Rabu, 23 Mac 2011

KES2 ZINA...VIDEO LUCAH MACAM BERLAKU DOUBLE STANDARD YANG KETARA..DULU ADA JUGA BAB YG AGAK SERUPA,,,,TAPI KES HILANG MACAM DIANGIN LALU SAJA...

'Datuk T tak akan serah pita seks kepada polis'
Mac 22, 11 6:28pm


Pita video seks yang didakwa memaparkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diserahkan kepada polis, menurut satu email yang didakwa ditulis oleh Datuk T dan diedarkan di kalangan wartawan hari ini.

Sebaliknya, dalam email itu, Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO.

Datuk T berkata keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi ini bagi menafikan sebarang pembabitannya.

Katanya, jika klip video berkenaan diserahkan kepada polis, Anwar akan mendakwa pihak berkuasa berkonspirasi menentangnya jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahinya.

“Justeru, saya memutuskan tidak menyerahkan rakaman itu kepada pihak berkuasa. Saya akan serahkannya kepada suruhanjaya awam yang dianggotai oleh media dan NGO,” petik email itu.

“Saya jangkakan beliau dan isterinya tidak berminat menerima salinan rakaman itu daripada saya Isnin depan.

“Oleh demikian, saya meminta mereka di kalangan media dan NGO untuk dengan segera membentuk suruhanjaya awam yang bebas bagi menyiasat ketulenan pita itu.

"Suruhanjaya itu boleh membawa pakar forensik daripada mana-mana negara bagi menentukan ketulenan rakaman berkenaan,” katanya.

Menurut Datuk T, beliau juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat.

“Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar,” katanya.

Bagaimanapun ketulenan email tersebut juga tidak dapat dipastikan dan dipercayai diedarkan oleh wartawan kanan daripada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, beberapa jam selepas laporan polis Anwar dibuat.



Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal
Mac 22, 11 7:00pm


Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

NONEPenayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.




Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri
Abdul Rahim Sabri
Mac 22, 11
6:14pm


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana, kata Dr Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

NONE"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

"Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya," tulis Dr Khir (kiri).

Beliau menulis dalam blognya hari ini mengenai pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga ketua pembangkang oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Datuk 'T' di Carcosa Seri Negara semalam.

Dr Khir berkata jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video berkenaan maka, ia boleh menukar persepsi ramai.

"Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi.

"Justeru, apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan membersihkan Anwar?

"Melihat strategi politik Anwar sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang, maka kemungkinan ini bukanlah sesuatu yang mustahil," dakwa Dr Khir lagi sambil menambah pendedahan video tersebut "tidak membabitkan BN".

Tahap keselamatan hotel

Bekas ketua pembangkang DUN Selangor itu juga mempersoalkan sama ada penafian yang dibuat Anwar itu mencukupi kepada umum.

"Apakah kata-kata Anwar masih dianggap kata-kata yang suci dan bersih? Anwar menyatakan ini taktik jahat BN. Bukankah Anwar sendiri mahaguru segala strategi politik menuduh dan memfitnah ini?

azlan"Saya tidak menyatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar atau pun bukan kerana saya belum menontonnya. Cuma cara Anwar mempertahankan dirinya dengan cara melabelkan pendedahan ini merupakan agenda jahat Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sarawak sangat klasik dan klise sifatnya," katanya.

Dr Khir berkata walau apa pun kebenarannya, masyarakat akan terus dihujani "perbincangan-perbincangan dalam kelambu yang memalukan" dan akhbar akan terus dihiasi dengan cerita-cerita yang memalukan untuk bacaan kanak-kanak.

"Selain itu, pendedahan video perlakuan seks di hotel ini selepas kes (Presiden MCA) Datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan di hotel-hotel di negara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas politik Sarawak, Dr Khir berkata pengumuman persaraan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta penumpuan pembangunan di Malaysia Timur sudah cukup mencerahkan peluang BN.

"Malahan tindakan (Abdul) Taib Mahmud mengetuai jentera pilihan raya negeri akan datang merupakan kelebihan besar kepada BN. Justeru BN tidak memerlukan pendedahan video seperti ini untuk melemahkan Pakatan," katanya.



Video disiasat ikut seksyen 292 Kanun Keseksaan
Mac 22, 11 7:10pm


Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

NONEKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata laporan polis telah diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

azlanKumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Sementara itu, Ismail memberi amaran kepada pihak yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, agar tidak melanggar peraturan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Katanya pada masa yang sama, para penyokong parti-parti politik yang terlibat dalam pilihan raya itu nanti, perlu bersikap matang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

Beliau berkata polis telah bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya itu dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan.

"Semua pihak termasuk para penyokong parti politik diingatkan untuk mematuhi undang-undang serta prosedur yang ditetapkan dan tunjukkan moral yang tinggi," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10, esok.



Pelabuhan Klang: Speaker belum terima notis
Mac 22, 11 6:30pm


Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata beliau setakat ini masih belum menerima notis mahkamah berhubung kedudukan wakil rakyat Pelabuhan Klang.

Teng berkata demikian ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini sama ada bekas ADUN PKR itu akan hadir ke sidang DUN Selangor yang akan bermula pada 28 Mac.

NONETeng (kiri) bagaimanapun sekadar berkata, dari segi teknikal, beliau masih belum diberikan notis berhubung status Badrul Hisham.

"Setakat ini kita masih belum (terima) perintah mahkamah bahawa beliau masih lagi seorang ADUN.

"Tapi siapa tahu, saya mungkin akan diserahkan dengan satu perintah (mahkamah) pada Jumaat ini," katanya lagi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Februari lalu memutuskan bahawa Badrul Hisham masih kekal sebagai ADUN.

Keputusan mahkamah itu membatalkan satu notis yang dikeluarkan oleh Teng bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang telahpun dikosongkan.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, Teng kemudiannya memfailkan satu lagi permohonan untuk mengenepikannya, sebaik mahkamah membuat keputusan berkenaan.



Judi: Canggah pendapat PAS-DAP tak berbangkit
Mac 22, 11 11:02am


PAS menafikan presidennya, Datuk Seri Hadi Awang bercanggah pendapat dengan DAP isu pengharaman judi di negara ini, lapor Harakahdaily.

Sehubungan itu, setiausaha politik presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan, berkata parti itu membantah laporan berita yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini dan di the Star.

pas muktamar 130610 abdul hadi awang“Adalah dengan ini ingin dipertegaskan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyebut sama sekali perkara yang dinyatakan sebagaimana di atas dalam ceramah beliau di Jerteh pada Sabtu lepas atau bila-bila masa di mana-mana tempat,” katanya.

Justeru, kata Ahmad Samsuri persoalan bahawa PAS bercanggahan dengan DAP dalam isu berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.

Tambahnya, rakaman ucapan presiden PAS itu boleh dirujuk di web www.terengganukini.net.

“Kami amat kesal dengan pemberitaan yang salah ini dan meminta kepada pihak yang melaporkannya untuk memohon maaf secara terbuka dan seterusnya menarik balik berita berkenaan dengan membuat pembetulan terhadap kesilapan yang sangat besar itu,” katanya.

Artikel berita yang yang dimuatkan dalam Malaysiakini dengan tajuk 'DAP clashes with PAS over gambling ban, again' semalam itu dipetik daripada beberapa akhbar harian Cina.

Ia melaporkan Hadi sebagai berkata PAS akan melaksanakan dasar Islam apabila berkuasa nanti. Ini termasuk mengharamkan perjudian di seluruh negara dan persetujuan mengenai perkara berkenaan telah dicapai dengan parti-parti Pakatan lain.

NONEIa merujuk perenggan enam dan tujuh iaitu: “According to reports by Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press, Hadi allegedly announced during a rally in Jerteh last Saturday that PAS would implement Islamic policies should the party come to power, including a nationwide ban on gambling.

“He was quoted as saying that the other Pakatan parties had reached a consensus with PAS over the matter.”


Manakala the Star hari ini pula 2011 juga melaporkan berita dengan tajuknya: 'Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.'





Tiada ulasan: