Orang yang Berpegang dengan Agamanya Seperti Memegang Bara Api
Ertinya:
Daripada
Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku
suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana
menggenggam bara api".
(H.R. Tirmizi)
Keterangan
Yang
dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa
yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan
dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh,
nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan
suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban
agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat
kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan
keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud,
orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping
tidak mendapat kemudahan.
Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya
Ertinya:
Daripada Ibnu Omar
r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari)
kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu
telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada
kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga
kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
- Tiada
terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani
berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit
Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa
penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
- Dan
tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan
dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada
kalangan pepimpin mereka.
- Dan tiada menahan mereka akan zakat
harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau
tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya
mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
- Dan tiada mereka
mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke
atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada
apa yang ada di tangan mereka.
- Dan apabila pemimpin-pemimpin
mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan
tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan
menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".
(H.R Ibnu Majah)
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa:
- Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
- Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
- Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
- Kemampuan
musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin
(sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah
berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah
swt.
- Perang saudara yang
berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan
hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai
undang-undang di dalam kehidupan.
Lima Belas Maksiat yang Akan Menurunkan Bala
Ertinya:
Daripada Ali
bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah
membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka
iaitu:
- Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
- Zakat dijadikan hutang.
- Suami memperturutkan kehendak isteri.
- Anak derhaka terhadap ibunya,
- Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
- Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
- Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
- Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
- Para artis-artis disanjung-sanjung.
- Muzik banyak dimainkan.
- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
(H.R Termizi)
Keterangan
Dunia
pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah
saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Bahaya Kemewahan
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab
bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai
selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat
kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan
kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat
dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang
(ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa
meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi
Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat
nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu
petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan
diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias)
rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab
sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik
daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah
ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda,
"Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu
di hari itu".
(H.R. Termizi )
Keterangan
Dalam
hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu
masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi
petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus.
Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam
perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti
perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah
hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan,
"Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya
lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan
hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah
swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki
kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi,
bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah
daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan
dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari
berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya
serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa
yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak
Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari
jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui
kematian)".
Begitulah
gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta
kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui
kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu
penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.
OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak
kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu
sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan.
Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau
berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang
bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk
hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai
perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat
bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit
Ertinya:
Daripada
Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu
kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang
pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya.
Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk
hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka
orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan
mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw.
menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda,
"Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari
dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan
sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari
dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan
(mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan
kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan
kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi,
padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis
ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu
menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian
berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja
tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan
orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu
ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan
orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah
indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam
hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan
biji sawi."
"Maka
sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah
di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli).
Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan
kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat).
Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah
yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang
Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah
yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.)
Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu
semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(H.R. Bukhari Muslim)
Keterangan
Hadis
ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur
dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang
yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.
Begitulah
gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh
seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia
juga telah berlaku curang.
Orang yang Baik Berkurangan Sedang yang Jahat Bertambah Banyak
Ertinya:
Daripada
Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak
akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan
(bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang
dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang
tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi
berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan
orang-orang baik".
(H.R. Thabrani)
Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
- Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
- Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
- Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
- Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
- Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
- Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya
corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang
disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran
daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita
berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita
dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.
Di Manakah Punca Kebinasaan Seseorang
Ertinya:
Daripada
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan
datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat
menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak
bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang
yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian
(pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang
membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi,
kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya
dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka
kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya.
Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah
berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya
sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai
Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan
seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau
keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya
dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu
ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya
dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".
(H.R. Baihaqi)
Keterangan
Benar
sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui
perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka
menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak
isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.
Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
Ertinya:
Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang
akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor
Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang
berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan,
menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka)
bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya.
Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang
sangat jauh daripadanya".
(H.R. Muslim)
Keterangan
Kebenaran
sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat
yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan
cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba.
Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.
Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih
ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan
bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan
secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia
berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna
kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil
menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.
Kedua-dua
golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat
mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari
jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
Zaman Di Mana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapatkan Harta
Ertinya:
Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman
seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah
dari sumber yang halal atau pun haram".
(H.R. Muslim)
Keterangan
Di
zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman
materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia
cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan.
Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi,
apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting,
harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak
nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
Harta Riba Wujud di Merata Tempat
Ertinya:
Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman,
tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta
riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga
debu-debunya".
(H.R. Ibnu Majah)
Keterangan
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.
Sedikit Lelaki dan Banyak Perempuan
Ertinya:
Daripada Anas
r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak
ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar
Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu,
banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan
sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus
limapuluh orang perempuan."
(H.R. Bukhari Muslim)
Keterangan
Nabi
kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah
sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit
kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.
Statistik
penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan
adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara
terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas
wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat
membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut
Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki
adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh
dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah
swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan
sedikit sekali dari kalangan lelaki
Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani
Ertinya:
Daripada
Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke
lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya
Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw.
menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".
(H.R. Muslim)
Keterangan
Umat
Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup" orang-orang
Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan
perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi
dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun,
orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Zaman
sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini.
Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka
banyak meniru "carahidup" Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau
tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah
Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali
barut mereka.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
Penyakit Umat-umat Dahulu
Ertinya:
Dan pada Abu
Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku
akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak
seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4)
tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6)
hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
(H.R. Hakim)
Keterangan
Penyakit-penyakit
yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di
kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit
ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam
dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan
rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda
sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu
diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan
tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud
hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
Ahli Ibadat yang Jahil dan Ulama yang Fasiq
Ertinya:
Daripada
Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir
zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
(H.R. Ibnu Ady)
Keterangan
Nabi
saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada
orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq.
Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan
manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan
kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu
menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil
itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu
orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki
ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang
bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim
yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat
dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini
meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam
dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari
qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala
yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang
rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal
ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan.
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan