Khamis, 17 Mac 2011

QURAN DAN HADIS SHAHIH DIJAMIN KETULENAN...SETAKAT TULISAN SESEORANG BOLEH DIRAGU DAN DITOLAK..LEBIH2 IA BUKAN MAKSOM..JIKA NAS QURAN DAN HADIS OK KOD

Polis kutip RM476.6 juta saman trafik
Mac 17, 11 6:45pm


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.

NONEMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta dipeolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

"Jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah sebanyak RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (Sept), RM29.3 juta (Okt), RM29 juta (Nov), RM127 juta (Dis), RM44.7 juta (Jan 2011) dan RM63.6 juta pada Februari lalu.

"Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan RILEK pula sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (Sept), RM2.3 juta (masing-masing pada Okt dan Nov), RM26.2 juta (Dis), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lepas sebanyak RM8.3 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat.

fong po kuan and chong chien jen walkout suspended from parliament 061108 03Fong ingin tahu kutipan saman bagi bulan Julai 2010 sehingga Feb 2011 mengikut jumlah yang dibayar di kaunter PDRM dan laman web serta jumlah kementerian perlu bayar kepada pihak lain dan yang dikutip (RM2 setiap transaksi) oleh MyEG.

Hishammuddin berkata kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit.

"Selain itu, RM2 juga dikenakan kepada pembayar bagi setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG," katanya.

- Bernama

Pegawai SPRM: Teoh mungkin 'bersubahat'
S Pathmawathy
Mac 17, 11
12:49pm


Teoh Beng Hock dikatakan mempunyai “elemen bersubahat” dakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP itu.

Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Hairul Ilham Hamzah ketika bersetuju dengan cadangan peguam Majlis Peguam, Cheow Wee berkata ia antara sebab Teoh dibawa untuk disiasat.

NONE“Dia (Teoh) diiringi ke pejabat SPRM walaupun dia bukan seorang suspek. Mungkinkah terdapt tanda-tanda bahawa dia mungkin bersubahat?” tanya Cheow dan Hairul bersetuju.

Isu sama ada Teoh adalah saksi subahat atau saksi berkepentingan itu timbul selepas Hairul Ilham memberitahu bahawa hasil siasatan pegawai bawahannya, mendapati tiada rekod menunjukkan empat dokumen mencurigakan di hantar ke e-mel Teoh.

Hairul Ilham berkata beliau dan pegawai SPRM lain mengesyaki dokumen mencurigakan itu adalah draf dan ia dibuat oleh Teoh sendiri.

Pengerusi suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan seorang lagi anggota suruhanjaya iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman kemudiannya menimbulkan persoalan adakah berikutan keadaan tersebut, Teoh berstatus suspek atau saksi subahat.

Abdul Kadir: Jadi dia (Teoh) suspek?

Hairul Ilham: Tidak.

Abdul Kadir: Ia boleh dikatakan rakan sepenjenayah.

Hairul Ilham: Ia boleh dikatakan.

Foong: Kamu nak pergi pada sasaran sahaja (sasaran pada ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah).

Hairul Ilham: Tidak. SPRM juga macam mahkamah. Kami ingin mencari keadilan bukan tuju pada Ean sahaja.

Foong: Tapi ia boleh juga kata Teoh berpakat dengan bos dia. Mungkin Teoh juga bersalah. Ean sasaran tetapi dalam siasatan kamu dapati Teoh adalah kroni dia, jadi Teoh adalah partner of crime. Jadi kalau begitu bukankah kamu boleh paksa Teoh memberi keterangan terhadap Ean.

Hairul Ilham: Kita tidak boleh paksa.

Abdul Kadir: Kamu boleh dorong dia untuk salahkan Ean.

Hairul Ilham: Tidak.

NONETeoh (kiri) dijumpai mati di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai 2009.

Beliau pada 15 Julai 2009 dibawa untuk disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna dana oleh majikannya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sebelum ini, pegawai kanan SPRM itu memberitahu panel bahawa setiap pegawai penguatkuasa diwajibkan menjalani latihan asas selama tiga atau enam bulan apabila menyertai suruhanjaya berkenaan.

“Kami dilatih bagi memastikan saksi berada dalam keadaan selesa supaya mereka akan bekerjasama secara sukarela,” kata Hairul.

Cheow kemudian bertanya tentang teknik soal-jawap yang dilatih dan Hairul menjawap mereka menggunakan kaedah bagi menimbulkan “emosi sedih ataupun perasaan bersalah”.

“Kami dilatih mengunakan taktik psikologi apabila menyoal siasat suspek,” katanya.

'Sukar tentukan siapa bersalah'
Mac 17, 11 6:58pm


Seorang pemangku penolong pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa beliau tidak mengetahui siapa yang perlu dipertanggungjawabkan atas kematian setiausaha politik kepada exco Selangor itu.

Hairul Ilham Hamzah berkata beliau sukar untuk menentukan pihak yang harus bertanggungjawab dan menyerahkan kepada suruhanjaya untuk membuat keputusan.

Ketika disoal peguam Cheow Wee dari Majlis Peguam sama ada beliau (Hairul Ilham), Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim dan pegawai penyiasat SPRM Selangor Mohd Anuar Ismail yang harus bertanggungjawab dalam kejadian itu, Hairul Ilham berkata: "Saya susah nak jawab siapa yang patut dipersalahkan."

Hairul Ilham turut menafikan dakwaan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T Selventhiranathan yang menyatakan beliau cuba lari selepas mengetahui tentang kematian Teoh.

"Saya tidak lari tetapi saya mendapat arahan daripada Hishamuddin untuk pergi ke Putrajaya bersama Mohd Anuar bagi berbincang mengenai perkara itu," katanya.

Hairul Ilham berkata beliau tidak mengetahui Mohd Anuar mahu singgah sebentar ke rumahnya untuk berjumpa keluarga dalam perjalanan ke Putrajaya sedangkan isterinya bekerja di SPRM Putrajaya pada waktu itu.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Hairul Ilham, yang juga saksi ke-22 suruhanjaya itu turut menafikan pihak SPRM menahan Teoh pada hari disoal siasat iaitu malam 15 Julai 2009 dan awal pagi 16 Julai 2009.

"Saya hanya dimaklumkan oleh Mohd Anuar rakaman percakapan yang dibuat oleh Mohd Nazri Ibrahim telah tamat dan perkara itu dimaklumkan ketika taklimat bersama Hishamuddin pada jam 9 pagi hingga 10 pagi, 16 Julai 2009," katanya.

Selain itu, Hairul Ilham turut memberitahu pada prosiding suruhanjaya hari ini beliau hanya menggunakan ingatan untuk menulis diari penyiasatan (ID).

Ketika disoal Cheow Wee adakah menjadi kelaziman pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan tidak mencatatkan maklumat yang diperolehi ketika soal siasat dan hanya berdasarkan ingatan sahaja, Hairul Ilham berkata: "Ya, benar".

Ketika disoal pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri
James Foong Cheng Yuen, apakah cadangan untuk menambahbaikkan SPRM di masa hadapan?, Hairul Ilham berkata: "Kalau boleh setiap pegawai SPRM dibekalkan dengan buku poket seperti mana digunakan oleh pegawai polis ketika siasatan dijalankan dan telefon pintar seperti BlackBerry".

Suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T Selventhiranathan Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

Prosiding bersambung Isnin ini.

- Bernama




Hisham: Media online tak dikawal Akta Mesin Cetak
Mac 17, 11 6:27pm

Kerajaan tidak pernah mengawal media dalam talian menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEKatanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih dalam peringkat awal perbincangan untuk mengkaji semula keberkesanan akta tersebut termasuk kesalahan menyalahgunakan bahan-bahan media cetak yang berkaitan.

"Usaha ini adalah penting dan bertepatan dengan masa dan keadaan supaya akta ini terus mantap dan kekal relevan demi memelihara keselamatan dan ketenteraman awam," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hee bertanya sama ada kerajaan berhasrat meluaskan definisi akta tersebut meliputi kandungan multimedia dalam internet, Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, Hee dalam satu kenyataan berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan mahu KDN mengkaji semula keputusan tersebut demi kepentingan rakyat.

- Bernama


Kes lacur artis: Waran tangkap ke atas Mohd Amin
Mac 17, 11 4:44pm


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas perunding kewangan kerana gagal hadir pada prosiding rayuannya hari ini berhubung sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menjadi perantara kepada empat artis bagi tujuan pelacuran 16 tahun lalu.

Hakim Datuk Sulong Matjeraie yang bersidang bersama-sama dua lagi hakim mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Amin Jamadi, 41, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya V Shoba.

Peguam Kartar Singh yang mewakili kedua-dua perayu sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mohd Amin tidak dapat dikesan. Seorang lagi perayu dalam kes tersebut iaitu bekas pengurus syarikat penerbitan Haslinda Merican MA Merican, 45, hadir di mahkamah.

Turut bersidang bersama-sama Hakim Sulong ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed.

Mohd Amin dan Haslinda masing-masing dihukum penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Okt, 2000 setelah mendapati mereka bersalah melakukan kesalahan itu di Lobi Hotel Ming Court, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 8 malam dan 10.30 malam pada Jun 1995.

Pada 27 Nov, 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan kedua-dua mereka terhadap sabitan dan hukuman penjara dan denda itu serta mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan diputuskan dan turut melanjutkan tempoh jaminan masing-masing yang dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Perbicaraan kes itu diberikan liputan meluas oleh media kerana beberapa nama berprofil tinggi dan artis disebut di mahkamah.

Pada prosiding hari ini, panel hakim juga menangguhkan pendengaran rayuan mereka ke 16 Mei berikutan penarikan diri Hakim Azahar daripada mendengar rayuan itu.

Azahar memutuskan menarik diri kerana menurutnya ketika kes itu dibicarakan, beliau bertugas di Pejabat Peguam Negara sebagai timbalan ketua bahagian pendakwaan dan telah membincangkan kes itu dengan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes itu.

- Bernama


Mufti S'gor larang Injil guna kalimah Allah diedar
Mac 17, 11 9:45am


Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor.

NONETamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu.

Kenyataan bercanggah

NONEKenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu kitab-kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia itu.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," katanya.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pada pagi Selasa, Muhyiddin berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok. Katanya, Menteri harus membincangkan perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Syarat KDN satu penghinaan

Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum dibenarkan pengedaran dan mesti bersertakan nombor siri.

sibu by election 090510 sibu churchSyarat itu, bagaimanapun ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut Kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab suci mereka.

“Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini,” katanya.




NGO ulangi desakan batal bina loji nuklear
Mac 17, 11 11:22am


Kerajaan digesa segera membatalkan rancangan untuk memajukan tenaga nuklear dan pembinaan empangan besar kerana jumlah kapasiti bekalan elektrik negara kini mencukupi.

NONEMenurut, presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris, berdasarkan apa yang berlaku di Jepun, membuktikan bahawa malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Pada masa ini, jumlah penggunaan elektrik Malaysia adalah dianggarkan 14,000 megawatt (MW) tetapi negara mempunyai kapasiti bekalan sebanyak 23,000 MW. Ini memberikan Malaysia margin yang amat selesa memandangkan sasaran kerajaan hanya 20 peratus ,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya daripada semua teknologi penjanaan elektrik, tenaga nuklear adalah antara yang mampu mengakibatkan malapetaka kemalangan.

Justeru, mana-mana negara dengan aspirasi nuklear perlu mempertimbangkan risiko bencana kemalangan sebagai sumbangan negatif utama teknologi ini.

Kemampuan Malaysia

“Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani keadaan malapetaka seperti kebocoran reaktor atau kebakaran loji dan kesannya yang mungkin melampaui ruang dan masa?

“Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini, sedangkan alternatif tenaga yang lebih murah dan selamat adalah wujud?” soalnya.

NONESM Mohamed berkata meskipun Malaysia tidak terletak dalam lingkaran api Pasifik atau Alpide Belt, ia tidak bermakna bahawa negara selamat daripada bencana alam.

Katanya, plat tektonik sentiasa bergerak dan kemungkinan akan tiba masanya pada masa hadapan Malaysia turut di dampingi malapetaka semula jadi.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas dunia yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat daripada bencana alam,” katanya.

Menurut beliau, di seluruh dunia, orang ramai telah menyedari bahawa terdapat alternatif kepada nuklear dan empangan besar yang lebih selamat, murah dan boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin.

Ditolak penyokong tenaga nuklear

Namun SM Mohamed berkata potensi Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy - RE) sebagai sumber tenaga yang mapan di Malaysia ditolak berulang kali oleh penyokong tenaga nuklear berdasarkan analisis berat sebelah dan terpilih di pihak mereka.

NONE“Kami percaya dengan rangka kerja peraturan yang berkesan dan sempurna dan fiskal yang betul untuk RE, ia boleh menyumbang dengan berkesan kepada rizab tenaga Malaysia, seterusnya menyangkal keperluan untuk melabur dalam tenaga yang kotor, berbahaya dan mahal seperti nuklear,” katanya.

Menurutnya, satu cara lagi untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah dengan memperbaiki kecekapan tenaga (energy efficiency - EE) dalam semua sektor.

“Pada hakikatnya, EE merupakan salah satu objektif Dasar Tenaga Negara yang sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

“Usaha oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan kecekapan tenaga perlu ditingkatkan kerana ia bergerak terlalu perlahan,” katanya.

Menurut SM Mohamed, di samping itu, tenaga mampu diri (self-sufficiency) adalah jaminan terbaik sekuriti tenaga.

dams hydroelectric dams 290609“Ini boleh dicapai dengan mempelbagaikan tenaga boleh diperbaharui yang mapan pada skala penjanaan mikro, kecil dan sederhana, menurut sumber tempatan yang diperolehi, supaya tenaga digunakan pada titik penjanaan, menjimatkan sehingga 69 peratus daripada tenaga yang hilang melalui pengaliran elektrik jarak jauh daripada loji tenaga berpusat besar dan pengeluaran karbon berkaitan.

“Akhir sekali, menggabungkan langkah kecekapan tenaga (EE) dan tenaga diperbaharui (RE) untuk memenuhi permintaan tenaga akan menghapuskan sebarang justifikasi bagi tenaga nuklear dan empangan besar,” katanya.



Virus Adeno ragut mangsa kedua
Mac 17, 11 11:52am


Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.

Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lalu.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh.

- Bernama


Dr M: Sheares guru saya, tak mungkin saya lupa
Mac 17, 11 12:59pm


Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas presiden Singapura Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu merupakan gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

NONE"Saya berjumpa dengan Encik Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia adalah satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya semasa saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times, Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan bahawa pada masa itu, Sheares telahpun meninggal dunia, dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan Presiden lain iaitu Devan Nair dalam satu majlis makan tengah hari.

Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' yang dilancarkan minggu lepas dan mendapatkan sambutan hangat.

NONESatu lagi kandungan dalam memoir itu yang menyatakan Dr Mahathir diberi sambutan dingin semasa melawat Singapura semasa baru menjaadi Perdana Menteri turut dipersoal oleh wartawan berkenaan yang berkata, rekod akhbarnya mencatatkan Lee sendiri menyambut Dr Mahathir di lapangan terbang bukan seperti catatan bukunya yang mengatakan beliau hanya disambut pegawai protokol dan Lee hanya muncul selepas 15 minit.

"Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew, dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.

"Yang pasti, saya bertemu Encik Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak," kata Dr Mahathir.

Ketika diminta menyatakan tarikh sebenar beliau bertemu Sheares, beliau berkata: "Saya tak dapat ingat secara khusus perkara sekecil seperti itu.

Manusia kadangkalanya terlupa. Saya tak dapat ingat apa yang yang saya lakukan pada 21 Mei 1931. Anda bolehkah?"

Wartawan itu menjawab: "Saya belumpun dilahirkan."

"Anda belum dilahirkan? Sekurang-kurangnya anda boleh ingat yang anda belum dilahirkan," kata Dr Mahathir.

- Bernama



Tiada ulasan: