Rabu, 23 Mac 2011

BUATLAH SELAGI KITA BERKUASA..TAPI KUASA KITA TERBATAS..PENIPU..PEMBOHONG..ZALIM...KAKI RASUAH...DAN MACAM2 MUNGKAR ..AKHIR DIHUKUM DAN TERBONGKAR JUA

PKR dakwa Rahim Thamby Chik, Eskay terbabit
Hazlan Zakaria
Mac 23, 11
1:31pm

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa, beliau telah ditunjukkan video itu oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah - yang pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.

NONEJohari mendakwa, turut terbabit, ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (kiri), yang kini merupakan pengerusi Risda.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Johari, bagaimanapun, medakwa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.

Ketika dihubungi, Rahim memberitahu Malaysiakini yang beliau akan menelefon balik untuk memberi ulasan.




Teknologi video dan kempen jatuhkan seteru
Wira Arjuna
Mac 21, 11
5:35pm

Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

NONEItulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk “menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Di tangan polis

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

azlanDengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.



'Video seks umpan BN beli MP Pakatan'
Hazlan Zakaria
Mac 23, 11
2:42pm

BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen pembangkang, dakwa pemimpin PKR hari ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.

NONEBeliau menegaskan demikian dalam satu sidang media di ibupejabat PKR
di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.

Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.

Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.

NONEKatanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.

Johari juga berkata Abdul Rahim (kiri) kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut.

Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.

Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.


Hak saya pertahankan polis, kata Hisham
Joseph Sipalan
Mac 23, 11
12:57pm

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini tampil mempertahankan pasukan polis, dengan mencabar pembangkang membuktikan bahawa polis bersubahat dalam dakwaan skandal seks terbaru terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBeliau menyangkal dakwaan bahawa tayangan video seks kontroversi
itu sebagai satu permulaan kepada ulangan kepada perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar dalam 1998, dengan menegaskan bahawa dakwaan konspirasi oleh pembangkang itu, hanya untuk mengalih perhatian bagi mengaburi kebenaran.

Kali ini, tegasnya, beliau tidak akan duduk diam membiarkan mereka mempolitikkan isu tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Hishammuddin menegaskan bahawa beliau mempunyai hak untuk mempertahankan integriti pasukan polis.

Hishammuddin berkata, semua putarbelit itu adalah untuk mencemarkan imejnya apabila ada pihak mendakwa "DNA ialah satu konspirasi, Saiful satu konspirasi, video (seks) satu konspirasi" - merujuk kepada perbicaraan kes tuduhan liwat terhadap Anwar yang sedang berjalan sekarang.

Oleh itu, beliau mencabar semua pihak yang menuding jari kepada beliau dan pasukan polis, supaya membuktikannya.

Semalam, peguam Anwar - Sankara Nair - berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggannya mempunyai hak untuk mengandaikan 'polis bersubahat' dalam tayangan video seks tersebut.

Katanya, langkah Anwar membuat laporan polis semalam, mungkin digunakan sebagai asas untuk menangkap dan mendakwa beliau (Anwar), seperti yang berlaku pada 1998, dalam kes pertama liwat terhadapnya.








Tiada ulasan: