Sabtu, 19 Mac 2011

YANG TAK BETUL KENA BONGKAR...TAPI BONGKAR MUSUH PUNYA...SENDIRI PUNYA SIMPAN..TAK BONGKAR...TU BIASA...AKHIRAT LUAR BIASA...SABIT SALAH MASUK NERAKA.

DUN Sarawak bubar Isnin ini
Mac 19, 11 5:15pm


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen. Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon. Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.


Utusan dakwa 7,243 hektar tanah Orang Asli 'dipunggah'
Mac 19, 11 4:10pm


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor didakwa 'memunggah' hasil Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat Kuala Langat yang sebahagian besarnya terletak dalam tanah hutan simpan.

Tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun - yang diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927 - kini menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri, lapor Utusan Malaysia.

Akhbar Umno yang tampil dengan wajah barunya hari ini juga memuatkan laporan "ekslusif" yang melaporkan, ada antara tanah terlibat diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan Orang Asli.

"Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga.," laporan itu dipetik.

Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak.


Lagi demo tuntut DNA Anwar
Elissa Helmy
Mac 19, 11
2:52pm


Lebih 50 ahli dari beberapa NGO negeri Melaka, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA beliau.

Barisan yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesyen bas Melaka Sentral kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Menurut Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman, tujuan diadakan perhimpun itu adalah untuk mendapatkan keadilan bukan sahaja kepada mangsa dalam kes liwat yang sedang berjalan malah menuntut pihak terlibat bekerjasama agar memudahkan proses pengadilan.

Beliau berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak kerajaan untuk mempercepatkan perlaksanaan undang-undang bagi mewujudkan satu tabung DNA bagi rakyat negara ini.

"Saya difahamkan sudah digubal undang-undang untuk menguatkuasakan tabung ini. Ini satu keperluan yang dianggap perlu pada masa akan datang bagi memudahkan pihak polis dalam melakukan siasatan sesuatu kes yang melibatkan jenayah seksual.

"Ia sekali gus dapat menegakkan keadilan baik dipihak yang terduduh ataupun yang menjadi mangsa. Cadangan itu juga dapat memudahkan semua pihak terutama dalam mempercepatkan proses perbicaraan termasuk pengumpulan bukti untuk proses perbicaraan," katanya.

Abd Rahim berkata, dengan perlaksanaan undang-undang itu juga dapat membantu sekiranya terjadi sesuatu kes dan pihak berkuasa tidak perlu meminta-minta atau menunggu-nunggu untuk dapatkan sampel DNA.

"Kita melihat perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu meyusahkan banyak pihak, malah keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA telah melinggahkan proses dan melibatkan lebih banyak wang kerajaan sepanjang perjalanan perbicaraan.

"Kami sebagai rakyat berasa tidak puas hati kerana ia mengambil masa yang begitu panjang untuk diselesaikan sehingga rakyat pun naik meluat," katanya.

Beliau merasakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar bekerjasama untuk kebaikan semua pihak.

"Bagi Datuk Seri Anwar saya rasa eloklah dia bekerjasama. Inilah masanya untuk dia buktikan sama ada dia terlibat atau tidak," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebenarnya peluang baginya "membersihkan diri"


'Angkuh' dengan kompromi, NGO Islam kesal
Mac 19, 11 5:52pm


NGO Islam yang bergabung dalam Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyatakan kekesalannya terhadap kenyataan "angkuh dan kasar" beberapa pemimpin dalam 'kemelut' penahanan Injil berbahasa Melayu sebelum ini.

Sedangkan, menyinggung langsung pada MCA dan Persekutuan Kritian Malaysia (CFM), PEMBELA berkata, kerajaan sudah berkompromi untuk menyelesaikan perkara itu dengan memberikan "tawaran bersyarat".

"Sikap sebegini adalah tidak patriotik dan sangat tidak sihat bagi keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) A Karim Omar bagi pihak PEMBELA.

"PEMBELA berpandangan bahawa pihak berkuasa perlu bertegas terhadap mana-mana pihak yang terlalu provokatif dalam isu-isu seumpama ini dan perlu memastikan keharmonian di antara kaum yang dikecapi selama ini tidak terjejas hanya kerana tuntutan sempit dan tindakan liar pihak-pihak tertentu."

Gabungan itu - yang turut dianggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang - mengingatkan pemimpin politik, agama dan masyarakat awam supaya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Pelbagai usaha, khususnya menjelang pilihan raya kecil dan pilihan raya Sarawak yang jelas akan menerbitkan provokasi agama dengan tujuan politik sebenarnya hanya akan mengundang padah kepada kestabilan dan keutuhan negara.

"Provokasi di dalam hal-hal berkaitan sensitiviti keagamaan dan tindakan-tindakan tersebut memungkinkan reaksi yang keterlaluan dan emosional dari pihak penganut Islam mahupun yang bukan Islam," katanya.

A Karim juga perpandangan, persoalan yang lebih mendasar dalam soal pelepasan Bible berbahasa Melayu ialah penggunaan istilah-istilah khusus dalam akidah Islam kepada makna dalam Kristian yang boleh mengubah makna serta mengelirukan.



Injil: Bincang jika tak puas hati, kata Ongkili
Mac 19, 11 8:36am


Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk cop "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" pada injil berbahasa Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Klang dinasihatkan mengadakan
perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di kalangan gereja mengenai perkara itu, cara terbaik untuk menyelesaikannya ialah pemimpin terbabit mengadakan perjumpaan dan perbincangan secara tertutup.

"Mereka patut berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin (Tun) Hussein dan menggariskan butiran dan caranya. Lagi kurang diperkatakan secara terbuka adalah lebih baik," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan bekas menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara berkata kerajaan sentiasa menggunakan dialog dan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkaitan agama.

"Sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Saya fikir perbincangan patut diadakan berikutan Hishammuddin sendiri telah bersetuju untuk berjumpa mereka sekali lagi minggu ini. Saya berdoa penyelesaian yang diterima majoriti ramai akan dicapai," katanya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan untuk cop 5,100 naskhah injil berbahasa Malaysia dengan perkataan "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" yang menurut Hishammuddin dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tanpa sebarang niat untuk mencacatkan kitab suci kristian itu.

--Bernama


Kes rambut Sikh: Laporan polis kedua dibuat
Mac 19, 11 3:22pm


Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meminta polis menyiasat bagi membuktikan kesahihan laporan dua siasatan dalamannya berhubung isu rambut pelatih keturunan Sikh yang didakwa dipotong
pada 16 Jan lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata siasatan itu diminta menerusi laporan polis kedua yang dibuat Komandan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sungai Bakap Mejar Shamsudin Abdul Aziz pada Selasa lepas.

"Komandan Kem PLKN Sungai Bakap telah membuat laporan polis bagi kali kedua pada 15 Mac di Balai Polis Bandar Baru, Kedah supaya pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya jika siasatan mendapati laporan berkenaan didapati tidak benar," katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Hadi berkata ini kerana masih ada golongan tertentu menggunakan isu itu bagi kepentingan mereka, sekalipun dua siasatan dalaman JLKN tidak menemui sebarang bukti penglibatan pelatih lain atau pihak PLKN dalam kes tersebut.

Pada Januari lepas, seorang pelatih PLKN di Kem Sungai Bakap, Pulau Pinang, Basant Singh Surinderpal Singh mendakwa rambutnya dipotong semasa beliau sedang tidur.

Ekoran dakwaan itu, JLKN menjalankan dua siasatan dalaman menerusi jawatankuasa siasatan peringkat kem dan lembaga siasatan peringkat ibu pejabat.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata kes itu yang telah dibincang secara mendalam pada peringkat Kementerian Pertahanan dipandang serius oleh Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

--Bernama

Tiada ulasan: