Rabu, 30 Mac 2011

BUATLAH ANDAIAN...JANGAN TIADA KEADILAN DALAM HUKUM...YANG MATI DAH MATI...AKHIRNYA AKAN TAHU JUGA SEBAB KEMATIANNYA....

Virus Adeno ragut mangsa ketiga
Mac 30, 11 1:04pm


Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia pada jam 11.30 malam semalam selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno.

Mohamed Siman, 23, merupakan pelatih ketiga yang meninggal dunia.

Pelatih konstabel yang berasal dari Bagan Datoh, Perak itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mangsa dikatakan dimasukkan ke (ICU) HKL sejak 3 Mac lalu meninggal akibat kegagalan organ dalamannya.



Ribut: Suami tutup isteri lumpuh dengan tikar
Mac 30, 11 12:53pm


Sepasang suami-isteri warga emas nyaris menjadi korban pertama ribut kencang dan hujan lebat yang hampir meranapkan rumah mereka di Kampung Ulu di Kuala Nerang, Kedah dalam satu kejadian petang semalam.

Menceritakan detik-detik cemas yang dilaluinya, Tam Mat Diah, 86, berkata dia sempat bertakbir sebaik bumbung rumahnya ibarat pondok yang menjadi tempat tinggal dia dan isterinya diterbangkan angin kencang beserta hujan lebat.

Kediamannya mengalami 80 peratus kerosakan akibat bencana itu dan tidak dapat dibaiki, kata Tam namun beliau bersyukur kerana Allah SWT turut melindungi isterinya, Rokiah Abdul Rahman, 85, daripada sebarang musibah.

"Saya hanya sempat mengambil tikar mengkuang untuk menutup Rokiah yang terlantar akibat lumpuh daripada terkena hujan dan kayu yang jatuh dalam kejadian bermula kira-kira 7.15 malam tadi," kata Tam semasa ditemui, hari ini.

Katanya ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berjanji mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka.

"Buat sementara waktu saya menumpang di rumah anak saudara, Zulkifli Abdullah, 48, yang tinggal bersebelahan rumah kami," kata warga emas itu yang bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lepas.

Beliau menganggarkan kerugiannya lebih RM3,000 manakala Zulkifli pula kerugian lebih RM10,000 kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan air hujan memusnahkan peralatan eletrik serta kelengkapan rumah.

Seorang lagi mangsa dari kampung sama, Rosdi Abdul Aziz, 42, penoreh getah, kerugian hampir RM10,000 kerana sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin dan dahan pokok menghempap rumahnya.

Menurut Syed Sobri beliau mengambil sikap proaktif membantu mangsa-mangsa ribut dengan membaiki apa yang patut dan menebang pokok-pokok yang menghalang laluan.

"JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.

Syed Sobri berkata, beliau menggerakkan unit petugas khas ADUN Kuala Nerang seramai 20 orang bagi membantu mangsa ribut sejak kejadian ribut itu berlaku Ahad lepas.

Sementara itu, ribut kuat lebih dua jam itu merosakkan 24 rumah di tiga kampung dalam DUN Kuala Nerang iaitu 21 di Kampung Ulu, dua di Kampung Banggol Cenerai dan sebuah di Kampung Padang Gelanggang membabitkan kerugian lebih RM100,000.

Tinjauan Bernama di Kuala Nerang mendapati ribut kuat sehingga lewat malam tadi turut menumbangkan banyak pokok dan merosakkan kemudahan awam termasuk menerbangkan papan-papan tanda.

- Bernama




Tiga ADUN PKR beri kenyataan kepada polis
Salhan K Ahmad
Mac 30, 11
11:07am


Tiga orang ADUN PKR hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk memberi kenyataan berhubung satu perhimpunan anjuran parti itu pada tengah malam Jumaat lalu.

NONEADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves) tiba di balai berkenaan pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketiga-tiga mereka telah diserahkan notis untuk hadir memberi keterangan pada tengah malam Isnin lalu.

Wakil rakyat berkenaan memasuki balai polis ditemani peguam Latheefa Koya dan N Surendran serta ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Sementara itu, sekumpulan penyokong seramai kira-kira 50 orang turut berkumpul di luar balai polis berkenaan.

Dilaporkan, satu insiden kekecohan berlaku melibatkan peserta perhimpunan berkenaan, antara tengah malam dan awal pagi Sabtu lalu.

NONEDalam kejadian itu, sepasukan polis termasuk FRU bertindak menghalang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapan di perhimpunan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Surendran dalam satu tulisan di Twitter berkata, siasatan ke atas Azmin dijalankan bawah Akta Hasutan dan Akta Polis.

Ceramah politik TPM dibenarkan

Azmin turut mengulas di laman Twitter bahawa dua laporan polis telah dibuat ke atasnya.

NONE"Pegawai polis yang merakam percakapan saya belum lagipun melihat laporan polis yang dibuat.

"Saya bertanya mengapa polis beri permit ceramah politik Muhyiddin di Kg. Pandan malam tadi (sedangkan) kelulusan oleh IPD yang sama.

"(Polis) tak boleh jawab," katanya lagi dalam tulisan berkenaan.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu disiasat bawah Seksyen 27(5) Akta Polis dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis selesai merakamkan kenyataan ketiga-tiga wakil rakyat itu kira-kira satu jam setengah kemudian.

Surendran ketika keluar daripada balai itu berkata, polis telah bertanya mengenai ceramah yang diadakan di perkarangan pusat khidmat Azmin di Taman Melawati pada malam itu.

"(Ceramah itu) dijalankan mengikut undang-undang tapi diceroboh secara salah oleh polis.

NONE"Sepatutnya polis yang disiasat bukan ADUN ini," katanya kepada media.

Katanya lagi, polis turut bertanya sama ada ADUN berkenaan telah meminta anak muda untuk "mencetuskan perubahan" dalam ceramah mereka.

Tambahnya, wakil rakyat berkenaan juga ditanya sekiranya telah menimbulkan isu pergolakan di Mesir dan Tunisia dalam ceramah mereka.




'Bedah siasat kedua boleh dimanipulasi'
S Pathmawathy
Mac 30, 11
1:42pm


Pakar patologi forensik Britain, Dr Peter Vanezis hari ini berkata bedah siasat pertama ke atas Teoh Beng Hock adalah yang paling boleh dipercayai manakala bedah siasat kedua yang dijalankan empat bulan selepas kematian pembantu politik DAP itu mungkin di manipulasi.

NONEDalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, Dr Vanezis berkata banyak kesimpulan boleh dibuat berdasarkan gambar-gambar yang diambil pada bedah siasat pertama.

Beliau merujuk khususnya berhubung lebam di bahagian leher kiri mangsa yang menimbulkan beberapa kesimpulan di kalangan ahli patologi dan pakar forensik.

Dr Vanezis sebelum ini bercanggah pendapat dengan pakar patologi Thai, Dr Porntip Rojanasunan yang berkata kesan lebam itu mungkin akibat dicekik atau dihentam dengan objek tumpul yang mungkin menyebabkan Teoh pengsan ataupun terbunuh.

NONEKesimpulan Vanezis sama dengan yang dibuat oleh ahli patologi kerajaan, Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Sambekar, yang mengendalikan nbedah siasat pertama. Menurut mereka kecederaan pada Teoh adalah akibat jatuh daripada tempat yang tinggi.



Ceramah DNA: PKR akan saman polis
Salhan K Ahmad
Mac 30, 11
1:17pm


PKR akan mengambil tindakan menyaman polis, termasuk 16 anggota pasukan itu yang didakwa melakukan kekerasan dalam satu insiden pada malam Jumaat lalu.

Naib presiden PKR, N Surendran (kiri) berkata, parti itu telah memberikan notis selama 48 jam kepada pihak polis untuk memohon maaf berhubung insiden berkenaan.

NONE"Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa (permohonan maaf)," katanya lagi.

Surendran berkata, parti itu akan menamakan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan menteri dalam negeri dalam saman berkenaan.

Selain itu, ketua polis daerah Ampang Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan juga akan dinamakan dalam saman berkenaan, kata Surendran lagi.

Dalam insiden berkenaan, Anwar dilaporkan telah berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.

Ceramah itu diadakan di perkarangan pusat khidmat Azmin di Taman Melawati pada malam itu.

Sementara itu, Surendran turut mendakwa, anggota polis berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan termasuk menceroboh dan menghentikan ceramah yang diadakan ketika insiden itu berlaku.

NONEAnggota berkenaan juga didakwa telah menyerang dan membuat tangkapan salah ke atas beberapa orang yang ditahan dalam kejadian berkenaan, katanya.

"Kita telah minta mereka memberikan nama (anggota polis berkenaan) kepada kami," kata Surendran kepada pemberita.

Sebelum itu, beliau menemani tiga orang ADUN parti itu untuk membuat kenyataan di balai berkenaan pagi ini berhubung insiden tersebut.

Mereka ialah ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves).

Ketiga-tiga mereka telah diserahkan notis untuk memberi kenyataan itu pada tengah malam Isnin lalu.

Tiada ulasan: