha..PERKASAM..apa komen korang ni..Najib sibuk mintak Kristian sokong BN!!kalu kat Anwar gerenti korang kata Anwar dah jadi boneka!Hai Ibrahim Ali..bila ko nak mule mengomen ni??

  • Jet Li · MSAB JB
    Sila jawab ini soalan UPSR. Adakah komuniti kristian dikategorikan sebagai "Pendatang"? A: Ya, B: Tidak, C: Tidak Tahu D: Baru tahu hari ini.

  • Milas Mad · Pengulas Tertinggi · Kluang
    'Tiada siapa di antara kita perlu takut kpd dialog yg konstruktif........, ajak dialog dgn Anwar takutttttt!

  • Khairul Faezi · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
    Mana Barahing Ali mana Asan Aqidah mana Zul Kulim...mana...mana...mana !!!!

  • Syed Imran-Ahmad · Pengulas Tertinggi
    Kita tak anggap mereka pendatang. Yang pernah ucap sedemikian adalah seorang pemimpin Umno peringkat bahagian di Pulau Pinang.
    Seperti yang ramai pengulas kata, jika yang ucap menafiakan yang mereka adalah pendatang itu bukan PM, dah tentu si Brahim 'Katak Puru" dan suku sakatnya akan cepat melompat dan media yang dimiliki atau dikawal Umno akan siar di muka depan dan dalam semua siaran berita tv mereka. Ucapan PM ini puna akan dapat tempat utama tetapi dalam bentuk positif, bukan negatif. Inilah dunia kewartawanan ampu-mengampu dan ikut perintah.

  • Firdaus Mohd · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    MENUNGGU UCAPAN (TEXT ATAU DARI KATA HATI SENDIRI) YANG SEBEGINI DITUJUKAN KEPADA SAHABAT2 DAN SAUDARA SEISLAM TERUTAMANYA YANG BERNAUNG DIBAWAH PARTI ISLAM.MELIHATKAN KEADAAN INI MUNGKIN ALIRAN KEIKHLASAN ITU TIDAK WUJUD DIHATI PEMIMPIN INI UTK MEM"PERKASA"KAN UKHWAH DALAM KESE"JATI"AN PERSAHABATAN...YA ALLAH, JAUHKAN LAH KAMI DARI JALAN2 KEMURKAAN (KAUM YAHUDI) DAN JUGA DARI JALAN2 ORANG YANG SESAT (NASRANI).

  • Simon Foo · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bangkok, Thailand
    Saya tidak mahu menjadi perdana menteri kepada golongan masyarakat tertentu sahaja tetapi kepada semua masyarakat Malaysia dan saya telah pertegaskan perkara ini berulang kali," katanya。AJIB gogogo oiii,,, tak payalah berulang kali menegasx,,, BUDAK TADIKA PUN TAU。

  • Ary Ycb · Pengulas Tertinggi
    Hello Harus sanni,Hello Hasang Bongkak,Hello Zul kaki kencing,Hello Brahim Katak Perkakas.Ade dengar kah......Berapa ribu2 pula org Islam kena Baptis....

  • Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
    Ta takut dialog, tapi takut debat....dialog dtg bersama2 debat, maknanya dua2 tu ada dlm budaya debat, tapi dia kata debat bukan budaya kita.....jumud!

  • Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
    umat nabi Musa as berpecah jadi sesat mula dari Samiri mmbentuk patung anak lembu dari emas dan boleh bersuara bila ditiup angin. Umat nabi Isa as berpecah jadi sesat apabila branggapan Isa as mmpu bercakap smsa bayi itu sbnrnya jelmaan Tuhan, dikuatkan lagi bila disalib mayatnya hillang ghaib sbb dia Tuhan, (sbnrnya mayat itu dilarikan oleh kaum2 Yahudi krna sedar yg disalib itu bukan Isa as ttpi rakannya Yahuza).

  • Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
    Penganut Kristian akui adanya Nabi2 mulai dari Adam as hingga Muhammad saw. Tetapi mreka tak mengiktirafnya melainkan Jesus Kristus (Isa as) yg diangkat sebagai Tuhan.Bila dosa sudah ditebus oleh Jesus Kristus tak perlu lagi nabi2 yg lain.

    • Faqirah Abdullah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerja sendiri
      sebab tu kita tak setuju bila banyak perkara yg menyesatkan versi mereka...tidak meletakkan yg hak..walaupun kita tak menafikan sama sekali Allah swt Tuhan semesta alam,,,Tuhan semua manusia

  • Yusof Jy · Pengulas Tertinggi · Sekolah Tinggi Kluang
    Depan puak2 Umno terjerit naik kn semangat ketuanan Melayu..Hari ini undi punya pasal merayu pada kristian pula..Hari itu jerit 'NAK TENGOK BUMI INI MILIK SIAPA" Inilh PM yg paling banyak merayu..Orang yg kuat tidak mudah merayu minta belas..

  • Hamdan Bin Sarabani · Pengulas Tertinggi · Arkansas State University
    Kita tunggu Najib luluskan penggunaan kalimah Allah dalam Al Kitab versi bahasa melayu di Semenanjung, kita lihat apa kata Perkasa, Pembela dan Hasan Aqidah al Jati.

  • Zainol Abidin · Pengulas Tertinggi · MTC Penang
    Agama mana ada pendatang.yang menjadi pendatang adalah manusia yang masuk sesuatu negara dan bukan warganegara.

  • Pak Tam · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah kebangsaan seri sendayan
    "Tiada siapa di antara kita perlu takut kepada dialog yang konstruktif
    kerana hanya mengenali satu sama lain dengan lebik baik sahaja kita
    akan boleh menghargai dan menghormati satu sama lain" kata Najib...
    hebat sangat lah statement Ahjib Ngok ni... bila ajak debat, menikus bak kata org minang ...kacuut talo wa ang !!!
    bukankah debat itu memberi peluang masing-masing boleh membentangkan fakta & mempertahankan hujah... rakyat boleh jadi hakim utk menilai yg mana satu pilihan hati... tukang masak kah??? tukang cuci kah ???

  • Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
    mula2 dibangkitkan sjrh Nabi Adam dn Hawa yg brbuat dosa kpd Tuhan hinga dikluarkan dri sorga.fasa2 mengingatkan manusia ini trus menanggung dosa keturunan Adam dn Hawa. fasa3 mmbangkitkan kasihsayang Tuhan dgn menjelmakan dirinya sebagai anak Tuhan iaitu Jesus. Darah jesus yg mengalir pd palang salib itu menebus segala dosa manusia dn trjamin masuk sorga.fasa4 menanam akidah bhwa Jesus itu sebnrnya ialah Tuhan, yg skrng ini hendak disinonimkan dgn kalimah "ALLAH" spya mudah dakwah keatas org2 Islam.

  • Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
    nak kristiankan wanita2 Melayu lebih mudah.yg ada sikit2 asas ugama lagi baik.mula2 pancing cinta, kmudian duit, kmudian lakukan sex, janji berkahwin masuk Islam. strusnya sex sex sex, duit duit duit, kemewahan. Dakwah pasal nabi Adam dn Hawa, Nabi Musa, Nabi Isa, sebut nama Allah maka mudah dibaptis kan.

  • Shahril Ramzan · · Petaling Jaya, Malaysia
    ohh , bagus lah , sokong orang nasrani , di akhir zaman nanti orang nasrani balik pijak Islam , syabas

Tiada ulasan: