Wednesday, 12 December 2012
Penghujung Kehidupan - Huraian Hadis 4 daripada Kitab Hadis 40 (Imam Nawawi) - Masjid Al-Jenderami, 5.12.2012
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Ini merupakan bahagia kedua perbincangan berkenaan hadis ini, bahagian pertama membincang tentang keistimewaan perawi hadis ini iaitu Abdullah bin Mas'ud.
Ini merupakan bahagia kedua perbincangan berkenaan hadis ini, bahagian pertama membincang tentang keistimewaan perawi hadis ini iaitu Abdullah bin Mas'ud.
Hadis 4:
عَنْ
أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ
بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
قَالَ :
حَدَّثَنَا
رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ
الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ :
إِنَّ
أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ
أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً،
ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ
ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ
ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ
فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ
بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ:
بِكَتْبِ
رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ
وَشَقِيٌّ أَوْ
سَعِيْدٌ.
فَوَ
اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ
أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ
الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ
عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ
أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ
أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ
النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ
عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ
أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
[رواه
البخاري ومسلم]
“Dari Abu
Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah
menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan
dibenarkan kata-katanya, sabdanya: ' Sesungguhnya seseorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa
setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula,
kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40
hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh
kepadanya dan diperintahkan menulis empat perkara: rezekinya,
ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada
Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan
beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan
syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah
didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia beramal
dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan
sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli
neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja.
Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal
dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga
itu."
Huraian
hadis:
Bahagian 1:
Sesungguhnya
seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama
itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga,
iaitu 40 hari.
Penciptaan manusia bermula daripada air
mani selama 40 hari, darah 40 hari dan kemudian segumpal daging
daging selama 40 hari juga. Daripada daging yang kecil inilah, ianya
akan berubah menjadi manusia. Maha Suci Allah yang menciptakan
manusia semuanya tak sama- rupa, warna, cap jari dan sebagainya. Ini
menunjukkan kehebatan Yang Maha Menciptakan. Tiada penciptaan yg
diceritakan sebegitu terperinci, terpelihara dan terjaga seperti
penciptaan manusia - tetapi manusialah yang paling banyak berdosa dan
melawan Allah.
Ada malaikat khusus yang memantau
keadaan, pergerakan dan perubahan air mani itu iaitu malaikat penjaga
rahim. Dalam beberapa riwayat dikatakan setelah sel janin mula
terbentuk dan 40 hari berlalu, malaikat akan naik memberitahu Allah,
dan bertanya Allah adakah perlu diteruskan atau tidak? Allah akan
menjawab - Ya. Kemudian ditanya malaikat lagi – perempuan atau
lelaki? Bagaimana amalnya, rezekinya, ajalnya? Perubahan itu
dilaporkan kepada Allah, bukan kerana Allah tak tahu tapi kerana
malaikat itu terkejut dengan perubahan yag berlaku. Setelah melihat
sesuatu perubahan, malaikat akan naik memberitahu, “Ya Allah, sudah
berubah menjadi darah (daging, tulang dll) apa nak buat sekarang?”
dan seterusnya sehingga menjadi manusia. Sebenarnya, Allah ingin
menunjukkan kepada malaikat proses kejadian manusia.
Dalam surah Al-Hajj, ayat 5, Allah
berfirman:
Allah juga menyebut tentang penciptaan
jin di dalam Al-Quran tetapi tiada perincian sepertimana Allah
ceritakan tentang manusia. Bahkan Allah juga menceritakan tentang
kejadian sebelum penciptaan Adam lagi dengan bercerita tentang tanah
yang digunakan. Kenapa Allah buat begitu? Supaya manusia sedar dan
tahu tentang penjagaan dan penghargaan Allah kepada manusia yang
dipilih sebagai khalifahnya di bumi ini.
Manusia diletak di dalam rahim ibunya.
Rahim itu kecil dan lembik saja tetapi Allah menyebut yang rahim itu
adalah tempat itu kuat.
Dalam surah Al-Mukminin, ayat 12-16:
Dalam ayat 12-14, Allah menceritakan
dengan panjang lebar tentang kejadian manusia. Sesungguhnya, tiada
perkara yang payah bagi Allah. Setelah perincian ini, dalam ayat 15,
Allah terus sebut tentang kematian. Ulama membincangkan sebab Allah
nyatakan begitu adalah kerana - hidup ini adalah untuk mati, bukannya
hidup untuk hidup. Semoga Allah memberi kita kefahaman akan erti
kehidupan dan membuat persiapan menghadapi kematian dan bekalan ke
hari akhirat.
Bahagian 2:
Kemudian
diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan
diperintahkan menulis empat perkara: rezekinya, ajalnya, amalannya,
celaka dan bahagianya.
Setelah lengkap 120 hari, baru Allah
hantar malaikat yang lain untuk membawa roh sebagai menggantikan
malaikat yang menjaga rahim tadi. Subhanallah. Kenapa Allah tak
jadikan manusia sekaligus sahaja sudah siap? Allah ingin menunjukkan
bahawa malaikat itu disibukkan untuk menjaga manusia sebelum
dilahirkan. Apa itu roh? Roh ialah satu jisim yang halus dan lembut
dan menyatu pada badan manusia seumpama air menyatu pada pokok yang
hijau. Oleh itu, ianya amat sukar untuk dipisahkan. Bagaimana
rupanya? Allahu'alam.
Hakikat roh itu bagaimana? Dalam surah
Al-Isra', ayat 85, Allah berfirman bahawa:
Oleh itu. manusia perlu yakin akan
kewujudan dan tidak terlalu memikirkan rupa bentuk roh tersebut.
Kemudian dituliskan 4 kalimat tentang
rezekinya,
ajalnya, amalannya, nasibnya (celaka atau bahagianya). Semuanya kita
telah dicatitkan sebelum kita dilahirkan lagi. Manusia itu tidak akan
mati selagi semua yang telah ditulis untuknya diberikan kepadanya.
Jadi kenapa kita kerja? Kerana kita tak tahu berapa
yang Allah ingin berikan kepada kita.
Berlaku satu kisah ketika Nabi SAW
menghantar satu jenazah. Nabi melukis satu garisan menggunakan
ranting kayu yang kering. Nabi SAW bersabda, “ Tiadalah seorang pun
manusia di muka bumi melainkan telah ditetapkan oleh Allah nasibnya
di syurga atau neraka”. Jadi para sahabat pun bertanya, “Jadi,
buat apa kita beramal?”. Nabi SAW pun menjawab, “Bagi kamu itu
beramal, masing-masing akan dipermudahkan dengan amal yang menghala
ke mana mana arah kamu. Orang yang akhirnya baik, akan dipermudahkan
buat baik. Orang yang akhirnya tak baik, akan dipermudahkan buat yang
tak baik”. Dipermudahkan atau dipersulitkan sesuatu adalah kesan
amalan sesorang itu juga. Oleh itu, untuk menentukan apa yang Allah
tentukan, lihat kepada apa amalan yang dilakukan, bukannya melihat
apa yang Allah catitkan. Ilmu yang dicatit itu adalah milik Allah,
manusia tidak perlu terlalu mempertikaikannya.
Sebagai hamba, kita mesti bersifat
taslim (menerima), bukannya hamba yang bersifat tuan. Sebagai hamba,
kita menerima apa saja yang disuruh, dan apa saja yang dilarang. Rabiatul Adawiyah berkata, “Ya Allah,
jika aku menyembah Engkau, kerana aku inginkan syurga, jangan
masukkan aku ke dalam syurga. Jika aku menyembah Engkau, kerana aku
takutkan neraka, campakkan aku ke dalam neraka. Jadikan aku menyembah
Engkau kerana Engkau yang layak disembah”. Itulah hakikat sebenar
seorang hamba.
Ada tiga peringkat seseorang itu
beribadah:
- Ibadah orang yang merdeka – ibadah orang yang tak mengharapkan syurga atau takutkan neraka. Ini peringkat ibadah yang tertinggi.
- Ibadah hamba sahaya – ibadah orang yang takut dihukum tuannya (takut neraka). Tidak menjadi kesalahan kerana lebih baik daripada tidak buat.
- Ibadah orang yang berniaga – ibadah orang yang mengharapkan ganjaran daripada Allah. Tidak menjadi kesalahan kerana lebih baik daripada tidak buat.
Qada' merupakan apa yang telah ditulis
oleh Allah dan Qadar apabila apa yang ditulis itu berlaku. Nabi SAW amat membenci apabila seseorang
membincangkan qada' dan qadar Allah Ta'ala. Oleh itu, jadilah hamba
yang menyerah dan sentiasa menerima apa yang Allah beri dengan
perasaan bahagia, penuh kemanisan dan keindahan.
Bahagian 3:
Maka demi
Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang
kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di
antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba
dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia
beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka.
Dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli
neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja.
Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal
dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga
itu."
Imam Nawawi menyatakan yang menjadi
penentu kepada kehidupan seseorang itu adalah penghujung nyawanya.
Hadis ini mengingatkan bahawa orang yang berbuat baik tidak
semestinya akan mendapat penghujung kehidupan yang baik juga. Ini
dapat menyelamatkan mereka agar tidak sombong dengan amalan yang
dilakukannya. Nabi SAW pernah bersabda, “Tak seorang pun daripada
kamu masuk syurga kerana amalnya”. Sahabat pun bertanya, “Kamu
pun begitukah, Ya Rasulullah?” Jawab baginda Nabi SAW, “Ya.”
Manusia akan dimasukkan ke syurga kerana rahmat Allah. Oleh itu,
apabila melihat seseorang yang banyak berbuat mungkar, jangan kita
menghukum mereka sebagai ahli neraka.
Jadi, bagaimana untuk mendapatkan
hujung kehidupan yang baik? Lazimkan diri dengan membuat kebaikan dan
jauhkan diri daripada berbuat kemungkaran. Antara petua yang boleh diamalkan ialah:
- Banyakkan berdoa meminta husnul khatimah
- Banyakkan berdoa daripada ayat 8, surah Ali-Imran:
- Lazimkan diri dengan satu amalan – tanya diri sendiri, dalam keadaan bagaimanakah kita ingin dimatikan? Contohnya: jika ingin mati dalam solat- perbanyakkan solat, jika ingin mati ketika baca Quran, perbanyakkan baca Quran, jika ingin mati dalam majlis ilmu - perbanyakkan menghadiri majlis ilmu. In sha Allah akan dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang diingini seseorang itu. Begitu juga sebaliknya - Jika tak ingin mati dalam keadaan tak baik, jauhi daripada melakukan perkara itu.
Pesan Nabi SAW, “Barangsiapa yang
ingin meminta dimatikan disesebuah negeri, mintalah mati di negeri
Madinah, kerana aku akan memberi syafaat kepada orang yang meninggal
di kota Madinah”.
Penjelasan Hadits Arbain Imam An Nawawi Keempat: Amalan Tergantung dari Akhirnya
Juni 20, 2009 oleh Wira Mandiri Bachrun
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا [رواه البخاري ومسلم]
Dari Abi Abdirrahman Abdillah bin Mas’ud radiallahu’anhu, beliau berkata: Kami diberitahu oleh Rasulullah dan beliau adalah orang yang juur lagi terpercaya – Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Sesungguhnya telah disempurnakan penciptaan salah seorang dari kalian dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk sperma, kemudian dia menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula, kemudian Allah mengutus kepadanya malaikat, kemudian ditiupkan ruh kepadanya, lalu malaikat tersebut diperintahkan untuk menulis empat perkara; untuk menulis rizkinya, ajalnya dan amalannya dan nasibnya (setelah mati) apakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah yang tidak ada ilah yang berhak diibadahi selain Dia. Sesungguhnya salah seorang dari kalian benar-benar beramal dengan amalan ahli surga, sehingga jarak antara dirinya dengan surga hanya satu hasta, lalu dia didahului oleh catatan takdirnya, sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga dia memasukinya. Dan salah seorang di antara kalian benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, hingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya sehasta, lalu dia didahului oleh catatan takdirnya, sehingga dia beramal dengan amalan ahli surga hingga dia memasukinya. (HR Bukhari dan Muslim. Shahih dikeluarkan oleh Al Bukhari di dalam [Bid’ul Khalqi/3208/Fath]. Muslim di dalam [Al Qadar/2463/Abdul Baqi]).
Penjelasan:
Ini adalah hadits ke-4 dari hadits Arba’in Nawawi. Dalam hadits ini terdapat penjelasan tentang proses penciptaan manusia di dalam perut ibunya, dan penulisan ajal, rejeki, dan lain-lainnya. Abdullah bin Mas’ud berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bercerita kepada kami dan beliau adalah orang yang jujur lagi terpercaya, yakni jujur dalam ucapannya, terpercaya dalam menyampaikan apa yang telah diwahyukan kepadanya. Abdullah bin Mas’ud memberikan pendahuluan seperti ini, karena perkara ini adalah di antara perkara ghaib yang tidak dapat diketahui kecuali dengan perantaraan wahyu. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Salah seorang di antara kalian disempurnakan penciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari. . . . dan seterusnya.”
Hadits ini mengandung beberapa faedah:
1. Penjelasan tentang proses penciptaan manusia di dalam perut ibunya. Dan ia mengalami empat periodisasi. [Yang pertama] Periode Nuthfah (dalam bentuk sperma) selama empat puluh hari. [Kedua] Periode ‘Alaqah (gumpalan darah) selama empat puluh hari. [Ketiga] Periode Mudghoh (gumpalan daging) selama 40 hari. [Keempat] Periode terakhir, adalah setelah ditiupnya ruh ke dalam tubuh janin. Janin mengalami proses perkembangan dalam perut ibunya dalam tahap perkembangan seperti ini.
2. Sebelum berumur empat bulan, janin belum dapat dihukumi sebagai manusia yang hidup. Atas dasar ini, jika bayi itu keluar sebelum kandungan itu genap berumur empat bulan, maka ia tidak dimandikan, tidak dikafani, dan tidak pula dishalatkan, karena ia belum dapat disebut seorang manusia.
3. Setelah kandungan berusia empat bulan, ditiupkan ruh padanya. Maka (setelah itu), ia telah positif dihukumi sebagai manusia yang hidup. Jadi, jika setelah itu –kandungan itu keluar- maka ia dimandikan, dikafani, dan dishalatkan. Sebagaimana jika janin itu telah genap berusia sembilan bulan.
4. Adanya malaikat yang diberi tugas untuk mengurusi rahim (kandungan). Berdasarkan sabda beliau shallallahu ‘alaihi wasallam, “Maka diutuslah malaikat kepadanya.” Yakni malaikat yang diberi tugas untuk mengurusi rahim.
5. Keadaan manusia telah ditakdirkan ketika ia berada di dalam perut ibunya, yakni telah ditakdirkan rizqinya, amalannya, ajalnya, dan apakah dia celaka ataukah bahagia.
6. Penjelasan tentang hikmah Allah, bahwa segala sesuatu di sisinya (ditetapkan) dengan batas waktu tertentu dengan takdir; tidak dapat didahulukan dan diakhirkan.
7. Setiap orang wajib merasa takut dan cemas karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengabarkan, “Bahwa seseorang beramal dengan amalan ahli surga hingga jarak antara dirinya dan surga hanya sehasta, lalu ia didahului oleh kitab (takdir), sehingga ia beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga ia memasukinya.”
8. Seorang manusia tidak sepantasnya berputus asa, karena bisa jadi seseorang melakukan kemaksiatan dalam waktu yang lama kemudian Allah memberikan hidayah kepadanya, sehingga ia bisa mendapatkan petunjuk di akhir hayatnya.
Jika ada orang yang bertanya: Sesungguhnya Allah membiarkan orang yang telah beramal dengan amalan ahli surga, sampai jarak antara dirinya dengan surga hanya sehasta, lalu ia didahului oleh catatan takdir, sehingga ia beramal dengan amalan ahli neraka, apakah hikmah di balik itu?
Jawab: Sesungguhnya hikmah dalam hal itu adalah orang yang beramal dengan amalan ahli surga ini [1], dia beramal dengan amalan surga dalam hal-hal yang nampak di hadapan manusia, akan tetapi pada hakekatnya ia memiliki maksud yang busuk dan niatan yang rusak. Lalu niatan yang rusak itu mendominasi dirinya, sehingga ia meninggal dalam keadaan su’ul khatimah (kesudahan yang jelek). Kita berlindung kepada Allah dari hal itu. Oleh karena itu, yang dimaksud dengan sabda beliau:”Hingga jarak antara dia dan surga hanya sejengkal”, yakni kedekatan ajalnya, bukan kedekatannya pada surga dengan amalannya.
Catatan kaki:
[1]. Saya mengatakan: telah ada hadits yang menerangkan akan hal itu. Telah dikeluarkan oleh Al Bukhari di dalam (Al Jihad/2898/Fath). Muslim di dalam (Al Iman/112/Abdul Baqi).
(Dinukil untuk Blog Ulama Sunnah dari Syarah Arbain An Nawawiyah oleh Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin, penerjemah Abu Abdillah Salim, Penerbit Pustaka Ar Rayyan. Silakan dicopy dengan mencantumkan URL http: //ulamasunnah.wordpress.com)
Hadis 4 : Peringkat Kejadian Manusia dan Kesudahannya
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
[رواه البخاري ومسلم]
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud
radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam
menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan
dibenarkan : Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di
perut ibunya sebagai setetes mani selama empat puluh hari, kemudian
berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi
segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya
seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk
menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan
kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada Ilah
selain-Nya, sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan
ahli surga hingga jarak antara dirinya dan surga tinggal sehasta akan
tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli
neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya di antara kalian
ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan
neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan,
dia melakukan perbuatan ahli surga maka masuklah dia ke dalam surga.
(Riwayat Bukhori dan Muslim).
Pengajaran Hadis
1. Allah ta’ala mengetahui tentang keadaan makhluknya sebelum mereka diciptakan dan apa yang akan mereka alami, termasuk masalah kebahagiaan dan kecelakaan.2. Tidak mungkin bagi manusia di dunia ini untuk memutuskan bahwa dirinya masuk surga atau neraka, akan tetapi amal perbutan merupakan sebab untuk memasuki keduanya.
3. Amal perbuatan dinilai di akhirnya. Maka hendaklah manusia tidak terpedaya dengan kondisinya saat ini, justru harus selalu mohon kepada Allah agar diberi keteguhan dan akhir yang baik (husnul khotimah).
4. Disunnahkan bersumpah untuk mendatangkan kemantapan sebuah perkara dalam jiwa.
5. Tenang dalam masalah rizki dan qanaah (menerima) dengan mengambil sebab-sebab serta tidak terlalu mengejar-ngejarnya dan mencurahkan hatinya karenanya.
6. Kehidupan ada di tangan Allah. Seseorang tidak akan mati kecuali dia telah menyempurnakan umurnya.
7. Sebagian ulama dan orang bijak berkata bahwa dijadikannya pertumbuhan janin manusia dalam kandungan secara berangsur-angsur adalah sebagai rasa belas kasih terhadap ibu. Karena sesungguhnya Allah mampu menciptakannya sekaligus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan