Khamis, 31 Mac 2011

KALAU LEBIH DARI FASIK MACAMANE....APE BIDANG IA BOLEH JAMIN...ADAKAH IA BOLEH MENGUASAI KUASA ALLAH...

Mufti nasihat siasat dahulu berita si fasik
Jimadie Shah Othman
Mac 31, 11
1:38pm


Dalam menghadapi keadaan politik mengeksploitasi isu peribadi, seperti dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

"Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

"(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?" soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

"Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya.

Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang berjalan secara tidak betul.

"Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.

"Hukum ini tidak pernah berrubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul," katanya.

Tamyes juga menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu supaya tidak masuk campur, walaupun sekadar sembang-sembang berhubung perkara itu di kedai-kedai kopi.

"Sekiranya tidak tahu kebenarannya, saya nasihatkan janganlah campur tangan. Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut buat tuduhan," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung gejala "politik selak kain" yang dibangkitkan Dr Mohd Asri sebelum ini.

"Bagaimanapun, saya minta kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu)," katanya.


dari blog lain...


PERINGATAN KEPADA YAB HAJI DATO' SERI DR MAHATHIR DAN DATO GANI PATAIL

Saya ingin menyampaikan peringatan sebagai seorang Islam yang sungguh cintai kepada ALLAH swt dan amat takut kepada balasan NYA jikalau mengengkari. Menjadi kewajipan saya untuk memperingati perkara sedemikian:

YB Saudara Tuan Haji Tan Sri Datuk Rahim Thambi Chik,

Lupakah saudara peristiwa yang begitu murni selepas solat sebelum saudara berangkat ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas sahaja saudara menerajui jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1993. Ingatkah janji saudara kepada saudara Haji Anwar Haji Ibrahim dan yang lebih penting lagi janji saudara kepada diri saudara. Saudara, saya mesti memperingatkan janji saudara supaya kita semua cuba membetulkan kesilapan silam kita, bertaubat dan mohonlah kepada ALLAH swt semoga diberi pengampunan.

Malam itu saudara memakai baju putih untuk melambangkan kesucian perjuangan, sifat rendah diri dan meneruskan tradisi Pemuda UMNO. Ingatkah saudara yang saudara Anwar mencadangkan kepada saudara supaya menyalin kepada baju batik lengan panjang dan telah pun mengambil baju kepunyaannya untuk diguna oleh saudara. Saudara mengatakan saudara mempunyai baju sedemikian didalam kereta.

Saudara Tuan Haji, apakah yang diperkatakan oleh saudara Tuan Haji Anwar, " You ni berubahlah sikit, apa ni orang sampai kata Rahim tu taruk skirt kat tiang talipon pun, pi". Saudara dengan penuh tawaduk terus menjawab " I akan berubah". Kami Amin bersyukur.

Saudara saya sedih, kita gagal mengkotakan Amin kita.

Saya banyak terhutang budi kepada saudara. Benar saya mengetahui dan mengakui kurniaan Datuk daripada TYT Yang DiPertua Negeri Melaka telah dianugerahkan bukan setakat cadangan bahkan dorongan persendirian saudara. Saya tidak dapat membalaskan budi saudara. Saya tidak sekali-kali ingin mengaibkan saudara. Saya hanya seorang insan yang lemah yang terpaksa menjalankan tugas ke jalan ALLAH swt.

YAB Saudara Ayahanda Tuan Haji Dato' Seri Dr Mahathir,

Dengan penuh insaf saya ingin memperingatkan kepada YAB Tuan Haji mengenai perkara di atas. Kita selalu berjumpa. Kita saling kenal diantara satu sama lain. Saya masih berkhidmat didalam kerajaan. Saya tidak mempunyai jalan yang lain untuk menyampaikan perkara ini kepada Tuan Haji yang saya hormati. YBhg Tan Sri Aziz atau pun YBhg Dato' Ali susah untuk mendapatkan ruang untuk menyelitkan saya dalam 'work schedule' YAB yang begitu sibuk.

Saudara Rahim Dahalan (lebih terkenal dengan pangilan 'Rahim King') dan saudara Kapt. (B) Sudirman Haji Ahmad adalah kenalan kepada YAB Tuan Haji. Tiada siapa dapat menafikan ini. Sebagai pegawai kontrak, mereka diberi tugas-tugas khas dalam Biro Tata Negara. Mereka merupakan jurulatih yang disegani oleh semua pihak. Kami sedar disatu masa dahulu mereka berdua adalah orang kepercayaan YAB Tuan Haji. Malah Pas Keselamatan mereka adalah dari taraf yang tertinggi, lebih tinggi dari taraf pas keselamatan saya untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas-tugas mereka. Saya begitu kagum dengan prestasi mereka.

Saya masih ingat lagi tentang Kursus Perdana ulung yang begitu berkesan. Diantara perkara yang diketengahkan oleh YAB Tuan Haji ialah sifat murni. Saya masih teringat kata-kata YAB "a leader must be whiter than white". Saya yakin kepada kata-kata ini. Bahkan inilah cogankata yang sentiasa dilaungkan YAB Tuan Haji dibeberapa Kursus Perdana.

Saya terpaksa memperingatkan YAB Tuan Haji kepada peristiwa berikut kerana kita wajib melakukan kebenaran sungguh pun perkara itu begitu pahit demi ALLAH. Suatu petang saudara Rahim dan saudara Sudirman telah bergegas ke Sri Perdana. Mereka telah membawa bersama mereka gadis daripada Melaka yang telah di rogol, guru disiplin daripada sekolah murid tersebut dan pa'cik kepada murid tersebut. Mereka yang bertiga ditinggalkan dipondok keselamatan polis, saudara Rahim dan Sudirman terus masuk ke Sri Perdana. Mereka seperti biasa memberikan taklimat politik/keselamatan khas kepada YAB Tuan Haji. Mereka mula memberikan taklimat mula daripada negeri di utara, satu persatu menuju ke selatan. Sama ada ini satu tektik mereka untuk meredakan keadaan hanya mereka yang mengetahui (Kapt (B) Sudirman adalah pakar Psychological Warfare (Psywar) kelulusan Institut termahir didalam bidang ini di Amerika Syarikat).

Cuba YAB Tuan Haji memperingati kembali apakah perkara yang mula-mula YAB Tuan Haji persoalkan bila taklimat sampai ke negeri Melaka. "Kes Rahim (yang dimaksudkan YB Haji Rahim Thambi Chik) apa ceritanya?"

Saudara Rahim terus menjawab bahawa itulah sebabnya mereka datang berjumpa dengan YAB Tuan Haji. YAB Tuan Haji terus mengatakan "A leader must be seen to be whiter than white". Saudara Rahim seterusnya memberitahu bahawa budak perempuan dan rombongannya ada di pondok keselamatan. YAB Tuan Haji suruh budak perempuan tersebut dan rombongan masuk. YAB Tuan Haji seterusnya menyoal budak perempuan berkenaan yang pada masa itu hanya berumur lebih kurang 15 tahun.

YAB Tuan Haji diantara lain mengemukakan soalan-soalan berikut kepada budak perempuan berkenaan:

a. Macam mana kenal YAB Tuan Haji Tan Sri Rahim Thambi Chik

b. perkara itu berlaku

c. kali perkara rogol ini berlaku

d. Berapa dibayar

Saya percaya YAB Tuan Haji Dato' Seri Dr Mahathir masih ingat akan jawapan-jawapan yang diberi oleh budak perempuan tersebut.

Jikalau YAB Tuan Haji Dato' Seri ingin mengimbas kembali kisah ini mungkin YAB Tuan Haji boleh berhubung dengan mereka-mereka ini:

Saudara Rahim Dahalan 012-2109016

Saudara Kapt. (B) Sudirman Haji Ahmad 012-2013917

YBhg Dato' Ali (ADC YAB Tuan Haji Dato' Seri)

YBhg Dato Gani Patail,

Saudaralah yang memberi tahu kami bahawa saudara telah pun mempunyai bukti DNA untuk mendakwa YAB Tuan Haji Tan Sri Rahim Thambi Chik. Saudara sungguh kecewa bila saudara Mengatakan "Mahathir stopped me from prosecuting".

Perkara yang di Pelajari. Siapakah yang bercakap benar?

Untuk pengetahuan YAB Tuan Haji Dato' Seri keupayaan profesional kami di Cawangan Khas E3M di waktu itu amat mengkagumkan. Mengikut arahan YAB Tuan Haji Dato' Seri kediaman rasmi TPM yang didiami Tuan Haji Anwar Hj Ibrahim telah dirakamkan secara sulit. Ketua kami diwaktu itu Tuan Haji Datuk Amir Junus diwaktu itu sangat rapat dengan Tuan Haji Anwar Haji Ibrahim telah memberi tahu perkara ini kepada Tuan Haji Anwar Haji Ibrahim.

Kami percaya YAB Tuan Haji Dato' Seri masih ingat dalam perbualan akhir YAB Tuan Haji Dato' Seri dengan Tuan Haji Anwar Haji Ibrahim, Tuan Haji Anwar ada berkata " You even bug my house". YAB Tuan Haji Dato' Seri Dr. menjawab tanpa emosi " I did it for security reason". Kami tahu siapa yang bercakap benar.

RENUNGAN DARIPADA E3M




Shuib akui terima ancaman bunuh
Regina Lee
Mac 31, 11
10:20am


Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

NONE"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

NONERakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

NONE"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.


MoCS gerak 'kuasa rakyat' jika Taib tak berundur
Salhan K Ahmad
Mac 31, 11
12:35pm


Sebuah NGO Sarawak - Movement for Change Sarawak (MoCS) - hari ini memberi tempoh sehingga 13 Ogos kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan sebagai Ketua menteri Sarawak.

NONEPengerusinya, Francis Paul Siah berkata, MoCS ia akan menggerakkan "kuasa rakyat" jika Abdul Taib gagal berbuat demikian.

"Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, kita akan lakukan (sendiri) melalui kuasa rakyat," kata pemimpin MoCS, Francis Paul Siah kepada pemberita hari ini.

Sebelum itu, beliau menyerahkan satu notis tuntutan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini supaya menyiasat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap ketua menteri Sarawak itu.

Turut diserahkan ialah salinan satu laporan kepada SPRM Kuching yang dibuat sebelum ini berhubung dakwaan berkenaan.

Ketika diminta untuk menjelaskan mengenai "kuasa rakyat" yang dimaksudkannya itu, Francis berkata: "Anda fikir sendirilah, anda tahulah kan?"

"Tapi kita masih ada masa. MoCs (meminta Abdul Taib) untuk letak jawatan pada 16 September lalu.

"Jadi kita beri dia 11 bulan untuk mempertimbangkannya.

"Kita orang baik. Orang Mesir beri (tempoh kepada bekas presiden) Mubarak cuma 18 hari," kata Francis lagi.


Dalam pada itu beliau turut mengingatkan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengenai satu kenyataan yang dibuat pada 31 Julai lalu.

"(Abu Kassim) berkata beliau akan meletak jawatan sekiranya terdapat tuduhan ke atas mana-mana menteri kerajaan yang tidak disiasat.

"(Oleh itu) kami menuntut supaya ketua pesuruhjaya menjalankan siasatan segera ke atas semua tuduhan terhadap (Abdul) Taib Mahmud," kata Francis lagi.

Turut mengiringi beliau ke SPRM hari ini ialah ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh.



MB jamin kilang proses nadir bumi Lynas selamat
Mac 31, 11 3:04pm


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.

adnan yaakob and aziz mat kiram batu talamKatanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu.

"Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di Kuantan.

Terdahulu, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan.

Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada LPTA dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear.

"Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula,” katanya.

NONESemalam, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif itu.

Mereka yang mendakwa terdirinya daripada beberapa penduduk sekitar Kuantan dan aktivis termasuk dari badan-badan bukan kerajaan bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi kelak.

- Bernama



Hasil bumi S'wak bukan milik elit pemerintah, kata Anwar
Mac 31, 11 1:15pm



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata misi utama beliau berkempen sepanjang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini adalah untuk membuka minda masyarakat dan seterusnya membebaskan mereka daripada cengkaman penindasan BN, lapor TV Selangor.

Dakwanya, sudah sekian lama rakyat Sarawak hidup dalam kesengsaraan dan melihat kepimpinan ketua menteri, Tan Sri Taib Mahmud bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa sehingga kekayaan negeri dipunggah sesama kroni.

anwar selangor anti fitnah talk personnel"Negeri ini negeri kita, tanah ini tanah kita, balak negeri ini balak rakyat kita, minyak dan gas negeri ini, minyak dan gas rakyat kita, bukan hak dua tiga kerat pemimpin di atas,"kata Anwar ketika merasmikan bilik gerakan N7 di Samariang, malam semalam.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata setelah 48 tahun di bawah pentadbiran BN, rakyat Sarawak harus bangkit untuk mengambil hak mereka kembali.

Justeru, beliau menyifatkan pilihan raya peringkat negeri ke-10 di Sarawak ini adalah pertembungan antara rakyat yang ditindas dan golongan penguasa yang zalim.

"Rakyat kalau jadi hamba kita kalah, kalau tak pernah (jadi) hamba (kita) tak pernah menang,tapi kalau rakyat itu merdeka, ada jiwa yang merdeka, anak muda yang berfikir, anak muda yang rasa bebas maka kita boleh bawa perubahan,"kata Anwar.

Beliau juga turut mengkritik pentadbiran BN yang tidak mampu memberi hak kepada rakyat sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan separuh abad lamanya.

azlan"Bagi ruang rakyat fikir, kita dah 50 tahun merdeka jaganlah perbodohkan rakyat takkan lah tak boleh fikir,tak boleh bincang, apa yang kerajaan BN kata hukumnya adalah benar berlaka, 'politik kita,politik pembangunan' ya, betul tahniah, pembangunan untuk siapa?"soal Anwar.

Oleh itu katanya, untuk merealisasikan politik untuk membangunkan negara, beliau menyeru pengundi menjadi golongan cerdik dan berfikir untuk membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

"Mana ada manusia sokong rasuah, ambil tanah kita (tapi kita masih) sokong, itu bodoh namanya sebab dapat RM400 masa pilihan raya. Ini apa? Mana fikiran kita?" kata Anwar mengingatkan rakyat Sarawak akan kezaliman yang dilakukan regim BN selama ini.

Tiada ulasan: