Jumaat, 25 Mac 2011

MUKA2 SEMUA TELAH DIMAMAH USIA....ELOK FIKIR IBADAH...FIKIR VIDEO YANG AKAN DITAYANG OLEH ALLAH DIPADANG MASYAR NANTI....

Rahim, Eskay nafi ditahan polis
Mac 25, 11 4:35pm

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.

NONELaporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

"Apa? Saya tak tahu yang saya ditangkap. Sekarang ini saya di rumah. Saya hanya ke (ibu pejabat) polis malam tadi bagi membantu siasatan mereka dan setelah beri keterangan, saya pulang ke rumah.

"Tiada disebut mereka mengenai tangkapan. Mungkin mereka (the Star) anggap beri keterangan malam tadi sebagai tangkapan. Saya tidak tahu. Saya di rumah,” kata Rahim.

Eskay pula yang sedang tidur, ketika dihubungi melalui telefon juga terkejut apabila diberitahu mengenai laporan portal berita itu.

"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis.

NONE"Saya tidak tahu banyak mengenai prosedur polis kerana jarang berurusan dengan mereka (polis). Namun, saya tidak fikir yang sama ditahan. Saya tidak menandatangani apa-apa dokumen.

“Saya sekarang di rumah dan sedang tidur bila awak telefon. Saya deman selesema akibat terkena hujan lebat semalam. Maaf, saya agak pening kerana demam,” kata Eskay (kiri).

Isnin lalu, Rahim dan Eskay yang menamakan kumpulan mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim sebagai 'Datuk T' mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.

Semalam, Rahim yang juga bekas ketua pemuda Umno memberi keterangannya kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

NONEBercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada polis.

Selain itu, beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah Eskay.




Eskay didakwa sakit hati kerana jambatan bengkok
Mac 25, 11 5:37pm

Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.

NONEMohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

Mahti, seorang anggota UTK polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.

Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepada Merong Mahawangsa Sdn Bhd.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.


Video seks: Polis tahan dua lelaki, rampas bukti
Mac 25, 11 2:26pm

Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

NONEThe Star Online melaporkan difahamkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Portal berita itu yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.

Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.

azlanBeliau juga dalam satu kenyataan media semalam berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Sehingga hari ini, polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini. Pihak polis akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensiyang berwibawa," petik kenyataan itu.

Semalam, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

rahmi thamby chik in bukit aman police storyEskay turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam.

Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' di sebalik tayangan video seks tersebut.

Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.




Anwar: Jangan terpesong dari Selamatkan Rakyat
Mac 25, 11 12:39pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat dan masyarakat supaya tidak terpesong dari perjuangan dan jatuh dalam perangkap keji Umno menggunakan fitnah video lucah untuk memecah-belahkan gagasan itu, lapor TV Selangor.

anwar ibrahim in launch of buku jingga"Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.

"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya," kata Anwar selepas majlis solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

Buku Jingga adalah program yang merangkumi pembaharuan ekonomi, politik dan sosial yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.

Sejak dua hari lalu, serangan peribadi dilancarkan terhadap Anwar dengan kali ini bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik digunakan bagi mendalangi penerbitan sebuah video seks lucah.

rahim thamby chik at bukit aman 240311 01Rahim dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mendakwa video itu kononnya merakamkan ketua pembangkang itu mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu.

"Mereka (BN) sangat terdesak. Orang macam ini (Rahim Thamby Chik) kalau kategori saksi pun tidak lulus. Ternyata ini cukup jijik dan jahat. Kali ini kepimpinan Umno habis kerana Tamby Chik.

"Penayangan video lucah adalah jenayah selain mengugut saya dan Azizah untuk letak jawatan," kata Anwar.

Dalam usaha mempengaruhi pemimpin PKR, Rahim dan Eskay menunjukkan video itu kepada sekurang-kurangnya dua pemimpin parti – Datuk Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin secara berasingan Isnin lalu.

Kedua-dua mereka menolak bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar dan mengutarakan hujah-hujah sama bagi menyokong rumusan mereka.

NONEAnwar berkata fitnah terbaru yang dilontarkan menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak harus mengalihkan tumpuan Pakatan Rakyat daripada perjuangan membebaskan rakyat di negeri itu daripada pemerintahan zalim BN.

Katanya, satu cara berkesan untuk menangkis dakyah dan fitnah Umno ialah menerusi penggunaan Twitter, Facebook dan Blog secara meluas di kalangan generasi muda.

Penggunaan media alternatif itu akan membolehkan rakyat mendapatkan lebih banyak maklumat dan penerangan secara langsung dari kepimpinan Pakatan Rakyat memandangkan media arus perdana dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.

NONESebelum itu, Johari dan Badrul (berbaju hijau gelap) memberi ucapan ringkas menceritakan pengalaman menonton video lucah fitnah itu.

Badrul berkata, dalang video berkenaan adalah kroni kuat Umno-BN dan menggesa rakyat untuk memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal kerana Umno dijangka memperhebatkan penyebaran fitnah dan dakyah mereka.

"Mereka rasa mereka boleh kawal keadaan. Ini adalah cabaran penting dan besar. Ini bukan perjuangan Anwar seorang tetapi adalah perjuangan rakyat. Saya minta kita bersedia mental dan fizikal untuk dicabar lebih teruk. Prinsip kita harus jelas," katanya.
















Tiada ulasan: