Khamis, 17 Mac 2011

PE DE HAIRAN SAMAN DUNIA..KEPUTUSAN HAKIM TAK MUKTAMAD...SAMAN ALLAH DIAKHIRAT...SABIT SALAH..MUKTAMAD MASUK NERAKA..LOK KITA SAMA2 MUSABAH DIRI LAH..

Salah faham punca 3 panel Interlok keluar mesyuarat
Aidila Razak
Mac 17, 11
3:18pm


Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bertegas bahawa tiga wakil masyarakat India yang menganggotai panel bebas mengkaji cadangan pindaan Interlok belum mengundurkan diri dan berkata apa yang berlaku semalam adalah “salah faham”.

Katanya, beliau telah dihubungi oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang memberi jaminan bahawa ketiga-tiga mereka akan tetap berada dalam jawatankuasa itu.

NONE"Mereka tidak akan bertindak keluar, hanya salah faham. Datuk G Palanivel (Presiden MIC) akan memujuk mereka (ketiga-tiga wakil) agar kekal.

“Saya sudah dimaklumkan apa yang berlaku malam tadi dan kami sudah menyelesaikan isu ini,” katanya.

Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Muhyiddin juga menafikan beliau telah menolak 100 pindaan yang dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan. Katanya beliau sebenarnya mengarahkan semakan terhadap pindaan tersebut kerana sesetengah isu dianggap remeh dan “lari dari isu pokok”.

'Letak noktah'

"Dalam perbincangan mungkin ada timbul sikit salah faham, tapi kita telah selesaikan dan kita minta supaya perkara ini dapat diperinci lagi supaya bila kita dah putuskan, bermakna semua dah selesai.

"Kita nak letak noktah padanya. Ia akan ambil masa sikit supaya semua pihak berpuas hati. Kita harap dapat selesai tidak lama lagi," katanya.

NONEMuhyiddin berkata isu pokok yang membawa kepada kontroversi telah diselesaikan manakala isu-isu yang dibawa adalah yang tidak berkepentingan.

"Isu yang dibawa bukan isu pokok dan tidak sensitif. (Ahli jawatankuasa) membawanya kerana mempunyai peluang. Contoh, perkataan 'tuhan' sepatutnya dieja dengan huruf besar T dan beberapa perkara yang tidak penting.

"Jadi saya nasihatkan mereka kaji semula cadangan itu. Kita tidak menolaknya tetapi ...ini perkara kecil,” katanya.

Apabila ditanya cadangan menggantikan Interlok dengan novel lain, Muhyiddin berkata ia tidak perlu dan Interlok akan kekal sebagai buku dalam sukatan pelajaran Tingkatan Lima.

"Novel ini novel yang baik, dah banyak orang bacapun tidak jadi masalah. Isu ini berbangkit di sekolah setelah ditimbulkan oleh masyarakat India mengenai perkara-perkara tertentu," katanya.

NONESemalam, penulis, Uthaya Sankar yang juga seorang anggota panel itu berkata beliau dan dua rakannya bertindak meninggalkan mesyuarat kerana berasa dikhianati.

Dua lagi wakil masyarkat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India.

TPM tidak lagi boleh dipercayai, kata MP
Aidila Razak
Mac 17, 11
3:34pm


Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi boleh dipercayai bagi menangani isu Interlok kerana panel bebas yang ditubuhkannya bagi mencari penyelesaian kemelut penggunaan novel berkenaan telah hilang legitimasinya, kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

NONEMenurutnya, isu tersebut sepatutnya ditangani sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri.

“Jawatankuasa itu telah hilang legitimasinya kerana 100 pindaan yang dipersetujui sebelum mesyuarat (dengan Muhyiddin semalam) semuanya telah ditolak.

"Adakah (Muhyiddin) setuju perkataan 'paria' digunakan? Adakah PM setuju. Perkara berkenaan tidak sepatutnya diserahkan kepada timbalan perdana menteri lagi,” kata Santiago di lobi parlimen hari ini.




'Pengunduran' jadi persoalan
Jimadie Shah Othman
Mac 17, 11
1:15pm


"Penarikan diri" tiga wakil masyarakat India daripada panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan Interlok menimbulkan tanda tanya apabila badan itu didakwa telah tamat tugas pada 4 Mac lalu.

dr shamsul amri"Mengikut terma rujukan panel bebas, panel itu tamat tugas setelah bersetuju menghantar suatu keputusan konsensus kepada menteri," kata bekas pengerusinya Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin (kiri).

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, segala cadangan pindaan telah dihantar pada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Mac lalu untuk diteliti.

"Lepas itu saya ke luar negeri untuk tugas rasmi," katanya yang tidak hadir dalam pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri di parlimen semalam.

Dalam komunikasi melalui SMS, Shamsul bagaimanapun enggan memperincikan permuafakatan yang dicapai sebaliknya meminta Malaysiakini mendapatkannya daripada pihak yang "tarik diri".

"Satu salinan konsensus tersebut ada pada setiap ahli panel," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, menurut seorang bekas anggotanya Uthaya Sankar SB, kesepakatan dicapai bagi menggugurkan perkataan "paria" dan beberapa lagi pindaan yang mengambil kira sensitiviti serta kesalahan fakta dan bahasa.

azlanUthaya - antara tiga anggota panel yang "menarik diri" - memberitahu, mereka mengambil tindakan itu setelah panel mula menolak satu persatu daripada kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan dalam pertemuan semalam.

Sedangkan, menurut penulis novel dan cerpen terkenal itu, cadangan pindaan terhadap novel Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain telah diperakukan.

Dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India, Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

Mereka antara lapan panel yang ditubuhkan kerajaan yang mewakili pelbagai pihak, termasuklah wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ahli akademik dan isteri pengarang novel itu sendiri.



Henti menipu mengenai Rosmah, kata Nazri
Joseph Sipalan
Mac 17, 11
3:52pm


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meminta ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya memperbetulkan fakta mereka dan berhenti menyebarkan fitnah ke atas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONEPembangkang, kata Nazri bertindak nakal apabila menuduh Rosmah mempersalahkan kerajaan Jepun yang dikatakan cuai dan tidak mengamalkan pembangunan mesra alam sehingga menyebabkan gempa bumi dan tsunami, minggu lalu yang membunuh ribuan rakyatnya.

"Betulkan fakta dulu. Ini masalahnya dengan PAS, suka ambil sebaris dan tidak lihat kenyataan yang menyeluruh,” katanya ketika menjawap soalan tambahan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) semasa sesi soal jawab di parlimen.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah mengenai bidang kuasa Wanita Pertama yang didakwa mencampuri urusan negara termasuk kenyataan berhubung kejadian tsunami di Jepun, Mohamed Nazri berkata perkara itu tidak benar sama sekali.

Fitnah, tohmahan dan menipu

"Siapa cakap ni? Ini fitnah, tohmahan dan menipu. Saya nak Rantau Panjang beritahu dalam kes tertentu, di mana yang berlaku campur tangan urusan,” katanya.

NONEAwal minggu ini, ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menuduh Rosmah membuat kenyataan seumpama itu, berdasarkan klip video TV Selangor yang dimuat-naik di laman sesawang CNN iReport.

"Selain itu, kita perlu baca sepenuhnya kenyataan Wanita Pertama kita (berhubung isu tsunami), bukan sekerat-sekerat dan (kemudian) dakwa macam-macam," katanya.

Menurut Nazri, undangan kepada Rosmah bagi menyampaikan ucaptama di luar negara seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada negara.

Katanya, ia adalah pengiktirafan kepada Malaysia sebagai antara negara Islam atau anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan terbaik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak, pembangunan wanita serta kebajikan.

Persepsi negatif

Menurutnya lawatan isteri Perdana Menteri ke luar negara termasuk menyampaikan ucaptama di Seminar Kepemimpinan Wanita di Dubai dan Forum Wanita ASEAN di Singapura pada 2009 serta Seminar Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi di Riyadh, Arab Saudi, Januari lalu.

NONE"Selain itu, beliau menerima undangan daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman di Muscat dan Penaung di Asian University for Women, Madam Cherie Blair dan menyampaikan ucaptama di Simposium 'Memikirkan Masa Hadapan Asia: Idea dan Hala Tuju Ke Arah Perubahan' di Dhaka, Bangladesh, Januari lepas," katanya menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

Tajuddin ingin tahu mengenai peranan dan sumbangan Wanita Pertama kepada negara melalui beberapa siri lawatan ke luar negara.

azlanMenjawab soalan tambahan Tajuddin mengenai tindakan kerajaan untuk memperjelaskan persepsi negatif pihak tertentu termasuk pembangkang mengenai lawatan itu, Mohamed Nazri berkata segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan akan dijawab dalam Dewan Rakyat.

"Dalam Dewan kita tidak boleh tipu. Jadi, kalau ada yang mahu bertanya, tanya dalam Dewan jika betul-betul mahu maklumat dan bukan fitnah di kedai kopi," katanya.








Ummi fail saman fitnah terhadap Baginda, M'kini
Hafiz Yatim
Mac 17, 11
4:00pm


Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

NONEUmmi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakini daripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.

Dalam pernyataan tuntutan 18 halaman, usahawan wanita itu mendakwa bahawa kenyataan Baginda dan artikel tersebut membawa maksud:Sementara itu, Bernama melaporkan, Ummi Hafilda dalam saman pemula tersebut mendakwa defendan dalam satu temuramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Dia mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.

Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar.

Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya

Tiada ulasan: