Kenali Sifat-Sifat Lelaki
Wanita yang ingin mendalami hati budi
seorang insan bernama lelaki, haruslah mengetahui beberapa ciri-ciri
yang terdapat pada lelaki selain daripada segi fizikal. Di sini saya
bukan untuk mendedahkan keaiban insan lelaki di luar sana, tetapi ini
adalah sebagai panduan untuk perempuan mendampingi, mengenal hati-budi,
malah ini boleh dianggap sebagai tips untuk perempuan di luar sana
menambat hati lelaki. Lelaki di sini bukan bermaksud ‘couple’ ya. Ianya bermaksud umum mengikut tafsiran masing-masing.
1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya
berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu
perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita
suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka
jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara
berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,
tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang
berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki danwanita sukar berkomunikasi
antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap
dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan
bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk
memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang
dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk
kata-kata.
3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan
sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara
berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk
menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang
menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahuwanita menjaganya,
mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan lain-lain, wanita harus
percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti
lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita
biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak
lelaki adalah mudah.
5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar
mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu
yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan
bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik
bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan
mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka
membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya
sedang kacau.
6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah
untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan
kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar
bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk
melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
SIFAT LELAKI MELALUI KELAKUANNYA
26 SepMenjalin hubungan dengan seorang lelaki biasanya wanita mengambil kesimpulannya hanya dari apa yang terlihat,iaitu baik atau buruk.Jika anda memerlukan pertolongan untuk mengenali pasangan anda,tips ini dapat membantu anda.Jangan dianggap terlalu serius,namun ambil tips ini sebagai selingan sahaja.Siapa tahu ada benarnya,barangkali lah.
Cash vs Credit
Lelaki yang percaya pada diri dan bercita-cita tinggi biasanya lebih kerap melakukan pembayaran dengan kad kredit atau debit.Lelaki seperti ini biasanya telah mendapatkan pencapaian kewangan, mengutamakan kerjaya, dan merasa selesa dengan status mereka.
Lelaki yang lebih memilih membayar secara tunai biasanya jenis yang berdikari.
Kawan
Perhatikan kawan-kawan pasangan anda untuk mengetahui bagaimana sifatnya yang dia tidak tunjukkan pada anda. Lelaki yang mempunyai rakan yang sama sejak ia masih kecil cenderung sentimen dan menghargai kesetiaan. Lelaki seperti ini mungkin tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan, namun apabila anda mendapatkan kepercayaannya,dia akan menjadi sangat baik.
Lelaki yang mempunyai banyak teman baik di kampus, tempat kerja, atau gym cenderung lebih mudah menyesuaikan diri dan mempunyai personaliti yang menarik. Lelaki seperti ini menyukai berada di pelbagai situasi sosial.
Sukan
Kebanyakan lelaki menyukai permainan sukan, dan pasukan kegemaran mereka merupakan petunjuk utama mengenai keperibadiannya. Lelaki yang suka bermain atau menonton perlawanan sukan pasukan, seperti bola sepak biasanya suka bersaing. Mereka suka berkumpul dengan teman-temannya untuk menonton perlawanan, jadi bersiaplah untuk tidak dihiraukan ketika perlawanan berlangsung.
Lelaki yang menyukai sukan solo seperti berlari, berbasikal, atau berenang cenderung merupakan jenis yang bebas yang suka menghabiskan masa sendiri. Dan bagaimana dengan jenis lelaki yang tidak menyukai sukan? Lelaki seperti ini biasanya merupakan jenis orang yang berfikiran bebas dan sensitif.
Komunikasi
Lelaki yang lebih suka menghantar mesej (email dan sms) berbanding telefon, mungkin ingin/boleh mengedit apa yang ingin ia katakan sampai ia mengenal anda lebih baik. Namun ada pula kemungkinan ia telah mempunyai wanita lain yang membuatnya sukar untuk menelefon anda tanpa didengar.
Selain itu, jika lelaki yang sering menghantar mesej singkat mungkin mahukan perhatian lebih dari yang anda telah berikan. Hati-hati dengan lelaki seperti ini jika dia tidak pernah memenuhi janjinya untuk menelefon anda. Ketika lelaki lebih suka membuat panggilan untuk berkomunikasi dan memenuhi janji untuk menelefon anda, itu menunjukkan kalau lelaki seperti ini tidak takut untuk menjalin hubungan dan keintiman.
Ciri-Ciri Dan Sifat Wanita Idaman Lelaki
1. Berpegang Kepada Agama
Jom Aktifkan MyKad Smart Shopper Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang
unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh
lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita
sebegini.2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
- Bersopan satun
- Sentiasa memansikan wajah
- Sentiasa senyum
- Menutup aurat
- Ramah dan mesra
- Tidak terlalu cemburu
- Menghormati orang lain.
Satu lagi tips..sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan!
“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”.
Ath-Thabrani
“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik – baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”.
Ibnu-majah
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik”
Ibnu-majah.
BISIKAN TELADAN UNTUK SEORANG LELAKI
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segala…Apa yang tiada dalam syurga?…Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok…Untuk diluruskan lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus…Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah…kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah…
Didiklah mereka dengan panduan dari Nya…Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita…Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu…Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman…Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan…Ia bukan diskriminasi Allah….sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah… Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus…Bahkan akan semakin membengkok…Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabbnya…
Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki huru-hara…Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadaNya…Jinakkan diri kepada Allah…Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’…Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.
Sifat Wanita Yang Mampu Membuatkan Lelaki Jatuh Cinta
Pandai menjaga penampilan. Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana wanita menunjukkan kepada orang ramai perangai sebenar mereka. Pastikan yang penampilan anda ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong.
Bersederhana. Sambungan kepada point di atas, pastikan diri anda sentiasa mengamalkan kesederhanaan. Tak payah nak make up tebal-tebal dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir. Lelaki akan takut nak dekat sebab anda akan dilabel perempuan pisau cukur. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum lelaki ni. Kalau nak jugak, pastikan 'line clear' baru buat. Jatuh saham nanti..
Manja tapi bukan gedik. Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk mengambil kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks.. Euwww sana.. Euww sini.... Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo..... ataupun ala.....lepas tu buat muka berkerut korang tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki ni. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang, cutenya...
Ceria dan senyum selalu. Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang perlu digunakan ketika berada dalam keadaan stress. Senyum anda mampu menawan hati lelaki. Ditambah pula dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita korea... Pergh... Mabeles wa cakap lu.. Korang akan nampak menyerlah.Cuba cenyum sikit.. Kan tomei tu... Smile and the world will smile with you!
Mudah mesra. Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang terlalu mudah mesra. Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini, mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, korang dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia.
Jadilah diri sendiri. Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila korang sayang diri sendiri, orang lain akan sayang korang. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri korang tu ada sifat blur-blur. Apabila lelaki cakap mesti anda akan blur. Blur tu lah yang menampakkan korang sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Jadi, just be yourself.
[Sumber]
Inilah 10 Sifat Lelaki Yang Paling Dibenci Wanita
Inilah 10 Sifat Lelaki Yang Paling Dibenci Wanita | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang Dr Fuh hormati. Ce baca tajuk artikel ni. Para wanita
mesti suka nak tahu apa kan? Kepada para jejaki jangan ambil hati
pulak, Dr Fuh sendiri pon tak nafikan perkara-perkara atau sifat seperti
dibawah ni kebanyakannya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Jom
Sekidaud!
Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada
perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita. Ada dikalangan lelaki selalu
menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa
mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap
wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan
mereka ada yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki
meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa
kesedaran mereka.
Inilah 10 Sifat Lelaki Yang Paling Dibenci Wanita
1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai
kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat,
kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau
mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia.
Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka
terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan
wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan
kemurungan.
2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal.
Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan
dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka
disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen
control.
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara
bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu
dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal
sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin
dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu
wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya.
Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.
4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal
mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita
yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang
sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki
mata keranjang ini memandang wanita lain.
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang
pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi
mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah
mempunyai kekasih.
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil
lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi
apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut
mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami
dan mengambil berat.
Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu
sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati
mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika
wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat
kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan
sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih.
Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu
menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang
berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya
sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang
cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil.
Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat
sesuatu untuk anda.
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang
‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak
eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan
suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka
menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki
sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai
masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan
mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi
mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan
akan membuatkan wanita menjauhi anda.
Dr Fuh – Hmm. Betul
eyh? Cer komen sikit sesiapa yang bergelar wanita. nanti Dr Fuh buat
artikel 10 Sifat Wanita Yang Paling Dibenci Lelaki pulak ye. Hehehe.
Apa-apa pon yang penting adalah saling tolak ansur sesama pasangan dan
memahami antara satu sama lain. Baru rumahtangga boleh bahagia
Rabu, 14 Ogos 2013
Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Seorang Lelaki
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
6. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
9. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
kredit: layarMINDA
Salam Ukhuwah..~
Wanita idaman lelaki
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk.
Adam yang
bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang
untuk mendekatimu.
Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.
Batas-batas
syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat
martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.
Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.
Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita
yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai
prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai
lelaki.
Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang.
Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung.
Namun
begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana
ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan.
Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.
Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita
yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah
hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.
Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki
suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka
menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi
barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula?
Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.
Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.
Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.
Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita
yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan
seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa
ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Sentiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan
tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur,
cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali.
Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini.
Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri
sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami
bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Sepertimana
Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan
sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum
melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama.YANG INI JANGAN PERCAYA............
Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.
Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri
SIFAT LELAKI BERDASARKAN RAMBUTNYA.
"Balik ni tengok rambut boyfriend ke, papa ke, abang ke adik atau pun suami ke, ataupun diri sendiri........1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.
2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,
3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)
11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.
12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..
13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.
14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.
15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??
16) RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan........
CIRI-CIRI 10 Sifat Calon Suami Yang Baik
"Semoga dikaruniakan suami soleh yang membimbing saya dunia dan akhirat."
Jawaban begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru.
Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahu suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?
Coba kita lihat apa yang terjadi dalam sebuah rumah tangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah SWT.
Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah SWT. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah terkadang sampai memaksa isterinya untuk menunaikan solat.
Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi, suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri menututp aurat. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dahulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi apabila doa anda dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!
10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Tutur Kata juga mesti sopan, melambangkan pribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan martabatnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitasnya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak pelit. Tau membelanjakan uang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rekan pergaulan yang baik. Rekan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggung jawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang
**************
Pesanan dari Admin:
seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN
1.TIDAK AKAN mengajak anda kepusat2 hiburan
2.TIDAK AKAN berani pergi ber"pacaran" dan bercouple berdua-duaan
3.TIDAK AKAN membonceng bersama2 dengan kekasih
4.TIDAK AKAN besenang-senang dengan wanita yang bukan muhrim
5.TIDAK AKAN mengajak keluar bersama2 pergi ke pasar, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya
6.TIDAK AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita
7.TIDAK AKAN tidak berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan
8.TIDAK AKAN berani melakukan ZINA
SEKIRANYA 8 CIRI2 INI ADA PADA PASANGAN ANDA...
KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI2 TERSEBUT...
SEKIAN
KEPADA WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
Note: Artikel ini berasal dari berbagai sumber luar milik orang lain, dan maaf saya tak mencantumkan sumbernya dikarenakan telah lupa & tak tahu akan sumber tersebut.
Semoga pahala amal jariah selalu tercurah kepada pemilik asli yang sudah bersusah payah lagi ikhlas membuat artikel ini. Aamiin.
Ciri-ciri Lelaki dan Wanita Soleh
1) Mengawal Hawa Nafsu
Kita boleh perhatikan bagaimana lelaki atau wanita tersebut bergaul. Adakah terjaga batas-batas pergaulannya. Atau, bersenang lenang bercanda bermesra dengan berlainan jantina.
Ini amat penting. Semasa berumah tangga nanti, kedua-dua suami isteri akan bekerja. Seawal 6pagi sudah keluar rumah, pulang pula lewat malam. Maknanya, waktu di pejabat lebih berkualiti daripada waktu di rumah. Lelaki dan wanita yang mengawal hawa nafsu, dan menjaga pergaulan di mana-mana sahaja, sudah pasti lebih terselamat daripada fitnah yang memungkinkan lafaz "Aku Ceraikan Dikau" dilontarkan.
2) Di bawah naungan al-Quran dan As-Sunnah
Lelaki dan perempuan yang baik sentiasa merujuk kepada al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup. Andai dia ditimpa musibah, kekeliruan dan kesulitan, dia menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan bagi membebat hati yang luka.
Dia tidak akan mengeluh, merungut, mengherdik, marah atas apa yang Allah uji ke atas dirinya. Pendek kata, kita boleh mengenal lelaki dan perempuan yang baik untuk dijadikan pasangan dengan melihat akhlaknya. Selalunya, akhlak lelaki dan perempuan tersebut terserlah ketika dia bersama-sama dengan lingkungan teman-teman rapatnya.
3) Beribadat kepada Allah
Seringkali apabila datang merisik si gadis, bakal ibu mertua akan bertanya, "Kamu kerja apa? Berapa gaji kamu? Pakai kereta apa?" Kita lupa untuk bertanya "Kamu solat tak?"
Lelaki dan perempuan yang baik akan diringankan hatinya untuk melakukan ibadah kepada Allah. Dia rindu untuk sujud merendahkan dirinya sebagai hamba kepada Allah. Kita boleh lihat, bagaimana seseorang itu rajin beribadah atau tidak. Adakah dia menghormati waktu solat ketika tiada keuzuran dan sebagainya.
4) Terikat Hati dengan Masjid dan Dakwah
Bermakna, rajinkah dia mengerjakan solat berjemaah? Sensitifkah dia dengan isu-isu semasa dan terlibat dalam proses dakwah dan humanisasi? Renung-renungkanlah
5) Berakhlak Mulia dan Berbudi Bahasa
Kata orang, hendak mengenal seseorang, kita memerlukan masa sekurang-kurangnya 2minggu. Ya, ada benarnya juga. Masa akan sedikit sebanyak memaparkan sisi-sisi negatif seseorang. Kawan saya Dr. Ahmad Hazim Abd Ghaffar pernah berpesan kepada kami rakan-rakannya (mengikut pemahaman saya seperti berikut):
"Semakin lama anda berkawan dengan saya, anda akan lihat kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri saya. Usahlah anda menggunakan kelemahan-kelemahan tersebut untuk membenci saya. Seharusnya, sama-samalah kita menutup lubang-lubang kelemahan antara satu sama lain kerana kita semua bersahabat kerana-Nya".
Kita boleh lihat bagaimana akhlak seseorang. Bagaimana dia bersama rakan-rakan, guru-guru, ibu bapa dan sebagainya. Ketawa tak ingat alamkah? Bercerita 24 jamkah? Bersuara seperti keldaikah?
Kesimpulan
Sebenarnya, banyak lagi ciri-ciri yang diungkapkan oleh Ustaz Emran Ahmad dalam bukunya Mencari Pasangan Hidup terbitan Alaf 21. Buku yang murah ini (RM16), pasti menjadi nasihat yang berguna bagi mereka yang sudah berkira-kira untuk mencari pasangan hidup.
Akhirnya, jangan terlampau mengharapkan yang terbaik. Jangan terlalu high expectation terhadap pasangan anda. Bukankah "Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka" (Al-Baqarah: 187). Lengkap melengkapi, kurangkan sepatutnya dalam hidup berumahtangga. Contohnya, sepatutnya isteri tukang masak, suami tukang makan dan sebagainya.
Renunglah ciri-ciri di atas. Jika sudah ketemu calonnya, dan bersedia, mulakan langkah pertama. Usah didengar bisikan syaitan yang membenci perkahwinan.
5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
Memilih suami bukan satu perkara kecil, kerana ia ibarat kita memilih seorang nakhoda buat mengemudi sebuah bahtera. Tentu tidak mudah untuk dipastikan jauh dekat dan susah senang sepanjang pelayaran nanti, justeru kekuatan dan kemampuan yang sebenar harus dipastikan ada pada seseorang nakhoda yang dipilih.
Kalau nakhoda yang dipilih itu sekadar ambil yang mana ada sahaja, atau tidak dipastikan betul-betul latarbelakangnya sebelum dilantik jadi nakhoda, maka bayangkan sajalah apa nasib yang akan diterima sepanjang pelayaran nanti?
Itu baru nakhoda kapal.
Ini nakhoda kehidupan. Bahtera yang akan dinaiki oleh kita dan dia menuju ke satu destinasi yang cukup jauh, selagi nyawa masih dikandung badan.
Justeru mari lihat apakah asas penting dalam membuat pilihan penting tersebut.
( 1 ) DIA SEORANG YANG SOLEH
Allah Ta’ala yang menciptakan manusia, lelaki dan perempuan, DIA cukup tahu apa keinginan dan fitrah semulajadi seorang perempuan. Seorang perempuan mahukan dirinya dibimbing, dan sangat mengimpikan kehidupan selepas berkahwin yang tenang dan tenteram.
Kerana itu, syariat Islam menitikberatkan soal memilih siapa yang akan menjadi pembimbing tersebut, dengan menekankan perihal SOLEH sebagai asas penting menentukan pilihan.
Hanya seorang lelaki yang soleh, akan menjadi seorang yang amanah dan konsisten dengan tanggungjawab yang digalas. Manakala lelaki yang tidak soleh, lebih mudah cuai dan pecah amanah.
Jangan ambil mudah soal tidak amanah. Ia bagi kesan yang cukup besar selepas bernikah.
Saya bagi contoh begini.
Islam perintahkan suami berbuat baik dengan isteri. Haram hukumnya suami menyakiti isteri, samada dengan kata-kata – seumpama selalu ugut untuk ceraikan – atau dengan perbuatan – seumpama pukul, sepak atau tendang.
Apabila anda berkahwin, anda jadi amanah yang dijaga oleh suami, iaitu untuk anda diperlakukan dengan baik. Lelaki soleh menganggap amanah itu benda besar, yang akan ditanya oleh Allah kelak. Tetapi lelaki yang tidak soleh, apakah dia mengambil kisah apa itu amanah?
Justeru kita lihat banyak lelaki-lelaki tidak soleh ini menyakiti dan merosakkan kemuliaan hubungan suami isteri, bahkan anehnya di zaman ini, jadi satu ‘style’ pula bila suami arrogant, kasar, suka menyakiti isteri, bahana dari filem dan drama melayu yang mahu tunjukkan itu sebagai ‘sweet’. Lalu jangan anda fikir, kesudahan hidup anda seperti drama itu, di mana yang sombong jadi penyayang, yang kasar jadi romantik. Cari panduan dalam agama bukan dari ‘trend’ dunia.
Ingatlah, lelaki yang tidak soleh memang tidak boleh memikul amanah.
Sebelum bernikah lagi anda boleh lihat tindak tanduknya. Jika sedikit demi sedikit dilonggarkan batas ikhtilat dengan anda, sedang kalian belum punya ikatan yang halal, sedarlah bahawa dia sedang melanggari amanah dari Allah untuk menjaga diri dan agamanya. Bagaimana dia akan menanggung amanah yang lebih berat dari Allah, iaitu untuk menjaga anda?
Sebab itu, soal SOLEH ini sangatlah penting.
Di dalam hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :
” Apabila datang kepada kamu lamaran seorang lelaki, yang kamu redha akan agama dan akhlaknya, maka kahwinilah dia, kerana jika tidak nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ”Walaupun ramai yang dengar dan tahu pentingnya pilih seorang lelaki yang soleh sebagai suami, namun ramai juga yang akhirnya ketepikan soal soleh itu selepas hatinya terpikat dengan seseorang lelaki. Justeru, asas penting ini ditulis dan diletakkan sebagai nombor satu, supaya ia benar-benar dijadikan asas dalam memilih.
( HR Tirmizi )
Fahamilah, asas itu umpama kita membina rumah. Secanggih mana binaan kita dan sehebat mana reka bentuknya, kalau ia dibina di atas asas yang tidak kukuh, maka bila-bila masa sahaja ia boleh roboh dan hancur.
( 2) DIA SEORANG YANG BERAGAMA
Hidup beragama adalah nikmat sebenar menjadi seorang muslim. Ada ramai muslim yang agamanya Islam, tetapi cara hidupnya jauh dari nilai beragama. Ada ramai juga muslim yang berada dalam jurusan agama dan digelar orang agama, tetapi jiwanya jauh dari konsistensi hidup beragama.
Lelaki yang hendak dipilih sebagai pembimbing dan nakhoda kita itu, mestilah seorang yang benar-benar beragama.
Maksudnya, yang tidak hanya Islam pada nama. Atau kalau suka yang belajar agama, yang tidak hanya Islam pada jurusannya sahaja.
Islam itu pada sejauh mana kita menjadikan ia sebagai satu cara hidup. Dari kita bangun pagi sehinggalah kita tidur malam nanti, seluruh kegiatan dan perbuatan kita dipastikan agar bernilai ibadah. Itu takrifan hidup sebagai seorang muslim yang beragama.
Ada pula orang tanya, macam mana nak tahu dia seorang yang beragama?
Siasat dan selidik.
Samada dari mata kita sendiri, atau dari mata orang lain, atau dari pandangan orang lain yang benar-benar kenal dengan dirinya.
Seorang lelaki yang beragama, sangat menjauhi perkara syubhah. Antara perkara syubhah adalah bermesej dan berhubung dengan perempuan yang bukan mahramnya, tanpa urusan kerja atau sengaja dileret-leretkan dari urusan kerja, tanpa mengira masa bahkan kerapkali menjangkau ke tengah malam.
Seorang lelaki yang beragama, dia biasanya dihormati orang kawan-kawan dan sahabat-sahabatnya. Bukan bermakna dia tak pandai bergurau, bukan semestinya dia digelar murabbi, bukan. Tetapi prinsip berpegang dengan agama dalam dirinya itu tinggi, seumpama menjauhi lepak-lepak buang masa ataupun sangat tegas menghindari ‘halaqah’ mengumpat atau mengata.
( 3 ) DIA SEORANG YANG BERAKHLAK TINGGI
Akhlak terpuji atau mahmudah itu perkara yang tak boleh dibuat-buat, tetapi ia tumbuh mekar apabila dilatih dalam diri.
Seorang lelaki yang baik untuk dipilih sebagai suami adalah seorang lelaki yang subur jiwanya dengan akhlak terpuji. Dia mampu menjaga lisannya dari mencarut apabila kesabarannya diuji. Dia mampu menjaga anggotanya dari menyakiti apabila emosinya mencabar diri.
Akhlak tinggi dan terpuji itulah yang terus dijadikan penghias peribadi.
Satu perkara yang kita perlu beri perhatian adalah, akhlak terpuji itu bukan lakonan. Ada orang, dia tahu calon suaminya itu tidak berapa sopan dan berakhlak, tetapi bila hendak diperkenalkan dengan keluarga, dia ‘ajar’ lelaki tersebut supaya pakai begitu dan begini, bercakap nada begitu dan begini, supaya mak dan ayahnya berkenan untuk terima.
Sebenarnya, kesedaran sebegini perlu datang dalam diri kita sendiri, bermula dari detikan niat untuk bergelar isteri itu lagi. Menjadi isteri jika hanya untuk dicintai oleh suami, sia-sialah kehidupan kita di dunia ini. Tetapi menjadi isteri itu, jika untuk dicintai oleh Allah dengan wasilahnya mencintai dan dicintai suami, insyaAllah, berbahagialah kita di akhirat nanti.
Sebab itu, sebelum memilih akhlak sebagai asas memilih calon suami, biarlah hati kita terlebih dahulu mengetahui dan meyakini kepentingan akhlak tersebut. Bila kita cintakan akhlak terpuji dan berusaha ke arah itu, barulah ia boleh dijadikan asas dalam menentukan penerimaan dan penolakan kita terhadap seseorang lelaki.
( 4 ) DIA SEORANG YANG BERJIWA BESAR
Lelaki itu diciptakan oleh Allah secara fitrahnya punya jiwa untuk memimpin. Justeru dalam dirinya wujud nilai-nilai kepimpinan. Dia melihat masa depan, perancangan dan persediaan menempuh cabaran dalam sudut pandangnya yang tersendiri.
Ramai orang hendak berkahwin dalam usia yang muda, demi menyelamatkan diri dari terjebak dalam maksiat. Tetapi cabaran utamanya adalah kemampuan yang terhad, samada dari segi diri sendiri mahupun dari segi kewangan.
Jika hendak memilih calon suami, carilah yang berjiwa besar.
Iaitu seorang lelaki yang tika dihadapkan dengan seribu satu perkara seperti perkara di atas ini, dia punya kaki yang kuat dan badan yang tegap untuk terus bertapak. Itu tamsilan. Maksudnya, dia punya prinsip dan pendirian.
Jika soal prinsip dan pendirian itu ‘diserahkan’ kepada orang lain, contohnya ibu bapa, atau guru-gurunya, sedang dia cuma mahu ‘merengek’ hendak berkahwin sahaja, maka lelaki itu selain belum matang, dia juga tidak berjiwa besar. Lebih malang, jika yang menjadi tempat dia ‘merengek’ itu adalah anda, sedang dia tahu, jika dia tak boleh usaha, anda tentulah lebih-lebih lagi!
Sedang lelaki yang berjiwa besar, biasanya terzahir dari perlakuannya. Dia sembunyikan emosi dan kegundahan, dia kedepankan fikiran positif dan ketabahan. Dia susun strategi dan melangkah dengan seimbang. Tidak besarkan seratus peratus keinginan diri sendiri, dan tidak juga turut seratus peratus kemahuan keluarga.
Pilihlah lelaki yang berjiwa besar sebegini.
Saya selalu sebutkan, cabaran dan halangan yang ditempuh sebelum berkahwin itu cumalah sesi memanaskan badan sahaja, sedang cabaran sebenar bermula selepas kita berkahwin. Emosi kita dan dia bila bertembung, tentulah lebih menekan, berbanding beremosi seorang diri. Dan latihan mengurus emosi diri sendiri itu perlu ditempuhi ketika hati menyuarakan hasrat untuk berkahwin, atau untuk mengambil anda sebagai isteri.
Ada juga yang ‘manjakan’ calon suaminya lebih awal. Tak apa kalau si lelaki tak mahu buat, biar dia yang buat. Biar dia yang usaha pujuk mak ayah, biar dia yang cari duit buat tampung belanja kahwin, biar dia yang rangka cadangan kewangan untuk ditunjukkan pada keluarga dan sebagainya. Si lelaki pula sibuk dengan menghabiskan masa.
Betullah, menghabiskan masa adalah pekerjaan yang paling sibuk, kerana kita sendiri tidak tahu bilakah masa itu akan habis.
Berfikirlah tentang masa depan, jangan hanya fikirkan perasaan sayang. Jika anda teruskan begitu, tidak mustahil begitulah keadaan anda selepas bernikah. Mahukan anda ‘dibimbing’ oleh seorang lelaki berjiwa kecil dan suka lepas tangan?
( 5 ) DIA SEORANG YANG CINTAKAN ILMU
Firman Allah Ta’ala :
” Allah mengangkat orang yang beriman dari kalangan kamu, dan orang-orang yang diberikan ilmu, dengan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan. ”
( al-Mujadalah : 11 )
Selalu orang tersilap, katanya pilih suami soleh mesti yang berada di jurusan agama. Seumpama pelajar jurusan Syariah, Usuluddin, Tahfiz Al-Quran dan sebagainya. Sebenarnya, yang ditekankan adalah mesti pilih suami soleh yang belajar agama.
Kita jangan sesekali lupa, bahawa belajar agama itu tidak akan pernah habis.
Orang yang belajar agama untuk mengenal Allah, menguasai fardhu ain, mengenal halal haram, untuk membuka laluan ke Syurga Allah, jauh lebih mulia daripada orang yang belajar agama semata-mata untuk menghabiskan ijazah.
Apa guna ilmu agama jika hanya ditulis atas kertas?
Ada ramai lelaki soleh yang begitu hebat keperibadian mereka, mereka konsisten dengan majlis-majlis ilmu dan membaca Al-Quran setiap hari selepas maghrib. Kalau tidak duduk dengar kuliah-kuliah agama di masjid-masjid, dia buat catatan nota kuliah agama depan Youtube.
Saya tabik dan kagum dengan lelaki sebegini, walaupun dia bukan dari jurusan agama.
Sebab, agama adalah kehidupan dan ilmu adalah lampu yang menyuluhnya. Tanpa ilmu, mana mungkin dicapai nilai hidup beragama.
Biarlah orangnya nampak tidak berapa hensem dan kacak, tapi suka berguru atau duduk di majlis ilmu adalah kriteria yang jauh lebih mahal dan bernilai daripada rupa paras.
Biarlah orangnya nampak kurus macam tak cukup makan, tapi minatnya pada ilmu – masyaAllah – cukup tebal dan mendalam. Nanti lepas kahwin, insyaAllah dia boleh digemukkan.
Saya sebutkan begitu, sebab tidak sedikit juga yang memilih perkara rupa dan susuk badan sebagai yang lebih utama dari nilai beragama, akhlak, kewibawaan dan ilmu pada seseorang lelaki.
Bukan soal tidak pilih langsung, tetapi soal menyusun mana yang lebih utama, itu yang selalu bermasalah. Alasan lazim adalah hati sudah tertawan, atau hati tak boleh terima yang kulit warna sekian dan bentuk tubuh macam sekian.
Apa sekalipun, ingatlah bahawa sebanyak mana asas pemilihan yang dicadangkan, tetapi akhirnya yang akan memilih itu hanyalah dua, samada nafsu ataupun iman. Kalau akal kita kenal dengan kebenaran sekalipun, tapi nafsu lebih kuat merajai diri, maka yang akan dipilih tetap juga bukan kebenaran. Untuk membuat pilihan yang tepat, kita perlu memilih dengan kekuatan iman, dan untuk memilih dengan iman, kita perlu bermujahadah menyuburkan keimanan dalam diri kita sendiri.
Sekadar satu catatan ringkas, moga bermanfaat dan berpedoman.
Ciri Lelaki Soleh & Wanita Solehah
June 16, 2008
Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.
“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”
Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? “Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”
Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.
Redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.
Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.
Semakin berat ujian yang menimpa diri, sekencang itulah juga ibadahnya kepada Allah swt. Sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat dirasakan bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam dia bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi cuba dilupa-lupakan.
Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan di dalam firmanNya:
“… karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri supaya berbuat jahat seperti hasad dengki kepada jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.
Dia sedar, sekali diri berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:
“Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu.”
Sabda baginda yang lain:
“Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.”
Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya sendiri. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.
Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal.
Bukanlah kehidupannya untuk mencari pangkat dan nama kerana dia tahu di atas dua tiket inilah yang membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, dia menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.
Apakah 4 Tugas Wajib Lelaki Yang Kebanyakkan Tak Mampu Buat?
Bercita – bercita menjadi lelaki soleh?
Alhamdulillah.. bermakna anda berusaha untuk menjadi lelaki pilihan Allah.
Lelaki yang soleh, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia.
Walaupun
dia hanyalah hamba Abdi yang standardnya rendah di mata manusia. Lelaki
yang soleh, adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT.
Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan.
Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri.
Oleh itu, jika anda memilih untuk menjadi lelaki yang soleh, ada beberapa tugas yang perlu anda lakukan.
Tugas itu adalah :
1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya.
Oleh itu
lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi
perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada
keluarga, agama, bangsa dan agamanya.
Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin & pelindung bagi kaum wanita.
Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.
Dia wajib bekerja mengikut kemampuannya.
Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah membetulkan niatnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt.
Dia tidak
akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga
terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.
Dia
bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar
keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil
dan berjaya didunia dan akhirat.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”
“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.
Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.
Kedua
: Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa
apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan
peraturan-peraturan umum.
Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba
2. Penimbunan barang-barang yang menjadi hajat orang ramai
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.
2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam.
Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad.
Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang
menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi
seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.
3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya
sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk
menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam.
Orang-orang
yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya
umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh
golongan tersebut.
“Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya.
Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu.
Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.
Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam
4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI & KELUARGA
- Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
- Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah
cara-cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah
ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.
Apabila
menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan
bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira
perasaan orang lain.
Lelaki
soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan
sentiasa memohon petunjuk dari Allah SWT. Dengan ini kebahagiaan
rumahtangga akan dapat dikekalkan.
Berlaku
baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan
keluarganya terutama isterinya. Dia sentiasa menjaga hati dan perasaan
pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya.
Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )
Saturday, June 8, 2013
Perbezaan Lelaki Soleh dan Alim
Whoever
knows me well will know what is my perception towards alim men?? It's
different between lelaki alim and lelaki soleh.. Sangat berbeza.. Before
I start my entry, I would like to apologize if my words will hurt all
of you... Pengalaman saya selama 25 tahun, pernah bersekolah agama
selama 9 tahun, 2 tahun di sekolah sains dan 6 tahun di UiTM...
Pengalaman yang sangat sikit tapi rasanya cukup untuk menjelaskan apa
perbezaan lelaki Soleh dan Alim...because I pernah date with those alim
men..
Perbezaan
1.
Lelaki Alim suka menegur apa yang tidak disukaai oleh Allah, which is
really good BUT dia pon sama kadang2 melanggar hukum Islam, for example:
dating dengan girlfriend berduaan tanpa diteman pihak ketiga, padahal
dia dah marah kawan2 dia dating .. However, lelaki soleh menegur dengan
cara perbuatan, menunjukkan what is do's and don'ts...
2.
Lelaki Alim suka marah bertindak mengikut perasaan dengan menghentam
orang sebab benda itu harammmm... (Pernah tengok cerita Aqashah berlakon
yang semua haraammmm... Haraaammm) meanwhile, lelaki soleh akan menegur
secara lembut sampai kita tak perasan pon yang dia menegur kita.
3.
Lelaki Alim sangat mudah untuk dikenali iaitu dia ni Ustaz cyber..
Always preach at social media or blogs etc, tapi bila suruh
menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak remaja terus menghentam,
menjatuhkan hukuman kepada pesalah... Meanwhile lelaki soleh, dia tak
akan menunjukkan kepandaian dia melainkan orang bertanya... Jika diminta
masalah keruntuhan akhlak remaja dia akan menolong... Contoh dalam
latest video Mat Lutfi "sebelah sayap" nice video to watch.
4.
Lelaki Alim suka mengorat perempuan dengan memberikan tazkirah nak
tunjuk dia pakar dalam agama.. Perempuan pon cair.. "Owh inilah lelaki
yang aku boleh jadikan suami, imamku" ... I pernah kena macam ni, my ex
dulu mengorat beri tazkirah berjela- jela sebab dia budak KiSAS, bila
jalan2 pegang tangan kalau kita tak sambut tangan dia nanti merajuk...
But i become curious why kat Shah Alam tak pegang tangan.. So I ask
him.. Why tak pegang tangan kan.. Dia kata nanti ustazah KiSAS dia
nampak.. I said to him "Tuhan you Ustazah you lah".. Somehow I don't
like dating with guys like this tunjuk tahu agama tapi tak laksanakan...
I ada berkawan dengan some bad boys, bukan yang jenis jahat mencuri or
melanggar undang2 ..dia ni macam nakal lah, but he never ambil
kesempatan with me.. Never hold my hand, his really good and respect
woman even dia ada sikit nakal la... So you can see... Please woman,
jangan ditipu dengan rupa paras kealiman.
5.
Lelaki Alim senang dapat.. lelaki soleh susah nak dapat or jumpa...
Kita sebagai perempuan hanya berdoa dan yakin dengan Allah siapa jodoh
kita... Again, Jangan ditipu paras rupa alim mereka yang penting
perbuatan dan hati...
6.
Sampai sekarang saya tak faham apa yang lelaki alim nak tunjukkan....
Kahwin poligami dan sebagainya, memanglah jodoh tapi saya still tak
faham... Nak bagi payung emas untuk isteri, tapi bagi saya dari awak
bagi saya payung emas, baiklah saya cari suami mualaf yang memang nak
masuk Islam dan Allah menjanjikan mahliga di syurga nanti Insya Allah.
7.
Lelaki Alim suka menjatuhkan hukuman terhadap seseorang ..contoh sila
tengok gambar2 public figure... Ada yang comment dah ada jatuhkan
hukuman neraka.. Kita siapa nak jatuhkan hukum?? Kalau awak dah jatukan
hukuman maksudnya awak dah mendahulukan Tuhan.. Awak Tuhan ker nak
jatuhkan hukuman??
Kepada
wanita di sana yang mendambakan lelaki alim sebagai suami, sila tukar
doa anda.. Doakan untuk mendapat lelaki soleh yg dapat guide kita dunia
dan akhirat. Setiasa yakin dengan Allah itu yang penting. Again, jangan
sesekali terpedaya dengan apa yang awak lihat dan dengar.. Sila lihat
dengan perbuatan mereka seiring atau tidak.. Pernah dengar pepatah alim
alim kucing??..
Love,
Yan Ismail
P/S: confirm ramai lelaki yang tak suka entry saya.. Kalau tak suka mungkin awak lelaki alim..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan