Ahad, 7 Jun 2015

APA UNTUNGNYA KITA HASAD DENGKI











Bahaya Hasad Dengki

Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.

Rasulullah ﷺ bersabda; bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud - 4257)

Sabda Nabi ﷺ, ·“Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan hasad dengki.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).·



Takrif hasad dengki

Imam Nawawi menulis di dalam Riyadhussolehin tentang apa itu hasad, ”Seseorang yang tidak gembira kalau saudaranya mendapatkan sesuatu, sedangkan ia sendiri akan gembira kalau memperolehnya, maka orang yang sedemikian ini disebut orang dengki.”

Menurut Imam Ghazali, tahap kedengkian itu ada tiga jenis, iaitu:

1. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan ia dapat menggantikannya.

‎2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil bahawa dirinya akan dapat menggantikannya atau memang bukan mudah memperolehinya atau sebab-sebab yang lain. Pokoknya, asalkan orang itu jatuh, ia gembira. Ini adalah lebih jahat dari kedengkian yang pertama.

 ‎3. Dia tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang, tetapi ia benci kalau orang itu akan melebihi kenikmatan yang dimilikinya sendiri. Inipun terlarang, sebab jelas dia tidak redha dengan apa-apa yang telah dikurniakan oleh Allah.

Keadaan orang berhasad dengki

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya.

Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.

Firman Allah SWT, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki.” (Al-Falaq: 5)

Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi, hingga di dalam hadis ada dinyatakan, salah satu sebab dari golongan yang masuk neraka itu ialah ulama kerana hasadnya.

Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad ayat 29-30:

Patutkah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)? (Muhammad: 29)

Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan. (Muhammad: 30)

Akibat hasad dengki

1. Merosakkan amalan ketaatan

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi ﷺ bersabda: "Jauhi olehmu sekalian akan sifat hasad, kerana sesungguhnya hasad itu menghapuskan beberapa kebaikan ibarat api memakan kayu api dan rumput." (Bukhari dan Muslim)

2. Mendorong melakukan kedurhakaan

Orang yang bersifat hasad (dengki) tidak akan terlepas dari perbuatan memburuk-burukkan orang lain, berdusta, mencaci dan mengumpat. Dari Dhamrah bin Tsa'labah: "Tentu sahaja orang-orang itu baik, selama mana mereka itu tidak saling dengki-mendengki" (Thabrani)

3.Terhalang dari mendapat syafaat

Dari Abdullah bin Basyar, dari Nabi ﷺ:
"Tidaklah termasuk golonganku, si pendengki, orang yang mengadu domba, orang yang mengamalkan ilmu tenung, dan sayapun tidak dari golongan mereka."

Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: "Orang-orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki mahupun wanita dengan apa-apa yang mereka tidak lakukan (tuduhan palsu), maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan kedustaan dan dosa yang nyata." (Thabrani)

4. Masuk Neraka

Dari Umar dan Anas bin Malik r.a, Nabi ﷺ bersabda:
"Ada enam macam orang yang akan masuk neraka sebelum dihisab, oleh sebab enam jenis perbuatan." Siapakah mereka ya Rasulullah? Baginda menjawab:
1. Para penguasa, kerana tindakan aniaya mereka,
2. Orang Arab oleh sebab sifat asabiyahnya,
3. Para penjajah kerana keangkuhannya,
4. Para pedagang, kerana perbuatan khianat mereka,
5. Orang kampung kerana kebodohannya,
6. Para ulama oleh sebab sifat dengki mereka. (Riwayat Dailamy)

5. Berbuat sesuatu yang akan membahayakan orang lain.

Allah SWT menyarankan agar memohon kepadaNya perlindungan dari kejahatan Syaitan dan kejahatan pendengki.

Firman Allah bermaksud: "Dan dari kejahatan si pendengki apabila dia mendengki" (Al Falaq: 5)

Nabi ﷺ bersabda: "Mintalah pertolongan atas terlaksananya beberapa keperluanmu dengan sembunyi-sembunyi, kerana sesungguhnya tiap-tiap yang mendapat nikmat itu didengki"

6. Menghadapi kesulitan hidup dan bergelumang dengan dosa dan durhaka.

Berkata Ibnus Sammaki: "Saya belum pernah melihat orang yang aniaya, seperti orang yang dianiaya oleh orang yang berbuat dengki, iaitu sulit, fikirannya bingung serta selalu susah."

7. Hati menjadi buta.

Seorang yang hasad dengki seakan tidak dapat memahami hukum Allah lagi asalkan dia dapat melaksanakan kedengkiannya seperti tindakan Qabil membunuh Habil. Berkata Sufyan: "Janganlah engkau menjadi orang yang pendengki serta cepat mengambil kesimpulan."

8. Selalu gagal dalam hidup.

Kata hukama': Orang yang pendengki itu tidak akan jadi pemimpin (selalu menemui kegagalan).

Apakah ada hasad di dalam diri kita?

Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwa sentiasa rasa menderita dan terseksa.

Bila wujud hasad dengki dalam diri, akan berlakulah hina menghina, fitnah memfitnah, benci membenci, dendam-mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan menghapuskan kebaikan lainnya. Mungkin ada sedikit kebaikan yang pernah kita buat, semuanya akan terhapus dengan cepat umpama api membakar kayu api atau rumput.

Seseorang yang melayan hasad dengkinya adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah persaudaraan antara manusia. Juga dia seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sama ada dia sedar atau tidak, dia benci kepada Allah, serta tidak syukur dan redha dengan pemberian Allah.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Kisah ini mengingatkan kepada sebuah hadis, yang menerangkan bukan mudah untuk diiktiraf sebagai ulama, "Kamu tidak akan menjadi seorang ulama hingga ada tiga hal dalam dirimu: Kamu tidak dengki terhadap orang yang (keilmuannya) di atasmu, dan kamu tidak meremehkan orang yang (keilmuannya) ada di bawah kamu, serta kamu tidak mengambil (mencari) dunia dengan ilmu kamu". (HR Ad-Darimi-294)

Walau setinggi mana ilmunya, sebanyak mana sekalipun solatnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka, kerana hakikat orang yang berhasad dengki itu orang yang biadap dengan Allah.

Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takutkan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Lawanlah sungguh-sungguh sifat mazmumah itu.

Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takutkan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Lawanlah sungguh-sungguh sifat mazmumah itu.

Mengatasi hasad dengki

Di antara langkah-langkah yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah:

1. Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana atau musibah, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersamanya.

2. Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan.

3. Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu. Saling berhadiah itu melahirkan kasih sayang dan menjauhkan permusuhan.

‎4. Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hendak merosakkan mujahadah kita.

5. Berdoalah selalu pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang amat bahaya dalam diri kita itu.

Ingatlah selalu janji Allah SWT, "Dan mereka yang berrnujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu." (Al Ankabut: 69)

Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita. Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan, perlumbaan atau perniagaan maka datanglah dengki itu.

Sepatutnya tidak ada hasad dengki. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan berdengki-dengkian lagi.

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan/irihati (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa':32)

Allah yang melebih dan mengurangkan pemberian-Nya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar dirinya sebagai hamba-Nya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menghadapi ujian.

‎"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk: 2)

Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.

Kalau begitu apa perlu hasad dengki? Kalau hasad dengki juga ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan sahaja bermusuh dengan orang yang dihasadkan itu tetapi juga bermusuh dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklah menjadi ahli Neraka.

Antara orang yang hasad dan orang yang kena hasad, yang susah ialah orang yang hasad, lebih-lebih lagi apabila yang dihasad mendapat kejayaan.

Jika kita didengki

Kita boleh memilih antara empat cara ini:

1. Membalas semula kejahatan dengan kejahatan.

Cara ini pastinya bukan cara yang terbaik, malah akan memburukkan keadaan, serta akan terjadi permusuhan yang berpanjangan.

2. Berdiam diri. Tidak perlu membalas, hanya perlu bersabar. Tetapi cara ini amat sukar untuk dibuat. Terpaksa memendam perasaan yang sangat sakit, kecuali jika seseorang itu sudah redha dengan segala ketentuan Allah.

3. Membalas kejahatan kedengkian itu dengan kebaikan. Mampukah kita berbaut baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita? Orang dengki kita, kita beri dia hadiah. Orang susahkan kita, kita tolong dia kembali. Ibarat kalau orang lempar kita dengan najis, kita lempar semula dengan minyak wangi. Sedangkan untuk berbuat baik kepada orang yang amat baik kepada kitapun teramat payah, inikan pula kepada orang yang berlaku jahat kepada kita.

4. Doakan mereka agar diberi hidayah oleh Allah, serta akan insaf dan beriman.

محمد فضلي بن يوسف
12 Safar 1433H
06 Januari 2012

Larangan Saling Dengki (1): Makna, Hukum dan Sebab-Sebab Hasad

Oleh : Abu Abdillah Syahrul Fatwa
tornadoAnas bin Malik rodhiyallohu anhu berkata : “ Tatkala kami sedang duduk-duduk bersama Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam, tiba-tiba beliau berkata : Sebentar lagi akan muncul seorang lelaki penduduk surga1.” Tidak lama kemudian muncullah seorang lelaki Anshor. Jenggotnya terlihat basah oleh air wudhu. Tangan kirinya menjinjing sandal. Esok harinya Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam mengucapkan kalimat yang sama, sampai pada hari ketiga. Karena penasaran akhirnya Abdulloh bin Amr membuntuti lelaki Anshor tersebut. Dia bermalam di rumah lelaki Anshor selama tiga hari tiga malam. Dia ingin mengetahui amalan apa yang dikerjakannya sehingga Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam memberinya jaminan surga. Setelah tiga hari, Abdulloh bin Amr tidak mendapati amalan istimewa yang dikerjakan lelaki anshor tersebut. Karena heran bercampur penasaran, Abdulloh bin Amr memberanikan diri bertanya pada lelaki Anshor tersebut : Aku sudah memperhatikan amalanmu, aku ingin menirunya, akan tettapi bagiku tidak ada yang istimewa darimu, sebenarnya apa yang membuat Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam menjamin engkau masuk surga?” Lelaki Anshor itu menjawab : “Aku orang biasa seperti yang engkau lihat, hanya saja aku tidak pernah punya rasa dengki kepada seorangpun atas kebaikan yang Alloh berikan padanya.2
MAKNA DAN HAKEKAT HASAD

Hasad dalam bahasa kita dikenal dengan istilah dengki atau iri hati.
Imam Ibnul Manzhur rohimahulloh berkata : “Hasad adalah engkau berangan-angan hilangnya nikmat orang yang engkau dengki.” (Lisanul Arab, Ibnul Manzhur 3/148, at-Ta’riifat, Ali al-Jurjani hlm.87)
Al-Jahizh rohimahulloh berkata : “Hasad adalah merasa sakit hati dari apa yang dia lihat pada orang lain berupa keutamaan dan kenikmatan. Orang yang hasad akan berusaha menghilangkan nikmat orang yang dia benci. Hasad adalah akhlak yang tercela pada setiap orang.” (Tahdzib al-akhlaq hlm.34)
Syaikhul Islam berkata : “Yang benar, bahwa hasad adalah sekedar membenci apa yang dia lihat dari keutamaan dan kebaikan orang yang dia dengki.” (Majmu’ Fatawa 10/111)
Syaikh Ibnu Utsaimin rohimahulloh berkata : “Sudah diketahui bersama, bahwa orang yang sekedar benci dia akan berangan-angan hilangnya nikmat orang yang dia dengki. Walhasil, sekedar engkau membenci kenikmatan Alloh yang diberikan pada seseorang, maka engkau orang yang hasad.” (Syarh al-Arba’in an-Nawawiyyah hlm. 339)
HUKUM HASAD

Ketahuikah, hasad hukumnya haram, termasuk dosa besar3. Dia akhlak yang tercela. Akhlaknya Iblis4 dan sifat Yahudi. Membahayakan badan dan merusak agama. Banyak sekali dalil-dalil yang menerangkan keharaman hasad. Alloh azza wa jalla berfirman :
إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا
Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. (QS. Ali Imron  : 120)
Alloh memerintahkan kita untuk berlindung dari kejelekan hasad.
Alloh subhanahu wa ta’ala berfirman :
وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki (QS. Al-Falaq (113) : 5)
Cukuplah hal itu sebagai tanda akan jeleknya perangai hasad. Andaikan celaan itu bukan karena hasad adalah akhlak yang rendahan yang bisa mengenai kerabat dan teman, terutama ketika bergaul dan berteman, sungguh berlepas diri dari hal itu adalah kemuliaan. Dan sungguh selamat dari hal itu adalah keberuntungan. (Adab Dunya wa Din al-Mawardi hlm. 425)
Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam bersabda :
لاَ تَحَاسَدُوا
Janganlah kalian saling dengki (HR.Muslim : 2564)
Syaikh Muhammad bin Sholih al-Utsaimin rohimahulloh berkata : “Hasad ada tiga tingkatan :
pertama : Berangan-angan untuk melebihi orang lain. Maka ini boleh, bukan hasad.
Kedua : Membenci nikmat Alloh yang diberikan kepada orang lain. Akan tetapi dia tidak berusaha untuk menghilangkan nikmat itu dari orang yang ia dengki. Bahkan selalu berusaha untuk menolak dan melawan gejolak hasadnya. Hasad semacam ini tidak membahayakan, sekalipun yang lainnya lebih sempurna.
Ketiga : Hatinya terjangkiti penyakit hasad, dan dia berusaha menurunkan martabat orang yang ia dengki, maka ini adalah hasad yang diharamkan. Pelakunya terkena dosa.” (Syarah al-Arba’in an-Nawawiyyah hal. 343)
SEBAB-SEBAB HASAD

Imam al-Mawardi rohimahulloh berkata : “ Sebab pendorong hasad ada tiga perkara :
Pertama : Kebenciannya terhadap orang yang dia dengki. Dia merasa sakit hati dengan keutamaan yang diperoleh orang lain, dari sinilah hasadnya timbul.
Kedua : Orang yang ia dengki mempunyai keutamaan dan kelebihan yang tidak bisa ditandingi oleh pelaku hasad tersebut. Dia benci apabila saingannya maju, dan berhasil. Jenis hasad ini adalah hasad yang pertengahan. Karena ia tidak hasad pada orang yang selevel atau yang lebih rendah darinya, dia hanya hasad pada orang yang lebih tinggi dan berhasil darinya.
Ketiga : Orang yang hasad bakhil terhadap nikmat yang ia peroleh. Padahal nikmat itu bukan usahanya. Maka apabila dia melihat orang lain mendapat nikmat Alloh, dia akan benci, iri dan dengki dari hal tersebut. Secara tidak sadar ia telah menentang ketentuan Alloh. Ini adalah jenis hasad yang paling jelek.” (Adab Dunya wa Din hlm 426)
Catatan kaki :
  1. Dalam riwayat al-Bazzar disebutkan bahwa dia adalah Sa’ad bin Abi Waqqosh
  2. Kisah ini sangat masyhur sekali, diriwayatkan oleh Ahmad 3/166, al-Mundzri dalam at—Targhib wat-Tarhib 3/499. Sebagian ulama menilai bahwa kisah ini lemah. Sebagaimana dalam Tgakhrij Ihya, al-Iroqi 3/1969, Dhoif at-Targhib : 1728 oleh al-Albani Qoshosh La Tsabut, Masyhur Hasan 8/72.
  3. Kitabul –Ilmi, Ibnu Utsaimin hlm 72
  4. Sebagian salaf mengatakan : “ Hasad adalah dosa pertama kali yang muncul dalam memaksiati Alloh di langit. Yaitu hasadnya Iblis kepada Adam. Dan juga dosa pertama kali yang muncul dalam memaksiati Alloh di bumi, yaitu hasadnya adak Adam kepada saudaranya ketika membunuhnya. (Adab Dunya wa Dien halm. 424)
Sumber : Majalah al-Furqon Edisi 12 Tahun ketujuh / Rojab 1429 [Juli 08]

LARANGAN DAN BAHAYA HASAD DENGKI

Ustaz Idris Sulaiman
hasadImam Al-Nawawi rahimahullah dalam kitab Riyadhus Salihin di dalam bab Haramnya Hasad menjelaskan pengertian hasad iaitu mengharapkan hilangnya nikmat dari seseorang sama ada nikmat agama atau dunia. Seseorang itu dikatakan hasad apabila dia melihat suatu kelebihan yang ada pada orang lain lalu dia merasa iri hati, dengki atau tidak senang dengan kelebihan yang ada pada orang itu.
Kadangkala hasad ada dalam diri tanpa kita sedar. Apabila kita tidak suka melihat nikmat pada seseorang, hakikatnya maksud di sebalik perasaan itu adalah kita mengharap agar nikmat itu hilang dari orang tersebut, dan inilah yang diertikan dengan hasad.
Buktinya kalau orang itu memiliki kelebihan harta, orang yang hasad merasa benci dengan kelebihannya itu. Apabila ditakdirkan orang kaya itu jatuh miskin, orang yang hasad menjadi gembira. Di sini kita dapat fahami bahawa dia berharap hilangnya nikmat dari orang tersebut.
Larangan hasad adalah umum. Baik hasad dalam urusan dunia mahupun agama, kedua-duanya dilarang dan kedua-duanya haram. Contoh hasad dari segi kelebihan agama misalnya dari segi ilmu agamanya, kelebihannya mampu mengajar, ramai murid, banyak menulis kitab, banyak beribadah, banyak bersedekah, rajin berpuasa, dikurniakan rezeki dari Allah untuk setiap tahun pergi umrah, haji, dan seumpamanya. Ini adalah kelebihan agama di mana orang yang hasad tidak suka melihat orang yang dikurniakan kelebihan ini.
Adapun kelebihan dunia, misalnya orang itu mempunyai banyak harta, rumah besar, kereta besar, kedudukan tinggi, bangsawan, VVIP, banyak kita lihat berlaku di mana sebahagian orang merasa tidak senang sehingga timbul persepsi negatif seperti mengatakan orang itu rasuah, kroni, melakukan penyelewengan dan sebagainya, seakan-akan tidak ada cara untuk menjadi kaya kecuali dengan cara tidak baik.
Hasad adalah suatu yang dilarang bahkan termasuk dalam dosa besar sehingga orang yang hasad wajib bertaubat daripadanya. Bahkan hasad termasuk sifat-sifat orang Yahudi. Seperti mana firman Allah, “Adakah mereka hasad (dengki) kepada manusia (yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad) lantaran kurniaan yang telah Allah berikan kepadanya.” (Al-Nisa: 54)
HASAD ADALAH SIFAT KAUM YAHUDI
Orang yahudi merasa hasad dengan risalah kerasulan yang diberikan kepada Muhammad SAW. Allah melantik Muhammad SAW sebagai utusan Allah dan ini adalah kelebihan agama yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad saw. Orang Yahudi merasa benci dan tidak redha dengannya.
Jika kita lihat sejarah, ketika Nabi sallallahu’alaihiwasallam berhijrah ke Madinah, ternyata terdapat orang yahudi yang menetap di sekitar Bandar Madinah ketika itu, iaitu tiga kabilah Yahudi; Bani Qainuqa’, bani Nadhir, Quraidzah. Ini adalah tiga kabilah yahudi yang berhijrah ke Madinah sedangkan asal mereka dari utara di Syam.
Sejarah menunjukkan mereka berhijrah ke Madinah lantaran apa yang mereka dapati dalam kitab Taurat mereka di mana disebutkan tanda-tanda akan datangnya Rasul akhir zaman dan Baginda akan datang di jazirah arab dan disebutkan ciri-ciri tempat Baginda akan datang. Jadi orang Yahudi sudah maklum akan datangnya rasul akhir zaman.
Para rasul sebelum Muhammad SAW semuanya datang dari kaum Bani Israil. Mereka semua datang dari keturunan Nabi Ibrahim alaihissalam. Juga disebut dalam Al-Quran bahawa Allah memilih Bani Israel daripada semua bangsa yang lain. Allah memilih Bani Israil sebagai kemuliaan buat mereka. Namun kita dapat melihat apa yang dilakukan oleh orang-orang yahudi atas kelebihan nikmat yang Allah beri kepada mereka (mereka melanggar perjanjian dengan Allah).
Maka mereka berhijrah ke Madinah untuk menanti datangnya Rasul akhir zaman. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Sungguh sebahagian mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.” (Al Baqarah: 146)
Kita semua kenal anak-anak kita, tidak mungkin kita tersilap. Begitulah Allah umpamakan orang-orang Yahudi; mereka tahu sifat-sifat Rasul akhir zaman. Tidak hairanlah bagaimana mereka menjumpai Madinah dan mereka tidak tersilap pergi ke tempat lain. Mereka tahu bahawa Nabi akhir zaman akan sampai ke sini.
Apabila Nabi Muhammad tiba ke Madinah, perkara pertama yang orang Yahudi lihat adalah Baginda bukan dari Bani Israel, bukan dari bangsa mereka. Ternyata kelebihan yang telah Allah berikan kepada Bani Israil, bahawa para Rasul semua datang dari bangsa mereka, membuat mereka takbur, ujub, dan mereka melihat diri mereka lebih tinggi dari orang lain. Mereka melihat mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.
Jadi apabila Nabi Muhammad berbangsa Arab, mereka tidak menerima kerasulan Muhammad SAW kerana perbezaan bangsa, dan mereka mahu kelebihan risalah yang ada pada Muhammad dihilangkan daripada Baginda SAW. Maka hasilnya adalah hasad. Ini yang kita katakan bahawa hasad adalah sifat tercela yang sinonim dengan sifat orang Yahudi.
Allah berfirman, “Ramai daripada Ahli Kitab sangat mengharapkan kalau sekiranya mereka dapat mengembalikan orang-orang yang beriman kepada kekufuran kerana perasaan hasad yang ada pada diri mereka.” (Al-Baqarah: 109)
Kesimpulannya, permusuhan orang-orang kafir secara amnya dan orang-orang yahudi secara khasnya terhadap orang Islam adalah akibat perbezaan agama itu. Hal ini membuatkan mereka sedaya upaya ingin menyesatkan orang Islam.
Mereka ingin menyesatkan umat Islam bukan semestinya kerana mereka melihat agama mereka benar dan agama Islam itu sesat. Bahkan ada kemungkinan kerana hasad semata-mata. Mereka tidak redha kelebihan itu ada pada orang Islam maka mereka ingin keluarkan orang Islam dari agama ini dan mereka tidak peduli sama ada orang Islam yang murtad itu akhirnya masuk kristian, yahudi atau agama lain. Kerana tujuan mereka adalah ingin menghilangkan kelebihan yang ada pada orang Islam, yang penting adalah manusia meninggalkan Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
AKIBAT HASAD
Orang yang hasad secara tidak langsung menolak takdir Allah SWT. Apabila orang itu benci apa yang ada pada orang lain, ini menunjukkan orang itu tidak menerima apa yang Allah takdirkan. Kerana apa juga yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuan Allah.
Sifat buruk orang hasad dapat diibaratkan sebagai bara api dalam jiwa yang memakan diri sendiri sedikit demi sedikit. Orang yang hasad terus merasa tidak senang dengan orang yang dia hasad itu dan terus mengawasi serta mencari-cari kesalahannya akibat perasaan tidak puas hati itu.
Hasil dari hasad tidak berhenti di situ, ia terus berkembang ibarat barah yang akhirnya menimbulkan sifat permusuhan, melampaui batas, dan menzalimi orang yang dia hasad, yang berakibat orang yang dizalimi itu akan berhak menuntut keadilan pada Hari Perhitungan kelak kerana dizalimi ketika di dunia.
Bermula dengan perasaan dalam hati, akhirnya dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan. Boleh jadi kata-kata itu benar dan boleh jadi dusta. Namun oleh kerana ia lahir dari sifat hasad, kata-katanya terhadap orang yang dia hasad itu menjadi buruk walaupun ia benar. Ini kerana ia dibina atas asas yang batil, maka kata dan tindakannya terhadap orang yang dia hasad itu tertolak dan dianggap buruk.
Orang yang hasad akan terus mendapat natijah yang buruk. Lebih buruk adalah sifat hasad yang ada padanya tidak akan mengubah takdir Allah. Akhirnya ia adalah sifat buruk yang membinasakan diri sendiri. Seperti mana diriwayatkan dalam hadis sahih di mana Nabi pada satu hari menunggang haiwan tunggangannya dengan Ibnu Abbas menunggang di belakangnya. Kesempatan itu diambil oleh Rasulullah SAW untuk memberi pesanan serta nasihat kepada anak muda yang bersamanya itu. Maka Baginda bersabda,
“Wahai anak muda, sesungguhnya aku akan mengajarmu beberapa kalimat: Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia bersamamu. Bila kau memohon maka mohonlah pada Allah dan bila kau meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya sekiranya seluruh manusia bersatu untuk memberimu manfaat, nescaya mereka tidak akan memberi manfaat apapun kepadamu selain yang ditakdirkan Allah untukmu. Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan memudaratkanmu kecuali yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena (yang menulis takdir) telah terangkat dan lembaran-lembaran (tempat menulis takdir) telah kering.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmizi)
CARA HINDARI HASAD
Maka kalau seseorang itu dapati dirinya ada hasad kepada orang lain, hendaklah dia bertakwa kepada Allah, kerana takwa adalah kunci segala kebaikan, sepertimana tidak ada takwa adalah sebab segala kejahatan. Dengan taqwa kepada Allah, orang itu mengingatkan dirinya dan melawan sifat hasad yang ada dalam hatinya itu.
Nasihat para ulama, apabila seseorang itu dapati dirinya ada perasaan hasad, ubatnya adalah hendaklah cepat-cepat beristighfar serta mendoakan keberkatan (kebaikan) buat saudaranya itu. Daripada berharap agar kebaikan itu hilang daripadanya, lebih baik mendoakan agar kebaikan itu kekal dan semoga Allah melimpahkan keberkatan atasnya. Hal ini tidak akan memudaratkan, sebaliknya ia memberi manfaat kepada kita di sisi Allah.
Juga, antara yang berupaya menyembuhkan penyakit hasad adalah meminta pertolongan daripada Allah, dan melakukan sebab-sebab untuk mendapatkan kurnia. Jika kita duduk tanpa berusaha dan dalam masa sama hasad dengan nikmat yang Allah beri kepada orang lain, dalam hal ini kitalah yang harus dipersalahkan kerana meninggalkan sebab-sebab untuk mendapatkan kurnia Allah. Seharusnya kita menyalahkan diri sendiri dari merasa hasad kepada orang yang Allah berikan kurniaNya.
Oleh itu, ulama mengatakan hasad boleh menjerumuskan pelakunya kepada kufur seperti mana ia menjerumuskan Iblis ke dalam dosa. Ia boleh menjerumuskan pelakunya kepada membunuh sepertimana ia menjerumuskan Qabil (anak Nabi Adam) untuk membunuh Habil, saudaranya. Sudah tentu Allah menurunkan kisah ini kepada kita supaya kita mengambil pelajaran daripadanya serta berwaspada terhadap penyakit hasad.
Artikel ini disiarkan di akhbar pada Jumaat, 28.03.2014
hasad dengki

Pengertian, Macam dan Hukum Hasad

Sebarkan artikel ini :

Pengertian, Macam dan Hukum Hasad

Hasad atau dengki merupakan salah satu  sifat tercela, adapun pengertian hasad adalah menginginkan agar nikmat yang dimiliki orang lain berpindah ke tangannya, atau ketangan orang lain lagi.

Hukum Hasad

Para ulama menyepakati bahwa sifat hasad adalah haram berdasar firman Allah SWT dalam Al-Qur’an Surah Al-Baqarah 109  :
وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٠٩
Artinya :  Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dalam ayat yang lain juga dijelaskan dalam surah An-Nisaa 54 :
أَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٰهِيمَ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمٗا ٥٤
Artinya : ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar
Betapa berbahayanya sikap dengki hingga Rasulullah SAW  bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh sahabat Zubair bin Awwam bahwa “ kalian telah ditimpa penyakit yang menimpa kaum sebelum kalian, yaitu hasad dan kebencian. Kebencian adalah tukang pangkas yang memangkas ajaran agama, dan bukan memangkas rambut. Demi dzat muhammad yang berada di tangan-Nya, kalian tidak beriman hingga kalian saling menyayangi. Maukah kalian aku beritahu tentang perkara yang jika kalian lakukan, kalian dapat saling berkasih sayang ? sebarkan salam diantara kalian. ( HR Ahmad & Tirmidzi ). Hal yang sama diperkuat oleh Abu Hurairah dengan mengatakan Rasulullah SAW bersabda bahwa “hati hati terhadap hasad, karena hasad dapat melenyapkan kebaikan, sebagaimana halnya api melenyapkan kayu bakar”.

Macam Macam Hasad

hasadPaling tidak ada beberapa macam orang yang memiliki sifat pendengki :
  • Golongan yang ingin agar nikmat yang diperoleh orang lain sirna, usaha ini berupa lisan dan tindakan agar nikmat beralih padanya.
  • Golongan yang tidak menampak sikap hasadnya yang menurut Hasan Al-Bashri terbagi menjadi 2 golongan :
  1. Tidak mampu menghilangkan sifat hasad
  2. Hasad timbul dalam kesadaran penuh, tapi tidak muncul dalam sikap dan tindakan, tapi justru berusaha mendapatkan seperti apa yang telah diraih orang menjadi obyek dengkinya sebagaima yang tertuang dalam surah Al-Qashash ayat 79 yang berbunyi :
فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوۡمِهِۦ فِي زِينَتِهِۦۖ قَالَ ٱلَّذِينَ يُرِيدُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا يَٰلَيۡتَ لَنَا مِثۡلَ مَآ أُوتِيَ قَٰرُونُ إِنَّهُۥ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٧٩
Artinya : Maka keluarlah Karun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar”
Sifat Hasad menjadi baik jika ditujukan untuk perbuatan baik, sebagaimana sabda Rasulillah SAW :
“ tidak ada hasad kecuali dalam dua hal :  terhadap seseorang yang diberi harta dan mau menginfakkan untuk kebaikan  siang dan malam, dan terhadap seseorang yang diberikan Al-Qur’an lalu membaca dan merefleksikan sepanjang siang dan malam” ( HR Bukhari dan Muslim ).
Demikian artikel sekilas mengenai Pengertian, Macam dan Hukum  Hasad. Semoga bermanfaat.

Bahaya Hasad, Dengki, alias Iri Hati

Posted by Inilah Islam

Jauhi iri dengki! Inilah bahaya hasad, dengki, alias iri hati sebagaimana dijelaskan risalah Islam sebagai pedoman bagi kaum Muslim. Hasad termasuk penyakit hati.

Hasad adalah sikap tidak senang melihat orang lain mendapatkan nikmat atau kesenangan. Istilahnya, iri itu sedih melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain sedih. Hasad juga berarti menginginkan hilangnya nikmat dari orang lain supaya berpindah kepadanya.

Susah jika orang lain senang, senang jika orang lain susah
Asal sekadar tidak suka atau benci orang lain mendapatkan nikmat, itu sudah dinamakan hasad. “Hasad adalah sekadar benci dan tidak suka terhadap kebaikan yang ada pada orang lain yang ia lihat.” (Ibnu Taimiyah).

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya 'Ulumuddin, hasad ialah membenci nikmat Allah SWT yang ada pada diri orang lain, serta menyukai hilangnya nikmat tersebut.
Hasad adalah sifat iblis. Ia merupakan dosa yang pertama dilakukan iblis yang enggan menghormati Nabi Adam.

Orang hasad tidak akan pernah tenang, selalu resah melihat orang lain yang lebih darinya.
Hasad merusak amal saleh, melenyapkan kebaikan, sekaligus memunculkan keburukan seperti merusak persahabatan dan ukhuwah.
Jauhilah oleh kamu sekalian sikap hasad (dengki), karena sesungguhnya sikap hasad itu memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan) kayu bakar“. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

Janganlah kamu sekalian saling iri, saling membenci, saling memata-matai, saling membukakan ‘aib, saling tipu, dan saling menjatuhkan, tapi jadilah kamu sekalian hamba Allah yang bersaudara“. (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Hasad yang Dibolehkan
Ada hasad yang dibolehkna, disebut ghibtah, yaitu iri dengan amal kebaikan yang dilakukan orang lain sehingga mendorongnya melakukan kebaikan yang sama, misalnya dalam hal membaca Al-Quran dan gemar bersedekah.

“Tidak boleh hasad kecuali dalam dua hal, yaitu (hasad kepada) orang-orang yang diberi kemampuan (membaca) al-Quran oleh Allah, lalu dia menegakkan (melaksanakan membaca) al-Quran baik diwaktu siang ataupun malam dan (hasad kepada) orang-orang yang diberi harta oleh Allah lalu dia infakkan baik diwaktu malam ataupun diwaktu siang“. (HR Muslim).

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a., ia berkata, Rasulullah Saw bersabda: “Tidak boleh hasad kecuali pada dua orang, yaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah beri karunia ilmu, ia menunaikan dan mengajarkannya.” Wallahu a’lam bish-shawabi.*

ORANG YANG BERHASAD DENGKI TIDAK AKAN MENUAI HASIL KEUNTUNGAN

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Ilmu dan taqwa adalah senjata yang dapat melawan segala bentuk ancaman yang boleh merosakkan manusia. Ilmu yang dimiliki dapat memberi amaran mengenai akibat yang bakal diterima sekiranya melakukan kemungkaran dan maksiat. Dengan ilmu juga, sese-orang itu akan berusaha menjadi orang yang bertaqwa.

Sifat taqwa akan menjadikan seseorang itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini sebagai seorang khalifah yang dipe-rintahkan untuk memakmurkan bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan serta meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. Sifat taqwa jugalah yang mendorong kita sanggup melakukan apa saja yang dipe-rintahkan Allah dan meninggalkan larangan-Nya demi mendapatkan keredaan Allah. Dan ketahuilah bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertaqwa kepada Allah.


Firman Allah yang bermaksud:

“Orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu melakukan dusta dan dosa yang nyata.”


Saudara kaum muslimin yang mulia,

Nisbah orang yang memperolehi kelulusan ijazah doktor falsafah (phd) dalam bidang ilmu dalam masyarakat sangatlah rendah berbanding dengan orang yang mem-punyai sindrom “phd” atau penyakit hasad dengki. Salah satu tanda wujudnya penyakit hasad dengki dalam masyarakat ialah berlakunya per-buatan jatuh-menjatuhkan, pulau-memulau dan fitnah-memfitnah di kalangan segelintir anggota masyarakat. Sindrom negatif ini wujud kerana ada yang kurang senang ataupun iri hati terhadap kelebihan ataupun kejayaan yang dinikmati oleh orang lain. Sifat dengki yang keji ini bukan sahaja boleh menimbulkan perselisihan, perasaan dendam dan permusuhan yang berpanjangan, malahan ia juga berpotensi memporak perandakan masyarakat hatta menjejaskan ke-amanan negara.

Di samping itu saudara-saudara sekalian, terdapat beberapa implikasi lain yang berpunca daripada sifat dengki itu. Di antaranya adalah seperti berikut:--


1. Sifat dengki menghapuskan amalan baik.

Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:


“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.
(Al-Hadis).

    Perasaan dengki mendorong seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.

Pada kebiasaannya, bilamana hasad dengki bersarang dalam dada, maka dia akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki itu mengharapkan yang kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.

    Sifat dengki menyebabkan sese-orang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat.


Perkara ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bersumber daripada Abdullah bin Basyar, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:


“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.”

(Al-Hadis).

Ini bererti amat rugilah mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati kerana tidak akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak.

4. Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.

Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:


“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”


    Sifat dengki memungkinkan seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap orang lain.

Kenyataan kesan buruk ini dapat disandarkan kepada kisah Habil dan Qabil yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Hasad dengki dan dendam kesumat yang membelenggu perasaan Qabil mendorongnya untuk membunuh Habil.

6. Sifat hasad dengki menyusahkan diri sendiri.

Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.

7. Hasad dengki boleh menyebab- kan seseorang itu sukar mema- hami ilmu agama dan hukum hakam.

Ini boleh terjadi kerana tumpuan hanya diberikan kepada mencari jalan bagaimana hendak memperolehi nikmat yang dikecapi oleh orang lain di samping mencari muslihat bagaimana mengikis nikmat atau menjatuhkan orang yang didengki. Kegairahan dalam mencapai matlamat yang tidak baik itu melalaikannya daripada mengingati Allah. Dan keadaannya akan lebih parah lagi bilamana tidak timbul keinsafan dalam dirinya kerana ia boleh merenggangkan hubungannya dengan Allah. Situasi ini sesuai de-ngan sekuntum kata-kata hikmat yang berbunyi:


“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”

Sidang jamaah yang dikasihi Allah,

Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya justeru ia akan terpinggir daripada hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan menyebabkannya melakukan perkara lebih keji.

Manakala di akhirat kelak, orang yang memiliki penyakit hasad dengki akan menanggung kerugian lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira. Ini ke-rana dia tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat di samping tersisih daripada memperolehi tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan di syurga Allah.

Meskipun natijah pe-nyakit hasad dengki itu ditanggung sendiri oleh pengamalnya, namun jika tidak dikikis ataupun dibendung, ia dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Kerana itulah kita sentiasa dianjurkan supaya berusaha menghindari diri daripada dijangkiti penyakit hasad dengki serta sifat-sifat keji yang lain seperti mengumpat, tabiat suka mencari-cari kesalahan orang lain, memfitnah dan sebagainya yang bukan sahaja merosakkan hubungan sese-orang individu dengan individu yang lain, bahkan ia turut merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah:--

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)


Mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12)

Tiada ulasan: